You are on page 1of 5

SJKT BANDAR SRI SENDAYAN

MINIT MESYUARAT PROGRAM LINUS 2.0


BILANGAN 4 TAHUN 2018

Perkara : MINIT MESYUARAT PROGRAM LINUS 2.0 BIL.4/2017

Tarikh : 4 November 2018

Hari : Jumaat

Masa : 2.30 petang hingga 3.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SJKT BANDAR SRI SENADAYAN

Kehadiran:

1. EN.AHILAN(Guru Besar )
2. EN.G.JEGANATHAN (GPK 1)
3. PN.M.DEVI(GPK HEM )
4. PN.SHEELAWATHY(GPK KOKU)
5. PN.MANJULAH
6. PN.NANTHA KUMARI
7. PN.S.THAIVANY
8. CIK.KANAGESWARY
9. PN.S.MAGIASWARY
10. EN.ARUL SELVAM
11. CIK.SHANILA
12. PN.RAJESWARY
AGENDA MESYUARAT
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1.1 Pengerusi mesyuarat merakamkan penghargaan dan terima


kasih atas kehadiran guru-guru yang terlibat dengan
jawatankuasa LINUS untuk mesyuarat kali ke-4 bagi tahun 2018

1.2.1 Mesyuarat ini bertujuan untuk melaporkan pencapaian saringan 2


LINUS tahun 2018 serta tindakan susulan yang akan dijalankan
bagi murid yang tidak menguasai saringan 2.

1.3.1 Pengerusi membentangkan Keputusan Pencapaian Saringan 2


LINUS Tahun 2018 mengikut data saringan 2.

1.4.1 Beliau mengingatkan guru-guru agar menyemak dan


menandatangani Borang BPPI dengan lengkap.

1.5.1 Beliau juga meminta guru-guru menandatangani borang laporan


nkra dan borang kawalan mutu untuk saringan 2 bagi setiap kelas
yang diajar.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1. Majlis sebulat suara mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
tanpa sebarang pindaan.
Cadangan : Pn.S.Magiaswary
Sokongan : Pn.M.Devi

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


3.1 TIADA.

4.0 PEMBENTANGAN MAKLUM BALAS/ KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN/


PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 TINDAKAN SUSULAN DAN PERANCANGAN PROGRAM LINUS 2018


4.1.1 Berdasarkan pencapaian saringan 2, murid-murid didapati
lemah dalam penguasaan saringan membaca dan menulis .
Jadi, untuk tahun hadapan, program yang melibatkan aktiviti
membaca akan dijalankan untuk meningkatkan penguasaan
tahap membaca murid-murid.

4.1.2 Cadangan penggunaan bahan bacaan untuk murid-murid


dengan konstruk yang belum dikuasai.

4.2 SENARAI NAMA MURID YANG TIDAK KUASAI SARINGAN 2 LINUS


2018

4.2.1 Rujuk Lampiran untuk senarai nama murid yang tidak kuasai
Saringan 2 Linus Tahun 2018.

Makluman : Semua Guru LINUS

4.3 PENCERAPAN GURU LINUS


4.3.1 Apabila guru dicerap untuk LINUS, pastikan guru membuat
salinan instrumen pencerapan dan serahkan kepada
penyelaras linus untuk dimasukkan ke dalam fail sebagai
bukti pencerapan dan simpanan.

4.3.2 Pada tahun 2018, berkemungkinan akan ada borang khas


untuk pencerapan guru LINUS.

Makluman : Semua Guru LINUS


4.0 PROGRAM BACAAN KHAS UNTUK MURID-MURID LINUS
4.4.1 Program ini untuk murid Tahun 1.

4.4.2 Program ini merupakan program awal bacaan literasi.

4.4.3 Program ini perlu dimasukkan ke dalam perancangan


strategik kurikulum sekolah.

4.4.4 Murid yang dipilih untuk program ini sesuai untuk murid yang
tidak kuasai K3-K12.

4.4.5 Bilangan murid dalam lingkungan 20 orang.

Makluman : Semua Guru LINUS

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 UJIAN DIAGNOSTIK
5.1.1 Ujian diagnostik untuk murid tahun 1 tahun 2019 tetap akan
di jalankan.

5.1.2 Ujian diagnostik akan dijalankan pada minggu kedua


persekolahan.

5.1.3 Guru Bahasa Melayu,Matematik dan Bahasa Inggeris perlu


menyediakan kertas diagnostik untuk mengetahui tahap
pengetahuan murid Tahun 1.

5.14 Guru tahun 1 bagi setiap subjek yang terlibat perlu


menjalankan ujian diagnostik. Untuk makluman, ujian
diagnostik ini tidak perlu dibimbing oleh guru.

Makluman : Semua Guru LINUS Tahun 1


6.0 PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru LINUS
yang telah menjayakan mesyuarat program linus 2.0 bil. 4/2018.

Makluman : Semua Guru LINUS

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang

Disediakan oleh: Disemak oleh:

( NANTHA KUMARI A/P APPARAO) (AHILAN A/L GANAPATHI)


PENYELARAS LINUS Guru Besar
SJKT BANDAR SRI SENDAYAN SJKT BANDAR SRI SENDAYAN

You might also like