You are on page 1of 9

CIRI-CIRI USAHAWAN

PENDAHULUAN

Usahawan adalah orang yg mampu melihat & menilai peluang-peluang perniagaan, menggabungkan
sumber-sumber serta mengambil tindakan bersesuaian demi memastikan kejayaan. Oleh itu,
usahawan merupakan penggerak dan pemangkin ekonomi negara. Di sini akan membincangkan
mengenai ciri-ciri yang berkaitan dengan usahawan yang berjaya. Usahawan adalah individu paling
yang dinamik dan lebih bersedia untuk berhadapan dengan ketidaktentuan dalam usaha mereka
untuk mengejar kejayaan. Ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki akan menjurus mereka untuk menjadi
lebih yakin serta lebih bersedia untuk merebut peluang serta berhadapan dengan cabaran.
Antara ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya ialah perlu
mempunyai rangkaian yang banyak dengan usahawan yang lain, perlu berani mengambil risiko, perlu
menjadi seorang pemerhatian yang teliti dengan pesekitaran dan perlu berwawasan. Selain itu,
seorang usahawan yang berjaya juga perlu mengetahui bahawa kegagalan adalah satu pilihan dalam
perniagaan. Malah untuk menjadi usahawan yang berjaya perlu keterbukaan budaya, berorientasikan
hasil dan kumpulan. Akhir sekali, usahawan perlu bersikap proaktif untuk berjaya dalam perniagaan

(A) Ciri-Ciri Usahawan


1.0 Rangkaian

Rangkaian merupakan satu peluang besar dalam menjadikan seseorang usahawan itu berjaya dalam
perniagaannya. Hasil daripada strategi rangkaian yang lepas menjadikan sumber untuk strategi yang
mendatang. Sekiranya seseorang usahawan mempunyai rangkaian yang baik maka, ini akan memberi
faedah yang besar dalam perniagaannya. Antara kelebihannya adalah dari sudut kemudahan
mencapai yang baik, reputasi yang baik yang boleh menjadi idola kepada usahawan yang lain. Di
samping itu, tidak mudah untuk seseorang usahawan meraih kejayaan tanpa bantuan daripada pihak
lain. Seorang usahawan yang berjaya perlu bijak dalam memilih individu yang bukan sahaja dapat
membantu perniagaan mereka pada masa ini, tetapi juga berpotensi untuk membantu mereka pada
masa akan datang juga.

Tan Sri Dato’ Dr. Tony Fernandes

Sebagai contoh usahawan yang mempunyai ciri rangkaian dalam perniagaan yang diusahakan olehnya
ialah Tan Sri Dato’ Dr. Tony Fernandes yang juga dikenali sebagai Tony Fernandes. Beliau merupakan
pengasas Tune Air Sdn. Bhd. yang memperkenalkan penerbangan tambang murah yang disegani di
Malaysia iaitu Air Asia dengan slogan “Now everyone can fly”. Dalam meraih kejayaan, beliau tidak
berseorangan kerana beliau telah dibantu oleh rakan baik beliau iaitu Datuk Kamarudin Meranum.
Tony Fernandes menyatakan hasrat beliau untuk menjadi seorang usahawan dan menubuhkan
syarikat penerbangan kepada rakan baiknya itu selepas tertarik dengan iklan sebuah syarikat
penerbangan tambang murah, Easyjet. Oleh hal yang demikian, kedua-dua sahabat baik tersebut
mengambil keputusan untuk mengeluarkan simpanan masing-masing dan berjaya mengumpulkan
sebanyak RM1 juta untuk dijadikan sebagai modal.

Tambahan pula, beliau turut meminta bantuan daripada Datuk Pahamin Abdul Rajab untuk
mendapatkan lesen penerbangan. Beliau pula telah membawa Tony Fernandes berjumpa dengan Tun
Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri pada ketika itu. Hasil perjumpaan tersebut,
lesen penerbangan berjaya diperoleh. Mengakui jasa Datuk Pahamin begitu besar dalam
merealisasikan impiannya menjadi kenyataan, beliau telah mempelawa Datuk Pahamin untuk
menjadi rakan kongsi beliau. Kerjasama yang ditunjukkan oleh Tony Fernandes dan rakan-rakan
kongsinya itu, mereka berjaya mengambil alih syarikat penerbangan AirAsia Sdn. Bhd. yang mana
syarikat tersebut diterapkan menjadi syarikat penerbangan tambang murah yang kini popular di
Malaysia. Seterusnya, Tony Fernandes juga menggunakan peluang rangkaian untuk melebarkan lagi
legasi perniagaannya dengan membentuk kerjasama di Thailand dan Indonesia di mana AirAsia
memegang 49% syer dalam kedua-dua syarikat penerbangan di negara tersebut. Ini telah membuka
peluang yang besar kepada AirAsia dalam meluaskan perniagaannya di rantau Asia malah hingga ke
peringkat global.

Oleh itu, jelaskan bahawa kejayaan seseorang usahawan itu tidak mungkin dapat di perolehi tanpa
bantuan daripada pihak lain. Melalui kerjasama kedua-dua pihak, sudah tentu masalah dapat dikongsi
dan diselesaikan secara bersama. Dalam situasi Tony Fernandes, kejayaan yang dikecapi oleh beliau
sekarang adalah hasil titik peluh beliau bersama rakan baiknya itu serta dari pihak-pihak
berkepentingan yang lain. Tanpa rangkaian dan hubungan yang terjalin, beliau mungkin tidak dapat
berdiri megah sebaris dengan usahawan yang berjaya pada era kini.

2.0 Pengambil Risiko

Usahawan merupakan seseorang individu biasa, namun yang membezakan usahawan adalah sikap
dalaman mereka sendiri. Mereka adalah jenis individu yang sanggup mengambil risiko dalam apa juga
keadaan demi sebuah kejayaan dalam hidupnya. Oleh itu, seorang usahawan seharusnya mempunyai
ciri pengambil risiko yang baik demi kejayaan dalam hidup. Sikap keberanian dalam mengambil risiko
perlu diserapkan dengan pengetahuan dan kefahaman mengenai cara menilai dan menangani risiko
terbabit. Beberapa tahun kebelakangan ini, pengurusan risiko semakin diberi penekanan dalam sudut
pengurusan perniagaan. Melalui kaedah tertentu, pihak pengurusan boleh menetukan sama ada
sesuatu risiko itu tinggi, sederhana atau rendah tahapnya, dengan itu bolehlah pihak pengurusan
syarikat mengambil tindakan bersesuaian dengan risiko terbabit.
Dato’ Seri Dr. Hasmizah Othman

Sebagai contohnya, usahawan yang sanggup mengambil risiko telah bersemadi di dalam diri Dato’
Seri Dr. Hasmizah Othman atau dikenali sebagai Dato’ Seri Vida merupakan pengasas kepada produk
terkenal Pamoga dan Qu Puteh. Beliau merupakan peneraju kepada syarikat produk kecantikan dan
kesihatan yang disegani dan menjadi ikon kepada anak muda yang ingin menceburi bidang
perniagaan. Namun, dugaan di awal permulaan karier beliau telah mematangkan dan menjadikannya
bijak dalam merebut peluang yang ada. Beliau dikatakan sanggup mengambil risiko dengan
menggandaikan apa sahaja yang dimikilinya seperti menjual aset yang ada bagi membuka syarikat
meskipun ketika itu negara di dalam kegawatan ekonomi. Dalam usaha untuk menempuh kejayaan
dalam bidang yang diceburi, seseorang usahawan itu perlu menempuh pelbagai cabaran dan risiko
yang tersendiri. Bagi Dato’ Seri Vida, niatnya untuk memulakan perniagaan dalam keadaan kegawatan
ekonomi, bukanlah penghalang kepada kejayaan sesebuah perniagaan, tetapi beliau seorang yang
bijak dalam pengambil risiko. Berbekalkan kesungguhan yang ada dalam diri, beliau kini mampu
berdiri megah sebaris dengan jutawan kosmetik yang lain.

Oleh itu, jelaslah bahawa kejayaan yang diraih oleh usahawan pada masa kini tidak datang bergolek
seperti orang mengantuk disorangkan bantal. Namun sekiranya ingin berjaya, mereka perlu
berbekalkan pengalaman, pengetahuan dan semangat ingin berjaya serta sanggup mengambil risiko
tidak kira masa mahupun tempat.

3.0 Pemerhatian

Usahawan yang berjaya adalah seseorang yang mampu berfikiran kreatif dan inovatif kerana mereka
perlu memerhati dengan teliti cabang-cabang peluang supaya boleh menjana idea atau langkah-
langkah ke arah tindakan untuk merebut peluang yang ada serta mampu menyelesaikan sesuatu
masalah dalam perniagaan. Usahawan yang berjaya dapat menganalisis persekitaran dan bijak dalam
merebut peluang. Melalui kaedah pemerhatian ini, usahawan mampu menilai dan membuat
keputusan dalam mengembangkan proses perniagaan yang dimiliki supaya mereka boleh terus
berjaya atau sekurang-kurangnya mampu bertahan dalam usaha mereka. Usahawan juga akan
menyesuaikan idea baru dengan keperluan masyarakat dan persekitaran dan akhir sekali berusaha
melakukan peningkatan kualiti idea.

Harsukhlal Maganlal Kamdar

Antara contoh usahawan yang gemar menggunakan pemerhatian dalam perniagaannya ialah
Harsukhlal Maganlal Kamdar. Beliau merupakan peneraju gedung pakaian Kamdar. Beliau memulakan
perniagaan dalam bidang import eksport tetapi diberhentikan akibat Perang Dunia Kedua. Selepas
itu, beliau sering menunggang basikal 20 hingga 30 batu sehari di sekitar Pulau Pinang bagi melihat
dan memerhati bidang perniagaan yang berpotensi. Kemudian beliau pergi ke Singapura bagi
menyertai perniagaan import eksport kain, sagu, kekacang, kain guni dan sebagainya. Beliau telah
bekerja dan mencari pengalaman selama tiga tahun di Singapura.

Pada tahun 1950, Harsukhlal telah membuka perniagaan yang diberi nama BA Lalaji dan kemudiannya
bertukar kepada BH Kamdar & Kamdar. Perniagaannya telah berkembang dan beliau turut membuka
kedai di Kuala Lumpur. Melalui pemerhatian beliau, Kuala Lumpur merupakan sebuah kawasan yang
berpotensi untuk menjalankan perniagaan dalam jangka masa panjang. Oleh itu, Harsukhlal telah
meninjau peluang untuk membuka cawangan yang lain di Kuala Lumpur dan kini Kamdar telah
meluas diseluruh pelosok Malaysia.

Oleh itu, usahawan ialah orang yang mempunyai keistimewaan tersendiri walaupun daripada menjadi
sebagai pemerhati, mereka dapat menghasilkan idea yang membawa manfaat kepada diri dan
masyarakat.

4.0 Berwawasan

Untuk maju kehadapan, setiap usahawan perlu berpandangan jauh dan sentiasa memiliki wawasan di
dalam diri. Usahawan seperti ini akan sentiasa melihat persekitarannya sama ada mereka di dalam
kawasan ancaman ataupun peluang kepada perniagaannya serta bijak dalam mengatasi apa sahaja
halangan dan sentiasa mengambil hikmah disebalik dugaan yang terjadi adalah satu cabaran dalam
hidup.
Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman

Antara contoh, usahawan juga merupakan orang yang banyak menyumbang kepada peningkatan
ekonomi dan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat. Salah seorang usahawan negara kita
yang sentiasa berfikiran jauh bagi mencapai matlamat penting sesebuah negara ialah Dato’ Alif
Syukri Kamarzaman. Beliau dahulunya hanya seorang penjual kosmetik di pasar malam dan kini
berkat keazaman dan matlamat yang tinggi untuk berjaya, akhirnya beliau berjaya membuka syarikat
kosmetiknya sendiri. Dalam era permodenan ini, Dato’ Alif mempunyai wawasan untuk menjadikan
sebuah syarikat “single level” yang dapat mngeluarkan produk kecantikan dan kesihatan luaran dan
dalaman yang berkualiti tinggi dan berkesan serta berkonsepkan semua orang mampu beli. Beliau
juga memiliki satu misi iaitu membantu wanita dan lelaki kelihatan lebih yakin dan bergaya.

Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa wawasan seseorang usahawa merupakan penyumbang
dalam sesebuah kejayaan dalam hidup. Dengan adanya wawasan, usahawan akan lebih berdaya maju
dalam merealisasikan impian mereka.

5.0 Kegagalan adalah satu pilihan

Usahawan yang berjaya adalah mereka yang tidak mudah kecewa dan putus asa apabila mengalami
kegagalan. Ini kerana disebalik kegagalan, mereka belajar untuk bangun semula. Kebanyakan
usahawan percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan berbanding kejayaan. Sebagai seorang
usahawan, mereka tidak akan dapat lari daripada pelbagai risiko kegagalan dalam perniagaan.
Namun, apa yang menguatkan semangat dalaman setiap usahawan adalah sifat keterbukaan dan
motivasi yang tinggi yang membuatkan mereka menganggap kegagalan adalah cabaran untuk terus
maju dalam perniagaan. Hal ini mereka akan belajar daripada kegagalan yang dihadapi dengan
membuat perubahan untuk bangun semula.
Aitthipat Kulapongvanich

Sebagai contoh usahawan yang berjaya selepas mengalami kegagalan ialah jutawan muda dari
Thailand iaitu Aitthipat Kulapongvanich. Beliau merupakan jutawan makanan segera rumpai laut yang
dinamakan ‘Toa Kea Noi’. Beliau pernah mengusahakan perniagaan menjual chestnut goreng dan
menjual pemain DVD namun beliau telah ditipu dan menyebabkan beliau mengalami kerugiaan yang
besar. Namun, kegagalan itu tidak pernah mematahkan semangat anak muda ini untuk terus
berusaha untuk berjaya dalam perniagaan rumpai laut kerana makanan seperti ini digemari ramai.
Setelah berjaya menghasilkan rumpai laut yang enak, beliau sekali lagi mengalami kegagalan untuk
memasarkan produk kerana beliau tidak memiliki kilang dan pembungkusan makanan beliau tidak
menepati standard yng telah ditetapkan. Pelbagai rintangan yang terpaksa beliau harungi, beliau
tidak patah semangat untuk cuba meningkatkan mutu produk beliau denagn membuat rekaan
bungkusan yang lebih menarik dan mencari bangunan terpakai untuk dijadikan kilang serta
mengambil beberapa orang pekerja dengan tujuan memperoleh kepercayaan daripada pihak Seven
Eleven untuk memastikan produk beliau dapat dipasarkan oleh syarikat tersebut. Kini usahawan
muda ini dapat tersenyum lebar kerana usaha beliau membuahkan hasil apabila Seven Eleven telah
menjual produknya di seluruh pelosok dunia.

Hal ini menunjukkan bahawa kegagalan bukanlah penghalang untuk mencapai apa sahaja yang
dihajati, namun apa yang diusahakan selepas mengalami kegagalan adalah titik fokus yang perlu
dititikberatkan.

6.0 Keterbukaan budaya

Usahawan yang berjaya haruslah memiliki ciri keterbukaan budaya dalam mengendalikan sesebuah
perniagaan. Keterbukaan budaya membawa maksud usahawan boleh menerima pandangan dan
pendapat orang lain serta persekitaran sekeliling di dalam organisasi perniagaannya. Sifat
keterbukaan ini akan mempengaruhi setiap aspek dalam membuat keputusan yang bijak dalam
perniagaan. Dalam membuat keputusan, usahawan perlulah mengambil kira setiap sudut faktor
dalaman dan luaran organisasi dan menggunakan strategi-strategi pengaruh bagi mewujudkan
kepintaran dan kecekapan rangkaian yang lebih meluas.
Mark Zuckerberg

Antara usahawan yang mengamalkan ciri keterbukaan budaya dalam perniagaannya ialah Mark
Zuckerberg juga memiliki ciri-ciri keterbukaan budaya. Beliau merupakan salah seorang pengasas
Facebook. Melihat komunikasi adalah perkara yang paling penting di era ini, maka beliau telah
membina “messenger” untuk membantu orang-orang yang berhubung dengan orang yang mereka
mahu dan berkongsi apa yang mereka mahu. Melalui perspektif kerajaan, Mark Zuckerberg percaya
bahawa ianya boleh membawa ketelusan dan kejujuran untuk dialog dalam persekitaran yang boleh
membawa kepada pemerkasaan rakyat. Tambahan pula, dengan memberi kuasa kepada manusia
untuk berkongsi, menukar buah fikiran dan suara mereka dapat didengar oleh pihak kepentingan
terhadap apa sahaja isu, maka pihak tersebut akan menjadi lebih responsif terhadap sekeliling.

Oleh itu, sifat keterbukaan budaya sangat penting dalam diri usahawan supaya mereka lebih bersifat
peka terhadap persekitaran dan membuahkan idea yang mantap hasil daripada gabungan dari pihak-
pihak lain.

7.0 Berorientasikan Hasil

Usahawan yang berorientasikan hasil sentiasa menitikberatkan mutu setiap kerja yang dilakukan yang
dapat memberi kelebihan daya saing daripada pesaing serta dapat mendatangkan hasil yang lebih
lumayan. Melalui ciri usahawan yang berorientasikan hasil, mereka akan berusaha menghasilkam
produk yang berkualiti yang mampu memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan serta berdaya
maju.
Tan Sri Loh Boon Siew

Setiap usahawan mesti memiliki pandangan jauh mengenai peluang yang mampu menjadikan wang
kepada mereka. Hal ini kerana mereka lebih tercenderung dengan melihat hasil yang diperoleh yang
membuatkan mereka berani bertindak dan tidak gentar dengan apa jua cabaran dan risiko yang
didatangi. Seperti yang kita sedia maklum, Honda merupakan syarikat yang dimiliki oleh jurutera dan
usahawan motokar terkenal dari Jepun iaitu Soichiro Honda. Di Malaysia terdapat seorang usahawan
yang berjaya menaikan nama Honda iaitu Tan Sri Loh Boon Siew dengan menubuhkan syarikat
miliknya iaitu Boon Siew Honda. Beliau telah berjaya mengeluarkan motosikal jenama Honda dan
menepati citarasa pengguna di negara ini. Idea untuk menjual motosikal Honda di Malaysia telah
tercetus sewaktu beliau bercuti di Jepun di mana beliau tertatik dengan motosikal Honda yang belum
pernah ada di Malaysia. Di awal penjualan, beliau hanya menjual motosikal tersebut kepada rakan-
rakannya sahaja tanpa mengambil sebarang untung kerana tujuan beliau adalah ingin
memperkenalkan motosikal jenama Honda di negara kita. Pada 1963, motosikat Honda menjadi
kenderaan yang paling diminati dan berkat kesungguhan di dalam sikap yang berorientasikan hasil,
kini motosikal jenama Honda mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga hari ini.

Oleh hal yang demikian, usahawan yang memiliki ciri berorientasikan hasil mampu mencipta kejayaan
kerana mereka sentiasa bertekad dan berusaha untuk merealisasikan impian yang terlintas difikiran.

8.0 Berorientasikan Kumpulan

Usahawan yang mempunyai ciri berorientasikan kumpulan akan lebih mudah dalam menguruskan
perniagaan beliau kerana mereka lebih berupaya untuk menjalankan perniagaan dengan lancar dan
sistematik di mana mereka sering di kelilingi oleh kumpulan yang memiliki pelbagai kepakaran dalam
memajukan syarikat. Usahawan perlu bijak dalam mengagihkan pekerja dalam beberapa kumpulan
mengikut kepakaran dalam menjalankan tugas masing-masing dalam satu kumpulan.

Datuk Wan Mohammad Sani Salleh

Apabila menyentuh soal keusahawanan yang bergiat aktif di dalam bidang pengangkutan, Datuk Wan
Mohammad Sani Salleh merupakan Pengarah Urusan Sani United Sdn. Bhd. (SUBS) ini terukir pada
bas berwarna merah yang acap kali menjadi pilihan pengguna bas. Beliau juga telah menjadikan
sahabat karibnya iaitu Datuk Sharifuddin sebagai insprirasi dan pembakar semangat untuk terus yakin
melangkah ke alam keusahwanan. Datuk Sharifuddin juga merupakan pendorong kuat kepada beliau
untuk menceburi di dalam bidang keusahawanan berasaskan automotif ini. Di awal pembukaan
perniagaan, beliau bersama dua orang rakan kongsi memulakan perniagaan ini. Namun, rakannya
telah membuat keputusan untuk tarik diri dari perniagaan. Pada saat itu, beliau merasakan keadaan
begitu sukar kerana terpaksa bertindak seorang diri tanpa sebuah kumpulan yang kuat. Berkat
kesabaran dan semangat yang tinggi beliau telah berjaya bangkit daripada keseorangan sehingga
beliau berjaya memiliki 150 kakitangan sendiri. Walaupun memiliki ramai pekerja, beliau sering
menerapkan semangat berpasukan dan kerja berorientasikan kumpulan apabila beliau sememangnya
sangat menitikberatkan soal kelancaran kerja yang dijalankan oleh pihak pentadbiran dan kerja
kakitangan beliau. Dalam konteks ini, dapat disimpulkan untuk berjaya seseorang usahawan itu tidak
hanya mendongak ke langit tetapi perlu berkerjasama dengan orang bawahan demi kepentingan
perniagaan. Ini kerana tanpa orang bawahan siapalah kita yang mampu berdiri megah di dalam
bidang keusahawanan.

9.0 Proaktif

Usahawan yang proaktif akan berpandangan jauh dan sentiasa berusaha untuk melakukan inovasi
terhadap perniagaannya. Proaktif bermaksud sikap positif yang merangka dan mengawal tindakan
yang dilakukan lebih awal daripada jangkaan yang bakal berlaku. Sebagai usahawan yang berjaya,
sikap ini sangat penting dan perlu dipratikkan di dalam perniagaan. Sebagai usahawan, mereka perlu
cepat dan bijak dalam meragka strategi perniagaan supaya sebarang kesilapan dalam operasi
perniagaannya dapat diperbetulkan secepat mungkin.

Steve Jobs

Antara contoh usahawan yang memiliki ciri yang proaktif ialah Steve Jobs. Pada Mei 1998, beliau
telah memperkenalkan iMac iaitu produk inovatif di mana industry PC sangat terperona kerana reka
bentuk yang canggih dan menarik. Beliau juga memberi perhatian kepada pengalaman pelanggan
untuk membuat inovasi pasa sesuatu produknya. Pada 28 Mei 2003, Steve Jobs telah
memperkenalkan iTunes kepada dunia iaitu sebuah kedai muzik dalam talian yang membolehkan
pelanggan untuk mencari, membeli dan memuat turun muzik dengan membeli secara talian dengan
hanya 99 sen untuk setiap lagu tanpa yuran langganan. Hasil sikap proaktifnya, beliau telah berjaya
merealisasikan impian orang lain dan diri sendiri. Oleh hal yang demikian, ini jelaslah bahawa
usahawan perlu memilik ciri yang proaktif supaya dapat terus kekal dan berdaya maju di dalam
bidang perniagaan. Setiap usahawan percaya bahawa setiap permulaan perniagaan itu memerlukan
pengorbanan dan risiko yang tersendiri. Namun, dengan perancangan yang rapi dan strategi yang
tepat, maka mereka dapat meraih kejayaan dalam masa yang singkat.

You might also like