You are on page 1of 36

PROJEK HUBUNGAN ETNIK (SHE 101)

PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN


SEMESTER 1,
SIDANG AKADEMIK 2018/2019

No. kumpulan : 49
Tajuk : PERALATAN MUZIK TRADISIONAL KAUM MELAYU
Nama penyelia : DR.NOR HASLIZA MD SAAD

Nama Ahli Kumpulan No.Matrik


NUR HIDAYAH BINTI NASRI 142116
NUR HAJAR JANNAH BT ADNAN 142388
NURUL NABILA BITNI MOHD NASIR 141234
NUR HANIS KAMILIA BT KHAIRILANUAR 142115
TEOH ZHEN QING 142315
THAM LI WEN 142518

0
PENGAKUAN
Dengan ini, kami akui bahawa laporan ini adalah hasil kerja kami sendiri dan dibuat
berdasarkan peraturan dan undang-undang yang termaktub di bawah peraturan Universiti
Sains Malaysia (USM). Ia adalah berpandukan daripada kajian yang telah kami lakukan dan
tidak mencontohi sebarang-barang projek yang dihasilkan oleh mana-mana pihak atau
institut.

Kami dengan ini berjanji sekiranya projek yang dilakukan ini melanggar mana-mana
syarat yang tertera di atas, segala hasil kerja saya akan digagalkan dan dianggap sebagai tidak
lengkap dan bersetuju untuk menerima sebarang tindakan undang-undang di bawah
peraturan Universiti Sains Malaysia.

Dengan hati yang tulus, kami ahli kumpulan ingin merakamkan setinggi-tingginya
penghargaan dan ucapan terima kasih kepadasemua orang yang telah membantu kami
dalam melaksanakan kajian praktikum Hubungan Etnik ini. Tanpa sebarang bantuan dan
dorongan daripada semua pihak,nescaya kita tidak akan dapat menghasilkan laporan akhir
kajian ini dengan maju jayadan dihantar pada tempoh yang tekah ditetapkan.

Akhir sekali , kami ingin merakamkan setinggi-tingginya ucapan terima kasih


dengan sebulat suara yang bernada tinggi kepada pensyarah kita iaitu Dr.Nor Hasliza Md
Saad. Hal ini demikian kerana beliau sudi meluangkan masa untuk mengajar kami
mengenai prosedur-prosedur yang diperlukan dalam melaksanakan projek ini selain
daripada menjelaskan teknik-teknik mahupu nkehendak-kehendak soalan kepada kami.
Melalui cara ini, dapatlah kami menghasilkan laporan yang berkualiti dan berprestij pada
peringkat akhirnya. Oleh sebabitu, jutaan terima kasih ingin kami hulurkan kepada beliau
yang sememangnya banyakmemberikan garis panduan kepada kami.

No Nama Ahli Kumpulan No.Matrik No kad tandatangan


pengenalan
1 NUR HIDAYAH BINTI NASRI 142116 990204-02-7412

2 NUR HAJAR JANNAH BT 142388 980923-01-6534


ADNAN
3 NURUL NABILA BITNI MOHD 141234 990911-07-5288
NASIR
4 NUR HANIS KAMILIA BT 142115 990204-02-6874
KHAIRILANUAR
5 TEOH ZHEN QING 142315 981204-07-5196

6 THAM LI WEN 142518 981025-06-5670

1
ISI DAN JADUAL KANDUNGAN

Butiran Muka surat


PENGAKUAN 1
ABSTRAK 3
SENARAI JADUAL ,SENARAI RAJAH & SENARAI
GAMBARAJAH

Senarai jadual 4
Senarai rajah 5
Senarai gambarajah 6

BAB 1:PENGENALAN

1.1 Pengenalan kajian 7


1.2 Objektof kajian 8
1.3 Kepentingan kajian dan sumbangan hasil 9-10
1.4 Bab-bab yang dipersembahkan 11

BAB 2: SOROTAN LITERATUR

2.1 Alat Muzik Tradisional Masyarakat Melayu 12-13


2.2 Pendidikan Tidak Formal
2.2.1 Antara Alat-Alat Muzik Tradisional Masyarakat Melayu 14
2.2.2 Usaha memperkukuhkan pendidikan muzik tradisional 15
masyarakat Melayu di sekolah

BAB 3: METODOLOGI

3.1 Kaedah melayari internet 16


3.2 Kaedah pemerhatian 16
3.3 Kaedag boring soal selidik 17
3.4 Tunjuk ajar daripada penyelia 17

BAB 4 : KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Analisa borang soal selidik 18-25


Alat muzik tradisional Melayu 26-28

BAB 5 KESIMPULAN 29-30


RUJUKAN 31-32
LAMPIRAN 33-34

2
ABSTRAK

Kajian yang telah dijalankan ialah mengenai peralatan muzik tradisional kaum melayu.
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk memahami dan mengenalpasti tentang peralatan
muzik tradisional kaum melayu serta kepentingannya kepada generasi akan datang.

Kaedah penyelidikan yang telah digunakan bagi memperolehi maklumat dalam kajian
ini ialah melalui dua sumber utama iaitu sumber pertama dan sumber kedua. Sumber
pertama diperolehi melalui pengedaran borang soal selidik manakala sumber kedua
diperolehi melalui pencarian maklumat melalui internet, media cetak dan buku- buku
ilmiah.

Masalah yang dihadapi dalam menjalankan kajian ialah kekurangan maklumat yang
lengkap mengenai peralatan muzik tradisional kaum melayu yang disebabkan oleh
peredaran zaman yang telah menyebabkan peralatan muzik yang unik ini semakin
dipinggirkan dan dilupakan serta pengaruh alatan muzik moden yang lebih digemari oleh
generasi muda di Malaysia. Kekurangan kesedaran generasi muda terhadap kepentingan
peralatan muzik tradisional melayu merupakan salah satu masalah yang dihadapi.

Hasil yang diperolehi daripada kajian ini ialah dapat mengetahui dengan lebih lanjut
mengenai jenis alatan muzik tradisional kaum melayu dan sejauh mana pengetahuan rakyat
Malaysia menegenai peralatan muzik tradisional ini.

Hasil kajian ini juga dapat memberikan manfaat dan boleh digunakan oleh generasi
yang akan datang sebagai rujukan ringkas dalam memahami konsep peralatan muzik
tradisional kaum melayu

3
SENARAI JADUAL,SENARAI RAJAH DAN SENARAI
GAMBARAJAH

Senarai Jadual

Jadual Tajuk Muka Surat

1 Keputusan jantina responden 18

2 Analisis bangsa responden 19

3 Keputusan responden yang pernah mendengar muzik 20


tradisional

4 Keputusan responden yang mempunyai pengetahuan 21


tentang sejarah alat muzik tradisional melayu

5 Keputusan responden yang mempunyai minat untuk 22


bermain alat muzik tradisional melayu

6 Keputusan responden yang gemar atau berminat untuk 23


bermain alat muzik

7 Keputusan pendapat responden mengenai kepentingan alat 24


muzik tradisional melayu

8 Keputusan persetujuan responden untuk menaikkan alat 25


muzik tradisional melayu di peringkat antarabangsa

4
Senarai Rajah

Rajah Tajuk Muka surat

1.1 Analisis jantina responden 18

1.2 Analisis bangsa responden 19

1.3 Analisis responden yang pernah mendengar muzik 20


tradisional melayu

1.4 Analisis responden yang mempunyai pengetahuan tentang 21


sejarah alat muzik tradisional melayu

1.5 Analisis responden yang mempunyai minat untuk bermain 22


alat muzik tradisional melayu

1.6 Analisis responden gemar atau minat untuk bermain alat 23


muzik

1.7 Analisis pendapat responden mengenai kepentingan alat 24


muzik tradisional melayu

1.8 Analisis persetujuan responden untuk menaikkan alat muzik 25


tradisional melayu di peringkat antarabangsa

5
Senarai Gambarajah

Bil Tajuk Analisa Muka Surat


1. GAMBUS 26

2. GENDANG 26

3. GONG 26

4. SERULING 27

5. KOMPANG 27

6. REBANA 27

7. NOBAT 28

8. GAMELAN 28

6
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan Kajian

Malaysia merupakan sesebuah negara yang tidak asing dengan keunikkan


masyarakatnya yang berbilang kaum. Keterbilangan inilah sebenarnya telah menjadikan
Malaysia sebuah negara yang unik berbanding negara-negara lain di asia tenggara. Selain
kaya dengan kepelbagaian adat berbilang kaum, Malaysia juga terkenal dengan budaya seni
warisan tradisional yang diwarisi dari generasi kegenerasi.

Instrumen-instrumen muzik tradisional Melayu dipengaruhi faktor sejarahnya. Hal ini,


dapat dilihat melalui nilai kesenian alat-alat muzik tradisional tersebut yang memiliki unsur
sejarahnya yang tersendiri. Selain itu, ianya turut berfungsi sebagai medium pengenalan
sesebuah komuniti masyarakat tertentu. Sebagai contoh, alat muzik gambus yang datang
dari semenanjung tanah arab mula diperkenalkan di tanah melayu sewaktu kedatangan
islam. Kemudian instrumen ini digunakan dalam tarian zapin dan muzik ghazal yang juga
secara tidak langsung menjadi identiti masyarakat melayu khususnya di Johor atau Riau
sewaktu mula-mula kedatangan islam.

Seterusnya, alat muzik seperti sape merupakan alatan muzik yang mewakili etnik
peribumi di Sarawak. Hal ini kerana, sape merupakan alat muzik yang sering kali diguna
pakai dalam tarian ngajat dan jatun julud yang hanya terdapat di Sarawak sahaja. Begitu
juga bagi instrumen bertali yang lain iaitu rebab yang sangat terkenal dengan petikan
talinya dalam persembahan makyung. Rebab sangat terkenal dalam kalangan masyarakat
melayu khususnya di Kelantan.

Dari sudut sejarahnya, keunikkan alat-alat muzik tradisional ini datangnya dari rumpun
yang berbeza. Namun, kejituannya dalam masyarakat kita khasnya, dapat dilihat dengan
jelas apabila instrumen-instrumen muzik ini bukan sekadar dicipta sebagai hiburan semata,
tetapi terdapat falsafah dan sifat unggulnya di situ yang ditinggalkan oleh
ancestor terdahulu agar dapat dikaji oleh generasi marcapada dan yang mendatang.

7
1.2 Objektif Kajian

Setiap perkara yang dilakukan mempunyai tujuan dan objektif yang tertentu.Secara dasarnya
objektif projek ini adalah seperti berikut :-

1. Meningkatkan kesederan kepada generasi masa kini tentang kepentingan alat muzik
tradisional berbanding alat muzik moden di Malaysia agar kesenian ini tidak dilupakan.

2. Mengembalikan zaman kegemilangan seni tradisi alat muzik kaum Melayu pada zaman
moden ini di Malaysia supaya generasi baru dapat menikmati keindahan seni tradisional.

3. Menggalakan institut pendidikan di Malaysia untuk mempromosikan alat muzik


tradisional dengan melaksanakan pelbagai jenis program kebudayaan agar dapat memberi
kesedaran kepada pelajar supaya menghargai seni tradisional ini.

4. Meningkatkan jumlah tenaga pengajar alat muzik tradisional di institut pendidikan agar
dapat memberi peluang kepada genarasi masa kini untuk mempelajari seni tradisional.

5. Untuk memupuk semangat berpasukan dan perpaduan di antara pelajar-pelajaryang


berbilang bangsa dan agama
 Dalam proses menyiapkan projek praktikum ini semangat berpasukan diantara ahli
kumpulan adalah sangat penting. Melalui kerjasama yangdiberikan oleh setiap ahli
kumpulan secara tidak langsungnya akanmengeratkan lagi perpaduan dia antara
pelajar-pelajar yang berlainan bangsadan agama. Semangat berpasukan ini juga
penting untuk disemai dalam diri pelajar sebagai persediaan untuk melalui alam
pekerjaan.2.

6. Untuk meningkatkan pengatahuan generasi muda tentang adat dan budayamasyarakat


majmuk yang terdapat di Malaysia.
 Hasil daripada kajian yang dijalankan untuk menyiapkan tugasan ini dapat
meningkatkan pengatahuan dan kefahaman sesuatu budaya bagi masyarakat majmuk
yang terdapat di Malaysia

7. Supaya pelajar dapat mendalami dan memahami sesuatu budaya dan adat yangdiamalkan
oleh masyarakat yang terdapat di Malaysia. Individu yang memahami budaya lain tidak
akan mempunyai masalah untuk berkomunikasi dan bekerjasamadengan individu yang
berlainan agama dan bangsa. Selaian itu individu itu jugatidak akan mengalami kejutan
budaya jika berada di kawasan masyarakat yang berlainan bangsa dan agama.

8
1.3 Kepentingan Kajian Dan Sumbangan Hasil

Alat muzik tradisional Melayu merupakan alat muzik yang sinonim dengan
kehidupan masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Ia digunakan sebagai medium komunikasi
dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Namun, arus pemodenan yang berlaku telah
menjadikan alat muzik tradisional Melayu ini semakin dilupakan oleh generasi alaf moden ini.
Antara kepentingan alat muzik tradisional Melayu ialah ia merupakan lambang keagungan
bangsa Melayu, menjadi tarikan pelancong asing dan dapat meningkatkan nilai pendidikan
tidak formal.

Sebagaimana yang kita ketahui, anjakan paradigma mestilah diambil dengan


segera agar alat muzik kaum melayu ini tidak hilang ditelan zaman. Antara kepentingan alat
muzik tradisional ialah ia merupakan lambang keagungan bangsa melayu dan negara Malaysia
tercinta ini. Justeru itu, permainan alat muzik tradisional ini sewajarnya dilihat sebagai
permainan rakyat yang dapat menghidupkan norma kehidupan yang baik tanpa melihat warna
kulit golongan masyarakat mahupun agama.

Selain itu, alatan muzik tradisional ini penting untuk menarik pelancong asing
datang ke negara kita untuk mempelajari atau menghayati keindahan alunan muzik tradisional
kaum Melayu. Sebagai contoh, alunan alat muzik gamelan yang sangat indah mampu
membuatkan pelancong berasa teruja akan keunikkan alat muzik ini. Tambahan pula, kerajaan
telah menjadikan alat muzik tradisional kaum Melayu ini sebagai platform untuk menarik
pelancong datang ke Malaysia sekaligus dapat meningkatkan pendapatan negara.

Melalui persepsi cendekiawan pula, permainan alat muzik kaum Melayu ini
mampu meningkatkan kembali nilai pendidikan tidak formal dalam kalangan masyarakat yang
semakin diendahkan. Hal ini adalah demikian kerana permainan alat muzik tradisional Melayu
ini dapat memantangkan pemikiran seseorang untuk berfikir dengan lebih kreatif dan inovatif.
Oleh itu, generasi sekarang akan lebih menghargai nilai muzik tradisional yang semakin
dilupakan.

Natijahnya, alat muzik tradisional kaum Melayu merupakan lambang nilai warisan
kaum Melayu yang perlu dijaga dan diwarisi sepanjang zaman. Contohnya, masyarakat Jepun
amat menghargai dan mengagumi seni tradisional mereka walaupun berada di mana sahaja.
Oleh itu, peribahasa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh” dapat dibuktikan signifikannya
dalam mempertahankan seni warisan tradisional kita.

9
Sumbangan Hasil Kajian

Melalui hasil kajian kerja kursus ini terdapat pelbagai sumbangan yang diperolehi
contohnya sumbangan hasil kajian ini kepada diri, masyarakat dan juga negara. Sumbangan
yang pertama ialah kepada diri sendiri iaitu kerja kursus ini telah memberi banyak manfaat
dan kesedaran kepada ahli kumpulan kami yang terdiri daripada kaum Melayu dan juga kaum
Cina bahawa seni warisan tradisional hendaklah sentiasa dipelihara agar tidak dilupakan
walaupun kita berada di zaman yang serba canggih ini. Bukan itu sahaja, hubungan antara
kaum lain jugak dapat dipupuk semasa perbincangan bersama tentang kerja kursus ini. Bak
kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.

Seterusnya ialah sumbangan kepada masyarakat. Kerja kursus ini telah memberi
pendedahan tentang kepentingan alat muzik tradisional kaum Melayu kepada pelbagai lapisan
masyarakat. Bukan itu sahaja, masyarakat juga akan lebih mengetahui cara untuk bermain
alat muzik tersebut. Di samping itu, kerja kursus ini juga berjaya memelihara dan
mengembalikan kegemilangan warisan seni tradisional orang Melayu. Oleh itu, alat muzik
tradisional Melayu tidak akan dilupakan oleh generasi sekarang.

Akhir sekali ialah sumbangan kepada negara. Sebagaimana yang kita ketahui, seni
warisan tradisional dapat dijadikan sebagai tarikan kepada pelancong jika dipromosikan
secara besar-besaran sehingga ke peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, masyarakat Jepun
sentiasa mengagungkan seni warisan tradisional mereka sehingga ramai pelancong ingin
mengetahui seni tradisional masyarakat mereka. Hal ini hendaklah dipraktikkan di Malaysia
supaya seni warisan turun-temurun kaum di Malaysia tidak dilupakan oleh generasi zaman
sekarang. Oleh itu, dalam memelihara seni warisan kaum di Malaysia, kita juga dapat
mempromosikan negara kita secara tidak langsung.

10
1.4 Bab-bab yang dipersembahkan

Terdapat 7 bab utama dalam penyediaan projek kami pada kali ini.Bab-bab ini disusun
mengikut kesesuian bagi memudahkan pemahaman mengenai apa yang ingin disampaikan.

Bab pengenalan secara keseluruhannya menjelaskan objektif projek. Peneranganmenyeluruh


mengenai pantang larang wanita hamil bagi kaum Cina juga dapat kita lihatdalam bab ini
menerusi maklumat latar belakang projek.

Bab sorotan literatur pula mengandungi maklumat terperinci projek berkaitan. Ianya
dimuatkan juga dengan maklumat dari sumber buku, laman web dan pelbagai rujukan lain
yang serupa dijalankan seperti projek dan dapat dijadikan rujukan.

Bab Metodologi akan menerangkan analisis data yang dijalankan.

Bab keputusan dan perbincangan.Semua keputusan yang diperolehi akan dilaporkan dalam
bab ini. Bab ini juga disokongkan dengan jadual dan carta pai untuk memudahkan pembaca
membacanya.

Bab kesimpulan akan menyimpulkan semua maklumat berdasarkan keputusan yangtelah


dijalankan.

Bab Rujukan pula akan menyenaraikan senarai rujukan yang telah digunakan
sewaktu penulisan dalam proses menjalankan kajian.

Bab Lampiran pula mengandungi ilutrasi tambahan, data, gambar-gambar dan borang soal
selidik.

11
BAB 2 SOROTAN LITERATUR

2.1 Alat Muzik Tradisional Masyarakat Melayu

Kesenian secara umumnya adalah suatu cabang yang menyalurkan bakat.Salah satu
komponen untuk menyalurkan bakat dalam seni salah satunya adalah melalui alatan muzik
tradisional.Terdapat pelbagai alatan muzik tradisional di Malaysia memandangkan kita
mempunyai penduduk yang berbilang kaum.Salah satu alatan tradisional yang menarik dan
mempunyai kepentingan adalah alatan muzik tradisional kaum melayu .

Bagi memastikan kajian ini berjalan dengan lancarnya,rujukan yang dijalankan merujuk
kepada buku-buku ilmiah berkaitan alatan muzik tradisional kaum melayu yang terdapat di
Malaysia.Ismail hamid (1998) menerangkan sedikit sebanyak mengenai kepentingan alatan
muzik tradisional iaitu gamelan di dalam bukunya yang bertajuk ‘Masyarakat dan Budaya
Melayu’.Gamelan di tanah melayu berasal dari kerajaan Riau-Lingga dibawa ke Johor
seterusnya pada abad ke 18 dibawa ke Pahang dan Terengganu.Alatan muzik tradisional
gamelan ini berperanan sebagai unsur komunikasi kerana mempunyai empat unsur yang
menjadi asa dalam komunikasi iaitu sumber,penerima,mesej dan juga saluran.Kajian yang
dilakukan oleh Norshafawati (2010) menjelaskan alatan muzik tradisional kaum Melayu ini
merupakan satu unsur yang bersifat anjal kerana mempunyai kehidupan fungsi muzik adalah
pelbagai.

Asma Hani (2017),penulis buku ‘Alatan Muzik Tradisional’ yang diterbitkan oleh Pustaka
Seri Idaman menceritakan tentang bagaimana pentingnya alatan muzik tradisional ini bagi
mengekalkan seni kebudayaan kaum Melayu di Malaysia.Selain itu,Samsudin Harun yang
bukunya bertajuk ‘Alat Idiofon dan Aerofon’ menceritakan serba sedikit mengenai alatan
muzik Tradisional yang pupus ditelan zaman sedangkan ianya adalah khazanah budaya yang
amat berharga.Buku ini juga menerangkan kepupusan alatan muzik ini akan menyebabkan
generasi pewaris akan kehilangan identiti di masa hadapan.

12
Sebuah buku bertajuk ‘Alat Muzik Tradisional dalam Masyarakat Kaum Melayu’ yang

ditulis oleh Nik Mustapha bin Nok Mohd Salleh(JKKN) menjelaskan kepada kita mengenai

salah satu alatan muzik tradisional kaum Melayu iaitu Rebana.Rebana adalah sejenis gendang

satu muka yang berbentuk seperti pasu yang berfungsi sebagai penyokong irama.

Datuk Bentara Luar,Mohd.Salleh Bin Perang menceritakan mengenai salah satu alatan

muzik tradisional kaum melayu iaitu Ghazal.Beliau memperkenalkan dan memainkan seni

muzik ghazal kepada penduduk semasa pembukaan daerah-daerah baru.Ungku Sulaimen bin

Daud menceritakan ghazal ini disebut sebagai Qamat yang bererti nyanyian dan beriuh

rendah berasal dari Tanah Arab.Ghazal mempunyai iramanya tersendiri yang mendapat

perhatian daripada sultan,pembesar-pembesar dan lain-lain golongan istana.

Melihat kepada tokoh seni muzik Islam terdahulu,Al- Farabi yang juga mereka cipta

beberapa peralatan muzik,selain menyumbang kepada ilmu nota muzik.Ini menjelaskan

betapa pentingnya alatan muzik yang menjadi warisan sejak dahulu lagi.

Menurut Plato “Music is moral law.It gives soul to the universe,wings to the mind ,flight to

the life and to everything”.Ini jelas menunjukkan bahawa alatan muzik sangat penting

terutamanya alatan muzik tradisional masyarakat Melayu kerana ia memberi impak kepada

negara bagi menarik orang asing menghayati alatan muzik kita.

Daripada persepsi cendekiawan,permainan alat muzik tradisional kaum Melayu

merupakan sejenis pendidikan tidak formal yang amat tinggi nilainya.Hal ini kerana ia dapat

mematangkan pemikiran di samping membijakkan otak untuk berfikiran positif dan kreatif .

13
2.2 Pendidikan Tidak Formal

Pendidikan tidak formal yang dijalankan di sekolah salah satunya adalah menggunakan
alatan muzik tradisional.Alatan muzik tradisional masyarakat Melayu yang sering diajar di
dalam pendidikan tidak formal ini mempunyai pelbagai medium.Salah satu medium adalah
melalui Kokurikulum contohnya kelab muzik tradisional.Kelab-kelab yang diwujudkan di
sekolah ini mempunyai banyak tujuan antaranya untuk mengasah bakat pelajar-pelajar untuk
bermain alat muzik tradisional.Secara tidak langsung,masyarakat sedikit sebanyak dapat
mempertahankan salah satu budaya kaum Melayu ini.Hal ini adalah demikian kerana,setiap
jenis permainan alatan muzik tradisional ini mempunyai pertandingannya sendiri bukan
sahaja di peringkat kebangsaan malah antarabangsa.

2.2.1 Antara Alat-Alat Muzik Tradisional Masyarakat Melayu

1. Kompang
2. Rebana
3. Canang
4. Gedombak
5. Gambus
6. Ghazal
7. Gamelan(Bonang,Kenong dan Saron)
8. Gong Silat
9. Serunai
10. Jidur

Alatan-alatan ini selalunya dipertandingkan ataupun dipersembahkan dalam


pertandingan,rumah kenduri mahupun persembahan budaya.Melalui persembahan
ini,terdapat banyak manfaat yang diperoleh dan memberi impak yang positif dalam
kehidupan.Sebagai contohnya,apabila tiba musim perkahwinan,kompang selalu dimainkan
sebagai menyambut ketibaan mempelai.

14
2.2.2 Usaha memperkukuhkan pendidikan muzik tradisional masyarakat Melayu di sekolah

Dalam era globalisasi ini,permainan alat muzik tradisional mula dilupakan terutamanya
dalam golongan muda.Hal ini demikian kerana pengaruh permainan moden seperti permainan
video dan permainan komputer yang berleluasa di pasaran.Ramai yang tidak sedar,permainan
alat muzik tradisional dapat memberi manfaat terhadap kecerdasan rohani dan jasmani.Oleh
itu ,usaha-usaha perlu diambil untuk mempopularkan kembali alatan muzik tradisional ini di
sekolah.Antara-antara usahanya;

1. Mempelbagaikan lagi kegiatan kokurikulum yang berkaitan permainan alatan muzik


tradisional masyarakat Melayu.
2. Kementerian Kesenian,Kebudayaan, dan Warisan mengadakan pesta atau minggu
permainan alat muzik tradisional di peringkat sekolah ,negeri dan kebangsaan.
3. Memperbanyakkan lagi kemudahan untuk mempelajari alat muzik tradisional seperti
menambahkan lagi bilangan alat muzik tradisional yang diperuntukkan di sekolah.
4. Menyediakan guru pelatih yang terlatih dan mahir dalam memainkan alat muzik
tradisional masyarakat Melayu ini.

Usaha-usaha yang dijalankan ini secara tidak langsung dapat menaikkan kembali budaya
negara Malaysia yang dikenali sebagai negara yang mempunyai keunikan budaya
terutamanya dalam alat muzik tradisional masyarakat Melayu.

15
BAB 3 METODOLOGI
Bagi menghasilkan satu laporan kajian yang lengkap dan sempurna kami telah
menggunakan beberapa kaedah bagi mengumpul maklumat agar maklumat yang diperoleh
merupakan maklumat yang tepat dan benar. Antara kaedah-kaedah kajian yang telah kami
gunakan ialah melayari internet, pemerhatian, borang soal selidik dan juga meminta tunjuk
ajar daripada penyelia kami iaitu Dr. Hasliza Abdul Halim.

3.1 Kaedah Melayari Internet

Internet merupakan kaedah primer yang telah digunakan oleh kami bagi
memperoleh maklumat bagi kajian ini. Kaedah ini telah menyumbangkan sebahagian
besar maklumat yang diperlukan oleh kami. Bukan itu sahaja, maklumat tambahan
yang diperlukan juga telah berjaya diperoleh melalui kaedah ini. Sebagai contoh,
kami telah dapat menganalisa kajian kami mengenai kekurangan penggunaan alat
muzik tradisional Melayu dengan lebih mendalam terutamanya dalam kalangan
generasi muda di negara kita.

3.2 Kaedah Pemerhatian

Kami telah menjalankan pemerhatian di sekitar Universiti Sains Malaysia


(USM) untuk memerhatikan sama ada responden berminat atau tidak berminat bagi
melibatkan diri dalam aktiviti yang berkaitan dengan perlatan muzik tradisional
Melayu. Selain itu, kami juga telah menjalankan pemerhatian disekitar USM bagi
mengenalpasti kewujudan kelab-kelab atau program keseniaan yang melibatkan
penggunaan alat muzik tradisional Melayu. Akhir sekali, pemerhatian ini juga
dijalankan bagi mengenalpasti tentang kepentingan peralatan muzik tradisional dalam
kalangan masyarakat.

16
3.3 Kaedah Borang Soal Selidik

Borang soal selidik merupakan kaedah kajian yang turut kami gunakan bagi
memperoleh maklumat yang tepat agar dapat mengukuhkan lagi kajian yang telah
dijalankan. Sebanyak 30 set borang soal selidik telah diedarkan kepada 30 orang
responden. Sebagai contoh, 10 helaian borang soal selidik telah diedarkan kepada
pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah, pelajar USM dan juga golongan yang
berumur 30 tahun ke atas dan kesemuanya terdiri daripada pelbagai kaum. Setiap
soalan yang ditanya merupakan soalan yang mudah difahami dan bersifat “direct
questions”. Selain itu, soalan yang ditanya di dalam borang soal selidik tersebut juga
adalah selari dengan objektif kajian agar hasil kajian yang dijalankan dapat mencapai
sasaran.

3.4 Tunjuk ajar daripada penyelia

Kami juga telah mendapatkan tunjuk ajar daripada penyelia kami iaitu Dr.
Hasliza Abd Rahim melalui beberapa konsultasi bersama beliau. Hal ini demikian
kerana kami ingin memastikan kajian yang dijalankan memenuhi kriteria yang
ditetapkan. Beliau juga telah memberikan tunjuk ajar dan nasihat mengenai sebarang
kekurangan dan kesilapan yang terdapat di dalam kajian kami untuk diperbaiki supaya
dapat menghasilkan laporan projek yang sempurna dan lengkap. Akhir sekali, hasil
bimbingan beliau telah berjaya membantu kami untuk menyediakan laporan lengkap
berkaitan kajian yang dijalankan.

17
BAB 4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
Jantina

Jantina Lelaki Perempuan


Kekerapan 11 19
Peratus (%) 36.67% 63.33%
Jadual 1.1 : Keputusan jantina responden

Jantina
20

18

16

14

12
Orang

10

0
Lelaki Prempuan

Rajah 1.1 : Analisis jantina respoden

Respoden kajian terdiri daripada 30 orang respoden dari kawasan kajian. Daripada rajah 1.1,
jumlah responden tersebut seramai 11 orang lelaki bersamaan dengan 36.67% dan seramai 19
orang perempuan bersamaan dengan 63.33%. Jumlah reponden perempuan lebih banyak
kerana lebih ramai perempuan belajar di Universiti Sains Malaysia berbanding dengan lelaki.

18
Bangsa
Bangsa Melayu Cina India Lain - lain
Kekerapan 16 10 3 1
Peratus (%) 53.33% 33.33% 10% 3.33%
Jadual 1.2 : Keputusan bangsa responden

Bangsa
18

16

14

12

10
Orang

0
Melayu Cina India Lain - lain

Rajah 1.2 : Analisis bangsa responden

Dalam kalangan 30 orang responden, bilangan responden Melayu adalah tertinggi, iaitu 16
orang mewaikili 53.33%. Hal ini demikian kerana kebanyakan pelajar Melayu yang belajar di
USM. Orang Cina mewakili 33.33% daripda semua responden iaitu sebanyak 10 orang.
Seramai 3 orang India bersamaan 10% daripada jumlah keseluruhan. Akhirnya, terdapat
seorang responden yang bangsa lain melibatkan dalam kajian ini iaitu 3.33%.

19
Respoden Yang Pernah Mendengar Muzik Tradisional Melayu
Ya Tidak
Kekerapan 29 1
Peratus (%) 96.67% 3.33%
Jadual 1.3 : Keputusan responden yang pernah mendengar muzik tradisional melayu.

Analisis responden yang pernah mendengar muzik


tradisional melayu
35

30

25

20
Orang

15

10

0
Ya Tidak

Rajah 1.3 : Analisis responden yang pernah mendengar muzik tradisional melayu.

Berdasarkan rajah 1.3 di atas, seramai 29 orang responden bersamaan 96.67% telah memilih
pilihan ya. Hal ini demikian kerana mereka terlibat dalam program-program yang telah
dilaksanakan di sekitar USM yang berkaitan dengan muzik tradisional melayu. Seterusnya,
hanya seorang respoden bersamaan 3.33% yang tidak pernah mendengar muzik tradisional
melayu. Hal ini kerana responden tersebut adalah pelajar dari Negara lain dan tidak faham
Bahasa Malaysia.

20
Responden Yang Mempunyai Pengetahuan Tentang Sejarah Alat Muzik Tradisional Melayu
Ya Tidak
Kekerapan 9 21
Peratus (%) 70% 30%
Jadual 1.4 : Keputusan responden yang mempunyai pengetahuan tentang sejarah alat muzik
tradisional melayu.

Analisis responden yang mempunyai pengetahuan tentang


sejarah alat muzik tradisional melayu
25

20

15
Orang

10

0
Ya Tidak

Rajah 1.4 : Analisis responden yang mempunyai pengetahuan tentang sejarah alat muzik
tradisional melayu.

Berdasarkan rajah 1.4 di atas, seramai 21 orang responden bersamaan 70% yang tidak
mempunyai pengetahuan tentang sejarah alat muzik tradisional melayu. Hal ini demikian
kerana, responden zaman sekarang tidak berminat untuk mengetahui sejarah atau latar
belakang tentang alat muzik tradisional melayu. Mereka hanya mendengar lagu sahaja dan
tidak mempunyai keinginan untuk mengetahui sejarah tentang muzik tersebut. Selain itu,
seramai 9 orang responden bersamaan 30% yang mempunyai pengetahuan tentang sejarah
alat muzik tradisional melayu. Hal ini kerana responden tersebut ramainya terdiri daripad
kaum melayu. Mereka lebih mengetahui tentang sejarah alat muzik tradisional kaum masing-
masing.

21
Responden Yang Mempunyai Minat Untuk Bermain Alat Muzik Tradisional Melayu

Kekerapan ( orang ) Peratus (%)


Ya 20 66.67
Tidak 10 33.37
Jumlah 30 100
Jadual 1.5 : keputusan responden yang mempunyai minat untuk bermain alat muzik
tradisional melayu

Analisis responden yang mempunyai minat untuk bermain


alat muzik tradisional melayu
25 20

20

15
(orang)

10
10

0
Ya Tidak

Analisis responden yang mempunyai minat untuk bermain alat muzik tradisional melayu

Rajah 1.5 : Analisis responden yang mempunyai minat untuk bermain alat muzik tradisional
melayu

Berdasarkan graf di atas , seramai 20 orang reseponden yang mewakili 66.67 peratus
telah memilih pilihan ya , mereka mempunyai minat untuk bermain alat muzik tradisional
melayu .Responden telah mengatakan bahawa bermain alat muzik tradisional melayu sangat
menarik dan mereka sanggup meluangkan masa untuk mengkaji cara untuk bermain alat
muzik tersebut. Seterusnya , seramai 10 orang reseponden yang mewakili 33.37 peratus
telah memilih pilihan tidak , mereka tidak mempunyai minat untuk bermain alat muzik
tradisional melayu kerena mereka mengggangap bahawa bermain alat muzik tradisional
melayu merupakan aktiviti yang membazirkan masa mereka .

22
Responden Yang Gemar Atau Berminat Untuk Bermain Alat Muzik

Kekerapan ( orang ) Peratus (%)


Moden 19 63.33
Tradisional India 0 0.00
Tradisional Melayu 7 23.33
Tradisional Cina 3 10.00
Lain -lain 1 3.33
Jumlah 30 100
Jadual 1.6 : Keputusan responden yang gemar atau berminat untuk bermain alat muzik

Analisis responden yang gemar atau berminat untuk


bermain alat muzik
19
20

15

10
7

5 3
1
0
0
Moden Tradisional India Tradisional Melayu Tradisional Cina Lain-lain

Analisis alat muzik yang gemar atau berminat untuk bermain

Rajah 1.6 : Analisis responden gemar atau minat untuk bermain alat muzik

Berdasarkan graf di atas , seramai 19 orang reseponden yang mewakili 63.33 peratus
telah memilih pilihan gemar atau minat untuk bermain alat muzik moden , mereka bermain
alat muzik moden seperti Gitar Akustik , Piano , Drum , Biola dan lain-lain . Selain itu,
responden yang mempunyai gemar atau minat untuk bermain alat muzik tradisional Melayu
merupakan pilihan yang kedua tertinggi iaitu seramai 7 orang mewakili 23.33 peratus . Alat
muzik tradisional melayu ialah kompang , geduk , gambus , rebana , gendang dan lain-lain.
Seterusya , responden yang mempunyai gemar atau minat untuk bermain alat muzik
tradisional Cina merupakan pilihan yang ketiga tertinggi iaitu seramai 3 orang mewakili
10.00 peratus . Responden telah mengatakan bahawa mereka gemar atau bermain alat muzik
tradisional Cina ialah Guzheng , Erhu , Dizi , Zhong Ruan dan Pipa . Seterusnya diikuti
dengan pilihan responden yang seramai 1 orang mewakili 3.33 peratus yang mempunyai
gemar atau minat untuk bermain alat muzik lain-lain seperti French Horn , Fluglehorns .
Akhirnya , tiada orang responden (0 %) yang mempunyai gemar atau minat untuk bermain
alat muzik tradisional India .

23
Pendapat Responden Mengenai Kepentingan Alat Muzik Tradisional Melayu

Kekerapan ( orang ) Peratus (%)


Ya 30 100
Tidak 0 0.00
Jumlah 30 100
Jadual 1.7 : Keputusan pendapat responden mengenai kepentingan alat muzik tradisional
melayu

Analisis pendapat responden mengenai kepentingan alat


muzik tradisional melayu
35
30
30

25

20

15

10

5
0
0
Ya Tidak

Analisis pendapat responden mengenai kepentingan alat muzik tradisional melayu

Rajah 1.7 : Analisis pendapat responden mengenai kepentingan alat muzik tradisional
melayu

( Sumber : Kajian Lapangan )

Berdasarkan graf di atas , seramai 30 orang reseponden yang mewakili 100 peratus telah
memilih pilihan ya mengenai kepentingan alat muzik tradisional melayu , kerana alat muzik
tradisional melayu merupakan warisan yang perlu dikekalkan dan diingati . Selain itu, , tiada
orang responden (0 %) memilih pilihan tidak .

24
Persetujuan Responden Untuk Menaikkan Alat Muzik Tradisional Melayu Di Peringkat
Antarabangsa

Kekerapan ( orang ) Peratus (%)


Ya 30 100
Tidak 0 0.00
Jumlah 30 100
Jadual 1.8 : Keputusan persetujuan responden untuk menaikkan alat muzik tradisional
melayu di peringkat antarabangsa

Analisis persetujuan responden untuk menaikkan alat


muzik tradisional melayu di peringkat antarabangsa
35
30
30

25

20

15

10

5
0
0
Ya Tidak

Analisis persetujuan responden untuk menaikkan alat muzik tradisional melayu di peringkat
antarabangsa

Rajah 1.8 : Analisis persetujuan responden untuk menaikkan alat muzik


tradisional melayu di peringkat antarabangsa

( Sumber : Kajian Lapangan )

Berdasarkan graf di atas , seramai 30 orang reseponden yang mewakili 100 peratus telah
memilih pilihan ya , responden bersetuju menaikkan alat muzik tradisional melayu di
peringkat antarabangsa. Hal ini dikatakan demikian kerana pendedahan alat muzik traditional
melayu di mata persada dunia dapat memelihara dan mengekalkan warisan Malaysia . Selain
itu, , tiada orang responden (0 %) memilih pilihan tidak.

25
ALAT MUZIK TRASIONAL MELAYU

1. GAMBUS

Gambus merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional Malaysia.Ia berbentuk seperti buah
pear.Gambus tergolong dalam alat muzik jenis ‘petik’ yang dikatakan berasal dari Timur
Tengah.Gambus terdapat dalam pelbagai jenis isitu dari gambus tiga tali sehingga yang
mempunyai 12 tali.

2. GENDANG

Gendang ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit bintang seperti kerbau,kambing
atau lembu.Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga gendang.Gendang boleh
didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan.

3. GONG

Gong merupakan sejenis peralatan muzik ‘idiophone’ yang berasal dari Asia Selatan dan Asia
Tenggara.Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap
satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu.

26
4. SERULING

Seruling merupakan sejenis alat muzik yang ditiup.Ia diperbuat daripada buluh satu ketika
dahulu.Cara memainkannya ada dengan meniup.Akan tetapi ia ada cara untuk meniup
seruling agar dapat mengahsilkan bunyi yang bagus.

5. KOMPANG

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu.Ia
tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.Kulit kompang biasanya diperbuat daripda
kulit kambing.Kompang biasanya akan dimainkan apabila majlis perkhawinan diadakan.

6. REBANA

Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiring lagu-lagu
budaya.Bagi masyarkat Melayu di negeri Pahang,permainan rebana sangat popular,
terutamnya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang.Tepukan rebana adalah
mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk.

27
7. ALAT MUZIK DIRAJA (NOBAT)

Nobat merupakan salah satu warisan kesenian Melayu yang masih kekal sehingga kini.Nobat
adalah muzik yang berfungsi di istana sebagai seni persembahan istana Diraja Melayu.Antara
negeri-negeri Melayu yang masih mengekalkan muzik Nobat adalah negeri Perak,Kedah dan
Terangganu.Muzik Nobat adalah sejenis pancaragam Diraja yang hanya dimainkan di istana
dan pmain muziknya pula terdiri daripada orang tertentu sahaja.Kebiasaanya, pemain Nobat
akan diwarisi satu generasi ke satu generasi.

8. GAMELAN

Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun
tukul. Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah.
Muzik gamelan biasanya dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan untuk
mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan terdiri daripada lelaki seramai sembilan orang
dan penarinya adalah wanita seramai enam orang. Alatan muzik yang digunakan ialah Gong
Agong, Gong Sawokan, Gendang Ibu, Gendang Anak, Saron Pekin, Saron Baron I dan Saron
Baron II, Gambang serta juga Kenong.

28
BAB 5 KESIMPULAN
Pada akhirnya, kumpulan kami telah memperolehi banyak maklumat mengenai peralatan
muzik tradsional melayu melalui kaedah-kaedah yang disenaraikan dalam metodologi. Selain
itu, maklumat-maklumat ini juga telah memberi banyak manfaat kepada setiap ahli kumpulan
kami iaitu kami semua telah mengetahui dan memahami tentang jenis-jenisn peralatan muzik
tradisional kaum melayu dengan lebih baik.

Berdasarkan kaedah soal selidik yang telah diedarkan, kumpulan kami mendapati jumlah
responden perempuan adalah lebih ramai berbanding jumlah responden lelaki. Hal ini
disebabkan, kajian dilakukan di sekitar kawasan Universiti Sains Malaysia ( USM ) dan
pelajar perempuan lebih ramai berbanding pelajar lelaki. Seterusnya, kumpulan kami
mendapati, jumlah bangsa responden majoritinya adalah Melayu kerana kajian dilakukan di
sekitar kawasan USM. Selanjutnya, kajian mendapati majoriti pelajar USM pernah
mendengar muzik tradisional melayu kerana mereka terlibat dalam program-program rasmi
yang dilaksanakan oleh USM yang menggunakan peralatan muzik tradisional melayu.

Tambahan pula, kajian mendapati masih ramai reponden yang tidak mempunyai
pengetahuan tentang sejarah alatan muzik tradisonal kaum melayu. Hal ini kerana, generasi
kini hanya mendengar lagu sahaja dan tidak mempunyai keinginan untuk mengetahui latar
belakang alatan muzik tradisional tersebut. Di samping itu, kajian mendapati majoriti
responden mempunyai minat untuk bermain alatan muzik tradisional melayu. Hal ini kerana,
mereka menyatakan bahawa peralatan muzik tradisional kaum melayu amat klasik dan
menarik untuk dipelajari dan mereka juga ingin meluangkan masa lapang mereka untuk
mempelajari mengendalikan atau bermain dengan peralatan muzik tradisional melayu.

29
Seterusnya, kajian daripada kumpulan kami mendapati. Majoriti responden gemar atau
berminat untuk bermain peralatan muzik moden berbanding peralatan muzik tradisional. Hal
ini kerana, kurangnya pendedahan mengenai peralatan muzik tradisional dalam kalangan
generasi muda dan mereka lebih gemar bermain peralatan muzik moden kerana menepati
jiwa mereka yang urbanisasi. Selain itu, daripada hasil kajian kami mendapati keseluruhan
responden bersetuju bahawa alatan muzik tradisional kaum melayu adalah penting kerana
alatan ini merupakan warisan yang perlu dikekalkan agar tidak luput dek zaman. Selanjutnya,
kumpulan kami mendapati keseluruhan reponden bersetuju dengan idea untuk menaikkan
nama alatan muzik tradisional kaum melayu dengan mempromosikan ianya di peringkat
antarabangsa. Hal ini kerana, pendedahan alat muzik tradisional melayu di peringkat
antarabangsa dapat memelihara dan mengekalkan warisan Malaysia.

Akhirnya, kumpulan kami mendapati semua pihak berperanan penting dalam memupuk
semangat dan minat generasi muda untuk mengenali serta mengetahui cara bermain dengan
peralatan muzik tardisional melayu. Segala alternatif serta tindakan sewajarnya dilaksanakan
dengan ukhwah yang kukuh oleh semua pihak tanpa menunding jari antara satu sama lain
agar matlamat ini dapat dijalankan. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu untuk
meningkatkan kesedaran generas muda terhadap alatan muzik tradional kaum melayu yang
kini semakin lupus dek zaman.

30
RUJUKAN

BUKU

1. Nik Musthapa Bin Nik Mohd. Salleh ( 2009 ). Alat Muzik Tradisional Dalam
Masyarakat Melayu di Malaysia ( Rohaniza Abdullah, Ed. ). Kuala Lumpur : Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara.

2. Nicolas, Arsenio. ( 1994 ), Alat Muzik Melayu dan Orang Asli, Bangi, Selangor: Proyek
Karyawan Tamu, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

3. Gendang gendut : Pameran Alat-Alat Muzik Tradisional Malaysia. ( 1980 ). Kuala


Lumpur : Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan

4. Alat Muzik Traisional Pahang. ( 1992 ). Pekan, Pahang : Lembaga Muzium Negeri
Pahang.

5. Ibrahim, N. (n.d.). Alat Muzik Masyarakat Melayu. Retrieved November 15, 2018, from
Klik Web DBP : http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=14152

6. Indra Satriadi, S. M. (2015). Rancang Bangun Pengenalan Alat Musik


Tradisionalindonesia Berbasis Android. Jurnal Informanika .

7. Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1, 2 dan 3. (n.d.). Retrieved November 15, 2018,
from Muzik Tradisional Melayu: https://sivikrujukan.wordpress.com/koleksi-video-
4/muzik-tradisional/muzik-tradisional-melayu/

8. Mohd. Ghouse Nasuruddin. 2003. Muzik Tradisional Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

9. Muhammad Irfan Nyia Abdullah, Sakinah Abu Bakar & Tasnim Mohd Anuar. 2013.
Rodat: Budaya Tradisi Yang Berevolusi. Wacana Seni Journal of Discourse. Vol. 12(2):
19- 56.

10. Norshafawati Saari, Asiah Sarji & Fuziah Kartini Hassan Basri. 2010. Muzik dan
Pembangunan Sosial: Paparan Dasar Industri Hiburan dalam Akhbar-Akhbar di
Malaysia. Jurnal Komunikasi,Malaysian Journal of Communication. Jilid 26(2): 47-65.

31
LAMAN SESAWANG

1. https://sivikrujukan.wordpress.com/koleksi-video-4/muzik-tradisional/muzik-
tradisional-melayu/
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Alat_muzik_tradisional_Malaysia
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Muzik_Malaysia
4. http://www.memori-
kedah.com/page_pengenalan.php?p=2&idstopic=10&idskandungan=69&id=371&mt
opic=1
5. https://www.slideshare.net/nurafiqahbahiah1/alat-muzik-tradisional-70120587
6. https://www.scribd.com/document/170294835/Sejarah-Alat-Muzik-Melayu
Tradisional
7. https://www.scribd.com/document/118470228/Contoh-Tugasan-HE
8. https://www.scribd.com/doc/16741693/PERANAN-ALAT-MUZIK-TRADISIONAL-
MELAYU-DALAM
9. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0728&pub=utusan_malaysia
&sec=Hiburan&pg=et_01.htm
10. https://ir.unimas.my/6386/1/THAVAMALAR%20AP%20TAUSEE%20GANU(24%
20pages).pdf

32
LAMPIRAN
BORANG SOAL SELIDIK
SHE 101 ETHNICS RELATION
ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU

1.Jantina

Perempuan Lelaki

2.Bangsa

Melayu Cina India Lain lain:_____________

3.Adakah anda pernah mendengar muzik tradisional?

Ya Tidak

4. Adakah anda mengetahui tentang sejarah alat muzik tradisonal melayu?

Ya Tidak

5.Adakah anda berminat untuk bermain alatan muzik tradisional?

Ya Tidak

6.Sila tandakan alat muzik yang anda gemar bermain

Tradisional melayu Moden Tradisional cina


Traditonal india Lain-lain:__________

7.Adakah alat muzik tradisional melayu penting? Jika penting,sila nyatakan mengapa
ia penting.

Ya Tidak

_____________________________________________________________________

8.adakah anda setuju jika alat muzik tradisional melayu dinaikkan taraf di mata
dunia?

Ya Tidak

33
ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU

GAMELAN KOMPANG GENDANG

GEDUK REBANA GAMBUS ANKLUNG

SERULING
GONG BEDUK

34
35

You might also like