You are on page 1of 1

2.2.

1 TEORI KREATIVITI PAUL TORRANCE

Torrance berpendapat bahawa tahap kreatif boleh diukur dan kemahiran


berfikir secara kreatif seharusnya ditingkatkan melalui amalannya di
dalam PdP (Torrance, 1974). Torrance dikenali sebagai “Bapa Kreativiti”
kerana beliau sangat berdedikasi terhadap kerjanya untuk meningkatkan
pembangunan personaliti kreatif dalam pendidikan. Beliau juga sangat
aktif dalam meneroka pemikiran kreatif. Jadual 2.1 menunjukkan ciri-ciri
personaliti yang berkaitan dengan kreativiti seperti dalam jadual berikut:

Jadual 2.1

Ciri-Ciri Personaliti yang berkaitan dengan Kreativiti

Berani dalam sabitan (convinction)


Ingin tahu, mencari
Bebas dalam pertimbangan
Bebas dalam pemikiran
Intuitif (mengikut gerak hati)
Memberi tumpuan terhadap tugas
Tidak mudah menerima sebegitu sahaja
Berwawasan, idealistik
Mahu mengambil risiko
(sumber: Torrance 1974)

Berdasarkan ciri-ciri personaliti di atas dapatlah disimpulkan


bahawa seseorang yang kreatif merupakan seorang yang berani,
mempunyai sifat ingin tahu, berfikiran terbuka, sanggup mengambil risiko,
bermotivasi tinggi dan suka meneroka.

You might also like