You are on page 1of 176

PRINSIP EKONOMI

ISI KANDUNGAN

RANCANGAN KERJA Halaman


 Hasil Pembelajaran vi
 Sinopsis Kursus vi
 Kaedah Pengajaran vi
 Penilaian vi
 Rujukan vii

BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI


1.1 Ekonomi 1
1.2 Kekurangan 1
1.3 Mengapa Ekonomi suatu Sains? 2
1.4 Mikroekonomi dan Makroekonomi 2
1.5 Pilihan dan Tukar Ganti 3
1.6 Keluk Kemungkinan Pengeluaran 4
1.7 Kecekapan lawan Keadilan 6
1.8 Tiga persoalan ekonomi yang besar 6
1.9 Sistem Ekonomi 7

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN


2.1 Pasaran 9
2.2 Permintaan 9
2.3 Penentu Permintaan yang Lain 10
2.4 Permintaan Individu dan Permintaan Pasaran 13
2.5 Perubahan dalam kuantiti yang diminta dan perubahan dalam permintaan 13
2.6 Penawaran 14
2.7 Penentu Penawaran yang Lain 15
2.8 Perubahan dalam kuantiti yang ditawarkan dan perubahan dalam penawaran 16

i
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

2.9 Keseimbangan dan Ketidakseimbangan Pasaran 18


2.10 Perubahan dalam Keseimbangan 19

BAB 3: KEANJALAN
3.1 Keanjalan 29
3.2 Keanjalan Permintaan Harga (Ed) 29
3.3 Formula-formula Keanjalan Permintaan 31
3.4 Keanjalan Berbeza-beza sepanjang Keluk Permintaan 34
3.5 Faktor-faktor yang Menentukan Keanjalan Permintaan Harga 34
3.6 Keanjalan dan Jumlah Hasil (TR) 37
3.7 Keanjalan Permintaan Pendapatan (EI) 38
3.8 Keanjalan Permintaan Harga Silang 38
3.9 Keanjalan Harga Penawaran (Es) 39
3.10 Faktor-faktor yang Menentukan Keanjalan Penawaran (Es) 42
3.11 Kegunaan Keanjalan 42

BAB 4: CAMPUR TANGAN KERAJAAN DALAM PASARAN


4.1 Dasar Kawalan Harga 44
4.2 Cukai Tak Langsung 47
4.3 Pertanian dan Dasar Pertanian 50

BAB 5: LATAR BELAKANG TEORI PENAWARAN DAN UTILITI


5.1 Utiliti 53
5.2 Lebihan Pengguna 57
5.3 Utiliti Sut dan Keluk Permintaan 57
5.4 Pendekatan Ordinal 58
5.5 Kesan Pendapatan dan Penggantian daripada Perubahan Harga 60

BAB 6: LATAR BELAKANG TEORI PENAWARAN DAN PENGELUARAN


6.1 Firma 63
6.2 Pengeluaran 63

ii
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

6.3 Hubungan antara TP, MP dan AP 65


6.4 Pengeluaran dalam Jangka Panjang 66
6.5 Isokuan dan Isokos 67
6.6 Kos dan Keuntungan 69
6.7 Kos dalam Jangka Pendek 72
6.8 Kos dalam Jangka Panjang 74

BAB 7: STRUKTUR PASARAN


7.1 Struktur Pasaran 77
7.2 Pasaran Kompetitif Sempurna 77
7.3 Monopoli 82
7.4 Persaingan Memonopoli 86
7.5 Oligopoli 91

BAB 8: PENGENALAN KEPADA MAKROEKONOMI


8.1 Apakah Makroekonomi? 94
8.2 Mikroekonomi lawan Makroekonomi 94
8.3 Sebab-sebab Mengkaji Makroekonomi 95
8.4 Penunjuk Ekonomi 96
8.5 Jenis-jenis Penunjuk Ekonomi 96
8.6 Isu-isu Makroekonomi 97
8.7 Kitaran Perniagaan 101
8.8 Objektif Makroekonomi 104
8.9 Alatan Dasar Makroekonomi 105
8.10 Komponen-komponen Makroekonomi 106
8.11 Aliran Pendapatan 106

BAB 9: MODEL PERBELANJAAN AGREGAT


9.1 Model Keynesian atau Perbelanjaan Agregat 110
9.2 Inventori 114
9.3 Kesan Pengganda 116

iii
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

9.4 Persilangan Keynesian atau Garis 45o 116


9.5 Keseimbangan Makroekonomi 117
9.6 Perubahan dalam Keseimbangan Makroekonomi 118

BAB 10: PENGANGGURAN


10.1 Mengukur Kadar Pengangguran 120
10.2 Kesan-kesan Pengangguran 121
10.3 Jenis-jenis dan Sebab-sebab Pengangguran 122
10.4 Dasar Kerajaan dan Kadar Pengangguran 124

BAB 11: INFLASI


11.1 Definisi Inflasi 126
11.2 Mengukur Inflasi 126
11.3 Masalah-masalah Menggunakan CPI untuk Mengukur Inflasi 128
11.4 Faktor-faktor yang Menyebabkan Inflasi 128
11.5 Jenis-jenis Inflasi 129
11.6 Akibat Inflasi 132
11.7 Kos-kos Inflasi 134
11.8 Dasar-dasar untuk Mengatasi Inflasi 136

BAB 12: BANK DAN PERBANKAN


12.1 Wang 138
12.2 Evolusi Wang 138
12.3 Fungsi-fungsi Wang 140
12.4 Wang dan Perbankan 141
12.5 Institusi-institusi Kewangan 141
12.6 Proses Penciptaan Wang 143
12.7 Peranan Bank Pusat 145

iv
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

BAB 13: DASAR KEWANGAN DAN FISKAL


13.1 Dasar Kewangan 146
13.2 Matlamat-matlamat Dasar Kewangan 147
13.3 Operasi Pasaran Terbukan dan Dasar Kewangan 147
13.4 Kelebihan dan Kelemahan Dasar Kewangan 148
13.5 Dasar Fiskal 149
13.6 Penstabil Automatik (AS) lawan Dasar Fiskal Budi Bicara (DFP) 150
13.7 Menggunakan Dasar Fiskal Budi Bicara untuk Mempengaruhi
Permintaan Agregat 151
13.8 Pengganda 152
13.9 Pengganda Belanjawan Imbangan (BBM) 154
13.10 Had-had Menggunakan Dasar Fiskal untuk Menstabilkan Ekonomi 155
13.11 Defisit, Lebihan dan Hutang Kerajaan Persekutuan 156

BAB 14: IMBANGAN PEMBAYARAN DAN KADAR PERTUKARAN ASING


14.1 Imbangan Pembayaran 157
14.2 Akaun Semasa 158
14.3 Akaun Modal dan Kewangan 159
14.4 Kesalahan dan Ketinggalan Bersih 161
14.5 Kadar Pertukaran Asing dan Pasaran 161
14.6 Jenis-jenis Sistem Kadar Pertukaran 162
14.7 Mengapa Kadar Pertukaran Berubah Mengikut Masa? 168

v
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

RANCANGAN KERJA
Program : Diploma Eksekutif
Kod Kursus : UESM 1103 / UESB 1103 / UESH 1103 / UESA 1103
Tajuk Kursus : Prinsip Ekonomi
Jam Kredit : 4

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir kursus ini, anda seharusnya dapat untuk:
1. Menghuraikan Teori Mikroekonomi dan Makroekonomi
2. Menghuraikan peranan kerajaan dalam mencapai keseimbangan pasaran dan keseimbangan
pendapatan negara.
3. Membezakan teori-teori ekonomi dengan suasana pasaran semasa.
4. Mencadangkan kaedah dan keperluan bagi mencapai guna tenaga penuh

SINOPSIS KURSUS
Ekonomi dibahagi kepada dua bahagian iaitu Mikroekonomi dan Makroekonomi. Mikroekonomi
adalah mengenai gelagat pengguna dan pengeluar dalam terma permintaan, penawaran,
keseimbangan pasaran, teori pengeluar and struktur pasaran. Sementara, makroekonomi adalah
gelagat pengguna dan pengeluar secara agregat dan peranan kerajaan dalam mencapai
keseimbangan pasaran. Antara topik makroekonomi termasuklah pengiraan pendapatan negara,
teori ekonomi tertutup dan terbuka, perdagangan antarabangsa, inflasi, kadar pertukaran
matawang asing dan penggangguran

KAEDAH PENGAJARAN
Kuliah, kajian kes, perbincangan, tutorial dan pembentangan

PENILAIAN
Penilaian Berterusan 40%
Peperiksaan Akhir 60%
Jumlah 100%

vi
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

RUJUKAN
1. Hashim Ali (2005), Comprehensive Economics Guide for A Level. 2nd ed. Federal
Marshal Cavendish Education.
2. Karl E. Case and Ray C. Fair (2004), Principle of Economics. 6th ed. Pearson Education
Asia
3. Michael Parkin (1993), Economics. 2nd ed. Addison-Wesley
4. Robert E. Hall and Marc Lieberman (2006), Economics : Principles and Applications. 3rd
ed. Thomson, South-Western
5. Robin Bade and Michael Parkin (2004), Essential Foundation of Economics, 2nd ed.
Pearson, Addison-Wesley.

vii
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

BAB 1
PENGENALAN KEPADA EKONOMI

Hasil Pembelajaran
Pada akhir bab ini, anda akan dapat:
1. Memahami skop ekonomi
2. Memahami masalah-masalah asas kekurangan, tukar ganti, dan pilihan
3. Memahami pemikiran cara ekonomi tentang bagaimana orang membuat
keputusan pada kos margin dan lepas
4. Mengenal pasti perbezaan dalam membuat keputusan dalam tiga jenis
sistem ekonomi yang berbeza

1.1 Ekonomi

Ekonomi ditakrifkan sebagai suatu sains yang ada kena-mengena dengan


bagaimana pilihan dibuat untuk menghadapi kekurangan. Ia adalah tentang
bagaimana sumber-sumber yang kurang diperuntukkan untuk mengeluar dan
mengagihkan bahan dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak yang tidak
terhad.

1.2 Kekurangan

Kekurangan merupakan masalah asas ekonomi yang dihadapi oleh semua orang
disebabkan sumber-sumber yang terhad dan kehendak manusia yang tidak terhad.
Kebanyakan faktor pengeluaran (Tanah, Tenaga buruh, Modal, dan
Keusahawanan) adalah kurang kerana kehendak manusia tiada batasnya.

1
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

1.3 Mengapa Ekonomi suatu Sains?

1.3.1 Ekonomi ialah suatu sains kerana;

a) Model digunakan untuk menerangkan bagaimana dunia nyata yang


kompleks beroperasi. Suatu model ialah pemudahan realiti ekonomi
yang digunakan untuk membuat ramalan. Model digunakan untuk
menerangkan teori-teori ekonomi. Teori-teori ekonomi dibina
berdasarkan andaian. Ceteris Paribus merupakan andaian bahawa
“semua perkara adalah sama”.
b) Sesetengah teori ekonomi dibentuk berdasarkan eksperimen, tetapi
kebanyakan daripadanya berdasarkan data dunia nyata.

1.3.2 Ekonomi berkait dengan;

a) Model dan pengujian teori.


b) Tingkah laku dan keputusan yang dibuat oleh individu, firma,
kerajaan, dan sektor asing untuk menghadapi kekurangan dengan
memperuntukkan sumber-sumber yang kurang secara efisien bagi
memenuhi kehendak yang tidak terhad.

1.4 Mikroekonomi dan Makroekonomi

Bidang ekonomi sangat luas dan boleh dibahagikan kepada dua; Mikroekonomi
dan Makroekonomi.

1.4.1 Mikroekonomi

Mikroekonomi berkait dengan tingkah laku individu dan firma. Dalam


mikroekonomi, kita mengkaji bagaimana ejen-ejen ekonomi (individu,
firma, dan kerajaan) membuat keputusan rasional. Manusia adalah rasional

2
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

kerana mereka mengejar kepentingan diri dalam keputusan mereka. Ejen-


ejen ekonomi menilai kos dan faedah sebelum membuat keputusan dan
hanya memutuskan jika faedah melebihi kos. Rasional juga bermaksud
untuk memutuskan atau membuat pilihan yang memaksimumkan hasil
seperti pengguna memaksimumkan utiliti dan firma memaksimumkan
keuntungan.

1.4.2 Makroekonomi

Makroekonomi berkait dengan tingkah laku ekonomi secara keseluruhan.


Dalam makroekonomi, kita mengkaji ekonomi pada asas agregat. Dalam
makroekonomi, kita mengukur, menilai, dan menerangkan prestasi
ekonomi nasional dan global. Ukuran dan masalah makroekonomi utama
ialah pertumbuhan, inflasi, pengangguran, dan imbangan pembayaran.

1.5 Pilihan dan Tukar Ganti

Pilihan yang rasional dibuat pada margin di mana Manfaat Marginal (Marginal
Benefit/MB) dan Kos Marginal (Marginal Cost/MC) ditimbang dan pilihan yang
memaksimumkan hasil dipilih. Pengguna akan memilih untuk memaksimumkan
utiliti dan pengeluar akan memilih untuk memaksimumkan keuntungan.

Setiap pilihan yang dibuat melibatkan tukar ganti – suatu pertukaran (melepaskan
sesuatu untuk mendapatkan yang lain):

 Belajar lawan bekerja


 Berbelanja lawan menyimpan
 Kerja lawan masa lapang
 Pertumbuhan lawan persekitaran bersih

3
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Dalam setiap pilihan rasional yang dibuat di mana MB>MC, kos lepas
(opportunity cost/OC) adalah ditanggung. OC adalah alternatif pengurangan yang
terbaik dalam setiap pilihan. OC adalah termasuk nilai masa. OC memasuki kolej
adalah termasuk yuran, perbelanjaan atas buku teks, bayaran letak kereta, dan gaji
dikurangkan.

Soalan: Apakah kos lepas jika mempunyai anak?


Jawapan: Perbelanjaan perubatan, barang-barang bayi, waktu lapang, pendapatan
kurang.

1.6 Keluk Kemungkinan Pengeluaran (Production Possibility Curve/PPC)

PPC ialah graf yang menunjukkan semua kemungkinan bagi kombinasi dua
barang yang ekonomi mungkin hasilkan, diberi faktor-faktor pengeluaran dan
teknologi sedia ada. PPC ialah sempadan antara kombinasi dua barang yang dapat
dicapai dengan yang tidak dapat dicapai. PPC menggambarkan tukar ganti, Kos
Lepas, Kecekapan, dan Pertumbuhan Ekonomi.

Andaian-andaian PPC;
Hanya dua barang dihasilkan
i. Sumber-sumber digunakan sepenuhnya
ii. Sumber-sumber dan teknologi adalah tetap

Barangan Y

A B
E

D
C

F Barangan X

Rajah 1.1: Keluk Kemungkinan Pengeluaran

4
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Penunjuk:

 Pada PPC (A, B, D dan F): Semua kombinasi pada PPC dapat dicapai dan
adalah efisien.
 Di dalam PPC (C): Semua kombinasi di dalam PPC dapat dicapai tetapi
tidak efisien.
 Di atas PPC (E): Semua kombinasi di atas PPC tidak dapat dicapai.
 PPC boleh beranjak jika stok sumber bertambah, penambahbaikan dalam
kualiti sumber, dan penambahbaikan dalam teknologi. Masyarakat akan
mengeluar dan mengguna di luar PPC dalam jangka watu yang panjang
jika berlaku sebarang daripada perubahan ini.

Barangan Modal

Barangan Pengguna

Rajah 1.2: Pertumbuhan Ekonomi

Jika PPC awal ialah AB, pertambahan dalam stok atau penambahbaikan dalam
teknologi akan menganjak PPC kepada PQ, membolehkan ekonomi mengeluar
dan mengguna di luar daripada PC semasa. Pengurangan dan kemerosotan stok
dan kualiti sumber akan menyebabkan anjakan dalam PPC lebih dekat dengan
asalan. Ini merupakan perubahan yang tidak diingini dan biasanya disebabkan
oleh peperangan dan bencana semulajadi.

5
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

1.7 Kecekapan lawan Keadilan

Kecekapan dalam ekonomi bermaksud untuk memperuntukkan sumber-sumber


secara efisien bagi memaksimumkan kebajikan sosial. Ekonomi yang efisien
adalah yang menghasilkan apa yang orang paling hargai dan melakukannya pada
kos terendah yang mungkin. Secara lebih teknikal, perubahan yang efisien dalam
peruntukan sumber-sumber adalah yang sekurang-kurangnya menjadikan
sesetengah orang lebih baik tanpa orang lain menjadi lebih buruk secara
potensinya. Oleh sebab kebanyakan perubahan dalam ekonomi akan menjadikan
sesetengah orang lebih baik dan yang lain lebih buruk, kita harus memikirkan satu
cara membandingkan perolehan dan kerugian daripada perubahan yang berlaku.
Jadi, suatu perubahan dianggap sekurang-kurangnya efisien secara potensinya jika
nilai perolehan yang didapati melebihi kerugian yang didapati.

Selama beribu-ribu tahun, ahli-ahli falsafah bergelut dengan prinsip keadilan


untuk membimbing keputusan sosial. Meskipun adalah mustahil mentakrifkan
keadilan secara universal, pembuat dasar awam mengadili dan mengawal keadilan
hasil ekonomi sepanjang masa.

1.8 Tiga persoalan ekonomi yang besar

Tiga persoalan ekonomi yang besar disebabkan kekurangan adalah:

a) Apa: Apakah barangan yang dihasilkan? (pengeluaran)


b) Bagaimana: Apakah sumber-sumber yang digunakan untuk menghasilkan
barangan tersebut? (peruntukan)
c) Siapa: Siapa yang akan dapat menggunakan barangan tersebut? (pengagihan)

6
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

1.9 Sistem Ekonomi

Sistem Ekonomi mesti memutuskan tentang pengeluaran, peruntukan, dan


pengagihan keluaran. Terdapat tiga jenis sistem ekonomi yang utama; Ekonomi
Pasaran Bebas, Ekonomi Terkawal, dan Ekonomi Campuran.

Ekonomi pasaran bebas banyak digunakan di mana keputusan tentang


pengeluaran, peruntukan, dan pengagihan dibiarkan kepada pasaran. Sumber-
sumber boleh dipunyai secara peribadi, perniagaan adalah didorong oleh
keuntungan, dan rakyat bebas untuk membuat keputusan ekonomi. Hong Kong,
Amerika, dan U.K. ialah contoh-contoh negara yang mengamalkan sistem
ekonomi pasaran bebas.

Sistem ekonomi terkawal adalah di mana sumber-sumber dipunyai dan ditadbir


secara bersama oleh perancang pusat berdasarkan matlamat bersama untuk
memaksimumkan kebajikan sosial. Bekas Soviet Union dan Republik China,
Korea Utara, dan Cuba ialah contoh-contoh ekonomi terkawal.

Sistem ekonomi campuran mengadunkan yang terbaik daripada ekonomi terkawal


dan ekonomi pasaran bebas. Ada kebebasan untuk mempunyai sumber-sumber,
perniagaan, dan membuat keputusan tetapi kerajaan akan campur tangan apabila
perlu. Kebanyakan negara mengamalkan ekonomi campuran kerana ia lebih
seimbang dan kurang keterlaluan. Malaysia, Indonesia, India, China, dan banyak
lagi negara merupakan ekonomi campuran.

7
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Soalan

1. Gunakan graf PPF untuk menggambarkan tukar ganti kepada ekonomi


antara menghasilkan barangan yang digunakan dengan barangan modal.
Terangkan secara ringkas kenapa keluk mungkin akan menjadi cekung.
2. Katakan perkembangan teknologi berlaku yang memberi kesan kepada
pengeluaran barangan modal tetapi tidak barangan yang digunakan.
Tunjukkan kesannya pada PPF.
3. “Kerajaan sepatutnya menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma
kepada semua”. Nilai pernyataan ini menggunakan konsep ekonomi
seperti kekurangan, kos lepas, dan PPF.
4. Apakah perbezaan antara mikroekonomi dengan makroekonomi?
5. Sistem ekonomi yang manakah paling baik?

8
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

BAB 2
PERMINTAAN DAN PENAWARAN

Hasil Pembelajaran
Pada akhir bab ini, anda akan dapat untuk:
1. Menerangkan permintaan dan pengaruh atas permintaan
2. Menerangkan penawaran dan pengaruh atas penawaran
3. Menerangkan bagaimana permintaan dan penawaran menentukan harga
dalam pasaran
4. Menggunakan permintaan dan penawaran untuk menerangkan perubahan
dalam harga dan kuantiti

2.1 Pasaran

Sebuah pasaran ialah sekumpulan pembeli and penjual sesuatu barangan dan
perkhidmatan yang tertentu. Interaksi antara pembeli dengan penjual dalam suatu
pasaran menentukan harga dan kuantiti dalam pasaran. Permintaan
menggambarkan tingkah laku pembeli dalam pasaran dan penawaran
menggambarkan tungkah laku penjual dalam pasaran.

2.2 Permintaan

Permintaan ialah kesanggupan dan kemampuan untuk membeli. Hukum


permintaan menunjukkan bahawa harga dan kuantiti adalah terhubung secara
songsang, menyebabkan yang lainnya tetap (ceteris paribus). Keluk permintaan
ialah graf yang menunjukkan berapa banyak pengguna sanggup dan mampu untuk
membeli pada setiap peringkat harga. Keluk permintaan menggraf perhubungan
songsang antara harga dengan kuantiti. Jadual permintaan ialah jadual yang
menunjukkan hubungan songsang antara harga dengan kuantiti yang diminta.

9
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Harga menentukan amaun yang pembeli sanggup untuk beli dan merupakan
penentu, dan terdapat juga faktor-faktor lain yang menentukan permintaan.

Hukum Permintaan menunjukkan bahawa harga dan kuantiti yang diminta adalah
terhubung secara songsang dengan andaian ceteris paribus. Apabila ada
perubahan kepada harga sesuatu barang, ia menimbulkan dua kesan; kesan
penggantian dan kesan pendapatan. Keluk permintaan melereng ke bawah
disebabkan kesan penggantian dan kesan pendapatan.

Kesan penggantian ialah perubahan dalam penggunaan disebabkan perubahan


dalam harga relatif. Apabila harga Coke meningkat, kuantiti Coke yang diminta
berkurang kerana Coke secara relatifnya lebih mahal daripada Pepsi (ceteris
paribus). Pengguna adalah lebih sanggup menggantikan dengan barang yang
kurang mahal.

Kesan pendapatan ialah perubahan dalam penggunaan disebabkan perubahan


dalam kuasa pembelian apabila harga berubah.

Contoh: Pendapatan = RM100,


Harga coke = RM1 Pendapatan Sebenar = 100 coke
Harga coke = RM2 Pendapatan Sebenar = 50 coke

2.3 Penentu Permintaan yang Lain

2.3.1 Pendapatan

Peningkatan dalam pendapatan meningkatkan permintaan untuk barangan


normal dan mengurangkan permintaan untuk barangan kurang bermutu.
Pengurangan dalam pendapatan menyebabkan permintaan untuk barangan
normal menurun sementara permintaan untuk barangan kurang bermutu
meningkat.

10
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Barangan normal ialah barangan di mana permintaan bertambah dengan


peningkatan pendapatan dan permintaan berkurang dengan pengurangan
dalam pendapatan. Contoh barangan normal ialah makanan, pakaian,
pendidikan, dan lain-lain.

Barangan kurang bermutu ialah barangan di mana permintaan berkurang


apabila pendapatan bertambah dan permintaan bertambah apabila
pendapatan berkurang. Contoh-contoh barangan kurang bermutu ialah
barangan terpakai seperti pakaian, telefon, buku, dan lain-lain.

Akan tetapi klasifikasi barangan normal dan kurang bermutu adalah relatif
dan bergantung kepada keadaan.

2.3.2 Harga barangan berkaitan: Pengganti dan Pelengkap

Harga pengganti

Pengganti ialah barangan alternatif. Peningkatan dalam harga suatu


barangan meningkatkan permintaan untuk penggantinya.

Contoh-contoh pengganti ialah Coke dan Pepsi. Jika harga Coke


meningkat, permintaan untuk Pepsi juga meningkat.

Harga pelengkap

Barangan pelengkap ialah barangan yang digunakan bersama. Peningkatan


dalam harga suatu barangan akan mengurangkan permintaan untuk
pelengkapnya. Contoh-contoh pelengkap ialah kereta dan petrol. Jika
harga kereta meningkat, permintaan untuk petrol akan berkurang.

11
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

2.3.3 Citarasa

Citarasa ialah kesukaan dan ketidaksukaan terhadap sesuatu barang. Ia


merupakan elemen subjektif yang boleh mempengaruhi rancangan
pengguna untuk membeli barangan dan perkhidmatan. Citarasa
dipengaruhi oleh faktor-faktor bukan ekonomi seperti budaya, trend, dan
iklan. Citarasa terhadap barang tersebut meningkatkan permintaan
terhadapnya.

Contoh: Trend terhadap telefon pintar dan Ipad meningkatkan permintaan


terhadap barang-barang ini.

2.3.4 Jangkaan

Jangkaan ialah persepsi orang terhadap masa depan. Jangkaan terhadap


harga dan pendapatan boleh mempengaruhi permintaan. Jangkaan yang
positif terhadap harga dan pendapatan masa depan mempengaruhi
permintaan secara positif dan jangkaan yang negatif mempengaruhi
permintaan secara negatif. Peningkatan dalam harga dan pendapatan yang
dijangka pada masa depan akan meningkatkan permintaan.

2.3.5 Populasi dan Demografi

Peningkatan dalam populasi akan meningkatkan permintaan terhadap


kebanyakan barangan dan perkhidmatan. Perubahan demografi ialah
perubahan dalam ciri-ciri populasi seperti umur dan jantina yang boleh
mempengaruhi permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan.

12
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

2.4 Permintaan Individu dan Permintaan Pasaran

Permintaan individu ialah kuantiti yang diminta pada setiap peringkat harga oleh
seseorang individu. Permintaan pasaran ialah permintaan oleh semua pengguna
untuk barangan dan perkhidmatan. Permintaan pasaran diterbitkan dengan
menjumlahkan keluk permintaan individu secara mendatar.

2.5 Perubahan dalam kuantiti yang diminta dan perubahan dalam


permintaan

2.5.1 Pergerakan sepanjang keluk permintaan dan perubahan


dalam kuantiti yang diminta

Perubahan dalam harga menyebabkan kuantiti yang diminta berubah. Jika


harga menurun, kuantiti yang diminta bertambah menyebabkan
pergerakan sepanjang keluk permintaan. Sementara jika harga meningkat,
kuantiti yang diminta berkurang menyebabkan pergerakan di bawah keluk
permintaan.

Keluk Permintaan
Harga

P1

P2

P3

Kuantiti
Q1 Q2 Q3
Rajah 2.1: Pergerakan sepanjang keluk permintaan

13
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

2.5.2 Anjakan pada keluk permintaan dan perubahan dalam


permintaan

Perubahan dalam permintaan menganjak keluk permintaan. Perubahan


dalam penentu permintaan akan menyebabkan keluk permintaan beranjak.
Peningkatan dalam permintaan akan menganjak keluk permintaan ke
kanan dan pengurangan dalam permintaan akan menganjak keluk ke kiri.

Harga

D1
D
Kuantiti yang diminta

Rajah 2.2: Anjakan keluk permintaan

2.6 Penawaran

Penawaran ialah kesanggupan dan kemampuan untuk menjual. Hukum penawaran


menunjukkan bahawa harga dan kuantiti adalah terhubung secara positif, dan
yang lainnya tetap (ceteris paribus). Keluk penawaran ialah graf yang
menunjukkan berapa banyak barang seseorang penjual sanggup dan mampu jual
pada setiap peringkat harga. Keluk penawaran menunjukkan hubungan positif
antara harga dengan kuantiti. Jadual penawaran ialah jadual yang menunjukkan
hubungan positif antara harga dengan kuantiti yang ditawarkan. Harga ialah
faktor yang paling penting kepada penjual.

14
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Hukum Penawaran menunjukkan bahawa harga dan kuantiti yang ditawarkan


adalah terhubung secara positif dengan andaian-andaian ceteris paribus. Keluk
penawaran mencerun ke atas kerana penjual akan sanggup menjual lebih banyak
pada harga yang lebih tinggi, disebabkan keuntungan meningkat dengan harga
(ceteris paribus) dan juga kos marginal (MC) meningkat apabila firma
menghasilkan lebih banyak dan oleh itu, mereka hanya akan menghasilkan lebih
banyak jika harga lebih tinggi. Harga ialah faktor penting yang menentukan
amaun yang ditawarkan. Akan tetapi terdapat juga faktor-faktor lain yang
menentukan penawaran.

2.7 Penentu Penawaran yang Lain

2.7.1 Harga input

Harga input memberi kesan kepada kos pengeluaran. Peningkatan dalam


harga input akan meningkatkan kos pengeluaran. Peningkatan dalam kos
menjadikannya kurang untung kepada firma untuk menghasilkan lebih
banyak, jadi penawaran akan menurun.

2.7.2 Perubahan Teknologi

Perubahan teknologi ialah perubahan kaedah pengeluaran dengan sumber-


sumber yang ada. Penambahbaikan dalam teknologi meningkatkan
kebolehan sesuatu firma untuk menghasilkan keluaran dengan kuantiti
input yang diberi, dan ini akan meningkatkan keuntungan firma.
Penambahbaikan teknologi meningkatkan penawaran.

2.7.3 Harga pengganti dalam pengeluaran

Input pengganti dalam pengeluaran ialah input yang boleh digantikan oleh
input lain dalam pengeluaran. Sebagai contoh, modal boleh menggantikan

15
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

buruh dalam sesetengah pengeluaran. Peningkatan dalam upah buruh akan


menyebabkan penggantian daripada buruh kepada modal yang lebih
murah secara relatifnya. Contoh: ATM boleh menggantikan juruwang
bank.

2.7.4 Harga yang dijangka pada masa depan

Jika penjual menjangka harga akan meningkat pada masa depan,


penawaran semasa akan menurun supaya akan dapat dijual lebih banyak
apabila harga lebih tinggi pada masa depan. Ini akan menambahkan
keuntungan firma.

2.7.5 Bilangan firma dalam pasaran

Jika terdapat banyak firma, penawaran akan bertambah dan jika terdapat
kurang firma, penawaran akan berkurang. Kemasukan firma-firma baru
dalam industri meningkatkan bilangan firma yang akan meningkatkan
penawaran. Apabila sesetengah firma meninggalkan industri, penawaran
akan berkurang.

2.8 Perubahan dalam kuantiti yang ditawarkan dan perubahan dalam


penawaran

2.8.1 Pergerakan sepanjang keluk penawaran dan perubahan dalam


kuantiti yang ditawarkan
Perubahan dalam harga menyebabkan kuantiti yang ditawarkan berubah.
Jika harga menurun, kuantiti yang ditawarkan berkurang menyebabkan
pergerakan ke bawah sepanjang keluk penawaran. Sementara jika harga
meningkat, kuantiti yang ditawarkan bertambah menyebabkan pergerakan
ke atas sepanjang keluk penawaran.

16
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI
Harga
Keluk Penawaran S

P1
Pergerakan sepanjang
Keluk Penawaran
P2

P3

Kuantiti
Q1 Q2 Q3

Rajah 2.3: Pergerakan sepanjang keluk penawaran

2.8.2 Anjakan dalam keluk penawaran dan perubahan dalam


penawaran

Perubahan dalam penawaran menganjak keluk penawaran. Perubahan


dalam penentu penawaran akan menyebabkan keluk penawaran beranjak.
Peningkatan dalam penawaran akan menganjak keluk penawaran ke kanan
dan pengurangan dalam penawaran akan menganjak keluk penawaran ke
kiri.

Anjakan ke Kanan
Keluk Penawaran
Harga S
S1

P3

P2

P1

Kuantiti
Q1 Q2 Q3
Rajah 2.4: Anjakan keluk penawaran

17
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

2.9 Keseimbangan dan Ketidakseimbangan Pasaran

2.9.1 Keseimbangan

Keseimbangan dalam pasaran berlaku apabila harga seimbang dengan


perancangan pembeli dan penjual. Titik keseimbangan dicapai apabila
keluk permintaan memotong keluk penawaran. Pada titik persilangan
permintaan dan penawaran, harga dan kuantiti keseimbangan ditentukan.
Harga keseimbangan ialah harga di mana kuantiti yang diminta sama
dengan kuantiti yang ditawarkan.

Harga

P^

Kuantiti
Q1
Rajah 2.5: Keseimbangan

2.9.2 Ketidakseimbangan

Ketidakseimbangan adalah apabila permintaan tidak sama dengan


penawaran.

Jika harga di atas keseimbangan, kuantiti yang ditawarkan adalah lebih


daripada kuantiti diminta. Penawaran berlebihan akan berlaku. Kuasa
pasaran akan memastikan bahawa harga akan diselaraskan secara
automatik (harga menurun) untuk menghabiskan lebihan.

18
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Jika harga di bawah keseimbangan, kuantiti yang diminta adalah lebih


daripada kuantiti yang ditawarkan. Kekurangan akan berlaku. Kuasa
pasaran akan menyebabkan penyelarasan harga (harga meningkat) untuk
menyelesaikan kekurangan.

2.10 Perubahan dalam Keseimbangan

2.10.1 Perubahan dalam Permintaan dan Penawaran

Terdapat lima jenis perubahan:

i. Peningkatan dalam permintaan akan meningkatkan harga pasaran dan


kuantiti.
Harga
S

P1

D1

D
Kuantiti
Q Q1

Rajah 2.6: Peningkatan dalam permintaan

19
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

ii. Pengurangan dalam permintaan akan mengurangkan harga pasaran dan


kuantiti.
Harga

P1

P2

D1
D2
Kuantiti
Q2 Q1

Rajah 2.7: Pengurangan dalam penawaran

iii. Peningkatan dalam penawaran akan mengurangkan harga pasaran tetapi


kuantiti juga akan bertambah.

Harga S

S1

P1

D
Kuantiti
Q Q1
Rajah 2.8: Peningkatan dalam penawaran

20
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

iv. Pengurangan dalam penawaran akan meningkatkan harga pasaran tetapi


akan mengurangkan kuantiti pasaran.
S
Harga

P2
S1
P1

Q2 Q1
Kuantiti
Rajah 2.9: Pengurangan dalam penawaran

2.10.2 Perubahan dalam kedua-dua permintaan dan penawaran

Permintaan dan penawaran boleh berubah secara serentak disebabkan oleh


keadaan pasaran yang berubah. Rajah yang berikut menunjukkan keluk
permintaan dan penawaran yang meningkat serentak.
S2
Harga
S1

S3

D3

D1
D2
Quantity
Rajah 2.10: Perubahan dalam permintaan dan penawaran

Apakah terjadi kepada harga dan kuantiti jika kedua-dua keluk permintaan
dan penawaran beranjak pada masa yang sama? Terdapat empat

21
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

kemungkinan di mana perubahan serentak dalam permintaan dan


penawaran boleh memberi kesan kepada harga keseimbangan dan kuantiti.

i. Permintaan dan Penawaran meningkat pada masa yang sama (P tidak tentu
dan Q )
Peningkatan dalam permintaan dan penawaran akan meningkatkan
kuantiti tetapi kesannya atas harga adalah tidak tentu. Jika permintaan
meningkat lebih daripada penawaran, harga akan meningkat. Jika
penawaran meningkat lebih daripada permintaan, harga akan menurun.
Harga
S
S1
P2
P1

D1

D
Q1 Kuantiti
Q2
Rajah 2.11: Peningkatan dalam permintaan dan penawaran
ii. Permintaan dan penawaran berkurang pada masa yang sama (P tidak tentu
dan Q )
Pengurangan dalam permintaan dan pengurangan dalam penawaran akan
mengurangkan kuantiti tetapi kesannya atas harga adalah tidak tentu. Jika
D2
permintaan mengurang daripada penawaran, harga akan menurun. Jika
Harga
penawaran mengurang daripada permintaan, harga akan meningkat.

S2
S1

P2

P1
D1
Kuantiti
Q2 Q1
Rajah 2.12: Pengurangan dalam permintaan dan penawaran

22
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

iii. Peningkatan dalam permintaan dan pengurangan dalam penawaran (P


dan Q tidak tentu)

Peningkatan dalam permintaan dan pengurangan dalam penawaran akan


meningkatkan harga tetapi kuantiti adalah tidak tentu. Jika permintaan
meningkat lebih daripada penawaran berkurang, kuantiti akan bertambah.
Jika penawaran mengurang daripada permintaan bertambah, kuantiti akan
berkurang.

Tunjukkan peningkatan dalam permintaan dan pengurangan dalam


penawaran atas harga pasaran dan kuantiti dalam rajah di bawah.
Harga
S

P^

D
Kuantiti

Rajah 2.13: Peningkatan dalam permintaan dan pengurangan dalam


penawaran

iv. Pengurangan dalam permintaan dan peningkatan dalam penawaran (P


dan Q tidak tentu)

Pengurangan dalam permintaan dan peningkatan dalam penawaran akan


menyebabkan harga berkurang dan kuantiti tidak tentu. Jika permintaan
meningkat lebih daripada peningkatan dalam penawaran, kuantiti akan
berkurang. Jika penawaran meningkat lebih daripada permintaan
berkurang, kuantiti akan meningkat.

23
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Tunjukkan pengurangan dalam permintaan dan peningkatan dalam


penawaran atas harga pasaran dan kuantiti dalam rajah di bawah.

Harga
S

P^

D
Kuantiti

Rajah 2.14: Pengurangan dalam permintaan dan peningkatan dalam


penawaran

Jadual 2.1: Anjakan Serentak dalam Penawaran dan Permintaan


Penawaran Meningkat Penawaran Berkurang
Permintaan Meningkat Harga Tidak Tentu Harga
Kuantiti Kuantiti Tidak Tentu
Permintaan Berkurang Harga Harga Tidak Tentu
Kuantiti Tidak Tentu Kuantiti

Soalan

1. Apakah hukum permintaan? Apakah pembolehubah-pembolehubah


utama yang akan menyebabkan keluk permintaan beranjak? Beri satu
contoh untuk setiap satu.
2. Apakah hukum penawaran? Apakah pembolehubah-pembolehubah
utama yang akan menyebabkan keluk penawaran beranjak? Beri satu
contoh untuk setiap satu.
3. Katakan harga barang pelengkap jatuh dan terdapat juga peningkatan
dalam kos pengeluaran. Apakah yang mungkin berlaku kepada harga
dan kuantiti?

24
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

4. Katakan pendapatan meningkat, apakah yang akan terjadi kepada


permintaan untuk perjalanan percutian? Kenapa?
5. Rajah di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran untuk petrol.
Pasaran asalnya pada keseimbangan titik x. Kemudian berlaku anjakan
pada keluk permintaan dan/atau penawaran, yang menyebabkan
perubahan dalam harga keseimbangan dan kuantiti.
Ke titik keseimbangan yang manakah (a, b, c, d, e, f, g, atau h) pasaran
akan bergerak dari titik x selepas setiap perubahan berikut?
S2
Harga
S0
A S1
H B
G X C
F D
E

D1
D0
D2
Kuantiti

a. Peningkatan dalam kos menapis petrol.


b. Tambang bas dan keretapi jatuh.
c. Kejatuhan dalam harga minyak mentah dan peningkatan dalam
harga kereta.
d. Kenaikan cukai atas petrol dan penurunan cukai atas kereta.

25
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Anjakan ke Kiri dalam Penawaran


Membawa kepada Keseimbangan Baru
Harga
S

E1
P1
E2
P2

D1

D2
Kuantiti
Q2 Q1

Anjakan ke Kanan dalam Penawaran


Membawa kepada Keseimbangan Baru
Harga S1

S2
E1
P1

P2 E2

Kuantiti
Q1 Q2

26
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Anjakan ke Kiri dalam Penawaran


Membawa kepada Keseimbangan Baru
Harga
S2

S1
E2
P2

P1 E1

D
Kuantiti
Q2 Q1
Anjakan Permintaan dan Penawaran dan Keseimbangan Pasaran
1. Peningkatan dalam Permintaan – 2. Pengurangan dalam Permintaan–
P↑ dan Q↑ P↓ dan Q↓

Harga Harga

S1 S1

P2
P1
P1
D1 P2
D2
D1
D2
Kuantiti Kuantiti
Q1 Q2 Q2 Q1

27
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Harga Harga
S1 S2

S2 S1

P1 P2

P2 P1

D1 D
Kuantiti Kuantiti
Q1 Q2 Q2 Q1

3. Peningkatan dalam Penawaran – 4. Pengurangan dalam Penawaran –


P↓ dan Q↑ P↑ dan Q↓

Harga Harga S
S
S+ S+
P1
P1
P*
P*

D+ D+
D D
Kuantiti
Kuantiti
Q* Q1 Q* Q1
Harga
Harga
S S
P* S+
P*
S+

P1
P1
D
D
D+ D+
Kuantiti
Q* Q1 Kuantiti
Q1 Q*
28
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

BAB 3
KEANJALAN

Hasil Pembelajaran
Pada akhir bab ini, anda akan dapat untuk:
1. Mentakrifkan keanjalan permintaan harga, penawaran, harga silang, dan
keanjalan permintaan pendapatan
2. Mengira keanjalan permintaan harga, penawaran, harga silang, dan
keanjalan permintaan pendapatan
3. Mentafsir nilai-nilai keanjalan permintaan harga, penawaran, harga silang,
dan keanjalan permintaan pendapatan
4. Memahami penggunaan semua nilai keanjalan

3.1 Keanjalan

Keanjalan ialah ukuran keresponsifan satu pemboleh ubah kepada perubahan


dalam pemboleh ubah yang lain. Terdapat banyak jenis keanjalan. Empat jenis
keanjalan untuk subjek ini ialah:

1. Keanjalan permintaan harga


2. Keanjalan permintaan pendapatan
3. Keanjalan permintaan harga silang
4. Keanjalan penawaran harga

3.2 Keanjalan Permintaan Harga (Ed)

3.2.1 Anjal, Tidak Anjal, dan Permintaan Unit Anjal

Keanjalan permintaan mengukur berapa banyak kuantiti yang diminta berubah


sebagai jawapan kepada perubahan dalam harga (ceteris paribus). Ia mengukur

29
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

magnitud pergerakan sepanjang keluk permintaan. Terdapat tiga ukuran keanjalan


sepanjang cerun menurun keluk permintaan:

1. Permintaan anjal: Apabila permintaan lebih responsif kepada perubahan


dalam harga. Nilai Ed>1.

Harga

Kuantiti

2. Permintaan tidak anjal: Apabila permintaan kurang responsif kepada


perubahan dalam harga. Harga
Nilai Ed<1.

D Kuantiti

3. Permintaan unit anjal: Apabila respons permintaan sama dengan


perubahan dalam harga. Harga
Nilai Ed=1.

D Kuantiti

30
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

3.2.2 Kes-kes khas keanjalan permintaan: Permintaan anjal dan tidak


anjal secara sempurna

1. Permintaan anjal secara sempurna (Ed= )


Permintaan adalah anjal secara sempurna jika respons kuantiti secara tak
terhingganya adalah tinggi kepada perubahan kecil dalam harga. Keluk
permintaan ialah garisan mendatar apabila permintaan adalah anjal secara
sempurna.

Harga

Kuantiti

2. Permintaan tidak anjal secara sempurna (Ed=0)


Permintaan adalah tidak anjal secara sempurna apabila tiada respons pada
kuantiti yang diminta apabila harga berubah. Keluk penawaran ialah
garisan menegak jika permintaan adalah tidak anjal secara sempurna.

Harga
D

Kuantiti

31
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

3.3 Formula-formula Keanjalan Permintaan

3.3.1 Keanjalan permintaan titik


Ed = % perubahan dalam kuantiti diminta
% perubahan dalam harga
= ∆Q ∆P
Q P
= ∆Q P
Q ∆P

Ukuran keanjalan titik Ed

Contoh-contoh:

1. P berkurang daripada $3 to $1 dan Q meningkat daripada 10 ke 15.


Ed = ∆Q P
Q ∆P
= 5/10 3/-2
= - 0.75
Nilai ‫׀‬Ed ‫ ׀‬ialah < 1, permintaan adalah tidak anjal.
Maksud pekali jika Ed = 0.75 ialah 1% perubahan dalam harga
menghasilkan 0.75% perubahan dalam kuantiti diminta. Dalam contoh ini,
1% perubahan dalam harga menyebabkan 0.75% pengurangan dalam
kuantiti diminta.

2. P berkurang daripada $3 to $1 dan Q meningkat daripada 10 ke 20.


Ed = ∆Q P
Q ∆P
= 5/10 3/-2
= -3
Nilai keanjalan ialah ‫׀‬Ed ‫> ׀‬1, permintaan adalah anjal.

32
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Maksud pekali jika Ed = -3 ialah 1% perubahan dalam harga


menghasilkan 3% perubahan dalam kuantiti diminta. Dalam contoh ini,
1% peningkatan dalam harga menyebabkan 3% pengurangan dalam
kuantiti diminta.

3.3.2 Formula Keanjalan Perkhidmatan Titik Tengah

Keanjalan permintaan titik tengah ialah ukuran yang lebih tepat. Kaedah
titik tengah (purata) digunakan untuk mengelakkan jawapan berbeza untuk
peningkatan dan pengurangan dalam harga. Formula titik tengah dijanakan
dengan menggantikan harga dan kuantiti dalam formula keanjalan titik
dengan harga purata (Pave) dan kuantiti purata.

Ed = % perubahan dalam kuantiti diminta


% perubahan dalam harga
= ∆Q ∆P
Qave Pave
= ∆Q Pave
Qave ∆P

Gunakan formula titik tengah yang sama seperti contoh 1 di atas:


P berkurang daripada $3 kepada $1 dan Q meningkat daripada 10 kepada
15.

Ed = ∆Q Pave
Qave ∆P
= 5/12.5 2/-2
= -0.4

Nilainya berbeza tetapi ‫׀‬Ed ‫<׀‬1. Permintaan ialah harga tidak anjal.
Pengurangan 1% dalam harga menyebabkan kuantiti diminta
meningkat sebanyak 0.4%.

33
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

3.4 Keanjalan Berbeza-beza sepanjang Keluk Permintaan

Keluk penawaran garis lurus: Ed = ∆Q P


Q ∆P

Nilai keanjalan menurun jika bergerak ke bawah sepanjang keluk penawaran garis
lurus. Permintaan adalah lebih anjal apabila harga di atas harga purata dan tidak
anjal di bawah harga purata. Permintaan ialah unit anjal pada harga purata.

Keanjalan sepanjang Keluk Penawaran Linear

Harga
Anjal

Unit
Anjal
Tidak Anjal

D
Kuantiti Diminta

3.5 Faktor-faktor yang Menentukan Keanjalan Permintaan Harga

3.5.1 Darjah Kebolehgantian

Darjah kebolehgantian bermaksud ketersediaan pengganti untuk sesuatu


produk. Terdapat sesetengah produk yang mempunyai berbagai-bagai-
bagai pengganti sedia ada sementara produk-produk lain kurang
mempunyai pengganti. Produk-produk dengan pengganti yang lebih
mempunyai permintaan anjal yang lebih berbanding dengan produk-
produk dengan pengganti yang kurang. Ini adalah kerana apabila terdapat
lebih banyak pengganti sedia ada, pengguna boleh membuat penyelarasan
kepada perubahan harga. Sebagai contoh, jika harga sesuatu jenama atau

34
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

produk meningkat (Maggi, Coke, Lipton, Nescafe, oren, epal), pembeli


akan membuat penyelarasan yang perlu dengan bertukar kepada jenama,
minuman, atau buah-buahan yang lain apabila pengganti senang tersedia.
Akan tetapi, produk-produk yang tidak atau mempunyai bekalan yang
terhad seperti garam, gula, telur, susu, pensel, dan minyak di mana kurang
atau tiada pengganti yang sesuai tersedia, permintaan adalah kurang anjal
harga kerana tidak mudah untuk bertukar kepada alternatif jika harga naik.

3.5.2 Tiket Besar lawan Tiket Kecik

Sebahagian daripada pendapatan pengguna yang dibelanjakan ialah


peratusan pendapatan yang dibelanjakan atas barangan. Sesetengah
barangan dikenali sebagai tiket besar kerana sebahagian besar pendapatan
dibelanjakan pada penggunaannya seperti berbelanja atas kasut sukan,
kaca mata hitam, kosmetik, kereta, rumah, percutian, petrol, dan
sebagainya yang mengambil sebahagian besar pendapatan pengguna.
Permintaan untuk barangan ini adalah anjal harga sebab pengguna adalah
sensitif kepada perubahan dalam harga barangan tersebut kerana ia akan
memberi kesan yang besar kepada mereka. Sementara barangan lain yang
mengambil sebahagian kecil pendapatan pengguna seperti perbelanjaan
atas alat tulis, sarung kaki, kelengkapan dandanan diri, dan sebagainya
mempunyai permintaan anjal yang kurang kerana perubahan dalam harga
tidak memberi kesan yang nyata kepada pendapatan pengguna.

3.5.3 Barangan Keperluan lawan Barangan Mewah

Sesetengah barangan ialah keperluan dalam penggunaan seperti makanan,


pendidikan, dan petrol di mana walaupun harga naik, pengguna tidak
boleh mengurangkan penggunaan dengan banyak. Sementara sesetengah
barangan ialah barangan mewah seperti barang-barang berjenama terkenal,
barang kemas, kereta mewah, percutian, dan makan minum di restoran

35
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

yang mahal. Perubahan dalam harga barangan ini memberi lebih kesan
kepada pengguna. Apabila harga barangan ini naik, pengguna
mengurangkan penggunaannya sementara diskaun barangan ini akan
menggalakkan lebih banyak penggunaan.

3.5.4 Tempoh Masa

Tempoh masa berlalu berikutan perubahan harga. Dalam tempoh masa


yang singkat apabila pengguna tidak mampu membuat banyak
penyelarasan selepas perubahan harga, permintaan cenderung menjadi
lebih tidak anjal sementara dalam tempoh yang panjang apabila pengguna
mempunyai masa yang cukup untuk membuat penyelarasan kepada
perubahan harga, seperti mencari pengganti atau membuat perubahan
kepada tabiat penggunaan, permintaan cenderung menjadi lebih anjal.
Sesetengah barangan yang ditagih oleh pengguna seperti rokok dan
alkohol, dan sesetengah yang mereka sudah biasa buat seperti makan nasi,
roti atau pasta sebagai makanan ruji memerlukan perubahan dalam tabiat
penggunaan yang memerlukan masa untuk berubah. Jadi, permintaan
untuk produk-produk ini adalah lebih anjal dalam tempoh yang panjang
berbanding tempoh yang pendek.

3.5.5 Definisi Pasaran yang Meluas lawan Sempit

Apabila produk-produk ditafsirkan secara meluas atau umum seperti


makanan, buah-buahan, dan minuman ringan, adalah lebih susah untuk
mencari alternatif apabila harga naik. Oleh itu, permintaan adalah kurang
anjal. Apabila sesuatu produk ditakrifkan secara sempit atau khusus
seperti Pasta, Oren, dan Pepsi, adalah lebih mudah mencari pengganti dan
permintaan adalah lebih anjal.

36
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

3.6 Keanjalan dan Jumlah Hasil (TR)

Jumlah hasil (jumlah perbelanjaan/TR) ialah amaun yang dibelanjakan oleh


pembeli iaitu amaun yang diterima oleh penjual. TR atau TE = Harga  Kuantiti
(PQ). Perubahan dalam harga boleh memberi kesan kepada TR. Peningkatan
dalam harga mungkin meningkatkan atau mengurangkan TR bergantung kepada
keanjalan permintaan.

Jumlah Hasil Jumlah Hasil


Maksimum

Harga per Unit

Titik Tengah
(Permintaan Unit
Anjal)

Keanjalan = 1

Keanjalan > 1 Keanjalan < 1


Kuantiti
(Permintaan Anjal) (Permintaan
Tidak Anjal)

Rajah 3.1: Keanjalan Permintaan dan Jumlah Hasil

 Jika permintaan adalah anjal, kenaikan harga akan menurunkan TR


sementara kejatuhan harga akan menaikkan TR.

37
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

 Jika permintaan adalah tidak anjal, kenaikan harga akan meningkatkan TR


dan kejatuhan harga akan menurunkan TR.
 Jika permintaan ialah unit anjal, perubahan dalam harga tidak akan
memberi kesan kepada TR kerana TR adalah pada maksimumnya.

Apabila permintaan adalah anjal, P dan TR adalah terhubung secara songsang


sementara apabila permintaan tidak anjal, P dan TR adalah terhubung secara
positif. Apabila permintaan ialah unit anjal, P dan TR tidak terhubung.

3.7 Keanjalan Permintaan Pendapatan (EI)

Keanjalan permintaan pendapatan mengukur berapa banyak kuantiti diminta


sesuatu barang memberi respons kepada perubahan dalam pendapatan pengguna.

Keanjalan Pendapatan = % perubahan dalam kuantiti


% perubahan dalam pendapatan

 Keanjalan pendapatan ialah positif dan kurang daripada satu untuk


barangan keperluan biasa seperti gula, garam, dan gasolin.
 Keanjalan pendapatan ialah positif dan lebih besar daripada satu untuk
barangan mewah seperti barang kemas, percutian, dan kereta mewah.
 Keanjalan pendapatan ialah negatif untuk barangan kurang bermutu
seperti perjalanan bas dan buku-buku terpakai.

Klasifikasi normal, mewah, dan kurang bermutu adalah relatif dan subjektif.

3.8 Keanjalan Permintaan Harga Silang

Keanjalan permintaan harga silang mengukur keresponsifan kuantiti diminta


barang X kepada perubahan harga barang Y. Keanjalan harga silang diukur untuk
menentukan hubungan antara dua barang. Barangan mungkin berkait sebagai

38
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

barangan pengganti atau pelengkap. Keanjalan permintaan silang mengukur


bagaimana kuantiti pengganti atau pelengkap akan berubah apabila harga sesuatu
barang berubah.

Keanjalan Silang = % perubahan dalam Qx


% perubahan dalam harga Y

Nilai keanjalan harga silang untuk pengganti adalah positif (Py Qy Qx ),


apabila Py Qx
 Kenaikan harga Coke akan meningkatkan permintaan untuk Pepsi.

Keanjalan harga silang untuk pelengkap adalah negatif (Py Qy Qx ),


apabila Py Qx .
 Kenaikan harga kereta akan mengurangkan permintaan untuk petrol.

3.9 Keanjalan Harga Penawaran (Es)

3.9.1 Keanjalan, Ketidakanjalan, dan Unit Anjal Penawaran

Keanjalan harga penawaran menugukur keresponsifan kuantiti yang


ditawarkan kepada perubahan harga.

Keanjalan harga penawaran mengukur berapa banyak kuantiti yang


ditawarkan berubah sebagai respons kepada perubahan harga (ceteris
paribus). Ia mengukur magnitud pergerakan sepanjang keluk penawaran.

Ukuran keanjalan penawaran:

39
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

1. Penawaran anjal: Apabila penawaran lebih responsif kepada perubahan


harga. Harga
Nilai Es>1.

Kuantiti

2. Penawaran tidak anjal: Apabila penawaran kurang responsif kepada


perubahan harga. Nilai Es<1.

Harga S

Kuantiti

3. Unit anjal penawaran: Apabila penawaran memberi respons yang sama


dengan perubahan harga. Nilai Es=1.
Sebarang garis lurus dari asalan akan mempunyai keanjalan harga bekalan
satu.

Harga
S3
S1

S2

Kuantiti

40
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Es = % perubahan dalam Q ditawarkan x


% perubahan dalam harga X

3.9.2 Kes-kes khas keanjalan penawaran; pnawaran anjal dan


penawaran tidak anjal secara sempurna

1. Penawaran anjal secara sempurna (Es= )


Penawaran adalah anjal secara tidak sempurna jika respons kuantiti tinggi
tak terhingga kepada perubahan kecil dalam harga. Harga tidak berubah
apabila penawaran anjal secara sempurna. Apabila penawaran adalah anjal
secara sempurna, walaupun dengan sedikit pengurangan harga akan
menyebabkan penawaran barang tersebut jatuh kepada sifar. Tiada barang
yang mempunyai ciri ini. Keluk penawaran ialah garis mendatar apabila
penawaran anjal secara sempurna.
Harga

Kuantiti

2. Penawaran tidak anjal secara sempurna (Es=0)


Penawaran adalah tidak anjal secara sempurna apabila tiada respons
daripada kuantiti yang ditawarkan kepada perubahan harga. Barangan
seperti bilik hotel yang menghadap pantai dan tanah yang menghadap
pantai adalah tidak anjal secara sempurna. Keluk penawaran ialah garis
menegak jika penawaran adalah tidak anjal secara sempurna.

41
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Harga
S

Kuantiti

3.10 Faktor-faktor yang Menentukan Keanjalan Penawaran (Es)

Tempoh Masa

Keanjalan penawaran adalah berbeza dalam tempoh masa yang berbeza


disebabkan oleh perbezaan dalam penyelarasan. Terdapat tiga jangka masa utama;
jangka masa pendek, jangka masa medium, dan jangka masa panjang. Nilai Es
bertambah apabila firma mempunyai lebih masa untuk membuat perubahan.
 Jangka masa pendek; penawaran adalah tidak anjal secara sempurna dan
tidak memberi respons kepada perubahan harga kerana firma memerlukan
masa untuk membuat penyelarasan.
 Jangka masa medium; penawaran menjadi lebih responsif apabila firma
mampu untuk memanjangkan penggunaan sumber-sumber.
 Jangka masa panjang; penawaran menjadi lebih anjal apabila kilang baru
dibina.

3.11 Kegunaan Keanjalan

1. Keanjalan harga permintaan dsn penawaran adalah penting dalam dasar


penentuan harga bagi firma. Firma boleh menentukan bagaimana mengubah
harga untuk mendapat hasil yang lebih besar dan menganggar kesan
perubahan harga pada kuantiti dan seterusnya hasil. Firma juga boleh

42
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

membuat keputusan atas pengagihan cukai berdasarkan keanjalan harga


permintaan dan penawaran. Keanjalan harga permintaan dan penawaran juga
membantu kerajaan menetapkan cukai tidak langsung untuk mencapai
objektifnya.
2. Keanjalan permintaan harga silang boleh digunakan oleh firma untuk
menganggar kesan daripada pemotongan harga pesaing pada permintaan
mereka, dan firma juga boleh menganggar kesan perubahan harga pada
pelengkap (e.g. komputer dan perisian).
3. Keanjalan permintaan pendapatan boleh digunakan untuk menentukan jenis
barangan apa untuk dikeluar dan disimpan. Apabila pendapatan meningkat,
firma mungkin mahu mengelakkan barangan kurang bermutu dan juga
membantu menganggar potensi perubahan dalam permintaan (apabila
pendapatan bertambah di luar negara, pasaran baru mungkin muncul).

Soalan

1. Tunjukkan untuk setiap pasang di bawah barang yang manakah mempunyai


lebih keanjalan harga permintaan dan kenapa:
a makanan segera; pizza.
b. sarung kaki; kasut.
c. Petrol Shell; petrol.
2. Terangkan secara ringkas kenapa permintaan untuk tembakau, alkohol, dadah,
dan judi adalah tidak anjal harga?
3. Kenaikan 20% dalam harga susu membawa kepada pengurangan 10% dalam
kuantiti susu yang diminta. Apakah keanjalan permintaan harga untuk susu?
4. Jika peningkatan 10 peratus dalam pendapatan meningkatkan permintaan
untuk tiket kapal terbang sebanyak 30%, apakah keanjalan permintaan
pendapatan untuk tiket kapal terbang? Terangkan jawapannya dengan
seringkas mungkin.

43
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

BAB 4
CAMPUR TANGAN KERAJAAN
DALAM PASARAN

Hasil Pembelajaran
Pada akhir bab ini, anda sepatutnya dapat untuk:
1. Memahami aplikasi analisis permintaan dan penawaran
2. Memahami pelbagai bentuk campur tangan kerajaan
3. Menggunakan graf permintaan dan penawaran untuk menganalisis kesan
ekonomi atas harga siling dan harga lantai
4. Menggunakan graf permintaan dan penawaran untuk menganalisis kesan
ekonomi cukai

4.1 Dasar Kawalan Harga

Setakat ini, kita telah melihat bagaimana sistem harga pasaran kompetitif mencatu
barangan yang kurang di dunia. Akan tetapi, kadang-kadang pembuat dasar
percaya bahawa harga dalam pasaran kompetitif mungkin tidak adil kepada
pembeli atau penjual. Inilah masa apabila campur tangan kerajaan atas harga
pasaran boleh membawa kepada hasil yang lebih baik. Campur tangan kerajaan
secara langsung atas harga pasaran dikenali sebagai kawalan harga. Terdapat dua
jenis kawalan harga; dasar harga maksimum dan minimum.

Namun begitu, kadang-kadang dasar yang berniat baik ini mungkin menghasilkan
akibat yang tidak diingini. Dasar penetapan harga, kesan, dan kaedah untuk
menangani kesan-kesannya digariskan seperti di bawah.

44
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

4.1.1 Dasar Harga Maksimum

Dasar harga maksimum juga dikenali sebagai dasar harga siling. Inilah masanya
kerajaan menetapkan harga maksimum yang sah di mana penjual tidak boleh
menjual di atas harga maksimum. Harga maksimum ditetapkan di bawah
keseimbangan. Harga maksimum bertujuan untuk melindungi pembeli daripada
harga yang terlalu tinggi ditetapkan oleh pasaran. Contoh dasar harga maksimum
ialah kawalah harga atas barangan asas pengguna, harga sewaan, dan sebagainya.
Kesan harga maksimum adalah ia mencipta kekurangan. Apabila harga ditetapkan
di bawah keseimbangan, pembeli akan mahu membeli lebih dan penjual akan
menjual kurang yang mencipta kelebihan permintaan atau kekurangan.
Harga

P1

Q1 Q0 Q2 Kuantiti

Rajah 4.1: Dasar harga maksimum

Sebab-sebab menetapkan dasar harga maksimum:

Untuk melindungi kepentingan pembeli apabila harga yang ditetapkan


dalam pasaran terlalu tinggi sehingga tidak mampu dibeli oleh semua.
Sebagai contoh, harga rumah dan sewa mungkin terlalu tinggi di bandar-
bandar metropolitan sehinggan tidak mampu oleh golongan miskin. Harga
barangan asas juga kadang-kadang sangat tinggi apabila berlaku perang

45
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

atau kejutan penawaran yang boleh memberi kesan kepada kumpulan yang
mudah terjejas.

Kesan dasar harga maksimum:

i. Mencipta kekurangan.
ii. Senarai beratur dan menunggu yang panjang.
iii. Kemunculan pasaran gelap.

Kaedah untuk menangani kesan dasar harga maksimum:

i. Kerajaan boleh membeli barangan yang didagangkan di bawah harga


siling pasaran dunia dan menjualnya pada harga siling pasaran dalam
negara.
ii. Mencatu melalui penggunaan senarai menunggu dan kriteria tersurat bagi
siapa yang patut dapat produk seperti di bawah kawalan sewa.

4.1.2 Dasar Harga Minimum

Dasar harga minimum juga dikenali sebagai dasar harga lantai. Ini terjadi apabila
kerajaan menetapkan harga yang sah di mana penjual tidak boleh menjual di
bawah harga minimum. Harga minimum ditetapkan di atas harga keseimbangan.
Harga minimum bertujuan untuk melindungi penjual daripada harga yang sangat
rendah yang ditentukan dalam pasaran. Contoh-contoh harga minimum ialah
harga sokongan ladang dan dasar upah minimum. Kesan harga minimum ialah ia
mencipta lebihan. Apabila harga ditetapkan di atas keseimbangan, penjual akan
mahu menjual lebih dan pembeli akan membeli kurang menyebabkan lebihan
penawaran.

46
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Harga

P1

Kuantiti
Q1 Q Q2
Rajah 4.2: Dasar Harga Minimum

Sebab-sebab dasar harga minimum:

1. Untuk melindungi pengeluar daripada pendapatan turun naik kesan


daripada keadaan permintaan dan penawaran yang tidak stabil melalui
harga sokongan ladang.
2. Untuk melindungi pekerja yang tidak berkemahiran daripada pendapatan
rendah melalui dasar upah minimum.

Kesan-kesan dasar harga minimum:

1. Mencipta lebihan daripada harga sokongan ladang.


2. Mencipta pengangguran daripada dasar upah minimum.

Kaedah-kaedah untuk menangani dasar harga minimum:

1. Kerajaan membeli lebihan secara langsung.


2. Pengeluar meningkatkan usaha untuk menjual lebihan dengan
pengiklanan, mencari pasaran baru atau mencari kegunaan baru barang
tersebut.

4.2 Cukai Tak Langsung

Cukai tak langsung ialah cukai yang dikenakan oleh kerajaan atas perbelanjaan
barangan dah perkhidmatan dan dibayar secara tidak langsung melalui penjual.

47
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Terdapat dua jenis cukai tak langsung; cukai per unit dan cukai ad valorem. Cukai
per unit adalah apabila setiap unit dikenakan cukai dengan amaun yang sama, dan
cukai ad valorem adalah apabila setiap unit dikenakan cukai dengan kadar yang
sama.

Cukai boleh dikenakan secara langsung atas pembeli atau penjual. Jika ia
dikenakan secara langsung atas pembeli, ia akan mengurangkan permintaan dan
jika ia dikenakan atas penjual, penawaran akan berkurang. Kesan cukai atas harga
dan kuantiti adalah ia akan menaikkan harga dan mengurangkan kuantiti tidak
kira jika ia dikenakan atas pembeli atau penjual.

4.2.1 Insidens cukai

Insidens cukai adalah bagaimana beban cukai dibahagikan antara pembeli dengan
penjual. Insidens cukai bergantung kepada nilai keanjalan. Jika permintaan lebih
anjal daripada penawaran, pembeli akan lebih sensitif dengan perubahan harga
daripada penjual jadi penjual akan membayar lebih daripada pembeli. Jika
penawaran lebih anjal daripada permintaan, penjual lebih responsif kepada harga
jadi pembeli akan membayar lebih.

48
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Harga
S

S1

P2 Amaun Cukai

P1

Q2 Q1 Kuantiti

Rajah 4.3: Kesan cukai apabila permintaan adalah anjal harga


Harga S2

S1

P2 Amaun cukai

P1

Q2 Q1 Kuantiti
Rajah 4.4: Kesan cukai apabila permintaan tidak anjal

4.2.2 Kesan cukai atas keluaran pasaran dan hasil cukai

Keanjalan akan menentukan berapa banyak keluaran pasaran akan jatuh apabila
cukai meningkat. Apabila keanjalan permintaan dan penawaran tinggi, keluaran
pasaran akan berkurang lagi daripada apabila permintaan dan penawaran tidak
anjal. Apabila pembeli dan penjual menjadi semakin tidak responsif kepada
perubahan harga, cukai akan mempunyai kesan yang lebih kecil pada keluaran
pasaran.

49
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Nilai keanjalan juga akan memberi kesan kepada amaun hasil cukai di mana ia
akan menjadi rendah. Apabila keanjalan tinggi, respons pembeli dan penjual juga
tinggi. Kenaikan cukai akan mengurangkan hasil cukai sebahagian besarnya
apabila keanjalan tinggi. Apabila keanjalan rendah, hasil cukai akan menjadi
tinggi.
Harga Penawaran (kos
marginal) + cukai

Penawaran

P2
Beban atas Pengguna

Beban atas
P1 Pengeluar
Permintaan anjal
secara relatif
D

Q1 Q Kuantiti

Rajah 4.5: Kesan cukai tak langsung kepada hasil cukai apabila permintaan
adalah anjal

Harga Penawaran (kos


marginal) + cukai

Penawaran

P1
Beban atas Pengguna

Permintaan tidak
anjal secara relatif

Q1 Q Kuantiti

Rajah 4.6: Kesan cukai tak langsung kepada hasil cukai apabila permintaan
tidak anjal

50
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

4.3 Pertanian dan Dasar Pertanian

Campur tangan kerajaan dalam pasaran pertanian adalah perlu apabila:

i) Apabila produk pertanian dalam pasaran kompetitif yang sempurna dan


petani ialah penaruh harga.
ii) Harga pertanian diletakkan kepada turun naik yang besar disebabkan
perubahan permintaan dan penawaran yang tidak dijangka (kejutan
permintaan dan penawaran).
iii) Harga produk tani yang besar boleh memberi kesan kepada pendapatan
petani.
iv) Persaingan daripada import.

Jenis-jenis campur tangan kerajaan dalam pasaran pertanian:

i) Subsidi
ii) Stok penimbal
iii) Dasar harga lantai

51
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Soalan

1. Kerajaan mahu mengurangkan penggunaan ‘makanan ringan’ dengan


meletakkan cukai baru 15% atas makanan ringan. Haruskah cukai ini dikenakan
atas pembeli atau penjual? Terangkan. Adakah permintaan untuk makanan ringan
menjadi anjal atau tidak anjal? Siapa yang akan membayar lebih cukai itu –
pembeli atau penjual? Sertakan gambar rajah dalam jawapan anda.
2. Kerajaan menaikkan cukai atas ‘alcopops’ (minuman vodka berperisa) untuk
mengurangkan penggunaan alkohol di kalangan remaja.
Jika cukai menaikkan harga purata sebanyak 70% dan penggunaan jatuh sebanyak
30%, adakah permintaan anjal atau tidak anjal? Kira pekali keanjalan. Tunjukkan
kesan cukai menggunakan model permintaan/penawaran. Adakah insidens cukai
jatuh kepada pengguna atau pengeluar? Gambarkannya dalam rajah anda. Adakah
cukai ini dianggap cukai yang ‘baik’? Terangkan jawapan anda.
3. Katakan keanjalan harga permintaan untuk rokok ialah -0.25.
a. Jika cukai atas rokok dinaikkan cukup untuk menaikkan harga rokok
sebanyak 50%, apakah kesannya kepada kuantiti rokok yang diminta?
b. Adakah menaikkan cukai rokok suatu cara yang lebih efektif untuk
mengurangkan merokok jika permintaan untuk rokok anjal atau jika ia
tidak anjal? Terangkan secara ringkas.
4. Kenal pasti dan terangkan secara ringkas contoh-contoh dasar maksimum dan
minimum.
5. Apakah perbezaan antara dasar harga maksimum dengan minimum?

52
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

BAB 5
LATAR BELAKANG TEORI PENAWARAN
DAN UTILITI

Hasil Pembelajaran
Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat untuk:
1. Memahami konsep utiliti dan utiliti sut
2. Menerangkan lebihan pengguna
3. Mengetahui perbezaan antara pendekatan kardinal dengan ordinal kepada
pemaksimuman utiliti
4. Menerbitkan keluk permintaan
5. Memahami kesan-kesan pendapatan dan penggantian kepada jenis-jenis
barang yang berbeza

5.1 Utiliti

Utiliti ialah kepuasan yang diterbitkan daripada penggunaan sesuatu barang.


Andaian rasional yang dibuat tentang pengguna membayangkan bahawa objektif
pengguna dalam membuat keputusan tentang penggunaan adalah untuk
memaksimumkan utiliti. Terdapat dua pendekatan bagaimana pengguna boleh
memperuntukkan pendapatan mereka yang terhad atas pelbagai barangan untuk
memaksimumkan utiliti. Teori utiliti kardinal menyatakan bahawa utiliti boleh
diukur sementara teori utiliti ordinal mencadangkan bahawa pilihan penggunaan
boleh diletakkan berdasarkan utilitinya.

53
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

5.1.1 Teori Utiliti Kardinal

5.1.1.1 Jumlah Utiliti

Jumlah Utiliti (Total Utility/TU) boleh ditakrifkan sebagai jumlah amaun


kepuasan diterbitkan daripada penggunaan sesuatu barang. Jumlah utiliti
meningkat dengan penggunaan tetapi pada kadar yang berkurangan.

5.1.1.2 Utiliti Sut

Utiliti Sut (Marginal Utility/MU) ialah kepuasan tambahan daripada


menggunakan satu unit barang ekstra. MU berkurang apabila unit-unit tambahan
digunakan. Hukum pengurangan MU menyatakan bahawa MU berkurang dengan
tambahan unit penggunaan.

Jadual 5.1: Jumlah Utiliti dan Utiliti Sut


Utiliti Pisang (diukur dalam istilah wang)

Jumlah Paun Sehari Jumlah Utiliti (dalam $) Utiliti Sut (dalam $)

0 $0 ---

1 0.60 $0.60

2 1.16 0.56

3 1.60 0.44

4 1.96 0.36

5 2.10 0.14

6 2.00 -0.10

54
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

5.1.1.3 Hubungan antara TU dengan MU

MU ialah kadar perubahan dalam TU. Pada awalnya, peningkatan dalam


penggunaan meningkatkan TU tetapi pada kadar yang berkurangan di mana MU
berkurang. Apabila TU mencapai titik maksimum, MU akan menjadi sifar.
Apabila TU mula berkurang, MU menjadi negatif apabila pengguna mengalami
utiliti negatif daripada penggunaan. Utiliti negatif ialah ketidakpuasan daripada
penggunaan. Pengguna yang rasional akan mengguna sehingga TU maksimum
dan MU sifar. Penggunaan lebih daripada itu akan menyebabkan utiliti negatif.

Rajah 5.1: Jumlah Utiliti dan Utiliti Sut

5.1.1.4 Tahap Optimum Penggunaan

Pengguna yang rasional akan menggunakan sehingga utiliti sut penggunaan sama
dengan harganya.

55
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Utiliti dimaksimumkan apabila MU=P.


Jika MU>P, penggunaan akan meningkat sehingga syarat di atas dipenuhi.
Jika MU<P, penggunaan akan berkurang sehingga syarat di atas dipenuhi.
Oleh itu, pengguna akan memperuntukkan pendapatan mereka (Y) sebegitu rupa
iaitu utiliti wang terakhir dibelanjakan atas barang tersebut sama dengan harganya
atau;
MU/P = Y
Prinsip sut/marginal sama menyatakan bahawa pengguna akan memperuntukkan
pendapatan mereka sebegitu rupa iaitu utiliti wang terakhir dibelanjakan untuk
setiap barang adalah sama apabila mereka menggunakan sebilangan barangan
(barang a, b, c) atau;
MUa/Pa=MUb/Pb=MUc/Pc = Y

Jadual 5.2: Memaksimumkan utiliti dengan menyamakan utiliti sut per


wang dibelanjakan
Pemaksimuman Utiliti: Andaikan jadual utiliti berikut untuk X dan Y
Produk X Produk Y
Kuantiti Jumlah Utiliti Utiliti Sut X Kuantiti Jumlah Utiliti Utiliti Sut
X Utiliti Sut X dibahagikan Y Utiliti Sut Y Y
X dengan Px = Y dibahagikan
$1 dengan Py =
$1
0 0 0 0 0 0 0 0
1 10 10 10 1 9 9 9
2 19 9 9 2 17 8 8
3 27 8 8 3 24 7 7
4 34 7 7 4 29 5 5
5 41 7 7 5 33 4 4
6 45 4 4 6 37 4 4
7 48 3 3 7 39 2 2

56
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

5.2 Lebihan Pengguna

Lebihan pengguna sama dengan perbezaan antara kesanggupan pembeli


membayar dengan harga sebenar dibayar untuk sesuatu barang. Lebihan pengguna
mengukur faedah bersih daripada penggunaan. Jika lebihan pengguna meningkat,
pengguna akan mendapat yang lebih baik. Lebihan pengguna akan meningkat jika
harga turun. Lebihan pengguna diukur di bawah keluk penawaran dan di atas
garis harga.
Harga

Lebihan
Pengguna

D Kuantiti
Rajah 5.2: Lebihan Pengguna

5.3 Utiliti Sut dan Keluk Permintaan

MU ialah kepuasan tambahan diperoleh daripada menggunakan satu unit ekstra


sesuatu barang. MU berkurang apabila lebih banyak unit barangan digunakan.
Unit awal penggunaan menjana utiliti yang lebih tinggi daripada unit yang
selepasnya. Unit pertama penggunaan menjana utiliti tertinggi daripada unit yang
seterusnya. Oleh itu, pengguna sanggup untuk membayar lebih bagi unit-unit awal
daripada unit-unit selepasnya. Apabila penggunaan meningkat, MU berkurang
dan oleh itu kesanggupan untuk membayar juga menurun. Jadi, kesanggupan
pengguna untuk membayar adalah berdasarkan MU yang diterbitkan daripada
penggunaan. Dengan itu, keluk MU mencerun ke bawah ialah keluk permintaan.

57
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

5.4 Pendekatan Ordinal

Dalam pendekatan ordinal, utiliti diterbitkan daripada penggunaan yang tidak


boleh diukur tetapi boleh ditempatkan. Pendekatan ordinal menggunakan keluk
puas sama dan analisis garis belanjawan untuk menunjukkan bagaimana
pemilihan penggunaan dibuat untuk memaksimumkan utiliti.

5.4.1 Keluk Puas Sama

Keluk puas sama ialah keluk yang mengandungi kombinasi berbeza dua barang
yang mana pengguna tidak mempedulikan atau memberi tahap utiliti yang sama.
Keluk puas sama mewakili keutamaan pengguna. Setiap keluk puas sama
mewakili satu tahap utiliti yang boleh ditempatkan berdasarkan keutamaan
pengguna. Satu set keluk puas sama dikenali sebagai peta puas sama. Keluk puas
sama yang lebih tinggi (lebih jauh dari asalan) menjana lebih utiliti. IC yang lebih
tinggi bermaksud lebih penggunaan kedua-dua atau lebih daripada salah satu
barang tersebut. Pengguna lebih gemar mendapat lebih disebabkan tamak. Lebih
banyak adalah lebih baik daripada kurang. Pengguna sentiasa cuba untuk
mencapai IC tertinggi yang mungkin kerana IC yang lebih tinggi menjana lebih
utiliti.

IC mencerun ke bawah, menunduk ke dalam, dan tidak bersilang. Cerun-cerun ke


bawah disebabkan oleh banyak lebih baik daripada sedikit. Jika keluk puas sama
mencerun ke atas, pengguna akan menjadi tidak peduli apabila mereka
mempunyai lebih dan kurang. Keluk puas sama menunduk ke dalam disebabkan
oleh kadar penggantian sut yang berkurang (diminishing marginal rate of
substitution/DMRS). Cerun IC ialah MRS (marginal rate distribution), kadar di
mana barang x boleh menggantikan barang y. Jika MRS x untuk y = 2, satu X
boleh menggantikan dua Y. IC tidak boleh bersilang kerana apabila dua IC
bersilang, akan ada satu kombinasi barang yang menjana dua tahap kepuasan
berbeza. Ini tidak mungkin berlaku.

58
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Barang Y

Rajah 5.3: Keluk puas sama

5.4.2 Garis Belanjawan

Garis Belanjawan (Budget Line/BL) mewakili kemungkinan penggunaan.


Sepanjang garis belanjawan, terdapat pelbagai kombinasi dua barang yang
mampu dimiliki pada harga yang diberi dan tahap pendapatan.

Cerun BL ialah nisbah harga negatif (-Px/Py). Cerun BL mewakili harga relatif
atau OC satu barang berhubung barang yang lain.

Jika cerun BL ialah -2, harga X ialah dua kali harga Y atau OC membeli satu X
ialah 2Y.

Contoh: Jika pendapatan ialah $60, Px=$2 dan Py=$1


Amaun maksimum X yang boleh dibeli ialah 30 unit.
Amaun maksimum Y yang boleh dibeli ialah 60 unit.

59
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Cerun BL atau harga relatif X merujuk kepada Y ialah 2 (X dua kali ganda harga
Y).

5.4.3 Titik penggunaan optimum

Penggunaan optimum ditemui pada titik ketangenan di antara keluk puas sama
dan garis belanjawan. Utiliti dimaksimumkan pada titik ketangenan di mana cerun
BL (-Px/Py) sama dengan cerun IC (-MUx/MUy).

Px/Py=MUx/MUy atau MUx/Px=MUy/Py

Pada titik ketangenan:


Nisbah harga adalah sama dengan nisbah utiliti sut antara dua barangan atau utiliti
sut per wang dibelanjakan untuk setiap barang adalah sama (prinsip sut/marginal
sama).

Barang Y

I4
A

I3
I2
Barang X
Rajah 5.4: Titik Penggunaan Optimum

5.5 Kesan Pendapatan dan Penggantian daripada Perubahan Harga

Apabila harga berubah, Kesan Pendapatan (Income Effect/IE) dan Kesan


Penggantian (Substitution Effect/SE) biasanya berlaku secara serentak. IE suatu

60
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

harga dikesan pada IC yang berbeza sementara SE diukur sepanjang IC yang


sama. SE selalunya negatif untuk semua jenis barang. Apabila harga naik,
pengguna kurang membeli dan apabila harga turun, pengguna membeli lebih.
Akan tetapi, arah dan magnitud IE berbeza-beza mengikut jenis-jenis barang yang
berbeza.

i. Barangan normal, SE>IE dan SE dan IE pada arah yang sama (SE dan IE
negatif)
ii. Barangan kurang bermutu, SE>IE dan SE dan IE dalam arah yang berbeza
(SE negatif dan IE positif)
iii. Barangan tidak bermutu/rosak, IE>SE dan SE dan IE pada arah yang
berbeza (SE negatif dan IE positif)

5.7.1 Kesan Pendapatan

Kesan Pendapatan (IE) ialah perubahan dalam tingkah laku yang dihasilkan
semata-mata daripada perubahan dalam pendapatan. Ia ditunjukkan dengan
bergerak dari satu IC ke IC yang lain. Apabila berlaku kenaikan harga,
pendapatan sebenar atau kuasa pembelian wang jatuh, ini akan menggerakkan
penggunaan ke IC yang lebih bawah dengan tahap utiliti yang lebih rendah.
Penurunan harga meningkatkan kuasa pembelian yang membenarkan lebih
banyak penggunaan pada IC yang lebih atas dengan tahap utiliti yang lebih tinggi.

5.7.2 Kesan Penggantian

Kesan Penggantian (SE) perubahan harga ialah perubahan dalam tingkah laku
yang dihasilkan semata-mata daripada perubahan dalam kos lepas atau harga
relatif dan bukan daripada perubahan dalam pendapatan sebenar. Apabila tiada
perubahan dalam pendapatan sebenar, maka tiada perubahan dalam utiliti ataupun
IC. SE suatu perubahan harga diukur sepanjang IC yang sama dengan tiada
perubahan pada utiliti. Apabila berlaku kenaikan harga, penggunaan barang yang

61
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

secara relatifnya lebih murah meningkat dan penggunaan barang yang secara
relatifnya lebih mahal berkurang. SE ditunjukkan dengan bergerak di sepanjang
IC yang asal yang bertangen dengan BL hipotesis, yang selari dengan BL yang
baru.

Barangan
Lain

B2 B1* B1
Q3 Q2 Q1 Unit Barang X
Kesan Penggantian
Kesan Pendapatan

Rajah 5.5: Kesan pendapatan dan penggantian peningkatan harga

Soalan

1. Definisikan secara ringkas apa jumlah utiliti dan utiliti sut. Bagaimanakah
kedua-duanya berkaitan? (Gunakan gambar rajah untuk menunjukkan
hubungan antara kedua-dua konsep)
2. Bezakan antara pendekatan kardinal dengan ordinal dalam teori pengguna.
3. Bagaimanakah keseimbangan optimum dicapai dalam pendekatan kardinal
dan ordinal?
4. Bagaimanakah kesan penggantian dan pendapatan dapat diaplikasikan
untuk membezakan jenis-jenis produk?

62
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

BAB 6
LATAR BELAKANG TEORI PENAWARAN
DAN PENGELUARAN

Hasil Pembelajaran
Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat untuk:
1. Memperoleh kefahaman yang lebih baik tentang keputusan yang dibuat
oleh pengeluar
2. Memahami perbezaan dalam kos dan keuntungan dalam jangka pendek dan
jangka panjang
3. Memahami perbezaan dalam teori pengeluaran jangka pendek dan jangka
panjang
4. Membezakan antara ekonomi skala dengan disekonomi skala

6.1 Firma

Objektif utama firma adalah untuk memaksimumkan keuntungan. Firma


mengambil faktor-faktor pengeluaran dan menyusunnya untuk menghasilkan dan
menjual barangan dan perkhidmatan supaya dapat memaksimumkan keuntungan.
Jika firma gagal memaksimumkan keuntungan, ia akan sama ada tutup,
bergabung, menghentikan pengeluaran, atau dibeli oleh firma-firma lain yang
mahu memaksimumkan keuntungan.

6.2 Pengeluaran

6.2.1 Jangka Pendek dan Jangka Panjang

Terdapat dua jenis input dalam pengeluaran; input berubah dan input tetap. Input
tetap tidak akan berubah dalam tempoh masa yang pendek. Tanah dan modal

63
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

ialah input tetap yang biasa dalam jangka pendek (short run/SR). Input berubah
ialah input yang boleh berubah dengan bila-bila masa. Buruh dan bahan mentah
ialah input-input berubah. Jangka pendek adalah di mana terdapat sekurang-
kurangnya satu input yang tetap dan jangka panjang (long run/LR) adalah di mana
semua input berubah. Disebabkan perbezaan ini, pengeluaran dan kos dalam SR
dan LR adalah berbeza.

6.2.2 Pengeluaran dalam Jangka Pendek

Dalam jangka pendek, firma hanya boleh meningkatkan keluarannya dengan


menggunakan lebih banyak input berubah. Meningkatkan input berubah kepada
input tetap pada awalnya meningkatkan jumlah produk (total product/TP) atau
jumlah keluaran pada kadar yang meningkat tetapi akhirnya pengeluaran akan
terencat di mana TP mula bertambah pada kadar yang menurun.

Keluaran
Q3
_
Q=f(K,L)
Q2

Q1

L1 L2 L3 Buruh
Rajah 6.1: Keluk Jumlah Produk dan Pulangan Sut Berkurangan

Semakin banyak input berubah digunakan, pengeluaran tertakluk kepada hukum


pulangan berkurangan. Hukum pulangan berkurangan adalah apabila firma
menggunakan lebih banyak input berubah, dengan kuantiti input tetap yang diberi,
keluaran sut akhirnya menurun di mana terlalu banyak faktor-faktor berubah yang
menyesakkan faktor tetap dalam pengeluaran.

64
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Keluaran sut (marginal product/MP) buruh ialah keluaran tambahan yang firma
keluarkan sebagai hasil daripada menggunakan lebih daripada seorang pekerja.
Purata produk (average product/AP) buruh adalah sama dengan jumlah keluaran
dibahagikan dengan kuantiti buruh diupah. Jumlah produk (TP) ialah keluaran
maksimum yang dihasilkan dengan semua input.

Jika Buruh (Labour/L) ialah satu-satunya input berubah,


MP = ∆TP/∆L
AP = TP/L

6.3 Hubungan antara TP, MP dan AP

Pada peringkat I, apabila TP bertambah pada kadar yang menaik, MP meningkat


dan di atas AP. Pada peringkat ini, firma mempunyai pulangan sut yang
meningkat apabila input berubah digunakan. Mengupah buruh tambahan
membenarkan pembahagian kerja dan pengkhususan yang menyumbang kepada
kecekapan.

Pada peringkat II, apabila TP mula untuk bertambah pada kadar yang menurun,
MP mula berkurang dan menjadi sama dengan AP pada titik maksimum dan
selepas itu, MP berada di bawah keluk AP. Pada peringkat ini, firma menghadapi
pulangan sut berkurangan apabila mereka mengupah buruh tambahan. Menambah
terlalu banyak faktor berubah kepada faktor tetap menyebabkan kesesakan pada
faktor tetap yang memberi kesan kepada kecekapan input. Ini pasti berlaku dalam
pengeluaran SR dan dikenali sebagai hukum pulangan sut berkurangan.

65
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Pada peringkat III, apabila TP berada pada maksimumnya, MP menjadi sifar dan
apabila TP mula jatuh, MP menjadi negatif dan peringkat inilah yang tidak
dikehendaki oleh firma kerana terdapat pulangan sut negatif apabila input berubah
diambil.

TP
Jumlah produk

Buruh
Peringkat 1: Peringkat 2: Peringkat 3:
T Pulangan Pulangan Pulangan Negatif
Keluaran Bertambah Berkurang
sut

Buruh
MP

Rajah 6.2: Hukum pulangan berkurangan dan 3 peringkat dalam


pengeluaran jangka pendek
La

6.4 Pengeluaran dalam Jangka Panjang

Dalam jangka panjang (LR), semua input adalah berubah. Firma boleh mengubah
semua input untuk mengubah tahap keluaran. Apa yang berlaku kepada keluaran
yang dihasilkan bergantung kepada pulangan skala operasi apabila input
dilipatgandakan.

66
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Pulangan Bertambahan Mengikut Skala (Increasing Returns to Scale/IRTS);


apabila peningkatan berkadaran dalam input menghasilkan lebih daripada
peningkatan berkadaran dalam keluaran, firma mempunyai pulangan bertambahan
mengikut skala.

Pulangan Malar Mengikut Skala (Constant Returns to Scale/CRTS); apabila


peningkatan berkadaran dalam input menghasilkan peningkatan berkadaran dalam
keluaran, firma mempunyai pulangan malar mengikut skala.

Pulangan Berkurangan Mengikut Skala (Decreasing Returns to Scale/DRTS);


apabila peningkatan berkadaran dalam input menghasilkan kurang daripada
peningkatan berkadaran dalam keluaran, firma mempunyai pulangan berkurangan
mengikut skala.
Kos

Pulangan Pulangan malar Pulangan


bertambahan mengikut skala berkurangan
mengikut skala mengikut skala

Kuantiti

Figure 6.3: Pulangan mengikut skala dalam jangka panjang

6.5 Isokuan dan Isokos

6.5.1 Isokuan

Isokuan ialah fungsi pengeluaran dalam LR yang mewakili kombinasi input


berbeza untuk menghasilkan sesuatu tahap keluaran. Setiap cerun isokuan
mencerun ke bawah dari kiri ke kanan, dengan |cerun| = MRTS, isokuan tidak

67
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

bersilang dan isokuan adalah cembung disebabkan kadar penggantian teknik sut
(marginal rate of technical substitution/MRTS) yang berkurangan.

MRTSLK = MPL
MPK

6.5.2 Isokos

Isokos ialah kekangan kos yang mewakili kombinasi input berbeza yang boleh
dibeli pada kos yang sama.

Formula garis isokos ialah: C = wL + rK


Cerun isokos ialah: w
r
Di mana; C = jumlah kos pengeluaran, w = kadar upah, L = unit buruh, r = kadar
sewa, K = unit modal
Modal

K*

L* Buruh

Rajah 6.4: Titik ketangenan isokuan dan isokos

Dalam jangka panjang, firma boleh meminda semua input dalam pengeluaran
untuk mengubah tahap keluaran. Firma akan memilih kombinasi input yang
meminimumkan kos pada titik ketangenan isokuan dan isokos. Pada titik
ketangenan isokuan dan isokos apabila syarat yang berikut dipenuhi, keluaran
maksimum dihasilkan dengan kos minimum menggunakan L* unit buruh dan K*

68
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

unit modal. Pada titik ketangenan, peraturan peminimuman dipenuhi. Firma


meminimumkan kos apabila nisbah MP dua input sama dengan nisbah harga
input.

MPL = w
MPK r

atau

MPL = MPK
w r

6.6 Kos dan Keuntungan

6.6.1 Kos Ekonomi dan Kos Perakaunan

Kebanyakan input atau faktor pengeluaran dibeli oleh firma. Perbelanjaan atas
input ialah kos pengeluaran. Sesetengah input ialah kepunyaan sendiri seperti
menggunakan kemahiran, masa, dan usaha untuk perniagaan sendiri,
menggunakan pengangkutan sendiri untuk perniagaan, menggunakan premis
sendiri atau keluarga untuk perniagaan, atau juga menggunakan ahli keluarga
dalam perniagaan. Apabila firma tidak membayar secara langsung untuk
penggunaan input-input ini, nilai input kepunyaan sendiri dikenali sebagai kos
tersirat kerana tiada pembayaran secara langsung dibuat. Akan tetapi, ia adalah
penting kerana jika sumber-sumber tidak dipunyai sendiri, firma harus membayar
untuk penggunaan sumber-sumber ini. Terdapat juga kos lepas dalam
menggunakan sumber-sumber ini dalam perniagaan. Ia boleh digunakan dalam
kegunaan lain. Nilai sumber-sumber kepunyaan sendiri apabila ia tidak dibayar
dikenali sebagai kos tersirat. Berikut ialah kos tersirat dalam pengeluaran:

 Gaji yang sudah pasti – kos lepas masa bekerja anda bekerja untuk orang
lain

69
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

 Bunga yang sudah pasti – kos lepas menggunakan pembiayaan firma itu
sendiri
 Keuntungan biasa – kos lepas kebolehan keusahawanan pemilik itu, kadar
pulangan yang dijangka

Kos Tak Tersirat ialah kos yang ditanggung apabila input diambil dan dibayar
secara langsung. Kebanyakan input seperti buruh, modal, dan bahan mentah
diambil dan kos langsung ditanggung. Perbelanjaan yang ditanggung secara
langsung dalam mengambil input-input ini dikenali sebagai kos tak tersirat. Ia
termasuk pembayaran upah, bahan mentah, sewa, bunga atas pinjaman, telefon,
kos perjalanan, dan lain-lain.

Kos Ekonomi ialah jumlah kos tersirat dan tak tersirat dan juga dikenali sebagai
kos lepas. Kos Perakaunan hanya menerangkan kos tak tersirat dalam pengiraan
kos. Kos ekonomi selalunya lebih daripada kos perakaunan disebabkan oleh kos
tersirat.

Kos Ekonomi = Kos Tersirat + Kos Tak Tersirat


Kos Perakaunan = Kos Tak Tersirat

6.6.2 Keuntungan

Keuntungan ialah perbezaan antara jumlah hasil (total revenue/TR) yang didapati
dengan jumlah kos (total cost/TC) pengeluaran.

Keuntungan = TR - TC

6.6.3 Keuntungan Ekonomi dan Keuntungan Perakaunan

Keuntungan Ekonomi = TR – Kos Ekonomi


= TR – EC - IC

70
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

(di mana Kos Ekonomi ialah jumlah kos tak tersirat dan tersirat = EC + IC atau
kos lepas)

Keuntungan Perakaunan = TR – AC
(di mana Kos Perakaunan hanyalah kos tak tersirat)
Keuntungan ekonomi selalunya kurang daripada keuntungan perakaunan
disebabkan oleh kos tersirat.

Mani berhenti daripada kerjanya yang bergaji $350,000 untuk membuka sebuah
kafe: Kafe Mani

 Beliau menggunakan simpanan $400,000 (perolehan 5%) untuk


membiayai kafenya dan kadar pulangan yang dijangka untuk kafe tersebut
ialah $40,000
 Dalam tahun pertama, jualan = $500,000
$ belanja = $150,000

Keuntungan Perakaunan = ?
Keuntungan Ekonomi = ?

Jawapan:
Untuk menentukan keuntungan perakaunan = TR – Kos Tak Tersirat
Untuk menentukan keuntungan ekonomi, kita mesti mengenal pasti kos-kos
tersirat:
1. Gaji sudah pasti = ___________
2. Bunga sudah pasti = __________
3. Keuntungan biasa = ____________
Jumlah Kos = Kos Tak Tersirat + Kos Tersirat
= $150,000 + 410,100
= $560,00

71
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

 Jika kentungan ekonomi < 0, firma menanggung kerugian. Lebih baik


Mani tidak membuka kafe.
 Jika keuntungan ekonomi > 0, firma sangat berpuas hati dan harus
diteruskan.
 Jika keuntungan ekonomi = 0, firma berpuas hati iaitu firma dikatakan
memperoleh keuntungan biasa.

6.7 Kos dalam Jangka Pendek

Ahli-ahli ekonomi selalu merujuk kos sebagai kos lepas. Kos lepas ialah kos tak
tersirat dan tersirat. Dalam jangka pendek, sesetengah faktor adalah tetap dan
sesetengahnya pula berubah. Jumlah kos (TC) dalam jangka pendek ialah kos
semua sumber yang digunakan dalam pengeluaran. Jumlah kos tetap (fixed
cost/FC) ialah kos input tetap firma. Kos tetap tidak berubah dengan keluaran.
Jumlah kos berubah (variable cost/VC) ialah kos input berubah firma. Kos
berubah bertukar dengan tahap keluaran.

Kos TC

VC

Keluaran

Rajah 6.5: Keluk-keluk kos dalam jangka pendek

FC ialah garis lurus mendatar kerana ia tidak berubah dengan keluaran. VC


bermula dari asalan dan meningkat apabila lebih banyak input berubah digunakan
untuk meningkatkan pengeluaran. Oleh itu, TC pada mulanya akan bermula

72
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

daripada nilai FC dan akan mengikut bentuk VC dengan tepat. TC adalah selari
dengan VC dan jarak antara TC dengan VC ialah FC.

TC = FC + VC

Kos sut ialah peningkatan dalam jumlah kos yang dihasilkan daripada
peningkatan satu-unit dalam keluaran.
MC = ∆TC
∆Q

Jumlah kos purata (average total cost/ATC) ialah jumlah kos seunit keluaran.

ATC = TC
Q

MC
Kos
or
AC

AVC
r

Kuantiti

Rajah 6.6: Keluk-keluk kos purata dan sut dalam jangka pendek

Kedua-dua ATC dan MC berbentuk U disebabkan hukum pulangan berkurangan.

 Apabila MP meningkat, MC menurun


 Apabila MP menurun, MC meningkat
 Apabila MP pada maksimum, MC pada minimum

73
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

6.8 Kos dalam Jangka Panjang

Dalam jangka panjang, apabila firma meningkatkan skala pengeluarannya, ia


mampu menambahkan input tetapnya.

Dalam jangka panjang, semua input adalah berubah. Semua kos dalam LR adalah
berubah. Tiada FC dalam LR. Hukum pulangan berkurangan tidak berlaku dalam
jangka panjang. Dalam jangka panjang, sesebuah firma boleh mengubah-ubah
kuantiti semua input. Oleh itu, firma boleh mengubah skala operasinya,
contohnya membina kilang yang lebih besar; menambahkan kelengkapan modal.

Ekonomi skala ialah situasi di mana keluk kos purata jangka panjang menurun
apabila firma menambahkan keluaran. Sumber-sumber ekonomi skala ialah
pembahagian buruh dan pengkhususan, ekonomi teknikal, pembelian pukal,
ekonomi kewangan, ekonomi skala pemasaran, dan banyak lagi faktor yang
mengurangkan kos seunit (AC) pengeluaran dalam jangka panjang.

74
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Disekonomi skala ialah situasi di mana keluk kos purata jangka panjang
meningkat apabila firma menambahkan keluaran. Sumber-sumber disekonomi
skala ialah birokrasi, halangan komunikasi dan kesukaran berkomunikasi yang
menyebabkan kekurangan koordinasi, motivasi dan moral staf yang lemah kerana
mereka tidak dapat diawasi apabila firma menjadi terlalu besar, kerosakan mesin
yang kerap, dan banyak lagi faktor yang meningkatkan kos seunit (AC) dalam
jangka panjang apabila firma menjadi terlalu besar.

Kos Ekonomi skala


Disekonomi
skala

Kuantiti

Rajah 6.7: Ekonomi skala dan disekonomi skala dalam jangka panjang

75
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Soalan

1. Bezakan antara kos tersirat dengan tak tersirat.


2. Definisikan konsep tempoh masa jangka pendek dan jangka panjang
dalam ekonomi.
3. Terangkan secara ringkas hukum pulangan berkurangan dengan
menggunakan gambar rajah.
4. Mengapakah kos purata jangka pendek dan jangka panjang berbentuk U?
5. Pertimbangkan jadual data atas kos yang berikut.

Unit Keluaran Jumlah Kos Tetap ($) Jumlah Kos Berubah ($)

1 500 180

2 500 340

3 500 420

4 500 560

5 500 740

a) Apakah jumlah kos (TC) menghasilkan 3 unit keluaran?


b) Apakah jumlah kos purata (ATC) menghasilkan 4 unit keluaran?
c) Apakah kos sut (MC) unit ke-4?
d) Apakah kos tetap purata (AFC) menghasilkan 5 unit keluaran?
e) Apakah kos berubah purata (AVC) jika 5 unit dihasilkan?

76
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

BAB 7
STRUKTUR PASARAN

Hasil Pembelajaran
Pada akhir bab ini, anda sepatutnya dapat untuk:
1. Meneliti ciri-ciri asas struktur pasaran yang berbeza
2. Meneliti keputusan pemaksimuman keuntungan firma bersaing, monopoli,
firma bersaing memonopoli, dan firma oligopoli dalam jangka pendek dan
jangka panjang
3. Memahami keluk kos dan hasil
4. Mengkaji beberapa bentuk diskriminasi harga

7.1 Struktur Pasaran

Struktur pasaran ialah koleksi beberapa jenis pasaran yang berbeza yang mana
barangan dan perkhidmatan dibeli dan dijual berdasarkan beberapa ciri. Ciri-ciri
utama di mana pasaran dikategorikan adalah berdasarkan bilangan firma yang
wujud dalam pasaran, darjah persaingan, halangan untuk masuk dalam pasaran,
dan jenis-jenis produk yang dihasilkan. Empat jenis firma utama dikategorikan
berdasarkan firma bersaing (kompetitif) sempurna, monopoli, oligopoli, dan
persaingan memonopoli.

7.2 Pasaran Kompetitif Sempurna

Pasaran kompetitif sempurna adalah apabila terdapat banyak pembeli dan penjual
dengan kebebasan masuk dan keluar menjual produk-produk homogen. Sebuah
firma yang kompetitif secara sempurna adalah juga pengambil harga kerana
sebuah firma secara relatifnya terlalu kecil kepada pasaran, dan tidak mempunyai
kuasa pasaran untuk menetapkan harga. Keluk permintaan sebuah firma
kompetitif sempurna adalah anjal secara sempurna (mendatar). Contoh-contoh

77
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

firma kompetitif sempurna ialah penjual produk pertanian (tanaman, biji-bijian,


buah-buahan, bunga, sayur-sayuran).

7.2.1 Permintaan (Demand/D), Hasil Purata (Average Revenue/AR), dan


Hasil Sut (Marginal Revenue/MR) di bawah persaingan sempurna

Keluk permintaan bagi firma kompetitif sempurna adalah anjal secara sempurna
(mendatar). Harga ditentukan oleh persilangan permintaan pasaran dan keluk
penawaran. Firma mengambil harga yang ditetapkan oleh pasaran. Dalam pasaran
kompetitif sempurna, D=P=MR. Firma akan memaksimumkan keuntungan
(memimumkan kerugian) dengan menghasilkan keluaran apabila MR=MC atau
P=MC apabila P=MR bagi firma kompetitif.

7.2.2 Harga keseimbangan dan keluaran dalam jangka pendek dan jangka
panjang

7.2.2.1 Firma kompetitif dalam jangka pendek

Dalam jangka pendek, firma boleh mendapat keuntungan supernormal,


keuntungan biasa, atau keuntungan subnormal (kerugian ekonomi).Namun dalam
jangka panjang, firma kompetitif sempurna akan hanya mendapat keuntungan
biasa (keuntungan ekonomi sifar) disebabkan oleh kebebasan masuk dan keluar..

i. Keuntungan supernormal diperoleh apabila TR>TC atau P>ATC.

Jika firma-firma kompetitif memperoleh keuntungan ekonomi dalam SR,


sesetengah firma tertarik kepada industri. Kemasukan firma-firma baru akan
meningkatkan penawaran pasaran. Peningkatan dalam penawaran akan
menurunkan harga hingga P=ATC di mana keuntungan normal diperoleh dalam
LR.

78
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Kos & MC
or

AR=MR

Kuantiti

Rajah 7.1: Keuntungan supernormal dalam firma kompetitif


sempurna

ii. Keuntungan subnormal diperoleh apabila TR<TC atau P<ATC.

Jika firma-firma kompetitif mendapat kerugian ekonomi dalam SR, sesetengah


firma terpaksa keluar daripada industri. Firma-firma yang keluar akan
mengurangkan penawaran pasaran. Pengurangan dalam penawaran akan
menaikkan harga hingga P=ATC di mana keuntungan normal diperoleh dalam
LR.

Kos &
MC

r
AR=MR=P

Kuantiti

Rajah 7.2: Keuntungan subnormal (kerugian ekonomi) dalam


firma kompetitif sempurna

79
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

iii. Keuntungan normal diperoleh apabila TR=TC atau P=ATC.

Jika firma-firma kompetitif memperoleh keuntungan normal dalam SR, tiada


insentif untuk firma-firma baru masuk atau firma-firma yang sedia wujud untuk
keluar. Tiada perubahan dalam penawaran dan firma-firma akan kekal
memperoleh keuntungan ekonomi sifar dalam LR jika firma-firma tidak berubah.

Kos &
MC

AR=MR=P

Kuantiti

Rajah 7.3: Keuntungan normal (keuntungan ekonomi sifar)


dalam firma kompetitif sempurna

7.2.2.2 Firma kompetitif dalam jangka panjang

Firma-firma dalam pasaran kompetitif secara sempurna hanya boleh mendapat


keuntungan normal dalam LR disebabkan kebebasan masuk dan keluar. Apabila
keuntungan dibuat, firma-firma baru masuk dan apabila kerugian dibuat,
sesetengah firma tidak dapat bertahan jadi keluar. Jadi, perubahan dalam
penawaran akan meminda harga sewajarnya dan memastikan bahawa P=ATC
dalam LR di mana keuntungan ekonomi sifar (keuntungan normal) dibuat.

80
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Kos & Hasil MC

AR=MR=P

Kuantiti

Rajah 7.3: Keuntungan normal dalam firma kompetitif sempurna

Contoh-contoh firma kompetitif dalam dunia nyata yang memperoleh keuntungan


normal dalam jangka panjang ialah gerai makanan, penjual buah, penjual bunga,
penjual CD, penjual cenderamata, dan banyak lagi perniagaan-perniagaan kecil
apabila terdapat banyak penjual yang serupa.

7.2.2.3 Kenapa firma kompetitif kekal dalam pasaran walaupun keuntungan


ekonomi sifar dibuat dalam LR

Walaupun firma-firma mungkin memperoleh keuntungan ekonomi sifar


(keuntungan normal) dalam jangka panjang, keuntungan perakaunan yang
diperoleh akan menyebabkan mereka kekal dalam perniagaan walaupun tiada
keuntungan dibuat.

Sesetengah firma kekal dalam perniagaan walaupun dengan keuntungan ekonomi


sifar dalam jangka panjang kerana ia tahan perubahan atau tidak boleh berubah.
Untuk bertukar kepada perniagaan lain memerlukan firma belajar kemahiran baru
yang mungkin sukar dan menelan belanja yang besar bagi sesetengahnya.
Sesetengahnya mendapati ia terlalu sukar untuk berubah kerana mereka telah
biasa dengan apa yang mereka buat dan membina kemahiran, pengetahuan dan
minat dalam perniagaan mereka.

81
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Pasaran kompetitif sempurna ialah pasaran yang sangat ideal. Dalam dunia nyata,
tidak wujud pasaran kompetitif sempurna. Kebanyakan firma ialah pasaran
hampir kompetitif dan mereka ada membuat perubahan dalam LR supaya mereka
tidak terus memperoleh keuntungan sifar. Seperti mana kedai kopi tradisional
bertukar kepada kedai “Kopitiam”, kedai gunting rambut tradsional bertukar
kepada salun moden, kedai runcit bertukar menjadi kedai serbaneka, dan banyak
lagi perniagaan telah mengubah struktur mereka beroperasi supaya tidak terus
memperoleh keuntungan ekonomi sifar dalam masa yang panjang.

7.3 Monopoli

Monopoli adalah apabila hanya ada satu firma dalam industri dengan kuasa
pasaran untuk menetapkan harga. Oleh itu, firma monopoli ialah pembuat harga
yang menghadap keluk permintaan industri yang mencerun ke bawah.

Terdapat halangan kemasukan yang ketara dalam industri yang dikawal oleh
firma monopoli. Halangan kemasukan ialah sekatan untuk masuk dan keluar
daripada industri monopoli. Halangan kemasukan memberi firma-firma monopoli
kuasa pasaran untuk menetapkan harga. Firma-firma monopoli boleh menaikkan
harga dengan menyekat keluaran untuk membuat keuntungan ekonomi.

7.3.1 Halangan kemasukan

Terdapat banyak jenis halangan kemasukan ke dalam industri monopoli:

i. Pemilikan sumber-sumber utama oleh satu firma tunggal seperti berlian


oleh De Beers. De Beers memiliki 80% daripada pengeluaran berlian
dunia yang memberikan mereka pengaruh yang besar atas harga pasaran.
Berlian juga unik dan tiada pengganti, jadi mereka memperoleh lebih
kuasa pasaran.

82
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

ii. Monopoli semula jadi dan ekonomi skala yang besar atas pelbagai
keluaran. AC pengeluaran yang lebih rendah membuatkan pengeluar
tunggal lebih cekap daripada bilangan pengeluar yang banyak. Monopoli
semula jadi adalah lebih biasa dilihat dalam pengeluaran kemudahan
awam.
iii. Halangan undang-undang yang dicipta oleh kerajaan di mana kerajaan
memberi hak eksklusif untuk mengeluar dan menyediakan sesetengah
barangan dan perkhidmatan. Lesen, hak cipta, dan paten ialah halangan
undang-undang.
Paten: Hak eksklusif atas produk dalam tempoh 20 tahun dari tarikh
produk dicipta.
Hak cipta: Hak undang-undang eksklusif pencipta sesebuah buku, filem,
atau karya muzik untuk mengawal penggunaan karya itu, termasuk
penerbitan, pengedaran, dan adaptasinya.
Francais awam: Pelantikan oleh kerajaan bahawa suatu firma ialah
penyedia tunggal sesuatu barang atau perkhidmatan dari segi undang-
undang.

7.3.2 Harga monopoli dan keputusan keluaran

Harga dan Hasil Sut

Sesuatu monopoli ialah pembuat harga, jadi keluk permintaan bagi keluaran
monopoli ialah keluk permintaan pasaran. Keluk permintaan mencerun ke bawah
disebabkan oleh kuasa pasaran dan kemampuan firma untuk mengubah harga
sepanjang keluk permintaan (P=AR=Keluk Permintaan). Untuk menjual keluaran
yang lebih besar, sesuatu monopoli mesti menurunkan harga unit itu dan semua
harga unit-unit sebelumnya. Oleh itu, hasil sut (MR) berkurang dan lebih rendah
daripada harga.

83
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Keluk MR berada di bawah keluk permintaan. Keluk MR lebih curam daripada


keluk permintaan. Cerun keluk MR ialah dua kali ganda cerun keluk permintaan.
Apabila permintaan anjal, MR adalah positif dan MR adalah negatif apabila
permintaan tidak anjal. MR sama dengan permintaan sifar ialah unit anjal pada
titik tengah keluk permintaan. Monopoli hanya akan menghasilkan pada julat
anjal keluk permintaan sementara MR masih positif.

Jumlah Hasil: P  Q = TR
Hasil Purata: TR/Q = AR = P
Hasil Sut: ∆TR/∆Q = ∆(P↓Q)/∆Q = (1+1/Ed)

7.3.3 Harga keseimbangan dan keluaran

Pemonopoli memaksimumkan keuntungan dengan membuat pengeluaran apabila


MR=MC dan harga ditentukan pada keluk permintaan. Dalam jangka pendek,
pemonopoli boleh mendapat keuntungan ekonomi, keuntungan normal
(keuntungan sifar), atau kerugian ekonomi. Namun dalam jangka panjang,
disebabkan oleh halangan kemasukan, firma-firma monopoli hanya memperoleh
keuntungan ekonomi supernormal.

Kos & MC
Keuntungan
supernormal

AR

MR
Kuantiti

Rajah 7.4: Keuntungan Supernormal dalam Monopoli

84
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Kos &

Loss

AR

MR
Rajah 7.5: Kerugian Ekonomi dalam Monopoli Kuantiti

7.3.4 Diskriminasi Harga

Diskriminasi harga ialah amalan menjual barangan atau perkhidmatan pada harga-
harga berbeza kepada pembeli-pembeli berbeza bukan disebabkan perbezaan kos
tetapi untuk meningkatkan keuntungan. Monopoli boleh mendapatkan lebihan
pengguna, dengan itu meningkatkan keuntungan apabila mereka mendiskriminasi
harga.

Syarat-syarat yang perlu untuk mengamalkan Diskriminasi Harga:


i. Firma mempunyai kuasa monopoli untuk menentukan harga.
ii. Firma mampu untuk mengasingkan kumpulan-kumpulan pembeli
berdasarkan harga tempahan mereka.
iii. Pembeli-pembeli mempunyai keanjalan permintaan yang berbeza-beza.
iv. Menjual semula adalah mustahil.

Jenis-jenis Diskriminasi Harga (PD):


i. PD darjah pertama; amalan mengenakan harga yang berbeza kepada setiap
pelanggan berdasarkan harga tempahan mereka.
ii. PD darjah kedua; amalan mengenakan harga berbeza bagi kuantiti berbeza
yang dibeli.

85
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

iii. PD darjah ketiga; amalan mengenakan harga yang berbeza kepada


kumpulan pembeli berdasarkan ciri-ciri seperti umur, jantina, dan lain-
lain, contohnya pelajar lawan dewasa yang bekerja.

Diskriminasi harga tentulah memberi lebih faedah kepada pengeluar. Pengeluar


boleh meningkatkan jumlah hasil dan seterusnya keuntungan mereka. Sesetengah
pengguna kehilangan lebihan pengguna tetapi jumlah penggunaan biasnaya lebih
tinggi. Diskriminasi harga keseluruhannya boleh meningkatkan jumlah lebihan
dan menghapuskan kerugian bobot lupus. Diskriminasi harga mengakibatkan
kecekapan sosial.

7.3.5 Monopoli di Malaysia

Sesetengah monopoli dicipta secara sah melalui aktiviti mencari sewa. Mencari
sewa ialah usaha yang kurang produktif secara sosial untuk memperoleh,
mengekal, atau mengamalkan kuasa monopoli. Firma-firma menghabiskan amaun
sumber yang banyak dalam melobi arena politik untuk memastikan mereka
mendapat kuasa monopoli. Sesetengah firma monopoli adalah monopoli semula
jadi di mana ianya berasas untuk mempunyai hanya satu firma atas sebab-sebab
kos. Penyedia kemudahan awam adalah monopoli semula jadi. Sesetengahnya
adalah disebabkan oleh pemilikan sumber yang jarang dan unik dan ini tidak
sering berlaku di Malaysia. Contoh-contoh yang berikut ialah firma-firma
monopoli di Malaysia; ASTRO, GENTING Holdings, PETRONAS BHD,
TENAGA NASIONAL, dan POS MALAYSIA. Sesetengah firma dahulunya
adalah monopoli tetapi telah dibuka kepada persaingan sekarang seperti MAS,
PLUS, TELEKOM, MAXIS, dan banyak lagi.

7.4 Persaingan Memonopoli

Persaingan memonopoli ialah struktur pasaran apabila terdapat banyak firma


dengan produk-produk berbeza dan berlaku kebebasan masuk dan keluar dalam

86
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

pasaran. Firma-firma bersaing dalam kualiti produk, harga, jenama, dan


pemasaran. Persaingan memonopoli adalah serupa dengan persaingan kompetitif
tetapi perbezaan utamanya ialah pembezaan produk. Ini memberikan firma kuasa
pasaran untuk menetapkan harga produk-produk tersebut. Ini bermaksud firma
menghadapi keluk permintaan mencerun ke bawah. Firma-firma mempunyai
sedikit kuasa pasaran untuk menetapkan harga. Firma-firma kompetitif
memonopoli ialah pembuat harga tetapi terdapat banyak pengganti yang hampir.
Keluk permintaan akan menjadi tidak anjal secara relatif kepada firma kompetitif
sempurna tetapi lebih anjal kepada firma monopoli.

Dalam sesetengah cara, firma-firma memonopoli mempunyai beberapa persamaan


dengan persaingan kompetitif dan juga monopoli. Ia seperti firma kompetitif
berkaitan kebebasan masuk dan keluar, bilangan firma, dan ketersediaan
pengganti yang hampir. Dalam jangka panjang, firma memonopoli memperoleh
keuntungan sifar seperti firma kompetitif disebabkan kebebasan masuk dan
keluar. Ia juga seperti monopoli berkaitan kuasa pasaran yang perlu ditetapkan
harga produknya dengan keluk permintaan mencerun ke bawah.

7.4.1 Keseimbangan Kompetitif Memonopoli

7.4.1.1 Keseimbangan dalam SR

i. Jika firma memonopoli memperoleh keuntungan supernormal dalam SR


SR (apabila TR>TC atau P>ATC)

Keuntungan ekonomi jangka pendek menggalakkan firma-firma baru


memasuki pasaran. Ini meningkatkan bilangan firma dan produk yang
ditawarkan, mengurangkan permintaan yang dihadapi oleh firma. Keluk
permintaan firma-firma sedia ada menganjak ke kiri, harga turun (P=ATC)
dan keuntungan mereka berkurang dalam LR.

87
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Kos & Hasil MC


Supernormal
Jangka
Pendek

AR

Kuantiti
MR

Jangka
Panjang
Kos & MC

AR

KuantitI
MR
Rajah 7.6: Keuntungan normal jangka pendek firma memonopoli
kepada keseimbangan jangka panjang

ii. Jika firma memonopoli mendapat keuntungan subnormal (kerugian


ekonomi) dalam SR (apabila TR<TC atau P<ATC)

Kerugian ekonomi jangka pendek menggalakkan sesetengah firma keluar


daripada pasaran. Ini mengurangkan bilangan firma dan produk-produk
yang ditawarkan, meningkatkan permintaan yang dihadapi oleh firma-

88
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

firma sedia ada. Keluk permintaan firma-firma sedia ada menganjak ke


kanan, harga naik (P=ATC) dan keuntungan mereka meningkat dalam LR.

iii. Jika firma memonopoli mendapat keuntungan normal dalam SR (P=ATC)

Keuntungan normal jangka pendek tidak menggalakkan firma-firma baru


untuk memasuki atau firma-firma lama meninggalkan pasaran. Tiada
perubahan dengan keadaan pasaran. Firma akan terus memperoleh
keuntungan ekonomi sifar dalam LR.
MC
Kos &
Hasil
AC

AR

MR

Kuantiti
Rajah 7.7: Keuntungan normal kompetitif memonopoli dalam
jangka pendek

7.4.1.2 Keseimbangan dalam jangka panjang

Dalam LR, firma kompetitif memonopoli akan memperoleh keuntungan ekonomi


sifar disebabkan kebebasan masuk dan keluar. Keuntungan menarik kemasukan
firma-firma baru dan kerugian menggalakkan sesetengah firma untuk keluar.
Keuntungan dan kerugian dihapuskan disebabkan oleh kebebasan masuk dan
keluar.

89
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Kos & MC
bor
AC

AR
r

MR
Kuantiti
Rajah 7.7: Keseimbangan kompetitif memonopoli jangka panjang
Labor

7.4.1.3 Adakah keuntungan ekonomi sifar pasti berlaku dalam jangka


panjang?

Firma-firma memonopoli ialah firma-firma yang menghasilkan produk-produk


yang sama tetapi dibezakan seperti kebanyakan barang pengguna dalam pasar
raya; tepung susu, mi segera, bijirin, nasi, bahan cuci, syampu, sabun, minuman
ringan, dan banyak lagi barang di pasar raya. Contoh-contoh firma memonopoli
yang lain ialah makanan segera, kafe, pakaian, kosmetik, kasut, beg tangan, dan
banyak lagi produk pengguna yang dibezakan.

Kemasukan dalam pasaran yang secara relatifnya mudah menyebabkan


kehilangan keuntungan ekonomi dalam jangka panjang. Walau bagaimanapun,
jika sesuatu firma menemui cara-cara baru untuk membezakan
produk/perkhidmatannya atau cara-cara baru untuk mengurangkan kos, ia boleh
terus memperoleh keuntungan ekonomi. Pembezaan produk ialah perbezaan
utama antara firma kompetitif sempurna dan firma memonopoli.

Firma-firma memonopoli menghabiskan sumber-sumber dalam membezakan


produk-produk mereka. Pembezaan produk ialah amalan membuat perbezaan
dalam produk yang memberikan firma memonopoli kuasa pasaran untuk

90
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

menetapkan harga sendiri. Pembezaan produk dibuat dengan penjenamaan dan


pembungkusan dan dicapai melalui pemasaran dan pengiklanan.

7.5 Oligopoli

Sebuah industri oligopoli adalah apabila beberapa firma mendominasi pasaran


tersebut dengan halangan kemasukan yang tinggi. Firma-firma oligopoli adalah
saling bergantung di mana tindakan satu firma memberi kesan kepada keuntungan
firma-firma lain, dan firma-firma perlu bertindak dan bereaksi serta terlibat dalam
membuat keputusan strategik. Terdapat dua jenis oligopoli; pakatan sulit dan
bukan pakatan sulit. Contoh-contoh firma yang beroperasi di bawah struktur
pasaran oligopoli ialah runcit, kereta, bir, wain, wayang gambar, perbankan,
farmaseutikal, dan kapal terbang.

7.5.1 Oligopoli Pakatan Sulit

Oligopoli pakatan sulit adalah apabila oligopoli mengehadkan persaingan dengan


bekerjasama melalui penetapan kuota atau harga keluaran. Apabila firma-firma
bekerjasama, mereka bertindak seperti monopoli dengan memilih harga dan
keluaran monopoli. Firma-firma boleh bekerjasama secara terang-terangan
dengan membentuk CARTEL. CARTEL ialah perjanjian sah antara firma-firma
tentang penetapan harga, penetapan kuota pengeluaran, dan tidak menceroboh
pasaran satu sama lain. CARTEL bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan
industri dalam jangka panjang dan mencegah persaingan antara oligopoli. OPEC
ialah Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum yang merupakan antara
CARTEL yang paling berjaya. Apabila pakatan sulit tidak sah disebabkan oleh
undang-undang anti monopoli, firma-firma akan cuba bekerjasama secara tersirat
dengan membuat keputusan semasa minum kopi atau cara-cara lain yang mana
mereka boleh saling bertindak dengan keputusan mereka seperti iklan untuk
menambah baiki hasil keuntungan.

91
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Oligopoli bukan pakatan sulit adalah apabila firma-firma mendapati kerjasama


adalah mustahil dan persaingan tidak dapat dielakkan. Firma-firma oligopoli
adalah tertarik untuk bersaing. Persaingan timbul dalam banyak aspek keputusan
perniagaan seperti penentuan harga, pengiklanan, penyelidikan dan pembangunan,
pelaburan, dan kemasukan dalam suatu pasaran baru. Perlakuan tidak
bekerjasama akan mengakibatkan hasil yang bersaing yang tidak menguntungkan
dalam jangka panjang untuk industri.

7.5.2 Oligopoli Bukan Pakatan Sulit dan Keluk Permintaan Membengkok

Keluk permintaan membengkok boleh digunakan untuk menunjukkan firma-firma


oligopoli bukan pakatan sulit. Terdapat pembengkokan dalam keluk permintaan.
Apabila harga tinggi, permintaan adalah lebih anjal. Apabila permintaan anjal,
firma-firma tidak akan menaikkan harga jika ada mana-mana firma menaikkan
harga kerana hasil akan menurun. Jika sebarang firma mengurangkan harga di
dalam julat keluk permintaan ini, firma-firma akan cepat menurut supaya tidak
kalah. Ini adalah perlakuan tidak bekerjasama. Dalam julat tidak anjal keluk
permintaan, apabila sesebuah firma menaikkan harga, yang lain-lain juga akan
ikut dan membuatkannya tidak menguntungkan untuk menaikkan harga, dan
apabila sesebuah firma menurunkan harga, firma-firma lain tidak akan berbuat
apa-apa kerana menurunkan harga adalah tidak menguntungkan dalam julat ini.

Rajah 7.8: Keluk Permintaan Membengkok

92
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

7.5.3 Oligopoli dan Kelakuan Strategik

Firma-firma oligopoli terlibat dalam kelakuan strategik disebabkan saling


kebergantungan. Kelakuan strategik ialah kelakuan yang mengambil kira
kelakuan pesaing. Mereka mungkin memilih untuk bekerjasama jika ia mungkin
dan menguntungkan, dan bersaing jika perlu dan apabila kerjasama tidak mungkin
berlaku. Disebabkan ini, kos industri dan keadaan permintaan sentiasa berubah
yang mana menggunakan model permintaan dan penawaran untuk menganalisis
harga keseimbangan dan kuantiti adalah tidak begitu tepat. Kelakuan firma-firma
oligopoli lebih baik dimodelkan oleh Teori Permainan yang bukan merupakan isi
kursus ini.

Soalan

1. Bagaimanakah persaingan sempurna dan persaingan memonopoli serupa dan


bagaimanakah pula ia berbeza? Gunakan gambar rajah untuk menunjukkan
keseimbangan jangka panjang bagi sesebuah firma dalam setiap struktur pasaran.
2. Terangkan perbezaan antara keuntungan ekonomi, keuntungan normal, dan
kerugian ekonomi.
3. Bagaimanakah monopoli harga tunggal menentukan harga dan keluarannya?
Terangkan dengan menggunakan gambar rajah menunjukkan permintaan
monopoli, keluk MR, MC, dan ATC.
4. Bincangkan cara-cara di mana industri oligopoli berbeza dengan persaingan
memonopoli.
5. Mengapakah monopoli mampu memperoleh keuntungan ekonomi dalam
jangka panjang?

93
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

BAB 8
PENGENALAN KEPADA MAKROEKONOMI

Hasil Pembelajaran
Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti dan menjelaskan penunjuk makroekonomi utama
2. Menjelaskan isu-isu makroekonomi utama berkaitan pembuat dasar
3. Menjelaskan fasa-fasa kitaran perniagaan
4. Menjelaskan jenis-jenis dasar makroekonomi yang digunakan untuk
mencapai matlamat ekonomi

8.1 Apakah Makroekonomi?

Makroekonomi adalah berkaitan dengan ekonomi keseluruhannya – agregat


ekonomi. Dalam kata lain, makroekonomi ialah kajian tentang apa yang sedang
berlaku kepada ekonomi secara keseluruhan. Kita cuba memahami perubahan
dalam: kadar pertumbuhan ekonomi, kadar inflasi, pengangguran, dan prestasi
perdagangan dengan negara-negara lain.

8.2 Mikroekonomi lawan Makroekonomi

Makroekonomi harus dibezakan daripada mikroekonomi, yang mengkaji


perlakuan/memahami ciri-ciri individu atau unit ekonomi individu dalam
membuat keputusan ekonomi. Beberapa kajian makroekonomi dan mikroekonomi
boleh diringkaskan seperti di bawah:

94
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Jadual 8.1: Mikroekonomi lawan Makroekonomi


Mikroekonomi Makroekonomi
 Harga barangan pertanian  Inflasi negara
 Pengangguran dalam salah satu  Pengangguran negara dalam
sektor ekonomi
 Analisis permintaan dan  Firma pergerakan kadar
penawaran salah satu firma pertukaran dalam ekonomi
dalam ekonomi (bertambah atau menyusut
 Tabiat berbelanja pengguna nilai)
individu  Kadar bunga diperkenalkan oleh
 Bagaimana firma individu BNM sejak tahun 2000
membuat keuntungan  GDP Malaysia sejak tahun 2000
 Bagaimana pekerja bertindak  Defisit/lebihan BOP
balas kepada dasar upah
minimum

8.3 Sebab-sebab Mengkaji Makroekonomi

Antara fenomena yang mempengaruhi masyarakat kita, yang berkaitan dengan


ekonomi menarik banyak minat. Beberapa sebab yang baik kenapa prestasi
keseluruhan ekonomi harus dikaji termasuk:

i. Untuk menjelaskan dan menerangkan peristiwa dan trend ekonomi


ii. Untuk menjangka/meramal hala tuju negara pada masa depan
iii. Untuk memahami tahap kebajikan ekonomi negara/pengagihan kekayaan
negara
iv. Untuk mengkaji standard masyarakat dalam beberapa tahun ini
v. Untuk mengenal pasti dasar/tindakan yang sesuai untuk melaksanakan
penumpuan kepada isu-isu ekonomi seperti inflasi, pengangguran, dan lain-
lain
vi. Menganalisis kesan-kesan dasar

95
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

8.4 Penunjuk Ekonomi

Penunjuk ekonomi ialah statistik ekonomi yang memberikan kita keadaan


ekonomi pada masa sekarang dan ke mana hala ekonomi dalam masa terdekat.
Agensi-agensi swasta dan kerajaan menghabiskan banyak masa, wang, dan usaha
untuk menyusun data ekonomi. Data-data ini adalah penting bagi keputusan
perniagaan dan ekonomi.

Statistik rasmi diterbitkan oleh Jabatan Statistik, Bank Negara Malaysia, Jabatan
Perdana Menteri, dan lain-lain. Contoh-contoh data yang disusun dan disediakan
oleh institusi-institusi ini termasuk:

i. Anggaran GDP suku tahunan


ii. CPI
iii. Kadar bunga
iv. Tahap hutang awam/swasta
v. Kadar pertukaran
vi. Tenaga buruh dan status pengangguran
vii. Jualan kenderaan
viii. Kewangan beragregat
ix. Imbangan Pembayaran (Balance of Payment/BOP)
x. Perbelanjaan modal
xi. Indeks pengeluaran pembuatan

8.5 Jenis-jenis Penunjuk Ekonomi

Terdapat tiga jenis penunjuk ekonomi; mendahului, mengekor, dan sama.

96
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

8.5.1 Mendahului

Jenis penunjuk ini digunakan untuk meramal pergerakan ekonomi pada masa
depan. Jenis penunjuk ini sangat penting untuk pelabur-pelabur membuat
keputusan mereka. Contoh-contoh penunjuk mendahului ialah jam bekerja untuk
seorang pekerja, bekalan wang, kadar bunga, indeks jangkaan pengguna, dan lain-
lain.

8.5.2 Mengekor

Penunjuk jenis ini mengesahkan apa yang penunjuk mendahului ramalkan.


Contoh-contoh penunjuk mengekor ialah kadar pengangguran, pinjaman
komersial dan industri tertunggak, perubahan dalam CPI, kos buruh seunit
keluaran, dan lain-lain.

8.5.3 Sama

Penunjuk sama umumnya adalah apa yang berlaku sekarang ini. Contoh-contoh:
GDP, pengeluaran industri, pendapatan peribadi, jualan runcit, dan lain-lain.

8.6 Isu-isu Makroekonomi

Umumnya, terdapat enam isu ekonomi yang utama:

a) Output Agregat (KDNK/GDP)


b) Pengangguran
c) Inflasi
d) Kadar Bunga/Faedah
e) Imbangan Pembayaran
f) Kadar Pertukaran

97
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

8.6.1 Output Agregat

KDNK/GDP ialah ringkasan Keluaran Dalam Negeri Kasar (Gross Domestic


Product). KDNK merujuk kepada jumlah output yang dihasilkan dalam ekonomi
untuk satu tempoh yang tertentu. Biasanya KDNK diukur atau dikira setiap tiga
bulan (suku tahunan) atau tahunan. KDNK adalah penting untuk mengukur
standard kehidupan masyarakat. Oleh itu, pembuat dasar akan memperkenalkan
dan melaksanakan dasar-dasar yang membawa kepada pertumbuhan yang boleh
dipertahankan dalam KDNK. Sebarang naik turun dalam KDNK akan
menyebabkan kesan yang besar kepada masyarakat. Oleh itu, perubahan ke atas
dan ke bawah KDNK menjadi kebimbangan utama pembuat dasar.

Terdapat tiga kaedah untuk mengira KDNK; kaedah output, pendapatan, dan
perbelanjaan. Dalam kaedah output; nilai output yang dihasilkan oleh setiap
sektor yang produktif dalam ekonomi menggunakan konsep nilai tambah. Dalam
kaedah pendapatan; jumlah pendapatan yang diperoleh melalui pengeluaran
barangan dan perkhidmatan. Pendapatan faktor utama ialah upah dan gaji,
keuntungan syarikat-syarikat sektor swasta, pendapatan sewa daripada tanah, dan
pendapatan faedah. Dalam kaedah perbelanjaan; berbelanja atas barangan dan
perkhidmatan yang dihasilkan dalam negara akan diukur pada harga pasaran
semasa. Persamaan penuh KDNK menggunakan kaedah ini ialah KDNK = C + I
+ G + (X -M) di mana;

C: Belanja rumah
I: Belanja pelaburan modal
G: Perbelanjaan kerajaan
X: Eksport barangan dan perkhidmatan
M: Import barangan dan perkhidmatan

98
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

8.6.2 KDNK ialah ukuran kesejahteraan ekonomi yang tidak sempurna

KDNK tidak termasuk pengeluaran rumah tangga dan ekonomi gelap (bawah
tanah). Walaupun jika KDNK memasukkan kesemua pengeluaran, ia tidak
memaklumkan bagaimana KDNK diagihkan, tidak termasuk nilai senggang, dan
tidak diselaraskan bagi kesan-kesan negatif seperti pencemaran dan masalah
sosial.

KDNK tidak meletakkan nilai pada kos persekitaran, tidak memberi nilai
senggang, pengeluaran bukan pasaran tidak dikira, melibatkan harga tertaksir,
mengira yang “buruk” sama dengan yang “baik”, dan tidak mengambil kira
kepelbagaian pengedaran.

Kelemahan KDNK yang lain

i. Penyelarasan yang terlebih untuk inflasi (contohnya harga kereta naik


disebabkan oleh penambahbaikan kualiti dan bukannya inflasi).
ii. Pengeluaran rumah tangga (contohnya membersihkan dapur) tidak
dimasukkan.
iii. Jangkaan kesihatan dan hayat (contohnya RGDP tidak menunjukkan
kesihatan yang baik dan hayat panjang berbanding dengan masa lalu,
masalah semasa – AIDS dan penyalahgunaan dadah).
iv. Waktu senggang (contohnya kerja – meningkatkan pengeluaran dan
bukannya waktu senggang).
v. Kualiti persekitaran (contohnya pencemaran).
vi. Kebebasan berpolitik dan keadilan sosial (contohnya RGDP yang sangat
besar bagi seorang tetapi kebebasan berpolitik dan keadilan terbatas -
China)

99
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

8.6.3 Pengangguran

Pengangguran boleh ditakrifkan sebagai sebahagian daripada tenaga kerja yang


tidak dapat mencari kerja. Mereka yang termasuk dalam golongan ini mesti
berumur sekurang-kurangnya 15 tahun ke atas. Oleh sebab buruh (sama ada
pekerja mahir atau kurang mahir) adalah salah satu sumber yang digunakan dalam
proses pengeluaran, kadar pengangguran yang tinggi boleh mengecilkan
pertumbuhan ekonomi negara ini. Dalam kata lain, penurunan dalam KDNK.
Oleh itu, pengangguran yang tinggi adalah salah satu pembaziran sumber
ekonomi dan ekonomi akan beroperasi di bawah penggajian penuh.

8.6.4 Inflasi

Inflasi ialah kenaikan yang berterusan dan tetap dalam tahap harga umum
barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi (tidak semua harga pada kadar yang
sama dan sesetengahnya mungkin jatuh). Terdapat banyak cara mengukur inflasi
dalam ekonomi. Penunjuk yang paling biasa digunakan untuk mengukur inflasi
ialah Indeks Harga Pengguna (Consumer Price Index/CPI). Inflasi yang tinggi
boleh menyebabkan kejatuhan dalam kuasa pembelian masyarakat. Dalam kata
lain, lebih banyak wang dikejar bermaksud kurang barangan dan perkhidmatan.
Peranan pembuat dasar adalah untuk menstabilkan dan mengawal pergerakan
harga jika mereka menemui sebarang naik turun yang luar biasa dalam tahap
harga umum.

8.6.5 Kadar Faedah

Kadar faedah ialah kos wang yang dipinjam daripada ejen-ejen ekonomi (rumah,
firma, kerajaan, dan lain-lain). Kadar faedah adalah salah satu alat yang
digunakan oleh bank pusat untuk mengawal bekalan wang melalui dasar
kewangan untuk mempengaruhi aktiviti ekonomi. Bank Negara Malaysia (BNM)
akan mengawasi pergerakan kadar faedah, supaya tiada tekanan besar atas kadar

100
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

faedah kerana salah satu faktor yang menyebabkan perubahan dalam pasaran mata
wang ialah kadar faedah.

8.6.6 Imbangan Pembayaran

Imbangan pembayaran (BOP) menyediakan rekod ringkas semua transaksi antara


penduduk Malaysia dengan dunia luar. Kebanyakan ekonomi dalam negara
terdedah kepada perdagangan antarabangsa, oleh itu rekod debit dan kredit negara
adalah penting untuk menilai prestasi mereka kepada dunia luar.

8.6.7 Kadar Pertukaran

Kadar pertukaran secara mudahnya ialah harga mata wang sesebuah negara
merujuk kepada mata wang negara lain. Pasaran pertukaran asing ialah pasaran
yang mana mata wang negara-negara berbeza dibeli dan dijual. Pertukaran mata
wang adalah perlu untuk menjalankan perdagangan antarabangsa. Ringgit
Malaysia dikatakan telah menyusut nilai jika ia berkurang nilai merujuk kepada
mata wang asing. Dalam kata lain, jika Ringgit Malaysia menyusut terhadap dolar
US, dolar US bertambah terhadap Ringgit Malaysia. Naik turun dalam mata wang
tempatan boleh menyebabkan ketidakpastian di kalangan pelabur asing yang akan
menggambarkan persepsi negatif tentang pandangan ekonomi Malaysia. Sebarang
pergerakan kadar pertukaran negara yang tidak sekata akan memperlahankan atau
menjadikan pertumbuhan ekonomi semakin buruk. Oleh itu, adalah penting bagi
pembuat dasar untuk menstabilkan naik turun pergerakan kadar pertukaran.

8.7 Kitaran Perniagaan

Dalam tempoh masa yang lama, KDNK sebenar akan bertumbuh sebagai hasil
daripada pertumbuhan populasi, pertumbuhan produktiviti, pengumpulan modal,
standard kehidupan yang tinggi, tahap pendidikan yang tinggi, dan lain-lain.
Dalam kata lain, kebanyakan ekonomi di dalam dunia akan menunjukkan trend ke

101
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

atas dalam jangka panjang. Hubungan antara KDNK sebenar (%) dan faktor masa
boleh ditentukan menggunakan gambar rajah yang dipanggil kitaran perniagaan
(kitaran perdagangan). Model kitaran perniagaan ini biasanya mempunyai corak
berpusing aktiviti perdagangan yang tetap.

Real Peak
GDP

Recession
Expansion

Trough

O Time

Figure 8.1: Kitaran Perniagaan

Kitaran perniagaan digambarkan oleh empat fasa; puncak, kemerosotan,


kemelesetan, dan pengembangan.

8.7.1 Ledakan (Puncak)

Ledakan ialah tempoh apabila tahap umum aktiviti ekonomi adalah lebih daripada
biasa. Output yang dihasilkan pada tahap ini berada di atas tahap potensi.
Fenomena biasa yang boleh diperhatikan ketika fasa ini termasuk:

i. Tahap penggunaan yang tinggi atas barang-barang tahan lama dan mewah
ii. Keyakinan perniagaan di kalangan pelabur adalah tinggi
iii. Firma-firma memperoleh keuntungan supernormal
iv. Tahap pengangguran adalah rendah
v. Tekanan inflasi boleh diperhatikan dalam ekonomi
vi. Komponen-komponen import adalah tinggi

102
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

vii. Bank-bank mengalami permintaan untuk pinjaman yang tinggi

Puncak boleh bertahan untuk satu tempoh yang pendek atau panjang. Apabila
puncak bertahan dalam masa yang lama, ekonomi berada dalam tempoh
kemakmuran. Seperti yang telah disebut, pada masa ini, inflasi boleh menjadi
satu ancaman kepada ekonomi di mana harga naik dan nilai wang menurun.

8.7.2 Kemerosotan (Ayunan ke bawah)

Kemerosotan ialah pengurangan KDNK sebenar yang berlaku untuk sekurang-


kurangnya dua atau lebih suku tahun. Ketika fasa ini, ciri-ciri yang berikut boleh
ditemui dalam ekonomi:

i. Orang-orang berniaga membelanjakan kurang daripada apa yang mereka


pernah belanjakan
ii. Jualan menurun
iii. Menangguhkan perancangan untuk mengembangkan perniagaan
iv. Memberhentikan pekerja (pengecilan)
v. Pendapatan dan keuntungan berkurang
vi. Import menjadi perlahan

8.7.3 Kemelesetan (titik rendah, jurang)

Keadaan tahap ekonomi di mana aktiviti ekonomi tidak cukup untuk mengambil
sepenuhnya faktor-faktor produktif. Pada keadaan ekonomi ini, terdapat kadar
pengangguran yang besar, penurunan yang ketara dalam pendapatan tahunan, dan
terlebih pengeluaran. Tahap penyimpanan meningkat dengan sesetengah orang
menunda keputusan penggunaan. Kadar faedah rendah dikenakan oleh bank
sebagai hasil daripada arahan kerajaan untuk menggalakkan peminjaman bagi
merangsang perbelanjaan agregat. Berapa lama titik rendah ini akan bertahan

103
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

berubah-ubah dari minggu ke bulan atau bulan ke tahun. Dalam tahun 1930-an,
kemelesetan ekonomi berlaku selama banyak tahun.

8.7.4 Pengembangan (Melambung/Pemulihan)

Semasa pengembangan, jumlah output bertambah secara pantas. Harga lebih


rendah untuk barangan pengguna atau kadar faedah lebih rendah bagi wang yang
dipinjam ketika kemelesetan akhirnya akan menggalakkan perubahan haluan
dalam jangkaan dan penggunaan. Tahap ekonomi akan mula pulih dan ciri-ciri
berikut boleh diperhatikan ketika fasa ini:

i. Jualan bertambah baik


ii. Firma-firma mula mengambil lebih ramai pekerja
iii. Firma-firma dan rumah-rumah lebih murah dalam perbelanjaan mereka
iv. Kilang-kilang merancang untuk mengembangkan keupayaan pengeluaran
mereka
v. Volum yang didagangkan dalam pasaran saham bertambah baik
vi. Lebih ramai pelancong masuk ke dalam negara

8.8 Objektif Makroekonomi

Terdapat lima matlamat makroekonomi utama:

i. Pengangguran Rendah
Tahap penggajian yang tinggi dan pengangguran luar kawal yang
rendah.
ii. Kestabilan Harga
Untuk mengekalkan harga stabil dalam pasaran bebas. Perubahan
harga yang cepat membawa kepada ketidakcekapan ekonomi.

104
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

iii. Pertumbuhan Ekonomi


Matlamat/objektif aktiviti ekonomi adalah untuk menyediakan
barangan dan perkhidmatan yang dikehendaki oleh populasi.
Keupayaan produktif ekonomi jangka panjang yang boleh ekonomi
keluarkan sementara mengekalkan harga yang stabil.
iv. Perdagangan Antarabangsa
Perdagangan antarabangsa adalah berfaedah kepada masyarakat
walaupun sesetengah individu mendapat keburukan kerananya.
Perdagangan antarabangsa termasuklah import dan eksport barangan,
perkhidmatan, peminjaman modal, pemberi pinjaman wang, dan lain-
lain. Apabila eksport bersih positif, lebihan dagangan akan wujud.
Defisit dagangan berlaku apabila nilai import lebih besar daripada nilai
eksport.
v. Kestabilan Kadar Pertukaran
Apabila kadar pertukaran sesebuah negara meningkat, harga barang-
barang import jatuh sementara eksport menjadi semakin mahal untuk
rakyat asing. Negara menjadi kurang kompetitif dalam pasaran dunia
dan eksport bersih merosot. Perubahan dalam kadar pertukaran
memberi kesan kepada output, penggajian, dan inflasi.

8.9 Alatan Dasar Makroekonomi

Satu isu utama dalam dunia makroekonomi adalah sama ada pasaran bebas boleh
membawa ekonomi mencapai pertumbuhan ekonomi jangka panjang tanpa
gangguan yang besar dalam pasaran. Jika pasaran bebas boleh membawa
pertumbuhan ekonomi yang mampu bertahan dengan pengangguran rendah dan
harga stabil, maka akan kuranglah ruang bagi campur tangan kerajaan untuk
membetulkan pasaran – tidak perlu dasar fiskal, dasar kewangan, dasar kadar
pertukaran, dan dasar pembekal sampingan. Namun dalam dunia nyata, ekonomi
cenderung menghadapi empat fasa kitaran perniagaan, jadi campur tangan
kerajaan adalah perlu melalui pelbagai dasar untuk mencapai pertumbuhan

105
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

ekonomi jangka panjang, pengagihan pendapatan yang adil, harga yang stabil,
pengangguran yang rendah, kadar pertukaran yang stabil, dan kedudukan BOP
yang mampu bertahan.

8.9.1 Alatan Dasar

Terdapat tiga kumpulan dasar yang utama:

i. Dasar Fiskal
Dasar fiskal ditakrifkan sebagai penggunaan hasil dan perbelanjaan
kerajaan untuk mencapai matlamat ekonomi kerajaan. Dasar fiskal
dijadualkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Belanjawan Persekutuan
yang dibentangkan pada bulan Oktober atau November. Ia mengenal pasti
sumber-sumber pendapatan yang dicadangkan, dan perkara-perkara yang
akan membelanjakan wang pada tahun berikutnya.
ii. Dasar Kewangan
Dasar kewangan ditakrifkan sebagai dasar disengajakan yang dijalankan
oleh BNM untuk mempengaruhi kos dan ketersediaan wang dan kredit
dalam ekonomi. Terdapat banyak alat yang digunakan oleh BNM untuk
menjalankan dasar kewangan di Malaysia seperti kadar faedah, operasi
pasaran terbuka, nisbah keperluan rizab, dan lain-lain.
iii. Dasar Pembekal Sampingan
Dasar pembekal sampingan terutamanya ialah dasar mikroekonomi yang
direka untuk memperbaiki potensi pembekal sampingan sesuatu ekonomi,
membuat pasaran dan industri beroperasi secara lebih berkesan, dan
seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan KDNK sebenar yang lebih
cepat.

106
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

8.10 Komponen-komponen Makroekonomi

Terdapat empat komponen makroekonomi; rumah tangga, firma, kerajaan, dan


dunia luar.

8.11 Aliran Pendapatan

Aliran pendapatan menjelaskan bagaimana aliran sebenar (barangan dan


perkhidmatan) dan kewangan (wang) menghubungkan sektor itu dalam ekonomi.
Aliran ini pada asasnya menunjukkan kepada kita bahawa perbelanjaan seseorang
akan mencipta pendapatan untuk orang lain (lihat Rajah 8.2).

107
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Faktor Pasaran
Faktor Bayaran

Pendapatan

Kerajaan

Cukai Bayaran

Bayaran Cukai

Firma Rumah Tangga

Pinjaman Faedah Simpanan Dividen

Institusi Kewangan

Resit Jualan

Produk Pasaran
Perbelanjaan
Penggunaan

Rajah 8.2: Aliran pendapatan

108
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Soalan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah makroekonomi?


2. Gariskan kaitan mengkaji makroekonomi.
3. Terangkan dengan ringkas penunjuk-penunjuk ekonomi utama.
4. Lukis dan labelkan fasa-fasa kitaran perniagaan.
5. Bezakan antara aliran kewangan dengan sebenar dalam model aliran
pendapatan.

109
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

BAB 9
MODEL PERBELANJAAN AGREGAT

Hasil Pembelajaran
Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat untuk:
1. Memahami bagaimana keseimbangan makroekonomi ditentukan dalam
model perbelanjaan agregat
2. Membincangkan penentu empat komponen perbelanjaan agregat dan
mentakrifkan kecenderungan mengimport sut dan kecenderungan
menabung sut
3. Menggunakan gambar rajah garisan 45 darjah untuk menggambarkan
keseimbangan makroekonomi
4. Menggunakan pengganda untuk menentukan perubahan dalam
keseimbangan apabila terdapat perubahan dalam komponen perbelanjaan
agregat

9.1 Model Keynesian atau Perbelanjaan Agregat

Model Keynesian boleh digunakan untuk menerangkan kitaran perniagaan. Dalam


Model Keynesian, aktiviti ekonomi diterangkan dengan saiz Perbelanjaan Agregat
(Aggregate Expenditure/AE) yang mengandungi Penggunaan (Consumption/C),
Pelaburan (Investment/I), Perbelanjaan Kerajaan (Government expenditure/G) dan
Eksport Bersih (Net Exports/X). Perbelanjaan agregat memfokus kepada
hubungan antara jumlah perbelanjaan dengan RGDP dalam jangka pendek.
Andaian penting yang dibuat untuk menerangkan model AE ialah tahap harga
adalah tetap.

Model AE menentukan bagaimana keseimbangan mikroekonomi ditetapkan.


Perbelanjaan agregat memfokus pada hubungan antara jumlah perbelanjaan
dengan RGDP dalam jangka pendek. Dalam sebarang tahun, RGDP ditentukan

110
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

oleh AE kebanyakannya. Dalam model AE, naik turun RGDP diterangkan oleh
naik turun dalam mana-mana komponen AE.

9.1.1 Komponen-komponen Perbelanjaan Agregat

Empat kategori AE = C + I + G + NX.

Jika mana-mana komponen AE berubah, C∆, I∆, G∆ atau N↓∆, output (RGDP)
akan berubah. Jika sebarang komponen AE iaitu C, I, G atau NX meningkat, AE
akan meningkat menyebabkan peningkatan RGDP dalam jangka pendek.
Sementara pengurangan dalam mana-mana komponen AE menyebabkan RGDP
berkurang dalam jangka panjang.

C: Perbelanjaan rumah tangga atas barangan dan perkhidmatan. Penggunaan


barang tahan lama dan tidak tahan lama. Barang tahan lama adalah seperti barang
elektrik dan perabot. Barang tidak tahan lama adalah seperti makanan dan
pakaian.
I: Pelaburan terancang (firma-firma membeli input; bangunan, mesin, peralatan,
dan komputer menambahkan stok modal) dan pelaburan perumahan (pembelian
rumah baru).
G: Perbelanjaan kerajaan; kelengkapan ketenteraan, kakitangan awam,
kemudahan awam (sekolah, hospital, jalan raya, jambatan, dan lain-lain).
NX: X-M; nilai eksport lebih kecil daripada import.
X: Nilai rakyat asing membeli barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan di
Malaysia, contohnya tanaman, bahan api.
M: Value of Malaysian buying goods and services produced abroad: Cars and
manufactured goods.

111
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

9.1.1.1 Penggunaan

Penggunaan ialah komponen AE yang terbesar. Perbelanjaan penggunaan


ditentukan oleh pendapatan boleh guna semasa (Yd=Y-T). C dan Yd mengikuti
trend ke atas. Pertambahan dalam pendapatan boleh guna akan menyebabkan
penggunaan meningkat. Faktor-faktor lain yang menganjak fungsi C ialah
kekayaan, pendapatan masa depan yang dijangka, tahap harga, dan kadar faedah
sebenar. Peningkatan dalam kekayaan dan pendapatan masa depan yang dijangka
akan meningkatkan penggunaan. Sementara pengurangan dalam tahap harga dan
kadar faedah akan menurunkan penggunaan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi perbelanjaan penggunaan (C):


i. Kekayaan C
ii. Pendapatan masa depan yang dijangka C
iii. Tahap harga Nilai kekayaan C
iv. Kadar faedah sebenar (ir) S dan C

Penggunaan Pendapatan = Perbelanjaan

Penggunaan

45 darjah
Pendapatan

Rajah 9.1: Fungsi Penggunaan

112
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

9.1.1.2 Pelaburan

Pelaburan (pelaburan terancang; pelaburan dalam modal kelengkapan dan


bangunan) adalah ditentukan oleh keuntungan masa depan yang dijangka, kadar
faedah sebenar, cukai, dan aliran tunai. Peningkatan dalam keuntungan yang
dijangka bergantung kepada keadaan ekonomi. Jika ekonomi berkembang, untung
meningkat oleh itu firma mempunyai insentif untuk menambahkan pelaburan.
Jika aliran tunai firma meningkat, firma dapat membiayai pelaburan dengan lebih
baik, pelaburan bertambah. Sementara pertambahan dalam kos dana (kadar
faedah) dan cukai menambahkan kos firma dan oleh itu mengurangkan
keuntungan. Firma akan bertindak balas dengan mengurangkan pelaburan.

Faktor-faktor yang memberi kesan terhadap perbelanjaan pelaburan:

i. Keuntungan masa depan yang dijangka (∏e): semasa pengembangan,


firma adalah optimistik (∏e) I
ii. Kadar faedah sebenar (ir) ; Kos peminjaman I (firma dan rumah
tangga)
iii. Cukai untung selepas cukai I
iv. Aliran tunai = Hasil tunai – Perbelanjaan tunai; jika ∏ aliran
tunai I kemampuan untuk membiayai

9.1.1.3 Perbelanjaan Kerajaan

Perbelanjaan kerajaan (G) ialah perbelanjaan oleh kerajaan persekutuan, negeri,


atau tempatan. G bergantung kepada dasar dan keutamaan parti-parti politik. Jika
perbelanjaan kerajaan meningkat, AE akan meningkat dan menaikkan RGDP
serta menurunkan tahap pengangguran.

113
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

9.1.1.4 Eksport Bersih

Eksport bersih ialah eksport kurang daripada import dan ia ditentukan oleh tahap
harga dalam negeri relatif kepada tahap harga asing, pendapatan dalam negeri
lawan pendapatan asing, dan kadar pertukaran. Peningkatan tahap harga dalam
negeri, RGDP relatif kepada tahap harga asing dan RGDP akan mengurangkan
eksport bersih, menurunkan AE dan oleh itu RGDP akan menyusut dan
pengangguran meningkat. Sementara pertambahan dalam mata wang dalam
negeri lawan mata wang asing, membuatkan eksport secara relatifnya mahal,
mengurangkan eksport bersih dan AE jatuh. Pengurangan AE akan mengurangkan
RGDP dan meningkatkan tahap pengangguran.

Eksport Bersih = X - M ditentukan oleh:

i. Tahap harga di Malaysia relatif kepada tahap harga di negara-negara lain.


Jika harga di Malaysia > harga di negara asing; ↓ dan M N↓
ii. Pertumbuhan KDNK di Malaysia relatif kepada negara-negara asing. Jika
pendapatan di Malaysia > , pendapatan di negara asing ↓ dan
M N↓
iii. Kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia dengan negara-negara lain. Jika
Ringgit Malaysia bertambah nilai, ↓ dan M N↓

9.2 Inventori

Inventori ialah perbezaan antara pelaburan terancang (Ip) dengan pelaburan


sebenar (Ia). Pelaburan terancang (Ip) dan bukannya pelaburan sebenar ialah
komponen AE. Inventori ialah barangan yang dikeluarkan tetapi belum lagi dijual.
Perubahan dalam inventori ialah sebahagian daripada perbelanjaan pelaburan
berserta perbelanjaan atas mesin, kelengkapan, bangunan pejabat dan kilang, di
mana perbelanjaan ini adalah dirancang tetapi perubahan dalam inventori tidak
dirancang. Perubahan dalam inventori bergantung kepada jualan barangan yang

114
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

tidak dapat diramal oleh firma dengan ketepatan sempurna. Perubahan dalam
inventori adalah positif jika terdapat peningkatan dalam barang-barang yang tidak
dijual. Pada permulaan kemerosotan ekonomi, AE mula menyusut dan output
jatuh, inventori semakin lama semakin meningkat. Firma akan bertindak balas
dengan mengurangkan pelaburan yang akan mengurangkan pengeluaran yang
kemudiannya mengurangkan RGDP dan meningkatkan pengangguran. Pada
permulaan pengembangan, AE meningkat dan di atas output keseimbangan
menyebabkan inventori jatuh. Firma akan bertindak balas dengan menambahkan
pelaburan yang meningkatkan pengeluaran dan oleh itu RGDP meningkat dan
pengangguran menurun.

Perbelanjaan agregat
sebenar, AE (bilion
ringgit)
1. Pengurangan
$1200 inventori yang
tidak dirancang 3. Peningkatan
$1000
inventori yang
$800 tidak dirancang
$600

$400

2. Menyebabkan 4. Menyebabkan
peningkatan pengurangan
$200 pengeluaran pengeluaran

45 darjah

$200 $400 $600 $800 $1000 $1200


KDNK sebenar, (bilions
ringgit)

Rajah 9.2: Perubahan dalam inventori

i. Pelaburan sebenar lebih daripada pelaburan terancang (Ia>Ip), apabila


terdapat peningkatan dalam pertambahan inventori tidak terancang.
ii. Pelaburan sebenar kurang daripada pelaburan terancang (Ia<Ip), apabila
terdapat pengurangan dalam pertambahan inventori tidak terancang.
iii. Pelaburan sebenar = pelaburan terancang (Ia=Ip) apabila tiada perubahan
tidak terancang dalam inventori.

115
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

9.3 Kesan Pengganda

Kesan pengganda ialah proses di mana perubahan dalam AE membawa kepada


perubahan dalam RGDP. Kesan kepada RGDP digandakan dengan saiz
pengganda. Jika mana-mana komponen AE berubah, RGDP akan berubah.
Katakan C meningkat, peningkatan dalam C akan membawa kepada peningkatan
dalam RGDP yang sama dengan perubahan dalam AE darab saiz pengganda.

Pengganda = 1/1-MPC
Contoh: jika MPC = 0.8, pengganda = 5
Jika MPC meningkat, pengganda akan juga meningkat.
MPC + MPS = 1

Jika perubahan dalam AE disebabkan oleh perubahan dalam mana-mana


komponen AE iaitu C, I, G atau NX, RGDP akan berubah 5 kali.
Contoh: Jika G berkurang sebanyak 10b, KDNK akan berkurang dengan 5×10b =
50b.

9.4 Persilangan Keynesian atau Garis 45o

Garis 45o dikenali sebagai garis persilangan Keynesian di mana di sepanjang


garisan ini, pengeluaran adalah sama dengan perbelanjaan. Di sepanjang garis
45o, output yang dikeluarkan akan dijual. Di atas garis 45o, perbelanjaan adalah
lebih daripada pengeluaran dan di bawah garis 45o, perbelanjaan adalah kurang
daripada pengeluaran.

116
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Perbelanjaan
Garis 45°

Rajah 9.3: Garis persilangan Keynesian (garis 45o)

9.5 Keseimbangan Makroekonomi

Keseimbangan makroekonomi berlaku pada titik di mana AE menyilang garis


45o. Garis AE boleh menyilang garis 45o pada mana-mana titik. Pada titik di mana
AE menyilang garis 45o, perbelanjaan adalah sama dengan pengeluaran. Di atas
titik keseimbangan, AE adalah lebih daripada RGDP dan di bawah titik
keseimbangan, AE adalah kurang daripada RGDP.
Perbelanjaan
Y=AE

AE

45 darjah
Pengeluaran
Rajah 9.4: Keseimbangan makroekonomi dalam
Model Keynesian

117
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

9.6 Perubahan dalam Keseimbangan Makroekonomi

Perubahan dalam mana-mana komponen AE akan mengubah keseimbangan


makroekonomi. Peningkatan dalam mana-mana empat komponen AE akan
meningkatkan RGDP keseimbangan dan pengurangan dalam mana-mana
komponen AE akan mengurangkan RGDP keseimbangan seperti yang
ditunjukkan dalam rajah di bawah.

AE = GDP
Perbelanjaan
AE1
Agregat
terancang AE2

Po

Q0 QE Kuantiti Dikeluarkan
(KDNK Sebenar)
Rajah 9.5: Perubahan dalam keseimbangan

118
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Soalan

1. Terangkan kenapa perbelanjaan penggunaan secara relatifnya stabil


sementara perbelanjaan pelaburan secara relatifnya mudah berubah.
2. Apakah faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap pelaburan dalam
ekonomi?
3. Takrifkan keseimbangan pendapatan nasional.
4. Terangkan secara ringkas perubahan dalam inventori semasa tempoh
kemerosotan dan pemgembangan ekonomi.
5. Diberi di bawah ialah data ekonomi.

Penggunaan (C) = 750 + 0.8Yd


Pelaburan (I) = 400
Perbelanjaan Kerajaan (G) = 600
Cukai (T) = 250
Eksport (X) = 350
Import (M) = 200

a) Cari nilai MPC.


b) Kira tahap keseimbangan pendapatan nasional.
c) Jika perbelanjaan kerajaan meningkat sebanyak 100, cari
keseimbangan baru dengan menggunakan kaedah pengganda.

119
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

BAB 10
PENGANGGURAN

Hasil Pembelajaran
Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat untuk:
1. Memahami konsep pengangguran
2. Mengukur kadar pengangguran dan kadar penyertaan tenaga buruh
3. Memahami maksud guna tenaga penuh
4. Mengetahui sebab-sebab pengangguran dan kos pengangguran kepada
individu dan ekonomi
5. Mengenal pasti jenis-jenis pengangguran yang berbeza

10.1 Mengukur Kadar Pengangguran

Kadar pengangguran boleh ditakrifkan sebagai mereka yang berada dalam


populasi umur bekerja dan sedang mencari kerja secara aktif serta sedia ada untuk
bekerja tetapi tidak dapat mencari kerja. Populasi umur bekerja ialah mereka yang
berumur lebih daripada 15 tahun dan di bawah 60 tahun. Tenaga buruh ialah
jumlah bekerja dan menganggur.

Kadar pengangguran ialah peratusan tenaga buruh yang menganggur. Pekerja


yang kecewa ialah mereka yang sedia ada untuk bekerja tetapi tidak mencari kerja
kerana mereka percaya tiada kerja yang disediakan untuk mereka.

Kadar Pengangguran = Bilangan yang Menganggur × 100


Tenaga Buruh

Kadar pengangguran dalam ekonomi mungkin dipandang ringan kerana:

120
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

 Sesetengah pekerja separuh masa mungkin mahu bekerja sepenuh masa


tetapi mereka tidak digunakan sepenuhnya dan mereka dikira sebagai
diambil bekerja.
 Tidak termasuk pekerja yang kecewa.

10.2 Kesan-kesan Pengangguran

10.2.1 Kos pengangguran kepada:

10.2.1.1 Ekonomi

 Kerugian output dan pendapatan kepada ekonomi apabila sumber-sumber


buruh tidak bekerja dan output sebenar di bawah output potensi.
 Kerugian hasil cukai merujuk kepada cukai pendapatan persendirian yang
lebih rendah dan cukai untung syarikat, cukai eksais, dan cukai barangan
dan perkhidmatan (goods and services tax/GST) apabila kadar
pengangguran tinggi.
 Kos melatih semula dan faedah pengangguran ialah aliran keluar daripada
belanjawan Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kos lepas.
 Kerugian modal insan apabila buruh tidak bekerja dengan kemahiran dan
pendidikan yang diperoleh tidak digunakan untuk masa yang lama.

10.2.1.2 Individu (mereka yang menganggur)

 Kerugian dalam pendapatan apabila seseorang individu menganggur yang


mencipta kerugian kewangan secara langsung kepada individu dan ahli-
ahli keluarga.
 Kerugian kemahiran jika menganggur untuk tempoh yang lama dan
individu harus menghabiskan masa berlatih semula untuk menyegarkan
dan memperoleh kemahiran baru yang diperlukan oleh pasaran.

121
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

 Pengangguran juga menyebabkan kehilangan harga diri jika seseorang


individu menganggur untuk tempoh masa yang lama.
 Pengangguran boleh menyumbang kepada perpecahan keluarga, masalah
kesihatan, sakit mental, jenayah, dan pergolakan politik, dan dalam jangka
panjang mungkin memberi kesan buruk kepada Belanjawan Persekutuan.

10.3 Jenis-jenis dan Sebab-sebab Pengangguran

10.3.1 Pengangguran Kitaran

Pengangguran kitaran mengikuti kitaran perniaggan dan adalah disebabkan oleh


kurang permintaan apabila berlakunya kemerosotan. Pengangguran kitaran
disebabkan oleh naik turun output atas kitaran perniagaan. Semasa kemerosotan
apabila perbelanjaan berkurang (C dan I), inventori meningkat dan meyebabkan
firma mengurangkan pengeluaran. Juga semasa kemerosotan, keyakinan dan
untung perniagaan berkurang menyebabkan output jatuh di bawah potensi, dan
menyebabkan pengangguran kitaran meningkat.

10.3.2 Pengangguran Geseran

Pengangguran geseran berlaku kerana perselisihan antara pencarian kerja dengan


penyesuaian kerja disebabkan oleh maklumat yang tidak lengkap berkaitan
pekerja yang tidak bekerja dan kerja kosong. Pengangguran geseran disebabkan
oleh lepasan sekolah, siswazah, yang berhenti, diberhentikan, atau meninggalkan
kerja.

Pengangguran geseran tidak bertahan lama dan dikehendaki kerana menambah


baiki produktiviti buruh melalui penyesuaian kerja yang lebih baik antara pekerja
dengan majikan.

122
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

10.3.3 Pengangguran Berstruktur

Pengangguran berstruktur disebabkan oleh ketidaksesuaian antara ketersediaan


dan kemahiran yang dituntut oleh majikan. Ia timbul apabila struktur ekonomi
berubah dan mengambil masa yang lebih lama. Pengangguran berstruktur atau
penyesuaian kemahiran ialah hasil daripada perubahan dalam struktur
pengeluaran yang disebabkan oleh:

i) Perubahan dalam corak permintaan oleh pengguna seperti permintaan


untuk tiket wayang berkurang kerana DVD, VCD, LCD, dan sistem teater
rumah, pekerja-pekerja panggung wayang menganggur.
ii) Perubahan dalam kaedah pengeluaran disebabkan oleh penggunaan
teknologi baru yang menjimatkan buruh. Sebagai contoh, juruwang bank
digantikan dengan mesin ATM, konduktor bas digantikan dengan mesin
tiket, mesin menjawab panggilan telefon automatik menggantikan
peyambut tetamu, perdagangan saham dalam talian menggantikan broker
saham, dan pekerja barisan pemasangan digantikan oleh robot.

10.3.4 Guna Tenaga Penuh

Guna tenaga penuh berlaku apabila tiada pengangguran kitaran. Pada guna tenaga
penuh, pengangguran jenis ‘biasa’ masih wujud – geseran dan berstruktur. Kadar
pengangguran semula jadi ialah kadar pengangguran biasa yang mengandungi
pengangguran berstruktur tambah pengangguran geseran. Dalam ekonomi, akan
selalu ada pengangguran walaupun apabila ekonomi berada pada tahap guna
tenaga penuh output.

123
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

10.4 Dasar Kerajaan dan Kadar Pengangguran

Pengangguran Kitaran

 Boleh dikurangkan dengan penggunaan dasar pengurusan permintaan


jangka pendek.
 Dasar pengurusan permintaan ialah dasar yang memberi kesan kepada
permintaan agregat. Dasar fiskal pengembangan dan dasar kewangan
mudah akan meningkatkan permintaan agregat.
 Dasar fiskal pengembangan adalah untuk menurunkan kadar cukai (cukai
pendapatan, cukai untung, cukai eksais, dan GST) dan peningkatan dalam
perbelanjaan kerajaan akan meningkatkan perbelanjaan agregat (aggregate
spending/AD) dalam ekonomi. Ini akan menambahkan pengeluaran dan
mengurangkan jurang output.
 Dasar kewangan mudah adalah dengan menambahkan kecairan dalam
ekonomi yang akan menurunkan kadar faedah. Kadar faedah yang lebih
rendah meningkatkan penggunaan dan perbelanjaan pelaburan semasa
kemerosotan ekonomi. Oleh itu akan menambahkan output sebenar
terhadap output potensi yang mendekatkan jurang output.
 Peningkatan dalam pembayaran kebajikan sosial membantu membiayai
perbelanjaan penggunaan, mengurangkan kesan pendapatan hilang
disebabkan pengangguran.

Pengangguran Berstruktur

 Boleh diatasi dengan dasar-dasar berdasarkan pasaran dan campur tangan.


 Pembaharuan mikroekonomi (perubahan dalam cukai dan caj perniagaan)
memperbaiki kecekapan yang menurunkan kos dan meningkatkan
produktiviti. Ini meningkatkan untung firma, dengan itu permintaan bagi
buruh akan meningkat.

124
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

 Langkah-langkah latihan yang bersesuaian adalah untuk mengatasi


kemahiran berat sebelah untuk memperbaiki kemahiran buruh.
Menubuhkan program latihan pasaran buruh yang menyasarkan pencari
kerja dan penganggur jangka panjang mahu menjadi pekerja mahir.
 Menggalakkan pelajar kekal di sekolah untuk memperoleh kelayakan dan
kemahiran untuk memperbaiki prospek penggajian.

Frictional Unemployment

 Boleh diatasi dengan menyediakan maklumat pasaran buruh.


 Menyebarkan maklumat tentang pekerja dan kerja kosong melalui agensi
pekerjaan dan media membantu dalam pencarian kerja.
 Faedah pengangguran dan insurans membenarkan pekerja menghabiskan
lebih masa untuk pencarian kerja yang memperbaiki kecekapan dan juga
menurunkan kos lepas pencarian kerja.

Soalan

1. Terangkan secara ringkas pengangguran berstruktur dan geseran.


2. Mengenal pasti kos-kos utama pengangguran.
3. Menerangkan penyelesaian kepada pengangguran geseran dan berstruktur.
4. Apakah pengangguran kitaran dan apakah dasar-dasar untuk mengatasi
pengangguran kitaran?

125
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

BAB 11
INFLASI

Hasil Pembelajaran
Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat untuk:
1. Mentakrifkan dan mengukur kadar inflasi
2. Membincangkan masalah-masalah yang disebabkan oleh inflasi
3. Memahami perbezaan antara inflasi tarikan permintaan dengan tolakan
kos
4. Memahami dasar-dasar untuk mengatasi inflasi

11.1 Definisi Inflasi

Inflasi ialah masalah makroekonomi utama. Inflasi ialah peningkatan berterusan


dalam tahap harga umum. Inflasi meningkat semasa pemgembangan dan menurun
semasa kemerosotan.

11.2 Mengukur Inflasi

Harga sebakul barangan diukur oleh Jabatan Statistik Malaysia. Sebakul barangan
mengandungi barangan dan perkhidmatan yang membayangkan purata corak
pembelian rumah tangga. Berat diberi untuk menunjukkan kepentingan barang
dalam berkas bakul pengguna. Harga, berat, dan jenis-jenis barangan dalam bakul
pengguna adalah dikaji semula setiap lima tahun untuk mencerminkan perubahan
dalam corak perbelanjaan rumah tangga. Perbelanjaan rumah tangga atas waktu
senggang dan riadah telah meningkat dalam dekad yang lalu. Penggunaan pemain
MP3, perakam DVD, telefon pintar, dan Ipad telah meningkat. Berat yang diberi
atas makanan telah berkurang, berat yang diberi atas pendidikan swasta telah
meningkat, dan makan minum di restoran telah meningkat.

126
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Kadar Inflasi = CPI tahun x – CPI tahun x-1 × 100


CPI tahun x-1

Tahap harga mengukur harga purata barangan dan perkhidmatan. Kadar inflasi
adalah sama dengan peratusan perubahan dalam tahap harga dari satu tahun ke
tahun yang seterusnya. Jabatan Statistik (Department of Statistics/DOS)
menyusun statistik ukuran tiga langkah bagi tahap harga yang berbeza; indeks
harga pengguna (CPI), deflator KDNK, dan indeks harga pengeluar (producer
price index/PPI).

Indeks harga pengguna ialah purata harga barangan dan perkhidmatan yang dibeli
oleh keluarga bandar yang tipikal. CPI mengukur perubahan dalam pembelian
‘bakul pasaran’ barangan dan perkhidmatan yang dibeli oleh rumah tangga yang
tipikal. Perubahan dalam CPI ialah ukuran terbaik perubahan dalam kos hidup
seperti yang dialami oleh rumah tangga yang tipikal.

Deflator KDNK ialah ukuran meluas tahap harga; ia termasuk harga setiap barang
dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam ekonomi. Indeks harga
pengeluar ialah purata harga yang diterima oleh pengeluar-pengeluar barangan
dan perkhidmatan pada semua peringkat pengeluaran.

Indeks-indeks harga digunakan untuk menyelaras bagi kesan inflasi. Indeks-


indeks harga direka untuk mengukur perubahan dalam tahap harga atas masa,
bukan tahap harga yang mutlak. Untuk membetulkan kesan inflasi, kita boleh
membahagikan pemboleh ubah nominal dengan indeks harga dan
mendarabkannya dengan 100 untuk mendapatkan pemboleh ubah sebenar.

Adalah juga penting untuk membezakan antara kadar faedah nominal dengan
kasar faedah sebenar. Kadar faedah yang dinyatakan atas pinjaman ialah kadar
faedah nominal. Kadar faedah sebenar ialah kadar faedah nominal tolak kadar

127
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

inflasi. Kadar faedah sebenar menyediakan ukuran kos sebenar pinjaman dan
pulangan sebenar peminjaman yang lebih baik daripada kadar faedah nominal.

11.3 Masalah-Masalah Menggunakan CPI untuk Mengukur Inflasi

i. CPI tidak termasuk perubahan dalam harga pengeluar atas masa.


ii. Kualiti berat sebelah, CPI tidak mengambil kira perubahan dalam kualiti
barangan dan perkhidmatan atas masa.
iii. Penggantian berat sebelah, CPI tidak menunjukkan kesukaan pengguna
yang berubah atau penggantian yang pengguna buat hari ke hari merujuk
kepada perubahan harga relatif.
iv. Barang baru berat sebelah, pengenalan kepada barangan dan perkhidmatan
baru mengubah kos sara hidup. Menggantikan keretapi untuk kereta
mengurangkan kos perjalanan. Ini tidak diambil kira dalam pengukuran
CPI.

11.4 Faktor-faktor yang Menyebabkan Inflasi

i. Kitaran perniagaan
Inflasi adalah tinggi ketika puncak kerana permintaan bagi barangan dan
perkhidmatan meningkat menyebabkan peningkatan dalam inflasi dan
upah.
ii. Kejutan penawaran
Apabila ahli CARTEL minyak (OPEC) mengehadkan pengeluaran
minyak, bekalan minyak dunia gagal dan harga minyak dunia naik. Pada
tahun 1973, harga minyak naik tiga kali ganda dalam setahun
meningkatkan kos pengeluaran. Pada awal 1990-an dan 2000, konflik Iraq
dan Kuwait menaikkan harga minyak dunia. Pada tahun 2004, OPEC
mengurangkan bekalan minyak menyebabkan harga minyak naik. Harga
minyak naik lagi disebabkan oleh masalah pengeluaran, mogok, taufan,
perang, dan bencana di mana bekalan minyak terganggu.

128
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

iii. Tekanan upah


Upah dikaji semula apabila berlaku inflasi. Jika upah naik lebih daripada
peningkatan dalam pengeluaran, ia mencipta tekanan inflasi kerana ini
akan meningkatkan kos pengeluaran lebih daripada hasil.
iv. Pengaruh antarabangsa
Kenaikan dalam harga barangan import boleh meningkatkan inflasi dalam
negeri. Kenaikan dalam harga input import akan meningkatkan kos
pengeluaran.
v. Jangkaan dan inflasi
Jangkaan pengguna tentang inflasi akan meningkatkan permintaan semasa
dan tekanan permintaan akan meningkatkan inflasi. Kesatuan sekerja
meminta upah yang lebih tinggi apabila jangkaan kepada harga yang lebih
tinggi meningkat.
Kadar faedah nominal meningkat apabila sektor kewangan mengekalkan
kadar faedah sebenar.
Firma-firma menaikkan harga apabila upah meningkat dan kos mereka
meningkat untuk mengekalkan keuntungan mereka.
vi. Syarat wang
Syarat wang dalam ekonomi. Peningkatan dalam bekalan wang
disebabkan oleh dasar wang mudah mengurangkan kadar faedah kerana
kredit menjadi senang didapati dan murah, permintaan agregat meningkat
dan inflasi meningkat. Percetakan wang secara sengaja oleh Bank Pusat
meningkatkan kecairan kewangan dan seterusnya permintaan agregat yang
akan memburukkan inflasi.

11.5 Jenis-jenis Inflasi

Inflasi biasanya dikategorikan oleh sebab utamanya. Dua jenis utama ialah inflasi
tarikan permintaan dan inflasi tolakan kos.

129
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

11.5.1 Inflasi Tarikan Permintaan

Demand-pull occurs when production levels are unable to immediately meet an


increase in aggregate demand. When too much money chases after too few goods
caused by high level of durable consumption or excess money supply that
increases demand for resources causing price of resources to increase and
therefore price of goods and services increases.

Dalam Jangka Panjang


Harga
Tahap
KDNK Sebenar
Harga
Agregat AS 0

P1

P0

AD 1

AD 0
KDNK Sebenar
Y0 Y1
Rajah 11.1: Inflasi Tarikan Pemintaan

11.5.2 Inflasi Tolakan Kos

Inflasi tolakan kos timbul sebagai hasil daripada kejutan penawaran negatif yang
meningkatkan kos pengeluaran. Inflasi tolakan kos disebabkan oleh pertambahan
upah dalam kelebihan produktiviti dan menaikkan harga input utama disebabkan
oleh kejutan penawaran. Inflasi tolakan kos mengurangkan bekalan agregat
barangan dan perkhidmatan yang menganjak keluk AS ke kiri dan tahap harga
meningkat.

130
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Tahap Harga
SRAS1
Agregat

SRAS

P1
Harga Minyak Naik
P0 AS menganjak ke 1
Tahap harga
meningkat

AD

Y1 Y0 KDNK Sebenar
Rajah 11.2: Inflasi tolakan kos

11.5.3 Hiperinflasi

Hiperinflasi berlaku apabila terdapat permintaan agregat yang meningkat secara


berterusan (AD) di mana Bank Pusat mencetak dan mengedarkan wang untuk
membiayai perbelanjaan kerajaan yang berlebih-lebihan. Peningkatan berterusan
dalam bekalan wang akan terus meningkatkan AD yang akan seterusnya
meningkatkan inflasi dua kali ganda. Contoh-contoh hiperinflasi ialah Jerman
(1920-an), Hungary (1945-46), Brazil (1980-an), dan Zimbabwe (2000).

11.5.4 Deflasi

Deflasi ialah penyusutan dalam tahap harga umum, biasanya disebabkan oleh
pengurangan dalam bekalan wang atau kredit. Deflasi juga boleh terjadi dengan
penguncupan perbelanjaan secara langsung, sama ada dalam pengurangan
perbelanjaan kerajaan, perbelanjaan persendirian, atau perbelanjaan pelaburan.
Deflasi selalu mempunyai kesan sampingan pengangguran yang meningkat dalam
ekonomi, keran proses tersebut selalunya membawa kepada tahap permintaan
yang lebih rendah dalam ekonomi.

131
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

11.6 Akibat Inflasi

11.6.1 Kesan Output

Inflasi boleh memberi kesan kepada tahap output, pendapatan, dan penggajian.
Inflasi meningkatkan ketidakpastian di mana pengguna dan perniagaan mendapati
adalah sukar untuk membuat keputusan. Inflasi membuatkan pelaburan lebih
berisiko yang kemudiannya mengurangkan pelaburan yang mempunyai kesan
pengganda atas pendapatan, output, dan penggajian.

Inflasi boleh memberi kesan kepada pengeluaran sepanjang ekonomi. Modal


untuk penggantian buruh terjadi apabila upah meningkat lebih daripada
produktiviti. Kos yang meningkat menyebabkan perubahan berstruktur dalam
ekonomi. Inflasi yang meningkat menyumbang kepada kekurangan keyakinan
terhadap wang sebagai simpanan nilai di mana orang-orang mengongkong
terhadap inflasi pada masa depan dengan membeli aset-aset seperti hartanah,
logam berharga (emas), dan saham. Peningkatan dalam aktiviti secara spekulasi
ini adalah tidak produktif dan akan mempunyai kesan negatif kepada tahap output
dan penggajian. Hiperinflasi boleh membawa kepada lebih banyak akitiviti tidak
produktif seperti menyorok apabila orang hilang keyakinan terhadap wang.

Inflasi turut memberi kesan kepada daya saing antarabangsa bagi produk suatu
negara. Pilihan produk bergantung kepada tahap harga. Jika harga produk-produk
Malaysia terlalu tinggi, produk-produk akan hilang daya saing antarabangsa
apabila orang membeli alternatif yang lebih murah. Apabila harga dalam negeri
naik, orang akan bertukar kepada barangan import yang lebih murah. Jadi,
peningkatan dalam import dan pengurangan dalam eksport akan memburukkan
defisit akaun semasa dalam akaun imbangan pembayaran.

132
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

11.6.2 Kesan Pengagihan Semula

Kesan inflasi kepada ekonomi bergantung sama ada ia adalah kejutan (tidak
disangka) atau dijangka oleh firma dan rumah tangga.

Inflasi jangkaan adalah apabila kenaikan tahap harga dijangka oleh rumah tangga
dan firma dan langkah-langkah mengimbangi diambil. Inflasi jangkaan tidak
mengurangkan kebolehmilikan barangan dan perkhidmatan kepada pengguna
biasa, tetapi ia masih mengenakan kos kepada ekonomi. Apabila inflasi dijangka,
kos-kos utama ialah wang kertas hilang sedikit nilainya dan firma menanggung
kos menu. Kos menu termasuk kos mengubah harga atas produk dan mencetak
katalog baru.

Sebaliknya, apabila inflasi tidak dijangka, kadar inflasi sebenar boleh jadi berbeza
daripada kadar inflasi yang dijangka. Hasilnya, ada orang yang memperoleh
pendapatan dan ada yang hilang pendapatan. Inflasi memberi kesan kepada
pengagihan pendapatan, dengan sesetengah orang akan mendapati kuasa
pembelian mereka meningkat sementara sesetengah yang lain akan mendapati
kuasa pembelian mereka menurun. Sebagai contoh, jika inflasi lebih besar
daripada yang dijangka, upah sebenar akan menurun, dan peminjam wang akan
kehilangan kerana mereka tidak memasukkan dalam kadar faedah mereka elaun
inflasi yang mencukupi.

Jika inflasi meningkat dengan pantas secara keterlaluan, seperti 1000 peratus mata
setahun atau lebih, ini dikenali sebagai hiperinflasi. Walaupun tidak selalunya
terjadi, sudah terdapat banyak kejadian dalam tahun-tahun lepas. Hiperinflasi
menyebabkan wang menjadi tidak bernilai, dan memusnahkan ekonomi.

133
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

11.7 Kos-kos Inflasi

11.7.1 Inflasi Dijangka

Inflasi dijangka adalah apabila orang boleh membuat ramalan inflasi yang tepat.
Kesan-kesan inflasi apabila ianya dijangka adalah seperti berikut:

i. Kos kasut kulit; masa terbuang dalam mencari dan membeli disebabkan
oleh inflasi.
ii. Keengganan memegang wang; memegang wang sebagai tunai tidak
mendapatkan kadar faedah, dan dengan kehadiran inflasi sebenarnya
mengurangkan nilai apabila masa berlalu. Dengan inflasi, orang berat hati
untuk memegang wang dan dengan itu membuat banyak urusan ke bank.
iii. Kos menu; kos inflasi kepada perniagaan merujuk kepada sentiasa perlu
menukar menu, tanda harga, mesin layan diri, dan lain-lain disebabkan
oleh harga yang sentiasa berubah.
iv. Kesan cukai; kadar faedah nominal meningkat. Cukai adalah berdasarkan
pulangan ringgit. Pulangan atas pelaburan menghasilkan cukai yang lebih
tinggi. Kadar cukai efektif meningkat, dan kadar faedah sebenar selepas
cukai menurun.
v. Beban cukai meningkat apabila tahap harga meningkat, dengan upah yang
meningkat juga akan meningkatkan amaun cukai untuk pekerja.
vi. Kos transaksi; kos membuat penyelarasan yang perlu untuk
meminimumkan kesan inflasi. Kos transaksi – Halaju pengedaran wang
meningkat. Orang menghabiskan masa dalam cubaan mengelakkan
daripada menanggung kerugian daripada penyusutan nilai wang. Orang
mencari alternatif kepada wang - barter.
vii. Ketidakpastian meningkat; kadar inflasi yang tinggi menghasilkan
ketidakpastian tentang kadar inflasi jangka panjang.

134
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

11.7.2 Inflasi Tidak Dijangka

Inflasi tidak dijangka adalah apabila ianya sukar untuk meramal inflasi secara
tepat di mana inflasi sebenar adalah berbeza dengan inflasi yang dijangka
(Pa≠Pe). Ini berlaku apabila inflasi sebenar lebih daripada inflasi dijangka Pa>Pe
atau apabila inflasi sebenar kurang daripada inflasi dijangka (Pa<Pe).

Kesan-kesan inflasi tidak dijangka adalah seperti berikut:

i. Kesan pengagihan semula; inflasi menghakis nilai wang sebenar.


ii. Jika Pa>Pe; jika inflasi meningkat dengan tidak disangka, upah tidak
ditetapkan dengan cukup tinggi. Keuntungan perniagaan akan menjadi
lebih tinggi daripada dijangka, dan pendapatan sebenar akan menjadi
kurang daripada dijangka. Perniagaan mendapat untung dan pekerja akan
rugi.
iii. Nilai simpanan pemberi pinjaman menurun dan kos pinjaman peminjam
berkurang. Pemberi pinjaman akan rugi dan peminjam akan untung.
iv. Jika Pa<Pe; jika inflasi di bawah apa yang dijangka, pekerja akan untung
dan majikan akan rugi. Oleh itu, adalah berfaedah bagi kedua-dua
kumpulan untuk menjangka kadar inflasi dengan tepat.
v. Pemberi pinjaman untung dan peminjam rugi apabila beban pembayaran
semula mereka bertambah.
vi. Mereka yang mendapat pendapatan tetap seperti pesara dengan pencen.
Individu dengan pencen tetap dan mereka yang terikat dengan kontrak
tetap – Serupa dengan contoh peminjam/pemberi pinjaman, inflasi yang
tidak dijangka tinggi atau rendah boleh memberi kesan buruk kepada satu
pihak dalam kontrak jangka panjang tetap atau sistem pembayaran.
vii. Perlepasan daripada guna tenaga penuh – Memandang ringan kadar inflasi
membawa kepada pendapatan sebenar yang kurang bagi pekerja, majikan
tidak dapat mencari buruh yang cukup, pekerja mula berhenti, dan firma

135
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

menanggung kos pusing ganti buruh. Pengeluaran adalah di bawah apa


yang ia boleh dapat sekiranya kadar inflasi dijangka dengan tepat.
viii. Ketidakpastian meningkat yang akan memberi kesan kepada pelaburan
perniagaan dan pertumbuhan ekonomi.
ix. Kurang pelaburan. Inflasi yang tidak dijangka menyebabkan
ketidakpastian. Firma-firma tidak sukakan ketidakpastian. Mereka mahu
dapat merancang lebih awal, dan inflasi yang tidak dapat dijangka
membuatkannya sukar. Amaun wang yang firma laburkan dalam mesin
baru mungkin menjadi lebih rendah pada masa inflasi tinggi kerana adalah
sukar bagi firma untuk yakin bahawa pelaburan akan memberi faedah.
Pelaburan yang lebih rendah bermaksud permintaan agregat yang lebih
rendah dan potensi produktif masa depan yang lebih rendah.
x. Pelaburan yang lebih rendah akan membawa kepada pertumbuhan KDNK
yang lebih rendah. Juga, pada masa inflasi, dasar kewangan mungkin akan
menaikkan kadar faedah dalam usaha mengempiskan ekonomi dan
mengurangkan kadar inflasi. Kadar faedah yang lebih tinggi akan
menyebabkan firma kurang melabur, pengguna kurang berbelanja
(disebabkan oleh pembayaran gadai janji yang lebih tinggi dan kos
pinjaman untuk membeli perkara ‘tiket besar’) dan kenaikan harga yang
tidak baik untuk pengeksport. Pengeksport juga akan rugi kerana barangan
mereka akan menjadi kurang kompetitif di luar negara.

11.8 Dasar-dasar untuk Mengatasi Inflasi

11.8.1 Dasar Pengurusan Permintaan

Dasar kewangan dan fiskal yang ketat membantu dalam mengurangkan inflasi
dengan mengurangkan permintaan agregat dan seterusnya tahap harga. Dasar
kewangan yang ketat adalah untuk mengurangkan bekalan wang bagi menaikkan
kadar faedah yang meningkatkan kos pinjaman. Ini membantu dalam
mengurangkan penggunaan tahan lama dan perbelanjaan pelaburan secara

136
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

langsung. Dasar fiskal yang ketat adalah untuk menaikkan cukai dan
mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Ini membantu dalam mengurangkan
permintaan agregat dengan mengurangkan penggunaan, pelaburan, dan
perbelanjaan kerajaan.

11.8.2 Dasar-Dasar Mikroekonomi dan Pembaharuan

Dasar-dasar mikroekonomi dan pembaharuan memperbaiki daya saing firma


dengan meningkatkan kecekapan dan produktiviti firma. Ini membantu dalam
mengurangkan kos pengeluaran, dengan itu tekanan inflasi boleh dikurangkan.

Soalan

1. Apakah inflasi, deflasi, dan hiperinflasi?


2. Apakah kos-kos dan kesan-kesan inflasi?
3. Banding dan bezakan kesan-kesan inflasi yang dijangka dan tidak
dijangka.
4. Terangkan kenapa inflasi biasanya memecut semasa puncak.
5. Apakah dua jenis inflasi yang utama? Bagaimanakah anda
menggambarkannya secara grafik?

137
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

BAB 12
WANG DAN PERBANKAN

Hasil Pembelajaran
Pada akhir bab ini, and seharusnya dapat untuk:
1. Mentakrifkan wang dan membincangkan fungsi-fungsinya
2. Menerangkan jenis-jenis institusi kewangan yang berbeza
3. Menerangkan bagaimana institusi kewangan mencipta wang
4. Membincangkan peranan Bank Pusat

12.1 Wang

Wang adalah apa-apa komoditi atau token yang secara umumnya diterima sebagai
cara pembayaran. Cara pembayaran ialah kaedah melangsaikan hutang. Wang
mempunyai tiga lagi fungsi seperti perantara pertukaran, unit akaun, dan
penyimpan nilai. Nilai wang mencerminkan kuasa pembeliannya; kadar di mana
wang bertukar untuk barangan dan perkhidmatan.

12.2 Evolusi Wang

Sistem barter adalah apabila orang mendagangkan barangan dengan barangan dan
ia digunakan sebelum wang digunakan secara aktif sebagai cara pembayaran bagi
pertukaran. Barter bergantung kepada dua kebetulan kehendak pada kadar
pertukaran yang dipersetujui dan pertukaran memerlukan masa. Kesukaran
dengan perdagangan barter ini membuatkan orang menggunakan wang sebagai
pertukaran.

138
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

12.2.1 Wang komoditi

Bentuk terawal wang ialah wang komoditi. Wang komoditi adalah apa-apa
komoditi yang memerlukan darjah penerimaan yang tinggi sepanjang ekonomi
menjadi wang. Komoditi ini sedia diterima oleh yang lain-lain dan boleh
didagangkan kemudian. Contoh-contoh komoditi yang digunakan sebagai wang
pada awal dulu ialah gandum, lembu, garam, tembakau, dan logam berharga
seperti emas dan perak.

12.2.2 Masalah-masalah dengan wang komoditi

Kualiti komoditi cepat rosak tidak dapat dikekalkan untuk masa yang lama.
Komoditi juga sangat besar dan tidak sesuai untuk didagangkan. Sesetengah
komoditi seperti lembu tidak dapat dibahagikan iaitu sukar untuk dibahagikan
kepada unit-unit yang lebih kecil. Wang komoditi mempunyai kos lepas yang
tinggi berbanding dengan wang kertas. Jika emas digunakan sebagai wang, ia
tidak boleh digunakan untuk membuat barang kemas. Nilai wang komoditi
bergantung kepada penawaran dan permintaannya. Jika bekalan tanaman
meningkat dengan tidak disangka, nilai gandum akan menurun jadi gandum
diperlukan untuk pertukaran. Nilai pasaran gandum akan naik turun mengikut
perubahan penawaran dan permintaan gandum. Wang yang terbaik adalah tahan
lama, boleh dibahagikan, berkualiti seragam, mempunyai kos lepas yang rendah,
dan bekalan boleh dikawal dengan berhati-hati.

12.2.3 Syiling

Sesetengah wang syiling boleh dibahagi-bahagikan tetapi sesetengah yang lain


tidak. Garam boleh dibahagikan kepada bata dan kualiti adalah konsisten. Namun
emas dan logam boleh diturunkan nilai dengan mengaloikannya dengan logam
yang lebih murah, kualiti dan kuantiti perlu dipastikan dengan setiap pertukaran,
dan masalah kawalan kualiti ditumpukan dengan mencetak syiling pada logam.

139
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Seigniorage ialah keuntungan yang diperoleh daripada pencetakan duit syiling


jika nilai muka adalah lebih daripada nilai bahan. Wang tanda adalah apabila nilai
muka melebihi nilai bahan daripada mana ia dibuat.

12.3 Fungsi-fungsi Wang

Wang adalah apa-apa komoditi atau token yang secara umumnya diterima sebagai
cara pembayaran. Cara pembayaran ialah kaedah melangsaikan hutang. Nilai
wang mencerminkan kuasa pembeliannya iaitu kadar di mana wang bertukar
untuk barangan dan perkhidmatan.

Terdapat tiga lagi fungsi wang. Wang digunakan sebagai perantara pertukaran,
unit akaun, dan penyimpan nilai.

i. Perantara pertukaran
Perantara pertukaran adalah apa-apa sahaja yang secara umumnya
diterima dalam pembayaran barangan dan perkhidmatan. Ini ialah
perbezaan utama wang dengan aset-aset lain. Gandum menjadi wang
komoditi pada awal dulu sebagai perantara pertukaran.
ii. Unit akaun
Harga barangan dan perkhidmatan dipetik merujuk kepada komoditi
yang diterima sebagai wang. Komoditi menjadi unit yang sama untuk
memetik harga. Ia menjadi penyebut dalam mengukur nilai semua
barangan dan perkhidmatan.
iii. Penyimpan nilai
Wang boleh disimpan dan ia mengekalkan kuasa pembeliannya
mengikut masa dan tidak terlalu besar.

140
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

12.4 Wang dan Perbankan

Sistem rizab pecahan ialah satu sistem perbankan di mana hanya sebahagian
daripada deposit disandarkan oleh rizab sistem.

12.4.1 Wang kertas

Wang kertas adalah apabila bank-bank boleh mencipta wang dengan


mengeluarkan nota bank. Nota bank ialah kepingan kertas yang menjanjikan
pembawanya amaun emas dan perak yang tertentu kepada pembawa yang
menyerahkannya kepada bank-bank pengeluar untuk penebusan. Wang kertas
mudah dibawa dan mengambil ruang yang sedikit.

Wang fiat mengandungi wang kertas yang menerbitkan statusnya sebagai wang
daripada kuasa negeri atau oleh fiat. Ia tidak boleh ditebus untuk apa-apa
komoditi dan statusnya sebagai wang disahkan oleh kerajaan.

12.4.2 Nilai wang

Wang kertas menunjukkan kuasa pembeliannya yang mana kadar wang bertukar
untuk barangan dan perkhidmatan. Wang kertas ialah wang fiat kerana tiada janji
penebusan dan diterima secara meluas.

12.5 Institusi-institusi Kewangan

Perantara kewangan ialah institusi yang bertindak sebagai perantara, menerima


dana daripada penyimpan, dan meminjamkan kepada peminjam. Kadar faedah
yang rendah dibayar kepada penyimpan dan kadar faedah yang lebih tinggi
dikenakan kepada peminjam. Perbezaannya ialah keuntungan selepas adalah
kurang daripada kos operasi.

141
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

12.5.1 Bank

Bank ialah institusi kewangan yang utama. Aktiviti utama sesebuah bank ialah
perbankan runcit tetapi bank juga terlibat dalam pelbagai jenis aktiviti. Perbankan
runcit menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan individu dan rumah tangga.
Perbankan borong adalah untuk menumpukan kepada transaksi bernilai tinggi.

12.5.2 Perbankan komersial

Perbankan komersial adalah untuk menawarkan khidmat kewangan kepada


perbadanan yang besar, institusi kewangan yang lain dan organisasi kerajaan,
berdagang dalam jaminan kewangan, bil bank, insurans, berdagang saham, dan
perkhidmatan kewangan yang lain.

12.5.3 Bank pelaburan

Bank pelaburan juga dikenali sebagai bank saudagar dan secara umumnya
merupakan subsidiari tempatan bagi bank-bank asing. Bank pelaburan beroperasi
dalam industri perbankan borong. Aktiviti-aktiviti utama termasuk keselamatan,
jaminan, tukaran asing dan perdagangan terbitan, pembiayaan pelaburan,
perkhidmatan pengurusan pelaburan, perkhidmatan nasihat korporat, dan
perkhidmatan kewangan yang lain kepada transaksi bernilai tinggi.

12.5.4 Pengurus dana

Pengurus dana menguruskan dana individu dan perbadanan. Dana yang diuruskan
ialah satu produk pelaburan yang mengumpulkan pelaburan individu kepada dana
yang besar yang dilaburkan dalam pelabagai aset. Aset-aset ini ialah tunai,
jaminan pendapatan tetap, saham dalam negeri dan antarabangsa, hartanah, dan
aset-aset lain.

142
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

12.5.5 Syarikat pembinaan dan kesatuan kredit

Malaysian Building Society (MBS) dan Credit Guarantee Corporation (CGC)


ialah contoh-contoh syarikat pembinaan dan kesatuan kredit. Syarikat pembinaan
dan kesatuan kredit menawarkan pelbagai khidmat yang meluas. MBS
mengkhususkan dalam pembiayaan gadai janji. CGC mengkhususkan dalam
peminjaman dana kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana.

12.5.6 Syarikat kewangan

Syarikat kewangan memberi khidmat kepada pasaran bidang apabila peraturan


mengehadkan sesetengah perkhidmatan perbankan seperti pinjaman dan
peminjaman kepada individu. Selepas peraturan kerajaan, syarikat-syarikat
kewangan menawarkan perkhidmatan seperti pembiayaan hartanah komersial,
beberapa pembiayaan kenderaan, dan pajakan. Sesetengah syarikat kewangan
ialah subsidiari bank-bank besar.

12.6 Proses Penciptaan Wang

Sistem perbankan mencipta wang dengan meminjamkan keluar deposit


penyimpan. Bank meminjamkan rizab berlebihan melalui penciptaan akaun cek
baru. Apabila cek ditulis pada akaun ini, deposit baru dicipta di bank lain.
Pecahan daripada deposit baru tersebut disimpan sebagai rizab wajib dan rizab
berlebihan dipinjam keluar. Proses penciptaan wang berjalan melalui proses
gandaan deposit. Sistem perbankan mencipta wang dengan meminjamkan keluar
wang yang sama.

Andaikan Bank A menghadapi keperluan rizab 10% (R=0.1) untuk disimpan


dalam bilik kebal bank atau di Bank Pusat. Andaikan Bank A menerima $1000
daripada pelanggan, bank A akan tidak mahu memegang rizab berlebihan kerana
jika semua rizab berlebihan dipinjamkan keluar, bank boleh memperoleh faedah

143
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

atas peminjaman. Bank A akan memberi pinjam $900 dan $100 disimpan sebagai
rizab wajib. Kunci kira-kira Bank A adalah seperti di bawah:

Aset Liabiliti
Rizab $100 1,000
Pinjaman $900

Jika pelanggan A yang meminjam wang daripada Bank A sama ada membuat
pembayaran untuk beberapa pembelian. Pinjaman daripada Bank A akan
dideposit semula kepada Bank B oleh mereka yang menerima bayaran daripada
individu A. Bank B juga menyimpan 10% sebagai rizab wajib $90 dan
meminjamkan keluar rizab berlebihan $810.

Kunci kira-kira Bank B adalah seperti di bawah:

Aset Liabiliti
Rizab $90 900
Pinjaman $810

Proses ini akan diulangi untuk bank B, C, D… dan semua bank sehingga kali ke-
n.

Jumlah perubahan dalam bekalan wang atau wang yang dicipta daripada proses
peminjaman adalah diukur dengan pengganda wang ringkas.

Pengganda Wang = 1/R


= 1/0.1
= 10

Jumlah perubahan dalam bekalan wang ialah 10 kali perubahan dalam perubahan
rizab berlebihan.

144
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Jumlah perubahan dalam bekalan wang = 900 x 10 = $9,000

Deposit awal $1000 telah menambahkan bekalan wan 10 kali kepada $10,000. Ini
merupakan proses penciptaan wang oleh bank-bank komersial.

12.7 Peranan Bank Pusat

Bank Negara ialah Bank Pusat bagi Malaysia. Di Australia, bank pusatnya
dikenali sebagai RBA, di America ialah FED, di England ialah BOE, dan semua
negara lain mempunyai bank pusatnya sendiri. Bank pusat ialah pihak berkuasa
awam yang ditugaskan bagi mengatur dan mengawal kewangan sesebuah negara,
institusi-institusi kewangan, dan pasaran. Bank Negara menjalankan sebilangan
fungsi lain. Bank Pusat ialah pemilik bank kepada bank-bank dan Kerajaan dan
pemberi pinjam terakhir. RBA sebagai contoh, memberi pinjaman apabila sistem
perbankan keseluruhannya kekurangan rizab dan ialah satu-satunya pengeluar
nota bank. Tanggungjawab utama bank pusat ialah pengendalian dasar kewangan
di Malaysia, dan tanggungjawab keseluruhan adalah untuk memastikan kestabilan
sistem kewangan Malaysia.

Soalan

1. Mengapakah penerimaan universal wang merupakan ciri yang begitu


penting bagi wang?
2. Terangkan secara ringkas fungsi-fungsi utama wang.
3. Apakah masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan wang
komoditi?
4. Bagaimanakah bank komersial mencipta wang?
5. Adakah kerajaan satu-satunya institusi yang boleh mencipta wang?

145
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

BAB 13
DASAR KEWANGAN DAN FISKAL

Hasil Pembelajaran
Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat untuk:
1. Mentakrifkan dasar kewangan dan fiskal
2. Menerangkan bagaimana dasar kewangan dan fiskal memberi kesan
kepada permintaan agregat dan bagaimana kerajaan boleh menggunakan
dasar kewangan dan fiskal untuk menstabilkan ekonomi
3. Menerangkan bagaimana proses pengganda dilakukan merujuk kepada
dasar fiskal
4. Membincangkan kesukaran yang boleh timbul dalam melaksanakan dasar
kewangan dan fiskal
5. Menerangkan bagaimana belanjawan persekutuan boleh menjadi penstabil
automatik

13.1 Dasar Kewangan

Dasar kewangan meruujuk kepada tindakan yang diambil oleh bank pusat untuk
memberi kesan kepada keadaan kewangan dengan tujuan mencapai objektif
makroekonomi yang lebih luas iaitu inflasi rendah, pengangguran rendah, dan
pertumbuhan ekonomi yang mampu bertahan. Bank Pusat mempengaruhi baki
dalam rizab tunai dan seterusnya kadar faedah (r) dalam pasaran wang
semalaman. Kadar faedah dalam pasaran wang semalaman ialah kos memberi
pinjaman dan meminjam antara bank dengan bank pusat. Perubahan dalam kadar
faedah pasaran wang semalaman akan memberi kesan kepada kadar faedah dana
dalam pasaran kewangan (bank dan institusi kewangan).

146
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

13.2 Matlamat-matlamat Dasar Kewangan

Bank Pusat mengkehendakinya menggunakan dasar kewangannya dan kuasa-


kuasa perbankannya yang lain dengan cara yang paling baik menyumbang kepada
kestabilan harga yang menentukan kestabilan mata wang dengan inflasi minimum
dan kadar pertukaran yang stabil, tahap penggajian yang tinggi untuk
mengekalkan guna tenaga penuh dan kadar pengangguran yang rendah, dan
pertumbuhan ekonomi yang pesat dan mampu bertahan yang memastikan
kemakmuran ekonomi dan kebajikan rakyat.

13.3 Operasi Pasaran Terbuka dan Dasar Kewangan

Operasi pasaran terbuka (open market operation/OMO) adalah apabila jualan


Bank Pusat dan pembelian jaminan kerajaan, dan bon-bon daripada bank dan
institusi kewangan bukan bank yang memberi kesan kepada kadar faedah dalam
pasaran wang semalaman dikenali sebagai kadar tunai. Perubahan dalam kadar
tunai akan memberi kesan kepada kadar faedah dalam pasaran kewangan.
Perubahan dalam kadar faedah pasaran kewangan akan memeberi kesan kepada
AD dan seterusnya tahap output, penggajian, dan inflasi.

Mekanisme penyampaian dalam OMO adalah dengan menukar kadar faedah dan
kesan kepada aktiviti ekonomi dengan memberi kesan kepada komponen-
komponen AD seperti penggunaan, pelaburan, dan eksport bersih. Untuk
mengurangkan kadar tunai, Bank Pusat akan membeli bon dan Sekuriti Kerajaan.
Untuk menaikkan kadar tunai, Bank Pusat akan menjual bon dan Sekuriti
kerajaan. Kadar tunai ditentukan oleh permintaan dan penawaran bon-bon dan
sekuriti-sekuriti antara bank dengan bank pusat.

147
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

13.3.1 Dasar kewangan pengembangan atau mudah

Semasa kemerosotan ekonomi, dasar fiskal pengembangan adalah sesuai. Dasar


kewangan pengembangan adalah apabila Bank Pusat menambahkan bekalan dana
dalam OMM untuk menurunkan kadar tunai. Apabila dasar kewangan
pengembangan dilaksanakan, bank pusat membeli bon dan sekuriti, mencipta
bekalan dana berlebihan dalam OMM yang akan mengurangkan kadar tunai. Ini
akan mengurangkan kadar faedah dalam pasaran. Pengurangan dalam kadar
faedah akan meningkatkan penggunaan dan perbelanjaan pelaburan yang
meningkatkan AD. Apabila AD meningkat, tahap output, penggajian, dan inflasi
juga akan meningkat.

13.3.2 Dasar kewangan pengecutan atau ketat

Dasar kewangan pengecutan adalah diperlukan untuk mengatasi inflasi. Dasar


kewangan pengecutan dilaksanakan apabila ekonomi menjadi terlalu panas dan
ada kebimbangan tentang inflasi. Bank Pusat akan menjual bon dan sekuriti yang
meningkatkan permintaan dana dalam OMM yang menaikkan kadar tunai.
Kenaikan dalam kadar tunai akan menaikkan kadar faedah dalam pasaran
kewangan. Kenaikan dalam kadar faedah akan mengurangkan penggunaan dan
perbelanjaan pelaburan yang mengurangkan AD. Apabila AD jatuh, tahap output,
penggajian, dan inflasi juga akan turun.

13.4 Kelebihan dan Kelemahan Dasar Kewangan

13.4.1 Kelebihan dasar kewangan

Dasar kewangan adalah efektif dalam berurusan dengan inflasi, fleksibel, dan
cenderung memberi kesan kepada semua seksyen komuniti ke takat yang sama.
Dasar kewangan tidak mendiskriminasi kerana dasar kewangan memberi kesan
kepada semua sektor sama rata. Dasar kewangan lebih adil dan kurang berpolitik.

148
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Ahli-ahli Bank Pusat terasing daripada tekanan politik dan perubahan dasar lebih
halus dan tidak begitu nampak sebanyak perubahan dasar fiskal. Adalah mudah
untuk membuat keputusan yang baik tetapi tidak popular.

13.4.2 Kelemahan dasar kewangan

Polisi kewangan adalah secara tidak langsung dan secara relatifnya perlahan
untuk meninggalkan kesan. Walaupun perubahan dasar boleh dilaksanakan secara
pantas (sela pentadbiran yang pendek), terdapat sela dalam sekurang-kurangnya 3
hingga 6 bulan sebelum perubahan memberi kesan sepenuhnya. Dasar kewangan
yang ketat berjalan secara efektif untuk memperlahankan inflasi, tetapi dasar
kewangan mudah tidak selalunya efektif dalam merangsang ekonomi daripada
kemerosotan. Contohnya, dasar kewangan Jepun menggambarkan potensi
ketidakmampuan dasar kewangan untuk membawa ekonomi keluar daripada
kemerosotan.

Sementara menggunakan pengaruh (dasar kewangan ketat) besar kemungkinan


dapat menggerakkan objek yang dipasang ke destinasi yang dikehendaki, menarik
tali tidak. Dasar kewangan menukar halaju wang. Halaju wang (bilangan purata
ringgit dibelanjakan setahun) mungkin menjadi tidak disangka, terutamanya
dalam jangka pendek dan boleh mengimbangi kesan perubahan yang dikehendaki
dalam bekalan wang. Dasar kewangan ketat mungkin menyebabkan orang
berbelanja lebih cepat dan meningkatkan halaju.

13.5 Dasar Fiskal

Dasar Fiskal (Fiscal Policy/FP) ialah perubahan dalam perbelanjaan kerajaan


(∆G) dan cukai (∆T) untuk mencapai objektif dasar makroekonomi seperti
pengangguran rendah, kestabilan harga, dan kadar pertumbuhan ekonomi yang
sihat.

149
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Dasar Fiskal:
i. Hanya merujuk kepada tindakan kerajaan persekutuan. Perubahan dalam
perbelanjaan dan cukai oleh kerajaan tempatan atau negeri, bukanlah
sebahagian daripada dasar fiskal kerana ia tidak memberi kesan kepada
ekonomi nasional.
ii. Tidak semua tindakan perbelanjaan kerajaan dan perubahan cukai oleh
Kerajaan Persekutuan ialah Dasar Fiskal kerana ia tidak ditujukan untuk
mencapai objektif dasar makroekonomi. Sbeagai contoh, peningkatan
dalam perbelanjaan pertahanan ialah dasar pertahanan dan pengurangan
dalam cukai insurans kesihatan persendirian ialah dasar insurans
kesihatan.

13.6 Penstabil Automatik (Automatic Stabilizers/AS) lawan Dasar Fiskal


Budi Bicara (Discretionary Fiscal Policy/DFP)

13.6.1 Penstabil automatik

Penstabil automatik ialah perubahan automatik dalam perbelanjaan kerajaan dan


perubahan dalam cukai sepanjang kitaran perniagaan ekonomi.

i. Jika ekonomi berada dalam fasa pengembangan, pendapatan persendirian


dan keuntungan perniagaan meningkat yang akan menambahkan cukai
yang dibayar kepada kerajaan. Juga semasa fasa pengembangan,
pengangguran menurun jadi perbelanjaan kerajaan atas faedah
pengangguran atau skim-skim pengangguran dan perbelanjaan latihan dan
latihan semula berkurang.
ii. Jika ekonomi berada dalam kemerosotan, pendapatan persendirian dan
keuntungan perniagaan jatuh dan hasilnya, cukai yang dibayar juga
menurun. Pengangguran meningkat semasa kemerosotan dan perbelanjaan
kerajaan atas faedah pengangguran, skim-skim, perbelanjaan latihan dan
latihan semula meningkat.

150
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

13.6.2 Dasar fiskal budi bicara (DFP)

Dasar fiskal budi bicara adalah apabila kerajaan mengambil tindakan sengaja
dalam mengubah perbelanjaan kerajaan dan cukai untuk mempengaruhi
perbelanjaan agregat dan seterusnya pendapatan nasional.

13.7 Menggunakan Dasar Fiskal Budi Bicara untuk Mempengaruhi


Permintaan Agregat

Perubahan dalam perbelanjaan kerajaan dan cukai akan memberi kesan kepada
permintaan agregat (aggregate demand/AD). Perubahan dalam AD akan
mengubah RGDP, tahap penggajian, dan tahap harga.

∆G ∆AD secara langsung kerana G adalah satu komponen AD


∆T ∆AD secara tidak langsung melalui ∆C dan ∆I
Jika cukai pendapatan individu berubah, ia memberi kesan kepada
pendapatan boleh guna (∆Yd) ∆C
Jika cukai pendapatan perniagaan berubah, ia memberi kesan kepada
keuntungan perniagaan selepas cukai ∆I

Semasa kemerosotan, dasar fiskal pengembangan diperlukan. Dasar fiskal


pemgembangan dilakukan dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan dan/atau
mengurangkan cukai untuk meningkatkan permintaan agregat dan seterusnya
RGDP dan tahap penggajian.

Semasa pengembangan, FP pengecutan adalah sesuai. Polisi fiskal pengecutan


ialah pengurangan dalam perbelanjaan kerajaan dan/atau kenaikan cukai untuk
mengurangkan permintaan agregat dan seterusnya RGDP dan tahap harga.

151
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Jadual 12.1: Dasar Fiskal Kitaran Balas


Masalah Jenis dasar Tindakan Hasil
kerajaan
Kemerosotan Pengembangan Meningkatkan RGDP dan tahap
perbelanjaan harga naik lebih
kerajaan atau daripada tanpa
mengurangkan dasar
cukai
Inflasi Pengecutan Mengurangkan RGDP dan tahap
perbelanjaan harga tidak naik
kerajaan atau sebanyak ia akan
menaikkan cukai naik tanpa dasar

13.8 Pengganda

Kesan pengganda: Sesiri peningkatan teraruh dalam perbelanjaan penggunaan


yang terhasil daripada peningkatan awal dalam perbelanjaan autonomous.
Perubahan dalam perbelanjaan kerajaan (∆G) dan/atau cukai (∆T) akan
mempunyai kesan berganda dalam RGDP. Saiz perubahan dalam RGDP atau
pendapatan nasional (Y) kepada perubahan dalam (∆G) dan/atau (∆T) ditentukan
oleh saiz pengganda. Perbelanjaan kerajaan atau pengganda cukai mengukur
magnitud perubahan dalam pendapatan nasional (Y) apabila terdapat perubahan
yang disengajakan dalam perbelanjaan kerajaan dan/atau cukai.

13.8.1 Pengganda perbelanjaan kerajaan dan perubahan dalam


perbelanjaan kerajaan

Pengganda perbelanjaan kerajaan ialah 1/1-MPC.

Jika MPC sama dengan 0.8 dan perbelanjaan kerajaan meningkat sebanyak 10
juta, kesan atas pendapatan nasional (Y) ialah:

152
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Pengganda perbelanjaan kerajaan = 1/1-MPC


= 1/0.2
=5

Semasa kemerosotan, jika perbelanjaan kerajaan meningkat sebanyak 10 bilion,


pendapatan nasional akan meningkat sebanyak 5 kali peningkatan dalam
perbelanjaan kerajaan kepada 50 bilion. Semasa pengembangan, jika perbelanjaan
kerajaan berkurang sebanyak 10 bilion, pendapatan nasional akan berkurang
sebanyak 5 kali pengurangan dalam perbelanjaan kerajaan kepada 50 bilion.

13.8.2 Proses pengganda pembelian kerajaan

Peningkatan awal dalam perbelanjaan kerajaan meningkatkan jumlah


perbelanjaan. Peningkatan dalam perbelanjaan meningkatkan permintaan agregat.
Peningkatan dalam AD meningkatkan pendapatan individu dan perniagaan. Ini
akan meningkatkan lagi AD dan ini berterusan untuk beberapa tempoh sehingga
kesannya digandakan dengan saiz pengganda.

Contoh: ∆G=10b, MPC=0.8, Pengganda=1/1-MPC=5, ∆RGDP=50b

13.8.3 Pengganda pengurangan cukai

Pengganda cukai ialah –MPC/1-MPC.

Jika MPC sama dengan 0.8 dan cukai naik sebanyak 10 juta, kesan kenaikan
cukai kepada pendapatan nasional (Y) diukur oleh pengganda cukai.

Pengganda cukai ialah nombor negatif.

153
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Pengganda perbelanjaan cukai = -MPC/1-MPC


= -0.8/1-0.8
= -0.8/0.2
= -4

Apabila cukai naik, pendapatan boleh guna menurun. Penggunaan akan menurun
bergantung kepada saiz MPC. Jika MPC besar, penurunan dalam penggunaan
adalah besar. Penurunan dalam penggunaan menyebabkan RGDP dan pendapatan
berkurang.

Contoh: -∆T=-10b, MPC=0.8, Pengganda Cukai=-4


∆RGDP= -40b
Jika cukai naik sebanyak 10b, RGDP akan menurun sebanyak 40b.

13.9 Pengganda Belanjawan Imbangan (Balance Budget Multiplier/BBM)

Belanjawan imbangan adalah apabila perbelanjaan kerajaan dan cukai berubah


dengan saiz yang sama (∆G=∆T=∆Y).

BBM = 1/(1-MPC) + (-MPC)/(1-MPC) = 1

Contoh: Jika ∆G=10 dan ∆T=10, ∆Y=1↓10=10


(BB: ∆G=∆T=∆Y)

Contoh: Jika MPC=0.8


Pengganda G = 5
Pengganda T = -4
∆G=10b kali 5=50b
∆T=10 kali -4=-40b
∆Y=∆G+∆T=50-40=10

154
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

13.10 Had-had Menggunakan Dasar Fiskal untuk Menstabilkan Ekonomi

Terdapat dua masalah utama yang dikaitkan dengan keberkesanan dasar fiskal;
jeda masa dan himpitan keluar.

13.10.1 Dasar yang masanya tidak kena boleh memburukkan keadaan - Jeda

Jeda Pengecaman disebabkan oleh masa yang diperlukan untuk mengumpul


statistik dan mengenal pasti perubahan.

Jeda Masa ialah masa yang diperlukan untuk merumuskan dasar dan
meluluskannya di parlimen. Jeda Pelaksanaan ialah masa yang diperlukan untuk
melaksanakan dasar. Jika dasar fiskal pengembangan (G or T ) dilaksanakan
apabila kemerosotan akan berakhir, inflasi akan menjadi lebih buruk. Jika dasar
fiskal pengecutan (G or T ) dilaksanakan apabila pengembangan akan berakhir,
pengangguran akan menjadi lebih buruk dan kemerosotan akan menjadi lebih
besar dan dalam. Dasar fiskal dilaksanakan melalui belanjawan (setahun sekali),
mesti diluluskan oleh parlimen. Selepas kelulusan, masa diperlukan untuk
pelaksanaan.

13.10.2 Himpitan keluar

Himpitan keluar ialah penyusutan dalam perbelanjaan swasta sebagai hasil


daripada peningkatan dalam pembelian kerajaan. Peningkatan dalam pembelian
kerajaan melencongkan wang dan sumber daripada sektor swasta. Peningkatan
dalam perbelanjaan kerajaan melalui proses pengganda meningkatkan AD tetapi
peningkatan dalam G mungkin memberi kesan kepada komponen swasta AD dan
mengehadkan kesan pengganda. Pengurangan dalam perbelanjaan swasta
disebabkan peningkatan dalam G dikenali sebagai himpitan keluar.

155
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

13.11 Defisit, Lebihan dan Hutang Kerajaan Persekutuan

Defisit belanjawan ialah situasi di mana perbelanjaan kerajaan lebih besar


daripada hasil cukainya. Lebihan belanjawan ialah situasi di mana perbelanjaan
kerajaan kurang daripada hasil cukainya. Semasa kemerosotan, perbelanjaan G
meningkat dan cukai berkurang menyebabkan defisit belanjawan. Semasa
pengembangan, perbelanjaan G berkurang dan cukai meningkat yang mencipta
lebihan belanjawan. Jika kerajaan mempunyai defisit belanjawan yang meningkat,
ini perlu dibiayai dengan meminjam, yang menyumbang kepada hutang bersih.

Soalan

1. Jika Bank Pusat percaya bahawa ekonomi akan jatuh dalam kemerosotan,
apakah tindakan yang boleh diambil? Jika Bank Pusat percaya bahawa
kadar inflasi akan meningkat, apakah tindakan yang boleh diambil?
2. Terangkan kesan pembelian pasaran terbuka atas kadar faedah
keseimbangan.
3. Terangkan bagaimana Bank Pusat mampu mempengaruhi kadar faedah
dalam ekonomi dan kenapa ia dilakukan.
4. Terangkan tiga jenis dasar belanjawan.
5. Terangkan secara ringkas alatan dan objektif dasar fiskal.
6. Bezakan antara jurang inflasi dengan deflasi.

156
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

BAB 14
IMBANGAN PEMBAYARAN DAN
KADAR PERTUKARAN ASING

Hasil Pembelajaran
Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat untuk:
1. Menerangkan komponen-komponen utama imbangan pembayaran dan
memahami bagaimana ia dikira
2. Menerangkan bagaimana kadar pertukaran ditentukan dan bagaimana
perubahan dalam kadar pertukaran memberi kesan kepada harga import
dan eksport
3. Menganalisis penentu kadar pertukaran

14.1 Imbangan Pembayaran

Imbangan pembayaran ialah rekod semua transaksi ekonomi antara penduduk


sesebuah negara dengan dunia luar dalam suatu tempoh masa yang diberi.
Transaksi ekonomi melibatkan transaksi barangan, perhidmatan, aset fizikal,
pembayaran pendapatan antarabangsa, dan pembayaran pindahan wang juga
termasuk.

Imbangan pembayaran mempunyai tiga akaun utama iaitu akaun semasa, akaun
modal, dan akaun kewangan. Imbangan pembayaran selalunya berjumlah sifar.
Defisit akaun semasa akan diimbangkan dengan tepat oleh lebihan akaun modal
dan kewangan. Sesetengah negara mempunyai lebihan akaun semasa, yang
diimbangkan dengan tepat oleh defisit akaun modal dan kewangan.

i. Akaun semasa merekod semua transaksi antarabangsa bagi barangan dan


perkhidmatan, pembayaran pendapatan, dan transaksi pindahan wang.

157
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

ii. Akaun modal merekod semua transaksi dalam modal fizikal.


iii. Akaun kewangan merekod semua transaksi dalam modal kewangan.

14.2 Akaun Semasa

14.2.1 Imbangan perdagangan

Akaun dagangan menunjukkan perdagangan dalam barangan. Perdagangan


barangan seperti makanan, bir, pakaian, dan barangan lain ditunjukkan dalam
akaun ini.

Akaun perkhidmatan menunjukkan dagangan tidak ketara seperti pelancongan,


pendidikan, dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.

Imbangan perdagangan mengukur nilai eksport barangan dan perkhidmatan


kurang daripada nilai import barangan dan perkhidmatan. Imbangan perdagangan
menunjukkan nilai bersih eksport kurang daripada import barangan dan
perkhidmatan.

14.2.2 Imbangan pendapatan dan imbangan pindahan

Imbangan pendapatan menunjukkan pendapatan yang diterima oleh warganegara


Malaysia dari luar negara adalah kurang daripada pendapatan yang dibayar
kepada warga asing di dalam Malaysia. Pendapatan termasuk upah, gaji, faedah-
faedah lain, dan pendapatan pelaburan yang diterbitkan daripada pemilikan aset-
aset kewangan seperti saham asing dan bon. Pendapatan yang diterima oleh
warganegara Malaysia dari luar negara ialah kredit dan pendapatan yang dibayar
kepada warga asing di dalam Malaysia ialah debit. Kredit dan debit bersih
imbangan pendapatan dan pindahan diukur dalam akaun ini.

158
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Imbangan pindahan mengukur pindahan iaitu hadiah dan bantuan yang diterima
dari luar negeri oleh penduduk Malaysia kurang daripada pindahan yang
penduduk hantar keluar. Kredit ialah pindahan yang diterima oleh penduduk dan
debit ialah pindahan yang dihantar keluar oleh penduduk. Pindahan termasuk
bantuan asing, hadiah peribadi, derma amal oleh Kerajaan, individu dan firma
atau institusi.

14.2.3 Imbangan akaun semasa

Imbangan pada akaun semasa ialah jumlah pendapatan bersih sesuatu negara,
pindahan bersih, dan eksport bersih barangan dan perkhidmatan. Akaun semasa
termasuk semua transaksi dalam barangan dan perkhidmatan yang sedang
dikeluarkan tambah pendapatan bersih dan pindahan bersih. Jika imbangan akaun
semasa adalah positif, ia dikenali sebagai lebihan akaun semasa dan jika ia
negatif, ia dikenali sebagai defisit akaun semasa.

Defisit akaun semasa diimbangi oleh lebihan dalam akaun modal dan kewangan.
Rizab mata wang asing, meminjam daripada warga asing, atau menjual aset
Malaysia kepada warga asing. Transaksi-transaksi ini mengimbangi kemasukan
kredit kepada akaun modal dan kewangan.

14.3 Akaun Modal dan Kewangan

Akaun modal dan kewangan merekod transaksi antarabangsa melibatkan


pembelian atau jualan aset kewangan. Akaun modal dan kewangan merekod
semua transaksi kewangan, terutamanya yang melibatkan pindahan pemilikan
aset-aset kewangan antara negara. Aset-aset kewangan ialah saham, pinjaman
langsung, bon, dan alatan kewangan yang lain. Aliran aset-aset kewangan ke
dalam dan ke luar Malaysia memasuki akaun modal dan kewangan dalam
imbangan pembayaran. Debit ialah aliran keluar dana apabila Malaysia

159
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

memperoleh aset kewangan asing dan kredit ialah aliran dana ke dalam apabila
warga asing memperoleh aset Malaysia.

14.3.1 Akaun modal

Akaun modal mengukur pindahan modal dan pemerolehan bersih serta


pembuangan aset.

Pindahan modal termasuk pemaafan hutang dan pindahan penghijrah. Pemaafan


hutang termasuk liabiliti kewangan yang telah dibatalkan oleh kreditor. Pindahan
penghijrah ialah pindahan kekayaan orang yang memasuki dan meninggalkan
Malaysia.

Pemerolehan bersih dan pembuangan aset mengandungi pembayaran untuk aset-


aset yang tidak dihasilkan atau bukan kewangan seperti paten, hak cipta, tanda
perniagaan, dan francais atau pemerolehan atau pembuangan tanah oleh kerajaan
asing atau organisasi antarabangsa.

14.3.2 Akaun kewangan

Akaun kewangan ialah pelaburan langsung, pelaburan portfolio, pelaburan-


pelaburan lain, dan aset rizab. Jika akaun kewangan berada dalam lebihan, ia
merupakan aliran dana ke dalam daripada pemerolehan aset Malaysia oleh warga
asing. Pelaburan langsung ialah pemerolehan pemilikan asing dalam perusahaan
dalam negeri seperti memperoleh saham dalam perusahaan. Pelaburan portfolio
ialah pemerolehan aset kewangan dalam negeri oleh warga asing seperti bon
kerajaan, saham, wang kertas perbendaharaan, opsyen, perniagaan ke hadapan,
swap, waran, dan lain-lain. Pelaburan lain ialah pemerolehan kredit perdagangan
mata wang asing. Akaun aset rizab mengukur amaun bersih rizab pelaburan yang
menganjak antara bank-bank pusat untuk menyelesaikan transaksi antarabangsa.
Rizab pelaburan termasuk emas dan pelaburan mata wang utama.

160
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

14.4 Kesalahan dan Ketinggalan Bersih

Sesetengah transaksi antarabangsa tidak dilaporkan. Imbangan pembayaran


adalah apabila debit sama dengan kredit di mana akaun adalah seimbang. Untuk
memastikan kedua-dua belah lejar seimbang, akaun sisa yang dipanggil kesalahan
dan ketinggalan bersih dicipta. Kesalahan dan ketinggalan bersih menyediakan
penganalisis dengan kedua-dua ukuran kesalahan dan ketinggalan dalam data
imbangan pembayaran untuk memenuhi keperluan kredit mesti sama dengan
debit.

14.5 Kadar Pertukaran Asing dan Pasaran

Pertukaran asing diperlukan untuk membiayai transaksi antarabangsa. Kadar


pertukaran ialah harga satu mata wang diukur merujuk kepada mata wang yang
lain. Kadar pertukaran ditentukan oleh daya permintaan dan penawaran dalam
pasaran pertukaran asing. Kadar pertukaran dolar (USD) merujuk kepada Ringgit
(RM) adalah berapa Ringgit yang satu dolar boleh beli.

Contoh: USD $1 = RM3.6


RM3.6 diperlukan untuk membeli satu dolar US atau satu dolar US boleh
membeli RM3.6.

Susut nilai ialah pelemahan mata wang. Jika dolar menyusut nilai, bilangan
Ringgit yang satu dolar boleh beli akan berkurang.

Contoh: USD$1 = RM3

Naik nilai dolar US ialah pertambahan dalam ilangan Ringgit yang satu dolar
boleh beli atau menguatkan dolar.

Contoh: USD $1 = RM4

161
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Naik nilai dolar menyebabkan barangan Amerika lebih mahal dan seterusnya
hilang daya saing eksport apabila eksport menjadi lebih mahal secara relatifnya.
Apabila sesuatu mata wang naik nilai, import mejadi secara relatifnya lebih murah
yang meningkatkan import. Naik nilai mengurangkan eksport dan meningkatkan
import, yang memburukkan imbangan akaun semasa.

Susut nilai dolar membuatkan eksport Amerika secara relatifnya lebih murah dan
import secara relatifnya lebih mahal. Apabila sesuatu mata wang menyusut nilai,
eksport meningkat dan import berkurang, yang memperbaiki imbangan akaun
semasa.

Nilai kadar pertukaran akan secara langsung memberi kesan kepada perdagangan
antarabangsa dan kuantiti mata wang asing yang diminta dan ditawarkan dalam
pasaran FOREX (pertukaran asing/foreign exchange).

14.6 Jenis-jenis Sistem Kadar Pertukaran

14.6.1 Kadar Pertukaran Fleksibel

Dalam sistem kadar pertukaran fleksibel, kadar pertukaran ditentukan oleh daya
permintaan dan penawaran. Peningkatan dalam penawaran untuk suatu mata wang
menyebabkan naik nilai mata wang tersebut. Pengurangan dalam permintaan
suatu mata wang menyebabkan susut nilai mata wang tersebut.

Kelebihan sistem kadar pertukaran fleksibel ialah kadar pertukaran ditentukan


dalam pasaran FOREX dan tiada campur tangan Bank Pusat serta dasar kewangan
adalah bebas untuk mengawal inflasi dalam negeri.

Kelemahan sistem kadar pertukaran fleksibel ialah ketidakpastian tentang nilai


masa depan kadar pertukaran. Peningkatan dalam kemeruapan adalah disebabkan
oleh spekulasi oleh spekulator mata wang. Kemeruapan dan ketidakpastian

162
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

menambah risiko dalam perdagangan dan pelaburan antarabangsa. Kemeruapan


boleh memberi kesan kepada daya saing sektor eksport pengeluar dalam negeri
yang menyebabkan pengurangan dalam output dan penggajian.

Kadar pertukaran keseimbangan

Kadar pertukaran keseimbangan ialah kadar apabila kuantiti dolar yang diminta
adalah sama dengan kuantiti dolar yang ditawarkan.

Kadar Pertukaran Penawaran

Permintaan

Kuantiti

Rajah 14.1: Keseimbangan dalam pasaran pertukaran asing

Dolar akan naik nilai jika permintaan untuk dolar meningkat atau apabila
penawaran dolar berkurang.

Dolar akan menyusut nilai jika permintaan untuk dolar berkurang dan penawaran
untuk dolar meningkat. Jika faktor-faktor lain yang memberi kesan kepada
permintaan dan penawaran untuk dolar akan menyebabkan keluk permintaan atau
keluk penawaran beranjak.

163
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Permintaan untuk dolar

Andaikan dua negara di dunia, Amerika dan Malaysia. Malaysia membuat


permintaan untuk dolar bagi membeli barangan dan perkhidmatan yang
dikeluarkan di Amerika, untuk melabur di Amerika, membeli aset di Amerika,
atau membuat pembayaran pinjaman di Amerika. Ini mencipta permintaan untuk
dolar.

Apabila kadar pertukaran berubah, terdapat pergerakan di sepanjang keluk


permintaan yang menyebabkan perubahan dalam kuantiti dolar yang diminta.
Susut nilai dolar menyebabkan barangan keluaran Amerika lebih murah,
permintaan barangan yang dikeluarkan di Amerika (eksport) meningkat. Ini akan
meningkatkan kuantiti dolar yang diminta. Apabila dolar susut nilai, sedikit RM
diperlukan untuk membeli satu dolar dan memegang faktor-faktor lain yang
memberi kesan kepada dolar tetap.

Faktor-faktor lain yang boleh memberi kesan kepada permintaan untuk dolar;
pendapatan dan kesukaan Malaysia, jangkaan terhadap kadar inflasi di Amerika
dan Malaysia, dan kadar feadah di Amerika dan Malaysia. Apabila salah satu
daripada faktor-faktor lain yang memberi kesan kepada dolar berubah, permintaan
untuk dolar Amerika akan berubah, menganjak keluk permintaan untuk dolar.

164
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Kadar Pertukaran S

E1

E0

D1

D0

Q1 Q2
Kuantiti

Rajah 14.2: Peningkatan dalam permintaan untuk mata wang

Penawaran untuk dolar

Amerika memerlukan Ringgit untuk membeli barangan dan perkhidmatan,


melabur, membeli aset, dan membayar pinjaman di Malaysia. Penawaran untuk
dolar dijanakan apabila Amerika mahu memperoleh Ringgit. Naik nilai dolar
meningkatkan amaun Ringgit yang satu dolar boleh beli. Ini membuatkan eksport
Malaysia lebih murah secara relatif. Permintaan untuk barangan dan
perkhidmatan Malaysia, pelaburan di Malaysia, dan membeli aset di Malaysia
akan meningkatkan permintaan untuk Ringgit dan lebih banyak dolar akan
ditawarkan untuk membeli Ringgit.

Keluk penawaran dilukis dengan faktor-faktor lain yang memberi kesan kepada
kadar pertukaran tetap. Faktor-faktor lain yang memberi kesan kepada kadar
pertukaran ialah jangkaan inflasi di Amerika dan Malaysia, dan kadar faedah di
Amerika dan Malaysia. Apabila dolar naik nilai, peningkatan dalam kuantiti dolar
yang ditawarkan ditunjukkan oleh pergerakan di sepanjang keluk penawaran.
Apabila faktor-faktor lain berubah, penawaran untuk dolar akan berubah yang
menganjak keluk penawaran untuk dolar.

165
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Kadar Pertukaran S0
S1
Revenue

E0

E1

Q0 Q1
Kuantiti

Rajah 14.3: Peningkatan dalam penawaran suatu mata wang

Faktor-faktor lain yang menganjak permintaan dan penawaran atau kedua-


duanya untuk dolar

i. Perubahan dalam pendapatan domestik lawan asing.


ii. Perubahan dalam kesukaan warga Amerika dan Malaysia.
iii. Perubahan dalam kadar inflasi domestik lawan asing.
iv. Perubahan dalam kadar faedah domestik lawan asing.

14.6.2 Kadar pertukaran tetap

Dalam sistem kadar pertukaran tetap, kadar pertukaran ditetapkan oleh pembelian
dan jualan mata wang oleh Bank Pusat yang sedang berlangsung.

Jika permintaan untuk suatu mata wang meningkat, terdapat tekanan ke atas bagi
mata wang untuk naik nilai. Bank pusat akan campur tangan dalam pasaran
FOREX dengan meningkatkan penawaran mata wang tersebut dengan membeli
mata wang asing untuk mencegah mata wang itu daripada naik nilai.

166
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

Jika permintaan untuk suatu mata wang berkurang, terdapat tekanan ke bawah
bagi mata wang untuk susut nilai. Bank Pusat akan masuk campur dengan
mengurangkan penawaran mata wang tersebut dengan menjual mata wang asing.

Kelebihan sistem pertukaran tetap ialah kepastian terhadap kadar pertukaran dan
mencegah spekulasi mata wang.

Kelemahannya ialah bank pusat harus menggunakan rizab pertukaran asing untuk
mengekalkan kadar pertukaran, mungkin akan kekurangan rizab pertukaran asing
jika Bank Pusat menjual secara berterusan untuk menyokong mata wang tersebut.

Kadar Pertukaran S0

E1 Kadar tetap

E0

D0

Q1 Q2 Kuantiti

Rajah 14.4: Kadar pertukaran tetap

14.6.3 Sistem Mengambang Terkendali

Sistem mengambang terkendali ialah kadar pertukaran terapung secara bebas


dengan campur tangan Bank Pusat untuk memperlahankan naik turun dalam kadar
pertukaran. Negara-negara yang lebih kecil atau membangun mungkin
menetapkan mata wang mereka terhadap mata-mata wang utama. Ini akan
mengehadkan pinjaman dan peminjaman antarabangsa persendirian di mana kadar
pertukaran asing boleh dibeli untuk sesetengah tujuan sahaja. Kadar pertukaran

167
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

yang berbeza diaplikasikan kepada negara-negara berbeza untuk transaksi di


bawah sistem kadar pertukaran terkendali.

14.7 Mengapa Kadar Pertukaran Berubah Mengikut Masa?

i. Dalan jangka yang amat singkat, aliran modal kewangan ialah faktor
utama yang menyebabkan perubahan dalam kadar pertukaran. Perubahan
dalam kadar faedah dan jangkaan akan memberi kesan kepada aliran
modal kewangan yang memberi kesan kepada kadar pertukaran.
a. Peningkatan dalam kadar faedah dalam negeri menyebabkan aliran
modal ke dalam yang meningkatkan permintaan untuk mata wang
dalam negeri dan dengan itu, mata wang dalam negeri naik nilai.
b. Jangkaan positif tentang mata wang dalam negeri meningkatkan
permintaan untuk mata wang tersebut yang menyebabkan naik
nilai mata wang tersebut.
ii. Dalam jangka pendek, kitaran perniagaan yang mencipta naik turun
ekonomi memberi kesan kepada kadar pertukaran. Peningkatan dalam
pendapatan meningkatkan permintaan untuk import dan dengan itu,
permintaan untuk mata wang asing meningkat yang menyebabkan mata
wang asing naik nilai.
iii. Dalam jangka panjang, Pariti Kuasa Beli (Purchasing Power Parity/PPP):
a. Harga barangan adalah sama di seluruh negara kecuali perbezaan
dalam kos pengangkutan dan transaksi. Perubahan dalam tahap
harga akan memberi kesan kepada kadar pertukaran. Jika harga
dalam negeri naik, permintaan untuk barangan dalam negeri
berkurang yang menyebabkan pengurangan dalam permintaan
untuk mata wang dalam negeri. Mata wang dalam negeri akan
susut nilai jika harga asing kekal sama.
b. Teori Pariti Kuasa Beli (PPP); harga asing = kadar pertukaran ×
harga dalam negeri: PPP ialah Pf = e X Pd

168
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
PRINSIP EKONOMI

c. Teori PPP meramalkan bahawa negara dengan tahap harga yang


lebih tinggi akan mengalami susut nilai mata wang mereka
terhadap mata wang negara dengan tahap harga lebih murah.

Soalan

1. Terangkan secara ringkas apa itu naik nilai dan susut nilai suatu mata
wang.
2. Bagaimanakah naik nilai atau susut nilai mata wang memberi kesan
kepada imbangan pembayaran?
3. Apakah faktor-faktor yang memberi kesan kepada kadar pertukaran dalam
jangka pendek dan jangka panjang?
4. Apakah kelebihan dan kelemahan sistem kadar pertukaran fleksibel dan
tetap?
5. Dalam aturan kadar pertukaran tetap, bagaimanakah bank pusat campur
tangan untuk mengekalkan nilai mata wang?

169
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

You might also like