You are on page 1of 2

3/14/13 Abdul Rahman Talib - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Abdul Rahman Talib


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abdul Rahman Talib (1916 - 18 Oktober 1968)


ialah seorang Menteri Malaysia yang telah berkhidmat Abdul Rahman Talib
dalam empat kementerian selama lapan tahun sejak
kemerdekaan antara tahun 1957 dan 1965.
Bagaimanapun, adalah dalam bidang pendidikan bahawa beliau mencapai kemasyhuran ketika beliau
menerbitkan laporan yang dikenali sebagai Laporan Abdul Rahman Talib untuk memperbaiki sistem pendidikan
Tanah Melayu dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Pada tahun 1962, Abdul Rahman dianugerahkan dengan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang oleh
Universiti Malaya.

Isi kandungan
1 Kehidupan awal
2 Politik
3 Laporan Abdul Rahman Talib
4 Pautan luar

Kehidupan awal
Dilahirkan di Temerloh Pahang, Abdul Rahman mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya dan
kemudian melanjutkan pengajian di Kolej Latihan Sultan Idris (SITC), Tanjung Malim, Perak. Beliau
memulakan kerjayanya pada tahun 1940 sebagai seorang guru di Sekolah Abdullah, Kuantan dan lima tahun
kemudian, pada tahun 1945, beliau dilantik menjadi Penolong Nazir Sekolah-sekolah Melayu Pahang. Pada
tahun 1952, Abdul Rahman mengasaskan Jabatan Hal Ehwal Agama di Jabatan Pelajaran Pahang.

Politik
Abdul Rahman sangat aktif dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan selain daripada itu,
juga merupakan Ahli Bersekutu Majlis Kebangsaan. Pada tahun 1956, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri
Sumber Alam Semula Jadi dan Kerajaan Tempatan dan kemudian, dilantik menjadi menteri penuh dalam
berbagai-bagai kementerian:

1957: Menteri Pengangkutan


1959: Menteri Perdagangan dan Industri
1960: Menteri Pelajaran
1962: Menteri Kesihatan
1964: kembali menjadi Menteri Pelajaran.

ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Rahman_Talib 1/2
3/14/13 Abdul Rahman Talib - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Kuantan, negeri Pahang
(1958-1964).

Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun
Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum
Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga
Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah
dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.

Laporan Abdul Rahman Talib


Semasa menjadi Menteri Pelajaran, Abdul Rahman mengemukakan satu laporan yang mengandungi usul dan
saranan yang penting untuk memperbaiki sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu. Laporan itu dikenali
sebagai Laporan Abdul Rahman Talib.

Melalui laporan itu beliau mencadangkan supaya Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib selain Bahasa
Inggeris. Bahasa Melayu mesti diajar dari darjah satu di semua jenis sekolah rendah dan syarat lulus dalam
Bahasa Melayu bagi calon-calon ke sekolah menengah, dan pusat latihan guru. Cadangannya juga termasuk
pemberian insentif kepada guru-guru supaya mendapat kelulusan yang baik dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu.

Abdul Rahman bersara pada tahun 1965 dan meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada tahun 1968.

Pautan luar
(Bahasa Melayu) Abdul Rahman Talib (http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?
section=sm02&spesifik_id=103&ttl_id=6)

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Abdul_Rahman_Talib&oldid=1946019"


Kategori: Kelahiran 1916 Kematian 1979 Ahli politik UMNO

Laman ini diubah buat kali terakhir pada 14:32, 6 Disember 2011.
Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma
tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.

ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Rahman_Talib 2/2

You might also like