You are on page 1of 2

Kepentingan Vitamin C

Vitamin C adalah penting untuk pelbagai fungsi fisiologi seperti


pembentukan kolagen – sejenis protein yang memberikan struktur kepada
tulang, rawan, otot dan saluran darah. Selain itu, vitamin C juga dikenali
sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel daripada
kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Manusia yang kekurangan vitamin C, tidak boleh menggantikan kolagen di


dalam badan mereka. Dengan itu, pelbagai jenis tisu dalam badan menjadi
rosak dan ini membawa kepada penyakit skurvi (gusi yang bengkak
berdarah dan kemerahan, penyembuhan luka lambat serta kehilangan gigi).
Pada masa kini, kekurangan vitamin C dan skurvi adalah jarang berlaku.
Gejala kekurangan vitamin C hanya berlaku jika pengambilan vitamin C
adalah kurang daripada kira-kira 10 mg / hari untuk beberapa minggu.

Faedah Kesihatan

Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa vitamin C mungkin berkesan


untuk:

Selesema. Vitamin C adalah suplemen kesihatan yang popular untuk


selesema. Namun, semakan pelbagai kajian berkaitan vitamin C mendapati
tiada bukti bahawa vitamin C adalah berkesan untuk mencegah selesema.
Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin C secara tetap boleh
mengurangkan tempoh dan keterukan selesema. Malangnya, penggunaan
vitamin C selepas jangkitan selesema tidak mempunyai kesan yang sama.

Kanser. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi


daripada buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko
mendapat kanser tetapi vitamin C daripada suplemen kesihatan tidak
membawa manfaat ini.

Masalah penglihatan golongan tua (Age – related macular degeneration;


AMD). Satu kajian besar yang melibatkan golongan tua dengan AMD
mendapati kumpulan yang mengambil vitamin C dengan zink, vitamin E,
beta karotena dan copper lebih lambat kehilangan penglihatan (advanced
AMD) berbanding mereka yang tidak mengambil suplemen kesihatan
tersebut di atas.

You might also like