You are on page 1of 1

Home > Ubat & Anda > Fakta Ubat > Produk Suplemen: Vitamin

Produk Suplemen: Vitamin


37

Pengenalan

Vitamin merupakan sejenis elemen mikro nutrien yang


diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi oleh tubuh badan
bagi menjalankan fungsi badan secara normal.

Vitamin lazimnya boleh didapati melalui pengambilan pelbagai


makanan yang seimbang seperti hati, daging, ikan, bijirin,
kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain daripada
sumber makanan, vitamin juga boleh diambil dalam bentuk
dosej farmaseutikal bagi memenuhi keperluan harian setiap
individu.

Produk vitamin yang terdapat di pasaran boleh didapati dalam


pelbagai bentuk sediaan, seperti kapsul dan tablet. Terdapat
juga sediaan dalam bentuk tablet untuk dikunyah (chewable)
atau tablet yang dilarutkan dalam air (effervescent) bagi
memudahkan pengambilan vitamin bagi individu yang
mengalami kesukaran untuk menelan kapsul atau tablet.
Sediaan multivitamin juga terdapat di pasaran bagi
memudahkan pengambilan vitamin dan mineral mengikut
keperluan harian.

Fungsi vitamin

Secara umumnya, vitamin bertindak untuk membantu enzim


agar dapat menjalankan tindak balas kimia tertentu dalam
tubuh badan. Pengambilan vitamin yang berbeza dapat
membantu dalam perkembangan tisu badan, pengawalan
metabolisma badan serta mengekalkan kesihatan kulit, mata,
gigi dan tulang.

Vitamin perlu diambil dalam kuantiti yang mencukupi bagi


mengelakkan penyakit tertentu. Kekurangan vitamin boleh
menyebabkan penyakit seperti skurvi (akibat kekurangan
vitamin C), riket (akibat kekurangan vitamin D), pellagra (akibat
kekurangan vitamin B3), beri-beri (akibat kekurangan vitamin
B1) dan sebagainya.

Jenis-jenis vitamin

Vitamin boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu vitamin larut


air dan vitamin larut lemak. Berikut disenaraikan jenis-jenis
vitamin dan contohnya:

Vitamin larut air Vitamin larut lemak

Vitamin B1 (thiamine)

Vitamin B2 (riboflavine)

Vitamin B3 (niacin)
Vitamin A
Vitamin B5 (panthothenic acid)
Vitamin D
Vitamin B6 (pyridoxine)
Vitamin E
Vitamin B7 (biotin)
Vitamin K
Vitamin B9 (folic acid)

Vitamin B12 (cyanacobalamine)

Vitamin C (ascorbic acid)

Dos

Keperluan dos vitamin yang diambil adalah berbeza bagi setiap


individu bergantung kepada jantina dan umur serta perlu
mengambil kira sekiranya individu tersebut mempunyai
masalah kesihatan tertentu, sedang hamil atau menyusukan
anak.

Sebagai contoh, bagi individu yang mengalami masalah tulang


seperti osteoporosis, keperluan pengambilan vitamin D adalah
lebih tinggi berbanding dos yang disarankan bagi membantu
penyerapan kalsium ke dalam tulang serta menguatkan tulang.
Wanita yang hamil pula memerlukan dos asid folik yang lebih
tinggi bagi mengelakkan neural tube defect, iaitu kecacatan
pada tulang belakang dan sistem saraf pada bayi dalam
kandungan.

Jadual berikut menerangkan dos yang disarankan serta dos


maksima yang dibenarkan dalam sehari bagi orang dewasa
secara amnya mengikut jenis vitamin:

Dos yang disarankan Dos maksima yang dibenarkan


Vitamin
dalam sehari dalam sehari

A 3000 IU 5000 IU

B1 1.2 mg 100 mg

B2 1.3 mg 40 mg

B3 14 mg 15 mg

B5 5 mg 200 mg

B6 1.3 mg 100 mg

B7 0.03 mg 0.9 mg

B9 0.4 mg 0.9 mg

B12 0.024 mg 0.6 mg

C 90 mg 1000 mg

D 600 IU 1000 IU

E 22.4 IU 800 IU

K 0.09 mg 0.12 mg

Kesan sampingan

Pengambilan vitamin hendaklah tidak melebihi dos maksima


yang disarankan bagi mengelakkan sebarang kesan
sampingan. Secara umumnya, vitamin larut lemak boleh
memberi kesan sampingan berbanding vitamin larut air kerana
vitamin larut lemak lazimnya disimpan dalam tisu badan dan
hati serta menyebabkan toksisiti dalam jangka masa panjang.

Bergantung kepada jenis vitamin, pengambilan vitamin yang


melebihi dos maksima yang dibenarkan dalam sehari boleh
menyebabkan kesan sampingan seperti loya, sembelit, sakit
kepala, sakit pada bahagian abdomen, keletihan, kekeliruan,
penglihatan menjadi kabur dan sebagainya.

Langkah Berjaga-Jaga

Pastikan anda membaca label pada produk suplemen


vitamin untuk mengelakkan pengambilan dua atau lebih
produk yang mengandungi vitamin yang sama.

Jangan ambil vitamin melebihi dos yang telah ditetapkan


seperti pada label ubat.

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah kesihatan


atau sedang mengambil ubat-ubatan tertentu, maklumkan
kepada doktor atau berbincanglah sebelum mengambil
sebarang produk suplemen vitamin atau suplemen
kesihatan lain bagi mengelakkan interaksi ubat.

Dapatkan rawatan doktor dengan segera sekiranya anda


mengalami simptom toksisiti akibat pengambilan vitamin
dalam dos berlebihan.

Rujukan

1. Micromedex

2. MIMS Gateway Service Portal

3. Institute of Medicine : Recommended Dietary Allowances


and Adequate Intakes, Vitamins (2011)

4. Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan : Drug


Registration Guidance Document (First Edition, Jan 2013)

5. WebMD : Vitamins and Supplements Lifestyle Guide


(www.webmd.com, 2013)

Semakan Akhir : 16 Disember 2013

Penulis : Hazlin bt. Othman

Related Articles
Aktiviti Penguatkuasaan Bahagian Perkhidmatan
Farmasi
Teknik Penggunaan Alat Semburan Hidung
Adik, ubat bukan gula-gula

Related Videos

Media Sosial: Gara – Gara Media Sosial

You Are What You Eat

Remaja Digital: Gaya Hidup Sihat

Tarikh Kemaskini
26 Februari 2021

Notis Hakcipta
Hakcipta Terpelihara ©2005-2021 Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia

Paparan Terbaik
Menggunakan Internet Explorer 10 ke atas atau Mozilla Firefox 40 ke
atas atau Google Chrome 40 ke atas atau Safari 4 ke atas dengan
resolusi melebihi 1024 x 768 dan ke atas.

Bilangan Pengunjung
127,138,240 sehingga 31 Disember 2020

" # $ !
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Pengguna |
Jaminan Kualiti %

You might also like