You are on page 1of 9

MPU3081 KOKURIKULUM PERSATUAN

ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA SURAT

1. Borang maklum balas


2. Isi Kandungan
3. Maklumat diri pelajar 1
4. Akuan Pelajar 2
5. Penghargaan 3
6. Abstrak 4
7. Pengenalan 4
8. Latar Belakang Kajian 5
9. Fokus Kajian 5
10. Objektif Kajian 6
11. Persoalan Kajian 6
12. Analisis Kes Berdasarkan SWOT 6
13. Rujukan 7
14. Lampiran 8
MPU3081 KOKURIKULUM PERSATUAN

HALAMAN PENGAKUAN

Saya dengan ini menyatakan bahawa tugas saya adalah karya asli daripada kerja yang
dibuat oleh diri saya sendiri dan tidak memplagiat mana-mana daripada bahagian kertas yang
saya siapkan ini. Dengan ini diakui bahawa saya, Muhamad Fudzail Aslah Bin Fadzili

1) Telah mengakui semua kerja-kerja dan idea dalam penyelidikan saya diambil
dari sumber yang dicetak dan diterbitkan secara elektronik.
2) Tidak meniru mana-mana hasil kerja pelajar lain.

Oleh sebab itu, saya memahami bahawa jika ada diatas yang didapati tidak benar, pihak
IPG Kampus Darulaman mempunyai hak dengan sepenuhnya untuk mengambil tindakan
disiplin ke atas saya berdasarkan “ Buku Panduan Pelajar”.

……………………………………………………………….

(MUHAMAD FUDZAIL ASLAH BIN FADZILI)

970207-09-5025
MPU3081 KOKURIKULUM PERSATUAN

Abstrak

Isu mengenai Persatuan Bahasa Melayu mengalami kesempitan wang untuk menjalankan
Pertandingan Syair Peringkat Negeri. Kajian ini bertujuan untuk melihat mengenai
pengurusan kewangan Persatuan Bahasa Melayu (PBM) dan aktiviti–aktiviti yang dijalankan
di Sekolah Negeri Bintong. Seramai dua orang ahli Persatuan Bahasa Melayu (PBM) dan 10
orang responden yang terdiri daripada peminat Persatuan Bahasa Melayu (PBM) telah dipilih
sebagai subjek kajian. Persatuan ini telah dipilih kerana mempunyai potensi yang optimis
untuk berkembang di masa hadapan dan mempu memberi menfaat kepada sekeliling jika
masalah kewangan yang dihadapi dapat ditangani. Aktiviti persatuan dapat dijalankan
sekirangnya kewangan dapat diuruskan dengan baik. Daripada hasil kajian menunjukkan
bahawa beberapa masalah telah timbul pada pengurusan kelab ini termasuklah gagal dalam
aspek pengurusan menyebabkan aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan akibat
daripada kekangan kewangan. Oleh itu, beberapa cadangan penambahbaikan dan
penyelesaian terhadap pengurusan kewangan dan aktiviti (PBM) telah dikenalpasti.

Pengenalan

Persatuan Bahasa Melayu (PBM) ditubuhkan adalah bertujuan untuk meningkatkan


minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dan meningkatkan kebolehan
berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Melayu yang baik serta memberi pendedahan
kepada para pelajar tentang masa depan. Bagi merealisasikan matlamat penubuhan (PBM)
pelbagai aktiviti tahunan telah dirancang seperti dalam Lampiran 1. Antara program yang
telah dijalankan ialah Pertandingan Syair Peringkat Negeri. Dalam melaksanakan program
persatuan tersebut terdapat beberapa krisis kewangan telah berlaku yang menyebabkan
beberapa aktiviti tahunan persatuan tidak dapat dijalankan disebabkan pengurusan kewangan
yang lemah. Hal ini demikian kerana, wang merupakan suatu aset yang amat penting bagi
keperluan manusia terutamanya kepada mahasiswa dalam menghadapi keadaan ekonomi
serba mencabar ini.
MPU3081 KOKURIKULUM PERSATUAN

LATAR BELAKANG KAJIAN

Persatuan Bahasa Melayu telah menghadapi masalah dalam pengurusan kewangan


yang menyebabkan pelbagai aktiviti yang dirancang tidak dapat dilaksanakan. Antaranya
ialah Pertandingan Syair Peringkat Negeri turut mengalami masalah pengurusan kewangan
sewaktu mengendalikannya. Menurut Mustapa Mohamed (1993) dalam buku Pengurusan
Kokurikulum. ilmu ekonomi dan kewangan adalah satu bidang yang mengkaji kegiatan
individu dan masyarakat dalam kehidupan seharian mereka, yang berkaitan dengan cara
menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan cara terbaik. Pengurusan kewangan yang
cekap dan sistematik amat penting dan perlu diamalkan oleh setiap individu bagi memastikan
sumber kewangan yang dimiliki dapat digunakan untuk perkara yang penting terlebih dahulu.

FOKUS KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat pengurusan kewangan serta Pertandingan
Syair Peringkat Negeri yang dijalankan oleh Persatuan Bahasa Melayu (PBM) di Sekolah
Negeri Bintong. Menerusi kajian kes ini, beberapa perkara dapat dilihat dan ditelitikan sebagai
punca berlakunya masalah kewangan dalam persatuan. Faktor- factor berlakunya masalah
kewangan adalah seperti berikut:

 Kelemahan pengurusan pentadbiran utama kewangan


 Tiada percaturan aktiviti dan idea produktif bagi menjana ekonomi persatuan
 Wuju unsur penyelewengan baik dari segi dalaman mahupun luaran
 Tidak mengemaskini penyata kewangan persatuan
 Campur tangan politik dan hak kepentingan peribadi golongan ternama
 Kekurangan peruntukan belanjawan daripada pihak kerajaan

Berdasarkan kepada senarai faktor yang berikut, dapat difahami bahawa terdapat pelbagai
aspek yang perlu diambil kira dalam hal ehwal pengurusan kewangan agar ianya dapat
dijadikan ikhtibar kepada mana-mana persatuan yang ada.
MPU3081 KOKURIKULUM PERSATUAN

Objektif kajian

Kajian ini merupakan satu bentuk tinjaun awal ke arah pembentukan suatu sistem kewangan
yang cemerlang sesebuah pertubuhan.

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

i. Mengenalpasti masalah kewangan yang dihadapi oleh sesuatu persatuan.


ii. Mengenalpasti kaedah dan jenis perbelanjaan persatuan
iii. Mengenalpasti kaedah perancangan dan pengurusan kewangan yang sesuai untuk
diamalkan bagi sesebuah persatuan
iv. Mengenalpasti jumlah keluar dan masuk wang perbelanjaan

Persoalan kajian

Skop Utama soalan mengenai pengurusan kewangan Persatuan Bahasa Melayu (PBM) dan
aktiviti yang dijalankan:

1. Apakah masalah utama yang dihadapi dalam pengurusan kewangan?


2. Apakah corak perbelanjaan pertubuhan yang efisien?
3. Adakah pengetahuan perakaunan membantu dalam pengurusan kewangan
pertubuhan?
4. Adakah pengurusan mengenai kewangan diperlukan?

Analisis kes berdasarkan swot

Berdasarkan kepada kajian yang telah dibuat melalui sesi temu bual yang telah
dijalankan, Sekolah Kebangsaan Bintong mempunyai kelengkapan untuk menjadi tuan rumah
Pertandingan Syair Peringkat Negeri manakala guru Persatuan Bahasa Melayu (PBM) juga
merupakan guru pakar dalam bidang bahasa. Hal ini dapat membantu pihak sekolah untuk
menjayakan pertandingan ini.

Selain itu, kebanyakkan ibu bapa pelajar di sekolah ini merupakan seorang guru. Ini
merupakan peluang yang perlu digunakan dengan memohon bantuan daripada ibu bapa
untuk terus memberi sokongan kepada pihak sekolah bagi menjayakan pertandingan ini.
Melalui program ini juga, selain dapat pengalaman baru, pelajar dapat menimba ilmu
pengetahuan yang luas mengenai jenis-jenis syair dan dapat mengeratkan hubungan antara
mereka yang pelbagai budaya.
MPU3081 KOKURIKULUM PERSATUAN

Pelbagai cabaran telah dilalui oleh pihak sekolah serta ahli PBM. Antaranya ialah
memastikan semua pelajar hadir ke sekolah bagi memeriahkan lagi pertandingan tersebut
dengan memberi sokongan. Hal ini demikian kerana terdapat tarikan siber kafe berhampiran
sekolah menyebabkan pelajar suka ponteng sekolah. Selain itu, sikap ibu bapa yang tidak
mengambil berat aktiviti yang dijalankan di sekolah akan menghalang pembelajaran murid-
murid. Masalah guru terlibat dengan urusan rasmi sekolah mengurangkan tenaga bantuan.
Hari pertandingan memerlukan pantuan dan kerjasama dari smua guru di sekolah agar
pertandingan tersebut dapat berjalan dengan lancar.

Akhir sekali, kelemahan yang didapati melalui pertandingan tersebut, persatuan


mempunyai pengurusan yang lemah untuk mengurus keluar masuk kewangan. Guru-guru
dan ahli persatuan perlu mengambil berat mengenai perkara ini. Guru juga boleh memohon
tunjuk ajar dan latihan kewangan dari pihak yang terlatih agar setiap guru mempunyai ilmu
dalam pengurusan kewangan. Perkara sebegini tidak sewajarnya berlaku.
MPU3081 KOKURIKULUM PERSATUAN

Analisis SWOT

Strenght / Kekuatan (S) Weakness / Kelemahan (W)

S1- Rancangan aktiviti tahunan persatuan W1- Pengurusan kewangan yang lemah
yang lengkap
W2- Sebahagian guru kurang
S2- Mempunyai guru pakar bahasa berpengalaman dan pengetahuan
mengenai cara untuk mengendalikan
S3- Tarikh, tempat dan masa telah
Pertandingan Peringkat Negeri
ditetapkan

S4- Dewan besar sekolah.

Opportunity / Peluang (O) Threats / Cabaran (T)

O1- Pihak PIBG sedia menyumbangkan T1- Terdapat kemudahan siber


aspek kewangan untuk menjalankan berhampiran sekolah yang menggalakkan
Pertandingan Syair Sempena Bulan Bahasa pelajar ponteng aktiviti kokurikulum selepas
Melayu waktu sekolah.

O2-Murid berpeluang untuk menyertai aktiviti T2- Sikap sesetengah ibu bapa yang tidak
yang dijalankan di sekolah. memandang serius kepentingan kegiatan
kokurikulum.
O3- Terdapat kemudahan dan kerjasama
daripada pihak luar untuk menjadi jurulatih T3- Guru terlibat dengan urusan rasmi
pantun, sekolah di peringkat KPM/PPD/JPN

O4- Kebanyakan ibu bapa adalah seorang


guru dan mampu menyediakan khidmat
mengajar kepada pelajar.
MPU3081 KOKURIKULUM PERSATUAN

Lampiran 1

Penyata Kewangan Tahunan Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Rendah Kebangsaan


Bintong, 01000, Kangar, Perlis.

PENERIMAAN RM PERBELANJAAN RM
1. Baki dibawa ke hadapan 40.00 1. Beli barangan hiasan 300.00
2. Wang derma pendaftaran 100.00 dewan pertandingan
3. Yuran bulanan ahli 400.00 2. Buku Program 30.00
4. Peruntukan kokurikulum 100.00 3. Hadiah Pertandingan 200.00
5. Sumbangan daripada PIBG 200.00 4. Saguhati untuk hakim 50.00
5. Baki dalam bank 260.00
Jumlah 840.00 Jumlah 840.00

Saya Azimah bin Ahmad, Bendahari Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan
Bintong, dengan ini mengakui Penyata Kewangan ini adalah benar.
Baki wang dalam bank ialah sebanyak RM 110.00

Tandantangan Bendahari :……………………… Tarikh :……………………………..


Azimah binti Ahmad
MPU3081 KOKURIKULUM PERSATUAN

Rujukan

CguNazri. (2010, Jan 24). KOKURIKULUM: KONSEP KOKURIKULUM. Retrieved from


http://kokosmtwt.blogspot.my/2010/01/konsep-kokurikulum.html

Hisyamudin. (2009, Febuari 8). Retrieved from Pengurusan Kokurikulum: Penubuhan Kelab:
http://pengurusankokurikulum.blogspot.my/2009/02/penubuhan-kelab.html

Hussin, S. (1993). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

IPBMM. (2017, Jun 13). Retrieved from Kertas Kerja Penubuhan Kelab Bahas - Documents
- Docslide.net: https://docslide.net/documents/kertas-kerja-penubuhan-kelab-
bahas.html

Rahim, A. A. (2014). Pengurusan kokurikulum. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

You might also like