You are on page 1of 7

Teknik Modifikasi Tingkah Laku - shaping,

kontrak secara lisan dan bertulis, token


ekonomi
LEE SIN LOK DPLI-PRASEKOLAH

Shaping
Shaping adalah salah satu kaedah modifikasi tingkah laku yang sangat
berguna. Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini atau
positif melalui beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur, dan
memberhentikan tingkah laku yang tidak diingini atau yang negatif. Misalnya, guru
akan memberi ganjaran secara bertahap setiap kali murid hampir mencapai
matlamat tingkah laku yang ditetapkan oleh guru. Ganjaran menjadi semakin
lumayan jika murid bergerak hampir ke arah matlamat akhir.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh seorang ahli psikologi iaitu B.F.
Skinner (1904-), pelopor di dalam bidang kajian pelaziman operan. Beliau
merupakan orang yang terawal mempelopori konsep “shaping” dengan menjalankan
satu eksperimen ke atas sebuah tikus. Dalam eksperimen B.F. Skinner, beliau
melatih seekor tikus menekan tuas. Apabila tikus itu bergerak ke arah tuas dan
menekan tuas, tikus akan diberi ganjaran seperti bijiran. Sebaliknya jika tikus itu
melakukan pergerakan lain, maka tiada ganjaran yang akan diberikan. Akhirnya,
akibat daripada shaping, tikus itu dapat membuat pergerakan yang tepat ke arah
tuas untuk menekan tuas.
Oleh itu, dalam konsep shaping ini, guru harus memastikan murid itu betul-
betul bermakna bagi murid itu berkenaan. Contoh senario 1 di bawah akan
menggambarkan teknik shaping ini digunakan.
Senario 1
Seperti biasa di dalam kelas, Ji Yoon tidak pernah menyempurnakan kesemua
10 soalan tatabahasa yang diberikan. Guru memerhatikan bahawa, Ji Yoon
menghabiskan 3 soalan pertama terus berhenti. Oleh itu, Cikgu Kim cuba
merekabentuk intervensi shaping bagi membantu Ji Yoon mentiapkan atihan
kelas. Dia akan diberikan pengukuhan selepas berjaya menghabiskan 4 soalan,
5 soalan dan sebagainya. Akan tetapi, apabila Ji Yoon hanya mampu
menyiapkan kurang daripada 3 soalan, Cikgu Kim tidak akan memberikan
sebarang pengukuhan. Setelah 3 minggu, didapati bahawa Ji Yoon berjaya
menyempurnakan kesemua 10 soalan tatabahasa. Cikgu Kim pun berhentikan
pemberian pengukuhan tersebut.

Kontrak (Lisan dan Bertulis)


Kontrak ini boleh dibuat secara lisan dan bertulis. Ia merupakan satu
pertujuan di antara guru dan murid setelah perbincangan dibuat berkaitan tingkah
laku. ini adalah satu perjanjian dibuat secara lisan atau menandatangani kontrak
merupakan salah satu cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku
negatif kepada positif. Jadual 1 di bawah menunjukkan beberapa contoh pernyataan
X, kemudian Y yang berlandaskan prinsip Premack “jika anda lakukan x, anda boleh
lakukan atau peroleh y”

Jadual 1: Pernyataan X, kemudian Y


X Kemudian Y
Duduk diam di tempat duduk. Dapatkan masa rehat
selama minit.
Daftarkan secara sukarela Dapatkan pengiktirafan guru
menjadi ahli pasukan bola besar
tampar di sekolah.
Menepati masa ke sekolah. Murid yang pertama keluar
semasa rehat.
Tidak membuat bising di Dapatkan sticker tambahan.
dalam kelas.
Namun demikian, kontrak jenis pernyataan X, kemudian Y ini juga boleh
dibuat secara lisan oleh guru apabila murid dapat melafazkan apa sahaja
pernyataan yang terkandung seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1.
Selain itu, guru boleh menggunakan kontrak secara bertulis untuk
memodifikasikan tingah laku murid berkenaan. Dalam kontrak bertulis ini mesti
ditandatangi oleh murid dengan guru dan mengandungi segala butiran seperti
ganjaran atau hukuman, tempoh dan cara-cara penilaian. Selain itu, ibu bapa juga
digalakkan turut terlibat dalam kontrak ini. Misalnya murid akan membuat kontrak
formal dengan guru besar. Dengan ini, ia dapat menyakinkan murid berkenaan
bahawa dia akan dikenakan tindakan yang berat sekiranya melakukan kesalahan
sebagaimana perjanjian yang telah dibuat. Berikut merupakan contoh kontrak secara
bertulis di antara guru dengan murid.

Contoh Kontrak Secara Bertulis

Tarikh: ____________
KONTRAK
Ini adalah satu perjanjian antara _________________ (Nama murid) dan
_________________. (Nama guru) Kontrak ini bermula pada ____________ (tarikh)
dan berakhir pada ____________. (tarikh) Ia akan disemak semula pada
____________. (tarikh)
Syarat-syarat kontrak adalah seperti berikut:
Murid akan ___________________________________________________
_____________________________________________________________
Guru akan ____________________________________________________
_____________________________________________________________
Sekiranya murid berjaya memenuhi syarat-syarat kontrak seperti
disenaraikan di atas, dia akan menerima ganjaran yang dipersetujui. Akan tetapi,
sekirannya dia gagal untuk berbuat demikian, ganjaran akan ditarik balik.

Tandatangan murid :
_______________
Tandatangan guru : _______________
Tandatangan murid : _______________

Kelebihan dalam kontrak secara lisan dan bertulis ini adalah murid yang
berkenaan akan memainkan peranan yang aktif dalam jenis dan kuantiti tugas yang
perlu dilakukannya. Dengan itu, murid berkenaan akan memupuk sikap yang
bertanggungjawab ke atas tugasan yang dikehendakinya lakukan. Selain itu, data
tersebut yang dikumpulkan oleh guru boleh digunakan untuk merancang program,
hasil pembelajaran dan matlamat perkembangan yang selaras dengan murid
berkenaan.

Token Ekonomi
Sistem token ekonomi merupakan satu bentuk menggunakan pendekatan
peneguhan tingkah laku positif yang mudah dilaksanakan di sekolah terutamanya di
prasekolah. Dengan menggunakan sistem token ekonomi ini, tingkah laku positif
murid-murid akan dipertingkatkan. Setiap kali murid berkenaan berkelakuan baik
atau menunjukkan tingkah laku positif, maka dia akan mendapat ganjaran seperti
bintang, pelekat, gambar, setem dan lain-lain Sekirannya murid berjaya mendapat
jumlah token tertentu, maka token-token tersebut boleh ditebus untuk sesuatu
hadiah atau pun sesuatu aktiviti yang digemarinya.
Secara tidak langsung, tingkah laku positif murid berkenaan akan
diperkukuhkan lagi sekiranya guru memberitahunya bahawa kenapa dia yang layak
mendapatkan token-token tersebut. Tindakan ini akan memotivasikan lagi murid
berkenaan untuk menunjukkan tingkah laku yang positif. Antara item-item yang
disyorkan sebagai token ekonomi ialah:-
- Bintang
- Smiley
- Setem
- Pelekat dan sebagainya
Item-item yang tersenarai di atas boleh ditampal ke atas kertas, kad rekod, atau
carta. Sistem ekonomi token ini berkesan atas dua sebab. Pertama, ia tidak
menekankan unsur persaingan dengan murid-murid lain. Kedua, menu ganjaran
merupakan ransangan yang menarik dan dikejar-kejar oleh muid secara individu.
Jadual 2 di bawah menunjukkan respons untuk memperoleh tokens dan contoh
menu ganjaran untuk menebus nilai tokens dalam membentuk tingkah laku
pembelajaran:

Jadual 2: Respons untuk memperoleh tokens


Respons untuk memperoleh tokens
Respons Kriteria Bil. tokens
Membaca 1 jam 1
Membaca 1 ½ jam 2
Mengarang 100 perkataan 1
Mengarang 150 perkataan 3
Tugasan 1 2
Tugasan 2 4

Contoh menu ganjaran:


Ganjaran Masa Bil. token

Masa lapang 10 minit 20

Menonton television 30 minit 45

Membaca buku cerita 5 minit 15

Mendengar CD 10 minit 20

Kedudukan pertama dalam barisan ke kantin 2 hari 35

Implikasi Modifikasi Tingkah Laku Terhadap P&P


Guru perlu kreatif dalam melaksanakan strategi dan menggunakan kaedah
yang berkesan utuk meransang murid-murid supaya mereka berminat dalam aktiviti
pembelajaran mereka. Dengan menggunakan strategi pengurusan yang baik, maka
ia akan membantu dalam kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, modifikasi tingkah laku terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan tingkah
laku pembelajaran yang diingini oleh guru di dalam bilik darjah. Pemberian ganjaran
yang setimpal dengan tingkah laku murid berkenaan adalah lebih efektif jika
berbanding dengan mengenakan hukuman atau dendaan ke atas murid berkenaan
kerana tingkah laku yang tidak diingini. Dengan memberikan ganjaran yang setimpal
dengan tingkah laku positifnya, ini akan memotivasikan mereka secara instrintik dan
mengukuhkan lagi tingkah laku positif tersebut.
Dengan implikasi modifikasi tingkah laku dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, ia akan dapat meningkatkan pencapaian akademik, kompetensi
sosial dan iklim sekolah yang kondusif. Murid-murid bermasalah turut dapat
seiringan dengan murid lain. Selain itu, ia dapat membantu murid-murid mengubah
tingkah laku dan seterusnya melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah. Dengan itu, ia akan menolong menukar persekitaran sekolah dengan
menggantikan tingkah laku negatif kepada positif. Implikasi modifikasi tingkah laku
ini juga dapat meningkatkan penglibatan dan peningkatan intrinsik murid-murid di
dalam aktiviti kelas.
Misalnya, guru memuji murid berkenaan apabila dia berjaya menyiapkan
soalannya dalam masa yang diberikan. Dengan itu, murid berkenaan berasa sendiri
dihargai oleh guru dan ini akan memotivasikan intrinsik untuk menyiapkan soalan
yang seterusnya supaya mendapatkan lagi pujian daripada guru. Dengan secara
tidak langsung, ini akan menimbulkan sifat percaya-mempercayai antara guru dan
murid serta memupuk hubungan yang baik berasakan kerjasama.
Di sini, guru-guru boleh mendapati bahawa kebanyakan murid mahu disukai
dan merasa seronok apabila gurunya menyedari tingkah laku positif mereka. Guru
boleh berbincang dengan murid berkenaan tentang tingkah laku yang tidak
diingininya dan sebab akibat atau kesan daripadanya. Dengan itu, murid berkenaan
akan fahami apakah yang menyebabkan gurunya suka tentang dirinya sekiranya dia
berbuat demikian. Oleh yang demikian, lebih baik guru memberikan ganjaran sebaik
sahaja mereka menunjukkan tingkah laku yang baik supaya mereka dapat
bermotivasi secara intrinsik untuk mengukuhkan lagi tingkah laku positif itu. Dengan
sedemikian, wujudlah suasana bilik darjah yang positif dan menggalakkan.

Rujukan
• Teknik-teknik modifikasi tingkah laku. (n.d.). Retrieved 17 July 2012 from --
http://www.scribd.com/doc/38689208/TeknikModifikasi-Tingkah- Laku
• Teknik modifikasi tingkah laku. (n.d.). Retrieved f 13 July 2012 rom
http://www.scribd.com/doc/49138193/TEKNIKMODIFIKASI-TINGKAH-LAKU
• Pengurusan tingkah laku, Retrieved 20 July 2012 from
http://www.scribd.com/doc/21195044/Pengurusan-TingkahLaku-PBS#
• Song Sang , M. (January 2011). Bimbingan dan kaunselling kanak- kanak. -
(2 ed.). Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
DOI: www.penerbitan-multimedia.com
• Lean Keow, C. (2009). Pengurusan bilik darjah dan
tingkah laku. Shah Alam, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
• Mok S.S. (2008). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah:
Komponen 1 & 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

You might also like