You are on page 1of 6

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Definisi

RPI adalah satu perjanjian/


persetujuan di antara pemberi perkhidmatan dan kanak-kanak terlibat dan ibu
bapa/penjaga. Pemberi perkhidmatan bersetuju menyediakan perkhidmatan pendidikan yang
khusus yang memenuhi keperluan pendidikan kanak-kanak tersebut.

Prinsip Keberkesanan RPI

i. Pemilikan/ownership

- ibu bapa & kanak-kanak dgn pihak sekolah di bawah Kem. Pendidikan

ii. Tanggungjawab

Hanya pihak yang terlibat dgn kanak-kanak serta keluarganya


shj yg terikat kepada perjanjian yang telah dipersetujui dlm RPI.

Semua pihak patuh kpd perkara yg telah dipersetujui.

Tiada pihak yg harus bertanggungjawab menyediakan


perkhidmatan yg tidak dinyatakan dalam RPI.

iii. Ketelusan

Semua pihak terlibat diberi:

- peluang yg sama utk beri pandangan


- peluang yng sama melihat dan menyemak rekod murid
- melihat proses perkembangan dan hasil dimaklumkan kepada ibu bapa

iv. Kebolehpercayaan

- Peranan semua pihak dinyatakan dengan jelas


- Penilaian dan semakan perancangan dan hasil harus diberitahu, sah, boleh dipercayai dan
telus kpd semua yg terlibat
- Matlamat sesuatu perancangan hendaklah dinyatakan dgn jelas

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU ( RPI )

MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN


(Langkah-langkah)

Langkah 1
Kenal pasti murid

Berdasarkan maklumat yg didapati guru boleh menilai dan mengenal pasti seseorang
murid itu memerlukan bantuan pendidikan individu atau tidak melalui pemerhatian yang
dijalankan.

Langkah 2

Maklumat murid

Mendapatkan maklumat latar belakang murid:

Rekod/fail

i. maklumat psikososial pendidikan – pencapaian akademik & tingkah laku

ii. maklumat perubatan

iii. maklumat persekitaran – tempat tinggal, sejarah keluarga, tingkah laku murid
di rumah, temuduga keluarga, peg perubatan, terapis,dan pegawai kebajikan yg pernah
dijlnkan
Langkah 3

Analisis keputusan dan penentuan calon dan membuat Hipotesis

Berdasarkan pemerhatian dan rekod maklumat guru membuat penilaian/analisis dengan


mengambil kira;
 adakah hipotesis awal telah buat oleh pihak lain spt guru atau pakar
 membuat penilaian kelebihan dan kelemahan murid berkenaan
 maklumat yang terlalu lama atau baru sblm membuat sesuatu keputusan/taksiran
 program yg telah disediakan oleh pihak sek. or guru kelas, jika ada

 sesetengah maklumat mungkin tidak terperinci & pen.lanjut


diperlukan. Perancangan x boleh dibuat dgn maklumat yg ada
 jika tiada maklumat mengenai murid, orang yang pertama perlu dirujuk adalah
guru sebagai permulaan. Jadi hipotesis x dpt dibuat dan penilaian harus dimulakan
terhadap murid tersebut
 jika maklumat lengkap telah diperolehi, guru boleh membuat satu hipotesis
mengenai kelebihan dan kelemahan murid utk dijadikan panduan merancang satu
program pendidikan murid berkenaan
Langkah 4

Menilai kelebihan dan kelemahan individu

Pada peringkat ini satu proses penilaian blh dijlnkan utk menilai sejauh mana ketepatan
hipotesis awal yg telah dibina boleh diterima atau perlu disemak semula atau diubah
suai melalui maklumat yg diperolehi.

Jika maklumat awal mencukupi dan hipotesis awal masih relevan dgn keperluan murid,
guru x perlu menilai semula maklumat yg ada utk membina H baru. Guru blh terus ke
langkah seterusnya iaitu proses penilaian kaedah dan bahan pengajaran.

Jika maklumat x lengkap & maklumat baru diperlukan, guru blh gunakan maklumat dari
penilaian umum (global) dan khusus utk membuat H.

a) penilaian umum

bertujuan utgk membantu mengenal pasti dgn lebih mendalam apakah yg mungkin
mempengaruhi pemb. seseorang murid. Maklumat itu adalah mengenai cara bagaimana
pel itu belajar.

Dari maklumat ini guru blh mendapat maklumat sama ada murid berkenaan mengalami
masalah kecerdasan mental (IQ),keluarga, tingkah laku dsb.

b) Penilaian khusus

Boleh diperolehi selepas mendapat maklmat penilaian global. Ada 4 elemen penting;

i. Analisis kurikulum

 utk menentukan apakah yg kanak2 perlu ketahui or pelajari


 maklumat diperolehi melalui kurikulum sedia ada yg digunakan guru dan
kurikulum p. Khas. Guru blh menilai keupayaan murid berdasarkan kurikulum yg
digunakan
 maklumat lebih khusus didapati dgn menilai kesesuaian umur atau kemampuan
murid dgn kaedah dan bhn peng. yg disediakan.

ii. pemerhatian dalam kelas

 bantu mengetahui pencapaian or perkembangan tingkah laku


 dpt mengetahui sejauh mana murid menghabiskan masanya thp kerja,
menumpukan perhatian terhadap pelajaran atau menunjukkan TL yg negatif or positif
semasa dlm kelas

iii) Temu bual

 utk mengetgahui lebih dekat lagi ttg murid itu


 tanya cara yg digemari utk mempelajari sesuatu

iv) analisis contoh kerja

 melihat contoh kerja murid utk mengetahui pencapaian dlm kelas

Langkah 5

Hipotesis baru

Jika H awal kurang tepat dan guru perlu membuat H baru

Berdasarkan maklumat yg diperolehi guru membina H baru dgn menyatakan kelebihan


dan kelemahan murid dalam sesuatu kemahiran – 3 M

Langkah 6

Penilaian kaedah dan bahan pengajaran

Setelah semua maklumat diperolehi, dinilai, dan H baru dibina, guru mula memikirkan ttg
kaedah dan cara bhn pengajaran yg sesuai digunakan utk PnP murid berkenaan.

Sebelum menyediakan RPI sebenar, satu siri percubaan harus dijlnkan atas kaedah dan
bahan yg dipilih utk melihat keberkesanannya.

Rancangan pengajaran percubaan disediakan berdasarkan H yg dibina dgn menilai


kelemahan utama dlm 3M dan menaakul.

Akhirnya guru menilai keberkesanan percubaan yg telah dijalankan. Guru boleh


membuat pengubahsuaian

Hasil siri percubaan hendaklah dikemukakan kpd semua ahli yg terlibat dlam membentuk
RPI murid berkenaan.

Langkah 7

Penyediaan RPI

Matlamat:

memenuhi keperluan tertentu individu


dirancang utk membantu knk-knk utk mencapai dan mengekalkan keupayaan yg
l/kurang atau hampir seimbang dgn rakan sebaya normal

dirancang utk melibatkan penjaga, murid, guru, & org yg berkaitan dlm proses membantu
knk2 tersebut

dirancang utk menyediakan tjawab profesional kpd knk2 b. Khas

Langkah 8

Pelaksanaan dan pengurusan program

Perlu mengambil kira pelbagai faktor yg mungkin timbul

Ada berlaku di mana sewaktu sesi percubaan kaedah yg digunakan berkesan ttp
sebaliknya apabila program sebenar dilaksanakan kaedah tersebut tidak berkesan.

Polloway et.al (1989) mencadangkan:

i. guru memberi tumpuan kpd satu objektif peng. dlm satu jwaktu yg telah
ditetapkan. Ini akan membantu guru memberi tumpuan dan penilaian thdp kemajuan
yg sesuatu bidang kem. yg diajar

ii. pd akhir PnP guru catat perkara2 penting yg berlaku dlm proses PnP termasuklah
keberkesanan bhn dan kaedah pengajaran, pencapaian murid, dan kesukaran atau
masalah yg dihadapi

iii. keadaan kelas yg kondusif

iv. RPI bkn bermaksud murid berkenaan diajar secara individu ttp kemajuan dan
kelemahan murid itu dinilai secara individu. Oleh itu, pada akhir peng. guru akan menilai
sejauh manakah keupayaan murid itu mencapai kemahiran yg diajar

v. Guru mencatat pencapaian murid dlm rekod peribadi mereka. Murid yg


menunjukkan prestasi yg baik diinklusifkan ke kelas normal

Langkah 9

Penilaian program

Guru dan ahli jkuasa pelbagai disiplin akan membincangkan sejauh mana pencapaian
murid berkenaan

Membuat penilaian semula ke atas kaedah dan bahan, isi kandungan, dan jmasa
pengajaran
Dilakukan berterusan sepanjang program

You might also like