You are on page 1of 7

SEJARAH SHAH ALAM

Sebelum 1963, Shah Alam dikenali sebagai Sungai Renggam dan merupakan
sebuah ladang kelapa sawit yang terletak di antara Petaling Jaya dan Bandar Diraja
Klang serta dihubungkan melalui satu – satunya Lebuhraya pada ketika itu,
Lebuhraya Persekutuan.
Shah Alam dibuka pada tahun 1963 bertujuan untuk dijadikan pusat pentadbiran
Selangor setelah Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1 Februari
1974. Pada 7 Disember 1978 atas perkenan DYMM Sultan Selangor ke – 8,
Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al- Haj, Shah Alam diisytiharkan
sebagai ibu negeri Selangor dengan keluasan 41.69 km persegi. Semenjak itu Shah
Alam terus mengalami beberapa kali proses perluasan kawasan dan yang terakhir
adalah pada 1 Januari 1997. Melalui Pelan Warta 1190, Shah Alam diperluaskan
kepada 290.3 km persegi.
Kepesatan pembangunan Shah Alam dan kepentingannya yang semakin ketara
telah membawa kepada kenaikan taraf dengan perisytiharannya sebagai sebuah
bandar raya pada 10 Oktober 2000. Pengisytiharan ini disempurnakan oleh YAB
Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Menteri Besar Selangor yang ke –13. Shah Alam
yang ditadbirkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Perbandaran Shah Alam
sejak 1978 secara automatiknya mendapat taraf Majlis Bandaraya Shah Alam.
Kepadatan penduduk pula diramalkan sehingga 450,000 orang menjelang 2010
hasil dari penghijrahan rakyat seluruh negara yang mencari peluang pekerjaan
selain dari pertambahan bilangan kelahiran.

1
LOKASI
Shah Alam terletak di Negeri Selangor yang merupakan di antara 14 buah negeri di
Malaysia. Terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia, Shah Alam terletak 25
km dari Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia dan 15 km dari Pelabuhan Klang. Ia
dikelilingi oleh Bandaraya seperti Subang Jaya (Bandar Satelit), Klang ( Bandar Di
Raja) dan berhampiran dengan Putrajaya (Bandar Pengurusan) dan Cyberjaya.
DEMOGRAFI

Kawasan 290.3 sq. km

Daerah Daerah Petaling dan Sebahagian Klang

Populasi 650,000 orang

Bilangan Pegangan Harta 212,938 unit

Seksyen 56 Seksyen

Bunga Rasmi Anggerik - Renantanda Shah Alam

Bil. Sungai 9

Bil. Kampung 30

Bil. Industri 29, 026 unit

Bil. Kedai/ Pejabat 10, 116 unit

Pejabat Cawangan 3 cawangan

Kawasan Rekreasi/ Hijau 2123.55 hektar (7.32%)

TEMA SEKSYEN SHAH ALAM

Setiap seksyen di Shah Alam mempunyai tema dan penamaan nama bagi jalan
masing-masing yang melambangkan identiti Shah Alam sebagai sebuah bandar
raya moden tetapi masih mengekalkan ciri tempatan.
Berikut adalah senarai seksyen dan tema masing-masing:

2
Seksyen 1: (Universiti Teknologi Mara) - Pendidikan

Seksyen 2: jenis bunga

Seksyen 3: jenis pokok

Seksyen 4: jenis buah-buahan

Seksyen 5: (Pusat pentadbiran) - pentadbiran

Seksyen 6: jenis burung

Seksyen 7: jenis permata dan galian

Seksyen 8: bentuk muka bumi

Seksyen 9: Kesultanan Melayu Selangor

Seksyen 10: jenis pakaian

Seksyen 11: kebudayaan dan kesenian

Seksyen 12: salasiah pentadbiran kerajaan Melayu dahulu

Seksyen 13: (Stadium Shah Alam) sukan

Seksyen 14: (Pusat Bandaraya) bertemakan bidang-bidang korporat

Seksyen 15: alatan tangan

Seksyen 16: perlombongan bijih timah

Seksyen 17: jenis ikan

Seksyen 18: tumbuhan di kawasan pantai

Seksyen 19: jenis pekerjaan di kawasan pantai

Seksyen 20: jenis haiwan

Seksyen 21: (Tanah Perkuburan) - perkuburan

Seksyen 23: perusahaan

Seksyen 24: jenis sayur-sayuran

Seksyen 25: (Taman Sri Muda) - nilai-nilai murni

Seksyen 26: daerah dan nama tempat di Selangor

Seksyen 27 dan 28: (Taman Alam Megah) - nama tempat-tempat di sekitar


Banting dan Gombak

3
Seksyen 31 (Kota Kemuning) - bunga anggerik sebagai Bunga Rasmi Shah
Alam

Seksyen 32: (Bukit Rimau) - sungai-sungai yang terdapat di Selangor

Seksyen 33: jenis alatan muzik

Seksyen 34: jenis bahagian dalam kereta

Seksyen 35: (Alam Impian) - seni dan budaya

Seksyen U1: (Glenmarie) - kerjaya

Seksyen U2: (Taman TTDI Jaya) - kesusasteraan

Seksyen U5: alam semesta

Seksyen U8: (Bukit Jelutong) - bahagian-bahagian dalam rumah

Seksyen U10: pulau-pulau yang terdapat di negeri Selangor

Seksyen U11: (Bukit Bandaraya) - gunung-gunung yang terdapat di Selangor

4
5
Shah Alam diuruskan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA), yang
dahulunya dikenali sebagai Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA). MPSA telah
ditubuhkan pada 7 Disember 1978 dalam kerjasama dengan pengisytiharan
Bandaraya Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor Darul Ehsan. Pada 10 Oktober
2000, MPSA kemudian dinaik taraf ke Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) seiring
dengan ibu negeri Selangor menjadi sebuah bandar.

PENGISYTIHARAN SHAH ALAM

Kepesatan pembangunan Shah Alam telah membawa kepada kenaikan taraf


daripada Perbandaran kepada Bandaraya setelah 21 tahun dibuka. Pada 10
Oktober 2000, Shah Alam diisytiharkan sebagai Bandaraya dan Majlis Perbandaran
Shah Alam kini dikenali sebagai Majlis Bandaraya Shah Alam. Upacara gilang-
gemilang dengan mengekalkan adat istiadat Melayu dilangsungkan penuh
kemeriahan di Dataran Shah Alam. Y. Bhg. Dato’ Haji Abu Sujak Haji Mahmud
dilantik sebagai Datuk Bandar yang pertama.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersetuju untuk menaikkan taraf
Shah Alam sebagai Bandaraya setelah Bandar ini memenuhi kriteria – kriteria yang
ditetapkan iaitu:-

1. Bandar ibu negeri


2. Mempunyai jumlah penduduk melebihi 400,000 orang
3. Menjadi pusat pentadbiran, perniagaan dan perdagangan
4. Jumlah pendapatan tahunan melebihi RM 100 juta

BANDAR PERINDUSTRIAN MODEN


Pembukaan bandar Shah Alam turut menjadi satu penanda aras bagi pembukaan
bandar-bandar baru yang lain termasuk dari dalam dan luar negara. Ini kerana
bandar ini merupakan bandar moden yang dirancang rapi. Malah Shah Alam juga
adalah bandar pertama yang menggunakan sistem pembentungan berpusat serta
kabel utiliti bawah tanah, menjadikan bandar ini terhindar dari penglihatan kabel
lampu jalan mahupun kabel telefon yang biasa kelihatan di bandar-bandar lama.
Shah Alam juga terkenal sebagai bandar perindustrian dengan prasarana yang
moden serta lokasi yang strategik iaitu berhampiran 25 km dari Pelabuhan Klang
dan Lapangan Terbang Subang, yang merupakan lapangan terbang antarabangsa
sebelum Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dibuka.
Faktor ini menjadikan Shah Alam sebagai pilihan ribuan kilang multi-nasional yang
beroperasi mengeluarkan produk untuk pasaran antarabangsa.
Shah Alam juga terkenal sebagai bandar perindustrian dengan prasarana yang
moden serta lokasi yang strategik iaitu berhampiran 25 km dari Pelabuhan Klang
dan Lapangan Terbang Subang, yang merupakan lapangan terbang antarabangsa
sebelum Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dibuka.
Faktor ini menjadikan Shah Alam sebagai pilihan ribuan kilang multi-nasional yang
beroperasi mengeluarkan produk untuk pasaran antarabangsa.
Setelah lima tahun diisytihar sebagai ibu negeri Selangor, pada 1983 kilang
pengeluar kereta nasional pertama negara, PROTON membuka ibu pejabat, kilang
dan pusat edarannya dalam kawasan Shah Alam. Shah Alam juga meyaksikan

6
kelahiran model sulungnya, SAGA pada 9 Julai 1985. Kewujudan kilang PROTON
secara tidak langsung menjulang nama Shah Alam di persada dunia. Ramai pelawat
dari dalam dan luar negara mengunjungi Shah Alam bagi mempelajari
pembangunan serta kemudahan yang disediakan.
Senario ini menjadikan Shah Alam tumpuan penghijrahan penduduk dari seluruh
Malaysia untuk mencari rezeki dan bertapak di Shah Alam. Ternyata langkah
pembukaan Shah Alam 47 tahun yang lalu amat tepat dan ianya memberikan
harapan baru kepada warga Malaysia keseluruhannya.
Bandar raya ini kini menjadi tumpuan pelbagai pihak. Jika dulu Shah Alam hanya
dihuni oleh pekerja industri dan pelajar ITM (sekarang UiTM), sehingga ada gurauan
yang mengatakan lebih ramai orang Jepun (kerana banyak kilang dari Jepun
beroperasi di Shah Alam) dari rakyat tempatan pada waktu itu, namun kini keadaan
jauh berbeza. Rakyat Malaysia yang rajin dan sentiasa memandang ke hadapan
pantas mengambil-alih dengan pembangunan pejabat korporat, pasar raya,
perdagangan, taman-taman perumahan dan sebagainya, memberi keselesaan dan
mewarnai kehidupan masyarakat Shah Alam.
Dengan kepadatan penduduk seramai melebihi 600,000 dan jumlah pegangan harta
sehingga Oktober 2010 sebanyak 177,923, Shah Alam akan terus terpahat di hati
penghuninya kerana keunikan senibina, keindahan dan kehijauan pemandangan
yang akan terus dipertahankan. Ayuh! Warga Shah Alam, tunjukkan rasa cinta anda
dengan memelihara kebersihan dan alam sekitar agar bandar raya ini menjadi
pilihan anak cucu serta generasi akan datang.

You might also like