You are on page 1of 3

Artikel yang bertajuk ‘Kemahiran Asas Seorang Kaunselor’ diambil daripada Seminar

Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS). Artikel ini telah ditulis oleh Mohamed
Sharif Mustaffa, Roslee Ahmad dan Sulaiman Shakib Mohd Noor pada 14-15 Jun 2013. Artikel
tersebut telah pun diterbitkan secara online di alamat https://people.utm.my/nihra/files/2016/
03/KEMAHIRAN_ASAS_SEORANG_KAUNSELOR.pdf. Artikel ini berkait rapat dengan
kemahiran pemudahcaraan terhadap kaunselor dalam mengendalikan sesi kaunseling
kelompok. Kaunselor harus mempelajari dan memahami segala kemahiran yang diperlukan
dalam proses menolong klien mengikut kesesuaian masa dan tempat. Oleh itu, terdapat
beberapa kelebihan kemahiran pemudahcaraan kaunselor dalam kaunseling kelompok
berdasarkan artikel tersebut.

Antara kelebihannya ialah kemahiran menyoal. Penulis menyatakan bahawa


kesesuaian soalan yang dikemukakan akan membantu kaunselor dalam proses bimbingan
dan launseling. Sebagai contoh soalan jenis terbuka. Hal ini demikian kerana, menerusi soalan
terbuka, dapat menggalakkan pengembangan dan penerokaan kaunselor terhadap
penjelasan maklumat yang selanjutnya mengenai perkara yang dirundingkan serta memberi
peluang kepada ahli untuk bercakap. Dengan adanya kemahiran iniGT, kaunselor juga
memudahkan ahli kelompok memahami tentang perbincangan yang dilakukan dengan jelas
kerana soalan yang baik akan meransang pemikiran ahli untuk mengeluarkan pendapat
mereka. Bertepatan dengan pernyataan Abdul Rashid (2007) yang mengatakan bahawa
kemahiran menyoal memberi kaunselor maklumat dengan tepat, penerangan yang jelas dan
kepastian tentang tajuk yang dibincang antara ahli kumpulan. Jadi, jelaslah bahawa
kemahiran menyoal merupakan kemahiran pemudahcaraan dalam kaunseling kelompok.

Selain itu, kemahiran refleksi sama ada perasaan, pengalaman mahupun isi. Penulis
menyatakan refleksi yang baik menunjukkan sejauh mana kaunselor boleh membaca mesej
atau maklumat yang hendak disampaikan oleh ahli kelompok. Perkara ini membuktikan
bahawa kaunselor berusaha menerokai serta melihat pandangan atau permasalahan yang
dikemukakan oleh ahli. Hal ini disokong oleh Amir Awang (dalam Saporan Sipon, n.d) yang
menyatakan bahawa membuat refleksi dapat bertindak balas dalam menunjukkan kepada
klien megenai pemahaman kaunselor terhadap maklumat yang disampaikan melalui frasa dan
perkataan. Bahkan, refleksi yang baik akan mendorong ahli untuk menyatakan segala
pandangan dengan lebih mendalam. Menurut Ishamuddin (1999), persepsi klien terhadap
kaunselor memahami penyampaiannya akan menggalak klien untuk menyatakan segala
perasaannya dengan lebih lanjut sama ada positif serta negatif. Jadi, jelaslah bahawa
kemahiran refleksi merupakan kelebihan kemahiran pemudahcaraan kaunselor dalam
kaunseling kelompok berdasarkan artikel tersebut.

1
Di samping itu, kelebihan yang seterusnya ialah kemahiran konfrontasi. Menurut
penulis artikel ini yang berpendapat bahawa kemahiran ini merupakan adalah bertujuan
menunjukkan apa yang sedang berlaku pada diri klien serta membantu klien meneroka
bahagian yang sukar diteroka olehnya sendiri. Perkara ini disokong oleh Sapora Sipon (2011)
yang menyatakan bahawa tujuan kemahiran konfrontasi adalah untuk memberi ahli atau klien
satu pandangan dalam usaha meneliti diri melihat dirinya dengan lebih tepat. Konfrontasi yang
baik akan merangsang ahli untuk celik akal dan mendapatkan jalan penyelesaian yang betul.
Malah mendorong kaunselor memahamkan dan membentuk situasi yang sebenar dan betul
terhadap ahli kelompok. Dengan wujudnya situasi sebegini, ahli dapat mengubah persepsi
yang negatif kepada yang positif.

Banyak kelebihan yang diperolehi berdasarkan artikel tersebut. Namun begitu, tidak
dapat dinafikan bahawa setiap penulisan memerlukan penambahbaikan. Antara cadangan
penambahbaikan terhadap artikel ialah penulis perlulah mengemukakan dan
memperbanyakkan sokongan dan rujukan terhadap penulisannya. Hal ini kerana penulis
kurang dan tidak menyediakan kenyataan untuk menyokong hujah beliau yang menyebabkan
pembaca kurang yakin dengan hujah penulis. Menurut Kamarul (2016) yang menyatakan
bahawa pembaca akan ragu-ragu dengan olahan penulis kerana ketiadaan sokongan
daripada bahan bacaan atau kajian yang lain. Sebagai contoh, tiada sokongan yang
dikemukakan bagi mengukuhkan hujah penulis mengenai kemahiran refleksi pada muka surat
8 dan 9.

Selain itu, penambahbaikan yang lain ialah penulis haruslah menitikberatkan kedua-
dua aspek kemahiran pemudahcaraan iaitu kemahiran teknikal dan personhood. Hal ini
dikatakan demikian kerana, penulis lebih menekankan terhadap kemahiran teknikal seperti
kemahiran menyoal, kemahiran mendengar, kemahiran refleksi dan sebagainya. Justeru,
penulis haruslah menitikberatkan kedua-dua elemen dalam proses kaunseling. Hal ini kerana
menurut Berenda (n.d), demi kelancaran sesi kelompok, ketua kelompok perlu mengasah
kemahiran personhood dan teknikal. Jelaslah bahawa kedua-dua kemahiran personhood dan
teknikal perlu dititikberatkan.

Kesimpulannya, terdapat banyak kelebihan dan beberapa penambahbaikan yang perlu


ditingkatkan oleh penulis mengenai kemahiran kaunselor terhadap artikelnya serta meluaskan
lagi maklumat mengenai kaunseling supaya pembaca dapat memahami dan mendapat
pengetahuan yang lebih jelas mengenainya. Secara umumnya, kemahiran pemudahcaraan
terhadap kaunselor adalah amat signifikan untuk diaplikasi dalam sesi kaunseling dalam
melancarkan sesi tersebut supaya matlamat yang ditetapkan akan tercapai.

2
RUJUKAN

Abdul Rashid. (2007). Kemahiran Asas Menolong. Diakses pada 6 Mac 2019 dari
http://web.usm.my/mentor/papers/kemahiran_asas_menolong.pdf.

Brenda Hong. (n.d). Ulasan Kritis Terhadap Kaunseling Kelompok Guru Pelatih. Diakses
pada 10 Mac 2019 dari https://www.academia.edu/20349499/Ulasan_
Kritis_Terhadap_Kaunseling_Kelompok_Guru_Pelatih.

Ishamuddin Ismail. (1999). Panduan Asas Kaunselor Muslim. Kuala Lumpur: Aras Mega (M)
Sdn Bhd.

Kamarul Azmi. (2016). Memperkasakan Penulisan Bab dalam Buku dengan Standard
Penulisan Akademik Bidang Pendidikan dan Pengajian Islam. Diakses pada 9 Mac
2019 dari https://www.researchgate.net/publication/301624842_Memperkasakan_
Penulisan_Bab_dalam_Buku_dengan_Standard_Penulisan_Akademik_Bidang_
Pendidikan_dan_P engajian_Islam.

Mohamed Sharif Mustaffa., Roslee Ahmad & Sulaiman Shakib. (2003). Kemahiran Asas
Seorang Kaunselor. Diakses pada 7 Mac 2019 dari https://people.utm.my/nihra/files
/2016/03/KEMAHIRAN_ASAS_SEORANG_KAUNSELOR.pdf.

Sapora Sipon. (n.d). Kemahiran Asas Kaunseling. Diakses pada 7 Mac 2019 dari
https://www.scribd.com/doc/4657380/Kemahiran-Asas-kaunseling.

Sapora Sipon. (2011). Kaunseling kelompok. Negeri Sembilan: Universiri Sains Islam
Malaysia.

You might also like