You are on page 1of 11

ISU KUARI SINGKIR

12 persatuan dan kelab bantah kuari di Gunung Jerai


Tue | Jan 24, 06 | 12:00:00 am MYT

ALOR SETAR, 24 Jan (Hrkh)- 12 Persatuan dan kelab melancarkan kempen


bagi menyelamatkan pusat rekreasi Gunung Jerai berikutan cadangan projek
kuari di Kompartmen 16 Hutan Simpan Gunung Jerai.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka hari ini, selain cadangan
itu, penduduk setempat juga menghadapi bencana akibat aktiviti pembalakan dan
kerja-kerja tanah.

12 NGOs dan masyarakat setempat itu adalah Angkatan Sahabat Alam Sekitar
Merbok (ASAS, Merbok), Angkatan Sahabat Alam Sekitar Kerpan ( ASAS, Kerpan
),Consumer Association of Penang ( CAP), Sahabat Alam Malaysia ( SAM ),
Badan Nelayan Prihatin Kedah, Persatuan Ulama � Kedah (PUK), Badan
Bertindak Membantah Kuari Singkir, Gunung Jerai, TERAS Pengupayaan Melayu
( TERAS ), Badan Bertindak Membantah Kuari Bukit Enggang, Sik, United Rural
Citizens Association of Kedah ( RURAL CITIZENS ), Institiut Pengembelingan
dan Pembangunan Komuniti (IMPAK) dan Kumpulan Prihatin Alam Sekitar Kedah
( ALAM ).

Kenyataan itu ditandatangani oleh Mohd Azmi Abdul Hamid, Penolong


Setiausaha Kehormat, SAM. 75

Berdasarkan tinjauan yang dijalankan oleh mereka, sudah terdapat jentera berat
di kawasan aktiviti kuari yang dicadangkan pada masa kini dan ini menimbulkan
kebimbangan penduduk sekiranya projek tersebut diteruskan.

Menurut mereka, pada 25-26 Jun 2004, akibat aktiviti kerja tanah dan
pembalakan di Kompartmen 16 yang dilakukan, telah berlakunya banjir lumpur di
kawasan kampung berhampiran, jatuhan bongkah batu ke dalam dusun
penduduk kampung yang juga mengancam nyawa dan mencemar saliran air.

Pihak SAM juga telah menghantar surat, kepada Ketua Pengarah Jabatan Alam
Sekitar bertarikh 7 Disember 2005 dan 17 Januari 2006, bagi tujuan mengetahui
status EIA yang dihantar oleh pihak pemaju, serta memaklumkan kemasukan
jentera berat ke kawasan tersebut.

Namun sehingga kini pihak SAM masih belum mendapat jawapan mengenai
status EIA bagi kuari tersebut.

Bagi mereka, projek ini tidak boleh bermula selagi EIA tidak diluluskan bagi projek
tersebut.

"Tambahan pula, kami telah pun menyeru kepada JAS untuk tidak meluluskan
78
EIA tersebut kerana projek ini melanggar Rancangan Struktur Majlis Daerah Yan
1995-2020, yang telah diluluskan pada 3 hb Jun 1997 serta Akta Perancang
Bandar dan Desa 1976.

"Kami juga mendesak dengan tegas syor-syor yang terdapat dalam Rancangan
Struktur Majlis Daerah Yan 1995-2020 yang menyatakan bahawa Hutan Simpan
Gunung Jerai perlu dikekalkan dan segala pembangunan yang akan dicadangkan
di kawasan tersebut mestilah tidak menjejaskan ekologi serta kualiti hutan," kata
mereka.

Oleh kerana tempat tersebut adalah sensitif, Pelan Struktur menegaskan


keperluan Jabatan Perhutanan perlu mewartakan kawasan tersebut sebagai
hutan tadahan air, kata kenyataan itu lagi.

"Bersempena dengan hari keputeraan DYMM Sultan Abdul Halim Mu'adzam


Shah, yang ke 78, maka kami mewakili 12 NGO dan penduduk tempatan, merayu
agar DYMM Tuanku Sultan dapat campurtangan berhubung isu kemusnahan
alam sekitar ini, yang melibatkan cadangan kuari yang terlalu hampir dengan
kawasan penduduk kampong dan teleh membawa penderitaan kepada penduduk
Kampung Singkir Yan.

"Harapan kami terlalu besar agar DYMM Tuanku Sultan dapat mengatasi
masalah rakyat di kawasan ini yang semakin tertekan dengan situasi yang
terkini," kata kenyataan itu.

Mereka juga juga menggesa Menteri Besar Kedah yang baru YAB Datuk Mahdhir
Khalid, agar projek itu tidak diteruskan dan dengan segera menarik balik
keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (No.7(E)159/2001) pada 12 hb
September 2001.

Dalam mesyuarat itu, kerajaan negeri menyerahkan Kompartmen 16, Hutan


Simpan Gunung Jerai yang merupakan hutan simpanan kekal kepada Syarikat
Kemelong & Sankojaya Construction sebagai harta persendirian ( �private
property).

Bagi mereka, langkah ini bertentangan dengan undang-undang, berdasarkan


Rancangan Struktur Majlis Daerah Yan.

"Pendirian kami bahawa projek ini bertentangan dengan Rancangan Struktur


Majlis Daerah Yan diperkukuhkan oleh Pengarah, Bahagian Perundangan,
Perancangan dan Kawal Selia ; Jabatan Perancangan Bandar dan Desa,
Semenanjung Malaysia yang terkandung dalam surat kepada SAM bertarikh 3
Ogos 2004 yang seperti berikut:-

Jabatan ini mengambil maklum akan aduan pihak tuan berhubung dengan

79
perkara di atas. Setelah semakan dibuat, sememangnya jabatan ini mendapati
projek ini adalah bertentangan dengan Rancangan Struktur Majlis Daerah Yan
1995 � 2020 ). Rancangan Struktur berkenaan mengesyorkan bahawa kawasan
tapak terlibat dikekalkan sebagai kawasan hutan tadahan air tidak diterokai, bagi
kegunaan aktiviti pertanian, sumber air dan seterusnya mengelakkan dari
berlakunya banjir. Semakan juga mendapati tiada permohonan Kebenaran
Merancang dibuat oleh syarikat berkenaan kepada Majlis Daerah Yan. �

Sehubungan itu, mereka menyeru Menteri Besar Kedah untuk juga mengambil
maklum mengenai bantahan penduduk, kerana penduduk sekitar kuari itu telah
dan akan mengalami kesan langsung akibat aktiviti kuari.

Penduduk melalui Badan Bertindak Membantah Projek Kuari Singkir, telah


menyatakan bantahan terhadap projek ini melalui kenyataan media dan wakil-
wakil penduduk juga telah menghantar memo bantahan kepada Perdana Menteri
Malaysia dan Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain.

Walaubagaimanapun tidak sebarang sambutan diberi kepada gesaan penduduk


ini, kata mereka.

"Kami berharap agar Menteri Besar Kedah kini menghormati undang-undang


Akta Perancang Bandar dan Desa dan memberi kesan kepada syor-syor di
Rancangan Struktur Majlis Daerah Yan dan seterusnya menolak projek kuari
tersebut, serta mewartakan kawasan Gunung Jerai sebagai kawasan tadahan air.

"Kami juga bertegas yang pihak JAS sendiri boleh dicabar dari sudut undang-
undang sekiranya kelulusan diberi bagi projek yang bertentangan dengan
Rancangan Struktur tersebut," kata kenyataan itu.

http://www.harakahdaily.net/index.php?
option=com_content&task=view&id=476&Itemid=50

80
Kuari Bukit Singkir: Penduduk saman kerajaan negeri Kedah
Mon | Feb 20, 06 | 3:28:45 pm MYT
SUNGAI PETANI, 20 Feb (Hrkh) - Jawatankuasa Bertindak Membantah Projek
Kuari Bukit Singkir, Yan, Kedah akan menyaman Majlis Daerah Yan, Kerajaan
Negeri, Pejabat Tanah dan Galian serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri
Kedah.

Pihak penduduk telah melantik peguam dan notis kepada semua pihak terbabit
telah dikeluarkan.

Pengerusi JKBKBS, Haji Jamil Mohd Ali dalam kenyataan akhabarnya di Pejabat
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sungai Petani berkata, tujuan tindakan
undang-undang itu adalah untuk
mempertahankan hak dan memilih langkah-langkah pengcegahan terhadap
pencemaran dan kemusnahan alam sekitar serta kesan pada sosio ekonomi
penduduk berhampiran kuari milik Syarikat Kemelong & Sankojaya Construction
Sdn Bhd.

Jelasnya, kelulusan yang dikeluarkan oleh kerajaan jelas bertentangan dengan


Plan Struktur Majlis Daerah Yan 1995-2020.

"Jawatankuasa telah bertekad akan menyaman pihak yang bertanggungjawab


menjadikan kawasan hutan simpan itu gondol. Tambahan lagi ia mempunyai
unsur-unsur penyelewengan, " tegasnya.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (No 7(E) 159/2001) pada 12 September
telah meluluskan projek tersebut kepada syarikat berkenaan untuk menjalankan
kerja kuari yang merangkumi 100 ekar tanah kerajaan di Komparment 16 Hutan
Simpan Gunung Jerai di Mukit Singkir Darat.

Pendakwaan terhadap JAS berdasarkan kelulusan EIA yang diluluskan pada 31


Oktober 2005 sedangkan cadangan kuari itu bertentangan dengan Plan Struktur
Majlis Daerah Yan 1995-2020.

Manakala Majlis Daerah Yan pula turut didakwa kerana memberi kebenaran
merancang dan membangunkan kawasan terbabit yang juga bertentangan
dengan plan struktur berkenaan.

"Badan Bertindak hairan bagaimana Majlis Daerah Yan membenarkan projek


kuari itu sedangkan Plan Struktur berada di bawah tanggungjawabnya. Tentu
mereka tahu kesan yang akan dan bakal berlaku, " jelasnya.

Harakahdaily dimaklumkan Plan struktur itu diluluskan oleh Jawatankuasa


Perancang Negeri Pada 3 Jun 1997 dan telah mendapat persetujuan Pihak
Berkuasa Negeri melalui Mesyuarat Negeri Kedah pada 15 Oktober 1997

81
mengikut seksyen 10(6), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Plan berkenaan juga diwartakan melalui Warta Kerajaan Negeri Kedah No 1,


Kenyataan No 3 Jilid 41 pada 1.1.1998 mempunyai status undang-undang.

Saman telah dihantar

Sementara itu, Kondinator Sahabat Alam Malaysia (SAM), Nizam Mahshar


berkata, pihak peguam Meena Raman & Partners telah menghantar surat kepada
Kerajaan Negeri dan Majlis Daerah Yan.

"Pihak peguam telah memberi tempuh 10 hari kepada Kerajaan Negeri Kedah
dan tujuh hari kepada Majlis Daerah Yan untuk mereka memberi penjelasan
sekiranya terdapat kekeliruan dikedua-dua belah pihak, "ujarnya.

Bagaimana pun isu ini tidak mendapat reaksi dari Ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) Guar Chempedak, Razak Hashim dan Ahli Parlimen Jerai, Baharudin
Amirudin.

Sedangkan, suara beliau sering berkumandang di sidang Dewan Parlimen


mengutarakan isu-isu panas samada dibangkitkan oleh pembangkang mahupun
kerajaan sendiri.

Syarikat Kemelong dan Sankojaya Construction Sdn Bhd dimiliki oleh kroni di
mana selain dari nama Pengarah Urusannya, Saudara Husaini Yaacob ia dibarisi
oleh Suhaini Mat Daud, Rohairi Abdullah Sani dan Ismail Yaacob sebagai
pemegang saham.

http://harakahdaily.net/index.php?
option=com_content&task=view&id=904&Itemid=50
Projek kuari: Penduduk Yan ambil tindakan
82 undang-undang

Jawatankuasa Bertindak Membantah Projek Kuari Bukit Singkir, Merbok akan


mengambil tindakan undang-undang terhadap Majlis Daerah Yan, Pejabat Tanah
dan Galian Negeri Kedah dan Jabatan Alam Sekitar kerana meluluskan projek
kuari batu di Hutan Simpan Gunung Jerai.

Timbalan Pengerusi jawatankuasa bertindak itu, Azizan Osman berkata, tindakan


undang-undang itu diambil bagi mempertahankan hak dan langkah pencegahan
terhadap alam sekitar dan kesan kepada sosioekonomi penduduk.

Katanya, penduduk sejak sekian lama menegaskan bahawa projek ini perlu
dihentikan tetapi sebaliknya diluluskan walaupun bertentangan dengan undang-
undang.

“Beberapa penduduk setempat telah setuju untuk mengambil tindakan undang-


undang kepada pihak-pihak yang terbabit yang meluluskan projek tersebut,”
katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Azizan berkata, peguam jawatankuasa penduduk telah memulakan prosiding


undang-undang terhadap piha-pihak berkenaan.

Tanah kerajaan

Katanya, tindakan itu diambil berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan


Negeri Kedah pada 21 September 2001 yang memberi projek tersebut kepada
Syarikat Kemelong dan Sangkojaya Construction Sdn Bhd.

Beliau berkata, syarikat tersebut diberi kelulusan 100 ekar tanah kerajaan di
kompartment 16 Hutan Simpan Gunung Jerai dalam mukim Singkir Darat, Yan.

Katanya, geran tanah juga telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan ia
bertentangan dengan cadangan Pelan Struktur Majlis Daerah Yan 1995-2020.

“Jabatan Alam Sekitar juga didakwa kerana memberi kelulusan kesan alam sekitar
(EIA) di kawasan sensitif pada 31 Oktober tahun lalu kerana cadangan projek
kuari bertentang dengan Pelan Struktur Majlis Daerah Yan 1995-2020,” katanya.

Azizan berkata, pihak Majlis Daerah Yan didakwa sebagai pihak yang
bertanggungjawab memberi kebenaran merancang dan membangunkan kawasan
terbabit yang bertentangan dengan pelan struktur majlis.

Katanya, pelan strukur tersebut telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang


Negeri pada 3 Jun 1997 dan mendapat persetujuan pihak berkuasa negeri pada
15 Oktober tahun yang sama.

83
Beliau berkata, seterusnya pelan tersebut telah diwartakan sebagai Warta
Kerajaan Negeri Kedah pada 1 Januri 1998 dan mempunyai status undang-
undang.

Menurutnya, penduduk mahu tindakan undang--undang dijadikan pengajaran


terhadap pihak berkuasa supaya tidak mengenepikan peruntukan undang-undang
terutama bagi projek yang menguntungkan sebelah pihak.

http://www.malaysiakini.com/news/47161
Penduduk dan NGO anti-kuari, terima ancaman bunuh
84 dalam keadaan ketakutan ekoran
Penduduk dan aktivis akar umbi kini hidup
berlakunya kejadian gangguan, kes pukul dan ancaman bunuh yang mereka
dakwa ada kaitan dengan tindakan mereka menentang projek kuari di Hutan
Simpan Gunung Jerai di Yan, Kedah.

Penduduk yang tinggal di sekitar Bukit Singkir dalam kawasan hutan simpan
tersebut mendakwa terdapat usaha untuk mengganggu mereka supaya berhenti
menentang projek kuari tersebut, yang mereka dakwa telah merosakkan
kawasan persekitaran dan menjejaskan kebajikan dan kehidupan mereka.

Jumaat lalu, salah seorang pemimpin jawatankuasa bertindak Singkir – Azizan


Osman – telah dibelasah oleh dua lelaki di depan sebuah sekolah menengah di
Sungai Petani.

Penyerangnya itu menarik Azizan keluar dari keretanya dan terus memukulkan
bertubi-tubi di bahagian mukanya. Mereka kemudiannya beredar dari situ
dengan menaiki sebuah kereta Perodua Kancil yang tidak mempunyai nombor
pendaftaran.

Ketika dihubungi, Penyelaras Sahabat Alam Malaysia (SAM), Anuar Mahmud


berkata, Azizan cedera teruk di mana mukanya lebam dan luka di kepalanya
yang terpaksa dijahit.

“Kami mahu pihak berkuasa menyiasat dan menanganinya segera sebelum ia


mengakibatkan kejadian yang lebih serius lagi,” tambahnya.

'Kali ketiga peluru'

Pada hari berikutnya, Penyelaras SAM, Mohd Nizam Mahshar pula menerima
ancaman bunuh.
“Kejadian di Sungai Petani itu yang pertama. Ini amaran kedua. Kali ketiga
peluru pula,” kata Nizam mengenai mesej tersebut yang disampaikan kepadanya
melalui panggilan yang diterima oleh seorang aktivis SAM.

Nizam berkata, penduduk dan para aktivis percaya ancaman dan gangguan itu
ada kaitan dengan projek kuari berkenaan, memandangkan ada aktivis SAM
yang pernah menjadi sasaran berhubung isu yang sama.

Beliau merujuk kepada ancaman bunuh terhadap Penolong Setiausaha SAM,


Mohd Azmi Abdul Hamid dan Setiausaha Angkatan Sahabat Alam Sekitar, Abdul
Aziz Man, serta wang suapan sebanyak RM40,000 yang ditawarkan kepada
Anuar.

85
Nizam berkata, walaupun penduduk di situ bimbang, tetapi mereka tidak akan
berganjak daripada menentang apa yang mereka percaya hak mereka untuk
membantah projek kuari tersebut.

“Moralnya tinggi. Kami semua akan berjuang dan membantu masyarakat


terbabit,” tegasnya.
Disember lalu, Mahkamah Tinggi Alor Star membatalkan permohonan penduduk
terbabit untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa projek kuari itu melanggar
undang-undang tempatan dan persekutuan serta menjejaskan kehidupan
mereka.

Mereka sedang merayu terhadap keputusan tersebut serta memfailkan


permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri dan
pelbagai agensi-agensi negeri meluluskan projek kuari berkenaan.

http://www.malaysiakini.com/news/64430
Tuesday, January 31, 2006
86

LAPORAN POLIS UGUTAN BUNUH


Kategori : Petikan Akhbar

ALOR STAR 28 Jan. - Timbalan Setiausaha Kehormat Sahabat Alam Malaysia


(SAM), Mohd. Azmi Abdul Hamid mendakwa menerima ugutan bunuh daripada
seseorang yang tidak dikenali yang dipercayai mempunyai kaitan dengan projek
kuari batu di Gunung Jerai, Yan.

Menurut beliau, ugutan itu diterima melalui telefon oleh isterinya di rumah, Rabu
lalu yang turut mengancam untuk menculik anak-anaknya.

Sehubungan itu, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Merbok kelmarin
bagi menjamin keselamatan diri dan keluarganya.

Beliau percaya ugutan tersebut mempunyai kaitan dengan isu kuari berkenaan
selepas kenyataannya disiarkan dalam akhbar berhubung perkara itu Rabu lalu.

``Lelaki itu mengugut isteri saya dengan berkata `awak sudah bikin saya susah.
Sekarang saya mau bikin awak susah. Mau angkat cikgu dan anak-anak cikgu
mau kasi mati.

``Orang itu beritahu lagi, kalau dia tidak dapat saya dalam dua tiga hari, dia akan
ambil anak saya,'' katanya kepada pemberita di rumahnya di Merbok, hari ini.

Selasa lalu, 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diketuai oleh Sahabat Alam
Malaysia (SAM) mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang jika
kerajaan negeri terus berdiam diri berhubung isu kuari berkenaan.
Mohd Azmi berkata, pihaknya memberi tempoh selama sebulan kepada kerajaan
negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya memberi maklum balas terhadap
bantahan yang dikemukakan oleh penduduk kampung dan NGO berhubung isu
itu.
http://peghelihla.blogspot.com/2006_01_01_archive.html

87

You might also like