You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT

PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KALI PERTAMA TAHUN 2019


SMJK NOTRE DAME CONVENT, MELAKA

Tarikh : 28 Disember 2018


Masa : 2.00 petang
Tempat : Kelas 2B

Kehadiran :
1. En Foh Kock Ching (Ketua Panitia) 4. Pn Tew Mei Yin
2. Pn Tan Sock Hooi 5. Pn Noor Nazira Binti Maliki
3. Pn Poh Hui Ing 6. Pn Pang Chai Go

Tidak Hadir :
1. En Lee Soon Luwi (bersebab)

Agenda :

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kehadiran mereka ke
mesyuarat panitia yang pertama untuk tahun 2019.
1.2 Pn Tan Sock Hooi selaku PK Pentadbiran menyatakan tidak ada banyak perubahan untuk
perancangan bagi Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan untuk tahun 2019. Guru-
guru diminta untuk berjumpa dengan Ketua Panitia atau GKMP jika timbul sebarang
masalah.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


Pencadang : En Foh Kock Ching
Disokong : En Foh Kock Ching

3.0 Perkara Berbangkit


Tiada

4.0 Tugas-tugas Guru 2019


4.1 Penyediaan RPT
Tingkatan 4 : En Foh Kock Ching
Tingkatan 5 : Pn Pang Chai Go

4.2 Pelaksanaan PLC untuk Tingkatan 4 ialah Pn Noor Nazira Binti Maliki. Laporan PLC
Tingkatan 4 perlu dihantar sebelum bulan Mei. Guru PLC untuk Tingkatan 5 pula ialah
untuk ialah Pn Tew Mei Yin dan laporan PLC Tingkatan 5 perlu dihantar sebelum bulan
Ogos.

4.3 Analisis item untuk setiap ujian dan peperiksaan perlu dihantar kepada GKMP dan disimpan
di fail masing-masing.

4.4 Penyediaan soalan ujian dan peperiksaan


Tingkatan 4: Ujian 1 : Pn Tew Mei Yin
Pertengahan Tahun : Pn Noor Nazira Binti Maliki
Akhir Tahun : En Foh Kock Ching
Tingkatan 5: Ujian 1 : Pn Poh Hui Ling
Pertengahan Tahun : Pn Tan Sock Hooi

1
4.5 Belanjawan Panitia 2019
Setiap guru perlu merancang awal dan berhubung dengan Ketua Panitia untuk urusan
laporan dan Nota Minta.

5.0 Perancangan Program 2019


5.1 Pertandingan Baju Tradisional akan dianjurkan oleh Panitia Sivik dan Kewarganegaraan
sempena Bulan Patriotisme. Butiran lebih lanjut akan dibincangkan kemudian.

5.2 Panitia Sivik dan Kewarganegaraan akan bergabung dengan Panitia Pendidikan Moral bagi
penganjuran program Minggu Nilai Murni. Dua jawatankuasa yang melibatkan guru-guru
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah seperti berikut :-

AJK Gimik Perasmian : Pn Tew Mei Yin dan Pn Pang Chai Go


AJK Latar Pentas : Pn Noor Nazira Binti Maliki

6.0 Hal-hal Lain


6.1 Penggunaan Buku Latihan
Semua murid diminta menyediakan satu Buku Panjang 60 muka surat. Mukasurat pertama
adalah untuk bahagian indeks. Contoh bahagian Indeks adalah seperti berikut :-

Bi Tarikh Jenis Perkara Tandatangan /


l Tarikh

6.2 Ketetapan Berkenaan Kertas Ujian 1 dan Peperiksaan

6.2.1 Format muka hadapan untuk Kertas Ujian 1 dan peperiksaan adalah seperti
berikut:-

CONTOH:

SMJK NOTRE DAME CONVENT


UJIAN SELARAS 1 TAHUN 2019
SIVIK
TINGKATAN 4
1 JAM

NAMA : __________________________________
TINGKATAN : 4 _________________________________

Disediakan oleh : Disemak oleh: Disahkan oleh :

---------------------- ------------------------- ---------------------

2
(PN TEW MEI YIN) (EN FONG KOK CHIN) (PN JULIET KOH SWEE BEE)
6.2.2 Tempoh masa bagi ujian dan peperiksaan adalah 1 jam.
6.2.3 Aras kesukaran item adalah mengikut nisbah 5:3:2. 50% adalah item objektif
manakala 50% adalah item subjektif.
6.2.4 Font tulisan adalah Times New Roman saiz 12.

6.3 Folio akan membawa 30% manakala Sahsiah akan membawa 10% markah. Markah Folio
dan sahsiah akan dimasukkan dalam keputusan Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tingkatan
4 manakala untuk Tingkatan 5 akan dimasukkan dalam keputusan Peperiksaan Pertengahan
Tahun. Folio murid perlu ditulis tangan. Bilangan ahli adalah empat orang untuk setiap
kumpulan. Tajuk untuk Folio akan diberikan kemudian.

6.4 JSU dan JSI perlu disediakan sebelum setiap ujian dan peperiksaan. Kedua-duanya perlu
disahkan oleh GKMP sebelum dihantar kepada Ketua Panitia. Laporan dan analisis item
pula diserahkan selepas selesai ujian atau peperiksaan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh,

(PN. NOOR NAZIRA BINTI MALIKI)


Setiausaha,
Panitia Sivik dan Kewarganegaraan.
SMJK Notre Dame Convent.

You might also like