You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT ALPHONSUS ,

KM1, JALAN JANTING ,

96600 JULAU

_________________________________________________________________________________________

KERTAS KERJA

PERMOHONAN MEMBELI BAJU JERSEY


BAGI PASUKAN SEKOLAH
SK SAINT ALPHONSUS(M), JULAU
PERMOHONAN PEMBELIAN BAJU JERSEY UNTUK PASUKAN SEKOLAH

1.0 RASIONAL

Baju Jersey ini amat diperlukan untuk menyertai pertandingan memandangkan sekolah hanya
mempunyai 1set baju jersey sahaja. Disamping itu juga baju jersey yang ada di sekolah tidak
lengkap dan saiz baju yang agak besar menyukarkan murid untuk memakai dengan selesa.
Baju jersey ini akan digunakan oleh pasukan sekolah seperti pasukan olahraga, pasukan bola
jaring dan pasukan bola sepak bagi menyertai pertandingan. Pembelian baju jersey ini juga
penting apabila sekolah menyertai kejohanan yang melibatkan kategori pasukan lelaki dan
kategori pasukan perempuan di mana 2 set baju jersey diperlukan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menyediakan keselesaan kepada pemain


2.2 Menyertai banyak kejohanan dalam satu masa
2.3 Menyediakan kemudahan kepada pemain
2.4 Dapat menyertai pertandingan bagi dua kategori pada satu masa di mana terdapat pasukan
lelaki dan pasukan perempuan.

3.0 SASARAN

Semua Pasukan Sekolah (Pasukan Olahraga, Pasukan Bola Jaring, Pasukan Bola Sepak)

4.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL BARANG UNIT JUMLAH

1 1 set baju jersey pasukan lelaki 1 set RM800.00

2 1 set baju jersey pasukan perempuan 1 set RM800.00


3 Sarung Tangan Penjaga Gol 3 set RM150.00
JUMLAH RM1750.00
7.0 PENUTUP

Diharapkan kejohanan yang akan disertai dapat melahirkan ramai bakat-bakat baru yang
mampu membawa cabaran SK Saint Alphonsus(M) di masa akan datang serta mampu
mencipta kejuaraan terbilang.Semoga dengan usaha yang dilaksanakan ini akan sentiasa
menjulang nama SK Saint Alphgonsus ke persada antarabangsa dari masa ke semasa.

Disediakan Oleh :

(CIK NOR AMALINA BINTI AHMAD)

Setiausaha KoKurikulum
SK Saint Alphonsus(M)

Disahkan Oleh:

(ENCIK ZAMERENE BIN RUIN)


Guru Besar
SK Saint Alphonsus(M), Julau

You might also like