You are on page 1of 4

LAPORAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN

DAYA 2 KALI KE-18 TAHUN 2019

1.0 Tajuk

“Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Taman Daya 2 Kali Ke-18 Tahun 2019”

2.0 Hari, Tarikh, Masa dan Tempat

Hari : Khamis

Tarikh : 31 Januari 2019

Masa : 7.30 – 12.00 tengahari.

Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Taman Daya 2

3.0 Anjuran

Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Taman Daya 2.

4.0 Rasional

Kejohanan Sukan Tahunan ini diadakan untuk memberikan pengalaman yang


menyeluruh kepada murid Sekolah Kebangsaan Taman Daya 2 dalam menyertai acara-acara
yang dipertandingkan dalam sesuatu Kejohanan Olahraga. Selain dari itu, ia juga dapat
mencungkil bakat-bakat dalam kalangan murid dalam acara-acara olahraga iaitu acara
balapan dan juga acara padang. Kejohanan ini juga dapat mengembangkan potensi murid
secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

5.0 Objektif

Kejohanan Sukan Tahunan ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama. Antaranya
ialah :

i. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan sebagai


acara tahunan.
ii. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk
individu yang cergas dan cerdas.
iii. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga SKTD 2 dalam
mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk
menjayakannya.
iv. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang dalam
kalangan murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah-rumah
sukan.
v. Memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan.

6.0 Kumpulan Sasaran

Aktiviti ini diwajibkan kepada semua murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Daya 2
kecuali murid yang mendapat kebenaran pengecualian daripada guru besar atau murid-murid
yang mendapat pengesahan sakit atau tidak boleh menyertai acara ini daripada doktor.
Jumlah keseluruhan peserta ialah 920 orang murid.

7.0 Senarai Jawatankuasa

Rujuk lampiran A

8.0 Pelaksanaan Program

Rujuk lampiran B

9.0 Impak

a) “Output”

Murid-murid diberi pendedahan untuk mencuba acara olahraga balapan dan padang
dan juga meningkatkan semangat kesukanan dan daya saing yang tinggi dalam diri
murid. Selain itu juga, murid juga diberi peluang untuk mengetengahkan bakat
mereka terutama dalam bidang sukan olahraga lantas melatih murid untuk mencapai
tahap yang lebih tinggi seperti MSSM.

b) “Outcome”

Murid-murid yang memenangi pertandingan dalam acara masing-masing akan diberi


peluang untuk mencuba sebagai wakil sekolah dalam pertandingan Kejohanan
Balapan dan Padang MSSD Daerah Pasir Gudang untuk tahun yang berikutnya.
10.0 Isu dan Cabaran
i. Masalah kos kerana kurang bajet dan penaja luar.
ii. Jumlah acara terpaksa dikurangkan kerana masalah kos.
iii. Acara jemputan terpaksa dibatalkan kerana masalah kos.
iv. Berlaku sedikit kecelaruan dalam pemilihan pemenang anugerah olahragawan dan
olahragawati.
v. Terdapat rumah sukan yang menyerahkan borang penyertaan pada saat akhir.
vi. Beberapa orang pegawai hilang semasa tugasan mereka sedang dijalankan.
vii. Berlaku sedikit kecelaruan kerana beberapa pegawai kurang arif dalam peraturan
teknikal olahraga seperti penggunaan jam randik.

11.0 Penambahbaikan

i. Pegawai yang mengendalikan acara hendaklah terdiri daripada pegawai yang cekap
dan efisien dalam menjalankan tugas.
ii. Masalah kos boleh diselesaikan dengan mengurangkan kos perbelanjaan.
iii. Borang kepegawaian hendaklah disediakan lebih awal dan diberi penerangan kepada
pegawai yang bertugas walaupun pegawai tersebut sudah berpengalaman.
iv. Buku peraturan dan undang-undang kejohanan harus diberikan kepada hakim catatan
dalam bagi memudahkan urusan menetapkan pemenang anugerah olahragawan dan
olahragawati.
v. Borang penyertaan harus diserahkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum acara
kejohanan bermula dan tindakan akan diambil sekiranya ketua rumah tidak
menyerahkan semula borang.
vi. Pendaftaran pegawai wajib dilakukan bagi memastikan setiap pegawai berada dalam
kawasan kejohanan sebelum kejohanan bermula.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................................................ ............................................................................
(EN NAZMI BIN MOHD ISA) (PN DARA BINTI KHAMIS)
Setiausaha Sukan, Pen. Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Taman Daya 2 Sekolah Kebangsaan Taman Daya 2

Disahkan oleh,

............................................................................
(PN. AISYAH BINTI ABDULLAH)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Daya 2

You might also like