You are on page 1of 2

TUTORIAL 1 MINGGU 1

Jawab semua soalan yang berikut ;


1. Perincikan konsep yang berkait dengan negara bangsa seperti yang disenaraikan di
bawah;
a) Negara - Sebuah yang mempunyai sempadan wilayah yang jelas dan diakui oleh
Negara lain di seluruh dunia ini.
b) Penduduk – Sekumpulan orang yang menetap secara kekal (stabil) di dalam sesebuah
Negara.
c) Bangsa - Warganegara. Di setiap Negara, walaupun mungkin berbeza keturunan
dan budaya antara masyarakat, akan tetapi masyarakat di Negara
tersebut menganggap dirinya secara kolektif satu bangsa yang berdaulat
dan bertanggungjawab memelihara Negara dan kedaulatan politik
mereka tersebut bersama.
d) Kerajaan - Sesuatu pihak yang boleh menentukan aturan-aturan social di dalam
Negara dan bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan awam.

2. Nyatakan berserta huraian lima persoalan yang sering dibincangkan dalam mesyuarat
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC).

CLC dibentuk sbg usaha membaiki ketegangan etnik Melayu-Cina semasa Darurat
Lima Persoalan / Lima Agenda CLC (Era Konflik 1945-1960)
I. Wajarkah matlamat akhir semua komuniti ialah pembentukan bangsa Malayan
yang bersatu?
II. Apakah yang dimaksudkan dengan kedudukan istimewa orang Melayu?
III. Wajarkah semua warganegara Persekutuan tanpa mengira bangsa, mempunyai
persamaan status, peluang dan keutamaan?
IV. Apakah kriteria yang wajar dijadikan kelayakan untuk terbentuknya nasionaliti
Malayan?
V. Apakah yang perlu dilakukan oleh persatuan-persatuan komuniti Malayan untuk
mencapai matlamat bersama mereka?
3. Jelaskan tiga dasar kerajaan yang diperkenalkan selepas tercetusnya konflik antara
kaum pada 13 Mei 1969.
Dasar Selepas 13 Mei 1969
i. Rukun Negara 31 Ogos 1970
Rukun Negara merupakan Ideologi Negara (lima prinsip):
 Kepercayaan kepada Tuhan
 Kesetiaan kepada raja dan Negara
 Keluhuran perlembagaan
 Kedaulatan undang-undang
 Kesopanan dan kesusilaan

ii. Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971


DEB bermatlamat :
 mengurangkan dan membasmi kemiskinan rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum (dgn cara meningkatkan pendapatan & menambah peluang pekerjaan
kpd rakyat Malaysia).
 mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi
memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi agar dpt mengurang serta
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi kaum.

iii. Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971


Dasar yang diperkenalkan sbg garis panduan identity Negara dalam kalangan
dunia antarabangsa (berkait dgn usul yg diluluskan dalam Kongres Kebudayaan
Kebangsaan 1971).

4. a) Huraikan tiga prinsip yang mendasari Dasar Kebudayaan Kebangsaan.


 Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini
 Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima
 Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan
Kebangsaan
b) Kenal pasti dan bincangkan dua kesan tidak langsung daripada perjuangan CLC.
Kesan CLC (Akhirnya Pembentukan Negara Malaysia)
 Penubuhan RIDA. (Lembaga Kemajuan Luar Bandar dan Industri)
 Konsep tawar-menawar antara etnik menerusi model CLC telah diteruskan dalam
bentuk kerjasama perti-parti berasaskan etnik seperti UMNO, MCA & MIC.
 Rundingan kemerdekaan juga dilakukan dalam kerangka “tawar-menawar etnik”

You might also like