You are on page 1of 62

PANDUAN AKTIVITI

AWAL MATEMATIK &


PEMIKIRAN LOGIK
PANDUAN AKTIVITI
AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK

PERMATA NEGARA

ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


UMUR 0 – 4 TAHUN

-1-
Penulis
Noraini Idris
Fan Siong Peng
Muhamad Sidek Said
Wan Muhamad Azmi Wan Hassan
Ab. Razak Salleh
Mahadi Nik Mohamed
Samsiah Mustaffa

Dibangunkan oleh
Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)
Universiti Pendidikan Sultan Idris dan
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

Cetakan pertama
Disember 2012
Hak Cipta © PERMATA NEGARA
ISBN
Dicetak oleh: Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-
mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada PERMATA Negara.

Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)


Universiti Pendidikan Sultan Idris
35000 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan
Tel: +605-4505085
Faks: +605-4590169
Laman Web: http://ncdrc.upsi.edu.my

-2-
KANDUNGAN HALAMAN

Pengenalan

Panduan Aktiviti Awal Matematik dan Pemikiran Logik

Umur 0 – 6 Bulan 8

Umur 6 – 12 Bulan 10

Umur 1 – 2 Tahun 14

Umur 2 – 3 Tahun 27

Umur 3 – 4 Tahun 57

-3-
Pengenalan

Buku panduan ini mempunyai 79 aktiviti yang dibina berasaskan empat bidang pembelajaran
berkaitan Awal Matematik dan Pemikiran Logik iaitu, Pra Nombor, Awal Nombor, Membilang,
dan Operasi Tambah, dan Tolak seperti yang disertakan dalam lampiran. Reka bentuk
aktiviti dalam setiap bidang pembelajaran ini disusun dengan mengambil kira tahap
perkembangan psikologi kanak-kanak. Aktiviti dibina berpandukan sumber rujukan seperti
buku, jurnal dan bacaan dalam internet yang diubahsuai untuk kegunaan pusat asuhan
kanak-kanak PERMATA Negara. Aktiviti yang dibina disimulasikan oleh sekumpulan pelajar
semester 6, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (Major dalam Pemulihan
Matematik). Penambahbaikan dilakukan setelah mendapat bimbingan dan teguran daripada
tenaga pakar yang terdiri daripada jurulatih PERMATA Negara, pensyarah Universiti
Pendidikan Sultan Idris, dan pensyarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan
besut Terengganu.

Panduan aktiviti ini bertujuan membantu pendidik menjalankan pengajaran dan


pembelajaran secara hands-on dan minds-on. Dengan adanya panduan aktiviti ini, pendidik
dapat melaksanakan tugas dengan lebih yakin, di samping memanfaatkan aktiviti yang
dijalankan dengan optimum. Aktiviti yang terdapat dalam modul ini bukan satu-satunya
pilihan bagi pendidik mengajar bidang tertentu, mereka juga boleh mengubah suai aktiviti
yang dicadangkan agar lebih banyak aktiviti lain dapat dibangunkan untuk kegunaan di pusat
asuhan kanak-kanak masing-masing.

Cara Penggunaan

Kanak-kanak pada setiap peringkat perkembangan psikologi perlu diberikan pendedahan


dengan keempat-empat bidang pembelajaran. Cara penggunaan panduan aktiviti
diperjelaskan seperti berikut:

Tahap 0-6 Bulan. Terdapat dua fokus awal matematik dan pemikiran logik sahaja
untuk dikembangkan pada bayi 0-6 bulan iaitu, corak dalam bidang pra nombor dan awal
geometri dalam bidang awal nombor. Kedua-dua aktiviti ini membolehkan bayi menggunakan
deria penglihatan, pendengaran, dan sentuhan mereka untuk mempelajari pra nombor dan
awal geometri. Pendidik boleh memilih mana-mana aktiviti untuk diajarkan terlebih dahulu
berbanding aktiviti lain.

Tahap 6-12 Bulan. Terdapat empat fokus awal matematik yang dapat dikembangkan
pada bayi 6-12 bulan iaitu, kesedaran ruang dan corak dalam bidang pra nombor dan
nombor bulat dan awal geometri dalam bidang awal nombor. Keempat-empat aktiviti ini
membolehkan bayi menggunakan deria penglihatan, pendengaran, dan sentuhan mereka
untuk mempelajari kesedaran ruang, corak, nombor bulat, dan awal geometri. Pendidik boleh
memilih mana-mana aktiviti untuk diajarkan terlebih dahulu berbanding aktiviti lain. Pendidik
boleh mengubah suai aktiviti yang dicadangkan bagi kegunaan pusat asuhan kanak-kanak.

-4-
Tahap 1-2 Tahun. Terdapat tujuh aktiviti dalam bidang pra nombor, iaitu padanan,
pisah dan kumpul, banding, kedudukan, seriasi, kesedaran ruang, dan corak. Bagi bidang
awal nombor pula, empat fokus disenaraikan, iaitu nombor bulat, awal pecahan, awal
algebra, dan awal geometri. Satu fokus sahaja diberikan penekanan dalam bidang
membilang iaitu, boleh menyebut bilangan tetapi tidak tahu membilang sejumlah objek. Bagi
bidang operasi tambah dan tolak pula, empat fokus disenaraikan iaitu, fakta asas operasi
tambah, pelengkap sepuluh operasi tambah, fakta asas operasi tolak, dan pelengkap
sepuluh operasi tolak.

Pendidik disaran memulakan pengajaran dan pembelajaran mengikut urutan bidang 1


terlebih dahulu, keduanya bidang 2, ketiga ialah bidang 3, dan keempat ialah bidang 4. Bagi
aktiviti yang terdapat dalam bidang yang sama, pendidik boleh memilih aktiviti yang difikirkan
sesuai untuk dimulakan di pusat asuhan kanak-kanak sendiri.

Tahap 2-3 Tahun. Terdapat tujuh aktiviti dalam bidang pra nombor iaitu, padanan,
pisah dan kumpul, banding, kedudukan, seriasi, kesedaran ruang, dan corak. Bidang awal
nombor juga menyenaraikan tujuh fokus disenaraikan iaitu, nombor bulat, awal pecahan,
awal algebra, dan awal geometri. Dua fokus diberikan penekanan dalam bidang ketiga iaitu,
tahu membilang secara lisan tetapi tidak tahu membilang sejumlah objek dan dapat
membilang sejumlah objek. Dalam bidang keempat pula, enam fokus aktiviti disenaraikan
iaitu, fakta asas operasi tambah, pelengkap sepuluh operasi tambah, pengiraan mental
operasi tambah, fakta asas operasi tolak, pelengkap sepuluh operasi tolak, dan pengiraan
mental operasi tolak.

Pendidik disaran memulakan pengajaran dan pembelajaran mengikut urutan bidang 1


terlebih dahulu, keduanya bidang 2, ketiga ialah bidang 3, dan keempat ialah bidang 4. Bagi
aktiviti yang terdapat dalam bidang yang sama, pendidik boleh memilih aktiviti yang difikirkan
sesuai untuk dimulakan di pusat asuhan kanak-kanak sendiri.

Tahap 3-4 Tahun. Terdapat tujuh aktiviti dalam bidang pra nombor iaitu, padanan,
pisah dan kumpul, banding, kedudukan, seriasi, kesedaran ruang, dan corak. Bidang awal
nombor juga menyenaraikan tujuh fokus disenaraikan, iaitu nombor bulat, awal pecahan,
awal algebra, dan awal geometri. Tiga fokus diberikan penekanan dalam bidang ketiga iaitu,
tahu membilang secara lisan tetapi tidak tahu membilang sejumlah objek, dapat membilang
sejumlah objek, dan dapat melakukan sedikit penambahan dan penolakan asas. Dalam
bidang keempat pula, enam fokus aktiviti disenaraikan iaitu, fakta asas operasi tambah,
pelengkap sepuluh operasi tambah, pengiraan mental operasi tambah, fakta asas operasi
tolak, pelengkap sepuluh operasi tolak, dan pengiraan mental operasi tolak.

Pendidik disaran memulakan pengajaran dan pembelajaran mengikut urutan bidang 1


terlebih dahulu, keduanya bidang 2, ketiga ialah bidang 3, dan keempat ialah bidang 4. Bagi
aktiviti yang terdapat dalam bidang yang sama, pendidik boleh memilih aktiviti yang difikirkan
sesuai untuk dimulakan di pusat asuhan kanak-kanak masing-masing.

-5-
Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Y.A.Bhg, Datin Paduka Seri Rosmah binti
Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia kerana memberikan kepercayaan kepada kumpulan
penyelidik kami untuk menggubal dan menilai bidang Perkembangan Awal Matematik dan
Pemikiran Logik. Tanpa kepercayaan dan sokongan yang diberikan, sudah tentu paduan
aktiviti ini tidak dapat dibina dengan sempurna.

Kumpulan penyelidik juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada


pentadbir dan staf akademik dan bukan akademik NCDRC Universiti Pendidikan Sultan Idris
khususnya Prof. Dr. Sopia bt. Md. Yassin (Pengarah) kerana memberi bantuan dan bertindak
sebagai pemudah cara bagi membolehkan penyelidik dari UPSI dan IPG Kampus Sultan
Mizan Besut Terengganu menjalankan kajian dengan sebaik mungkin.

Selain itu, kami juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada
pelajar semester 6 PISMP Program Pemulihan dari IPG Kampus Sultan Mizan Besut
Terengganu kerana menyumbangkan pengetahuan dan tenaga menganalisis sumber
bacaan, melontarkan idea membentuk draf bidang Awal Matematik dan Pemikiran Logik,
memurnikan, dan menjalankan simulasi aktiviti di pusat asuhan dan didikan kanak-kanak.

Akhir sekali, kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA) kerana membenarkan kumpulan
penyelidik menjalankan kajian bagi mengenal pasti keperluan dan harapan pendidik, ibu
bapa, dan kanak-kanak di Pusat Anak Permata Negara Chiku 1 Gua Musang, Pusat Anak
Permata Negara Pasir Mas, Pusat Anak Permata Negara Jeli, dan Pusat Anak Permata
Negara Kerteh. Daripada maklumat yang diperoleh membolehkan kumpulan penyelidik
menilai semula paduan aktiviti sedia ada dan seterusnya membina bidang dan panduan
aktiviti baru Awal Matematik dan Pemikiran Logik bagi memenuhi permintaan mereka yang
terlibat secara langsung. Semoga paduan aktiviti yang dibina ini dapat membantu pendidik di
Pusat Anak Permata Negara untuk membangunkan potensi awal matematik dan pemikiran
logik kanak-kanak di Malaysia dengan jayanya.

-6-
TOPIK: POLA

Objektif Pembelajaran: Umur: 0-6 Bulan


Merangsang penglihatan bayi terhadap Konsep Matematik: Pengecaman.
warna Istilah Matematik: Pola warna.
Bahan: Kad warna hitam dan putih.
Tajuk: Mengecam Warna Nilai: Prihatin.

Persediaan Awal:

Pendidik menyediakan sekeping kad berwarna hitam dan sekeping kad berwarna putih.

Langkah-langkah:

1. Bayi dibaringkan di atas tilam.

2. Satu kad berwarna hitam dan putih digantungkan berdekatan dengan bayi
(boleh disentuh dan dilihat oleh bayi dengan anggaran jarak 20-23cm).

3. Pendidik menunjukkan kad warna hitam kepada bayi sambil menyebut


warna kad berkenaan berulang kali.

4. Pendidik menunjukkan kad warna putih kepada bayi sambil menyebut warna
kad berkenaan berulang kali.

Penutup

1. Pendidik memuji respons yang ditunjukkan oleh bayi.

2. Pendidik merekod tindak balas bayi terhadap kad warna hitam dan putih yang
ditunjukkan.

-7-
TOPIK: AWAL GEOMETRI

Objektif Pembelajaran: Umur: 0 – 6 Bulan


Memegang bentuk 3D Konsep Matematik: Mengenal bentuk
Istilah Matematik: Bentuk, silinder
Bahan: Botol susu
Tajuk: Bentuk Nilai: Usaha dan bersyukur

Persediaan Awal:

Pendidik menyediakan botol susu (kosong) berbentuk silinder untuk ditunjukkan kepada bayi.

Langkah-langkah:

1. Pendidik membaringkan bayi di atas tilam dan menunjukkan botol susu kepada
bayi.

2. Pendidik memanggil nama bayi dan meminta bayi memegang botol susu.

3. Pendidik memberi bayi memegang botol susu beberapa kali.

4. Pendidik memerhatikan tingkah laku bayi semasa memegang botol susu.

Penutup

1. Pendidik memuji respons yang ditunjukkan oleh bayi.

2. Pendidik merekod tindak balas bayi semasa memegang botol susu.

-8-
TOPIK: KEPEKAAN

Objektif Pembelajaran: Umur: 6-12 Bulan


Merangsang penglihatan dan sentuhan Konsep Matematik: Pengecaman
kanak-kanak terhadap objek warna Istilah Matematik: Bentuk dan deria
dipersekitaran. Bahan: Objek di persekitaran (bag kacang)
Nilai: Prihatin dan Kepekaan
Tajuk : Lihat dan sentuh

Persediaan Awal:

Pendidik menyediakan “bag kacang” berwarna merah dan kuning.

Langkah-langkah:

1. Pendidik menunjukkan “bag kacang” berwarna kepada bayi.

2. Pendidik memberi setiap bayi memegang “bag kacang” tersebut dengan kedua-dua
tangan mereka.

3. Pendidik menyuruh bayi mengenggam-genggam “bag kacang” tersebut berulang


kali dengan bantuan pendidik.

4. Pendidik berinteraksi dengan bayi dengan memberitahu nama dan warna objek yang
mereka genggam.

Perhatian:
Pendidik perlu peka dengan pergerakkan bayi agar bayi tidak memasukkan bean
beg tersebut ke dalam mulut mereka.

Penutup

1. Pendidik memuji respons yang ditunjukkan oleh bayi.

2. Pendidik merekodkan respons bayi melalui perbualan dua hala dan semasa
memegang bag kacang.

-9-
TOPIK: POLA

Objektif Pembelajaran: Umur: 6 – 12 Bulan


Merangsang penglihatan kanak-kanak Konsep Matematik: Pengecaman
terhadap warna terang pada persekitaran. Istilah Matematik: Pola Warna
Bahan: Sponge Ball
Tajuk : Bola Berwarna Nilai: Kepekaan danusaha

Persediaan Awal:

Pendidik menyediakan bahan mainan berwarna, iaitu sponge ball yang berwarna terang
seperti kuning dan hijau di ruang aktiviti.

Langkah-langkah:

1. Pendidik mengumpul bayi di ruang aktiviti.

2. Pendidik meletakkan beberapa biji “sponge ball” yang mempunyai 2


warna (kuning dan hijau) disekeliling bayi.

3. Pendidik menunjuk dan menyebutkan warna “sponge ball” yang dipegang berulang
kali.

4. Pendidik meminta seorang demi seorang bayi memilih warna “sponge ball”
yang mereka tertarik dan diberikan kepada pendidik kembali.

Penutup

Pendidik merekodkan tindakbalas daripada bayi melalui perbualan dua hala (pendidik &
bayi).

- 10 -
TOPIK: AWAL GEOMETRI

Objektif Pembelajaran: Umur: 6-12 Bulan


Memegang bentuk 3D silinder dan Konsep Matematik: Mengenal bentuk
kiub. Istilah Matematik: bentuk, silinder dan kiub
Bahan: Botol plastik, sponge blok
Tajuk: Bentuk Nilai: Usaha dan Kepekaan

Persediaan Awal:

Pendidik menyediakan 3 biji botol plastik (silinder) dan 3 biji blok sponge (kiub) di atas meja.

Langkah-langkah:

1. Pendidik menunjukkan objek-objek yang berada di atas meja kepada bayi.

2. Pendidik memberi bayi memegang botol plastik berbentuk silinder dan sambil
menyebut nama serta bentuknya kepada bayi.

3. Pendidik meminta bayi memegang, mengenggam, mengetuk, dan menggolek botol


plastik tersebut (2-3 minit).

4. Pendidik kemudiannya memberi bayi memegang sponge blok berbentuk


kiub dan menyebutkan nama serta bentuknya kepada mereka.

5. Pendidik meminta mereka memegang, mengenggam, menggolek, dan


melambung sponge blok tersebut. (2-3 minit).

6. Pendidik membuat pemerhatian semasa bayi memegang objek yang berbentuk


silinder dan kiub tersebut.

Penutup

1. Pendidik membuat kesimpulan bahawa bayi boleh memegang objek yang


berbentuk silinder dan kiub dengan baik mengikut tahap berat mainan dan saiznya.

2. Pendidik memuji respon yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dengan bertepuk


tangan bersama-sama.

- 11 -
TOPIK: NOMBOR BULAT

Objektif Pembelajaran: Umur: 6 – 12 bulan


Mendengar dan mengira 1-5 Konsep Matematik: Melihat nombor
Istilah Matematik: Satu, Dua, Tiga,
Empat, Lima.
Tajuk : Mengira Jari Bahan: Jari tangan
Nilai: Kepekaan dan Rangsangan

Persediaan Awal:

Duduk berhampiran beberapa orang bayi supaya mereka dapat mendengar dan melihat
pendidik.

Langkah-langkah :

1. Pendidik mengira 1 hingga 5 sambil menunjukkan jarinya kepada bayi.

2. Pendidik meminta bayi mengikut kiraan 1 hingga 5 bersama-sama pendidik sambil


menggerakkan jari bayi.

3. Pendidik memanggil nama bayi dan mengira dari 1 hingga 5 sambil


menggerakkan jarinya,

4. Pendidik mengajar bayi mengira dengan membilang jari satu persatu dari 1
hingga 5 (1 bayi = 1 minit).

Penutup

1. Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh bayi.

2. Pendidik meminta bayi mendengar dan menyanyi bersama-sama pendidik sambil


menepuk tangan mengikut irama.

Satu jari….. Satu jari…… Satu jari Allah beri


Tunjuk atas….. Tunjuk bawah…... Satu jari Allah beri.

Dua jari….. Dua jari…… Dua jari Allah beri


Tunjuk atas….. Tunjuk bawah…... Dua jari Allah beri.

Tiga jari….. Tiga jari…… Tiga jari Allah beri


Tunjuk atas….. Tunjuk bawah…... Tiga jari Allah beri.

Empat jari….. Empat jari…… Empat jari Allah beri


Tunjuk atas….. Tunjuk bawah…... Empat jari Allah beri.

Lima jari….. Lima jari…… Lima jari Allah beri


Tunjuk atas….. Tunjuk bawah…... Lima jari Allah beri.
- 12 -
TOPIK: PADANAN

Objektif Pembelajaran: Umur: 1 - 2 Tahun


Mengenal pasti pasangan warna yang Konsep Matematik: Padankan.
sama Istilah Matematik: Berpasangan, padankan.
Bahan: Bola, bakul
Tajuk : Bola Merah dan Bola Biru Nilai: Kerjasama, kepekaan.

Persediaan Awal:

Pendidik menyediakan 2 biji bola biru dan 2 biji bola merah.

Langkah-langkah:

1. Kanak-kanak diminta duduk berhampiran pendidik.

2. Pendidik menunjukkan 2 biji bola biru dan 2 buah biji bakul berwarna biru kepada
kanak-kanak.

3. Pendidik menunjukkan 2 biji bola merah dan 2 buah biji bakul berwarna merah
kepada kanak-kanak.

4. Pendidik meminta kanak-kanak memasukkan bola ke dalam bakul yang sama warna

Contoh: bola biru – bakul biru bola


merah – bakul merah

Tanya soalan berikut :


a) Apakah warna bola ini?
b) Padankan warna bola ini dengan bakul sama warna.
c) Bola ini warna apa?

5. Pendidik meminta kanak-kanak meletakkan bola ke dalam bakul yang sama warna
seorang demi seorang.

Penutup

1. Pendidik meminta setiap kanak-kanak menyatakan warna bola.

2. Pendidik memuji kanak-kanak yang telah menjalankan aktiviti tersebut.

- 13 -
TOPIK : ASING DAN KUMPUL

Objektif Pembelajaran : Umur: 1-2 tahun


Mengenal warna pada bentuk. Konsep Matematik: Persamaan warna
pada bentuk.
Istilah Matematik: Pola warna, kumpul.
Bahan: Blok berwarna
Tajuk: Mengumpul Warna. Nilai: Kepekaan, daya usaha.

Persediaan Awal:

Pendidik menyediakan blok-blok yang mempunyai 2 warna, iaitu biru dan kuning.

Langkah-langkah:

1. Kanak-kanak diminta duduk berhampiran dengan pendidik.

2. Pendidik memberi setiap kanak-kanak beberapa blok berwarna biru dan kuning.

3. Pendidik meminta kanak-kanak memilih dan mengasingkan blok yang sama warna.

4. Pendidik meminta setiap kanak-kanak memegang blok berwarna dan bersoal jawab
dengan mereka.

Tanya soalan tersebut :


a) Apakah warna blok yang dipegang?
b) Manakah blok warna biru?
c) Manakah blok warna kuning?

Penutup

1. Minta salah seorang daripada kanak-kanak menyatakan pelajaran yang telah mereka
ikuti pada hari itu.

2. Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 14 -
TOPIK: BANDING

Objektif Pembelajaran: Umur: 1 - 2 Tahun


Menyebut ukuran tinggi, rendah, Konsep Matematik: Membanding ukuran.
besar dan kecil. Istilah Matematik: Tinggi, rendah, besar dan kecil.
Bahan: Gambar
Tajuk : Saiz Badan Nilai: Semangat ,kepekaan.

Persediaan Awal:

Pendidik menampal beberapa keping gambar berlainan ukuran dan saiz.

Langkah-langkah:

1. Pendidik meminta dua orang kanak-kanak berdiri menghadap satu sama lain.

2. Pendidik menerangkan maksud „tinggi‟ dan „rendah‟ dengan melihat pada


ukuran badan mereka.

3. Pendidik meminta kanak-kanak mengulangi sebutan „tinggi‟ dan „rendah‟


dengan menunjukkan contoh saiz badan kawan mereka.

4. Pendidik menunjukkan beberapa keping gambar pokok berlainan saiz kepada kanak-
kanak iaitu:

Besar – Kecil Tinggi – Rendah

5. Pendidik menunjukkan 2 keping gambar haiwan dan menerangkan perbezaan saiz


yang di antara 2 haiwan tersebut kepada kanak-kanak.

Gajah – Saiz Besar Tikus – Saiz Kecil

6. Pendidik kemudian menunjukkan 2 keping gambar bola yang berbeza


saiz dan menerangkan perbezaan saiz bola tersebut.

Gambar 1 – Bola saiz kecil Gambar 2 – Bola saiz besar

Penutu

1. Pendidik menyanyikan lagu (Bulat Kecil, Bulat Besar) dan meminta kanak-anak untuk
membuat pergerakan bersama pendidik.

Bulat kecil.....Bulat kecil


Bulatlah besar.....
Sayang ayah.....Sayang mama
Sayang semuanya.....

2. Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 15 -
TOPIK: KEDUDUKAN

Objektif Pembelajaran: Umur: 1-2 tahun.


Mengenalpasti arah pergerakan Konsep Matematik: Arah pergerakan dan kedudukan.
dan kedudukan. Istilah Matematik: Ke sana dan ke sini, dalam dan luar.
Bahan: Gelung rotan
Tajuk: Arah dan Kedudukan Nilai: Kerjasama dan mengikut arahan.

Persediaan Awal:

Pendidik menyediakan gelung rotan di ruang aktiviti. Pendidik menyatakan tujuan


pelajaran hari itu.

Langkah-langkah:

1. Pendidik meminta kanak-kanak duduk dalam separuh bulatan.

2. Pendidik meletakkan gelung rotan di dua sudut yang berlainan tempat sebagai tanda
arah pergerakan kanak-kanak.

3. Pendidik meminta seorang demi seorang kanak-kanak berlari ke arah gelung rotan
yang telah diletakkan di dua sudut yang berbeza (menggunakan arahan ke sana dan
ke sini) dengan megikut arahan pendidik..

4. Kemudian, pendidik meminta kanak-kanak untuk masuk ke dalam gelung rotan yang
disediakan dan juga keluar daripada gelung tersebut dengan arahan pendidik
(Pendidik membimbing kanak-kanak untuk menyebut dalam dan luar) .

Penutup

Pendidik memuji kanak-kanak yang memberikan respons positif semasa menjalankan


aktiviti.

- 16 -
TOPIK: SERIASI

Objektif Pembelajaran: Umur: 1 – 2 Tahun


 Menyusun objek yang sama bentuk.  Konsep Matematik: Menyusun bentuk
 Menyusun objek yang sama bentuk Istilah Matematik: Sama bentuk
dalam satu baris.  Bahan: Blok pelbagai bentuk, gambar
blok pelbagai bentuk
Tajuk : Susunkan Blok. Nilai: Kerjasama, kepekaan

Persediaan Awal:

Pendidik menyediakan set blok pelbagai bentuk untuk diberikan kepada kanak-kanak.
Pendidik menerangkan tujuan aktiviti dijalankan pada hari ini.

Langkah-langkah:

1. Pendidik meminta kanak-kanak duduk dalam separuh bulatan.

2. Kanak-kanak dibekalkan dengan blok-blok pelbagai bentuk yang sama warna


bagi setiap kanak-kanak.

3. Pendidik menunjukkan susunan objek yang sama bentuk kepada setiap kanak-
kanak.

4. Pendidik meminta kanak-kanak padankan bentuk blok yang sama dengan objek
di dalam gambar.

5. Kemudian pendidik meminta kanak-kanak menyusun blok yang sama


bentuk dalam satu barisan panjang dan bersoal jawab dengan mereka.

Tanya soalan berikut:


a. Adakah bentuk-bentuk ini sama?
b. Adakah bentuk disusun mengikut susunan?

6. Pendidik membuat pemerhatian terhadap setiap kanak-kanak ketika mereka


sedang melakukan aktiviti.

Penutup

Pendidik membuat rumusan pelajaran pada hari ini. Tanya perasaan mereka bermain
permainan blok pada hari berkenaan. Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan
oleh kanak-kanak.

- 17 -
TOPIK: KESEDARAN RUANG

Objektif Pembelajaran: Umur: 1 – 2 Tahun


Menyentuh dua objek di persekitaran Konsep Matematik: Perbezaan bentuk
dalam satu masa dan saiz
Istilah Matematik: saiz dan bentuk
Bahan: Bola, Lori mainan
Tajuk : Mari Bermain Nilai: Adil, kerjasama

Persediaan Awal:

Pendidik menunjukkan beberapa alat permainan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak


menyatakan alat permainan yang mereka lihat. Beritahu kanak-kanak tujuan aktiviti
dijalankan pada hari ini.

Langkah-langkah:

1. Pendidik meletakkan beberapa alat permainan di sekililing kanak-kanak.

2. Alat permainan hendaklah mempunyai bentuk dan saiz yang berbeza agar
kanak-kanak dapat merasai kepelbagaian dalam sentuhan. Contohnya bola, lori
mainan.

3. Pendidik memperkenalkan jenis bentuk (bulat, segi empat) kepada kanak-kanak


berdasarkan alat permainan yang telah ditunjukkan.

4. Pendidik mengarahkan kanak-kanak memilih satu alat permainan setiap kanak-


kanak.

Tanya soalan berikut:


a. Apakah nama alat permainan yang anda pilih?
b. Namakan bentuk permainan itu.

5. Minta setiap kanak-kanak bertukar alat permainan .

Tanya soalan berikut:


a. Apakah nama alat permainan yang anda dapat?
b. Minta kanak-kanak mencari objek di persekitaran yang mempunyai bentuk
serupa dengan objek tadi.
c. Adakah objek ini lebih besar berbanding objek tadi?
(galakkan kanak-kanak menyebut perkataan lebih besar, lebih kecil)

Penutup

Pendidik bertanya perasaan kanak-kanak tentang alat permainan yang disentuh pada hari
berkenaan (seronok atau tidak).Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak.

- 18 -
TOPIK: POLA

Objektif Pembelajaran: Umur: 1 – 2 Tahun


 Mengenal pasti corak bunyi dan warna. Konsep Matematik: Perbezaan bunyi
 Menyatakan corak bunyi dan warna dan warna.
yang dikenalpasti. Istilah Matematik: Banding beza, corak,
pola.
Bahan: Video.
Tajuk : Kenderaan Nilai: Bersungguh-sungguh, yakin, peka.

Persediaan Awal:

Pendidik memasang rakaman video mengenai warna dan bunyi kereta dan motor.

Langkah-langkah:

1. Pendidik meminta kanak-kanak melihat tayangan warna dan bunyi kenderaan


yang hendak disampaikan.

2. Pendidik meminta kanak-kanak membunyikan kenderaan yang disebutkan oleh


pendidik.

Tanya soalan berikut :


a. Bagaimanakah bunyi motor ?
b. Bagaimanakah bunyi kereta ?

3. Pendidik meminta kanak-kanak menyatakan warna kenderaan yang ditunjukkan


oleh pendidik.

Tanya soalan berikut :


a) Warna apa motor itu ? b)
Warna apa kereta itu ?

Penutup

1. Pendidik meminta seorang kanak-kanak ke hadapan dan membuat bunyi


semua kenderaan yang di soal.

2. Pendidik menanyakan kepada kelas tentang warna dan bunyi kenderaan


dengan bertujuan untuk menguji kefahaman.

3. Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 19 -
TOPIK: NOMBOR BULAT

Objektif Pembelajaran: Umur: 1 – 2 Tahun


Melihat simbol 1 hingga 5 yang ditulis Konsep Matematik: Melihat nombor
pada jari Istilah Matematik: Menaik.
Bahan: Pen marker, kad manila, gam,
gunting
Tajuk : Patung Jari Nilai: Kepekaan pada arahan

Persediaan Awal:

Pendidik menyediakan bahan pengajaran dalam keadaan yang mencukupi untuk setiap
kanak-kanak.

Langkah-langkah:

1. Pendidik menggunting kad manila yang disediakan mengikut saiz jari kanak-
kanak dan guru.

2. Kemudian, kad manila yang digunting kecil tersebut dilekatkan pada jari kanak-
kanak dan pendidik dengan mewakili nombor 1-5 yang disusun secara
berturutan.

3. Kanak-kanak meniru nombor yang ditutup pada jari pendidik. Contoh:


Pendidik menutup jari bernombor 1, kanak-kanak akan turut menutup
jari mereka yang bernombor 1.

4. Kanak-kanak perlu mengikut pendidik menutup nombor menaik secara


berurutan (menyebut nombor sambil menyanyi). Dilakukan berulangkali.

Penutup

1. Minta salah seorang daripada kanak-kanak menyatakan pelajaran yang


telah mereka ikuti pada hari itu.

2. Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 20 -
TOPIK: AWAL ALGEBRA

Objektif Pembelajaran: Umur: 1- 2 Tahun


 Mengenal awal algebra  Konsep Matematik:
 Menyusun gambar dari kecil ke besar 
Istilah Matematik: Menaik, Menurun
 Menyusun gambar dari besar ke kecil Bahan: Gambar buah epal
Tajuk : Susun Gambar  Nilai: Berhati-hati, kesabaran

Persediaan Awal:

Pendidik melekatkan 5 keping gambar. Gambar pertama 1 biji epal, gambar kedua 2 biji
epal dan seterusnya. Beritahu kanak-kanak tujuan aktiviti dijalankan pada hari ini.

Langkah-langkah:

1. Minta kanak-kanak duduk berdekatan dengan gambar-gambar yang dilekatkan di


dinding.

2. Pendidik akan menceritakan kepada kanak-kanak tentang gambar yang


ditunjukkan.

3. Pendidik mengarahkan kanak-kanak mengira bersama-sama dengan pendidik


dari nombor 1 hingga 5 (kecil ke besar) dan dari nombor 5 hingga 1 (besar ke
kecil)

Tanya soalan berikut:


a. Gambar mana yang paling sedikit epal?
b. Gambar mana yang paling banyak epal?

Penutup

Pendidik membuat kesimpulan tentang dua sifat sedikit ke banyak dan banyak ke sedikit

- 21 -
TOPIK: AWAL GEOMETRI

Objektif Pembelajaran: Umur: 1 – 2 Tahun


Menyentuh objek / permainan 3D Konsep Matematik: Mengenal objek 3D
Istilah Matematik: Besar, kecil
Bahan: lori mainan, bas mainan
Tajuk: Kenderaan Nilai: Kerjasama, kepekaan, ikut arahan

Persediaan Awal:

Pendidik menyediakan lori mainan & bas main. Beritahu kanak-kanak tujuan
aktiviti dijalankan pada hari ini.

Langkah-langkah:

1. Pendidik meminta kanak-kanak duduk dalam bulatan.

2. Kanak-kanak diberi lori mainan dan bas mainan pelbagai saiz .

3. Pendidik menerangkan jenis mainan yang berada dihadapan kanak-kanak iaitu


„Lori mainan dan Bas mainan‟.

4. Pendidik meminta kanak-kanak memilih dan memegang jenis mainan yang


mereka minat.

Tanya soalan berikut:


a. Apakah permainan yang anda pegang?
b. Apakah saiz permainan yang anda pegang (kecil @ besar)?
c. Adakah permainan anda pegang lebih besar daripada permainan yang
rakan anda pegang?

5. Minta kanak-kanak mencari satu permainan 3D yang lain jenis dari yang dipegang
tadi.

Tanya soalan berikut:


a. Adakah saiz permainan ini sama dengan saiz yang anda pegang tadi?
b. Apakah nama permainan ini?

Penutup

1. Minta salah seorang daripada kanak-kanak menyatakan pelajaran yang telah mereka
ikuti pada hari itu. Tanya perasaan mereka tentang aktiviti “Mari Bermain”
yang telah dilakukan pada hari berkenaan.

2. Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 22 -
TOPIK: MEMBILANG NOMBOR 1-3

Objektif Pembelajaran: Umur: 1-2 Tahun


Menyebut nombor 1-3. Konsep Matematik: Menyebut nombor
Istilah Matematik: Bilang, Nombor 1, 2, 3
Bahan: Kad nombor.
Tajuk: Nyanyian Nilai : Berhati-hati, patuhi arahan.

Persediaan Awal:

Menyediakan kad nombor 1-3 dan lagu „sayang keluarga‟.

Langkah-langkah:

1. Pendidik memastikan kanak-kanak duduk di dalam keadaan yang selesa.

2. Pendidik menyanyikan lagu „Sayang Keluarga‟ bersama kanak-kanak,


dan seterusnya
membilang1-3 bersama mereka.

3. Pendidik membilang 1-3 menggunakan jari, dan meminta kanak-kanak mengikut


sebutan guru berulang kali.

4. Pendidik seterusnya membilang 1-3 menggunakan kad nombor. Kanak-kanak diminta


mengikut pendidik menyebut nombor berdasarkan kad nombor yang ditunjukkan.

Tanya soalan berikut:


a. Ini nombor apa?
b. Cuba anak-anak bilang 1 hingga 3.

Penutup

Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 23 -
TOPIK: OPERASI TAMBAH

Objektif Pembelajaran: Umur: 1 – 2 Tahun


Mengikut sebutan pendidik yang Konsep Matematik: Penambahan dalam
membilang objek dari 1 hingga 3. lingkungan 1-3.
Istilah Matematik: Tambah, sama dengan
Bahan: ‘Ikan Mainan‟
Tajuk: Ikan Nilai: Berhati-hati, kreatif, penyayang.

Persediaan Awal:

Pendidik menyediakan setiap kanak-kanak dengan 3 ekor „Ikan Mainan‟.

Langkah-langkah:

1. Pendidik mengumpulkan kanak-kanak dan mempastikan mereka berada


dalam keadaan selesa.

2. Pendidik menunjukkan operasi tambah dalam lingkungan 1-3 kepada kanak-


kanak dengan menggunakan „Ikan Mainan‟.

3. Pendidik meminta kanak-kanak mengikut sebutan guru membuat operasi tambah


dalam lingkungan1-3. Contohnya 1+1=2, 2+1=3.

4. Pendidik mengulangi operasi tambah seperti di atas, sambil menyebut berulang


kali supaya diikuti oleh kanak-kanak.

5. Semasa membuat penambahan, pendidik menyebut dengan kuat dan jelas


supaya mudah didengar dan ikuti oleh kanak-kanak.

Tanya soalan berikut:


a. Ini apa?
b. Ada berapa ekor ikan?
c. Mengapa ‘Ikan Mainan’ di tangan anda bertambah?

6. Pendidik menyanyikan lagu “Tiga Ekor Anak Ikan” bersama kanak-kanak.

Penutup

Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 24 -
TOPIK: OPERASI TOLAK

Objektif Pembelajaran: Umur: 1 – 2 Tahun


Mengikut sebuatan pendidik yang Konsep Matematik: Pengurangan „Ikan
melakukan aktiviti penolakan dalam Mainan; atau buang
lingkungan 1 hingga 3. Istilah Matematik: Ambil, kurang dan
buang
Bahan: „Ikan Mainan‟
Nilai: Berhati-hati, kreatif, mematuhi
Tajuk: Ikan Mainan peraturan,

Persediaan Awal:

Pendidik membekalkan setiap kanak-kanak dengan 3 ekor „Ikan Mainan‟.

Langkah-langkah:

1. Pendidik mengumpulkan kanak-kanak dalam kedudukan separuh bulatan.

2. Pendidik menunjukkan operasi tolak dalam lingkungan 1-3 kepada kanak-kanak


dengan menggunakan „Ikan Mainan‟.

3. Pendidik meminta kanak-kanak mengikut sebutan guru membuat operasi tolak


dalam lingkungan1-3. Contohnya 2-1=1, 1-1=0.

4. Pendidik cuba membuat beberapa operasi tolak menggunakan „Ikan


Mainan‟, sambil
menyebut dengan kuat dan jelas supaya mudah didengar dan ikuti
oleh kanak-kanak.

5. Pendidik meminta semua kanak-kanak mengikut sebutan guru tadi semua


beramai-ramai dan secara individu.

Tanya soalan berikut:


a. Apakah yang terjadi pada ‘Ikan Mainan’? (galakkan murid menyebut
perkataan kurang dan ambil).
b. Mengapa ‘Ikan Mainan’ di tangan anda berkurang?

6. Pendidik menyanyikan lagu “Tiga Ekor Anak Ikan” bersama kanak-kanak.

Penutup

Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 25 -
TOPIK: AWAL PECAHAN

Objektif Pembelajaran: Umur: 1-2 Tahun


Membahagi objek kepada setengah Konsep Matematik: Membentuk bahagian.
Istilah Matematik: Membahagi,
mengasingkan
Tajuk: Buah Epal Bahan: Buah epal, pinggan
Nilai: Adil, kerjasama.

Persediaan Awal:

Pendidik menyediakan sebiji epal dan sebiji pinggan.

Langkah-langkah:

1. Pendidik mempastikan kanak-kanak di dalam keadaan selesa.

2. Pendidikan memperkenalkan sebiji epal kepada kanak-kanak.

3. Pendidikan menerangkan epal boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian


supaya mudah dibahagi atau dimakan.

4. Pendidik membahagikan epal kepada 2 bahagian dan menyebut setengah atau


separuh.

Tanya soalan berikut:


a) Ini buah apa?
b) Kenapa buah ini jadi dua?

5. Pendidik meminta kanak-kanak menyebut setengah/ separuh berulang-ulang.

6. Pendidik makan epal bersama kanak-kanak.

Penutup

1. Pendidik bertanya kepada kanak-kanak berkisarkan pembelajaran hari ini.

2. Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 26 -
TOPIK: PADANAN

Objektif Pembelajaran: Umur: 2-3 Tahun


Membuat aktiviti padanan Konsep Matematik: Perbezaan warna
Istilah Matematik: Banding, pola warna
Bahan: Permainan LEGO
Tema: Permainan LEGO Nilai: Tolak-ansur, menghormati dan kerjasama.

Persediaan Awal:

Guru menyediakan sebakul blok-blok LEGO yang terdiri daripada pelbagai warna.

Langkah-langkah:

1. Minta kanak-kanak berkumpul dan berada dalam keadaan selesa.

2. Pendidik memperkenalkan 2 warna iaitu merah dan biru menggunakan LEGO.

3. Pendidik meminta kanak-kanak mengulangi sebutan warna merah dan biru


beberapa kali sambil menunjukan LEGO yang berkenaan.

4. Pendidik meminta kanak-kanak melihat dan mengecam warna blok-blok LEGO


(merah
dan biru) yang berada di dalam bakul.

5. Pendidik meminta kanak-kanak mengikut giliran datang ke hadapan dan mengambil 2


blok LEGO setiap seorang dan masukkan blok LEGO itu ke dalam bakul yang telah
disediakan mengikut warna.
 Blok LEGO merah – bakul merah 
 Blok LEGO biru – bakul biru 

Tanya soalan berikut :


a. Apakah warna LEGO ini?
b. Manakah LEGO berwarna biru?

Penutup

1. Pendidik bertanyakan apakah perasaan kanak-kanak berkenaan aktiviti hari berkenaan.

2. Pendidik memuji sikap positif ditunjukkan kanak-kanak semasa aktiviti tadi.

- 27 -
TOPIK: ASING

Objektif Pembelajaran: Umur: 2 – 3 Tahun


Mengenal pasti saiz (besar dan kecil) Konsep Matematik: Perbezaan saiz objek.
Istilah Matematik: Banding saiz dan asingkan.
Bahan: Bola tenis, bola ping-pong
Tajuk: Bola Nilai: Daya usaha dan kepekaan.

Persediaan Awal:

Pendidik menyediakan sebakul bola yang bersaiz besar dan kecil (bola tenis dan bola ping
pong).

Langkah-langkah:

1. Pendidik memperkenalkan 2 biji bola yang berbeza saiz. Contoh: bola tenis
bersaiz besar dan bola ping pong bersaiz kecil

2. Pendidik menerangkan tentang konsep saiz besar dan kecil menggunakan bola.

3. Pendidik meminta kanak-kanak mengecam 2 jenis saiz bola yang telah diletakkan di
dalam bakul.

4. Pendidikan meminta kanak-kanak secara bergilir-gilir datang ke hadapan dan


mengambil bola di dalam raga.

Tanya soalan berikut :


a. Apakah jenis bola yang anda pegang?
b. Manakah bola yang paling besar/paling kecil?

5. Dengan bantuan pendidik, kanak-kanak diminta mengasingkan bola mengikut saiz


dengan memasukkan bola ke dalam raga yang berlainan.
 Bola tenis – bakul 1
 Bola ping pong – bakul 2

Penutup

Pendidik menanya perasaan mereka berkenaan aktiviti mengasing dan mengumpul bola
pada hari berkenaan.

- 28 -
TOPIK: ASING DAN KUMPUL

Objektif Pembelajaran: Umur: 2 – 3 Tahun


Mengumpul saiz yang sama jenis. Konsep Matematik: Perbezaan saiz objek.
Istilah Matematik: Banding saiz dan kumpul.
Bahan: bola tenis, bola ping-pong
Tajuk: Bola Nilai: Daya usaha dan kepekaan.

Persediaan Awal:

Pendidik menyediakan sebakul bola yang bersaiz besar dan kecil (bola tenis dan bola ping
pong).

Langkah-langkah:

1. Pendidik memperkenalkan 2 biji bola yang berbeza saiz. Contoh: bola tenis bersaiz
besar dan bola ping pong bersaiz kecil.

2. Pendidik menerangkan tentang konsep saiz besar dan kecil menggunakan bola.

3. Pendidik meminta kanak-kanak mengecam 2 jenis saiz bola yang telah diletakkan di
dalam bakul.

4. Pendidikan meminta 3 orang kanak-kanak secara bergilir-gilir datang ke hadapan dan


mengambil bola di dalam raga.

Tanya soalan berikut :


a. Apakah jenis bola yang anda pegang?
b. Manakah bola yang paling besar/paling kecil?

5. Dengan bantuan pendidik, kanak-kanak diminta mengumpul dan memasukkan mana-


mana bola ke dalam raga mengikut saiz (besar dan kecil).

Penutup

Pendidik menanya perasaan mereka berkenaan aktiviti mengasing dan mengumpul bola
pada hari berkenaan.

- 29 -
TOPIK: BANDING

Objektif Pembelajaran: Umur: 2-3 Tahun


Membanding jarak dekat dan jauh Konsep Matematik: Banding Jarak
Istilah Matematik: Dekat dan Jauh
Bahan: Kereta mainan, Lorong jalan
Tajuk: Kereta Nilai: berhati-hati

Persediaan Awal:

Guru menyediakan 4 buah kereta bagi memperkenalkan konsep jarak dekat dan jauh
kepada kanak-kanak.

Langkah-langkah:

1. Pendidik mengumpulkan kanak-kanak dan mempastikan mereka berada dalam


keadaan selesa.

2. Pendidik meletakkan 4 buah kereta mainan di atas meja dalam jarak yang berbeza.
2 buah kereta diletakkan pada jarak yang dekat, manakala 2 buah kereta
lagi diletak pada jarak yang jauh.

3. Pendidik menerangkan konsep jarak dekat dan jauh menggunakan kereta mainan tadi
sambil mengulangi beberapa kali dan meminta kanak-kanak mengikut sebutan guru.

4. Pendidik memanggil 2 orang kanak-kanak ke hadapan danmengarahkan kanak-kanak


itu menolak kereta ke hadapan dan ke belakang.

Tanya soalan berikut:


a. Apakah yang dapat anda lihat?
b. Apa yang terjadi pada kereta A?
c. Apa yang terjadi pada kereta B?

5. Pendidik meminta kanak-kanak mengikut sebutan guru dan memberi jawapan


kepada guru melalui aktiviti soal-jawab bersama kanak-kanak.

Penutup

Pendidik meminta kanak-kanak merumuskan konsep jauh dan dekat yang telah diajar oleh
pendidik sebentar tadi.

- 30 -
TOPIK: KEDUDUKAN

Objektif Pembelajaran: Umur: 2-3 Tahun


Mengenal pasti kedudukan atas dan Konsep Matematik: Kedudukan atas dan bawah.
bawah Istilah Matematik: Atas, bawah
Bahan:
Tajuk: Pergerakan. Nilai: Kerjasama, mengikut arahan

Persediaan Awal:

Pendidik mengumpul kanak-kanak dan meminta merek berdiri dalam keadaan


bersedia untuk menerima arahan guru.

Langkah-langkah:

1. Pendidik membuat pergerakan asas sambil menyanyikan laku. Anggota Badan.


Lirik lagu :
Angkatlah tangan kanan
Goyang (3x)
Jatuhkah tangan kanan
Duduk diam-diam

Angkatlah tangan kiri


Goyang (3x)
Jatuhkah tangan kanan
Duduk diam-diam

2. Pendidik menerangkan konsep atas bawah-bawah berdasarkan lagu tadi.

3. Pendidik meminta kanak-kanak menyanyikan lagu „Anggota badan‟.

4. Kanak-kanak diminta untuk mengikut pergerakan pendidik. Mengangkat tangan ke


atas. Turun tangan ke bawah, gerak ke kiri atau kanan, bongkok ke belakang.

Tanya soalan berikut:


a. Di mana tangan kita sekarang?
b. Kita membongkak ke arah mana?
c. Di mana tangan kita berada semasa angkat tangan?

5. Pendidik memimpin seorang kanak-kanak membuat gerakan tangan atas ke bawah


bagi mengukuhkan konsep atas-bawah yang telah diajar tadi.

Penutup

Pendidik menyanyikan lagu „Anggota Badan‟ dan meminta kanak-kanak untuk


membuat pergerakan bersama pendidik. (Rujuk CD yang dibekalkan).

- 31 -
TOPIK: SERIASI

Objektif Pembelajaran: Umur: 2-3 Tahun


Menyusun 3 bongkah mengikut urutan saiz Konsep Matematik: Bilangan bongkah, saiz
kecil kepada besar. bongkah.
Istilah Matematik: Bilangan 1,2,3 dan saiz
kecil, sederhana dan besar.
Bahan: bongkah pelbagai saiz.
Tajuk: Permainan kad bergambar Nilai: Logik

Persediaan Awal:

Pendidik menyediakan beberapa set bongkah yang terdiri daripada 3 saiz yang berbeza
iaitu besar, sederhana dan kecil.

Langkah-langkah:

1. Pendidikan menerangkan konsep saiz dan seriasi kepada kanak-kanak


menggunakan 3 bongkah berbeza saiz. (kecil, sederhana dan besar).

2. Setiap Kanak-kanak dibekalkan dengan 3 bongkah pelbagai pelbagai saiz.

3. Pendidik membimbing kanak-kanak menyusun bongkah mengikut urutan saiz


kecil, sederhana dan besar.

4. Pendidik membuat aktiviti seriasi bersama kanak-kanak sehingga mahir.

Tanya soalan berikut:


a. Manakah bongkah yang paling kecil ?
b. Manakah bongkah yang sedehana?
c. Manakah bongkah yang besar?

Penutup

1. Minta salah seorang daripada kanak-kanak menyatakan pelajaran yang telah


mereka ikuti pada hari itu.

2. Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 32 -
TOPIK: KESEDARAN RUANG

Objektif Pembelajaran: Umur: 2-3 Tahun


Merasai objek di persekitaran Konsep Matematik: Perbezaan bentuk, saiz
dan tekstur.
Istilah Matematik: Saiz, bentuk dan tekstur
Bahan: Replika buah-buahan
Tema: Permainan “Teka Benda” Nilai: Adil, kerjasama

Persediaan awal:

Pendidik menyediakan kotak, penutup mata dan replika buah-buahan contohnya pisang,
durian. Pendidik memasukkan satu jenis buah-buahan bagi sebuah kotak. Beritahu kanak-
kanak tujuan aktiviti dijalankan pada hari ini.

Langkah-langkah:

1. Pendidik mengumpulkan kanak-kanak dan mempastikan mereka duduk di dalam


keadaan selesa.

2. Pendidik memegang sebuah kotak dan meminta kanak-kanak meneka buah-


buahan apa yang terdapat di dalam kotak.

3. Kanak-kanak yang mendapat kotak perlu memilih satu kotak yang mengandungi
satu replika buah-buahan dan meneka replika tersebut dengan mata yang tertutup.

Tanya soalan berikut:


a. Buah apa yang anda dapat?
b. Apakah bentuk buah yang anda dapat?
c. Adakah permukaan buah yang kamu dapat kasar/licin?

4. Permainan diulangi dengan kanak-kanak memilih kotak yang berbeza dan meneka
replika tersebut dengan mata yang tertutup.

Penutup

Pendidik dan kanak-kanak sama-sama membincangkan jenis-jenis buah-buahan


yang terdapat di dalam kotak-kotak tadi.

- 33 -
TOPIK: POLA

Objektif Pembelajaran: Umur: 2 – 3 Tahun


 Mengenal pasti pola objek. Konsep Matematik: Perbezaan saiz dan
 Membina pola objek menggunakan blok bentuk.
pelbagai warna. Istilah Matematik: pola, bentuk dan saiz.
Bahan: LEGO pelbagai warna
Tema: Bangunan Nilai: Berhati-hati, kerjasama.

Persediaan Awal:

Pendidik menyediakan sekotak LEGO Pelbagai warna.

Langkah-langkah:

1. Pendidik mengumpulkan kanak-kanak dan mempastikan mereka berada dalam


keadaan selesa.

2. Pendidik menunjukan cara membina pola mengunakan LEGO mengikut warna.

3. Pendidik membimbing membina pola menggunakan LEGO yang dibekalkan.

4. Pendidik memberi peneguhan tentang konsep warna, bentuk, dan pengulangan


bilangan LEGO yang digunakan bagi membentuk pola.

5. Pendidik membiarkan kanak-kanak membentuk pola sendiri mengikut warna.

6. Kanak-kanak menceritakan tentang hasil rekaan POLA mereka kepada pendidik dan
rakan-rakan.

Tanya soalan berikut :


a) Apa yang kamu bina ?
b) Bagaimana kamu bina ?

Penutup

Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 34 -
TOPIK: NOMBOR BULAT

Objektif Pembelajaran : Umur : 2 – 3 Tahun


Mewakilkan nombor 1 hingga 5 dengan Konsep Matematik: Mewakilkan nombor.
menggunakan objek konkrit Istilah Matematik: Banyak, sedikit dan tiada.
Bahan: Itik mainan dan bekas.
Tema : Itik Nilai: Adil dan cermat.

Persediaan Awal:

Guru menyediakan itik mainan yang cukup dalam bekas.

Langkah-langkah:

1. Pendidik menunjukkan itik plastik yang berada dalam bekas kepada kanak-kanak.

2. Pendidik menyanyikan Lagu „Anak Itik‟.

3. Pendidik menunjukkan cara membilang 1-5 menggunakan jari, dan meminta kanak-
kanak ikut membilang bersama-sama.

4. Pendidik membilang 1-5 menggunakan anak itik plastik bersama kanak-kanak.

Tanya soalan berikut :


a. Ada berapa jari adik?
b. Ini apa? (sambil menunjukkan seekor itik kepada kanak-kanak)
c. Ada berapa ekor itik ditangan cikgu?

Penutup

Pendidik menanya perasaan mereka berkenaan aktiviti nombor bulat pada hari berkenaan.

- 35 -
TOPIK: NOMBOR BULAT

Objektif Pembelajaran : Umur : 2 – 3 Tahun


Mewakilkan nombor 1 hingga 5 dengan Konsep Matematik: Mewakilkan nombor.
menggunakan kad nombor Istilah Matematik: Banyak, sedikit dan tiada.
Bahan: Anak Itik, kad nombor.
Tema : Itik Nilai: Adil dan cermat.

Persediaan Awal:

Guru menyediakan itik mainan yang cukup dalam bekas, kad nombor 1-5.

Langkah-langkah:

1. Pendidik menunjukkan itik plastik yang berada dalam bekas kepada kanak-kanak.

2. Pendidik menyanyikan Lagu „Anak Itik‟.

3. Pendidik membilang 1-5 menggunakan anak itik plastik bersama kanak-kanak.

Tanya soalan berikut :


a) Ada berapa jari adik?
b) Ini apa ? (sambil menunjukkan seekor itik kepada kanak-kanak)
c) Ada berapa ekor itik ditangan cikgu?

5. Pendidik membilang menggunakan kad nombor 1-5.

5. Pendidik mengulangi cara membilang berpandukan kad nombor dan membimbing


kanak-kanak membilang bersama-sama.

Tanya soalan berikut :


a) Ini nombor apa? (sambil menunjukkan kad nombor 1)
b) Ada berapa ekor itik berapa ? (sambil menunjukkan seekor itik kepada kanak-
kanak)
c) Ini nombor berapa?(sambil menunjukkan kad nombor 2)

Penutup

Pendidik menanya perasaan mereka berkenaan aktiviti nombor bulat pada hari berkenaan.

- 36 -
TOPIK: AWAL PECAHAN

Objektif Pembelajaran: Umur: 2-3 Tahun


Membahagi sebuah objek membentuk Konsep Matematik: Awal pecahan.
separuh. Istilah Matematik: Sebuah dan separuh.
Bahan: Gambar piza, lempeng, atau
Tajuk: Berkongsi piza, lempeng, atau coklat
coklat. Nilai: Adil, bertimbang rasa, hormat.

Persediaan Awal:

Pendidik mengedarkan gambar sebuah piza kepada setiap orang kanak-kanak.

Langkah-langkah:

1. Pendidik menyoal kanak-kanak apakah yang mereka nampak.

2. Pendidik membimbing kanak-kanak menyebut “sebuah piza”.

3. Pendidik membimbing kanak-kanak untuk membahagikan sebuah piza


itu kepada dua bahagian.

Tanya soalan berikut:


a. Ada berapa buah piza sebelum anda potong tadi?
b. Ada berapa keping piza setelah anda potongnya?

4. Pendidik membimbing kanak-kanak menyebut “sebuah piza” dan “separuh piza”.

Sekeping Separuh

Penutup

Kanak-kanak diminta melekatkan kepingan gambar separuh piza menjadi sebuah piza dan
menyebut “sebuah piza” dan “separuh piza”.

- 37 -
TOPIK: AWAL PECAHAN

Objektif Pembelajaran: Umur: 2-3 Tahun


Membahagi sebelah objek membentuk Konsep Matematik: Awal pecahan.
suku. Istilah Matematik: Sebelah dan suku.
Bahan: Gambar piza, lempeng, atau coklat
Tajuk: Berkongsi piza, lempeng, atau Nilai: Adil, bertimbang rasa, hormat.
coklat.

Persediaan Awal:

Pendidik mengedarkan gambar separuh piza kepada setiap orang kanak-kanak.

Langkah-langkah:

1. Pendidik menyoal kanak-kanak apakah yang mereka nampak.

2. Pendidik membimbing kanak-kanak menyebut “separuh piza”.

3. Pendidik membimbing kanak-kanak untuk membahagikan sebuah piza


itu kepada dua bahagian.

Tanya soalan berikut:


a. Ada berapa banyakkah piza sebelum dipotong?
b. Ada berapa banyakkah piza selepas dipotong?

4. Pendidik membimbing kanak-kanak menyebut “separuh piza” dan “suku piza”.

Penutup

Kanak-kanak diminta melekatkan dua kepingan gambar “suku piza” menjadi “separuh piza”.

- 38 -
TOPIK: AWAL ALGEBRA

Objektif Pembelajaran: Umur: 2 – 3 Tahun


Menyusun objek dari saiz kecil ke saiz Konsep Matematik: Awal Algebra
besar dan sebaliknya. Istilah Matematik: Besar dan kecil
Bahan: Doh
Tajuk: Menyusun bola. Nilai: Kerjasama dan kreatif

Persediaan Awal:

Pendidik mengagihkan doh kepada setiap kanak-kanak dan menunjukkan beberapa biji bola
pelbagai saiz.

Langkah-langkah:

1. Pendidik meminta semua kanak-kanak duduk di atas lantai sambil menunjukkan


bola pelbagai saiz kepada kanak-kanak.

Tanya soalan berikut:


a. Adakah bola sama besar?
b. Bola manakah paling besar?
c. Bola manakah paling kecil?

2. Kanak-kanak dibimbing membentuk bola pelbagai saiz dengan menggunakan


doh.

3. Kanak-kanak dibimbing menyusun bola yang dibentuk daripada doh dari saiz
paling kecil sehingga saiz paling besar. (ulangi langkah 4 dengan membimbing kanak-
kanak menyusun dari saiz paling besar sehingga saiz paling kecil)

Penutup

1. Pendidik merumuskan pelajaran pada hari itu.

2. Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 39 -
TOPIK: AWAL GEOMETRI

Objektif Pembelajaran: Umur: 2-3 Tahun


Mengumpul objek 3D yang serupa Konsep Matematik: Awal Geometri
Istilah Matematik: Kubus dan Sfera
Tajuk: Mengecam Bentuk Bahan: Kotak, bola pelbagai saiz, bekas
Nilai: Berhati-hati dan bersyukur

Persediaan Awal:

Pendidik menyediakan beberapa buah kotak pelbagai saiz dan beberapa biji bola pelbagai
saiz di atas meja.

Langkah-langkah:

1. Pendidik memegang sebuah kotak dan menyebut “kotak ini berbentuk kubus”.

2. Kanak-kanak diminta mengikut pendidik menyebut bentuk kubus.

3. Pendidik memegang sebuah bola dan menyebut “bola ini berbentuk sfera”.

4. Kanak-kanak diminta mengikut pendidik menyebut bentuk sfera.

5. Pendidik memberikan beberapa buah kubus dan beberapa biji bola kepada
setiap orang kanak-kanak.

6. Kanak-kanak diminta mengumpulkan bentuk yang serupa ke dalam bekas


masing-masing.

Penutup

1. Tanya perasaan mereka tentang aktiviti main kotak dan bola yang
telah dilakukan pada hari itu.

2. Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 40 -
TOPIK: AWAL STATISTIK

Objektif Pembelajaran: Umur: 2 – 3 Tahun


Mengumpul bahan mengikut jenis. Konsep Matematik: Awal statistik
Istilah Matematik: Kumpul, asing
Bahan: Lori mainan, patung beruang,
LEGO, bakul, gambar lori, gambar
beruang, dan gambar LEGO
Tajuk: Mengumpul barang mainan Nilai: Adil, kerjasama.

Persediaan Awal:

Pendidik meletakkan lori mainan, patung beruang dan LEGO di berlainan tempat yang tidak
terlalu jauh. Beritahu kanak-kanak tujuan aktiviti dijalankan.

Langkah-langkah:

1. Pendidik melekatkan tiga buah bakul masing-masng dengan gambar lori


mainan, patung beruang, dan LEGO.

2. Pendidik menunjukkan sebuah lori mainan, seekor patung beruang, dan


satu LEGO kepada kanak-kanak dan dibimbing menyebut nama setiap
bahan tersebut.

3. Pendidik membimbing kanak-kanak mengumpulkan lori mainan, patung beruang


dan LEGO.

4. Kanak-kanak dibimbing memasukkan setiap bahan ke dalam bakul yang


sepadan dengan gambar yang dilekatkan pada bakul.

Penutup

Pendidik menyoal kanak-kanak tentang jenis-jenis alat-alat permainan yang dikumpulkan


dan kebaikan mengumpul bahan tersebut.

- 41 -
TOPIK: AWAL STATISTIK

Objektif Pembelajaran: Umur: 2-3 Tahun


Menyusun bahan mengikut jenis. Konsep Matematik: Awal statistik
(Mengemas peralatan dapur mainan Istilah Matematik: Susun, kumpul, asing,
seperti pinggan, cawan dan sudu) bulatan.
Bahan: pinggan, cawan dan sudu, rak
pinggan, bekas cawan dan bekas sudu.
Tajuk: Mengemas peralatan dapur Nilai: Adil, kerjasama, kekemasan

Persediaan Awal:

Pendidik menyediakan peralatan dapur mainan seperti pinggan, cawan, sudu, rak pinggan,
bekas cawan dan bekas sudu. Beritahu kanak-kanak tujuan aktiviti dijalankan pada hari ini.

Langkah-langkah:

1. Pendidik meminta kanak-kanak berada dalam kumpulan kecil (2/3 orang satu
kumpulan) dan mengarahkan mereka supaya duduk bersila di dalam bulatan kecil
(peralatan dapur mainan berada di tengah bulatan).

2. Pendidik membekalkan peralatan dapur mainan secara berselerak di atas lantai


di tengah-tengah bulatan kecil.

3. Pendidik menyuruh kanak-kanak menyusun peralatan dapur mainan mengikut


jenisnya – pinggan plastik, cawan plastik dan sudu plastik dan letak di tempatnya
masing-masing (pinggan – rak pinggan; cawan – bekas cawan; sudu – bekas sudu).

Tanya soalan berikut:


a. Apa yang dapat dilihat setelah menyusun bahan? b.
Apakah berlaku setelah mengemas bahan?

Penutup

Pendidik bersoal jawab dengan kanak-kanak tentang jenis-jenis peralatan dapur dan
kepentingan bahan-bahan atau peralatan tersebut dikemas dan disusun dengan rapi.

- 42 -
TOPIK: AWAL PENGUKURAN

Objektif Pembelajaran: Umur: 2-3 Tahun


Menyebut panjang bahan dengan Konsep Matematik: Awal pengukuran
bantuan pendidik Istilah Matematik: Lebih panjang, lebih
pendek.
Bahan: Klip kertas, alat permainan
Tajuk: Mengukur alat permainan Nilai: Ketepatan mengukur, hormati rakan.

Persediaan Awal:

Pendidik menyediakan alat permainan (contoh: satu gerabak keretapi mainan) dan klip
kertas. Beritahu kanak-kanak tujuan aktiviti dijalankan pada hari ini iaitu untuk mempelajari
pengukuran.

Langkah-langkah:

1. Pendidik menunjukkan cara mengukur satu alat permainan dengan


menggunakan klip.dan menyebut 1 klip, 2 klip, 3 klip.

2. Kanak-kanak diminta mengikut pendidik menyebut panjang alat permainan itu..

Tanya soalan berikut:


Berapakah bilangan klip bagi panjang alat permainan ini? (pendidik membimbing
kanak-kanak menjawab)

3. Pendidik mengukur alat permainan yang lebih pendek dan menyebut 1 klip, 2 klip dan
seterusnya.

4. Pendidik membimbing kanak-kanak menyatakan panjang alat permainan itu.

Tanya solan berikut:


a. Manakah alat permainan yang lebih panjang?
b. Manakah alat permainan yang lebih pendek?

5. Pendidik membimbing kanak-kanak menyatakan alat permainan mana


yang lebih panjang.

Penutup

Pendidik bersoal jawab tentang “lebih panjang” dan “lebih pendek” dengan kanak-kanak.

- 43 -
TOPIK: MEMBILANG NOMBOR

Objektif Pembelajaran: Umur: 2 - 3 Tahun


Membilang nombor dari 5 hingga 1 Konsep Matematik: Nombor menaik
Istilah Matematik: Nombor 1, 2, 3, 4, 5
Bahan: Radio kaset/ laptop, anak tangga
Tajuk: Turun Tangga Nilai: Kerjasama, berhati-hati.

Persediaan Awal:

Pendidik menyediakan sebuah tangga yang dilabelkan dari atas ke bawah dengan
nombor 5, 4, 3, 2, 1.

Langkah-langkah:

1. Pendidik menyanyi lagu yang membabitkan nombor 5, 4, 3, 2, 1 dengan bantuan


muzik yang dimuat turun daripada laman web.

2. Kanak-kanak diminta menyanyi mengikut lagu tersebut bersama-sama pendidik.

3. Pendidik membimbing kanak-kanak menyanyi lagu dengan menunjukkan anak


tangga yang mempunyai susunan nombor secara menurun, iaitu 5, 4, 3, 2, 1.

Tanya soalan berikut:


a. Nombor apakah paling tinggi?
b. Nombor apakah paling rendah?

Penutup

1. Pendidik memegang tangan salah seorang kanak-kanak menuruni anak tangga sambil
menyebut 5, 4, 3, 2, 1.

2. Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 44 -
TOPIK: MEMBILANG PERSEPTUAL

Objektif Pembelajaran: Umur: 2 – 3 Tahun


Membilang objek satu demi satu dari 1 Konsep Matematik: Membilang nombor
hingga 5. Istilah Matematik: Nombor 1, 2, 3, 4, 5
Bahan: Daun pada pokok bunga
Tajuk: Berapakah bilangan daun? Nilai: Mendengar arahan, kesungguhan

Persediaan Awal:

Pendidik menunjukkan flash kad yang bertulis nombor 1, 2, 3, 4, 5.

Langkah-langkah:

1. Pendidik membimbing kanak-kanak menyebut nombor 1, 2, 3, 4, 5 yang terdapat pada


flash kad.

2. Kanak-kanak dibawa mendekati sepohon pokok bunga.

3. Pendidik membilang daun satu per satu sambil membilang 1, 2, 3, 4, 5.

4. Pendidik membimbing kanak-kanak membilang 1, 2, 3, 4, 5 dengan menyentuh daun


satu per satu.

Penutup

1. Minta salah seorang daripada kanak-kanak membilang 1, 2, 3, 4, 5


dengan menyentuh daun pada pokok bunga.

2. Tanya kanak-kanak mana yang lebih banyak, “dua” atau “tiga”?

- 45 -
TOPIK: MEMBILANG FIGURATIVE

Objektif Pembelajaran: Umur: 2-3 Tahun


Konsep Matematik: Membilang berterusan
 Merangsang kanak-kanak membilang Istilah Matematik: Nombor 1, 2, 3, 4, 5
 berterusan dari nombor 2 sehingga 5,  Bahan: Kad berwarna merah
 Merangsang kanak-kanak membilang Nilai: Mematuhi arahan, berhati-hati.
berterusan dari nombor 3 sehingga 5. 

Tajuk: Bilang Berterusan

Persediaan Awal:

Guru menyediakan 5 keping kad berwarna merah di atas meja. Minta kanak-kanak duduk
mengelilingi sebuah meja bulat.

Langkah-langkah:

1. Pendidik menunjukkan dua sekeping kad berwarna merah kepada kanak-kanak sambil
menyebut “dua”.

2. Kanak-kanak diminta mengikut pendidik menyebut “dua”.

3. Pendidik mengambil “sekeping” kad berwarna merah yang lain sambil


bertanya “sekarang ada berapa keping kad berwarna merah?”

4. Pendidik membantu kanak-kanak menjawab “tiga” dan kanak-kanak diminta mengikut


pendidik menyebut bilangan tersebut.

Catatan: Ulangi langkah 1-5 dengan memegang 3 keping kad berwarna merah dan
bantu kanak-kanak membilang sehingga 5.

Penutup:

1. Menyoal perasaan kanak-kanak dalam mempelajari aktiviti membilang secara


berterusan.

2. Memuji setiap kanak-kanak yang telah menunjukkan respons yang positif.

- 46 -
TOPIK: FAKTA ASAS

Objektif Pembelajaran: Umur: 2 – 3 Tahun


Membina makna operasi tambah tidak Konsep Matematik: Operasi tambah
melebihi 5 menggunakan bahan maujud. Istilah Matematik: Jumlah, berapa, bilang
Bahan: Permainan LEGO, 2 bekas
Tajuk: Permainan LEGO Nilai : Mematuhi arahan dan berhati-hati.

Persediaan Awal:

Pendidik menyediakan blok-blok LEGO yang sama bentuk, tetapi berlainan warna.

Langkah-langkah:

1. Minta seorang kanak-kanak ke hadapan dan mengambil 1 blok LEGO biru dalam bekas A
dan minta seorang lagi untuk mengambil 1 blok LEGO merah dalam bekas B.

2. Pendidik membimbing kanak-kanak membilang satu persatu blok-blok LEGO


yang telah diambil oleh dua orang kanak-kanak tadi.

Tanya soalan berikut:


a. Berapa blok LEGO yang diambil mula-mula tadi?
b. Berapa blok LEGO yang diambil selepas itu?
c. Berapa blok LEGO yang diambil dua orang rakan tadi?

4. Pendidik mengambil 2 benda berlainan (batu, guli, biskut dan sebagainya) dan
meletakkan di sebelah kanan dan kiri tangan beliau sambil menunjuk perlakuan
menggabungkan kedua-dua belah tangan sambil berkata “ini satu, jika ada satu lagi
jadi berapa?”

5. Pendidik membimbing kanak-kanak menyatakan “1 + 1 = 2”. (Ulangi langkah 4 dan 5


dengan hasil tambah tidak melebih 5)

Penutup

Pendidik menanyakan perasaan kanak-kanak melakukan aktiviti penambahan pada hari


berkenaan.

- 47 -
TOPIK: PELENGKAP SEPULUH

Objektif Pembelajaran: Umur: 2-3 Tahun


Mewakilkan operasi tambah dengan Konsep Matematik: Perwakilan operasi
bahan maujud. tambah dengan bahan maujud
Istilah Matematik: Tambah, campur,
jumlah, gabung, kosong
Bahan: Guli, 3 bekas lutsinar.
Tajuk: Mari menambah guli Nilai: Berhati-hati, cermat, kerjasama

Persediaan Awal:
Pendidik menyediakan 3 bekas lutsinar dan meminta kanak-kanak berkumpul pada satu
tempat di dalam kumpulan besar.

Langkah-langkah:

1. Pendidik memasukkan 2 biji guli di dalam bekas lutsinar A dan 2 biji guli di
dalam bekas lutsinar B.

Bekas A Bekas B

Tanya soalan berikut:


a. Berapa biji guli di dalam bekas A?
b. Berapa biji guli di dalam bekas B?

2. Pendidik menunjuk cara kepada kanak-kanak cara mengira bilangan biji guli dalam
bekas lutsinar A dan bekas lutsinar B dengan menyebut “satu”, “dua” diulang kira
oleh kanak-kanak.

3. Pendidik menggabungkan biji-biji guli di dalam bekas lutsinar A dan bekas lutsinar B
dan memasukkan ke dalam bekas lutsinar C (bimbing kanak-kanak menyebut
perkataan “campur”, “gabung” dan “jumlah”)

Bekas C
- 48 -
4. Pendidik membimbing kanak-kanak mengira jumlah semua biji guli dengan
membilang satu-satu “satu”, “dua”, „tiga”, “empat” dengan diulang kira oleh
kanak-kanak.

Tanya soalan berikut :


Ada berapa jumlah biji guli sekarang?

5. Pendidik meletakkan ketiga-tiga bekas sebelah menyebelah untuk


menunjukkan kepada pelajar bekas A dan bekas B telah menjadi “kosong”.

Bekas A Bekas B Bekas C

Tanya soalan berikut:


a. Apa terjadi kepada bekas A dan bekas B? (galakkan kanak-kanak menyebut
“kosong”)
b. Ke mana perginya guli dalam bekas A dan bekas B? (galakkan kanak-kanak
menyebut “campur” , “jumlah”, “gabung”)

Penutup

1. Pendidik bersoal jawab dengan kanak-kanak benda-benda yang berada di


persekitaran mereka yang boleh dicampurkan/ digabungkan/ dijumlahkan.

2. Pendidik menyanyi lagu bersama-sama kanak-kanak. “satu campur satu jadi


dua”...”dua campur dua jadi empat” sambil memasukkan biji-biji guli ke dalam bekas.

- 49 -
TOPIK: PELENGKAP LIMA
Objektif Pembelajaran: Umur: 2-3 Tahun
Menambah dengan hasil tambah tidak Konsep Matematik: Operasi tambah Pe
melebihi 5. Istilah Matematik: Tambah, campur, hasil, rs
jumlah edi
Bahan: Biskut oren, piring plastik aa
Tajuk: Mari Mengira Biskut Nilai: Usaha, semangat, teliti n
Aw
al:
Sediakan dua buah piring plastik dengan masing-masing mempunyai sekeping dan
empat keping biskut oren.

Langkah-langkah:

1. Pendidik menunjukkan sebuah piring plastik yang berisi sekeping biskut oren.

Tanya soalan berikut:


Berapakah banyak biskut di sini? (Bimbing kanak-kanak membilang “satu”).

2. Pendidik menunjukkan sebuah piring plastik lain yang berisi sekeping biskut oren.

Tanya soalan berikut:


Berapakah banyak biskut di sini? (Bimbing kanak-kanak membilang “empat”).

3. Pendidik menggabungkan kedua-dua keping biskut oren, ke dalam piring plastik lain.

Tanya soalan berikut:


a. Berapakah banyak biskut di sini?(Bimbing kanak-kanak membilang “lima”).
b. Bagaimanakah anda tahu bilangan itu betul? (Bimbing kanak-kanak
membilang sehingga “lima” sekali lagi).

Penutup

Pendidik bercerita tentang pertambahan keluarga kanak-kanak dari abang/kakak sulong


(kak/bang long), adik tengah (angah), adik bongsu (usu) sambil mengira 1, 2, 3, 4, dan 5.

- 50 -
TOPIK: PENGIRAAN MENTAL

Objektif Pembelajaran: Umur: 2 – 3 Tahun


Mencongak penambahan tanpa bantuan Konsep Matematik: Penambahan
alat dengan hasil penambahan tidak Istilah Matematik: Nombor 1, 2, 3
melebihi 3. Bahan: Gambar kancil dan buaya.
Nilai: Mendengar arahan, kesungguhan
Tajuk: Kancil dan Buaya

Persediaan Awal:

Pendidik melekatkan satu replika sang buaya di atas lantai.

Langkah-langkah:

1. Pendidik membimbing kanak-kanak menyebut nombor 1, 2, 3 pada


gambar sang kancil.

2. Pendidik berikan gambar sang kancil kepada kanak-kanak.

3. Pendidik menyebut nombor dan kanak-kanak pula dibimbing menaiki


belakang replika sang buaya seorang demi seorang mengikut urutan nombor sambil
menyebut “1 + 1 = 2; 1 + 2 = 3”.

Tanya soalan berikut:


a) Berapa orangkah terdapat di atas sang buaya?
b) Adakah ia semakin bertambah?

4. Kemudian, pendidik menyimpan replika-replika tersebut dan meminta kanak-


kanak duduk di atas lantai.

5. Pendidik meminta kanak-kanak membayangkan “1 + 1 dan 1 + 2” (bimbing


kanak-kanak membayangkan aktiviti kancil dan buaya.

Penutup

1. Minta salah seorang daripada kanak-kanak menyatakan pelajaran yang telah


mereka ikuti pada hari itu. Tanya perasaan mereka bermain permainan sang buaya
pada hari berkenaan.

2. Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 51 -
TOPIK: FAKTA ASAS

Objektif Pembelajaran: Umur: 2-3 Tahun


Membina makna operasi tolak Konsep Matematik: Operasi tolak
menggunakan bahan maujud.dengan Istilah Matematik: Ambil, buang dan
penolakan daripada sejumlah bahan tidak kurang daripada
melebihi 5 (contoh: 3 - 2 = 1) Bahan: bola, bakul
Nilai: Mematuhi peraturan, prihatin
Tajuk: Bola Jaring terhadap rakan

Persediaan Awal:

Sediakan sebuah bakul yang berisi 5 biji bola dan sebuah bakul kosong. Beritahu kanak-
kanak tujuan aktiviti dijalankan pada hari ini.

Langkah-langkah:

1. Kanak-kanak dibimbing membilang kelima-lima biji bola.

2. Seorang kanak-kanak diminta mencampak sebiji daripada bola tersebut ke dalam


bakul kosong.

Tanya soalan berikut:


a. Apakah yang terjadi kepada bola yang terdapat dalam bakul tadi?
(Bimbing kanak-kanak menyebut “kurang daripada” bilangan asal).
b. Berapa bijikah berkurangan? (Bimbing kanak-kanak membilang “satu”)

3. Seorang kanak-kanak yang lain diminta mencampak sebiji lagi daripada bola
tersebut ke dalam bakul kosong tadi.

Tanya soalan berikut:


a. Apakah yang terjadi kepada bola yang terdapat dalam bakul tadi?
(Bimbing kanak-kanak menyebut “kurang daripada” bilangan asal).
b. Berapa bijikah berkurangan? (Bimbing kanak-kanak membilang “dua”).
- 52 -
Penutup

1. Tanya perasaan mereka tentang aktiviti main “bola jaring” yang telah dilakukan
pada hari berkenaan.

2. Pendidik memuji kepatuhan kepada arahan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 53 -
TOPIK: KELUARKAN DARIPADA

Objektif Pembelajaran: Umur: 2-3 Tahun


Mewakilkan operasi tolak dengan Konsep Matematik: Mewakilkan operasi
bahan maujud. tolak dengan bahan maujud.
Istilah Matematik: Tolak, ambil, buang
Bahan: 5 biji bola ping pong, pasir, bekas
Nilai: kerjasama, kebersihan, menjaga
Tajuk: Mengutip Telur Penyu kesihatan

Persediaan Awal:
Sembunyikan 5 biji ping pong dalam pasir yang terdapat di tempat permainan pasir.

Langkah-langkah:

1. Bawa kanak-kanak ke tempat permainan pasir.

2. Kanak-kanak diminta mencari bola ping pong yang disembunyikan dalam pasir.

Tanya soalan berikut:

Ada berapa biji bola ping-pongkah dalam pasir itu? (Bimbing kanak-kanak mengira
“lima” biji ping pong”.

3. Kanak-kanak diminta memindahkan bola ping pong ke dalam bekas kosong.

Tanya soalan berikut:


a. Apakah berlaku dengan bilangan telur penyu? (Bimbing kanak-kanak menyebut
semakin “berkurang”).
b. Berapa biji telur penyukah dikeluarkan daripada bekas pasir itu?

Penutup

Pendidik bersoal jawab dengan kanak-kanak berkaitan benda di persekitaran mereka


yang membabitkan pengurangan.

- 54 -
TOPIK: PENGIRAAN MENTAL

Objektif Pembelajaran: Umur: 2-3 Tahun


Mencongak penolakan tanpa bantuan Konsep Matematik: Penolakan
alat dengan hasil penambahan tidak Istilah Matematik: Nombor 1, 2, 3
melebihi 3. Bahan: Gambar kancil dan buaya.
Nilai: Mendengar arahan, kesungguhan
Tajuk: Kancil dan Buaya

Persediaan Awal:

Pendidik melekatkan satu replika sang buaya di atas lantai.

Langkah-langkah:

1. Pendidik membimbing kanak-kanak menyebut nombor 1, 2, 3 pada


gambar sang kancil.

2. Pendidik berikan gambar sang kancil kepada kanak-kanak.

3. Pendidik minta semua kanak-kanak menaiki belakang sang buaya.

4. Pendidik membimbing kanak-kanak turun dari belakang sang buaya seorang


demi seorang mengikut urutan nombor sambil menyebut “2 − 1 = 1; 3 – 2 = 1;
3 − 3 = 0”.

Tanya soalan berikut:


a) Berapa orangkah terdapat di atas sang buaya?
b) Adakah ia semakin berkurangan?

5. Kemudian, pendidik menyimpan replika sang buaya dan sanag kancil


dan meminta kanak-kanak duduk di atas lantai.

6. Pendidik meminta kanak-kanak membayangkan “2 – 1; 3 – 2; 3 − 3”.


(bimbing kanak-kanak membayangkan aktiviti kancil dan buaya.

Penutup

1. Minta salah seorang daripada kanak-kanak menyatakan pelajaran yang telah


mereka ikuti pada hari itu. Tanya perasaan mereka bermain permainan sang buaya
pada hari berkenaan.

2. Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

- 55 -
TOPIK: PADANAN

Objektif Pembelajaran: Umur: 3-4 Tahun


Memadankan gambar dengan Konsep Matematik: Padanan
kegunaannya Istilah Matematik: Banding, besar dan kecil.
Bahan: Beberapa keping gambar
Tajuk: Padankan Gambar Nilai: Tolak-ansur dan kerjasama.

Persediaan Awal:

Pendidik menyediakan beberapa kad gambar objek (sudu, garpu, cawan, piring) dan
lekatkan di papan putih.

Langkah-langkah:

1. Minta kanak-kanak melihat dan mengecam gambar yang ditampal seperti


sudu, garpu, cawan, dan piring.

Tanya soalan berikut :


Cuba sebut nama gambar ini (Pendidik menunjukkan pada salah
satu gambar)

2. Minta 2 orang kanak-kanak ke hadapan dan memilih dua gambar objek untuk
dipadankan dan nyatakan kegunaan objek tersebut (Contohnya: sudu-garpu:
Kegunaan makan dan cawan-piring: Kegunaan minum).

Tanya soalan berikut:


a. Apakah gambar ini?
b. Apakah padanan kepada gambar ini?
c. Apakah kegunaan objek itu?

3. Minta kanak-kanak melukis gambar objek serta padanan yang sesuai di atas
kertas lukisan yang disediakan.

4. Minta kanak-kanak tunjukkan hasil kerja mereka kepada rakan-rakan yang


lain.

Tanya soalan berikut :


a. Apakah gambar yang anda lukis?
b. Apakah padanan kepada gambar anda?
c. Pernahkah anda gunakan?

Penutup

1. Pendidik menanya perasaan mereka berkenaan aktiviti padanan pada hari


berkenaan.

2. Pendidik menyoal kanak-kanak pasangan objek dan kegunaannya.

- 56 -
TOPIK: ASING

Objektif Pembelajaran: Umur: 3-4 Tahun


Mengenal pasti pola. Konsep Matematik: Perbezaan pola.
Istilah Matematik: Asing jenis dan kumpul.
Bahan: Puzzle mudah (10-20 kepingan) yang
mempunyai gambar yang menarik.
Tajuk: Puzzle Nilai: Berusaha, bekerjasama dan menghormati rakan.

Persediaan Awal:

Pendidik menyediakan silang kata mudah kepada setiap kumpulan. Tunjukkan Puzzle
dan nyatakan tujuan pelajaran hari ini.

Langkah-langkah:

1. Pendidik mengarahkan kanak-kanak berada dalam kumpulan kecil.


Setiap kumpulan diberikan puzzle mudah yang telah dileraikan.

2. Pendidik meminta setiap kumpulan melengkapkan kepingan puzzle


mengikut bentuk yang ada.

Tanya soalan yang berikut:


a. Apakah bentuk yang ada?
b. Berapakah jenis bentuk yang ada?

3. Pendidk meminta setiap kumpulan untuk membilang puzzle yang diasingkan


dengan meletakkan kepingan puzzle di atas papan yang telah disediakan.

Tanya soalan berikut:


Apakah gambar yang ada pada puzzle?

Penutup

Pendidik menyoal kanak-kanak mengenai pola lain yang terdapat dipersekitaran mereka.

- 57 -
TOPIK: KUMPUL

Objektif Pembelajaran: Umur: 3-4 Tahun


  Mengenal pasti corak. Konsep Matematik: Perbezaan corak. 
 Mengumpul corak yang sama Istilah Matematik: Asing jenis dan kumpul. 
jenis. Bahan: Puzzle mudah (10 – 20 kepingan) yang
mempunyai gambar yang menarik.
Tajuk: Puzzle Nilai: Berusaha, bekerjasama dan menghormati rakan.

Persediaan Awal:

Pendidik menyediakan silang kata mudah kepada setiap kumpulan. Tunjukkan silang
kata dan nyatakan tujuan pelajaran hari ini.

Langkah-langkah:

1. Pendidik mengarahkan kanak-kanak berada dalam kumpulan kecil.


Setiap kumpulan diberikan puzzle.

2. Pendidik meminta setiap kumpulan untuk meleraikan dan


mengumpul kepingan puzzle mengikut bentuk yang ada.

Tanya soalan yang berikut:


a. Apakah bentuk yang ada?
b. Berapakah bentuk yang ada?

3. Pendidk meminta setiap kumpulan untuk memadankan dan melengkapkan semula


puzzle yang dikumpulkan dengan meletakkan kepingan puzzle di atas papan yang
telah disediakan.

Tanya soalan berikut:


Apakah gambar yang ada pada puzzle?

Penutup

Pendidik menyoal kanak-kanak mengenai konsep yang telah dipelajari pada hari ini, iaitu
sama corak dan berlainan corak

- 58 -
TOPIK: BANDING

Objektif Pembelajaran: Umur: 3-4 Tahun


Membanding berat bahan. Konsep Matematik: Membanding ukuran dari
segi berat
Istilah Matematik: Berat, ringan dan sama berat.
Bahan: Batu,Kapas dan Alat Penimbang
Tajuk: Timbangan Nilai: Peka

Persediaan Awal:

Pendidik menunjukkan video mengenai timbangan.

Langkah-langkah:

1. Pendidik meminta kanak-kanak berada dalam kumpulan kecil (3 hingga 4 orang).

2. Kanak-kanak diperlihatkan beberapa barang di atas meja. (Pendidik boleh


menggunakan bahan mengikut kesesuaian). Bahan A perlu lebih berat daripada
bahan B.

3. Pendidik memberi arahan kepada kanak-kanak untuk memegang kedua-dua


bahan dengan kedua-dua tangan.

Tanya soalan berikut:


a. Apa yang dapat kamu lihat?
b. Apa yang dapat rasa dengan bahan A?
c. Apa yang dapat anda rasa dengan bahan B?
d. (Bimbing kanak-kanak untuk menyebut berat, ringan atau sama berat
apabila memberikan jawapan).

4. Kanak-kanak diminta untuk meletakkan bahan tersebut ke atas alat penimbang.


Kanak-kanak melihat perbezaan berat pada alat penimbang. (Alat penimbang dibina
menggunakan pembaris dan objek yang boleh digunakan sebagai pengimbang).

5. Pendidik menunjukkan gambar batu dan kapas.Pendidik bersoal jawab dengan


kanak-kanak mengenai gambar mana yang lebih berat dan gambar mana yang lebih
ringan.

Penutup

Pendidik memuji sikap positif yang di tunjukkan oleh kanak-kanak.

- 59 -
PDF to Word
Buku Panduan Awal Matematik dan Pemikiran Logik

Buku panduan ini mempunyai 79 aktiviti yang dibina


berasaskan empat bidang pembelajaran berkaitan Awal
Matematik dan Pemikiran Logik iaitu, Pra Nombor, Awal
Nombor, Membilang, dan Operasi Tambah, dan Tolak
seperti yang disertakan dalam lampiran. Reka bentuk
aktiviti dalam setiap bidang pembelajaran ini disusun
dengan mengambil kira tahap perkembangan psikologi
kanak-kanak.
 

You might also like