You are on page 1of 9

Kata Kunci dalam Pembinaan Soalan KBAT.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Umum sedia maklum, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ditakrifkan sebagai
penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran baharu (Tuan Jah Tuan
Yusof, 2015). Menurut Onosko dan Newman (1994) dalam Tuan Jah Tuan Yusof (2015)
KBAT merujuk situasi yang memerlukan seseorang individu penginterpretasi,
menganalisis dan memanipulasikan maklumat untuk menjawab soalan atau
menyelesaikan masalah yang tidak boleh disempurnakan hanya dengan
mengaplikasikan pengetahuan sedia ada secara rutin. Menurut Zevin (1995) dalam
Tuan Jah Tuan Yusof (2015) KBAT juga boleh didefinisikan sebagai kemahiran
memproses maklumat sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang
baharu dan asli. KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai semasa membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya
otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperoleh melalui tafakur.
Menurut Edward de Bono (1976) – Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia
melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi
tertentu. Manakala Onosko & Newmann (1994) pula mentakrifkan KBAT sebagai
penggunaan potensi minda untuk menangani cabaran baru. KBAT memerlukan
seseorang memahami, menterjemah, menganalisis,mentafsir dan memanipulasikan
maklumat.

Rumusannya Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan


pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
sesuatu (Bahagian Pembangunan Kurikulum)

Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat


penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi
dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT dilihat sebagai proses kitaran daripada
pemikiran aras rendah (KBAR) kepada pemikiran aras tinggi (KBAT). Konsep KBAT
telah memasukkan ciri-ciri berfikir secara kreatif, kritis, logik dan metakognitif.
Memerlukan seseorang menyelesaikan masalah yang tidak kerap berlaku dan pelbagai
bentuk soalan atau dilema yang tidak pasti keputusannya. Dengan menggunakan
KBAT, murid mampu memberikan penjelasan, membuat keputusan, menyelesaikan
masalah, menginovasi, mencipta dan menunjukkan hasil akhir mengikut konteks yang
diperlukan.

Berikut merupakan tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dimulai dengan
Tahap Mengaplikasi sehingga Tahap Mencipta.
Sehubungan dengan itu, berikut merupakan kata kunci dalam pembinaan soalan berdasarkan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mengikut aras :
1. MENGINGAT

2. MEMAHAMI
3. MENGAPLIKASI
4. MENGANALISIS
5. MENILAI
6. MENCIPTA

Semoga perkongsian pada kali ini, iaitu Himpunan Kata Kunci dalam Pembinaan Soalan
KBAT dapat menjadi panduan khususnya kepada guru-guru dalam membina dan menggubal
soalan pentaksiran sama ada soalan ujian, soalan peperiksaan dan sebagainya mengikut kehendak
aras soalan yang betul dan tepat.
SUMBER :
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA

You might also like