You are on page 1of 7

NOTA SENI VISUAL STPM

PENGENALAN SENI VISUAL

PENGERTIAN SENI VISUAL


Menurut kamus dewan seni membawa maksud Halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak di dengar
iaitu mengenai suara, comel bentuk badan manakala .

seni,II: membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi yang dicipta dengan
bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan. Visual pula dari segi bahasa bermaksud
tampak iaitu yang boleh dilihat melalui deria penglihatan. Terdapat juga istilah seni rupa, seni halus,
seni lukis dan seni reka.

Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah-
indah pada pandangan pacaindera manusia samada melalui penglihatan atau pendengaran.

Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu imam Al- Ghazali
memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan.

Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada beberapa aspek pernyataan diri (
self expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh samada dalam bentuk 2D dan 3D.

Pengkaryaan
1. Maksud pengkaryaan adalah sesuatu karya-karya yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kreativiti dan
lebih mengutamakan makna serta nilai estetik
2. Bidang-bidang pengkaryaan:
a. Lukisan (Menggunakan media kering contoh pensel, pen, arang dan lain-lain)
b. Catan (Menggunakan media basah contoh cat air, minyak, akrilik dan lain-lain)
c. Cetakan (Menggunakan blok contoh cetakan benam, timbul, lino)
d. Arca (Karya berbentuk 3 dimensi contoh arca estetik dan arca berfungsi)

Perekaan
1. Maksud Perekaan adalah sesuatu reka bentuk atau ciptaan yang mempunyai ciri-ciri kreativiti dan
lebih mengutamakan fungsi (kegunaan) dan estetik
2. Bidang-bidang perekaan :
a. Komunikasi Visual (Grafik, Multimedia, Animasi)
b. Reka bentuk Teknologi (Industri, Tekstil, Fesyen, Automobil)
c. Reka bentuk Persekitaraan (Landskap dan Hiasan Dalaman)

Peranan Seni Visual


1. Peranan seni visual terbahagi kepada dua iaitu :
a. Peranan Psikologi
i. Kreativiti
ii. Emosi
iii. Sensitiviti
iv. Ekspresi
b. Peranan Sosiologi
i. Persekitaran
ii. Propaganda
iii. Pengeluaran
iv. Perniagaan dan perdagangan
v. Ritual
iv. Nasionalisme

Peranan Seni Visual Dari Aspek Psikologi

1. Kreativiti
Memantapkan keupayaan membuat dan merekacipta seauatu yang baru serta menjadikan individu
yang lebih imaginatif dalam pengkaryaan atau perekaan

2. Emosi
Membangkitkan perasaan, keupayaan merasai dan mencorak perlakuan diri secara semulajadi
seperti rasa cinta, takut dan benci

3. Sensitiviti
Menjadikan individu lebih peka kepada persekitaran, kebolehan untuk merasai sesuatu dan
kebolehan untuk menghayati.

4. Ekspresi
Membantu untuk meluahkan perasaan, gambaran idea, pemikiran melalui perkataan, arahan, simbol
dan isyarat

Peranan Seni Visual Dari Aspek Sosiologi

1. Persekitaran
Membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab kepada persekitaran

2. Propaganda
Membantu dalam pemujukan penyebaran idea, pengaruh, kuasa, maklumat dan hasrat melaui
poster, papan tanda dan lain-lain

3. Pengeluaran
Menghasilkan karya atau ciptaan yang bekualiti tinggi dari aspek estetik

4. Perniagaan dan Perdagangan


Menghasilkan barangan, produk yang bekualiti dengan reka bentuk tertentu yang bepontensi untuk
perniagaan atau perdagangan contoh rekabentuk pembungkusan, logo dan lain-lain
5. Ritual
Digunakan dalam adat resam, upacara dan aktiviti kehidupan seharian masyarakat contoh patung
bagi kaum Jahut dan Mehmeri, kain batik menutup mayat, imej figura dan binatang bagi kaum
Buddha.

6. Nasionalisme
Membangkitkan semangat patriotik, cintakan bangsa dan negara, membentuk jati diri dan sanggup
berkorban untuk negara, menimbulkan kesedaran dan tanggung kawab terhadap negara.

Keindahan Seni
Setiap individu yang ingin menilai sesuatu keindahan memerlukan pemerhatian, keupayaan
derianya, keupayaan interlektualnya berdasarkan 3 aspek berikut :

a. Hal benda-Sumber utama dalam karya


b. Kandungan- Tema, Makna, Fungsi
c. Komposisi- Susunatur, Rekaletak, kedudukan

PENGALAMAN ESTETIK

Dapat membina kepekaan dan pertimbangan dalam diri individu, masyarakat dan
persekitaran.Terbahagi kepada

Pengalaman langsung- Melalui proses membuat atau proses penghasilan produk seni. Melalui
penglibatan deria. Antara yang terlibat ialah pelukis, pengarca, pandai tukang dan sebagainya.

Pengalaman intelektual- Melalui kajian, penerokaan, eksperimen dan dapatan dari pelbagai sumber
dan maklumat dalam proses penghasilan produk seni.
Melalui penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber yang mendalami tentang konsep, falsafah
dan nilai. Kebanyakan yang terlibat ialah para pengkritik, penggiat seni pengkaji dan individu yang
sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan bidang yang berkaitan dengan seni
PENDEKATAN SEJARAH DAN KRITIKAN SENI VISUAL

Pendahuluan

Seni

Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni memenuhi
keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor
keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Hal ini telah melahirkan
kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden dan pascamoden, mengikut zaman dan
masyarakat yang tertentu. Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnya mengambil kira
aspek-aspek formal, makna dan konteks penghasilan sesuatu karya. Seni juga mempunyai pelbagai
peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi.

Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang merangkumi
aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat. Seni ditakrifkan sebagai suatu
ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah, terutamanya dalam bentuk visual
(Hornby, 1974: 43). Seni juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang
memerlukan kemahiran serta pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata (Martin,
1986: 12). Hauser berpendapat, seni adalah komunikasi (1959). Herbert Read pula menjelaskan
bahawa seni adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Seni adalah penjelmaan rasa
estetika (1959: 16).

Seni Visual

Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni halus, dan
perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi, dan reka bentuk
persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni reka. Karya seni visual ialah suatu
ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu
bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya dan pereka
lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang ingin disampaikannya.
Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan yang digunakan pengkarya dengan cara-cara
tertentu membolehkan sesuatu objek atau persembahan itu difahami ataupun digunakan mereka.

Karya seni visual yang terbentuk menerusi kombinasi bahan-bahan berbeza disebut bahan campuran
ataupun mixed media. Selain daripada fotografi dan filem yang dirintis pada abad kesembilan belas,
menjelang pertengahan abad kedua puluh, teknologi moden telah menghasilkan media seni visual
yang baru seperti video dan komputer. Sebagai suatu bentuk komunikasi, seni visual menyampaikan
pelbagai maksud yang bertolak daripada pemikiran, perasaan, dan pengamatan (Preble, Preble dan
Frank, 1999).

Perkembangan budaya dan masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk seni visual, justeru
melahirkan beberapa istilah seni yang penting. Sebagai contoh, istilah-istilah seni halus dan seni
gunaan telah muncul pada abad ke-18. Seni halus merujuk kepada penghasilan seni yang berasaskan
konsep keindahan ataupun estetika, dan merangkumi bentuk-bentuk seni seperti catan, lukisan,
arca, cetakan, seni bina, puisi dan muzik (Osborne, 1979: 407), sementara seni gunaan pula merujuk
kepada seni berasaskan fungsi seperti produk-produk seni grafik, tekstil, seramik, seni industri,
fesyen, fotografi, seni logam halus, seni reka hiasan dalaman, seni landskap, multimedia dan
animasi.

Di samping seni halus dan seni gunaan, terdapat juga istilah-istilah seni tradisi, seni keagamaan, seni
moden dan seni pascamoden. Seni tradisi lazimnya disifatkan sebagai bentuk-bentuk seni yang
diwarisi oleh sesebuah bangsa dengan penampilan ciri-ciri tertentu yang boleh mencerminkan
identiti masyarakat tersebut. Sebagai contoh, identiti dalam kesenian tradisi Melayu seperti seni
ukir, seni tekstil dan anyaman dapat dihayati menerusi keseragaman motif-motif dan maknanya.
Seni keagamaan pula mendukung prinsip-prinsip agama tertentu dan ia berbeza di antara satu
dengan yang lain lantaran setiap agama memiliki konsep, tatacara, kaedah dan prinsip yang
tersendiri.

Kepelbagaian ruang lingkup seni, sama ada dari segi bentuk, makna, teknik, bahan, dan
hubungannya dengan konteks penghasilan, termasuklah pengkarya dan persekitaran, serta
penghayatan khalayak terhadapnya menjadi perkara-perkara asas kepada bidang Sejarah Seni Visual.
Justeru itu, Sejarah Seni Visual adalah suatu bidang ilmu yang mengkaji perkembangan tamadun
manusia menerusi penelitian terhadap kerja-kerja seni.

a) Konsep dan Kaedah Sejarah Seni Visual

(i) Maksud Sejarah Seni Visual

Keluasan pengertian dan skop seni visual memungkinkan bidang Sejarah Seni Visual juga muncul
sebagai suatu disiplin ilmu mempunyai skop, peranan, dan cabang-cabang yang luas. Sejarah Seni
Visual tidak hanya terbatas kepada persoalan atau pengkajian tentang bentuk-bentuk seni,
sebenarnya sejarah seni melibatkan apa-apa jua yang berkaitan dengan kerja seni itu sendiri,
termasuklah tentang pengkarya: pelukis dan pereka, bentuk, stail atau gaya, proses, teknik, bahan,
makna, pemilik, penaung, persepsi, tanggapan, peranan, dan kemungkinan-kemungkinan yang
terhasil akibat daripada kewujudan karya seni itu.

Budaya visual yang pelbagai bentuk dan rupa terhasil berlandaskan pelbagai pengalaman yang
merentasi ruang dan jarak waktu yang tertentu. Dalam konteks ini, Sejarah Seni Visual pada
dasarnya menerokai akan apakah faktor-faktor pencetus terhasilnya karya, akibat atau kesan,
peranan, fungsi, nilai, makna, serta persepsi masyarakat terhadap sesuatu karya. Oleh kerana
penghasilan karya seni itu turut berhubung dengan bidang-bidang ilmu dan kebudayaan yang luas,
justeru itu bidang Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu bidang kajian yang berkait dengan
bidang-bidang ilmu dan profesion lain. Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu disiplin
kemanusiaan yang menerangkan peranan seni dalam kehidupan manusia (Zakaria Ali, 1989; Muliyadi
Mahamood, 1993; Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner, 1996).

Tujuan Sejarah Seni Visual

Penghayatan terhadap sejarah memungkinkan khalayak mengetahui peristiwa masa lalu sebagai
asas untuk memahami situasi masa kini. Jika sejarawan memahami masa lalu dengan mengkaji fakta-
fakta peristiwa, sejarawan seni visual pula berusaha untuk memahami masa lalu menerusi karya-
karya seni. Dalam konteks ini, karya seni visual menjadi dokumen-dokumen sejarah yang
merakamkan akan masa atau era yang menghasilkannya, sementara apresiasi atau penghayatan seni
yang menjadi dasar bidang Sejarah Seni Visual bertindak sebagai asas untuk memahaminya. Selain
daripada memperjelaskan akan bentuk, makna, dan fungsi sesuatu karya, Sejarah Seni Visual juga
melihat akan perubahan-perubahan persepsi, fungsi, mahupun makna yang berlaku ke atas sesuatu
karya itu, contohnya dengan mengkaji faktor-faktor yang mewujudkan sesuatu perubahan (Pointon,
1994; Tansey dan Kleiner, 1996).

(ii) Kaedah Sejarah Seni Visual

Dalam bidang Sejarah Seni Visual, karya seni merupakan dokumen sejarah atau sumber primer yang
penting, sementara apresiasi atau penghayatan seni menjadi asasnya. Kaedah mendekati atau
menganalisis karya seni boleh dilakukan dengan mengajukan beberapa soalan asas tentang karya
yang sedang dikaji ataupun dihayati.

Misalnya, ia boleh dimulai dengan bertanya apakah objek itu?; untuk siapa ia dibuat?; ia dibuat
daripada apa?; bagaimana keadaannya sekarang?; adakah ia satu-satunya objek sedemikian?;
apakah maksudnya?; apakah yang cuba disampaikan?; bagaimanakah ia dipersembahkan?; dan
siapakah yang menghayatinya?. Atau, ia boleh dimulakan dengan soalan siapakah pembuatnya?; di
mana ia sekarang?; bagaimana ia berada di tempatnya kini?; bila ia sampai di tempatnya kini?; siapa
yang mendapatkannya?; mengapa?; berapakah harganya?; siapa pemilik asalnya?; siapa yang
menghayatinya? (Pointon, 1994: 61). Persoalan-persoalan asas ini menjadi dasar dalam mengenali
serta memahami sesebuah karya seni itu dengan lebih dekat dan bermakna. Ini yang ditegaskan oleh
Hauser dalam tulisannya, bahawa dalam usaha memahami karya seni, kita tidak terus
menerangkannya, tetapi cuba menyesuaikan diri kita dengannya.

Berbicara tentang karya seni, Hauser menulis:

”We do not go straight towards them, but circle around them. Each generation sees them from a
different point of view and with a fresh eye; nor is it to be assumed that a later point of view is more
apt than an earlier one. Each aspect comes into sight in its own time, which cannot be anticipated or
prolonged; and yet its significance is not lost, for the meaning that a work assumes for a later
generation is the result of the whole range of previous interpretations.” (Hauser, 1959 in Fernie,
2001: 205).

Secara umumnya, pengkajian terhadap karya seni perlu mengambilkira aspek-aspek bentuk (aspek-
aspek formal, termasuklah pengolahan karya dan gaya penampilan) dan makna (ikonografi: tersurat
dan tersirat). Penelitian terhadap bentuk dan makna ini pula dihubungkan dengan konteks
penghasilan sesuatu karya, misalnya aspek-aspek period atau masa: sejarah dan kebudayaan.
Dalam mengkaji bidang sejarah seni umumnya perlu mengetahui tentang bagaimana sesebuah karya
itu diolah dan dihasilkan. Dalam proses pengolahan inilah 3 kaedah yang digunakan iaitu:
Idealisasi – merujuk kepada unsur kepercayaan / keagamaan. terdapat banyak pada imej-imej
keugamaan. Pengolahan dibuat menggunakan perkiraan dan formula) untuk maksud menyampaikan
rasa keunggulan, penataan secara hieratik, melibatkan exaggeration sama ada dari aspek idea mahu
pun form
Representasi-merujuk kepada perlambangan. menyatakan tentang keperihalan sifat dan ciri sesuatu
kualiti hal yang mujarad seperti berat atau isipadu sesuatu objek tanpa sebenarkan menekankan
sifat luaran.Oleh itu ia melibatkan satu perlambangan aspek mujarad bagi maksud menginterpretasi
tentang perkara yang bukan objek. Dalam banyak keadaan, sasaran pengambarannya lebih
mengutamakan aspek yang elemental dan primeval

Stailisasi - merujuk kepada bahan dan teknik yang digunakan dalam sesuatu karya atau perekaan.
pertimbangan imej dibuat dengan mengambil kira aspek ciri bahan yang digunakan dan rupa yang
akan diserasikan dengan keseluruhan reka bentuk. Pendekatannya lebih berkait dengan masalah
rekaan (design issues). Contohnya ialah, gambar dalam motif.

a. Gaya penampilan
Teknik penggambaran menyentuh soal gaya dan bagaimana imej dipersembahkan kepada umum.
Pada amnya, terdapat tiga kaedah utama yang boleh mengarah kepada penekanan gaya penampilan
iaitu:
· Realistik-karya yang menggambarkan sepertimana objek/situasi asal melibatkan imitasi, peniruan
daripada bentuk asal.Contoh Gadis Melayu, Potret Diri (Mohd.Hoessien Enas),

· Separa abstrak-Mengubah bentuk asal kepada unsur yang sukar difahami tetapi masih boleh
dikenali unsur-unsur asal.Contoh Girl Before a miror (Pablo picasso), Hang Tuah Hang Jebat (Ismail
Mustam)

· Abstrak- karya yang melambangkan keseluruhan imej yang sukar difahami , dikenali sebagai
mujarad,niskala,kabur, tetapi pengkarya lebih mementingkan simbol,bentuk dan warna,Contoh
Pago-pago (A.Latiff Mohidin), Gunung Ledang (Syed Ahmad Jamal)

You might also like