You are on page 1of 12

PANTUN EMPAT KERAT

(MUAFAKAT)
Indah sungguh warna pelangi,
Tidak luput hingga senja;
Ke lurah sama diharungi,
Usaha bersama membawa bahagia.

Buah salak di dalam kantung,


Kulitnya keras isinya kelat;
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Turun ke paya memetik kangkung,


Hati-hati terkena getahnya;
Bergotong-royong penduduk sekampung,
Hidup muafakat hidup bahagia.
Beras segantang sudah disukat,
Lalu disimpan di atas para;
Andai seluruh masyarakat muafakat,
Negara damai rakyat sejahtera.

Sawah padi luas terbentang,


Kuning keemasan indahnya maya;
Percaya-mempercayai asas berpegang,
Barulah muafakat kekal selamanya.

Harum sungguh bunga melati,


Hiasan sanggul amat memikat;
Bertolak ansur, hormat-menghormati,
Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat.
Maksud Pantun
Rangkap 1: Kesungguhan bersama-sama menghadapi
susah senang akhirnya akan membawa kejayaan.

Rangkap 2: Manusia akan bersatu padu apabila


bermuafakat.

Rangkap 3: Sikap bekerjasama dan bergotong-royong


perlu menjadi amalan bagi menjamin kebahagiaan hidup.
Rangkap 4: Negara akan damai dan kehidupan rakyat akan
aman sejahtera sekiranya nilai bermuafakat diberikan
keutamaan.

Rangkap 5: Persefahaman akan berkekalan dalam


kalangan anggota masyarakat sekiranya mereka
berpegang kepada sikap saling mempercayai.

Rangkap 6: Perpaduan akan dapat diperkukuh andainya


sikap tolak ansur dan hormat-menghormati diamalkan.
Hidup bermuafakat menjamin
kesejahteraan.
i. Kepentingan amalan bergotong-royong.
Contoh :Bergotong-royong penduduk sekampung,
Hidup muafakat, hidup bahagia.

ii. Sikap saling mempercayai asas permuafakatan.

Contoh :Percaya-mempercayai asas berpegang,


Barulah muafakat kekal selamanya.

iii. Sikap toleransi mengukuhkan perpaduan.

Contoh :Bertolak-ansur hormat-menghormati,


Mengukuh perpaduan, ikatan muafakat.
i. Mempunyai 6 rangkap.

ii Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap.

iii Dua baris di atas merupakan pembayang dan dua baris di bawah merupakan
maksud.

iv Jumlah perkataan antara 3 hingga 4 perkataan sebaris.

Contoh: ke lurah sama diharungi. (3 perkataan – rangkap 1)

Contoh: indah sungguh warna pelangi. (4 perkataan – rangkap 1)

v Terdiri daripada 9 hingga 13 suku kata sebaris.

Contoh: ke/ lu/rah/ sa/ma/ di/ha/ru/ngi/ ( 9 suku kata – rangkap 1)

Contoh: per/ca/ya/ mem/per/ca/ya/i/ a/sas/ ber/pe/gang/ (13 suku kata – rangkap 5)

vi Rima akhir abab.


i. Asonansi – Pengulangan vokal a Contoh: usaha bersama membawa bahagia.

a. Aliterasi – Pengulangan konsonan k Contoh: kulitnya keras isinya kelat

b. Anafora: Pengulangan perkataan ‘bulat’ pada awal baris

Contoh: Bulat air oleh pembetung, Bulat manusia oleh muafakat

ii. Peribahasa Contoh: Bulat air oleh pembetung, Bulat manusia oleh muafakat

iii. Repitisi – Pengulangan perkataan ‘hidup’ dalam satu baris.

Contoh: Hidup muafakat hidup bahagia

iv. Inversi – Pembalikan kata

Contoh: bergotong-royong penduduk sekampung sepatutnya penduduk sekampung


bergotong-royong

vii Unsur alam

Contoh: Tumbuhan - kangkung, bunga melati Alam – paya, sawah padi


i. Nilai bekerjasama. Amalan bermuafakat dan bekerjasama
dalam kalangan penduduk kampung melahirkan kehidupan
yang sejahtera.

Contoh :Andai seluruh masyarakat muafakat,Negara damai,


rakyat sejahtera.

ii. Nilai semangat bermasyarakat. Masyarakat yang percaya


mempercayai akan dapat mengukuhkan perpaduan. Contoh
:Percaya-mempercayai asas berpegang, Barulah muafakat
kekal selamanya.

iii. Hormat-menghormati. Masyarakat yang saling


menghormati dapat memperkukuhkan perpaduan.

Contoh : Bertolak-ansur hormat-menghormati,Mengukuh


perpaduan, ikatan muafakat.
i. Kita haruslah bekerjasama dalam melakukan sesuatu
pekerjaan.

Contoh : Ke lurah sama diharungi,Usaha bersama membawa


bahagia.

ii Kita hendaklah saling mempercayai antara satu sama lain.

Contoh : Percaya-mempercayai asas berpegang,Barulah muafakat


kekal selamanya.

iii Kita perlulah saling menghormati dalam kalangan


masyarakat.

Contoh : Bertolak-ansur hormat-menghormati, Mengukuh


perpaduan, ikatan muafakat.
Boleh dapati nota ini di blog;
AkhiAhmad14.blogspot.com
Sekian Terima Kasih….

You might also like