You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH Bil 1/

2018

Tarikh : 5 November 2018


Masa : 11.45 pagi
Tempat : Bilik Guru, SK Krait

Kehadiran :
1. En. Tony anak Kumundan (Guru Besar)
2. Pn. Angela anak Manjang (Guru Penolong Kanan 1)
3. En. Mohamed Ziyadi b. Mohd Rashedi (Guru Penolong Kanan HEM)
4. En. Donny anak Lapis (Guru Penolong Ko-kurikulum )
5. Pn. Shirley ak Valentine (Guru Prasekolah)
6. Pn. Betty Tan (Guru)
7. Pn, Khatijah bt. Muhammad (Guru)
8. Pn. Marina ak Luat (Guru)
9. En. Cyprian ak Logon (Guru)
10. En. Andrew ak Ambrose (Guru)
11. Cik. Joyce ak Robert (PPM)

Agenda :
1. Ucapan alu-aluan daripada Guru Besar, En Tony ak Kumundan.
2. Penerangan borang pendaftaran yang diterima untuk kemasukan Tahun 2019
oleh Guru Prasekolah.
3. Pemilihan murid—murid yang berjaya mendapat tempat pada tahun 2019.
4. Hal-hal lain.

1. Ucapan Guru Besar


 Mengalu-alukan kedatangan AJK Pemilihan Murid Prasekolah bagi sesi 2019.

2. Penerangan Borang Pendaftaran Kemasukan Prasekolah bagi sesi 2019 oleh


Guru Prasekolah
 Pn. Shirley memberitahu berapa borang pendaftaran yang telah di terima iaitu 22
kemasukan baru dan lama untuk murid berumur 5 dan 6 tahun.
 Meminta ahli-ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah untuk meneliti
setiap borang pendaftaran.
 Memilih borang pendaftaran yang telah lengkap di isi.

3. Pemilihan Murid-murid yang Berjaya pada sesi 2019


 Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah Tahun 2019 membuat pemilihan
akhir bagi setiap permohonan yang telah di terima.
 Setelah di teliti, ke semua borang pendaftaran yang telah lengkap di isi
memenuhi syarat-syarat kemasukan murid bagi sesi 2019.
 Oleh itu, ke semua 22 murid berjaya mendapat tempat untuk belajar di Sekolah
Kebangsaan Krait, Serian, Sarawak.

4. Hal-hal lain
 Kerosakan yang terdapat di prasekolah.
 Penambahbaikan infrastruktur luar prasekolah iaitu penutup longkang dan taman
permainan prasekolah.
 Mengecat mural prasekolah untuk persediaan persekolahan tahun depan.

5. Ucapan Penangguhan
 Pengerusi iaitu Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada guru atas
kerjasama yang diberikan dalam melicinkan perjalanan mesyuarat. Beliau
berharap agar guru bersikap komited dan menanamkan semangat keseronokan
bekerja semasa menjalankan tugas.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.55 tengah hari hingga ke tarikh yang akan
dimaklumkan kemudian.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................... .........................................
(PN. SHIRLEY ANAK VALENTINE) (EN. TONY AK KUMUDAN)
Guru Prasekolah, Guru Besar,
SK Krait, Serian, SK Krait, Serian,
Sarawak. Sarawak.

You might also like