You are on page 1of 31

ABST4106 Panduan Kertas Projek

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

PANDUAN KERTAS PROJEK


ABST4106

PERLANTIKAN PENYELIA
FORMAT CADANGAN PROJEK
FORMAT LAPORAN AKHIR PROJEK

SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM

First Edition, April 2013

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


All rights reserved. No part of this work may be reproduced in any form or by any means
without the written permission of the President, Open University Malaysia.

1
ABST4106 Panduan Kertas Projek

2
ABST4106 Panduan Kertas Projek

Contents
SEKSYEN

1 Keperluan Am Penulisan Kertas Projek


1.1 Pengenalan ........................................................................................ 5
1.2 Pencalonan Penyelia ......................................................................... 5
1.3 Spesifikasi Teknikal ............................................................................ 6
1.3.1 Jenis Tulisan dan Saiz ........................................................... 6
1.3.2 Margin .................................................................................... 6
1.3.3 Jenis Kertas ............................................................................ 6
1.3.4 Binding ................................................................................... 6
1.3.5 Serahan Cadangan Projek & Laporan Akhir Projek ............... 7
1.3.6 Sub Bahagian ......................................................................... 7
1.3.7 Carta Alir Proses Penyediaan Kertas Projek
Fakulti Sains Sosial Gunaan .................................................. 8

2 Format Cadangan Projek


2.1 Mengenalpasti Bidang Kajian ........................................................... 10
2.2 Cadangan Kajian .............................................................................. 10
2.3 Kenapa Perlu Ada Cadangan Kajian? ............................................. 10
2.4 Persediaan Sebelum Menulis Cadangan Kajian .............................. 11
2.4.1 Masalah Kajian ..................................................................... 11
(a) Contoh masalah kajian ................................................ 11
(b) Membuat kajian literatur .............................................. 11
(c) Membina soalan-soalan kajian atau
membuat hipotesis ...................................................... 11
(d) Membina metodologi kajian ......................................... 12
2.5 Penulisan Cadangan Kajian ............................................................. 12
2.5.1 Pengenalan .......................................................................... 12
2.5.2 Tinjauan Kajian ..................................................................... 13
2.5.3 Kaedah Kajian ...................................................................... 13
2.6 Penyerahan Cadangan Kajian kepada Fakulti / Penyelia ................ 13

3 Format Laporan Akhir


3.1 Garis Panduan Am ........................................................................... 14
3.2 Penyusunan Bab .............................................................................. 14
3.2.1 Seksyen Hadapan ................................................................ 14
(a) Tajuk Halaman ............................................................ 14
(b) Abstrak ........................................................................ 14
(c) Penghargaan ............................................................... 15
(d) Perakuan ..................................................................... 15
(e) Isi Kandungan .............................................................. 15
(f) Senarai jadual / rajah / ilustrasi ................................... 15

3
ABST4106 Panduan Kertas Projek

3.2.2 Seksyen Utama .................................................................... 15


Bab 1: Pengenalan............................................................... 15
Bab 2: Kajian Literatur.......................................................... 15
Bab 3: Metodologi Kajian ..................................................... 16
Bab 4: Hasil temuan dan perbincangan ............................... 16
Bab 5: Kesimpulan ............................................................... 16
3.2.3 Seksyen Belakang ............................................................... 16
(a) Format Senarai Rujukan ............................................. 16
(b) Senarai Contoh-contoh Format Rujukan ..................... 17

4 Penghantaran Kertas Projek ............................................................ 18

5 Lampiran .......................................................................................... 18

4
ABST4106 Panduan Kertas Projek

SEKSYEN 1

Keperluan Am Penulisan Kertas Projek

1.1 Pengenalan

Penulisan Kertas Projek merupakan satu bentuk Latihan Ilmiah bagi


setiap pelajar Ijazah Sarjana Muda di pusat-pusat pengajian tinggi.
Pengalaman ini akan memberi panduan kepada para pelajar untuk
menulis tesis atau disertasi apabila mereka melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi (Sarjana / Doktor Falsafah). Dalam
panduan kertas projek ini akan diterangkan secara ringkas mengenai
format dan prosedur penulisan Kertas Projek.

Tujuan garis panduan ini adalah untuk membantu pelajar dalam


menyediakan dan menyiapkan Cadangan Projek dan Laporan
Projek. Pelajar dinasihatkan agar kerap berkomunikasi dengan
penyelia masing-masing untuk berbincang mengenai garis panduan
ini. Ini bermaksud, pelajar perlu mencari seorang penyelia untuk
memberi panduan dan menyelia kajian penyelidikan yang bakal
dijalankan.

1.2 Pencalonan Penyelia

Pelajar dikehendaki mencari seorang penyelia dengan menyerahkan


Borang Pencalonan Penyelia untuk Kertas Projek (Borang
FASSRP01) kepada pihak Fakulti sama ada melalui e-mel atau pos
bersama-sama dengan Resume penyelia berkenaan (sila rujuk
Lampiran A & B).

Penyelia dilantik untuk satu tempoh jangkamasa projek yang bakal


dijalankan. Dalam tempoh tersebut, penyelia dan pelajar dikehendaki
mengikut Garis Panduan Kertas Projek di dalam tempoh penyediaan
Kertas Projek berkenaan. Pelajar dan Penyelia hendaklah
berinteraksi secara atas talian / bersemuka (sekurang-kurangnya
minima 4 kali / semester).

Penyelia yang dicalonkan, mestilah mempunyai sekurang-kurangnya


Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkaitan dengan tajuk projek
yang hendak dijalankan.

Pelajar boleh menjalankan kajian Kertas Projek dalam tempoh dua


semester. Ini bermaksud satu semester untuk Bahagian I (Cadangan

5
ABST4106 Panduan Kertas Projek

Projek) dan satu lagi semester untuk melengkapkan Bahagian II


(Laporan Akhir Projek).

1.3 Spesifikasi Teknikal

Untuk format penulisan, pelajar dikehendaki mematuhi keperluan-


keperluan berikut:

1.3.1 Jenis Tulisan dan Saiz

Teks keseluruhan untuk Kertas Cadangan Projek dan Laporan Projek


meliputi tajuk dan halaman muka surat hendaklah ditulis dalam saiz
12 dan jenis tulisan Times New Roman atau Arial.

1.3.2 Margin

Muka surat pertama setiap bab hendaklah mengikut margin berikut:


 Atas: 5 sm/2 inci
 Kanan: 2.5 sm/1 inci
 Kiri: 3.5 sm/1 ½ inci
 Bawah: 2.5 sm/1 inci

Teks didalam sub halaman hendaklah mengikut margin berikut:


 Atas : 2.5 sm/1 inci
 Kanan : 2.5 sm/1 inci
 Kiri : 3.5 sm/1 ½ inci
 Bawah : 2.5 sm/1 inci

1.3.3 Jenis Kertas

Pelajar perlu menggunakan kertas A4 80 gram berwarna putih dan


bersaiz (210mm X 297mm) untuk mencetak.

1.3.4 Binding

Pelajar hendaklah menyerahkan Laporan Akhir Kertas Projek yang


dibinding setelah mendapat kelulusan penyelia. Cadangan Projek
perlulah dibuat secara comb binding manakala Laporan Akhir Kertas
Projek perlulah dalam bentuk hardcover (Warna Biru) .

6
ABST4106 Panduan Kertas Projek

Maklumat depan hardcover haruslah meliputi tajuk projek, nama


pelajar, fakulti, nama institusi dan sesi akademik dan dicetak di
dalam huruf besar bersaiz 18 (Arial Narrow gold fonts). (rujuk
Lampiran )

1.3.5 Serahan Cadangan Projek dan Laporan Akhir Projek

Cadangan Projek dan Laporan Projek / Disertasi hendaklah


diserahkan kepada Fakulti Sains Sosial Gunaan satu (1) minggu
sebelum peperiksaan akhir semester berkenaan bermula.

1.3.6 Sub-bahagian

Teks mestilah dibahagikan kepada beberapa bab. Sebagai contoh,


Bab 1, Bab 2, dan lain-lain. Sub-bahagian boleh juga digunakan.
Kandungan setiap bab boleh dibahagikan mengikut topik dan sub
topik (sila rujuk Lampiran H).

7
ABST4106 Panduan Kertas Projek

CARTA ALIR PROSES PENYEDIAAN KERTAS PROJEK FAKULTI SAINS


SOSIAL GUNAAN

8
ABST4106 Panduan Kertas Projek

9
ABST4106 Panduan Kertas Projek

SEKSYEN 2

Format Cadangan Projek

2.1 Mengenal Pasti Bidang Kajian

Sebelum para pelajar merancang untuk menulis Kertas Projek,


pelajar hendaklah mengenal pasti bidang kajian. Dalam Pengajian
Islam, sekurang kurangnya ada 3 bidang iaitu Usuluddin, Syariah dan
Sejarah. Jadi, pelajar mestilah mengenal pasti bidang yang diminati
untuk membuat kajian. Setelah mengenal pasti bidang kajian,
seterusnya boleh difikirkan tajuk yang sesuai di dalam bidang
tersebut. Sila rujuk contoh-contoh Kertas Projek dari mana-mana
institusi pengajian tinggi di Malaysia samada dalam bentuk bercetak
atau digital.

2.2 Cadangan Kajian

Langkah pertama dalam penulisan Kertas Projek atau sebarang


bentuk penulisan ilmiah ialah menyediakan Cadangan Kajian.
Apakah yang dimaksudkan dengan Cadangan Kajian? Cadangan
Kajian ialah satu ringkasan atau satu dokumen yang ditulis secara
sistematik yang melakarkan tentang langkah-langkah kajian yang
akan dilakukan. Dalam cadangan kajian ini perlu mengandungi tajuk-
tajuk kecil seperti berikut:
(a) Masalah kajian
(b) Persoalan kajian
(c) Tinjauan literatur
(d) Metodologi kajian
(e) Senarai rujukan

2.3 Kenapa perlu ada Cadangan Kajian?

Cadangan Kajian ini penting kerana ia dapat menolong para pelajar


mencari penyelia yang betul dan selaras dengan bidang kajian.
Pelajar dapat mengetahui sama ada penyelia tersebut daripada
bidang syariah, usuluddin, sejarah atau pendidikan. Demikian juga
pelajar dapat mengenalpasti bidang pengkhususannya sama ada
muamalat, munakahat, ilmu sesat atau sebagainya. Ini bermakna,
pelajar haruslah mengenalpasti dan merangka tajuk cadangan kajian
terlebih dahulu dan seterusnya mencari penyelia yang berkaitan
dengan bidang kajian.

10
ABST4106 Panduan Kertas Projek

2.4 Persediaan Sebelum Menulis Cadangan Kajian

2.4.1 Masalah Kajian

Pelajar haruslah telah mengenalpasti masalah yang hendak dikaji


iaitu yang diistilahkan dengan masalah kajian

(a) Contoh masalah kajian


Antara contoh-contoh masalah kajian adalah seperti:
(i) Ramai murid tahun enam sekolah kebangsaan tidak boleh
membaca Al-Quran (pendidikan);
(ii) Pelajar sekolah menengah rendah suka hidu gam;
(iii) Ramai remaja Islam di daerah (mana-mana) murtad
(Usuluddin);
(iv) Mengkaji satu kumpulan ajaran sesat (Usuluddin);
(v) Penceraian di kalangan pasangan Islam di satu daerah
(Syariah) atau;
(vi) Ramai org Islam tidak mengambil Insuran Takaful
(Syariah); dan
(vii) Sebuah masjid lama di kampung dusun (sejarah) dan
sebagainya.

(b) Membuat kajian literatur


Pelajar hendaklah membuat rujukan yang berkaitan dengan
tajuk masing-masing melalui buku, majalah, jurnal dan lain-lain.
Disamping itu pelajar juga perlu merujuk kajian lepas yang telah
dilakukan oleh pihak lain didalam bentuk tesis, disertasi, kertas
projek dan jurnal.

(c) Membina soalan-soalan kajian atau membuat hipotesis.


Kajian yang dibuat adalah untuk menjawab soalan kajian yang
dibina.

Contoh soalan kajian:


(i) Siapakah Qari terkenal di Kedah?
(ii) Apakah gaya bacaan yang biasa dipilih oleh Qari ini?
(iii) Adakah terdapat persamaan dari segi gaya bacaan
dengan Qari-Qari lain di Kedah?

11
ABST4106 Panduan Kertas Projek

Contoh lain yang berkaitan:


(i) Adakah pekerja-pekerja di jabatan (xxx) membayar zakat
pendapatan?;
(ii) Adakah pekerja-pekerja ini membayar zakat pendapatan
melalui potongan gaji?;
(iii) Adakah pekerja-pekerja ini mengetahui kewajipan
membayar zakat pendapatan?;
(iv) Adakah pekerja-pekerja ini tahu jenis-jenis zakat lain yang
wajib dibayar?; dan
(v) Adakah pekerja-pekerja ini mengetahui dimanakah wang
kutipan zakat ini disalurkan?

(d) Membina metodologi kajian


Ia menceritakan bagaimana kajian itu akan dilakukan, siapakah
orang yang terlibat (responden), dimana kajian itu akan dibuat
dan lain-lain yang berkaitan.

(i) Membina reka bentuk kajian dan teknik atau tatacara


mengumpul data. Penggunaan kaedah kaji selidik
(survey), temubual, observasi, kajian teks, kajian buku,
kajian perpustakaan, tokoh dan sebagainya.

(ii) Menjelaskan bagaimana data yang telah dikutip itu


hendak dilakukan analisis.

2.5 Penulisan Cadangan Kajian

Cadangan kajian hendaklah ditulis mengikut prosedur yang biasa


dilakukan dalam penulisan ilmiah. Berikut diterangkan secara ringkas
prosedur tersebut:

2.5.1 Pengenalan

Dalam bab ini dibentangkan pernyataan masalah yang ingin dikaji,


kemudian dijelaskan tujuan atau objektif kajian ini dibuat. Selanjutnya
membentangkan soalan-soalan kajian yang telah digubal dan
kepentingan kajian.

12
ABST4106 Panduan Kertas Projek

2.5.2 Tinjauan Kajian

Dalam bab ini penulis dikehendaki memaparkan literatur yang telah


dikaji, sama ada daripada buku, majalah, jurnal, kertas projek, kertas
kerja, tesis, disertasi, laporan kerajaan dan sebagainya. Literatur ini
mestilah ada kaitan dengan tajuk yang dipilih.

2.5.3 Kaedah Kajian

Dalam bab ini penulis membentangkan secara terperinci reka bentuk


kajian. Ini termasuklah sampel kajian, tempat, cara data dikutip dan
bagaimana data tersebut dianalisis.

2.6 Penyerahan Cadangan Kajian kepada Fakulti/Penyelia

Cadangan kajian yang telah siap hendaklah diserahkan kepada


Fakulti dan satu salinan kepada penyelia yang dicadangkan. Jika
penyelia berkenaan menilai dan didapati sesuai dengan bidangnya,
maka pelajar boleh memaklumkan kepada pihak Fakulti untuk
melantiknya menjadi penyelia. (sila rujuk Lampiran A & B)

13
ABST4106 Panduan Kertas Projek

SEKSYEN 3

Format Laporan Akhir

3.1 Garis Panduan Am

Laporan Projek / Disertasi hendaklah merangkumi dokumentasi


bertulis antara 50 hingga 60 muka surat tidak termasuk bahagian
hadapan dan lampiran

3.2 Penyusunan Bab

Kertas Projek / Disertasi adalah dokumen saintifik, justeru itu


mestilah ditulis mengikut cara penulisan yang sistematik seperti
berikut:

3.2.1 Seksyen Hadapan

(a) Tajuk Halaman perlu meliputi perkara berikut:


(i) Tajuk Projek
(ii) Nama Penulis
(iii) Nama Program
(sila rujuk Lampiran D )

(b) Abstrak
Sila ambil perhatian di dalam penyediaan abstrak.
Abstrak mestilah berinformasi dan merangkumi enam
bidang utama:
(i) Tujuan
(ii) Skop
(iii) Kaedah-kaedah yang digunakan
(iv) Keputusan
(v) Penutup
(vi) Saranan

Hadkan abstrak anda kepada 350 patah perkataan (sila


rujuk Lampiran F).

14
ABST4106 Panduan Kertas Projek

(c) Penghargaan
Seksyen ini membolehkan pelajar untuk menyatakan
rasa terima kasih kepada orang ramai dan organisasi
yang telah membantu dalam menyiapkan disertasi
dengan jayanya seperti penyelia, ahli keluarga,
organisasi dan sebagainya (sila rujuk Lampiran G)

(d) Perakuan
Pelajar memperakukan bahawa kerja-kerja yang
dijalankan untuk melengkapkan kertas projek / disertasi
adalah asli, benar mengikut etika penyelidikan dan
tanpa unsur – unsur plagiat. (sila rujuk Lampiran E)

(e) Isi Kandungan


Menyediakan garis panduan kepada pembaca
mengenai topik utama dan sub topik dalam
menyediakan Kertas Projek / Disertasi (sila rujuk
Lampiran I)

(f) Senarai jadual dan rajah / ilustrasi


Tajuk jadual dan rajah / ilustrasi hendaklah ditulis dalam
cara yang sama seperti dalam teks sebenar.

3.2.2 Seksyen Utama

Bab 1: Pengenalan
1. Latar belakang kajian
2. Pernyataan Masalah
3. Soalan-soalan kajian
4. Objektif kajian
5. Hipotesis
6. Sumbangan kajian
7. Had kajian

Bab 2: Kajian Literatur


1. Kajian literatur
2. Konsep dan Teori
3. Konsep rangka kerja

15
ABST4106 Panduan Kertas Projek

Bab 3: Metodologi Kajian


1. Reka bentuk kajian
2. Contoh-contoh
3. Instrumen Kajian
4. Kaedah kajian
5. Pengumpulan Data
6. Analisis Data

Bab 4: Hasil temuan dan Perbincangan


1. Keputusan yang dinyatakan perlu ada plot yang
mengambarkan keputusan anda.
2. Teks anda haruslah mengambarkan apa yang anda lihat
dalam angka-angka terperinci yang menunjukkan
pemerhatian yang ketara.

Bab 5: Kesimpulan
1. Merumuskan secara keseluruhan kajian yang telah
dilaksanakan, hasil dan pencapaian projek serta
perancangan dan harapan/cadangan pembaikan ke
atas projek yang dibangunkan.
2. Berbincang tentang sebarang kekangan, kegagalan
atau kelemahan projek anda.
3. Memberi penekanan kepada sumbangannya kepada
bidang kajian.
4. Menunjukkan kajian pada masa hadapan.
5. Potensi kejayaan anda jika bekerja dalam projek yang
dijalankan.

3.2.3 Seksyen Belakang

(a) Format Senarai Rujukan


(i) Mulakan senarai rujukan pada halaman baru
dengan rujukan perkataan di tengah-tengah
bahagian atas halaman.
(ii) Susunkan item mengikut pengarang (jika tiada
nama pengarang, mulakan dengan tajuk).

16
ABST4106 Panduan Kertas Projek

(iii) Jangan menyatakan nama pertama pengarang


atau nama tengah contoh: (Ashraf, Lokman
(bukannya Ashraf Lokman)
(iv) Dalam tajuk buku, artikel, laman web, hanya
perkataan pertama tajuk dan sarikata ditulis dalam
huruf besar (kecuali kata nama),
walaubagaimanapun kata-kata penting dalam tajuk
jurnal, majalah & surat khabar perlu ditulis dalam
huruf besar contohnya: Jurnal Pendidikan Islamik

(b) Senarai Contoh-contoh Format Rujukan

Jurnal atau Artikel Majalah

Bahagian ini mengandungi senarai rujukan khusus yang


telah digunakan sebagai kutipan dalam penulisan teks
laporan projek (bab-bab di atas). Setiap senarai rujukan
perlu dipastikan direkod dalam teks laporan.

Contoh Penulisan Rujukan:

(i) Journal:
Ho, Y. W., & A. Nawawi. (1991). Effect of carbon
and nitriogen sources on growth of Ganoderma
boninense from oil palm. Journal of Plant
Protection in the Tropics 8:37-43.

(ii) Monographs:
Herlina, S., & Tan, F. H. (1992). Molecular aspects
of typhoid fever. Kuala Lumpur: Protea Press.

(iii) Book Chapter:


Chan, T. K. (1992). Plasmids of enterobacteria. In
Pathogenesis of bacterial infections, ed. A.
Ramirez, and S. Aquino, pp 235-243. Kuala
Lumpur: Protea Press.

(iv) Personal Communications:


These should be mentioned in the text in the
following form: (A.B. Salleh, pers.comm.).

(v) Web pages


Vice President, 1999. University of Calgary
Research Policies and Procedures Handbook.

17
ABST4106 Panduan Kertas Projek

http://www.ovpr.uga.edu/rpph/rph_misn.html.
Accessed on 23 February 1999.

(vi) Thesis
Chin, Y. (1986). Title of Ph.D. Dissertation, Ph.D
Thesis, Any State University. Reports
Country/Ministry/State/Institution, 1999. Title of
reports. Malaysia, 1999. Rancangan Malaysia
Keenam 1991-1995.

4.0 Penghantaran Kertas Projek

Pelajar perlu menghantar:


1. Satu CD yang mengandungi salinan kertas projek. Labelkan CD
dengan kod projek, tajuk projek, nama pelajar, nombor matrik
dan nama
2. Satu hardcopy Kertas Projek berjilid.

5.0 Lampiran

Lampiran yang disertakan hendaklah dicatat perkataan LAMPIRAN


berhuruf besar pada sebelah atas setiap helaian. Lampiran adalah
dokumen-dokumen sokongan yang relevan meliputi instrumen kajian,
bahan-bahan dan prosedur yang berkaitan dengan kajian untuk
mengukuhkan lagi penyataan di dalam hasil temuan. Ini akan
memastikan bahawa hasil kajian anda adalah produk yang lengkap
dan berkualiti.

18
ABST4106 Panduan Kertas Projek

LAMPIRAN A

Borang FASSRP01

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

PERLANTIKAN PENYELIA UNTUK KERTAS PROJEK

BAHAGIAN A UNTUK DIISI OLEH PELAJAR

Nama : ______________________________________

Program : ______________________________________

Pusat Pengajian : ______________________________________

No. Kad Pengenalan : ______________________________________

No. Matrik : ______________________________________

Ambilan : ______________________________________

Perlantikan untuk Semester : JAN MEI SEPT Tahun_____

Alamat Surat Menyurat : ______________________________________

______________________________________

No. Telefon : ________________Bimbit: ________________

Emel : ________________________

19
ABST4106 Panduan Kertas Projek

TAJUK KAJIAN (menggunakan HURUF BESAR)

_________________ _______________

Tandatangan Pelajar Tarikh

20
ABST4106 Panduan Kertas Projek

BAHAGIAN B UNTUK DISI OLEH PENYELIA

Maklumat Penyelia 1

Nama Penyelia* : ________________________________________

Bidang pengkhususan : ________________________________________

Institusi & Alamat : ________________________________________

________________________________________

Telefon : (P) ________________ (Bimbit) _____________

____________________ ____________________

Tandatangan Penyelia Tarikh

Maklumat Penyelia 2 (jika berkaitan)

Nama Penyelia* : ______________________________________

Bidang pengkhususan : ______________________________________

Institusi & Alamat : _____________________________________

______________________________________

Telefon : (P) ________________ (Bimbit) ____________

_____________________ _____________________

Tandatangan Penyelia Tarikh

* Sila lampiran resume. (rujuk Lampiran B)

21
ABST4106 Panduan Kertas Projek

BAHAGIAN C UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

UNTUK PENYELARAS PROGRAM UNTUK FASS SAHAJA


SAHAJA
Lulus/Tidak Lulus Kemaskini I-Campus

Disahkan oleh:

________________________
_______________________
(Tandatangan & Cop)
(Tandatangan & Cop)
Tarikh: _____________
Tarikh:: _____________

Catatan (jika ada)


_______________________________________________________

_______________________________________________________

_______________________________________________________

22
ABST4106 Panduan Kertas Projek

LAMPIRAN B

FORMAT RESUME

UNTUK DISI OLEH CALON PENYELIA BAGI KERTAS PROJEK

Nama : …………………………………………………………

Institusi : ………………………………………………………….

Tarikh Lahir : ………………………………………………………….

Alamat : ………………………………………………………….

…………………………………………………………

…………………………………………………………

No Telefon : Pej:………………………Bimbit: ……………………

Emel : ……………………………………………….

Bidang Pengkhususan :………………………………………………

Kelayakan Akademik & Profesional:

…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
……………………………………………….........................................................
.........................................................................…………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………

23
ABST4106 Panduan Kertas Projek

Senarai terbitan terdahulu (jurnal/buku/kertas persidangan):

…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………

Maklumat lain yang berkaitan:

…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………

____________________ ____________________

Tandatangan Penyelia Tarikh

24
ABST4106 Panduan Kertas Projek

LAMPIRAN C

FORMAT MUKA DEPAN & COMB BINDING


PERANAN INSTITUSI KEAGAMAAN DIDALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH REMAJA

PERANAN INSTITUSI KEAGAMAAN DI DALAM


PEMBENTUKAN SAHSIAH REMAJA
(Arial Narrow, saiz 18, HURUF BESAR)
(Arial Narrow, saiz 18, HURUF BESAR)

ROSHIZAN MAHMOOD
(Arial Narrow, Saiz 18, HURUF BESAR)
ROSHIZAN MAHMOOD

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA


2012
(Arial Narrow, Saiz 18, HURUF BESAR)
2012
BIS

*Do not indicate the box on the Front Cover & Spine

25
ABST4106 Panduan Kertas Projek

LAMPIRAN D

FORMAT TAJUK HALAMAN

PERANAN INSTITUSI KEAGAMAAN DI DALAM


PEMBENTUKAN SAHSIAH REMAJA
(Arial Narrow, saiz 14, HURUF BESAR)

ROSHIZAN MAHMOOD
(Arial Narrow, saiz 14, HURUF BESAR)

Kertas Projek yang dikemukakan sebagai memenuhi


sebahagian keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda dalam
bidang Pengajian Islam

Fakulti Sains Sosial Gunaan


Open University Malaysia

2012
(Arial Narrow, saiz 14, HURUF BESAR)

*Do not indicate the box on the Title Page

26
ABST4106 Panduan Kertas Projek

LAMPIRAN E

FORMAT HELAIAN PERAKUAN

PERAKUAN
(Times New Roman / Arial, saiz 14, HURUF BESAR)

Nama:

No Metrik:

Saya dengan ini memperakukan bahawa Kertas Projek ini adalah hasil
kerja saya sendiri, kecuali untuk petikan dan ringkasan yang telah
diperakui.

Tandatangan: Tarikh:

ii

*Do not indicate the box on the Declaration

27
ABST4106 Panduan Kertas Projek

LAMPIRAN F

FORMAT ABSTRAK

PERANAN INSTITUSI KEAGAMAAN DI DALAM


PEMBENTUKAN SAHSIAH REMAJA
(Times New Roman / Arial, saiz 14, HURUF BESAR)

ROSHIZAN MAHMOOD

Mei 2012

ABSTRAK
(Times New Roman / Arial, saiz 12, HURUF BESAR)

______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________

* Hadkan abstrak ke 350 patah perkataan


*Jarak hanya satu baris
*Satu (1) halaman sahaja

*Do not indicate the box on the Abstract

28
ABST4106 Panduan Kertas Projek

LAMPIRAN G

FORMAT PENGHARGAAN

PENGHARGAAN
(Times New Roman / Arial, saiz 14, HURUF BESAR)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnianya yang


memberikan kesihatan yang baik sepanjang melaksanakan projek ini. Terima
kasih atas sokongan kawan-kawan, ahli keluarga atas dorongan yang diberikan
sepanjang tempoh menyiapkan projek ini.

*Do not indicate the box on the Acknowledgement

29
ABST4106 Panduan Kertas Projek

LAMPIRAN H

FORMAT SUB BAHAGIAN

(5 cm/2 inci)

BAB 1

TAJUK UTAMA BAB


(Times New Roman / Arial, saiz 12, HURUF BESAR)

1.1 Topik Utama


----------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------
(3.5 cm/1 ½inci) (2.5 cm/1 inci)

1.1.1 Sub – topik 1


----------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------

1.1.2 Sub – topik 2


----------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------

1.1.3 Sub – topik 3


----------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------

(2.5 cm/1 inci)

* Do not indicate the box on the Chapter Heading

30
ABST4106 Panduan Kertas Projek

LAMPIRAN I

FORMAT ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN 1
PERAKUAN 2
ABSTRAK 3
PENGHARGAAN 4
ISI KANDUNGAN 5
SENARAI JADUAL / RAJAH / ILUSTRASI 6
SENARAI NOMBOR 7
SENARAI SINGKATAN 8

BAB 1 PENGENALAN 10
1.1 Latar belakang kajian
1.2 Pernyataan Masalah
1.3 Soalan-soalan kajian
1.4 Objektif kajian
1.5 Hipotesis

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 15


2.1 Konsep dan Teori

BAB 3 METHODOLOGI KAJIAN 17


3.1 Reka bentuk kajian
3.2 Contoh prosedur
3.4 Kaedah kajian
3.5 Pengumpulan Data
3.6 Penganalisaan Data

BAB 4 HASIL TEMUAN & PERBINCANGAN 20

BAB 5 KESIMPULAN 22

RUJUKAN 23

LAMPIRAN 25

* Do not indicate the box on the Table of Content

31

You might also like