You are on page 1of 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAHASA MALAYSIA TAHUN 1 ( SAMA TEMA )

Tarikh / Hari 18 Julai 2018 (Rabu)


Masa 8.10 – 9.10 pagi
Kelas 1 Adam
Tema Kekeluargaan
Tajuk Unit 3: Balik ke Kampung Tajuk : Singgah di Gerai
Standard 1.1
Kandungan Mendengar dan memberikan respons
Standard 1.1.2
Pembelajaran
Mengajuk, dan menyebut perkataan, frasa dan ayat
yang mengandungi pelbagai bunyi
Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid
dapat:
- Mengajuk dan menyebut perkataan, frasa, dan
ayat yang mengandungi diftong
Aktiviti 1. Guru menyatakan objektif PdP.
2. Murid-murid meneliti gambar dan menyatakan pasar
pagi yang ditunjukkan oleh guru.
3. Murid-murid melakon simulasi pasar pagi.
4. Murid-murid mengajuk dan menyebut perkataan
berdasarkan bahan maujud.
5. Murid-murid menonton video keadaan pasar pagi.
6. Murid-murid menyatakan bahawa pasar pagi di jalan
raya merupakan tempat yang berbahaya dan perlu
menjaga keselamatan diri .
7. Murid-murid menonton klip video yang ditayangkan
oleh guru.
8. Murid-murid berbincang dalam kumpulan tentang
risiko di jalan raya berdasarkan video yang
ditayangkan oleh guru. (BAM m/s5)
9. Murid-murid membuat rumusan dan melaung sambil
mengaksikan slogan “Waspada Budaya Kita” serta
menyanyi lagu “Berhati-hati di Jalan Raya” bersama-
sama.
Sistem Bahasa Diftong
Pengisian Ilmu PKJR
Kurikulum HP 2.1.1 Aktiviti 5 (m/s 5)
Nilai Murni Prihatin
EMK Teknologi Maklumat
BBM Video, buku teks, bahan maujud,buku aktiviti (BAM)
PKJR,VAA,slaid power point
Penilaian
Refleksi Pada akhir pengajaran:
__________ murid dapat mencapai objektif yang
ditetapkan.
__________ murid tidak dapat mencapai objektif akan
diberi bimbingan khas.
Catatan

You might also like