You are on page 1of 5

1

TEMA 1 : SENI DAN KEBUDAYAAN

PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN ADAT BERENDOI DALAM KALANGAN


MASYARAKAT MELAYU DI BANDAR COUNTRY HOMES, RAWANG DARI TAHUN
1990 HINGGA 2015

PENGENALAN

Berendoi berasal daripada kata “endoi”, iaitu buaian yang lazimnya digunakan untuk menidurkan
bayi atau kanak-kanak. Berendoi adalah bentuk persembahan yang berunsur keagamaan. Lagu-
lagunya adalah berunsur nasihat kepada anak-anak dan juga ibu bapa.

Satu kumpulan endoi biasanya berjumlah empat atau lebih. Upacara berendoi akan
dimulakan dengan bacaan Maulud dan lagu yang didendangkan ialah Selawat Nabi sebelum
diikuti dengan lagu-lagu lain. Isi lagu-lagu berendoi berupa puji-pujian kepada nabi dan juga
nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa. Jumlah lagu yang didendangkan pada setiap kali
persembahan bergantung pada kehendak tuan rumah.

Untuk pakaian persembahan, selalunya kaum lelaki memakai baju Melayu, bersongkok
putih atau berserban dan berkain. Jika kumpulan berendoi itu terdiri daripada kaum wanita
sahaja, maka pakaiannya adalah seperti mana yang lazim dipakai oleh wanita hari ini, iaitu
berbaju kurung dan bertudung. Berendoi berfungsi alat hiburan dan pengajaran serta nasihat
supaya anak mendengar nasihat ibu bapa. Nasihat bercorak agama disampaikan melalui lagu-
lagu Nabi Muhammad dan Rukun Islam yang menceritakan sejarah nabi dan kehidupan nabi.
2

OBJEKTIF KAJIAN

Mengetahui sejarah awal adat berendoi dalam kalangan masyarakat Melayu

Mengenalpasti perkembangan dan perubahan amalan adat berendoi dalam kalangan masyarakat
melayu di Bandar Country Homes dari tahun 1990 hingga 2015

PERMASALAHAN KAJIAN

Apakah sejarah awal adat berendoi dalam kalangan masyarakat Melayu dahulu ?

Bagaimanakah adat berendoi berkembang dan mengalami perubahan dalam kalangan masyarakat
melayu di Bandar Country Homes dari tahun 1990 hingga 2015 ?

SKOP KAJIAN

Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kawasan kajian, tempoh kajian
dan aspek yang dikaji. Dari segi kawasan kajian, ia difokuskan kepada kawasan Bandar Country
Homes. Ini disebabkan ramai masyarakat Melayu tinggal di kawasan kajian. Bandar Country
Homes terletak kira-kira 9 km dari bandar Rawang.

Dari segi tempoh kajian, kajian ini meliputi tempoh masa dari tahun 1990 hingga 2015.
Tempoh kajian ini selama 25 tahun ini dipilih kerana sepanjang masa tersebut berlaku perubahan
dalam amalan adat berendoi di Bandar Country Homes

Manakala, dari aspek yang dikaji pula terdapat 2 aspek yang difokuskan. Aspek yang
pertama ialah asal usul adat berendoi dalam kalangan masyarakat melayu. Selain itu, kajian ini
juga tertumpu kepada perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam adat berendoi yang
diadakan oleh masyarakat melayu di Bandar Country Homes dari tahun 1990 hingga tahun 2015.
3

SOROTAN KAJIAN

Hasil daripada penyelidikan yang saya lakukan sehingga kini, terdapat beberapa
penyelidikan yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu mengenai amalan adat berendoi dalam
kalangan masyarakat Melayu. Menurut buku yang bertajuk ‘ISTIADAT NAIK BUAI’ yang
ditulis oleh Habsah binti Mohd Noordin pada tahun 2004, naik buai merupakan satu daripada
istiadat yang masih diamalkan di kalangan masyarakat Melayu di negeri Perak khususnya di
daerah Perak Tengah, Kuala Kangsar dan Hilir Perak. Istiadat ini khusus diadakan untuk anak
yang baru dilahirkan. Pada kebiasaannya, ia diadakan semasa bayi berusia 44 hari atau sebaik
habis pantang.

Selain itu, terdapat kajian tentang amalan adat berendoi dalam bentuk tesis seperti yang
diterbitkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara yang bertajuk ‘ADAT RESAM DAN
BUDAYA MASYARAKAT MELAYU ( ADAT BERENDOI ) yang dihasilkan pada tahun
2017. Endoi iaitu buaian yang disediakan untuk acara ini dihias indah berbunga dan berwarna-
warni. Seorang bayi yang telah dicukur rambutnya akan diletakkan di dalam endoi ini. Selepas
itu, bermulalah nyanyian berendoi memuji Rasulullah atau yang mengandungi nasihat, semangat
dan teladan dengan harapan unsur-unsur tersebut dapat diterapkan kepada bayi yang sedang
diendoi itu.

Seterusnya ialah kajian berkenaan adat berendoi juga terdapat dalam artikel yang ditulis
oleh D J Dalosah MyMetro yang bertajuk “Dikir Berendoi” di laman sesawang
(www.hmetro.com.my). Adat berendoi pernah menjadi kelaziman kepada masyarakat Melayu
satu ketika dulu yang diadakan selepas dianugerahkan cahaya mata dan disambut penuh meriah
tetapi kini seperti dilupakan.
4

KAEDAH KAJIAN

Bagi melaksanakan kajian ini, Pengkaji menggunakan kaedah penyelidikan dari


perpustakaan dan internet. Dimana pengkaji mendapatkan sumber rujukan daripada bacaan buku,
akhbar serta melayari internet tentang adat berendoi dalam masyarakat Melayu.

Selain itu , pengkaji juga menggunakan kaedah lapangan seperti menemu bual . Sumber
temu bual di peroleh daripada masyarakat yang menetap di Bandar Country Homes dari tahun
1990 hingga 2015.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara keseluruhan, kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian
pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, pengkaji akan menjelaskan adat
berendoi. Bahagian ini juga juga menerangkan secara umum latar belakang Bandar Country
Homes yang menjadi kawasan kajian.

Pada bahagian isi pula, pengkaji akan membincangkan fokus atau isu kajian yang
terbahagi dua aspek. Aspek yang pertama ialah meninjau permulaan atau asal usul adat berendoi
dalam kalangan masyarakat Melayu. Seterusnya, pengkaji akan menghuraikan tentang
perkembangan atau perubahan yang berlaku dalam adat berendoi dalam kalangan masyarakat
Melayu di Bandar Country Homes dari tahun 1990 hingga 2015.

Bahagian yang terakhir ialah bahagian kesimpulan. Dalam bahagian ini, pengkaji akan
membuat rumusan terhadap hasil kajian yang dilakukan.

PENUTUP

Pengkaji berharap kajian pengkaji ini akan dapat menjawab persoalan yang berlegar di
minda pengkaji, seterusnya memenuhi aspek penyelidikan pengkaji dalam kajian kerja kursus
Sejarah STPM.
5

You might also like