You are on page 1of 1

Apakah itu vitamin C?

Vitamin C, juga dikenali dengan nama saintifiknya – asid askorbik, adalah sejenis vitamin larut air. Ia
tidak disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan – sebarang lebihan akan dikumuh melalui air
kencing. Sesetengah haiwan berkeupayaan menghasilkan vitamin C tetapi manusia perlu
mendapatkan vitamin ini daripada makanan atau suplemen kesihatan yang diambil secara oral.

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik vitamin C:

 Buah-buahan: Jambu batu, betik, buah sitrus (seperti oren dan limau gedang), kiwi dan
strawberi.
 Sayur-sayuran: brokoli dan tomato.

** Fakta: Sebiji buah jambu batu mengandungi 206 mg vitamin C manakala sebiji oren dengan
saiz sederhana mengandungi 59-83 mg vitamin C
Kepentingan vitamin C

Vitamin C adalah penting untuk pelbagai fungsi fisiologi seperti pembentukan kolagen – sejenis
protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah. Selain itu, vitamin C
juga dikenali sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang
disebabkan oleh radikal bebas.

Manusia yang kekurangan vitamin C, tidak boleh menggantikan kolagen di dalam badan mereka.
Dengan itu, pelbagai jenis tisu dalam badan menjadi rosak dan ini membawa kepada penyakit skurvi
(gusi yang bengkak berdarah dan kemerahan, penyembuhan luka lambat serta kehilangan gigi). Pada
masa kini, kekurangan vitamin C dan skurvi adalah jarang berlaku. Gejala kekurangan vitamin C
hanya berlaku jika pengambilan vitamin C adalah kurang daripada kira-kira 10 mg / hari untuk
beberapa minggu.

You might also like