You are on page 1of 1

Guru boleh meningkatkan persepsi dan penanggapan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dengan menyediakan set induksi yang mengaitkan pengetahuan sedia ada dan membuka
struktur kognitif. Pengalaman yang sedia dalam murid dapat menarik perhatian dan minat murid. Dengan
ada minat murid, mereka akan mempunyai motivasi untuk mendalami tentang pengalaman tersebut.

Selain itu, guru boleh memperbagaikan aktiviti untuk mempercepatkan penguasaan


pembelajaran murid. Contohnya, guru boleh menayangkan video kepada murid untuk membantu murid
dalam penguasaan isi pelajaran.

Seterusnya, guru perlulah mengadakan latihan kendiri supaya murid dapat membina persepsi
dan penanggapan yang tepat. Contohnya, guru boleh membaca rencana, murid mencatatnya.

Di samping itu, guru boleh menyampaikan isi pelajaran yang perlu dibelajari secara keseluruhan
dulu sebelum memperincikan bahagian-bahagian yang membentuk keseluruhan dan pembelajaran
haruslah diakhiri dengan keseluruhan sebagai rumusan.

You might also like