You are on page 1of 15

2.8.

2 Teori pengajaran Bacaan

2.8.2.1 Teori Linguistik dalam pengajaran membaca

Terdapat banyak teori dalam pengajaran membaca. Antaranya ialah pendekatan


linguistik yang diperkenalkan oleh Bloomfield & Barnhart. Ia lebih tertumpu
kepada hubungan yang rapat di antara perkataan sebagai symbol bertulis dengan
bunyi-bunyi yang diwakili oleh huruf-huruf sebagai simbolnya. Pendekatan
linguistik ini tidak menekankan kepada bunyi fonem tunggal tetapi lebih kepada
pola fonem di dalam perkataan.

2.8.2.2 Teori Pembelajaran Kognitif dalam pengajaran membaca.

Teori pembelajaran kognitif memberi penekanan kepada pengkajian aspek


dalaman bahasa yang berada di dalam otak telah menambahkan pengetahuan kita
tentang proses-proses yang berlaku di dalam otak kita sewaktu kanak-kanak
mempelajari kemahiran membaca dan menulis. Proses membaca menurut Teori
Pembelajaran Kognitif bermula dengan makna dan berakhir dengan makna. Ini
adalah kerana kanak-kanak memperolehi bahasa secara mengingat. Seterusnya
tanda saran diperlukan bagi merangsang otak mereka bagi menggunakan
pengalaman dan pengetahuan dunia mereka dalam meramal dan merumuskan erti
yang sebenarnya.

Menurut Dechant (1977), Teori Psikolinguistik Kognitif berpendapat guru


harus mengarahkan kanak-kanak membaca tidak hanya melihat semata-mata
kepada huruf atau suku kata sahaja tetapi juga keseluruhan ayat dan mampu
mengenal segera linguistik iaitu formatif –formatif kata dan tatabahasa untuk
membentuk makna . Penguasaan membaca kanak-kanak sebenarnya boleh dilihat
secara berperingkat-peringkat. Kebolehan kanak-kanak dalam membaca
melibatkan banyak proses. Antaranya perkataan, proses penglihatan analisis
susunan huruf,pengetahuan hubungan Huruf-Bunyi,penglihatan pencerakinan dan
pembinaan fonetik, pembentukan kata, pembentukan perkataan, makna ayat,
makna perkataan dan pembentukan ayat.
perkataan penglihatan pengetahuan
analisis hubungan
susunan Huruf-Bunyi
huruf

penglihatan makna ayat Perkataan Perkataan


pencerakinan dan 1 2
pembinaan
fonetik Pembentukan ayat

makna
perkataan

pembentukan
kata

Rajah 2.1 Model peringkat Penguasaan Membaca Robert C.Calfee

Sumber: Robert C.Calfee 1975

2.8.3 Model bacaan

Edmund Huey (1968) menyatakan bahawa “bagi menganalisis sepenuhnya, apa


yang kita baca seolah-olah kita hampir ke puncak pencapaian apsychologist’s. Di
mana dapat menghuraikan perkara rumit yang berlaku dalam pemikiran manusia.
Kita juga perlu mengambil kira mengapa guru perlu mempertimbangkan
model-model membaca. Kajian menunjukkan bahawa kepercayaan kuat seseorang
guru mengenai proses bacaan dikesan menerusi apa yang diajar dan bagaimana ia
diajar (Shavelson & Stern ,1981). Secara lebih terperinci, Pearson & Kamil
(1978) berpendapat model bacaan pegangan guru memberi kesan kepada jenis
aktiviti yang dipilih oleh guru dalam mempreskripsikan (prescribes) kepada
pelajarnya.

Sebagai contoh jika seseorang guru percaya bahawa proses bacaan bermula
dengan terteranya perkataan dan diikuti kemudiannya dengan makna. Beliau
kemudiannya akan menekan asas kemahiran mengenal huruf (decoding).

Jika seseorang guru percaya bahawa membaca adalah asas dalam pencarian
makna, beliau akan mengajar pelajarnya dalam pencarian makna. Mereka akan
mengajar pelajarnya membuat hipotesis tentang apa yang dijangkanya kemudian.
Barr’s (1975) dalam kajiannya mendapati guru sering berubah-ubah kaedah
pengajarannya dan melibatkan sejumlah masa bagi mengelompokkan amalan
pengajaran berkaitan membaca ini.

Ini disebabkan mereka mempunyai kepercayaan berbeza-beza mengenai


proses membaca dan bagaimana ia seharusnya diajar serta diperkukuhkan.
Contohnya guru-guru yang berpegang kepada model pengajaran bacaan yang
berdasarkan kepada orientasi pemahaman( comprehension oriented ) akan lebih
daripada orientasi mengenal huruf. Yang mana pengumpulan pelajar adalah
kepada asas aktiviti bacaan dan bukan kepada pengajaran berkaedah fonik.
Di sini terdapat empat pandangan berkaitan membaca atau empat model
membaca, iaitu Model Bottom-up, Model Top-down, Model Interaktif dan Model
Production-system (Model Sistem Pengeluaran).

1) Model Bottom-up
Menurut Robert T. Rude & William J.Oehlkers (1984), Model Bottom-up
diperkenalkan oleh Philip Gough(1972). Andaiannya ialah penghasilan maklumat
adalah daripada unit yang paling kecil kepada yang lebih besar. Gough(1976) juga
dikenali sebagai penyokong utama pendekatan ini. Ringler dan Weber (1984)
mencirikan Model Bottom-up Gough’s sebagai proses yang menghasilkan
langkah demi langkah dalam menuju ke peringkat yang lebih tinggi. Berubah
daripada megecam huruf kepada mengenali peringkat fonem (phonem),
seterusnya mengecam perkataan, untuk ciri sintaksis dan semantik. Pembaca
menggunakan maklumat di satu peringkat dan bergerak ke peringkat lain.
Perlakuan membaca yang bertatih “ brick by brick” iaitu menerusi huruf demi
huruf, perkataan demi perkataan, dan akhirnya membina pemahaman.
“penglihatan mata” “Penguasaan”

Sistem SistemVokal
Visual
system

ikon
Skrip/Script

sken Mengenalpasti Editor Peraturan


bentuk yang rutin fonologi
rules

Menerima TPWSGTAU
bentuk-bentuk

Peraturan
direkodkan Buku kod Merlin
Sintaktik&
Simantik

Rakaman Librarian/ tempat


fonemik simpanan Memori primer

Leksikon/minda

Rajah 2.2 Proses membaca menurut pendapat Philip Gough (1972).

Sumber: Philip Gough 1972


Menurut Gough, membaca bermula apabila penumpuan mata terhadap apa
yang tertera atau tertulis(print) didepannya. Ia membahagikan kepada beberapa
langkah.

Langkah pertama, ini adalah peringkat atau fasa mengenalpasti huruf.


Diperingkat ini, akan tergambar secara ringkas tentang huruf. Kemudiannya
pengenalpastian ini meningkat kepada 20 huruf, dapat dikenalpasti dalam masa
yang singkat, dan imej atau icon ini akan terus berubah. Berlakulah proses
mengenalpasti huruf.

Langkah kedua, perubahan terus berlaku. Di sini pembaca membuat pemetaan


terhadap huruf berdasarkan fonem/phonemes atau dalam bentuk bunyi.

Langkah ketiga, pada peringkat phonemic/fonemik, representasi fonemik


akan disesuaikan dengan kata dalam kamus minda/lexicon. Proses makna lexicon;
makna bagi setiap perkataan akan menjadi lebih baik dari masa ke semasa. Satu
perkataan bagi satu masa dan ia mempunyai kaitan. Makna ini akan berada
diingatan.

Langkah keempat, sementara menunggu ia disusun dalam bentuk ayat dalam


ingatan sementara atau kekal. Ia akan disimpan sebagai maklumat buat beberapa
ketika. Pada bahagian ini Merlin, suatu istilah bagi sesuatu proses yang beroperasi
di rangkaian kata/perkataan cuba menunjukkan makna atau struktur dalaman
daripada sesuatu ayat. Proses ini lebih kompleks daripada berurusan dengan kata-
kata individu. Bagaimanapun pembaca perlu mengambil kira tatabahasa di dalam
petikan bagi membolehkannya dapat difahami.

Jika Merlin dapat memberi makna kepada sesuatu ayat, ayat tersebut akan
dikatakan sebagai TPWSGWTAU(The Place Where Sentences Go When They are
Understood/ Menempatkan ayat ditempat seharusnya ia perlu berada apabila
mereka memahaminya).
Langkah kelima, sekali lagi Gough mencari jalan penyelesaian keluar kepada
bahasa imaginatif apabila terdapat hubungan atau kaitan yang agak kecil didapati
ketika memproses teks.

Langkah enam, langkah terakhir ialah Skrip- dalam kaedah fonologi,


peringkat menjadikan ayat yang akan diucapkan mempunyai makna dan kepada
ucapan yang boleh digunakan. Pembaca membuat pilihan membuat bacaan
secara lisan.

Model ini bermula dengan huruf, bergerak kepada unit yang lebih tinggi,
perkataan/kata , ayat dan seterusnya berakhir dengan makna. Ia juga dikenali
sebagai plodder (Rozin & Gleitman, 1977), outside-inside(Smith 1979) dan data-
driven (Bobrow & Norman, 1975).

2) Model Top–down

Sebelum 1960an, terdapat pandangan yang mengatakan membaca adalah


proses yang hanya melibatkan urutan dan perincian dalam mengenal huruf, ejaan
perkataan, bentuk, dan besar atau kecil ukuran unitnya. Kenneth Goodman(1973)
mencabar pandangan ini. Beliau telah membangunkan teori bacaan dengan
mengkaji kesalahan atau “miscues” dalam bacaan kuat kanak-kanak. Model Top–
down berlawanan dengan Model Bottom-up. Dia menyedari bahawa apabila
kanak-kanak membaca bagi mendapatkan makna, mereka akan melakukan
kesalahan yang mana ia merupakan perkara yang logik tetapi tidak berkaitan
dengan apa yang mereka baca. Sebagai contoh ayat “The family lived in a large
three – story house”. Seorang pelajar membaca “ home” kepada “house”. “The
auto raced down the street” dibaca oleh pelajar “ The car raced down the street”.
Ayat seterusnya “ The man runs every day to prepare for the marathon”tetapi
dibaca oleh pelajar “The man, he run every day to prepare for the marathon ”.
Beliau menjelaskan bagaimana keadaan ini berlaku. Bagi contoh kesalahan
pertama, pelajar menganggap perkataan yang diberikannya itu sebagai perkataan
yang betul. “Home” sememangnya menjelaskan tentang “House”. Mereka tidak
meletakkan “Horse” yang begitu hampir ejaannya dengan “House”. Dari segi
simantik, ia mempunyai makna yang sama. Bagi contoh kesalahan kedua,
perkataan “car” digunakan bagi menggantikan perkataan “auto”. Ia
sememangnya sinonim dengan perkataan “car”. Bagi contoh kesalahan ketiga, di
mana pembaca memasukkan perkataan yang tidak ada di dalam teks iaitu “ he”
dan membuang “s” daripada perkataan “run”.

Ken Goodman(1967) mempunyai teori tentang ketiga-tiga kesilapan pelajar


ini dan membolehkan kita memahami bagaimana ia terjadi. Satu daripada
penjelasannya melibatkan lebih daripada apa yang dilihat oleh mata. Proses
membaca mengikut pandangan ini, bukan sahaja melibatkan apa yang tertera
(print) tetapi juga melibatkan sumber maklumat yang tidak dapat dilihat. Ini
termasuklah pengalaman seseorang individu dan “ conceptual background” yang
baik yang membolehkan dia memahami peraturan dalam bahasa.

Dalam dua contoh terawal, pelajar mengetahui makna perkataan dan


sinonimnya. Dalam kes pertama, “ home” sememangnya digambarkan sebagai
sebagai “ house”. Pelajar itu mungkin dipengaruhi oleh grafik atau bunyi yang
hampir sama bagi kedua-dua perkataan tadi. “car” kepada “auto” pula dapat
dilihat dari segi maksud ayat tersebut memberi lebih pengaruh lebih daripada
aspek visual perkataan itu. Pelajar juga telah menukarkan perkataan “ runs”
kepada “run” dan membuat penambahan perkataan kepada ayat tersebut. Ini pula
disifatkan sebagai pengaruh dialek.

Berdasarkan interpretasi psikolinguistik ini terhadap proses membaca,


dapatlah dikatakan bahawa membaca bukan semestinya bermula dari apa yang
tertera atau tertulis. Ia dikatakan bermula dengan pengetahuan bahasa pembaca itu
sendiri. Pelajar memulakan bacaannya dengan tujuan spesifik sebagaimana
jangkaan atau tafsirannya.

Proses ini adalah melibatkan maklumat yang tersimpan di dalam struktur


kogitif. Maklumat yang tidak kelihatan ini juga dipanggil sebagai pengetahuan
dan dikategorikan kepada empat:-

i) Semantic/Simantik (makna).
ii) Syntactic/Sintaktik (kaitan antara perkataan di dalam ayat yang berdasarkan
tatabahasa pembaca).
iii) Orthographic/Ortografik (kaitan antara setiap huruf di dalam perkataan).
iv) Phonological/fonologikal (peraturan yang mana pengucapan perkataan itu
disebut).

Maklumat simantik ini boleh dilihat berdasarkan tiga cara iaitu:-


i) Concepts/konsep (dog, human, trust).
ii) Generalizations/generalisasi ( “human can be aggressive”, “ tigers are
carnivorous”).
iii) Relationships/perkaitan (Bagaimana biri-biri dikaitkan dengan kambing).

Maklumat berkaitan simantik juga melibatkan perbendaharaan kata bagi satu-


satu idea. Penutur memahami bagaimana untuk meletakkan objek di satu-satu
tempat. Syntak/sintak atau perkataan yang memainkan peranan penting dalam
proses membaca. Dalam ayat “ The teacher helped the student”, “teacher” adalah
subjek dan “student” adalah objek. Berdasarkan kedudukannya di dalam ayat.
Maknanya juga turut berubah jika ditukar kepada “ The student helped the
teacher”.

Ken Goodman (1967) sedar bahawa kanak-kanak menggunakan maklumat


berdasarkan skemanya(schemata) dalam membuat tafsiran daripada bergantung
kepada maklumat berkaitan huruf atau perkataan. Dengan lain perkataan,
membaca merupakan carian kepada makna atau proses memadankan maklumat di
dalam teks dengan pengetahuan yang ada pada pembaca. Model ini meletakkan
proses membaca bermula iaitu peringkat skema (schema level). Skema merupakan
struktur mental di mana individu menyusun maklumat dan pengalaman yang
diperolehi hasil daripada interaksi dengan persekitarannya. Struktur mental
berubah dan boleh disesuaikan semasa berlakunya perkembangan mental dan
pembelajaran. Skema digunakan untuk mengenal pasti, memproses dan
menyimpan maklumat yang mengalir masuk malah boleh diertikan sebagai
kategori-kategori di mana individu mengelas dan menyimpan maklumat spesifik
serta pengalaman. Skema sebagai struktur perkembangan kognitif berubah
menerusi proses asimilasi dan akomodasi. Bermula dengan peringkat skema dan
seterusnya peringkat yang paling bawah iaitu mengenal huruf sebagaimana yang
terdapat di dalam rajah 2.3.

Peringkat Analisis
skema

Peringkat penentuan
Analisis

Analisis Sintaktik

Mengenalpasti perkataan

Analisis Fonemik

Mengenalpasti Huruf

Rajah 2.3 Model Membaca Top Down, oleh Ken Goodman (1967)
Sumber: Ken Goodman 1967
Pembaca membuat tekaan/tafsiran dengan menggunakan pengetahuannya
yang banyak. Aliran maklumat ini adalah dari atas ke bawah. Sebagaimana yang
diterangkan oleh Ken Goodman (1967), dimana membaca adalah permainan
tekaan psikolinguistik. Ia melibatkan interaksi antara pemikiran dan bahasa.
Bacaan yang berkesan bukan terhasil daripada tanggapan, ataupun identifikasi/
mengenalpasti kesemua elemen. Tetapi daripada penggunaan kemahiran yang
sedikit,dan prokduktif , dapat membuat tekaan atau tafsiran yang betul pada kali
pertamanya. Keupayaan untuk membuat tafsiran, jangkaan ini tidak dapat dilihat
dan sememangnya penting dalam proses membaca. Model Top-down juga
dipopularkan oleh Frank Smith (1975). Ia juga dikenali sebagai Top-down
(Kamil,1975), Explorer (Rozin& Gleitman1977), Conceptually driven (Bobrow &
Norman,1975), inside-out (Smith,1979).

3) Model Interactive/Interaktif

Ketika perdebatan antara Model Bottom-up dan Top- down, satu model baru
telah dibina iaitu model interaktif. Pada dasarnya, model interaktif meletakkan
pembaca sebagai pengguna kepada kedua-dua model ini apabila membaca.
Rumelhart (1977) adalah orang yang mula membina model interaktif. McNeil
(1984) menerangkan interaksi antara proses Model Bottom-up dan Top down
dengan cara yang begitu. Proses Top–down berguna untuk mengaktifkan skema
dan digunakan apabila membuat jangkaan/tafsiran dalam pembacaan dan
membuat keputusan. Objektif pembaca dan jangkaannya amat berpengaruh
kepada apa yang dibaca dan dipilih untuk dibaca. Bezanya, proses Model Bottom-
up berlaku apabila pembaca berdepan dengan teks dan mencari struktur skema
yang boleh dipadankan dengan maklumat baru. Pembaca akan mengarahkan
maklumat daripada Bottom up menggantikan jangkaan awalnya dengan satu
isyarat baru daripada teks.
Dengan kata lain, Model Interaktif menyatakan pembaca biasanya bermula
dengan satu pendekatan dan jika ini tidak berjaya, pembaca akan bertukar kepada
pendekatan yang lain. Bagi menggambarkan interaksi antara Model Bottom-up
dan Top-down, cuba fikirkan tentang perumpamaan atau contoh ini. Prosedurnya
amat mudah. Pertama sekali letakkan sesuatu benda mengikut kumpulan yang
berbeza. Sememangnya satu timbunan mungkin cukup bergantung kepada berapa
banyak yang diperlukan di sana untuk dilakukan. Sekiranya anda perlu pergi ke
tempat lain untuk mendapatkan kemudahan lain, ini adalah langkah lain yang
seterusnya ataupun akibat kekurangan kemudahan yang anda ada.

Adalah penting membuat sesuatu bukan secara berlebih-lebihan. Adalah lebih


baik melakukan beberapa perkara daripada melakukan satu perkara dengan
banyak. Dalam jangka pendek, ia mungkin kelihatan tidak penting tetapi
komplikasi atau kerumitan boleh timbul dengan mudah. Kesilapan itu akan
menjadi semakin memberi kesan. Pada mulanya keseluruhan prosedur kelihatan
rumit. Selepas prosedur itu siap, susun semula material dalam kumpulan yang
berbeza sekali lagi. Mereka boleh diletakkan di tempat yang bersesuaian.
Akhirnya mereka akan boleh gunakannya sekali lagi. Kitarannya boleh diulang
lagi (Bransford & Johnson,1973).

Anda diberi petikan yang tidak anda ketahui. Anda mungkin bermula dengan
strategi Bottom-up. Ketika membaca, anda mencari skema untuk mentafsir
petikan. Dengan beberapa saat, anda mungkin menghasilkan beberapa bilangan
kemungkinan skema bagi mentafsir petikan yang hampir sama dengan skema
prosedur lain yang diketahuinya. Kemudian, bagi mengesahkan hipotesisnya,
anda akan menggunakan pendekatan Top-down. Anda meneruskan pembacaan
sehingga anda sedar anda telah memilih satu skema yang tidak sesuai. Kemudian
anda menukarkannya kepada Model Bottom-up untuk mencari skema lain pula.
Anda mungkin membaca keseluruhan perenggan secara berterusan dan
menggunakan strategi Model Top-down dan Bottom up dalam membuat
pembacaan.
4) Model production-system/sistem pengeluaran

Model lain pula ialah Model Production-system (Model Sistem pengeluaran).


Ia merupakan satu cara yang berbeza dalam melihat bacaan. Model Production-
system merupakan model bacaan yang berasaskan kepada “artificial
intelligence” yang dikemukakan oleh John Anderson (1983). Anderson
berpendapat, kita menyimpan maklumat dalam struktur kognitif yang dipanggil
“production”. Ia beroperasi di dalam minda sebagaimana program komputer.
Anderson berpendapat kita mempunyai production atau pengeluaran yang
membolehkan kita melakukan tugasan yang mudah dan juga tugasan yang
kompleks. Tugasan yang kompleks dapat diselesaikan dengan meletakkan
pengeluaran yang tinggi bersama-sama dan menjadi satu rangkaian pengeluaran
ataupun production-system.

Robert J.Marzano et al (1987), Membaca merupakan satu proses yang


kompleks yang memerlukan satu production indivividu dihubungkan dengan
sistem yang kompleks. Perbezaan penting yang dibuat oleh teori Production-
system ialah antara prosedur dan maklumat, yang perlu bagi menjalankan
prosedur. Sebagai contoh prosedur:

Jika: orang 1 adalah ayah kepada orang 2


Dan orang 2 itu adalah ayah kepada orang 3
Kemudian orang 1 adalah datuk kepada orang 3

Bagi menyelesaikankan production ini, seseorang individu itu mesti tahu (a)
konsep seseorang ayah, datuk dan (b) keadaan perkaitan tindakan di kalangan
production/pengeluar. Dengan kata lain, seseorang individu perlu tahu maklumat
fakta dan strategi bagi menggunakan maklumat fakta. Secara teknikal, maklumat
fakta adalah sesuatu yang merujuk kepada deklarasi/pengisytiharan maklumat;
strategi bagi menggunakan deklarasi maklumat dipanggil prosedur maklumat.
Deklarasi maklumat mengandungi siapa/ apa / bila / kenapa /berkait dengan fakta.
Prosedur menerangkan kepada kita tentang hakikatnya. Keduanya saling
berkaitan. Prosedur terbina berdasarkan fakta. Tanpanya tidak akan wujud
prosedur.

Bagi mencapai tujuan, perlu ada saling mempengaruhi antara sistem


production, deklarasi dan maklumat prosedur. Ini adalah perkara yang sebenarnya
tentang bacaan. Saling mempengaruhi antara strategi untuk memahami perkataan
yang tertera dan keperluan maklumat fakta bagi mengaktifkan strategi. Tanpa
kedua-dua komponen itu, aktiviti membaca adalah menjadi tidak berkesan.

You might also like