You are on page 1of 5

NO.

ANGKA GILIRAN : 2018192340066 KOD KURSUS : EDUP3063

ABDUL MUHAIMIN BIN MOHD FAZIL


SOALAN 1

SOALAN 2

SOALAN 3
Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) merupakan sebahagian daripada Program
Transformasi Pendidikan yang ditadbir dan dilaporkan secara terancang mengikut
prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. PBS juga
merupakan satu bentuk penilaian yang dilakukan oleh guru dan pihak sekolah yang
bertujuan untuk mengukur dan memperbaiki pencapaian murid. PBS ini juga
merupakan pentaksiran untuk pembelajaran.

Namun begitu, pelaksanaan PBS telah menimbulkan beberapa isu dan


masalah. Antara isu utama yang dihadapi ialah PBS telah menambah bebanan
tugasan guru. Diketahui yang PBS merupakan sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran, oleh yang demikian guru terpaksa merancang untuk
pentaksiran seiring dengan perancangan mereka untuk pengajaran. Misalnya,
tambahan tugasan rekod PBS dan rancangan pengajaran harian (RPH).

Disamping itu, guru perlu memantau kemajuan murid semasa proses


pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun yakni telah melibatkan banyak
tugasan sehingga membebankan guru. Lebih merumitkan lagi apabila guru terpaksa
memasukkan markah murid ke dalam sistem komputer atas talian (SPPBS) yang
terlalu lambat dan sukar dicapai. Hal ini menyebabkan guru mengambil masa yang
agak lama untuk fokus terhadap sistem ini. Kelemahan sistem untuk memasukkan
dan memproses data menyebabkan guru-guru kurang fokus terhadap pengajaran
mereka di dalam kelas (Sinar Harian, November 2013). Oleh itu, proses PBS
memakan masa yang agak panjang untuk dilengkapkan.

Isu seterusnya ialah ketidakyakinan guru dalam pentaksiran. Walaupun


guru-guru telah mengikuti kursus tetapi mereka tetap merasa kurang yakin dalam
menaksir murid. Kekurangan pengetahuan, kemahiran dan sumber material
NO. ANGKA GILIRAN : 2018192340066 KOD KURSUS : EDUP3063

menambahkan lagi ketidakyakinan mereka dalam pentaksiran. Hal ini pernah


diutarakan oleh Raden (2008) di mana guru mengimpikan latihan yang profesional
dalam pentaksiran bagi mendapatkan pengetahuan dan kemahiran pentaksiran agar
mereka boleh melaksanakan PBS dengan jayanya. Guru-guru mahu dibekalkan
dengan sumber material seperti Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid
(PPPM), Manual Pentaksiran, contoh instrumen, contoh pemarkahan dan
sebagainya. Latihan dan bengkel ini sangat penting untuk memberi kemahiran dan
keyakinan kepada guru untuk merangka bentuk dan pelaksanaan PBS. Sebahagian
ibu bapa juga mempertikaikan cara setiap guru mata pelajaran membuat
pentaksiran. Di sebabkan sikap campur tangan ibu bapa yang hanya menuding jari,
menambahkan lagi ketidakyakinan guru dalam membuat pentaksiran.

Isu yang lain pula ialah ibu bapa berasa tidak senang hati dengan PBS
kerana mereka tidak memahaminya. Mereka tidak mengetahui kemajuan sebenar
anak mereka. Misalnya pada waktu dahulu, ibu bapa boleh memahami tahap
pencapaian anak mereka berdasarkan gred seperti gred A, B, dan C. Akan tetapi,
PBS melibatkan lebih daripada gred sumatif. Di samping itu, ibu bapa mempunyai
kegusaran terhadap gred yang diberikan oleh guru serta pengalaman dan kemahiran
guru untuk mentaksir murid secara formatif (Maklumat Berkaitan Pentaksiran, 2016).

Isu yang lain pula ialah dari segi pihak yang berautoriti. Radin (2008)
menegaskan perlunya sokongan dari institusi tertentu untuk menjayakan program
PBS. Mislanya seperti pentadbir sekolah dan pihak jabatan atau kementerian yang
bertanggungjawab terhadap penyediaan infrastruktur atau kemudahan di bengkel
khususnya pentaksiran yang melibatkan kerja kursus. Misalnya penyediaan bahan-
bahan informasi atau maujud supaya murid dapat menggarap pengetahuan serta
mengaplikasikannya bagi tujuan kerja kursus. Sokongan dari pihak tersebut penting
dalam menjayakan program PBS di sekolah.

Namun begitu, atas keprihatinan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia


terhadap kesukaran guru melaksanakan sistem PBS ini, penambahbaikan telah
dilaksanakan pada tahun 2014 melalui surat pekeliling Lembaga Peperiksaan.
Berdasarkan penambahbaikan tersebut, guru boleh mentaksir perkembangan
pembelajaran murid dan merekod tahap penguasaan mengikut kesesuaian masa
NO. ANGKA GILIRAN : 2018192340066 KOD KURSUS : EDUP3063

dan kaedah mereka sendiri. Selain itu, guru tidak lagi dibebankan dengan
pengumpulan data dan evidens hasil kerja murid. Guru juga tidak perlu mengisi data
penguasaan murid menerusi SPPBS secara online (Kementerian Pendidikan
Malaysia, Oktober 2015).

Kesimpulannya, semua guru seharusnya diberi pengetahuan dalam


pentaksiran khusunya PBS supaya keseragaman dalam memberi skor dapat dicapai.
Pihak atasan juga perlu sentiasa memberi penekanan dalam aktiviti pentaksiran.
Akhir sekali, kepentingan PBS perlu diketahui oleh murid dan ibu bapa bagi mudah
mendapatkan kerjasama dan persefahaman dengan guru.

BIBLIOGRAFI

Chan Yuen Fook 2003. Pendekatan Penilaian:satu tinjauan dari aspek


kesesuaiannya dalam penilaian program latihan. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan
Pendidikan Institut Aminudin Baki 13(1): 65-81

Tan Ai Mei. 2010. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Malaysia. Kesediaan


Guru, Isu dan Panduan Pelaksanaan. UKM

Chan Yuen Fook, Gurnam kaur Sidhu, Md Rizal Bin Md Yunus 2009. School-based
Assessment. Enhancing Knowledge and best Practices. University Publication
Centre UTM Shah Alam.
NO. ANGKA GILIRAN : 2018192340066 KOD KURSUS : EDUP3063

J. Braithwaite, 1991 The Criminal Class and the Making and Breaking of Australia,
Australian and New Zealand Journal of Criminology, 24, , 99-104.

Lembaga peperiksaan 2012 . http://www.moe.gov.my/lp

Lembaga Peperiksaan 2012. Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Lembaga Peperiksaan 2013. Buku Informasi PBS

Mc Millen, M.D., Robert L. L. dan Norman E.G. 2000. Measurement and assessment
in teaching (Fifth Edition). Pearson International Edition, Upper Saddle River, New
Jersey

Radin Mohd Shamsul Zahri 2008. Penilaian Program Pentaksiran Kerja Kursus
Berasaskan Sekolah. Teknologi Kejuteraan SPM. Tesis Sarjana. UKM Bangi.

Stiggins, R.J. Schafer & Hills 2005. Assessment Literacy, Phi Del Kappan (atas
talian) assess. Htlm.at www.oise.on ca (20 September 2008)

Tan Ai Mei 2010 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Malaysia. Kesediaan


Guru, Isu dan Panduan Pelaksanaan. Gerak Budaya Enterprise, Kuala Lumpur.
Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
NO. ANGKA GILIRAN : 2018192340066 KOD KURSUS : EDUP3063

You might also like