You are on page 1of 2

Perkataan ‘tamadun’ berasal daripada kata terbitan maddana yang bererti pemilihan

sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesuatu kawasan


hingga menjadi suatu perbandaran. Perkataan maddana juga membawa pengertian
hidup dalam suasana kehidupan orang bandar dan menikmati kehidupan yang maju (Mustafa
et al., 1990). Menurut Mustapha Kamal Ahmad Kassim dan Zahiah Haris @Harith (2012).
Perkataan tamadun telah melahirkan beberapa perkataan lain yang
dapat menjelaskan lagi maksud yang diungkapkan. Dalam dunia penulisan Arab,terdapat
beberapa istilah yang pernah digunakan selain istilah tamadun itu sendiri,antaranya
madaniyyah,umran,hadharah dan thaqafah (Abdul Rahim et al., 1995).Manakala
Beg (1980) menjelaskan sebelum kemunculan perkataan tamadun, sudah
ada tiga perkataan lain yang pernah digunakan, iaitu madaniyyah ,umran, dan hadharah.Dari
sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang dirujuk dalam konteksTamadun Islam.
Antara istilah-istilah tersebut ialah ‘Madaniah’, ‘Tamadun’, dan ‘Hadarah’.
Ibn Khaldun (2006) menjelaskan Tamadun Islam sebagai pencapaian manusia
yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga
dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan
mempunyai nilai-nilai syumuliah.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972) juga telah memberikan takrifan Tamadun
Islam sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan
tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Ini bermakna, Tamadun
Islam tidak didirikan atas peranan atau kepentingan sesuatu bangsa, budaya atau bersifat
kebangsaan semata-mata. Tamadun Islam didirikan dan didukung sama ada oleh bangsa
Arab, Turki, Parsi, India, Sepanyol, Melayu dan sebagainya yang dianggap saling melengkapi
atau dikenali sebagai kesatuan ummah dan berpegang kepada unsur penyatuan iaitu konsep
tauhid (meng-Esakan Allahs.w.t.). Manakala golongan minoriti bukan beragama Islam yang
bernaung di bawah pemerentahan Islam dianggap sebagai penyumbang kepada pencapaian.
Tamadun Islam. Antara sumbangan golongan minoriti bukan Islam ialah menterjemahkan
buku-buku daripada tamadun-tamadun sebelum Islam ke dalam bahasa Arab dan sumbangan
dalam bidang pengkhususan tertentu yang dianggap tidak bertentangan dengan prinsip-
prinsip Islam.Tamadun Islam ialah manifestasi ajaran agama yang bersumberkan Al-Quran
dan Sunnah berbeza dengan tamadun Barat yang bersumberkan fahaman kebendaan atau
materialisme. Islam bukanlah agama yang lahir daripada perkembangan tamadun tetapi Islam
itu sendiri melahirkan tamadun yang berteraskan sumber ajaran Islam. Tamadun Islam lahir
di Makkah dan berkembang di Madinah seterusnya tersebar ke
Kufah,Basrah,Damsyik,Fustat,Baghdad,Wasit,Cordova,Geneva dan seantero dunia.

Tamadun Islam mencapai zaman kegemilangan di bawah asuhan dan bimbingan


Rasulullah sehingga lahirnya zaman kegemilangan Islam setelah kewafatan baginda. Salah
satu tamadun yang umat Islam banggakan sehingga ke hari ini ialah zaman pemerintahan
Sultan Muhammad Al-Fateh yang menakluki kota Konstantinopal dan telah merealisasikan
hadis sabdanya Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq.
“Konstantinopal (kini Instanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-
baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (HR imam Ahmad). Sultan Muhammad
Al-Fateh adalah pemimpin yang wajar kita semua sebagai umat Islam contohi dan teladani.
Kisah baginda patut dijadikan sumber motivasi kepada kita semua terutama golongan muda.
Oleh itu, kami ingin menjadikan tema Tamadun Islam ini sebagai kajian projek kami.
Sungguhpun begitu, generasi pada masa kini semakin memandang sepi terhadapnya kerana
tahap kesedaran mereka terlalu rendah. Sepatutnya, mereka harus menyedari bahawa sejarah
Islam ini perlu dipelihara kerana kisah ini mempunyai seribu satu makna di sebaliknya.
Semoga dengan kajian ini dapat menyedarkan dan memberi sumber pengajaran kepada kita
semua.

You might also like