Professional Documents
Culture Documents
Cadangan Peraturan Pemarkahan Kertas 3 Bab 7
Cadangan Peraturan Pemarkahan Kertas 3 Bab 7
Badan Perundangan
...Perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan
yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan.
...Fungsi badan perundangan ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan
dan kesejahteraan rakyat.
...Parlimen merupakan badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-
undang di Malaysia.
...Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong,Dewan Negara dan dewan Rakyat.
Dewan Negara
...Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan
negara kita.
...Dewan Negara mempunyai 69 orang ahli,26 orang ahli dipilih daripada 13 buah
negeri,iaitu dua orang setiap negeri.
...Ahli ini dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada kalangan ahli DUN
...Dua orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mewakili Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang lagi mewakili Wilayah Persekutuan Labuan.
...40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu yang
telah member sumbangan yang cemerlang dalam perkhidmatan awam,bidang professional
atau bidang tertentu seperti perniagaan,perusahaan,pertanian,kesenian dan kebajikan atau
yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti orang asli.
...Ahli Dewan Negara digelar Senator dan mereka dilantik tanpa bertanding dalam pilihan
raya.
...Seorang Senator memegang jawatannya bagi tempoh 3 tahun
...Senator mesti berumur sekurang-kurangnya 30 tahun
...Taraf senator sama dengan ahli Parlimen
...Senator boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.
Dewan Rakyat
...Dewan rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam
pilihan raya umum.
...Dewan rakyat mempunyai 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di
seluruh negara.
...Tempoh jawatan bagi anggota Dewan Rakyat ialah 5 tahun
...Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal dan meluluskan undang-undang pada
peringkat Dewan Rakyat.
...Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dikenal sebagai Akta
...Undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen
...Undang-udang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri di Sarawak dan Sabah
dinamakan Ordinan
8. Rumusan
...Pengetahuan yang diperoleh
...Iktibar kepada diri,bangsa dan negara
...Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang.