You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT JAWATAN KUASA PENERBITAN MAJALAH SEKOLAH

SMK SELAYANG BARU, 68100 BATU CAVES


SELANGOR DARUL EHSAN
BIL 4/2010

TARIKH ; 25 OKTOBER 2010

MASA ; 1.05 PETANG

TEMPAT ; BILIK TERATAI

KEHADIRAN :

1. Pn. Arfah Bt Abd.Rahman(Pengetua-) 10. En. Abdullah Abdul


2. Pn. Norlilah Bt Ismail(PK.HEM) 11. En.Chen Yee Liang.
3. Pn. Sumitra Santharan(SU.HEM) 12.En. Ahmad Tarmizy Hasan
4. Pn. Zarinah bt Ongkeh(Ketua Editor) 13. En. Junazman bt Nat Jusoh
5. Pn. Jamaliah bt Abidin(N.Ketua Editor) 14. Pn. Halawati Bt Fouzi.
6. Pn. Nor Hafidah Abu Hanit(Setiausaha) 15. En. Azuan bt Abdul Aziz.
7. Pn. Siti Noorazwane bt Abdul Rahman(Bendahari) 16. Pn. Sirhani bt Ibrahim
8. Pn. Nooraziah bt Abdullah 17. Pn. Norfarihan bt Yunus.
9. Pn. Pawathy a/p Nalliannan. 18. Pn. Salmah Bt Husin

1.0. PERUTUSAN PENGERUSI MAJLIS (PUAN ARFAH BT ABD.RAHMAN-


PENGETUA SMKSB)
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan Ummul Kitab.
1.2 Beliau mengalu-alukan kehadiran Jawatan kuasa Lembaga Penerbitan Majalah
Sekolah.
1.3 Berpuashati dengan sesi fotografi yang telah di adakan selama 3 hari dalam keadaan
terkawal,
1.4 Harga majalah Imej SMKSB 2010 yang dipersetujui oleh Pihak Pentadbiran dan PIBG
adalah sebanyak RM12.00 sahaja.
1.5 Berharap “dummy” majalah IMEJ 2010 akan diluluskan oleh JPNS secepat mungkin
sekaligus melicinkan tugas pihak sekolah dalam merealisasikan penerbitan majalah
ini.

2,0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 3/2010

Minit Mesyurat kali-3 yang lalu bertarikh 05 September /2010 telah disahkan sebulat
suara tanpa pindaan.

1
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Perkara 4.1.1 –Sebut harga pengiklanan- pihak sekolah akan meletakkan sebut harga
baru bagi iklan dalam majalah sekolah pada tahun hadapan.

Tindakan: AJK Pengiklanan

4.0 PERKARA-PERKARA BARU

4.1 LAPORAN PENYELARASAN

4.1.1 Pengedaran majalah sekolah pada tahun 2009 berjalan dengan lancar kecuali
pengedaran majalah kepada bekas murid-murid Tingkatan 5 masih terdapat
baki yang belum diambil walaupun telah dimaklumkan.

Tindakan: Makluman

4.1.2 Kutipan yuran majalah bagi tahun 2010 memuaskan. Sebab-sebab kutipan
yuran meningkat berbanding tahun lepas;

(a) Lebih ramai yang membayar.

Tindakan:Makluman

4.1.3 Pihak pengurusan memutuskan untuk membenarkan satu keluarga hanya perlu
memberi sumbangan untuk majalah sekolah bagi seorang anak sahaja.

Tindakan; Guru-guru Tingkatan

4.1.4 Pengambilan gambar untuk majalah sekolah bagi kelas-kelas,unit beruniform ,


kelab dan persatuan telah selesai dijalankan dengan suksesnya pada 07-
08/April 2010.

Tindakan:Makluman.

4.1.5 Pada tahun ini, ruangan sayonara Tingkatan 5, dua kelas tidak ada. Tahun
hadapan perlu kerjasama guru-guru tingkatan.

Tindakan: Makluman.

4.1.6 Gambar guru/staf sokongan telah diambil dengan jayanya pada


9/04/10(Khamis). Semua guru bekerjasama memakai baju berdasarkan tema
warna biru.

Tindakan:Makluman.

4.1.7 Pengambilan gambar murid-murid telah dilakukan di dalam DEWAN


MUTIRA BUDI dan DATARAN GEMILANG manakala guru dan staf di
Kantin Sekolah.
2
Tindakan: Makluman.

4.1.8 Penjualan gambar agak lambat kerana pihak Sidred menerima gambar yang
hendak dijual lewat(Ogos). Sepatutnya dalam bulan Mei, sebulan selepas sesi
fotografi (April).

Tindakan:Makluman.

4.2 Laporan Kewangan.

4.2.1 Seramai 1689 orang murid telah membayar RM 12.00 setiap sebuah keluarga
sebagai sumbangan majalah setakat 28.10.10.

BIL TINGKATAN JUMLAH PELAJAR


1. Tingkatan 1 357 orang
2. Tingkatan 2 274 orang
3. Tingkatan 3 237 orang
4. Tingkatan 4 576 orang
5. Tingkatan 5 245 orang
JUMLAH BESAR 1689 ORANG

4.2.2 Akaun bayaran sumbangan majalah tahun 2010 adalah sebanyak RM 20,268.

Tindakan: Makluman.

4.2.3 Pihak majalah kekurangan duit untuk menerbitkan majalah pada tahun 2010.
Namun, sumbangan iklan sebanyak RM3,000 dapat membantu menampung
pembayaran kepada pihak pencetak.

Tindakan: Makluman.

4.2.4 Guru kelas diharapkan menggalakkan pelajar membayar sumbangan majalah pada
masa akan datang.

Tindakan: Guru Tingkatan.

5.0 Kelulusan Menerbitkan Majalah Sekolah Edisi 20/2010 dan Pemilihan Pencetak.

5.1 Senarai nama pencetak yang telah memohon:

a) Nadzam Holding Sdn.Bhd.


b) Monosh Technologies Printing Company.
c) Arif Corporation Sdn. Bhd.
3
d) Adprinz Niaga.

5.2 Ahli mesyuarat telah sebulat suara bersetuju agar majalah IMEJ bil. 20 diterbitkan
pada tahun 2010.

5.3 Ahli mesyuarat telah memutuskan Syarikat Monosh Technologies Printing


Company dipilih sebagai pencetak majalah SMK. Selayang Bharu atas sebab-
sebab:

i) Berpengalaman dalam menerbitkan majalah Pendidik.

ii) Menawarkan kos penerbitan yang rendah.

iii) Memenuhi kualiti gambar yang tinggi.

6.0 Proses “Pruf Reading”

6.1 Pn. Zarinah mengesahkan proses “Pruf Reading” majalah telah dilakukan
sebanyak 3 kali. Semakan tersebut telah dijalankan dengan suksesnya.

6.2 Beliau memohon kerjasama daripada semua ahli jawatan kuasa agar memberi
kerjasama menyemak kali terakhir dummy majalah IMEJ edisi 20, 2010.

6.3 Sedikit sahaja kesalahan ejaan yang telah diperbetulkan. Ahli mesyuarat
sebulat suara mengesahkan “dummy” majalah IMEJ 2010 menepati
spesifikasi yang telah ditetapkan.

6.4 Beliau juga menyatakan akan pergi ke JPS untuk menyerahkan “dummy”
yang telah dijilidkan kepada pihak JPS untuk disemak.

6.5 Pengerusi berharap agar AJK Penerbitan bergerak cepat agar pengurusan
penerbitan berjalan lancar sebagaimana yang telah dirancangkan..

Tindakan: Ahli Jawatankuasa Sid.Redaksi.

7.0 Hal-Hal Lain

7.1 Makluman kepada semua AJK Penerbitan bahawa lawatan sambil belajar ke
Karangkraf akan diadakan pada bulan hadapan serentak dengan Jamuan Akhir
Tahun Sidang Redaksi.

7.2 Pengurus pengedaran diminta mengambil senarai nama pelajar yang membayar
duit sumbangan majalah bagi memudahkan pengurusan pengedaran majalah 2010.

8.0 PK HEM mengucapkan terima kasih kepada ahli mesyuarat. Beliau berharap
semoga pengurusan majalah IMEJ 2010 berjalan seperti yang dirancang dengan
jayanya.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.53 petang.


4
Disediakan oleh,

...................................................
( PN. NORAINI BT AHMAD)
Setiausaha
Lembaga Penerbitan Majalah Sekolah
SMK. Selayang Bharu.

You might also like