You are on page 1of 2

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI `PEER COACHING’

“Peer Coaching” merupakan salah satu daripada kaedah yang diguna pakai untuk
program komuniti pembelajaran professional atau `professional learning
community’ (PLC ) untuk P & P guru dalam bilik darjah. Bagi memastikan
kelancaran aktiviti `peer coaching’ berlaku dengan berkesan maka cadangan-
cadangan berikut wajar dijadikan panduan.

1. PRA KONFERENSI (PRE CONFERENCE)


- Mengenal pasti pengajaran dan pembelajaran dengan coach
memberikan fokus kepada:
- Mewujudkan hubungan dan meyakinkan coachee mengenai tujuan
membantu aspek profesional
-Mewujudkan kerangka mental tentang objektif dan kaedah pengajaran
-Menentukan struktur dan fokus pemerhatian
- Memahami dan mempelajari isi pengajaran yang diharapkan melalui
penyediaan soalan-soalan seperti;
- Apakah matlamat pengajaran anda?
- Bagaimana anda merancang pengajaran ?
- Apakah kandungan khusus pengajaran yang anda harapkan pelajar
belajar ?
- Di manakah anda memerlukan bantuan ?
- Apakah bahan-bahan yang diperlukan ?
- Apakah pengetahuan sedia ada pada pelajar sebelum pembelajaran
tajuk ini ?
- Bagaimana anda tahu dan dapat mengesan kesukaran pada
pengajaran ?
- Bagaimana kita tahu bahawa objjektif pembelajaran tercapai ?
-Perancangan terhadap strategi pengajaran
-Jangkaan terhadap coachee
-Wujudkan kemahiran penilaian kendiri yang profesional

2. PEMERHATIAN (OBSERVATION)
- Coachee seharusnya melakukan aktiviti berikut:
-Mengenalpasti peralatan untuk mengumpul data
-Mengumpul data/ maklumat melalui kaedah:
-Skrip
-Rakaman
-Senarai Semak
-Carta dan jadual
-Gambardan visual
-Melihat interaksi
-Mentafsir tingkahlaku coachee
-Meneliti dokumen berkaitan
-Menganalisis data/maklumat untuk tujuan perbincangan

3. PASCAKONFERENSI (POST CONFERENCE)


- Peringkat ini seseorang coach hendaklah;
- Memaklumkan perlakuan dan tindakan sebenar yang berlaku semasa
sesi pengajaran
-Memfokuskan perbincangan terhadap 2 atau 3 isu utama
- Memberi peluang kepada coachee menjelaskan perlakuan
pengajarannya
- Membincangkan elemen-elemen yang boleh membantu kepada
perubahan pengajaran
- Mendorong coachee membuat semakan faktor kelebihan/kelemahan
pengajaran
- Wujudkan persefahaman perkara berikut untuk pengajaran akan
datang:
- aspek yang perlu diperbaiki atau dikekalkan

You might also like