You are on page 1of 4

Laporan Industri Getah (Penanaman Semula) Ordinan 1952

Laporan ini telah ditulis kepada Pejabat Setiausha Perak yang berada di Ipoh. I ditulis
oleh pegawai kawasan bernama J.Love yang berada di Kinta Land Office. Dengan merujuk
kepada memo 6) di Pk.Sec. (G) 583/195, 53 borang permohonan di bawah skim telah
dikemukakan.Borang ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada pejabat di Ipoh.
Mengikut memo tersebut sebanyak 20 borang telah disyorkan untuk diluluskan manakala yang
selebihnya sebanyak 30 lagi telah disyorkan untuk ditolak. Untuk memudahkan rujukan, aplikasi
skim ini telah disusun dalam dua kumpulan, satu ditandakan untuk kelulusan dan yang lain
ditandakan untuk keengganan. Terdapat lebih lagi permohonan skim yang akan dihantar kepada
pejabat setiasusaha tetapi yang selebihnya masih di Ulu kinta dan sedang diproses. Permohonan
tersebut akan dihantar terus apabila proses-proses untuk menyiapkan permohonan telah selesai.

Permohonan-permohonan ini adelah merupakan peruntukan dana untuk penanaman


semula getah kepada pekebun pekebun kecil yang berhak mendapat dana daripada tabung b.
Mereka ini berhak untuk mendapat dana yang ade sebelum skim yang terperinci ini dibuat
semula dan diperhalusi. Bagi tujuan skim permohonan ini ia akan ditadbir oleh 8 orang
pentadabir yang merupakan 5 orang ahli lembaga Industri Getah (penanaman semula). Mereka
ini adelah orang yang telah dilatik bawah seksyen 4 Ordinan (2) (b). Bersama ini mereka juga
akan bekerjasama dengan Economi Affair dan juga seorang wakil daripada seorang mukim yang
merupakan daripada kerajaan.

Suatu penyelesaian akan dibuat termasuk perbincangan bersama menteri besar bagi
meluluskan dana jumlah kumpulan yang akan diberi kepada kerajaan negeri. Hasil daripada itu,
kesimpulan akan dibuat mengikut jumlah yang paling sesuai bagi membuat pendahuluan kepada
pemegang amanah bagi tujuan penanaman semula getah. Permohonan ini juga merupakan wang
awal kerajaan negeri sebelum mendapat dana daripada skim oleh kerajaan. Sebarang pejanjian
lain tidak akan dibuat sehingga mendapat kelulusan daripada kerajaan.

Selain itu, menurut laporan Menteri Besar atau Persuruhjaya Residen haruslah
bekerjasama dengan memberikan kelulusan kepada mereka yang layak dalam melibatkan diri
mereka dalam projek dana ini. Berikut merupakan antara perkara yang tidak boleh dilakukan
daripada pegawai mukim kerajaan di dalam keterlibatan dalam projek ini. Setiap perkara
hendaklah didahului oleh permohonan bertulis, dan hendaklah dibuat pada pihak berkuasa
bertulis Menteri Besar atau Pesuruhjaya Residen atau pegawai yang diberi kuasa olehnya secara
bertulis sebelum sesuatu perkara dilakukan, Segala jumlah amaun dan apa-apa pendahuluan
hendaklah ditentukan dengan jawapan yang dikeluarkan oleh para pengelola atau untuk kes
tertentu. Para pengelola iklan boleh meletakkan apa-apa syarat dan mengeluarkan apa-apa arahan
sebagaimana yang difikirkannya berpatutan., Akhirnya, Menteri Besar atau Pesuruhjaya Residen
tidak boleh membuat pendakwaan selain daripada mengikut syarat atau arahan dari pihak atasan.

Laporan Industri Getah (Penanaman Semula) Ordinan 1952 (Perlaksanaan Skim)

Skim ini direka untuk memberi bantuan interim kewangan dan memberikan galakan
kepada para peniaga yang telah membuat beberapa kemajuan dalam penanaman semula pada
tahun 1952. Hal ini adelah bagi yang menggembleng pengisytiharan penambahbaikan yang
lebih banyak, selain sama sekali tidak menjejaskan bantuan membatalkan mana-mana projek
skim yang lain. Walaubagaimanapun, skim 2 juga merupakan projek dalam proses dan berada
dalam draf untuk dilaksanakan pada januari 1953 pula. Skim 1 akan diperbesarkan terlebih
dahulu dan muncul idea untuk menggabungkan kedua-dua skim dan menjadikan projek skala
yang lebih besar.

Pada oktober 1952 di dalam nota skim 1 kemungkinan satu kecualian akan dibuat dimana
tanah yang dipegang dibawah nama getah yang telah ditebang semasa zaman jepun pemohon
untuk iklan iklan sekurang-kurangnya mempunyai matlamat jelas denagn menamakan kawasan
itu dan membuat semua persiapan untuk menanam bibit benih mereka mengikut tarikh yang
ditetapkan. Bantuan yangdiberikan adelah tidak melebihi satu pertiga daripada tanah getah yang
dimiliki oleh pemohon semen, dengan syarat bahawa orang yang memiliki enam ekar atau
kurang boleh memohon bantuan berkenaan dengan ape-ape jumlah ekar tanah sehingga 3 ekar
tanah. Kelayakan untuk Mengambil bahagian adelah seperti berikut semua orang akan layak
mendapat bantuan dari Replanting Fund Pekebun Kecil (Dana B) yang boleh mematuhi Ordinan
Dana Perindustrian Industri (Penanaman Semula) Seksyen 10 (1) (b) iaitu pemilik harta yang
mana mempunyai tanah akan ditanam getah.

Seterusnya bagi permohonan borang, borang permohonan salinan yang dilampirkan


hendaklah dibekalkan kepada Pegawai Daerah. Benda pertama yang diminta untuk menyediakan
jumlah yang mencukupi dari bekalan mereka sendiri sekurang-kurangnya ke pejabat sub-daerah,
Jabatan Pertanian dan Usaha Kecil Pekebun Getah (jika ada), Bagi memudahkan lagi boring
permohonan bagi petani kecil untuk memohon boleh ditulis dalam Bahasa Jawi dan Bahasa Cina.

Permohonan mestilah disiapkan dan dikembalikan ke Pejabat Daerah hal ini kerana
pejabat tanah yang akan mengesahkan pernyataan dan permohonan mengenai tajuk pemohon,
nombor lot, keluasan, dan rekod keluarga. Pemeriksaan dilakukan oleh Pegawai Daerah sendiri,
iaitu merupakan Pegawai Penyelesaian. Selepas permohonan telah diperiksa, tanah dah diperiksa
dan cadangan Pegawai Daerah dibuat, mereka hendaklah mendapat kelulusan daripada mana-
mana pegawai yang telah ditetapkan oleh Menteri Besar atau Pesuruhjaya Residen pula. Untuk
hal ini mereka bertanggungjawab menyelaras langkah penanaman semula di atasnya bagi pihak
dalam negeri.

Penyelesaian Kerajaan pada 31hb. Disember, 1952. para pengarah harus untuk
meneruskan permohonan yang diterima oleh mereka. Skim kepada pekebun kecil dibuat secepat
yang mungkin jika bayaran telah dilakukan. Segala peruntukkan yang diperlukan dimasukkan ke
dalam skim untuk menampung kes-kes yang tidak dijangka dan tidak dapat dilihat oleh para
pentadbir.

You might also like