You are on page 1of 12

1.

1 Pengenalan

Perang dunia pertama yang juga dikenali sebagai Great War, War of the Nation, dan “War to
End All Wars” adalah sebuah konflik dunia yang berlangsung selama empat tahun iaitu dari
tahun 1914 sehingga tahun 1918.1 Perang dunia pertama ini berlaku di antara kuasa-kuasa
besar yang dibahagikan kepada Kuasa Bersekutu dan Kuasa Pusat. Pembentukan dua pakatan
ini berkait rapat dengan Sistem Pakatan Eropah yang wujud selepas peperangan diantara
Jerman dan Perancis pada 1870 yang mengakibatkan pembahagian Eropah kepada dua blok
yang dikenali sebagai Tripple Alliance dan Tripple Entente.2 Artikel yang bertajuk Geopolitics of
The Middle East menyifatkan bahawa Asia Barat memiliki kedudukan geografi yang unik
sehingga membawa kepada perebutan kawasan tersebut oleh kuasa-kuasa luar termasuklah
kuasa besar Eropah.

Istilah lain bagi Asia Barat ialah Timur Tengah, Middle East dan Timur Dekat. Negara
rantau Asia Barat terdiri daripada Arab Saudi, Yaman, Bahrain, Qatar, Kuwait, Iran, Turki,
Palestin, Lubnan, Syria, Jordan, dan Mesir. Walau bagaimanapun, pendefinisian sebenar bagi
merujuk perkataan Asia Barat masih lagi menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. Hal ini
kerana ketidakwujudan kata sepakat dalam kalangan ahli sarjana bagi menentukan
pembahagian negara-negara dan wilayah dalam lingkungan kawasan Asia Barat. Bukti ini dapat
dilihat melalui beberapa pandangan daripada beberapa sarjana, menurut Lois A. Aroian dan
Richard P. Mitchell, kawasan Asia Barat adalah merujuk kepada kawasan Timur Tengah yakni
merangkumi Mesir, negara asia yang rakyatnya berbahasa arab, Israel, Iran, Cyprus, Turki,
Libya, Sudan, Syria, Lubnan, dan Cicilia.3

Profesor Madya Fadhlullah juga turut memberikan pandangan yang hampir serupa.
Beliau mendefinisikan bahawa Asia Barat adalah suatu istilah politik geografi yang mana
sebelum ini kawasan tersebut lebih dikenali sebagai Timur Tengah ataupun Timur Dekat,
merangkumi negara seperti Turki, Mesir, Sudan, Syria, Jordan, Palestin/Israel, Iraq, Iran, Arab

1 Keith Robbins, The First World War The Outbreak, Events, and Aftermath, Great Britain: Oxford University,1984,
hlm. 32.
2 Gordon Martel, The Origin of The First World War, USA: Longman Publishing, 1996, hlm. 41.
3 Lois A.Aroian, Richard P. Mitchell, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1991, hlm. 1.
Saudi dan negara-negara Teluk seperi Yaman, Utara dan Selatan.4 Timur Tengah
sememangnya menjadi rebutan kuasa-kuasa besar seperti Jerman, Perancis dan British.
Rebutan kawasan ini dalam kuasa besar Eropah telah mencetuskan semangat nasionalisme
dalam kalangan pemimpin dan masyarakat Arab. Kemunculan fahaman nasionalisme Arab
semasa zaman Empayar Uthmaniyyah telah bermula pada tahun 1821. Semangat
nasionalisme dalam kalangan orang Arab telah bermula di bahagian wilayah Mashriq iaitu tanah
Arab di sebelah timur Mesir, dan juga di wilayah Syam yang juga dikenali sebagai wilayah
Levant. Semasa perang dunia pertama, pihak British memainkan peranan penting dalam
menjalinkan hubungan dengan pemimpin-pemimpin Arab seperti Sharif Hussain.Tujuannya
adalah semata-mata untuk menjaga kepentingan mereka di Timur Tengah.

2.1 Latar Belakang Sharif Hussain

Semasa Perang Dunia Pertama tercetus, Syarif Hussain pada mulanya menjadi sekutu
Uthmaniyyah tetapi beliau telah memulakan rundingan dengan pihak British atas nasihat
anaknya yang bernama Abdullah. Anak beliau iaitu Abdullah yang telah menjadi
ahli parlimen Uthmaniyyah sehingga tahun 1914 meyakinkan ayahnya iaitu Sharif Hussain
supaya berpisah daripada pentadbiran Uthmaniyyah yang semakin nasionalis.

Latar belakang Sharif Hussain dapat dilihat apabila beliau telah dikenali sebagai salah
sorang tokoh yang telah melakar sejarah terhadap perkembangan dan pembangunan di
bahagian Asia Barat. Sharif Hussien telah dilahirkan di Istanbul iaitu di negeri Turki, pada tahun
1856 semasa zaman pemerintahan empayar Uthmaniyah. Beliau juga merupakan pengasas
kerajaan bani Hasyim di Makkah. Pada tahun 1908 iaitu sebelum beliau diangkat menjadi raja
Hijjaz, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Gabenor Makkah. Bukti ini dapat dilihat
apabila beliau telah dianggkat menjadi raja Hijjaz selama lapan tahun iaitu pada 1916 sehingga
1924.5

Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1932 semasa berumur 65 tahun. Beliau
mempunyai empat orang isteri , lima orang anak dan dua orang cucu. Pada 5 Jun 1916 dua
orang daripada anak lelaki beliau iaitu Amir Ali dan Amil Faisal telah memulakan pemberontakan

4 Fadlullah Jamil, Islam Di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan, Selangor: Thinker’s Library
Sdn.Bhd, 2000, hlm. 1.
5 Kedourie, Elie, In the Anglo-Arab Labyrinth: the McMahon-Husayn Correspondence and its Interpretations,1914-
1939, Cambridge, New York: Cambridge University Press, 1976, hlm. 21.
dengan menyerang Arison Uthmaniyyahdi Madinah. Sharif hussien juga merupakan salah
seorang tokoh berfahaman Ahlul Sunni dalam Mazhab Hambali yang menjadi pegangan kuat
beliau.6 Sharif Hussain mempunyai latar belakang keluarga yang kuat dan berpengaruh kerana
dikatakan berketurunan Nabi Muhammad S.A.W membolehkannya diangkat menaiki takhta
Hijaz dan mendapat sokongan rakyat.7

Syarif Hussain juga telah memulakan pemberontakan terhadap Khalifah Uthmaniyah


pada Jun 1916 dengan usaha untuk menjatuhkannya. Namun usaha beliau gagal selepas
berjaya ditewaskan oleh abdul Aziz bin Saud yang menyerang dan mengalahkannya pada tahun
1924.8 Perjuangan beliau dalam menentang pemerintahan khalifah Uthamaniyah yang lemah
telah menjadi titik tolak dalam pengasingannya di Turki. Kekalahan beliau di tangan Abdul Aziz
bin Saud telah menjadikan beliau berada dalam buangan. Namun perjuangannya menentang
pemerintahan Khalifah Utamaniyah menjadi satu senario penting dalam pergolakan
politik Timur Tengah kemudiannya.

Hampir keseluruhan kuasa adalah berpusat di tangan keluarga Syarif Hussain.


Keadaan ini berbeza dengan kawasan Empayar Uthmaniyyah yang lain. Bukti ini dapat dilihat
di kawasan Hijaz yang tidak mempunyai fahaman politik yang bersaing dalam
kalangan golongan elit bandar. Ketua-ketua suku kaum bertindak sebagai penghubung
kaum mereka dengan Syarif Hussain. Kuasa-kuasa Syarif Hussain jarang sekali dicabar oleh
masyarakat di sekelilingnya.9 Pencabar tunggal Syarif Hussain ialah Vali yang merupakan
gabenor Uthmaniyyah wilayah itu. Vali bertanggungjawab memastikan kedaulatan kerajaan
Uthmaniyyah di kawasannya. Secara keseluruhannya suasana politik memberikan Syarif hussain
pengaruh yang besar dan pada awal abad ke-20.

3.1 Analisis Hubungan Syarif Hussain Dengan Pihak British

3.1.1 Sebelum Perang Dunia Pertama

Hussain bin Ali banyak menghabiskan masanya di Hijjaz dan memiliki daya kepimpinan yang
tinggi. Beliau bertugas sebagai pegawai Uthmaniyah di Istanbul yang kemudiannya dilantik

6 Ochsenwald, William, Religion, Society, and the State in Arabia: The Hijaz Under Ottoman Control, 1840-
1908.Columbus, Ohio: Ohio State University Press, 1984, hlm. 122.
7 Kedourie, Elie, op.cit., hlm. 33.
8 Lois A. Aroian, Richard P. Mitchell, op cit., hlm. 170.
9 Kedourie, Elie, op. cit., hlm. 47.
menjadi wakil Uthmaniyah atau dikenali sebagai `Amir’ pada zaman Sultan Abdul Hamid pada
tahun 1908. Kedudukan Amir adalah sangat tinggi dan sesiapa yang menjadi Amir akan
menikmati kedudukan tinggi di sisi masyarakat serta memperoleh kekayaan. Beliau pada
awalnya adalah seorang yang sangat setia kepada kerajaan Uthmaniyah dan ini dapat dilihat di
mana beliau yang bertanggungjawab dalam mematahkan pemberontakan Sayyid Idrisi. Namun,
kesetiannya semakin tergugat apabila beliau mendengar ura-ura yang mengatakan bahawa
kedudukannya ingin digulingkan apabila Community of Unity Progress(CUP) mulai berkuasa di
Uthmaniyah setelah menggulingkan Sultan Abdul Hamid.10

Seterusnya, beliau merasakan bahawa tiada gunanya lagi beliau memberikan taat setia
dan beliau mengambil keputusan untuk bebas dari kerajaan Uthmaniyah. Seiring dengan itu,
beliau meminta bantuan British yang bertapak di Kaherah dengan menghantar anak keduanya
iaitu Amir Abdullah sebagai wakilnya untuk membuat pertemuan dengan Lord Kitchener atau
nama sebenarnya Horatio Herbert Kitchener yang merupakan seorang pesuruhjaya British
ketika itu. Dapat dilihat di sini bahawa Abdullah yang sebenarnya yang pertama kali
mengadakan rundingan dengan pihak British. Menurut George Cassar dalam“Kitchener's War:
British Strategy from 1914-1916”, Kitchener sangat dihormati oleh Syariff dan Abdullah bukan
sahaja kerana kedudukannya malah dikenali sebagai seorang yang bersimpati dalam
masalah-masalah Arab. Misalnya, beliau melibatkan diri dalam membebaskan Aziz Ali
al-Masri iaitu seorang kelahiran Mesir yang dijatuhkan hukuman gantung oleh kerajaan
Uthmaniyah.11

Pada Februari 1914, Abdullah menemui Kitchener dan menyatakan ketegangan


yang terjalin antara bapanya dengan `Young Turk’ dan berharap mendapat sokongan British
terhadap perkara ini. Kitchener mengambil langkah berhati-hati dengan tidak menunjukkan
sebarang minat untuk memberikan bantuan kerana tidak ingin menimbulkan suasana tegang
antara hubungan British dengan Uthmaniyah. Namun, pada masa yang sama, Kitchener secara
peribadinya, menyukai akan idea memerdekakan Arab yang dikuasai British. Beliau juga sudah
menjangkakan bahawa kejatuhan Empayar Uthmaniyah akan berlaku dan Arab akan
membebaskan diri mereka daripada kekuasaan Sultan. Kemudian, pada April 1914, Kitchener

10 Beverley Milton-Edwards & Peter Hinchcliffe, Jordan: A Hashemite Legacy, Kanada: Routledge, 2009, hlm. 16.
11 George H. Cassar, Kitchener's War: British Strategy from 1914-1916, Amerika Syarikat: Brassey’s Inc, 2004, hlm.
54.
mencadangkan agar beliau bertemu Ronald Storrs iaitu seorang Pegawai Hal Ehwal Timur.
Beliau menggesa kerjasama dan bantuan daripada British dan mencadangkan agar
menjalinkan hubungan antara British dan Arab di mana kerajaan Arab mengamalkan
pemerintahan berkerajaan sendiri tetapi pihak Britsh dibenarkan mengawal dasar berkenaan
antarabangsa. Namun, atas arahan British, Storrs mengatakan bahawa pihak British tidak dapat
membantu Abdullah.12

3.1.2 Semasa Perang Dunia Pertama

Peperangan Dunia Pertama telah bermula sekitar tahun 1914 di antara kuasa besar iaitu
Kuasa Bersekutu dan Kuasa Pusat.13 Peperangan ini menyaksikan empayar Uthmaniyah
berpihak kepada kuasa Jerman. Golongan Turki Muda yang didominasi oleh golongan tentera
iaitu Enve Pasha, Jalal Pasha berpihak kepada Jerman kerana mula terpengaruh dengan
nasionalisme yang diperkenalkan oleh Bismark di Jerman yang berani menentang kuasa Barat.14
Pengaruh Bismark yang pada ketika itu menyebabkan kerajaan Uthmaniyah mengambil langkah
pada saat-saat akhir untuk menyertai Jerman dan menentang Tripple Alliance. Namun,
penglibatan Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama sememangnya telah diketahui oleh
British. Hal ini adalah disebabkan pengaruh British di Mesir dan Yaman sangat kuat malah,
sebelum peperangan tercetus British telah membuat risikan mengenai pendirian Uthmaniyah
berkaitan peperangan tersebut. Oleh itu, dasar tidak campur tangan British bertukar menjadi
dasar campur tangan apabila pegawai-pegawai British di India, Mesir dan Istanbul
mengesahkan Turki Utmaniyah memasuki perang dan menyokong pihak Jerman.

Pada 27 Oktober 1914, Uthmaniyah secara rasminya telah terlibat dalam Perang Dunia
Pertama dan berpihak kepada Jerman. Sultan Uthmaniyah telah mengisytiharkan Perang Dunia
Pertama sebagai perang jihad dalam menentang British, Perancis dan Rusia. Keadaan ini amat
membimbangkan pihak Bristih kerana mereka khuatir orang Islam di India dan Afrika turut
menyebelahi kerajaan Uthmaniyah.15 Rasa khuatir British telah membawa kepada idea British
untuk menggunakan pemimpin-pemimpin Arab yang berpengaruh seperti Shariff Hussain untuk

12 ibid
13 Abdol Raub Yaccob, Kemelut Dunia Islam Moden I: Sejarah Campur Tangan Inggeris di Arabia Dalam Perang
Dunia Pertama, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1993, hlm. 24.
14 A.L Macfie, The End of The Ottoman Empire, London: Longman, 1998, hlm. 120.
15 Lois A. Aroian dan Richard P. Mitchell (Terjemahan Mohammad Redzuan Othman), Timur Tengah dan Afrika Utara
Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 167.
bersekutu menentang kerajaan Uthmaniyah. Ketika British mendengar keterlibatan Uthmaniyah
dalam perang Dunia Pertama, maka dengan pantas perwakilan Inggeris di Kaherah telah
menghubungi Abdullah iaitu anak kepada Sharif Hussain. Pihak British telah meminta Abdullah
untuk memujuk ayahnya iaitu Sharif Hussain supaya menjadi sekutu dan menyokong British
dalam menentang kerajaan Uthmaniyah. Semasa Perang Dunia Pertama tercetus, pada awalnya
Sharif Hussain berpihak kepada kerajaan Uthmaniyah, tetapi atas nasihat anaknya beliau telah
berpaling arah menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk berpihak kepada British. Sharif
Hussain tidak begitu suka terhadap golongan Turki Muda yang menguasai empayar
Uthmaniyah. Keadaan tersebut menyebabkan Sharif Hussain yakin bahawa mereka perlu
berpisah dari empayar Uthmaniyah dan membentuk kerajaan sendiri serta mengangkat beliau
sebagai Raja Arab.

Dalam perbincangan untuk menentang kerajaan Uthmaniyah, British bersetuju dalam


memberikan perlindungan kepada kota suci Islam. Hal ini menyebabkan Sharif Hussain
bersetuju untuk menyokong dan bersekutu dengan British. Bukan itu saja, pihak British juga
menyatakan bahawa mereka ingin menentang Uthmaniyah untuk melindungi kota suci
masyarakat Islam dan bukannya berperang untuk memerangi agama Islam. Namun,
Malangnya, persetujuan Sharif Hussain untuk bersekutu dengan pihak British telah membawa
kepada tindakan kerajaan Uthmaniyah iaitu menyekat dan menghalang pedagang-pedagang
masuk ke kawasan Hijaz. Keadaan ini menyebabkan Sharif Hussain kehilangan sumber
pendapatan dan menyebabkan Sharif Hussain mula bergantung sepenuhnya dengan pihak
British di India bagi mendapatkan bekalan makanan.16

Pada tahun 1914, Milne Cheetham iaitu seorang pegawai British telah menyampaikan mesej
Lord Kitchener untuk mengadakan hubungan dengan Sharif Hussien dan mereka bersedia
membantu Hussain dalam membebaskan tanah Arab dari cengkaman kerajaan Uthmaniyah.
Untuk membuat perhubungan ini, British meletakkan beberapa syarat kepada Sharif Hussain
iaitu membantu British dalam mengalahkan tentera Uthmaniyah. Manakala Sharif Hussien pula
memberi syarat kepada British iaitu melantik dirinya sebagai Raja Arab.

Milne Cheetham berjaya memujuk Sharif Hussain untuk berekutu dengan British untuk
menentang Empayar Uthmaniyah dengan syarat British akan memberikan kemerdekaan kepada

16 Suleiman Mousa, A Matter of Principle: King Hussien of the Hijaz and the Arabs of Palestine , International Journal
of Middle East Studies, 9 (2), 1978, hlm. 183.
negara Arab dan melantik Sharif Hussein sebagai Raja Arab yang meliputi selatan Turki
sehinggalah ke semenanjung Tanah Arab. Perbincangan mengenai pembentukan negara Arab
seperti yang dihajati oleh Sharif Hussain mengambil masa yang begitu lama dan melibatkan 8
pucuk surat yang diutus antara Sharif Hussain dan McMahon iaitu Pesuruhjaya Tinggi Inggeris
di Mesir. Perhubungan antara kedua-dua belah pihak tersebut dikenali dengan McMahon-
Hussein Correspondence. Perhubungan surat menyurat antara kedua-dua belah pihak tersebut
berlangsung antara bulan Julai 1915 hingga Mac 1916.17

Pemimpin-pemimpin Arab meminta agar British mengiktiraf pembentukan sebuah


kerajaan bebas yang menyatukan kesemua orang Arab dari selatan Turki hinggalah ke selatan
Semenanjung Tanah Arab. Sharif Hussain bersetuju untuk mengecualikan kawasan di bawah
naungan Britain di Aden. Apabila McMahon menyembunyikan persoalan berkenaan sempadan,
Hussein menyatakan bahawa persempadanan adalah prasyarat penting ke arah penubuhan
perikatan. Tiga pucuk surat telah dihantar antara bulan Julai dan September tahun 1915 namun
kedua-dua pihak masih gagal menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya Surat menyurat
antara Sharif Hussain dengan McMahon pada 24 Oktober 1915 merupakan tawaran British
kepada Sharif Hussein iaitu sama-sama menentang Uthmaniyah. McMahon telah menulis
sepucuk surat yang menyakinkan Sharif Hussein supaya menjadi sekutu British. British akur dan
bersetuju untuk menyokong kemerdekaan orang Arab di kesemua kawasan yang telah
ditetapkan oleh Sharif Hussain. British telah mengecualikan sebahagian Syria yang terletak di
sebelah barat daerah Damsyik, Homs, Hama, dan Aleppo.18

Secara keseluruhannya, surat menyurat antara McMahon-Hussein telah menunjukkan


bahawa British bersetuju untuk menyokong kemerdekaan orang Arab di semua kawasan yang
telah ditetapkan oleh Sharif Hussain dan seterusnya mengiktiraf beliau sebagai Raja Arab.
Bukan itu saja, British juga bersetuju akan memberi bantuan ketenteraan dan kewangan
kepada Hussein dalam melancarkan pemberontakan ke atas Empayar Uthamniyah. Sharif
Hussein mula melancarkan pemberontakannya sebagai sokongan kepada British sekitar tahun
1916. Pada 5 Jun 1916, revolusi Arab sudahpun bermula dan Sharif Hussain menaikkan
semangat kebangkitan di Syria dan Hijaz dan mengancam kedudukan dawlah Uthmaniyah di

17 Ibid, hlm. 190.


18 Ibid.
Syria. Sharif Hussain telah menghantar anaknya iaitu Faisal ke kawasan Damsyik, Ali ke
kawasan Madinah dan Abdullah pula mengawasi keadaan di Makkah.19

Pada masa yang sama, British pula telah membuat perjanjian persahabatan dengan
seorang lagi pemimpin berpengaruh di Arabia pada ketika itu, iaitu Abdul Aziz Ibnu Saud dari
Najd. Ibnu Saud juga merupakan saingan kepada keluarga Bani Hashim iaitu keturunan
keluarga Sharif. Ibnu Saud dikatakan tidak menentang Empayar Uthmaniyah namun,
tindakannya dalam menyerang Rasyidi iaitu sekutu Uthmaniyah dan enggan berpihak kepada
Sultan Uthmaniyah menunjukkan beliau sebenarnya memihak kepada British. Lantaran itu,
Kerajaan India telah membayarnya elaun tambahan dan mengiktiraf kemerdekaannya.20

Sebenarnya dalam surat-menyurat tersebut, telah berlakunya kemelut berkaitan dengan


kawasan yang dituntut kerana terdapat kepentingan masing-masing antara kedua pihak. Pada
masa yang sama, pihak Perancis dan British pula telah mengadakan perjanjian Sulit yang
dikenali sebagai Perjanjian Sykes-Picot pada tahun 1915. Inti pati perjanjian tersebut
termasuklah untuk membahagikan kawasan empayar Uthmaniyah. Perjanjian ini merupakan
salah satu perjanjian yang membawa kepada penyelesaian selepas perang dunia pertama yang
terdiri daripada kuasa British, Perancis dan Rusia. Britain yang diwakili oleh Sir Mark Sykes yang
akan berbincang dengan Perancis mengenai masa depan Empayar Uthmaniyah. Terdapat
beberapa agenda yang tersembunyi dalam kalangan negara yang menyertainya iaitu mengenai
pembahagian tanah yang subur di Empayar Uthmaniyah.21

Namun, persetujuan mendapat tentangan daripada penduduk setempat kerana akan


berlakunya ketidakselarasan terhadap kuasa-kuasa raja Arab. Malah, perjanjian Sykes-Picot
dipersetujui dan dilaksanakan secara sulit tanpa pengetahuan Raja-raja Arab termasuklah Sharif
Hussain. Pihak British juga telah memohon untuk menyemak semula persetujuan Sykes-Picot
yang bertujuan untuk kepentingan pihak British dan sekutunya di Arab. Walau bagaimanapun,
pihak Perancis telah menolak permohonan pihak British kerana mereka juga mempunyai
agenda sendiri iaitu mendapatkan kekuasaan warga Kristian di Maronites dan sumber kekayaan
minyak di tanah Arab. Pihak Perancis juga menolak penyerahan Mosul kepada British kerana

19 Antonius dalam Ermy Azziaty Rozali dan Azmul Fahimi Kamaruzaman, Perang Dunia Pertama, Deklarasi Balfour
dan Kesannya Terhadap Palestin, International Journal of West Asian Studies, 2011, 3 (2), hlm. 28.
20 Lois Aroin dan Richard P. Mitchell, op, cit., hlm 170.
21 Kedourie, Elie, op. cit., hlm. 33.
hasil minyaknya yang begitu banyak.22 Dalam persetujuan Sykes-Picot ini pihak British akan
mula mentadbir selatan Iraq dan Palestine terutama di Haifa. Pihak Rusia pula berminat pada
Gereja Ortodok di Palestine dan Sazanov iaitu wakil Rusia menolak pentadbiran pihak Perancis
di Palestine. Palestine penting buat British kerana Palestine hampir dengan terusan Suez. Oleh
yang demikian, Perjanjian Sykes-Picot ini menyebabkan pihak British mendapat Palestin
dengan kawasan yang lebih besar termasuklah tempat Suci untuk pentadbiran antarabangsa.

3.1.3 Selepas Perang Dunia Pertama

Perhubungan antara Syarif Hussain dengan pihak British selepas Perang Dunia Kedua dilihat
apabila perbincangan antara kedua-dua belah pihak tersebut ditangguhkan.
Penangguhan ini adalah kerana pihak British mula berdolak dalih untuk menuruti pemintaan
Syarif Hussain dan Syarif Hussain pula tidaklah begitu menekan pihak British
atas keyakinannya terhadap pihak British. Pihak British berjanji akan membuka semula selepas
perang. Namun begitu, pihak British tidak berpegang dengan janjinya. Mereka
mengenepikan segala percaturan dengan Syarif Hussain bagi memenuhi kepentingan diri dan
sekutunya sendiri.23

Surat-menyurat antara kedua-dua pihak ini sehingga selepas perang dapat


diperincikan dengan lebih mendalam. Berdasarkan surat-menyurat antara kedua belah pihak ini,
Mcmohan tidak menyatakan dengan jelas sempadan kawasan yang dinyatakan dan hanya
menyatakan beberapa kawasan yang akan dikecualikan untuk diserahkan kepada Syarif Husain
atas kepentingan perhubungan British dengan Perancis. Pertukaran surat tersebut telah
meyakinkan Syarif Husain bahawa sokongannnya dalam pakatan Triple Entente akan
diberikan ganjaran sebuah kawasan yang terbentang di Mesir dan Persia kecuali Kuwait, Aden
dan pantai Syria yang berkepentingan untuk kuasa imperialis. Syarif Husain turut menyangka
Palestin akan termasuk dalam perjanjiannya tetapi Mcmohan menyangkal tIdak pernah
berhasrat memasukkan Palestin dalam perjanjian tersebut.24

Sharif Husain mengisytiharkan dirinya raja, namun dibantah oleh Ibn Saud. Pada
Mac 1924, selepas penghapusan jawatan khalifah di Turki, Syarif Husain menyebabkan rakyat
Arab di Hijaz, Palestine, Syria, dan Iraq mendakwanya sebagai Khalifah Islam. Hal ini

22Ibid

23 Beverley Milton-Edwards & Peter Hinchcliffe, op.cit., hlm. 7


24 Ibid., hlm. 73-76
menyebabkan berlaku persengketaan antara Ibn Saud dan Syarif Hussain dan
Syarif Hussain menuntut pihak British untuk melindunginya mengikut perjanjian yang dilakukan
sebelumya namun British tidak mengendahkannya. Akhirnya Raja Hussain dibuang
ke Jordan dan digantikan dengan Dinasti Ibn Saud yang wujud hingga sekarang. Anaknya raja
Faisal menuntut di Persidangan Paris namun dijanjikan dengan permainan politik yang licik.
Seterusnya raja Faisal dilantik menjadi raja Syria dan Iraq. Anaknya amir Abdullah menjadi raja
di Transjordan.25

4.1 Kesimpulan

Kesimpulannya, hubungan Syarif Husain dengan pihak British telah membawa kepada satu
percaturan yang merugikan orang Arab. Perhubungan inilah yang membawa
perubahan bentuk peta Asia Barat. Dengan matlamat Syarif Hussain yang ingin membina
kerajaan Arab Islam dengan menjatuhkan Uthmaniyyah, ia membawa kepada kejatuhan Syarif
Husain sendiri. Hal ini demikian kerana, perhubungan dengan British telah
menyebabkannya mendapat kawasan yang lebih kecil. Kejatuhan Syarif Husain oleh Ibn Saud
akhirnya menamatkan kekuasaannya di tanah Arab. Perhubungan Syarif Husain dengan
pihak British adalah satu percaturan yang menggambarkan cita-cita tinggi Syarif Husain
yang mempercayai pihak British. Ia turut menggambarkan pengkhianatan pihak British
terhadap janji-janji yang telah ditawarkan kepada Syarif Husain. Pengkhianatan ini
sememangnya sengaja dilakukan oleh pihak British yang berhubungan dengan pelbagai
pihak dan Syarif Husain bukanlah kepentingan utamanya pada masa tersebut yang
bergantung kepada nasihat, ketenteraan dan kewangan daripada British. Sifat tidak tegas
Syarif Husain dalam berurusan dengan British telah melanjutkan permasalahan wilayah
di Arab yang sendirinya Syarif Husain menunda kompromi dalam persuratan mereka.
Ia telah memberi impak yang besar yang secara amnya melemahkan kekuasaan orang
Arab di tanah mereka. Pihak British berterusan mengambil segala kepentingan dan
kelebihan di tanah Arab.

25 Kedourie, Elie,op. cit., hlm. 112.


RUJUKAN

Buku

Abdol Raub Yaccob. 1993. Kemelut Dunia Islam Moden I: Sejarah Campur Tangan Inggeris
di Arabia Dalam Perang Dunia Pertama. Bangi: UKM.

A.L Macfie. 1998. The End of The Ottman Empire. London: Longman.

Beverley Milton-Edwards & Peter Hinchcliffe. 2009. Jordan: A Hashemite Legacy. Kanada:
Routledge.

C.U. Aitchison. 1990. A Collection of Treaties Engagements and Sanads Relating to India and
Neighbouring Countries. Calcutta: India.

Fadlullah Jamil. 2000. Islam Di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan.
Selangor: Thinker’s Library Sdn.Bhd.

George H. Cassar. 2004. Kitchener's War: British Strategy from 1914-1916. Amerika Syarikat:
Brassey’s Inc.

Gordon Martel. 1996. The Origin of The First World War. USA: Longman Publishing.

Lois A.Aroian, Richard P. Mitchell. 1991. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kedourie, Elie. 1976. In the Anglo-Arab Labyrinth: the McMahon-Husayn Correspondence


and its Interpretations. 1914-1939. Cambridge, New York : Cambridge University Press.

Keith Robbins. 1984. The First World War The Outbreak, Events, and Aftermath,. Great Britain:
Oxford University.

Ochsenwald and William. 1984. Religion, Society, and the State in Arabia: The Hijaz Under
Ottoman Control, 1840-1908.Columbus, Ohio: Ohio State University Press.

Jurnal

Antonius dalam Ermy Azziaty Rozali dan Azmul Fahimi Kamaruzaman. 2011. Perang Dunia
Pertama, Deklarasi Balfour dan Kesannya Terhadap Palestin. International Journal of West
Asian Studies. 3 (2):28
Suleiman Mousa. 1978. A Matter of Principle: King Hussain of the Hijaz and the Arabs of
Palestine. International Journal of Middle East Studies. 9 (2):183-194.

You might also like