You are on page 1of 4

SMK SUNGAI BURONG,

45500 TANJONG KARANG,


SELANGOR DARUL EHSAN
bea3079@btpnsel.edu.my

MINIT MESYUARAT JAWATAN KUASA PENERBITAN MAJALAH SEKOLAH


SMK SUNGAI BURONG,TANJONG KARANG.
SELANGOR DARUL EHSAN
BIL 3/2020

TARIKH ; 26 OKTOBER 2020

MASA ; 2.30 PETANG

TEMPAT ; PUSAT SUMBER SEKOLAH,SMK SUNGAI BURONG.

KEHADIRAN :

1. Tn, Hj. Ahmad Sa’ari bin Muhammad(Pengetua)


2. En. Adnan bin Ibrahim (PK.HEM)
3. Pn. Hjh Zaliha bt Mohammed Nor (PK KOKU)
4. Pn. Siti Nurul Ashikin binti Mohamad Nasir (SU Majalah)
5. Pn. Siti Harain bt Md. Sisut (Naib SU Majalah)
6. Pn. Nur Zarina binti Muhammad (AJK Majalah JENTAYU)
7. En. Hasnulfikri bin Mahbot (AJK Majalah JENTAYU)
8. En. Mohd Sukri bin Mohd Yusoff (AJK Majalah JENTAYU)

1.0. PERUTUSAN PENGERUSI MAJLIS (TN. HJ. Ahmad Saari-PENGETUA SMKSB)


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan Ummul Kitab Al- Fatihah.
1.2 Beliau mengalu-alukan kehadiran Jawatankuasa Penerbitan Majalah Sekolah.
1.3 Berpuas hati dengan sesi fotografi yang telah di adakan dalam keadaan terkawal,
1.4 Harga majalah Jentayu SMKSB 2020 yang dipersetujui oleh Pihak Pentadbiran dan PIBG adalah
sebanyak RM15.00 sahaja.
1.5 Berharap “dummy” majalah Jentayu 2020 akan diluluskan oleh JPNS secepat mungkin sekaligus
melicinkan tugas pihak sekolah dalam merealisasikan penerbitan majalah ini.

2,0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 2/2020

Minit Mesyurat kali-2 yang lalu bertarikh 19 September 2020 telah disahkan sebulat suara tanpa pindaan.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Perkara 4.1.1 –Sebut harga pengiklanan- pihak sekolah akan meletakkan sebut harga baru bagi iklan
dalam majalah sekolah pada tahun hadapan.

Tindakan: AJK Pengiklanan

4.0 PERKARA-PERKARA BARU

1
4.1 LAPORAN PENYELARASAN

4.1.1 Pengedaran majalah sekolah pada tahun 2019 berjalan dengan lancar. Pelajar Tingkatan 5 bagi
tahun 2019 juga telah menerima majalah sekolah masing-masing.

Tindakan: Makluman

4.1.2 Kutipan yuran majalah bagi tahun 2020 kurang memuaskan. Sebab-sebab kutipan yuran
menurun sedikit berbanding tahun 2019;

(a) Kekangan dari segi waktu persekolahan akibat wabak COVID-19.

(b) Ibu bapa tidak dapat membayar yuran majalah kerana kekurangan wang perbelanjaan akibat
wabak COVID-19.

Tindakan:Makluman

4.1.3 Pihak pengurusan memutuskan untuk membenarkan satu keluarga hanya perlu memberi
sumbangan untuk majalah sekolah bagi seorang anak sahaja.

Tindakan; Guru-guru Tingkatan

4.1.4 Pengambilan gambar untuk majalah sekolah bagi kelas-kelas,unit beruniform , kelab dan
persatuan telah selesai dijalankan pada bulan Februari 2020.

4.1.5 Tetapi beberapa Kelab dan Persatuan telah mengalami penangguhan fotografi, akibat arahan
PKP, PKPB serta beberapa kekangan yang lain.

Tindakan:Makluman.

4.1.6 Sesi fotografi guru-guru SMKSB dan staf sokongan telah dilaksanakan dengan jayanya pada
29 dan 30 September 2020 (Selasa dan Rabu). Semua guru bekerjasama sepanjang sesi
fotografi dengan mengamalkan norma baharu serta menjaga penjarakan fizikal sepanjang sesi
fotografi dijalankan.

Tindakan:Makluman.

4.1.7 Pengambilan gambar murid-murid telah dilakukan di dalam Dewan Terbuka dan Dataran
Perhimpunan manakala guru dan staf di Dataran Speaker Corner.

Tindakan:Makluman

4.2 Laporan Kewangan.

2
4.2.1 Seramai 374 orang murid telah membayar RM 15.00 setiap sebuah keluarga sebagai sumbangan
majalah setakat 1.11.2020.

BIL TINGKATAN JUMLAH PELAJAR

1. Tingkatan 1 76 orang

2. Tingkatan 2 82 orang

3. Tingkatan 3 76 orang

4. Tingkatan 4 67 orang

5. Tingkatan 5 73 orang

JUMLAH BESAR 374 ORANG

4.2.2 Akaun bayaran sumbangan majalah tahun 2020 adalah sebanyak RM 5610.00.

Tindakan: Makluman.

4.2.3 Pihak majalah tiada masalah untuk menerbitkan majalah pada tahun 2020. Namun, sumbangan iklan
haruslah dipertingkatkan untuk menambah akaun majalah sekolah.

Tindakan: Makluman.

4.2.4 Guru kelas diharapkan menggalakkan pelajar membayar sumbangan majalah pada masa akan datang.

Tindakan: Guru Tingkatan.

5.0 Kelulusan Menerbitkan Majalah Sekolah Edisi 18/2020 dan Pemilihan Pencetak.

5.0.1 Senarai nama pencetak yang telah memohon:

a) Nadzam Holding Sdn.Bhd.


b) Monosh Technologies Printing Company.
c) Arif Corporation Sdn. Bhd.
d) Adprinz Niaga.

5.0.2 Ahli mesyuarat telah sebulat suara bersetuju agar majalah Jentayu bil.18 diterbitkan pada tahun
2021.

50..3 Ahli mesyuarat telah memutuskan Syarikat Arif Corp Printing Company dipilih sebagai
pencetak majalah SMK. Sungai Burong atas sebab-sebab:

i) Berpengalaman dalam menerbitkan majalah sekolah.

ii) Menawarkan kos penerbitan yang rendah.

iii) Memenuhi kualiti gambar yang tinggi.

5.2 Proses “Pruf Reading”

3
5.1.1 Pn. Zaliha mengesahkan proses “Pruf Reading” majalah telah dilakukan sebanyak 3 kali.
Semakan tersebut telah dijalankan dengan suksesnya.

5.1.2 Beliau memohon kerjasama daripada semua ahli jawatan kuasa agar memberi kerjasama
menyemak kali terakhir dummy majalah JENTAYU edisi 18, 2020.

5.1.3 Sedikit kesalahan ejaan telah diperbetulkan. Ahli mesyuarat sebulat suara mengesahkan
“dummy” majalah Jentayu 2020 menepati spesifikasi yang telah ditetapkan.

5.1.4 Beliau juga menyatakan akan pergi ke JPNS untuk menyerahkan “dummy” yang telah
dijilidkan kepada pihak JPNS untuk disemak.

5.1.5 Pengerusi berharap agar AJK Penerbitan bergerak cepat agar pengurusan penerbitan
berjalan lancar sebagaimana yang telah dirancangkan..

Tindakan: Ahli Jawatankuasa Sidang Redaksi

6.0 Hal-Hal Lain.

6.2 Pengurus pengedaran diminta mengambil senarai nama pelajar yang membayar duit sumbangan
majalah bagi memudahkan pengurusan pengedaran majalah 2020.

6.3 PK Kokurikulum mengucapkan terima kasih kepada ahli mesyuarat. Beliau berharap semoga
pengurusan majalah JENTAYU 2020 berjalan seperti yang dirancang dengan jayanya.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Disediakan oleh,

...................................................
( PN. SITI HARAIN BINTI MD SISUT)
Naib Setiausaha
Penerbitan Majalah Sekolah (JENTAYU)
SMK. Sungai Burong.

You might also like