You are on page 1of 27

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT


1 ASAL USUL BAHASA MELAYU
 KONSEP MELAYU
-TAKRIF AWAL ISTILAH MELAYU
-TAKRIF DARI SEGI ETIMOLOGI
-TAKRIF BERDASARKAN BANGSA
 SALASILAH BAHASA MELAYU
-HIPOTESIS TEMPAT ASAL BAHASA MELAYU
2 BAHASA MELAYU KUNO
 KONSEP BAHASA MELAYU KUNO
 CIRI BAHASA MELAYU KUNO DARIPADA ASPEK:
-SISTEM TULISAN DAN EJAAN
-KOSA KATA
-TATABAHASA
3 BAHASA MELAYU KUNO
 PENGARUH BAHASA ASING
-BAHASA MELAYU KUNO PADA BATU BERSURAT
4 BAHASA MELAYU KLASIK
 KONSEP BAHASA MELAYU KLASIK
 CIRI BAHASA MELAYU KLASIK DARIPADA ASPEK:
-SISTEM TULISAN DAN EJAAN
-KOSA KATA
-TATABAHASA
5 BAHASA MELAYU KLASIK
 FUNGSI BAHASA MELAYU KLASIK SEBAGAI:
-LINGUA FRANCA
-BAHASA PENTADBIRAN
-BAHASA ILMU(AGAMA)
6 BAHASA MELAYU KLASIK
 PENGARUH BAHASA ASING DALAM BAHASA MELAYU
KLASIK
-PENGGUNAAN BAHASA MELAYU KLASIK:PADA BATU
BERSURAT DALAM TEKS HIKAYAT DALAM SASTERA
SEJARAH
7 BAHASA MELAYU MODEN
 KONSEP BAHASA MELAYU MODEN
 TAHAP PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MODEN
 BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
-SUMBANGAN TOKOH TEMPATAN
-SUMBANGAN TOKOH ASING
-SUMBANGAN PERTUBUHAN DAN INSTITUSI

8 BAHASA MELAYU MODEN


 BAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA
-AKTA-AKTA YANG BERKAITAN DENGAN PELAKSANAAN
BAHASA MELAYU
-PENUBUHAN DAN PERANAN SEWAN BAHASA DAN
PUSTAKA (DBP)
9 BAHASA MELAYU MODEN
 PERANCANGAN TARAF BAHASA MELAYU
-BAHASA KEBANGSAAN
-BAHASA RASMI
-BAHASA PENGANTAR
1. Asal usul Bahasa Melayu

 Konsep Melayu
 Takrif dari segi Etimologi
 Takrif berdasarkan bangsa

Takrif awal istilah Melayu


 M. Ptolemy menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul
Geographike Sintaxis.
 Kitab Hindu Purba yang berjudul Purana terdapat perkataan malaya-dvipa.
 Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu
mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada
raja China sekitar 644-645 Masihi.
 Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang
menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675
Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di Palembang.
 Catatan dalam kesusasteraan China menyatakan bahawa pengembara yang singgah
di Nusantara mendapati bahasa yang dituturkan penduduk di situ ialah bahasa K’un-
lun. Bahasa ini dipercayai oleh penyelidik sebagai bahasa Melayu kuno.
 Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan
perkataan “Malaya” atau “Melayu” pada bahagian belakangnya.
 Buku Sejarah Melayu mengaitkan perkataan Melayu dengan nama sebatang
sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu.

Maksud Etimologi

 Cabang ilmu bahasa mengenai asal usul perkataan serta perubahan pada bentuk
dan maknanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
 Etimologi ialah cabang ilmu linguistik yang mempelajari asal-usul suatu
perkataan. Contohnya perkataan etimologi sebenarnya diambil daripada bahasa
Inggeris etymology yang berasal daripada bahasa Yunani; étymos (erti
sebenarnya ialah sepatah perkataan) dan lògos (pengetahuan). Ringkasnya,
perkataan etimologi itu sendiri datang daripada bahasa Yunani ήτυμος (étymos,
erti kata) dan λόγος (lógos, pengetahuan).
 Etimologi juga cuba untuk membina semula maklumat mengenai bahasa-bahasa
yang sudah terlalu lama untuk membolehkan maklumat didapati secara langsung
mengenai bahasa tersebut (seperti tulisan) diketahui.
 Dengan membandingkan perkataan-perkataan dalam bahasa yang saling
bertautan, pakar etimologi dapat mempelajari mengenai bahasa kuno yang
merupakan “generasi yang lebih lama”.
 Dengan cara ini, akar bahasa yang telah diketahui yang dapat ditelusuri jauh ke
belakang kepada asal-usul keluarga bahasa Austronesia.

Takrif dari segi etimologi

 Berasal daripada perkataan Malaya, iaitu kependekan “hima alaya”. “Alaya”


bermaksud “tempat” manakala “hima alaya” bermaksud “tempat bersalji”.
 Perkataan Malayapura yang bermaksud “kota Melayu” atau “kerajaan Melayu”.
 Dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa kuno, mlayu yang bermaksud
“mengembara” atau “pergi ke mana-mana”.
 Berasal daripada nama sebatang sungai, Sungai Melayu yang disebut dalam buku
Sejarah Melayu.
 Van der Tuuk , perkataan Melayu bererti “menyeberang”, merujuk kepada orang
Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama Hindu-Buddha
kepada Islam.

Takrif berdasarkan bangsa

 Istilah Melayu dapat diberi dua pengertian, iaitu pengertian yang luas dan
pengertian yang sempit
 Pengertian yang luas
 Istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di
Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan-kawasan gugusan kepulauan Melayu.
 Berdasarkan “The Malay Culture Study Project” (1972), konsep Melayu merujuk
kepada suku bangsa di Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah orang-orang
Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.
 Secara umumnya dapatlah dikatakan bahawa pengertian Melayu merujuk kepada
bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai
Timur Sumatera dan beberapa tempat lain di Nusantara.

HIPOTESIS TEMPAT ASAL BAHASA MELAYU

 Untuk mengetahui tempat asal bahasa, kajian tempat asal usul bangsa Melayu yang
menuturkan bahasa ter sebut perlu dilakukan.
 Terdapat dua hipotesis tentang asal usul bangsa Melayu, iaitu :
 kawasan Asia Tengah
 kawasan Nusantara

KAWASAN ASIA TENGAH

 Menurut hipotesis ini, orang Melayu dikatakan berpindah dari utara ke selatan.
 Mereke dikatakan berasal dari selatan China.
 Tempat-tempat yang diketengahkan oleh para penyelidik termasuklah daerah Yunan
di selatan China, Assam di Burma, dan Campa di selatan Indo-China
 Penghijrahan mereka dipercayai berlaku dalam dua kumpulan, iaitu Melayu
Protodan Melayu Deutro. Kumpulan Melayu Proto dipercayai berhijrah ke
Nusantarakira-kira pada tahun 2500 SM.
 Peradaban orang Melayu Proto ini dikatakan lebih maju daripada orang Negritoyang
sudah sedia ada di Nusantara.
 Orang Melayu Proto dikatakan hidupberpindah-randah. Namun demikian, mereka
pandai membuat alat bercucuktanam, barangan pecah-belah, dan alat perhiasan.
 Zaman mereka ini dikenalisebagai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.
 Hipotesis penghijrahan kumpulan Melayu Proto ini mula-mula dikemukakan oleh P.
Sarasin dan F.Sarasin pada tahun 1892.
 Hipotesis ini dikemudiannyadiperkukuh oleh R.H. Golden (seorang ahli prasejarah
dan profesor di InstitutPengajian Asia, Iran) pada tahun 1932.
 Melalui kajian yang dibuatnya terhadap beliung-beliung batu bersegi panjang.
 Geldern menapati bahawa kapak-kapak yang dibuat daripada batu yang terdapat di
sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Sunagi Irrawadi, Sungai Salween, SungaiYangtze,
dan Sungai Hwang Ho itu turut ditemukan di beberapa tempat lain dikawasan
Nusantara.
 Penghijrahan Kumpulan Melayu Deutro pula dikatakan berlaku kira-kira pada tahun
1500SM.
 Kumpulan ini dipercayai datang dari daerah Yunan di selatan China.
 Mereka memiliki tamadun yang lebih maju daripada Kumpulan Melayu Proto.
 Zaman mereka dikenal sebagai Zaman Logam dan mereka membuat alatpemburuan
dan pertanian daripada besi.
 Selain itu, Melayu Deutro pandai dalambidang pelayaran dan astronomi.
 Mereka hidup di tepi pantai dan kemudiannyabersebaran hampir keseluruh
Kepulauan Melayu.
 Kedatangan Melayu Deutro menyebabkan Melayu Proto berpindah ke
kawasanpedalaman, iaitu di kawasan hutan dan pergunungan.
 Hal ini sesuai denganmereka yang suka berpindah-randah. Kumpulan Melayu Proto
inilah yangmenjadi nenek moyang kepada suku orang Asli seperti Semang, Jakun,
Senoi, dan sebagainya.
 Kumpulan Melayu Deutro hidup di kawasan di persisiran pantai dan sebagai nelayan.
 Sebahagian mereka membina petempatan yang berhampiran dengan sungai dan
lembah yang subur. Mereka menjalankan kerja pertanian danmemburu binatang.
 Orang Melayu Deutro pandai bermasyarakat. Mereka berlayar ke pulau-pulau
diseluruh Kepulauan Melayu dan akhirnya berkembang menjadi bangsa Melayu
danbangsa Indonesia yang ada sekarang.
 Selain Geldern, terdapat beberapa orang ahli budaya yang turut berpendapat
bahawa orang Melayu berasal dari kawasan Asia Tengah.
 Antara mereka termasuklah J.R. Logan yang membuat kajian berdasarkan adat
resam sukubangsa Asia.
 Beliau mendapati bahwasa wujud persamaan antara adat resamkaum Melayu
dengan adat resam kaum Naga di Assam di daerah Burma(Myanmar).
 Persamaaan yang wujud ini menunjukkan bahawa bahasa melayumempunyai
hubungan dengan bahasa di Asia Tengah.
 Ahli-ahli budaya lain, seperti G.K Nieman dan R.M. Clark juga membuat kajian
tentang adat resam dan menghasilkan kesimpulan bahawa daratan Asia merupakan
tanah asal nenek moyang bangsa Melayu.
 Hipotesis pertama ini turut disokong oleh dua orang sarjana Melayu, iaitu Asmah
Haji Omar dari Malaysia dan Slametmuljana dari Indonesia.
 Asmah Haji Omar berpendapat bahawa penghijrahan orang Melayu dari daratan Asia
ke Nusantara tidak berlaku sekali gus dan mereka tidak melalui laluan yang sama.
 Menurut beliau ada yang melalui daratan melintasi Tanah Semenanjung Malaysia,
ada melalui Lautan Hindi dan ada yang pula melintasi Lautan China Selatan.
 Slametmurjana pula membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan
bahasadan berpendapat bahawa bahasa Astronesia yang di dalamnya termasuk
bahasaMelayu adalah dari daratan Asia.
 Walau bagaimanapun, hipotesis pertama ini menimbulkan pelbagai keraguan.
 Salah satunya berkaitan dengan tarikh berlakunya penghijrahan.
 Tarikh penghijrahan Melayu Proto dengan Melayu Deutro adalah bertentangan
dengan kajian arkeologi yang menunjukkan manusia moden (Homo sapiens) telah
wujuddi Kepulauan Melayu sejak 35 000 tahun yang lalu.
 Malah, kalau diteliti dari warna kulit, bangsa Melayu yang berkulit coklat tinggaldi
Thailand Selatan, Malaysia, Brunei, Indonesia, Filipina Selatan Singapura,memang
berbeza daripada bangsa di Asia Tengah, baik bangsa Cina di sebelahtimur mahupun
bangsa India di sebelah barat yang berkulit cerah.
 Mereka bukansahaja berbeza dari warna kulit, bentuk dan anggota badan tetapi juga
daripadasegi bahasa dan kebudayaan.
 Selain itu, bukti beliung batu yang dikemukakan oleh Geldern juga meragukan.
 Artifak ini bukan sahaja ditemui di Timur Tengah dan Nusantara, tetapi juga
diAmerika dan Eopah.
 Artifak ini sebenarnya ada pada mana-mana masyarakatprimitif di seluruh dunia.
 Apatah lagi secara kebetulan Geldern membuatkajiannya bermula dari Asia Tengah
ke Nusantara.
 Sekiranya beliau memulakankajian dari Nusantara ke Asia Tengah, mungkin beliau
akan menghasilkankesimpulan bahawa bangsa Asia Tengah itu berasal dari
Nusantara.
 Seterusnya kajian bahasa juga tidak menyokong hipotesis bahawa bahasa
Melayuberasal daripada bahasa di Asia Tengah.
 Kajian bahasa menunjukkan bahawabahasa Melayu berasal daripada rumpun
Astronesia, bukan daripada rumpunChina-Tibet yang melahirkan bahasa China,
Tibet, Siam, Miao, Yiu, dan Burma.

KAWASAN NUSANTARA

 Hipotesis ini menolak pendapat bahawa bangsa Melayu berasal dari kawasan
AsiaTengah.
 Para pengkaji yang mendokong hipotesis ini mengemukakan beberapatempat asal
bahasa Astronesia, iaitu rumpun yang menurunkan bahasa melayu.
 Antaranya, termasuklah Sumatera, Jawa, Melanesia, New Guinea, dan Filipina.
 Para pengkaji mengemukakan beberapa bukti yang menjelaskan dakwaan mereka.
 Bukti pertama dapat dilihat daripada segi kajian bahasa di kawasan selatan Asia.
 Hasil daripada penyelidikan perbandingan bahasa yang dilakukan oleh beberapa
orang pengkaji bahasa menunjukkan bahawa bahasa-bahasa di Nusantara memang
mempunyai hubungan kekerabatan, iaitu induk kepada bahasa-bahasa tersebut ialah
bahasa Astronesia.
 Kajian C.A.Mess mendapati bahawa bahasa-bahasa daripada rumpun Astronesia
mempunyai persamaan yang banyak daripada segi perkataan, sistem imbuhan
dansusunan tatabahasa.
 Sebagai contohmya, kata-kata sepertimata,telinga, dan lima sering timbul dalam
bahasa-bahasa tersebut.
 Penutur bahasa daripada rumpun bahasa Astroneia ini dipercayai berpusat dipesisir
pantai yang strategik di Kepulauan Melayu.
 Dari situlah mereka membawa mereka membawa bahasa tersebut ke barat hingga
ke Madagaskar di Lautan Hindi dan ke timur hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.
 Kajian Williams Marsden menunjukkan bahawa bahasa Melayu serumpun
denganbahasa Mekanesia, Melanesia, dan Polinesia yang kesemuanya daripada
induk bahasa Austronesia.
 Kekerabatan bahasa seperti ini tidak ditemukan dalambahasa-bahasa di Asia Tengah.
 Oleh hal yang demikian, asal nenek moyang bagibahasa Melayu bukan dari Asia
Tengah.
 Berdasarkan kekerabatan bahasa, Isidore Dyen berpendapat bahawa orang Melayu
mungkin berasal dari Formosa, New Guinea, atau Melanesia.
 GorysKeraf dalam buku Linguistik Bandingan Historis pula menyatakan bahawa
nenek moyang bahasa Melayu sudah sedia ada di Kepulauan Melayu dan mereka
menggunakan bahasa keluarga Nusantara.
 Menurut beliau, negeri asal nenekmoyang bangsa Austronesia iailah Indonesia dan
Filipina.
 Seterusnya, kajian kebudayaan juga dapat membuktikan bahawa asal usul bahasa
Melayu adalah dari kawasan Nusantara.
 Sehubungan dengan itu, seorang sarjana Inggeris bernama John Crawfurd membuat
kajian perbandingan bahasa yangterdapat di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan
kawasan Polinesia.
 Hasil daripada kajian beliau, menunjukkan bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa
telah memiliki tahap kebudayaan yang tinggi pada abad kesembilan belas.
 Menurut Crawfurd, untuk mencapai tahap kebudayaan yang menonjol itu, kedua-
dua budaya itu tentu telah mengalami perkembangan beberapa abad sebelum itu.
 Berasaskan anggapan ini, beliau membuat kesimpulan tempat asal asal orangMelayu
di Sumatera dan Jawa.
 Dengan kata lain, bahasa Melayu di Sumatera dalam bahasa Jawa (di pulau Jawa)
merupakan bahasa induk kepada bahasa-bahasa serumpun yang tersebar di
Kepulauan Melayu.
 Hipotesis kedua ini juga disokong oleh kajian arkeologi kerana penemuan fosil-fosil di
Nusantara menunjukan bahawa manusia telah lama mendiami KepulauanMelayu.
 Sebagai buktinya, fosil manusia yang ditemukan menunjukan bahawa manusia Jawa
telah wujud di Pulau Jawa sejak dua juta tahun yang lalu.
 Selanjutnya, kajian terhadap tengkorak manusia menunjukan usia tengkorak
manusia yang ditemukan di Nusantara lebih tua daripada tengkorak yang ditemukan
di Asia Tengah.
 Hal ini terbukti, Mojokerta dan Pithecanthropus Trinilyang masing-masing berusia
kira-kira 670 000Â tahun dan 600 000Â tahun berbanding dengan Sinanthropus
Pekinensis (Manusia Peking) yang ditemukan diChina hanya berusia kira-kira 550
000Â tahun.
 Daripada bukti kajian purba, dapat disimpulkan bahawa nenek moyang bangsa
Austronesia dan Melayu bukan berasal dari Asia Tengah kerana manusia awal telah
lama ada di Nusantara.
 Bukti lain yang menunjukkan bahawa orang Melayu merupakan penduduk asal di
Nusantara juga dapat diselidiki dari sudut Geografi.
 Dari zaman Pilosen hinggaZaman Pleistosen, Nusantara dan Australia dikatakan
terdiri daripada dua buah daratan luas yang telah telah dihuni manusia.
 Daratan Nusantara dikenali sebagaiPentas Sunda manakala Daratan Australia
dinamai Pentas Sahul.
 Kedua-dua daratan yang besar ini kemudian berpecah kepada pulau-pulau yang
besar dan kecil sebagai akibat pencairan glasier.
 Pencairan glasier menyebabkan Pentas Sunda dan Pentas Sahul ditenggelami air dan
beberapa daratan yang tinggi menjadi pulau, sama ada pulau yang besar atau kecil.
 Pulau Sumatera, PulauJawa, Pulau Kalimantan, dan pulau-pulau lain di Indonesia
manakalan PentasSahul berpecah kepada benua Australia dan New Guinea.
 Pemisahan antara satu daratan lain ini menyebabkan manusia yang tinggal di
situberpindah dari satu daratan ke satu daratan yang lain.
 Daripada huraian ini, dapat disimpulkan bahawa perpindahan manusia yang berlaku
bukan dari Asia Tengahke Nusantara tetapi penduduk asal di Nusantara berpindah
disebabkan proses geografi.
 Justeru, orang Melayu pada asalnya memang penduduk di Nusantara,bukan
berhijrah dari Asia Tengah.
7. BAHASA MELAYU MODEN

KONSEP/Definisi

 Perkembangan bahasa Melayu Moden bermula pada abad ke-19 dengan bermulanya
karya-karya Abdullah Munsyi.
 Selepas mencapai kemerdekaan bahasa Melayu mengalami perkembangan yang
pesat dan termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Malysia yang mengiktiraf
bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
 Sebagai bahasa kebangsaan bahasa Melayu memikul tugas sebagai bahasa rasmi,
pentadbiran,perhubungan,pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah dan universiti.
 Untuk mencapai matlamat di atas, satu perancangan bahasa bagi meningkatkan
status bahasa Melayu moden telah dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

CIRI-CIRI BM MODEN

 MEMPUNYAI BUNYI-BUNYI BAHASA ( FONOLOGI)


 MEMPUNYAI SISTEM / SUSUNAN ASPEK BUNYI/RANGKAI KATA/ IMBUHAN
(MORFOLOGI)
 MEMPUNYAI BENTUK DARI ASPEK FRASA/KLAUSA/NAHU DAN AYAT (SINTAKSIS)
 MEMPUNYAI KAITAN MAKNA ANTARA BUNYI YANG DIHASILKAN OLEH MANUSIA
DAN KEADAAN DI SEKELILING (SEMANTIK)

TAHAP PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MODEN

1.BAHASA MELAYU PRAMERDEKA

2. BAHASA MELAYU PASCAMERDEKA

BAHASA MELAYU PRAMERDEKA

 Dilakukan secara persendirian oleh tokoh-tokoh tertentu seperti Abdullah bin Abdul
Kadir
 Munsyi, Raja Ali Haji, Mejar Dato’ Haji Mohd. Said dan Za’ba.
 Secara berkumpulan hanya bermula pada tahu 1888 apabila tertubuhnya Pakatan
Belajar Pengetahuan Bahasa (Pakatan).
 Pertubuhan lain seperti PASPAM, Pejabat Karang Mengarang dan ASAS’50.
SUMBANGAN TOKOH TEMPATAN

 MUNSYI ABDULLAH BIN ABDUL KADIR


 Dikenali sebagai Abdullah Munsyi (1796-1854 M) dilahirkan di Kampung Masjid,
Melaka.
 Mempunyai pergaulan luas dengan pegawai dan paderi Inggeris dan mempengaruhi
pemikiran dan penulisannya.
 Menghasilkan 5 buah karya seperti Syair Singapura Terbakar (1830), Kisah Pelayaran
Abdullah (1838), Hikayat Abdullah (1849), Kisah Pelayaran Abdullah ke Jeddah (1854)
dan Dewa-ul-Kulub (1883).
 Membina dan menggunakan kosa kata yang banyak bagi mengungkap perkara-
perkara yang baharu akibat daripada pertembungan budaya Barat dan Timur.
 Menghasilkan karya berdasarkan pengalaman yang dilalui atau pengamatannya
terhadap sesuatu perkara.
 Amat mengambil berat tentang persoalan bahasa Melayu, menerusi Hikayat
Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah.
 Turut membincangkan persoalan kemiskinan orang Melayu, politik, pentadbiran dan
keagamaan.
 RAJA ALI HAJI
 Dilahirkan di Penyengat, Riau (1809-1870)
 Memainkan peranan bagi meningkatkan Penyengat sebagai pusat kebudayaan
Melayu dan pusat pengetahuan Islam.
 Menghasilkan karya dalam pelbagai bidang seperti agama, bahasa, sastera, sejarah
dan undang-undang.
 Dua karya sejarah– Kitab Salasilah Melayu dan Bugis dan Sekalian Raja-rajanya dan
Tuhfatul-Nafis.
 Karya syair– Syair Jatuhnya Negeri Johor, Syair Gurindam Dua Belas, Syair Taman
Pertama, Syair Abdul Muluk dan Syair Hukum Nikah.
 Bustanul Katibin Lissubyanil- Muta’alimi (Kitab Perkebunan Jurutulis Bagi Kanak-
Kanak Yang Hendak Menuntut Belajar Akan Dia)
 Dalam bentuk cap batu mengandungi mukadimah, 31 fasal, dan khatimah
 Dibahagi kepada 2 bahagian.
 Kitab Pengetahuan Bahasa terbahagi kpd 2 bahagian, tatabahasa dan kamus
dianggap sebagai ensiklopedia.

 MEJAR DATO’ HAJI MOHD. SAID


 BIN HAJI SULAIMAN
 Merupakan tokoh persuratan Melayu Johor (1876–1953)
 Karya bercorak sejarah
 Hikayat Queen Victoria (1904/5), dan Hikayat Johor dan Tawarikh Almarhum Sultan
Abu Bakar (1908)
 Sumbangan terbesar sebagai penunjang Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku
Diraja Johor (Pakatan)
 Buku bahasa yang dihasilkan:
 Buku Katan PBmPB Dirja Johor (1936), Jalan Bahasa Melayu (1937), Buku Ketetapan
Hejaan Melayu (1941).
 Karya sastera:
 Syair Alam dan Bangsa Melayu (1935), Syair Keadaan Tuhan dan Manusia Dunia dan
Akhirat Juga (1935), Syair Panduan Perkahwinan (1936).
 Dianugerahkan bintang kebesaran Seri Mahkota Johor, dan Seri Paduka Mahkota
Johor.
 ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (ZA’BA)
 Tokoh bahasa tahun 1920-an dilahirkan di Batu Kikir, N9. (1895-1973)
 Menggunakan 4 nama samaran Anak Melayu Jati, Patriot, Zai Penjelmaan dan Za’ba.
 Sumbangan paling menonjol dalam bidang kebahasaan khususnya aspek tatabahasa
bahasa Melayu.
 Buku penting:
 Pelita Bahasa Melayu (Penggal I-1940, Penggal 2-1946, Penggal 3-1949)
 Menjadi rujukan utama.
 Buku lain:
 Rahsia Ejann Jawi (1930), Ilmu Mengarang Melayu (1934), dan Daftar Ejaan Melayu
(1941).
 Terlibat secara langsung sebagai Ketua Pengarang dan Penterjemah Kanan Pejabat
Karang Mengarang, MPSI (1924-1939)
 Dianugerahkan gelaran Pendeta ketika Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
Ketiga di Johor Bahru.

SUMBANGAN TOKOH ASING

 Pada peringkat awal pemerintahan Inggeris, kedudukan bahasa Melayu tidak


tergugat.
 Bahasa Melayu tetap digunakan dalam urusan rasmi kerajaan British, maka lahirlah
sarjana bahasa berbangsa barat.
 TOKOH BARAT
 R.O Winsted, R.J Wilkinson, C.C Brown, W.E Maxwell, W. Marsden, O.T Dusek, W.G
Shellabear, J. Crawford, A.M Skinner
 Kedudukan bahasa Melayu mula tergugat selepas Perang Dunia ke-2 apabila
kerajaan Inggeris mula menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar dan
bahasa rasmi.
 William Marsden (1875-1836)
 Pegawai Syarikat Hindia Timur yang berkhidmat di Sumatera. Karya beliau
termasuklah
 A Dictionary Of Malayan Languange
 A Grammar Of Malayan Languange
 R.O Winsted (1878-1966)
 Pegawai pemerintah Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura. Karya beliau
termasuklah:
 The Malay Grammar (1914)
 A Practikal Modern malay-English Dictionary
 An Unabbridged English Dictionary
 R.J Wilkinson (1867-1941)
 Malay-English Dictionary (1901)
 An Bridge Malay English- Dictionary(1914)
 A malay History Of Riau And Johor
 W. G Shellabear
 Catalogue Of Dictionaries, Vocabolaries, Grammars and Alphabets
 Grammar and Dictionaary Of Malay Languange
 Travels Of Marcopolo

Sumbangan Pertubuhan

(a) Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (1888-1941)

 Pakatan ditubuhkan di Johor Bahru yang diasaskan oleh Abdul Rahman Andak.
 Badan ini merupakan badan bahasa dan sastera yang terawal di negara ini.
 Pada 7 April 1934, pakatan ini dikenali dengan nama Pakatan Bahasa Melayu dan
Persuratan Buku-Buku Diraja, dengan tunjangan tahunan daripada Sultan Ibrahim.
 Tujuan penubuhannya untuk mengkaji dan menerbitkan buku-buku bahasa, sejarah
dan kebudayaan, serta menggalakkan orang Melayu menerbitkan karya untuk
memperkaya perbendaharaan sastera Melayu.
 Pakatan ini berjaya menerbitkan majalah Peredar, serta menerbitkan buku-buku,
antaranya Jalan Basa Melayu (1937), Buku Katan (1936-1937), Perihal Tanah Jawa
(1939), dan Peribahasa (1930).
 Selain itu, Pakatan turut mencipta istilah terjemahan, antaranya “setiausaha”
(secretary), “pejabat” (office) dan “kerja raya” (public works) yang digunakan hingga
sekarang.

(b) Pejabat Karang-Mengarang (1924)

 Pejabat Karang-Mengarang ditubuhkan di Maktab Perguruan Sultan Idris (1922),


hasil cadangan O.T. Dussek (Pengetua MPSI) dan Zainal Abidin Ahmad (Za’ba),
dengan pembiayaan oleh Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
 Pejabat beroperasi sehingga 1957 sahaja apabila peranannya diambil alih oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka.
 Badan ini lebih banyak menumpukan perhatian kepada penerbitan buku-buku
sekolah Melayu dan kegiatan menterjemah buku, di samping penerbitan buku-buku
umum.
 Sehingga 1941, Pejabat menerbitkan 85 judul buku teks sekolah.
 Sehingga 1957, Pejabat berjaya menerbitkan 64 judul buku terjemahan untuk
perpustakaan sekolah dan bacaan umum, antaranya Cerita-cerita Sherlock Holmes,
Sang Lomeri, Aladin dengan Lampu Ajaib, dan Cerita-cerita dari Istana Alhamra.
 Penterjemahan dilakukan oleh Abdul Kudus Muhammad, Abdul Rahman Yusof, Yazid
Ahmad dan Ahmad Murad Nasaruddin.
 Buku-buku bahasa yang diterbitkan ialah hasil tulisan Za’ba (lihat sumbangan Za’ba
di atas).

(c) Persaudaraan Sahabat Pena (Paspam) (15 April 1934)

 Penubuhannya lebih kurang semasa dengan penubuhan semula Pakatan Belajar-


Mengajar Pengetahuan Bahasa.
 Paspam berkembang di seluruh Tanah Melayu, Sarawak dan Brunei.
 Jumlah ahlinya mencecah 12,000 orang. Za’ba menjadi penasihat badan ini dari awal
sehingga terhenti pada sebaik sahaja pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1942).
 Tujuan penubuhannya untuk menggalakkan karang-mengarang dan baca-membaca
dalam bahasa Melayu, meluaskan pengetahuan sejarah, adat resam dan bahasa
Melayu, dan mahu menubuhkan perpustakaan untuk kegunaan ahli-ahlinya.
 Paspam telah mewujudkan Lembaga Bahasa (1938) yang berpusat di Batu Pahat
yang diketuai oleh Bahanan bin Yusuf.
 Lembaga ini merangka lapan tugas:
i. Menerbitkan buku-buku adat Melayu
ii. Menerbitkan sejarah negeri-negeri Melayu
iii. Menerbitkan kamus
iv. Membeli karangan-karangan
v. Menerbitkan almanak
vi. Menyatukan satu sistem ejaan yang tetap untuk ahli-ahli
vii. Mencipta istilah bahasa Melayu berdasarkan perkataan Inggeris.
 Walaupun begitu, Paspam hanya berhasil menerbitkan majalah bulanan, Pemberita
Pejabat Paspam (1938), dan dua buah almanak, Taman Paspam (1940 dan 1941).
 Paspam bukan sahaja bergerak untuk kepentingan bahasa dan kebudayaan, tetapi
kemudiannya turut terlibat dengan tujuan politik.
 Sahabat Pena (1949) tajaan Jaafar bin Haji Muhammad (Jimmy Asmara)
kemudiannya menggantikan Paspam.

(d) Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50)

 ASAS 50 ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 di Singapura dan didaftarkan pada tahun
1951. Antara pengasasnya ialah Muhammad Arif Ahmad (Mas), Kamaludin
Muhammad (Keris Mas), Hamzah Hussein, Jimmy Asmara dan Rosmera.
 Tujuan penubuhannya untuk memperjuangkan dan mempertinggi bahasa.
 Kebudayaan dan kesusasteraan Melayu.
 Ahli-ahli mempelajari dan menulis karangan-karangan sastera, pengetahuan dan
peradaban, mengadakan syarahan dan perdebatan tentang sastera dan bahasa.
 Karangan ahli-ahli diberikan bayaran yang sepatutnya dan dilindungi dari segi
undang-undang. Pertubuhan ini berjuang dalam bidang kesusasteraan dengan
konsep “Seni untuk Masyarakat”.
 ASAS 50 menggubah dan membaharui perkataan-perkataan untuk memperkaya
bahasa, dan turut menjayakan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu (KBPM) I
(Singapura: 12.4.1952), KBPM II (Seremban: 28.12.1953 hingga 2.1.1954) dan KBPM
III (Universiti Malaya, Singapura: 16 hingga 21.12.1958).
 Pertubuhan ini menyokong penggunaan tulisan Rumi sebagai tulisan bahasa Melayu
moden untuk memperkembangkan kesusasteraan Melayu dalam KBPM II,
membentangkan kertas kerja tentang ejaan dalam KBPM III, dan mencadangkan
sebuah badan bahasa seperti Balai Pustaka di Indonesia, yang kemudiannya
mewujudkan Dewan Bahasa dan Pustaka di Johor Bahru (1956).
(e) Dewan Bahasa dan Pustaka

 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru
sebagai sebuah jabatan kerajaan.
 Taraf itu ditukarkan kepada badan berkanun apabila Parlimen meluluskan Akta
Dewan Bahasa dan Pustaka (1959).
 Dengan itu, DBP mendapat autonomi untuk menggubal dasar-dasar yang khusus,
serta menyusun pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera menurut
kebijaksanaan sendiri. Badan ini terletak di bawah naungan Kementerian Pendidikan
Malaysia.
 Matlamat DBP mengikut Akta DBP 1959 adalah untuk:
i. Memperkembangkan dan memperkaya bahasa kebangsaan
ii. Memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan
iii. Mencetak dan menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan
buku, majalah, risalah dan bentuk-bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa
kebangsaan dan bahasa-bahasa lain
iv. Menstandardisasikan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah teknik yang
sesuai dalam bahasa kebangsaan.
 Perancangan dan pelaksanaan fungsi bahasa di DBP terletak di bawah Jabatan
Bahasa.
 DBP menjalankan penyelidikan ilmiah dari segi linguistik dan sosiolinguistik yang
dijadikan input dalam pembakuan dan pemantapan korpus bahasa, iaitu dari aspek
sebutan, ejaan, istilah, tatabahasa, laras bahasa dan gaya bahasa.
 Bagi aspek tatabahasa, misalnya, DBP menetapkan Tatabahasa Dewan sebagai buku
pegangan.
 Bahagian Peristilhan bertanggungjawab membina dan mengembangkan istilah untuk
memperkaya dan memperlengkap bahasa Melayu.
 Kerja-kerja pembinaan, penyelarasan dan pengemaskinian istilah dilaksanakan oleh
pelbagai jawatankuasa istilah.
 Jawatankuasa-jawatankuasa ini dinasihati Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (mulai
1975).
 Mereka menggunakan Pedoman Pembentukan Istilah (1975) hasil kerjasama dengan
Indonesia sebagai panduan membina istilah. Bank Istilah juga telah diwujudkan.
 Istilah-istilah yang dibina didokumentasikan ke dalam kamus istilah dan disebarkan
dari semasa ke semasa.
 Pada tahun 1991, telah dicipta hampir 400,000 patah istilah yang mencakupi lebih
300 bidang ilmu.
 DBP juga bertanggungjawab menyusun dan menerbitkan pelbagai jenis kamus.
 Kamus-kamus yang diterbitkan terdiri daripada kamus ekabahasa seperti Kamus
Dewan; kamus dwibahasa seperti Kamus Inggeris-Melayu Dewan; kamus umum
pelbagai bahasa seperti Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris-Bahasa Cina; kamus
istilah dalam pelbagai bidang sains asas, sains kemasyarakatan, dan lain-lain lagi,
contohnya Kamus Istilah Sains Am (1988); kamus khusus seperti kamus tentang
sinonim, dialek, etimologi, ungkapan, peribahasa, dan lain-lain lagi.; glosari seperti
Glosari Istilah Sains Nuklear (1993), dan tesaurus yang meliputi tesaurus umum,
tesaurus konsep, dan tesaurus bidang khusus.
 Sebagai badan pelaksana bahasa, DBP bertanggungjawab melaksanakan usaha
meningkatkan penguasaan, penggunaan dan pengembangan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pendidikan, dan bahasa budaya tinggi
kepada semua sektor pengguna bahasa Melayu.
 Tugas dijalankan dengan mengadakan pelbagai kegiatan penggalakan, pengawasan,
khidmat nasihat serta penyebaran maklumat bahasa baku melalui pelbagai media.
 Antaranya, telah dilaksanakan “Gerakan Cintailah Bahasa Kita” untuk sektor
pendidikan, awam, swasta dan masyarakat umum di peringkat pusat dan negeri.
 Kesimpulannya, DBP sebuah badan yang dipertanggungjawabkan sebagai pengemudi
dalam proses perancangan bahasa Melayu.
 Proses yang dijalankan ialah pengekodan, pemupukan, dan penilaian.
Bahasa Melayu Kuno
PENDAHULUAN

 Perkembangan bahasa Melayu pada abad ke-7 banyak dipengaruhi oleh budaya yang
datang ke Nusantara seperti budaya India.
 Dari segi sejarah, sebelum abad ke-7, ramai peniaga dan pedagang India(dari barat)
yang bertukar-tukar barang perniagaan dengan pedagang China (dari timur).
 Oleh itu, untuk memudahkan urusan, mereka singgah di Kepulauan Melayu.
 Budaya yang paling berpengaruh di Alam Melayu pada peringkat awal ialah budaya
India.
 Sebenarnya tarikh bermulanya pengaruh India di Alam Melayu tidak diketahui
dengan tepat.
 Pengaruh India ini bukan sahaja disebarkan oleh pedagang-pedagang India, tetapi
turut disebarkan oleh orang-orang Melayu yang pergi berdagang ke India.
 Kesan kemasukan pengaruh India yang paling ketara ialah penggunaan bahasa
Sanskrit.
 Bahasa Sanskrit merupakan bahasa kebudayaan yang terpenting di India.
 Segala hasil seni kesusasteraan klasik, ilmu pengetahuan, falsafah, dan agama ditulis
dalam bahasa ini.
 Melalui bahasa Sanskrit, bahasa Melayu telah mengalami evolusinya yang pertama.
 Banyak perkataan Sanskrit telah diterima masuk ke dalam bahasa Melayu.
 Bahasa Sanskrit bukan sahaja dipinjam untuk menyatakan sesuatu yang berkaitan
dengan bidang kebudayaan, kesenian atau agama, tetapi bahasa itu juga telah
mempengaruhi pelbagai cabang kehidupan.
 Misalnya, beberapa perbendaharaan kata Sanskrit telah digunakan untuk
menamakan bahagian tubuh badan, barang-barang perdagangan, alatperkakas,
tumbuh-tumbuhan, senjata dan ilmu pengetahuan.
 Ini mungkin disebabkan bahasa Melayu masih kurang perbendaharaan katanya
dalam menyatakan perkara-perkara tertentu atau berkemungkinan orang-orang
Melayu ingin menaikkan taraf bahasanya ke arah bahasa sarjana untuk menyatakan
idea-idea baharu yang tinggi-tinggi.
DEFINISI BAHASA MELAYU KUNO

 Menurut Nik Safiah Karim dalam bukunya iaitu ACE AHEADBAHASA MALAYSIA
(2008,13), bahasa Melayu kuno ialah bahasa Melayu yang berkembang di Nusantara
antara abad ke-7 sehingga abadke-13, iaitu pada zaman peralihan Hindu-Islam.
 Pada ketika itu, kerajaan yang berkuasa ialah kerajaan Sriwijaya.
 Sewaktu pemerintahan kerajaan Sriwijaya, bahasa Melayu berkemungkinan telah
menjadi bahasa pengantar kerajaan.
 Ini terbukti dengan terjumpanya empat buah batu bersurat yang ditulis dalam
bahasa Melayu kuno.
BAHAN BUKTI
1. Batu Bersurat di Kedukaan Bukit
 Batu bersurat ini bertarikh 605 tahun Saka (683M).
 Batu bersuratini telah diperoleh daripada sebuah keluarga Melayu yang menetap
diKampung Kedukaan Bukit pada 29 November 1920.
 Kampung ini terletak di tebing Sungai Tatang dalam wilayah Musi di bahagian barat
daya Palembang.
 Batu bersurat ini mengandungi sepuluh baris ayat.
 Ayat-ayat itu diukir di atas batu berbentuk bujur.
 Tulisan pada batu ini terpeliharadengan baik, kecuali tiga baris terakhirnya yang
tidak dapat dibaca keranatelah terserpih.
2. Batu Bersurat di Talang Tuwo
 Batu Bersurat Talang Tuwo ini bertarikh 606 tahun Saka (684M).
 Batu bersurat ini telah dijumpai oleh Residen Jambi, iaitu L.C. Westenekpada 17
November 1920 di sebuah kawasan yang bernama Talang Tuwo,di bahagian barat
daya Bukit Seguntang, iaitu lebih kurang lapan kilometer dari Palembang.
 Batu bersurat ini merupakan batu pasir yang di atasnyaterdapat 14 baris ayat yang
dipahat.
3. Batu Bersurat di Kota Kapur
 Batu bersurat ini bertarikh 608 tahun Saka (686M).
 Batu bersuratini telah ditemui oleh J.K. van Meulen pada tahun 1892 di Kota
Kapur,iaitu sebuah pekan di Pulau Bangka.
 Batu ini berbentuk tiang batu.Dipercayai batu ini telah dibawa ke Pulau Bangka,
kerana tidak ada batulain seperti itu di pulau tersebut.
4. Batu Bersurat di Karang Brahi
 Batu bersurat yang bertarikh 614 tahun Saka (692M) ini telah dijumpai pada tahun
1904 oleh seorang inspektor bernama L. Berkhout.
 Sewaktu dijumpai, batu ini digunakan sebagai lapik untuk membasuh kakidi sebuah
masjid di Jambi.
 Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Krom,didapati teks Batu Bersurat Karang
Brahi ini menyamai teks pada Batu Bersurat Kota Kapur, cuma teks pada Batu
Bersurat Karang Brahi inikurang dua baris daripada teks pada Batu Bersurat Kota
Kapur.
 Selain keempat-empat batu bersurat di atas, terdapat sebuah lagi batu bersurat yang
dijumpai di kawasan yang jauh dari Sumatera, iaitu di JawaTengah.
 Batu bersurat ini dijumpai di Gandasuli, iaitu di daerah Kedu,arah ke timur Gunung
Sundara.
 Bahasa yang terdapat pada Batu BersuratGandasuli ini amat rapat kaitannya dengan
keempat-empat batu bersuratyang ditemui di Sumatera.
 Batu-batu bersurat ini merupakan buktiterpenting tentang bahasa Melayu tertua
yang ditulis dalam bahasa Austronesia dan merupakan satu-satunya dokumen yang
memerikanpermulaan kerajaan Sriwijaya.
CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO
1. SISTEM TULISAN
 Dari segi penulisan, keempat-empat batu bersurat awal yangdijumpai semasa
pemerintahan kerajaan Sriwijaya ini menggunakan tulisan Palava, khususnya Palava
Kemudian.
 Tulisan Palava ialah sejenis tulisan India Selatan purba yangdigunakan untuk
penyebaran agama Hindu.
 Tulisan PalavaKemudian ini mempunyai prinsip tulisan yang sama tinggi.
 Selain tulisan Palava, tulisan lain yang digunakan dalambahasa Melayu kuno ialah
tulisan Kawi dan Nagiri
 Perkataan Kawi berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud penyair.
 Pada peringkat awal, tulisan Kawi ini ditulis pada daun lontar dankemudiannya
diubahsuai dan diukir pada batu.
 Tulisan Nagiri puladigunakan pada Batu Bersurat Gandasuli. Tulisan Nagiri ini
berasaldari India Utara.
2. KOSA KATA
 Berdasarkan keempat-empat batu bersurat yang dinyatakansebelum ini (tidak
termasuk batu Bersurat Gandasuli), terdapat kira-kira 283 patah perkataan daripada
50 baris teks yang tertera diatas batu-batu itu.
 Daripada 283 patah perkataan ini, 55.5 peratus merupakan kosa kata bahasa Melayu
atau bahasa Austronesia,manakala selebihnya kosa kata yang dipinjam daripada
bahasa Sanskrit.
 Bahasa Sanskrit sangat berpengaruh dalam bahasa Melayukuno kerana bahasa
Melayu pada ketika itu masih kekurangan kosa kata untuk mengungkapkan konsep-
konsep baharu.
 Konsep-konsep baharu ini dibawa oleh bahasa masyarakat yang membawa konsep
tersebut.
 Berdasarkan bentuk-bentuk perkataan dalam bahasaMelayu kuno, terdapat
beberapa bentuk yang menarik sifatnya.
a. Fonem semivokal w dalam bahasa Melayu kuno berubahmenjadi b secara konsisten
dalam bahasa Melayu moden.Contohnya:Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu
Moden
Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden
wuat Buat
wunuh bunuh
wanum bangun
watu Batu
wuah Buah
wuluh Buluh
b)Ketidakwujudan vokal e pepet dalam bahasa Melayu kuno.Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden


dangan dengan
tathapi tetapi
menghidupi menghidupi
marwangun membangun
lapas lepas

c) Perubahan fonem yang tidak konsisten. Contohnya, fonem uberubah menjadi o, iaitu
uram dalam bahasa Melayu kunoberubah menjadi orang dalan bahasa Melayu moden.
Tetapi utidak berubah menjadi o dalam lingkungan suku kata akhir tertutup. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden


wunuh bunuh
suruh Suruh
wuluh buluh

d) Dari segi morfologi, bentuk imbuhan dalam bahasa Melayukuno hampir sama dengan
bahasa Melayu moden. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa imbuhan yang sudah
tidakdigunakan lagi.
i. Awalan ni- dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi di- dalam bahasa Melayu moden.
Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden


ni tanam di tanam
ni makan di makan
ni suruh di suruh
ni bunuh di bunuh
ni sumpah di sumpah

ii. Awalan mar- dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi ber- dalam bahasa Melayu
moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden


mar lapas ber lepas
mar wuat ber buat

iii. Awalan par- dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi per- dalam bahasa Melayu
moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden


per wuat per buat
iv Awalan maka- tidak lagi wujud dalam bahasa Melayu moden.Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden


makagila menjadi gila
makasakit menjadi sakit

v Akhiran –a tidak lagi wujud dalam bahasa Melayu moden.Contohnya :

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden


datua datu
wuata buat

vi Akhiran –i sama seperti bahasa Melayu moden dan biasanyahadir bersama-sama imbuhan
awalan. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden


niujari diujari

e) Bunyi n dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi ny dalambahasa Melayu moden.
Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden


wuahna buahnya
wuatna buatnya
tatkalana tatkalanya

f) Bunyi h yang terdapat dalam bahasa Melayu kuno telahdilenyapkan dalam bahasa Melayu
moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden


sahaya saya
tuha tua
samuha semua

g) Terdapat konsonan yang dieja dengan aspirasi bh, ph, dh, kh,dan th akibat daripada
pengaruh bahasa Sanskrit. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden


bhumi bumi
dhuka duka
sukhacitta sukacita
h) Terdapat juga perkataan dalam bahasa Melayu kuno yang tidakdigunakan lagi pada hari
ini. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden


tuwi dengan
inan itu
tlu tiga
hulun/ulun orang gaji
sarak memisahkan diri
langit/makalangit memperdaya

i)Terdapat beberapa perkataan dalam bahasa Melayu kuno yangmasih kekal sehingga kini.
Contohnya: aku, ini, kayu, curi, sama, lagi, jadi,laki, ratus,naik, dua.
j) Sesetengah perkataan dalam bahasa Melayu kuno telahberubah maknanya dalam bahasa Melayu
moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden


kita kamu (pengertian mufrat)
kamu kamu (pengertian jamak)

You might also like