You are on page 1of 12

GGGR 6233

SISTEM DAN AMALAN DALAM PENDIDIKAN SAINS

TUGASAN INDIVIDU

LAPORAN TUGASAN BLOG PENGAJARAN

DISEDIAKAN OLEH:

NADZIRAH BINTI MAT ISA (P93674)

DISEDIAKAN UNTUK:

ENCIK MD YUSOFF BIN DAUD

SARJANA PENDIDIKAN SAINS

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SEMESTER 1

SESI 2018/2019
PENGENALAN

Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) atau ICT telah menjadi satu alat utama
untuk masyarakat mendapatkan sumber ilmu pengetahuan dan maklumat dengan mudah dan
tanpa sempadan. Perkembangan pesat dalam bidang TMK telah mewujudkan pelbagai bentuk
alat komunikasi dan peranti yang mempunyai akses kepada sistem maklumat. Tambahan pula,
pembelajaran abad ke-21 kini memerlukan pelajar yang celik TMK serta mempunyai
pengetahuan asas yang kukuh mengenai TMK. Pelajar perlu memiliki dan menguasai literasi
TMK untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global. Justeru itu, tidak dapat dinafikan
bahawa kecanggihan teknologi ini telah membawa banyak perubahan yang signifikan kepada
pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan.

Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat untuk mencapai status negara maju yang
berpendapatan tinggi, inklusif dan mampan menerusi peralihan kepada pembangunan ekonomi
yang berasaskan inovasi dan pengetahuan. Dalam usaha untuk mencapai hasrat tersebut,
Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang berdaya saing, maju sains dan progresif,
berinovasi serta berfikiran jauh ke hadapan. Oleh itu, bagi menghadapi persaingan global yang
kompetitif dan mencabar ini, peranan masyarakat perlu diperluaskan daripada hanya menjadi
pengguna teknologi kepada masyarakat yang mampu menyumbang ke arah kemajuan sains dan
teknologi di masa hadapan.

Dalam usaha Malaysia mencapai status negara maju, pembangunan modal insan
merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara. Lantaran itu, pelbagai
usaha dan inisiatif telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk
merealisasikan pembangunan modal insan terutamanya dalam konteks TMK bagi menyediakan
pelajar dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam TMK. Walau bagaimanapun, kajian
yang telah dilakukan oleh Kementerian menunjukkan bahawa hanya 80% guru yang
menggunakan TMK kurang daripada satu jam seminggu manakala hanya satu pertiga pelajar
menyatakan bahawa guru mereka kerap mengaplikasikan TMK dalam proses pengajaran.
TUJUAN

Website ini adalah bertujuan sebagai salah satu bahan bagi memudahkan penyampaian
dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Disamping itu, website ini turut
menyediakan rumusan merangkumi keseluruhan subtopik dan pengelasan haiwan yang lebih
jelas bagi memudahkan para pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran. Elemen teknologi
seperti video dan soalan kuiz yang lebih menyeronokkan kerana disediakan dalam bentuk
permainan beserta muzik menjadikan website ini lebih menarik. Selain itu, website ini turut
dikategorikan dalam Persekitaran Pembelajaran Maya Frog ataupun lebih sinonim dengan
panggilan Frog Virtual Learning Environment (VLE). Kaedah ini menjadi satu medium yang
dapat membantu para guru dan pelajar untuk berinteraksi kerana setiap pihak mendapat akses
sekaligus menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik. Website ini juga
turut menjanjikan proses pembelajaran yang menyeronokkan serta terdapat kelainan dimana kuiz
boleh dijlankan secara online.

Tambahan pula, Weebly ini juga menyediakan kemudahan kepada pelajar untuk
mengulangkaji secara sendiri dan belajar untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat.
Walaupun video yang dipaparkan adalah dari sumber youtube, namun pelajar bertuah kerana
sekurangnya guru telah menilai dan memilih video yang tebaik dan mudah difahami oleh pelajar
bagi meningkatkan kefahaman pelajar dalam topik berikut. Manakala bagi slide pembentangan
pula, guru tersebut telah menyediakan sendiri dengan merumuskan semua maklumat yang
diperlukan serta mengasingkan mengikut kategori tertentu. Maka jelaslah menunjukkan bahawa
website ini bertujuan meningkatkan kefahaman pelajar sekaligus membantu pelajar untuk
mengulangkaji secara sendiri disamping mendedahkan pelajar dengan pelbagai kaedah
pembelajaran secara maya yang lebih menarik. Tayangan video gambar dan pembentangan
secara powerpoint terutamanya sangat membantu pelajar yang belajar secara visual.
OBJEKTIF

Hasil kompilasi aplikasi Hp Reveal, KAHOOT, tayangan video beserta tayangan pembentangan
secara powerpoint, maka laman sesawang atau blog pengajaran Weebly ini telah dihasilkan.
Berikutan itu, di akhir Pengajaran dan Pembelajaran pelajar dapat:

1) Menerangkan definisi haiwan vertebrata dan haiwan invertebrata


2) Mengelaskan 5 kumpulan haiwan vertebrata.
3) Menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 ciri bagi setiap kumpulan haiwan.
4) Membezakan tumbhan berbunga dan tidak berbunga.
5) Mengelaskan 2 kumpulan tumbuhan
6) Menyenaraikan contoh bagi setiap kumpulan tumbuhan.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TINGKATAN 2

Tema : Penyenggaraan Dan Kesinambungan Hidup


Bab 1 : Biodiversiti
Subtopik 1.2 : Pengelasan Organisma

FASA ISI KANDUNGAN AKTIVITI CATATAN


Orientasi Mengetahui definisi Biodiversiti • Pelajar mula menyenaraikan Kaedah soal jawab
dan mengenalpasti organisma beberapa jenis haiwan dan dan hubungan dua
yang wujud di alam ini iaitu tumbuhan hala berlaku
haiwan dan tumbuhan. • Guru menggunakan peta
minda ringkas di dalam
website untuk memudahkan
kefahaman pelajar
Pencetusan Idea Mengenalpasti kumpulan • Pelajar didedahkan dengan Slide pembentangan
vertebrata dan invertebrata bagi istilah beserta definisi diasingkan mengikut
haiwan manakala kumpulan • Guru menggunakan slide kategori haiwan dan
berbunga dan tidak berbunga bagi pembentangan yang ringkas tumbuhan
tumbuhan. dan padat
• Pembentangan video turut Penggunaan aplikasi
ditayangkan bagi menambah Hp Reveal
pengetahuan pelajar
Penstrukturan Membanding beza ciri-ciri setiap • Guru menerangkan dengan Tayangan video
Idea organisma berdasarkan kategori lebih jelas ciri bagi setiap dijalankan bagi
kumpulan kategori berdasarkan jadual memudahkan
• Pelajar mula menyenaraikan kefahaman pelajar
ciri-ciri bagi setiap
organisma berdasarkan
kategori kumpulan tersebut
Aplikasi Idea Pengelasan haiwan dilakukan • Setiap haiwan dan tumbuhan Sesi soal jawab
berdasarkan ciri yang telah diklasifikasi mengikut antara pelajar
disenaraikan kategori kumpulan berlaku
• Guru memantau bagi
memastikan pelajar Perbincangan lebih
mempunyai pemahaman dekat antara pelajar
yang tepat dan guru

Refleksi Rumusan dari keseluruhan • Pelajar dikehendaki Penggunaan


beserta ujian ringkas. menjalani ujian ringkas KAHOOT
melalui laman KAHOOT
yang telah dipaparkan pada Tahap kefahaman
website pelajar dapat dinilai
• Rumusan secara keseluruhan
dijalankan oleh guru dan
sekali lagi peta minda
ringkas digunakan.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGAKSES WEBSITE Weebly

1. Pelajar diminta untuk pergi ke pautan https://nadzirahnad.weebly.com/ dimana paparan


utama halaman seperti ini akan dipaparkan. Weebly ini mempunyai lima halaman iaitu
Home, Objektif, Bahan, Soalan dan Laporan. Pelajar boleh klik pada perkataan
Biodiversiti untuk terus ke laman Bahan yang mengandungi nota penting beserta video
menarik.

2. Pada laman Bahan ini, pelajar boleh memahami definisi Biodiversiti dalam masa yang
sama pelajar boleh terus klik ke pengelasan haiwan dan pengelasan tumbuhan.
Seterusnya akan terpapar seperti yang dinyatakan dalam gambar di bawah :
3. Seterusnya pelajar boleh mula mengakses bahan yang telah disediakan seperti nota
pada slide pembentangan dan video yang menarik merangkumi matapelajaran Sains
Tingkatan 2, Bab 1 iaitu Biodiversiti yang merangkumi pengelasan haiwan dan
pengelasan tumbuhan.
4. Seterusnya, pelajar dikehendaki untuk memuat turun aplikasi Hp Reveal bagi
mengakses video. Video boleh diakses apabila telefon pintar itu dihalakan ke rah gambar
yang disediakan atau dengan merujuk kepada akaun guru tersebut iaitu Nadzirahnad.
Berikut disertakan gambar bagi membantu pelajar :
5. Bagi halaman ke lima iaitu Soalan, aplikasi kahoot disediakan yang mengandungi 10
soalan objektif. Arahan bagi penggunaan turut dinyatakan ada halaman tersebut.

Berikut dinyatakan langkah yang perlu diambil untuk membuka kuiz ini :
1) Tekan gambar kahoot yang telah dipaparkan
2) Pilih bahagian classic
3) Masukkan pin nombor yang akan diberi
4) Jawapan dalam bentuk simbol
5) Satu soalan berdurasi 20 saat
6) Skor dikira berdasarkan kepantasan dan jawapan yang tepat
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Dalam usaha untuk menerapkan penggunaan teknologi bagi proses pembelajaran dan
pengajaran dalam sistem pendidikan di Malaysia, semua pihak hendaklah bekerjasama dan saling
memainkan peranan masing-masing agar hasrat KPM untuk memanfaatkan teknologi maklumat
bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia dapat dicapai. Para pelajar sendiri perlu
mempersiapkan diri dan berusaha untuk meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi ini
supya maklumat akan lebih mudah untuk diperolehi. Setiap pelajar perlu diwajibkan untuk
menghadiri beberapa bengkel yang dapat membantu pelajar tersebut mempelajari cara yang betul
untuk memanfaatkan kemudahan ini. Manakala bagi pihak guru pula, syarat bagi kemahiran dan
penguasaan dari bidang teknologi ini perlu diberi keutamaan. Hal ini kerana guru memainkn
peranan yang sangat penting dalam memberi pendedahan sekaligus bertanggujawab dalam
melaksanakan segala hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Guru turut menjadi
pemangkin kepada minat pelajar dalam menuntut ilmu kerana sekiranya sesuatu penyampaian itu
dipersembahkan dengan lebih menarik, maka para pelajar akan mempunyai pandangan yang
positif dan begitu juga sebaliknya.

Bagi pihak pentadbiran pula, pemantauan secara teliti perlu dijalankan ke atas para
pendidik bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan penerapan dan
penggunaan teknologi secara menyeluruh. Arahan tegas beserta tindakan perlu diambil bagi guru
yang ingkar akan tetapi setiap kesulitan dan halangan yang mungkin dihadapi oleh guru perlu
dikenalpasti dan dibantu. Pihak pentadbiran bertindak sebagai penggerak yang perlu memastikan
setiap rancangan pembelajaran berjalan seperti yang dirancang. Akhir sekali, pihak yang akan
mempengaruhi keseluruhan aspek ini adalah dari pihak Kemeneterian Pelajaran Malaysia (KPM)
itu sendiri. Pihak kementerian perlu memastikan fasiliti yang disesiakan di setiap sekolah berada
di tahap yang sangat memuaskan dan berupaya untuk menyokong setiap usaha yang sedang
dijalankan selaras dengan hasrat untuk menggunakan teknologi dalam sistem pendidikan. Jurang
digital yang berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia perlu diberi perhatian segera dan
tindakan selanjutnya perlu diajalankan. setiap sekolah perlu disediakan kemudahan yang sama
rata serta memerlukan pantauan yang teliti supaya setiap kekurangan perlu dinaiktaraf.
KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, penggunaan website beserta pendedahan bahan bantu mengajar berunsur
teknologi diharap mampu meningkatkan kefahahaman pelajar seklaigus menarik minat pelajar
serta mampu melahirkan pelajar yang lebih kreatif. Selain itu, penggunaan kaedah pembelajaran
seperti ini mampu membantu para pendidik dalam menyampaikan pengjaran secara maksimum.
Sistem pendidikan yang diamalkan oleh Malaysia pada masa kini semakin bertambah baik dan
dipercayai mampu menghasilkan pelajar yang lebih berdaya saing bersesuaian dengan cabaran
pada masa hadapan. Penggunaan teknologi ini perlu dipandang serius kerana tuntutan pada
zaman teknologi ini memerlukan pelajar untuk mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran
supaya dapat bersaing seiring dengan kemajuan negara luar. Justeru itu, dalam masa yang sama
nilai dan etika dalam penggunaan teknologi ini masih perlu dipantau supaya para pelajar
teknologi ini tidak disalahguna.

You might also like