You are on page 1of 15

<FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI>

<SEMESTER SEPTEMBER/ TAHUN 2016>

<BBPP1103>

<PRINSIP PENGURUSAN>

NAMA : <NURUL FARHANA BT. MOHD ASDI>

NO. MATRIKULASI : <940902125612001>

NO. KAD PENGNEALAN : <940902125612>

NO. TELEFON : <011 1056 4175>

E-MEL : <Farhana12hgy@gmail.com>

PUSAT PEMBELAJARAN : <PUSAT PEMBELAJARAN KOTA MARUDU>


1.0 Pengenalan
1.1 Sejarah ringkas penubuhan sekolah

Sekolah ini dinamakan SK. Popok. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1965. Sekolah ini
hanya bermula daripada sebuah bangunan di atas tapak asasnya. Penubuhan sekolah ini hasil
daripada kesungguhan serta ketekunan oleh beberapa ketua kampung di sekitar sekolah ini.
Antara ketua kampung yang terlibat adalah Encik Balansing bin Novunsing dari Kampung
Kampar, Encik Mondori bin Dumpivau dari Kampung Parong, Encik Mojimbun bin Tangka dari
Kampung Mangkupa serta Encik Aping bin Akil dari Kampung Popok.

1.2 Jenis sekolah dan perkhidmatan


Sekolah yang dipilih merupakan sekolah kebangsaan dimana menyediakan perkhidmatan
pendidikan untuk kebaikan masyarakat.

1.3 Tempat sekolah

Alamat sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Popok, Peti Surat 291, 89108, Kota Marudu,
Sabah, Malaysia.

1.4 Bangunan sekolah dan tenaga pengajar


Organisasi sekolah yang dipilh ini terdiri daripada sepuluh bangunan pada masa kini. Antaranya
adalah pejabat guru, kantin, bangunan kelas tahun satu sehingga tahun enam, dewan pentas,
makmal komputer, bangunan tadika dan rumah guru. Sementara bagi bilangan kakitangan
mengajar pula berjumlah 28 orang. Bagi dalam pihak pengurusan pula mempunyai empat orang
bertanggungjawab. Manakala bilangan kakitangan bukan mengajar mempunyai lima orang yang
bertugas. Bagi jumlah pelajar pula mempunyai seramai 372 orang.

2.0 Jenis-jenis persekitaran pembuatan keputusan


Terdapat tiga jenis persekitaran pembuatan keputusan:

i. Pembuatan keputusan dalam keadaan kepastian


ii. Pembuatan keputusan dalam keadaan ketidakpastian
iii. Pembuatan keputusan dalam keadaan berisiko

2.1 Pembuatan keputusan

Pembuatan keputusan merupakan proses dalam memilih suatu penyelesaian daripada beberapa
alternatif. Pembuatan keputusan boleh ditakrifkan sebagai proses mengenal pasti masalah yang
wujud, menjana pelbagai pilihan penyelesaian, memilih penyelesaian yang terbaik dan
melaksanakan keputusan yang dibuat atau proses memilih satu penyelesaian daripada beberapa
alternatif  yang ada.

2.2 Jenis-jenis persekitaran pembuatan keputusan beserta contoh (dari organisasi


sekolah)

2.2.1 Pembuatan keputusan dalam keadaan kepastian

Dalam keadaan ini, pembuat keputusan mendapat maklumat yang lengkap bagi memudahkan
untuk membuat keputusan. Pihak atasan mampu meramalkan sesuatu dengan keadaan yang pasti
dalam situasi yang akan berlaku pada masa hadapan. Dengan mengetahui situasi yang akan
terjadi pada masa hadapan, keputusan dihasilkan oleh setiap keputusan alternatif yang dapat
ditentukan dengan pasti. Keputusan alternatif ini yang dihasilkan dapat memberi kesan dengan
pemilihan keputusan terbaik dan dapat dilaksanakan.

Misalnya, disebabkan sekolah kekurangan dana dalam menyediakan buku rekod mengajar, hasil
keputusan bersama telah dibuat dengan hanya menggunakan fail dalam saiz kertas A4.
Kebanyakan pelajar menginginkan keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik, oleh itu,
keputusan dibuat dengan mengadakan kelas tambahan yang dijalankan.

2.2.2 Pembuatan keputusan dalam keadaan ketidakpastian

Manakala, pembuat keputusan dalam keadaan ini tidak mempunyai sebarang maklumat yang
dapat membantu dalam pembuatan keputusan. Pembuat keputusan tidak dapat mengetahui
dengan pasti peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang. Pembuat keputusan juga tidak
dapat meramal setiap keputusan alternatif yang dihasilkan. Oleh itu, pembuat keputusan terpaksa
menggunakan langkah berdasarkan pengalaman dan budi bicara dalam membuat sesuatu
keputusan.
Contohnya, dalam organisasi sekolah yang dipilih, diperhatikan, terdapat sebahagian pelajar
tidak menghadirkan diri ke sekolah selama beberapa hari. Oleh itu, pihak sekolah telah membuat
keputusan bagi menarik minat pelajar dengan membuat aktiviti membina taman bunga agar
sekolah lebih menarik. Aktiviti membina taman bunga belum dibuktikan lagi bagi pelajar
disebabkan tiada sebarang maklumat sebelum, namun demikian, pihak sekolah tetap
melaksanakannya. Selain itu, pihak sekolah juga telah melakukan aktiviti dengan memberikan
pendedahan kepada pelajar dengan menyangkan wayang Bahasa Inggeris bagi meningkatkan
minat pelajar dalam pembelajaran.

2.2.3 Pembuatan keputusan dalam keadaan berisiko

Kebanyakan pihak atasan beroperasi dalam keadaan berisiko seperti ini. Pembuat keputusan
mempunyai maklumat, namun maklumat tersebut adalah tidak lengkap. Pembuat keputusan tidak
dapat begitu pasti keadaan yang akan terjadi pada masa hadapan. Dengan maklumat yang
minimum, ini hanya akan memberikan sedikit petunjuk dan meramalkan apa yang akan berlaku.
Tidak kira keadaan itu akan berlaku atau sebaliknya, ia tidak dipastikan. Pada amnya, sesuatu
keadaan itu hanya boleh diandaikan berlaku berdasarkan maklumat diperolehi serta peratusan
kebarangkalian yang akan berlaku.

Sebagai contoh, organisasi yang dipilih ini, iaitu sekolah, telah membuat keputusan dalam
keadaan berisiko. Pihak sekolah telah buat keputusan berisiko dengan memulakan sekolah
seawal jam enam pagi. Ini menyebabkan terdapat segelintir pelajar datang lambat ke sekolah.
Keputusan dalam mengadakan kelas tambahan di waktu petang juga berisiko. Ini kerana
segelinitir pelajar tidak datang ke kelas tambahan yang diadakan. Selain itu, kebanyakan pelajar
menginginkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Oleh itu, pihak sekolah membuat
keputusan dengan mengupah guru pakar dari luar. Ini berisiko disebabkan ketidakpuasan hati
ibubapa dimana membayar wang kepada pihak sekolah bagi mengupah guru dari luar.

3.0 Analisis langkah-langkah pembuatan keputusan rasional

Membuat keputusan yang rasional boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang sistematik dalam
mentakrifkan masalah, menilai alternatif keputusan dan memilih alternatif keputusan terbaik
sedia ada.
i. Mentakrifkan masalah – Langkah pertama dalam membuat keputusan rasional ialah
mengenal pasti masalah. Pada peringkat ini, pengurus perlu mengenal pasti masalah
dihadapi, punca masalah dan cara untuk menyelesaikannya. Sebagai contoh, pejabat
guru telah menghadapi masalah kerja tertangguh. Apa diselidiki, masalah berpunca
daripada kekurangan komputer di pejabat. Dengan ini, pihak pengurusan bersetuju
menyediakan lebih banyak kemudahan komputer bagi kegunaan pejabat.
ii. Mengenal pasti kriteria keputusan - Selepas mengenal pasti kriteria keputusan,
seterusnya, dalam membuat keputusan rasional bagi mewujudkan kriteria keputusan.
Kriteria keuputsan adalah ciri-ciri yang akan diambilkira semasa membuat keputusan.
Contoh dengan menyediakan kemudahan komputer, pihak pengurusan perlu
mengambilkira kriteria keputusan dengan pemilihan komputer baru. Antara faktor
kriteria keputusan adalah harga, kualiti. Keserasian dan waranti.
iii. Memperuntukkan pemberat untuk setiap kriteria - Selepas mengenal pasti kriteria,
seterusnya, satu kaedah biasa digunakan bagi tujuan ini ialah dengan membuat
perbandingan relatif. Dalam kaedah ini, setiap kriteria dibandingkan secara langsung
antara satu sama lain. Ini bagi mengenal pasti kriteria mana paling utama dan kurang
penting. Oleh itu, keputusan yang dibuat disusun mengikut keutamaan. Ini berbeza
bagi seseorang individu. Misalnya, faktor kualiti mengikut susunan.
iv. Menjana penyelesaian-penyelesaian alternatif – Seterusnya adalah untuk
menghasilkan penyelesaian alternatif sebanyak mungkin. Semakin banyak alternatif,
maka semakin baik prosesnya.
v. Menilai alternatif-alternatif – Dalam langkah ini, setiap alternatif dibandingkan
dengan setiap kriteria keputusan. Ini bagi menetapkan sejauh mana altenatif
keputusan yang ada. Selalunya, peringkat mengambil masa lama disebabkan
maklumat perlu dikumpulkan terlebih dahulu sebelum perbandingan boleh dibuat
serta melibatkan kos yang besar.
vi. Memilih keputusan optimum – Langkah terakhir adalah memilih penyelesaian yang
terbaik.

Langkah-langkah untuk membuat keputusan rasional


Pembuatan keputusan rasional merupakan membuat keputusan berdasarkan fakta, pendapat dan
sebab-sebab munasabah. Dalam organisasi sekolah ini, organisasi ini telah memilih jenis
persekitaran keputusan dalam kepastian, ketidakpastian dan keputusan berisiko.

Penjelasan yang lebih mudah ialah pengurus atau pemilik dalam organisasi seklah ini mengambil
langkah-langkah yang rasional, tepat dan berkesan dalam beberapa situasi antaranya untuk

i. Menggerakkan organisasi secara berkesan. Perkara ini merangkumi bagaimana


arahan-arahan pihak pengurusan dapat difahami dan dilaksanakan oleh ahli-ahli
organisasi.

ii. Menangani atau mengatasi masalah yang dihadapi organisasi. Dalam situasi ini
sering berlaku ahli-ahli organisasi dari kalangan pelaksana dasar organisasi itulah
yang dapat mengenal pasti jika ada masalah yang timbul dalam organisasi.
Lazimnya di kalangan mereka diwujudkan sub pengurusan bagi membuat
keputusan berdasarkan pengalaman, kekananan dan kepakaran.

iii. Meningkatkan produktiviti dan keberhasilan organisasi mahupun ahli-ahli


organisasi itu sendiri.

3.1 Pembuatan keputusan yang dipilih oleh organisasi sekolah (Pembuatan keputusan
dalam keadaan kepastian)

Dalam organisasi sekolah kebangasaan ini, pembuatan keputusan yang dipilih merupakan
pembuatan keputusan dalam keadaan kepastian. Pihak sekolah telah memilih keputusan yang
optimum dengan menggunakan fail dalam saiz kertas A4 bagi menggantikan buku rekod
mengajar dengan kekurangan dana pihak sekolah. Pihak sekolah telah memilih penyelesaian
alternatif yang tebaik dengan mengadakan kelas tambahan bagi pelajar yang menginginkan
meningkatkan keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik.

4.0 Penambahbaikkan terhadap pembuat keputusan di dalam organisasi sekolah


Kualiti dalam sesuatu keputusan boleh diperbaiki dengan kaedah bagi menggunakan peraturan
dan ujian tertentu dalam proses pembuatan keputusan.

Pembuatan keputusan boleh diperbaiki dengan menggunakan peraturan dan ujian tertentu. Bagi
peraturan dalam pembuatan keputusan merupakan satu set kriteria yang perlu dilengkapkan bagi
membolehkan sesuatu penyelesaian alternatif itu diterima.

a. Menggunakan peraturan dan ujian tertentu

Terdapat dua jenis peraturan dalam pembuatan keputusan adalah seperti berikut:

i. Peraturan keutamaan
ii. Peraturan syarat minimum

i. Peraturan keutamaan

Bagi peraturan keutamaan ini, semua kriteria keputusan akan disusun mengikut keutamaannya.
Suatu alternatif yang baik mestilah memenuhi kriteria paling penting, diikuti dengan kriteria
kedua penting dan seterusnya. Alternatif terbaik adalah alternatif dapat memenuhi banyak
kriteria-kriteria penting.

Sebagai contoh, pihak sekolah telah merancang untuk mengadakan aktiviti perkhemahan bagi
pelajar yang berminat. Kriteria yang telah dipertimbangkan dan disusun menurut keutamaan
adalah seperti berikut:

- Lokasi perkhemahan mestilah selamat – Seperti tempat perkhemahan jauh dari pokok
yang mudah tumbang, tiada binatang buas berdekatan tempat perkhemahan serta tempat
perkhemahan yang sesuai.
- Tempat perkhemahan perlulah rata, landau dan tidak berbatu
- Tempat perkhemahan juga perlu berdekatan dengan sumber air dan elektrik
- Bagi kos tapak sewa perkhemahan, tidak melebihi RM200 semalam

ii. Peraturan syarat minimum


Bagi peraturan syarat minimum, kadangkala, pihak penngurusan mesti membuat keputusan
seperti memberi jawapan ya atau tidak dan terima atau tolak. Dalam keadaan ini, pembuat
keputusan perlu menetapkan syarat minimum yang perlu dipenuhi oleh setiap penyelesaian
alternatif bagi membolehkan ianya diterima.

Contohnya, sebelum pihak pengurusan mengadakan atau tidak kelas tambahan, pihak
pengurusan perlu menetapkan syarat permohonan bagi mendaftar dalam kelas tambahan.
Pihak terlibat mungkin akan menetapkan beberapa syarat minimum seperti:

i. Mengikut subjek yang diambil


ii. Tahap pembelajaran dalam kelas harian sebelum ini
iii. Pendapatan tahunan keluarga tidak melebihi RM2,000

b. Pelbagai ujian pemboleh ubah

Terdapat keadaan memerlukan pembuat keputusan menilai kesan-kesan pelaksanaan pelbagai


alternatif pada masa sama. Kadangkala, kombinasi ini memberikan hasil yang optimum.
Penilaian dibuat melalui pelaksanaan beberapa ujian pemboleh ubah.

Sebagai contoh, pihak disiplin sekolah sedang merangka satu strategi bagi meningkatkan
disiplin baik kepada pelajar agar setiap pelajar dapat mengamalkan disiplin dan tabiat yang
baik dalam kehidupan seharian. Antara strategi alternatif yang telah dirancang bagi
mengelakkan pelajar tidak menghadirkan sekolah atau kelas, antaranya, memberikan markah
demerit dimana boleh menyebabkan bayaran denda dan buang sekolah, memberikan surat
amaran serta menambahkan seri kepada sekolah bagi menarik minat pelajar datang ke
sekolah. Selain itu, pihak disiplin juga boleh memberikan kata motivasi bagi pelajar sering
datang ke sekolah. Pihak disiplin juga boleh memberikan hadiah kepada pelajar bagi yang
datang awal ke sekolah.

Dari segi kekemasan diri, pihak disiplin boleh juga memberikan hadiah kepada pelajar bagi
menggalakkan pelajar mengutamakan kebersihan. Bagi isu membuang sampah merata tempat
pula, pihak sekolah perlu menyediakan bakul sampah ke setiap tempat yang dikunjungi
pelajar selalu. Untuk menggalakkan membuang sampah tempat betul juga perlu menandakan
bakul sampah agar kelihatan lebih jelas.
4.1 Batasan-batasan dalam pembuatan keputusan dalam keadaan kepastian

Secara amnya, pembuatan keputusan akan menjadi lebih baik pembuat keputusan mengikut
semua langkah yang telah dibincangkan sebelum ini dengan teliti. Namun begitu, kadang-kadang
terdapat halangan-halangan yang boleh mengelirukan pembuat keputusan tersebut.

Sebagai contoh, faktor kewangan juga boleh menjadi satu halangan dalam membuat keputusan.
Andai kata kewangan adalah terhad; mungkin tidak semua penyelesaian alternatif dapat
dipertimbangkan. Selain itu, batasan masa juga merupakan satu lagi faktor dalam membuat
keputusan yang optimum. Ini akan menyekat penyelesaian alternatif yang sedia ada. Kesemua
batasan-batasan ini akan menyukarkan pengurus dalam membuat keputusan yang terbaik.

Menurut Williams (2000), secara amnya, proses batasan dalam pembuatan


keputusan boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

(a) Kesilapan umum;


(b) Kerasionalan terbatas
(c) Persekitaran berisiko.

a. Kesilapan umum dalam pembuatan keputusan

Kebanyakan keputusan pengurusan dipengaruhi oleh naluri pengurus. Ini biasanya terjadi kepada
pengurus yang berpengalaman. Keadaan ini mungkin berlaku kerana isu yang perlu diselesaikan
adalah serupa dengan situasi yang pernah berlaku sebelumnya. Pengurus-pengurus yang
bergantung kepada intuisi mempunyai kecenderungan untuk mengabaikan maklumat daripada
data yang sedia ada. Akibatnya, keputusan yang dibuat tidak berdasarkan fakta dan sebab
musabab.

Kadangkala, pengurus-pengurus juga membuat keputusan yang berat sebelah. Ini terjadi apabila
seseorang pengurus menganggap sesuatu isu yang akan berlaku pada masa hadapan adalah sama
dengan perkara yang pernah dialaminya sebelum ini.
b. Kerasionalan terbatas
Kerasionalan terbatas bermakna pihak pengurus cuba mengambil pendekatan dalam pembuatan
keputusan tetapi dihalang oleh batasan-batasan tertentu.
Antara empat masalah yang menghalang pihak pengurus daripada keputusan yang rasional ialah:
i. Sumber terhad – Sumber-sumber terhad boleh mempengaruhi dalam membuat
keputusan. Contohnya, dalam sekolah ini, liputan internet sangat terhad menyebabkan
pelajar kurang banyak pendedahan. Selain itu, sekolah ini juga kurang kemudahan
asas seperti kemudahan mesin pencetak terhad, kemudahan komputer terhad dan
kemudahan bilik khas seperti bilik sukan juga tiada disediakan, menyukarkan dalam
membuat kerja.
ii. Lebihan maklumat
iii. Masalah ingatan – Masalah ini boleh menyebabkan kesukaran kepada pengurus.
Walaupun maklumat biasanya dicatat, kadang-kadang maklumat juga boleh terlepas
pandang. Misalnya, keputusan mesyuarat telah dilupakan disebabkan terlalu banyak
kerja pejabat
iv. Masalah kepakaran – Masalah ini menghadapi masalah dalam menyusun, memahami
dan meringkaskan maklumat sedia ada. Contohnya, kekurangan tenaga pekerja lelaki
boleh menyebabkan pertindihan kerja.

c. Persekitaran berisiko
Sebahagian pihak pengurus membuat keputusan dalam persekitaran berisiko. Ini bermaksud
pihak pengurus mempunyai maklumat bagi membantu dalam membuat keputusannya, walaupun
maklumat diperoleh tidak mencukupi. Akibatnya, keputusan dibuat jadi Berjaya atau sebaliknya.

d. Menggunakan kumpulan
Kebanyakan oraganisasi kini menggunakan kumpulan bagi membuat keputusan. Contohnya,
suatu minit mesyuarat telah diadakan untuk menilai dalam keberkesanan sesuatu aktiviti sekolah
bagi memastikan pelajar melaksanakan aktiviti sekolah. Ini terjadi disebabkan membuat
keputusan dalam kumpulan lebih baik berbanding membuat keputusan secara individu.

4.2 Cara-cara penambahbaikkan terhadap batasan-batasan pembuatan keputusan


Kepastian
a. Menggunakan peraturan dan ujian tertentu
Terdapat dua jenis peraturan dalam pembuatan keputusan adalah seperti berikut:

i. Peraturan keutamaan
ii. Peraturan syarat minimum

i. Peraturan keutamaan

Bagi peraturan keutamaan ini, semua kriteria keputusan akan disusun mengikut keutamaannya.
Suatu alternatif yang baik mestilah memenuhi kriteria paling penting, diikuti dengan kriteria
kedua penting dan seterusnya.

Sebagai contoh, pihak sekolah telah merancang untuk mengadakan aktiviti perkhemahan bagi
pelajar yang berminat. Kriteria yang telah dipertimbangkan dan disusun menurut keutamaan
adalah seperti berikut:

- Lokasi perkhemahan mestilah selamat – Seperti tempat perkhemahan jauh dari pokok
yang mudah tumbang, tiada binatang buas berdekatan tempat perkhemahan serta tempat
perkhemahan yang sesuai.
- Tempat perkhemahan perlulah rata, landau dan tidak berbatu
- Tempat perkhemahan juga perlu berdekatan dengan sumber air dan elektrik
- Bagi kos tapak sewa perkhemahan, tidak melebihi RM200 semalam

ii. Peraturan syarat minimum

Dalam keadaan ini, pembuat keputusan perlu menetapkan syarat minimum yang perlu
dipenuhi oleh setiap penyelesaian alternatif bagi membolehkan ianya diterima.

Contohnya, sebelum pihak pengurusan mengadakan atau tidak kelas tambahan, pihak
pengurusan perlu menetapkan syarat permohonan bagi mendaftar dalam kelas tambahan.
Pihak terlibat mungkin akan menetapkan beberapa syarat minimum seperti:

i. Mengikut subjek yang diambil


ii. Tahap pembelajaran dalam kelas harian sebelum ini
iii. Pendapatan tahunan keluarga tidak melebihi RM2,000

c. Pelbagai ujian pemboleh ubah

Terdapat keadaan memerlukan pembuat keputusan menilai kesan-kesan pelaksanaan pelbagai


alternatif pada masa sama. Kadangkala, kombinasi ini memberikan hasil optimum. Penilaian
dibuat melalui pelaksanaan beberapa ujian pemboleh ubah.

Sebagai contoh, pihak disiplin sekolah sedang merangka satu strategi bagi meningkatkan
disiplin baik kepada pelajar agar setiap pelajar dapat mengamalkan disiplin dan tabiat yang
baik dalam kehidupan seharian. Antara strategi alternatif yang telah dirancang bagi
mengelakkan pelajar tidak menghadirkan sekolah atau kelas, antaranya, memberikan markah
demerit dimana boleh menyebabkan bayaran denda dan buang sekolah, memberikan surat
amaran serta menambahkan seri kepada sekolah bagi menarik minat pelajar datang ke
sekolah. Selain itu, pihak disiplin juga boleh memberikan kata motivasi bagi pelajar sering
datang ke sekolah. Pihak disiplin juga boleh memberikan hadiah kepada pelajar bagi yang
datang awal ke sekolah.

Dari segi kekemasan diri, pihak disiplin boleh juga memberikan hadiah kepada pelajar bagi
menggalakkan pelajar mengutamakan kebersihan. Bagi isu membuang sampah merata tempat
pula, pihak sekolah perlu menyediakan bakul sampah ke setiap tempat yang dikunjungi
pelajar selalu. Untuk menggalakkan membuang sampah tempat betul juga perlu menandakan
bakul sampah agar kelihatan lebih jelas.

5.0 Kesimpulan
Dalam kajian ini, terdapat tiga pembuatan keputusan yang terdiri daripada tiga jenis persekitaran
iaitu dalam keadaan kepastian, keadaan ketidakpastian dan keadaan berisiko. Ini turut
dibincangkan kepada proses-proses pembuatan keputusan rasional yang merangkumi langkah-
langkah berikut:
i. Mentakrifkan masalah
ii. Mengenalpasti kriteria keputusan
iii. Memperuntukkan pemberat kepada setiap kriteria
iv. Menjana penyelesaian alternatif
v. Menilai setiap alternatif
vi. Memilih keputusan terbaik
Dengan keputusan rasional, terdapat batasan-batasan yang dihadkan dalam pembuatan keputusan
seperti kerasionalan terbatas, kesilapan umum dan pembuatan keputusan dalam keadaan berisiko.
Namun, pembuatan keputusan boleh diperbaiki dengan beberapa kaedah. Iaitu membuat
keputusan dengan menggunakan peraturan dan ujian khusus seperti peraturan keutamaan,
peraturan syarat minimum dan menjalankan pelbagai ujian pemboleh ubah serta membuat
keputusan dalam kumpulan.

(2,628 patah perkataan)


Lampiran

Carta organisasi sekolah

Bangunan pejabat guru Bangunan pusat sumber Bangunan kelas


Dewan pentas

Bangunan kantin Bangunan makmal computer Contoh aktiviti PIBG

Logo sekolah
Rujukan

Shariza. (28 Disember 2011), sekolahku...tempat berbakti menabur budi: SK POPOK, Kota
Marudu, dipetik daripada http://shahriza-nurislam.blogspot.co.id/2011/12/sekolahkutempat-
berbakti-menabur-budi.html

Wbs (Warwick Business School The University Of Warwick), (08 Julai 2014), Summer School-
Decision-Making under uncertainity,
http://www.wbs.ac.uk/events/2014/07/08/Summer/School/DecisionMaking

Rafidah Manap, Mokhtar Pet, (Terbitan pertama, 2013), Pengajian Perniagaan: Pengurusan
Penggal 2, dipetik daripada buku Ace Ahead Teks STPM Pengajian Perniagaan: Pengurusan
Penggal 2

Shahrol Aman Ahmad, Azhari Ramli, Nasri Nalimi, Azelin Aziz dan Universiti Utara Malaysia,
(2012), Modul Prinsip Pengurusan, dipetik daripada
http://inspire.oum.edu.my/mod/resource/view.php?id=40814

(Perbincangan lisan antara keluarga dan rakan)

You might also like