0004 DRON Bukan Baharu Bagi Masyarakat Bandar

You might also like

You are on page 1of 8

DRON bukan baharu bagi masyarakat bandar, tetapi

penggunaannya setakat ini hanya digunakan


sebagai antara alat jaringan sosial.

Kebanyakan dron atau pesawat tanpa pemandu


(UAV) digunakan sebagai alat beriadah mengisi
masa lapang warga kota. Bagaimanapun,
kebanyakan negara maju sudah mengubah corak
penggunaan UAV kepada sesuatu lebih bermanfaat
seperti alat pengantara menghantar bekalan
perubatan ke luar bandar yang sukar dicapai dengan
jaringan jalan raya.

Dari aspek pengangkutan dan logistik,


kebolehcapaian ialah prasyarat pembangunan
lestari sesebuah bandar. Ciri-ciri ini dijadikan hak
asas dan syarat utama perlu dipenuhi sesebuah
kawasan untuk meneruskan kehidupan secara
normal.
Hakikatnya, penduduk di luar bandar masih masih
menghadapi cabaran besar kerana terpaksa
mengharungi jarak jauh antara komuniti dengan
kemudahan kesihatan terdekat sama ada pusat
kesihatan, hospital daerah atau pusat.

Keadaan ini bertambah sukar dengan masalah


akses pengangkutan awam kurang bagi memenuhi
permintaan penduduk luar bandar. Ia bertambah
rumit apabila van penghantaran barang sukar
mencapai laluan mencabar bagi sesetengah
kawasan kesan berbukit dan kewujudan aliran
sungai sebagai pemisah.

Kebanyakan kajian dijalankan di luar bandar


menyimpulkan wilayah terbabit sering mengalami
kekurangan akses kepada perkhidmatan,
kemudahan dan peluang asas yang mengakibatkan
peminggiran wilayah serta sosioekonomi penduduk.

Walaupun pengangkutan sudah lama disebut


sebagai wadah utama perlu diberi perhatian dan
penghubung penduduk luar bandar, cabaran
pengangkutan jarang menjadi tumpuan penyelidikan
perkhidmatan terutama dari aspek kesihatan.

Sebagai penentu kesihatan sosial, akses


pengangkutan berkualiti tinggi dan berpatutan ialah
asas kesejahteraan mental, fizikal serta emosi.
Keadaan lebih sukar bagi sesetengah golongan
seperti orang kurang upaya (OKU), berpendapatan
rendah dan warga emas yang mungkin tidak
mempunyai kenderaan persendirian atau akses
pengangkutan awam untuk mendapatkan rawatan
sewajarnya.

Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2017


menunjukkan 23.9 peratus rakyat Malaysia tinggal di
luar bandar di sekitar 26,400 kampung.

Perbezaan jumlah pendapatan isi rumah pula


mendapati masih ada jurang antara pendapatan isi
rumah luar bandar dengan bandar yang pendapatan
bulanan kasar isi rumah di luar bandar dilaporkan
RM4,359 berbanding RM7,671 di bandar.
Jika masalah ini tidak diteliti lebih mendalam
terutama dari aspek pengangkutan dan bekalan
perubatan diperlukan bagi penduduk luar bandar,
keadaan ini dikhuatiri akan bertambah buruk pada
masa akan datang.

Kebanyakan kawasan luar bandar sukar dicapai


dengan jaringan jalan raya yang biasa digunakan
untuk penghantaran barangan secara normal.

Jika penduduk di bandar kebanyakannya mudah


berulang alik ke hospital untuk mendapatkan
rawatan dan bekalan perubatan, perkara ini mungkin
sedikit sukar buat penduduk luar bandar yang
kadang-kala terpaksa merentas sungai dan hutan
untuk sampai ke destinasi demi mencari bekalan
perubatan diperlukan.

Jika dibuat pengiraan dari segi masa dan kos,


penghantaran di luar bandar lebih menggunakan kos
tinggi kerana jumlah barangan dihantar sangat
kurang dan jarak antara destinasi pelanggan sangat
jauh. Oleh itu, masalah ini menjurus kepada jurang
besar antara orang yang tinggal di luar bandar
dengan bandar dari aspek mendapatkan bekalan
perubatan.

Bagi syarikat perantara atau penghubung antara


pembekal dengan pengguna pula, ramai masih ragu-
ragu untuk melihat dron sebagai alat perhubungan
masa hadapan. Malah, ramai masih tertanya-tanya
mengenai ciri-ciri keselamatan dan SOP diperlukan
bagi pelaksanaan dron.

Hal ini menjadi persoalan lebih besar bagi


masyarakat luar bandar. Mampukah mereka
memahami SOP diperlukan? Bagaimana pula
dengan infrastruktur dan pencapaian jaringan jalur
lebar diperlukan?

Persoalan lebih penting, bersediakah syarikat


gergasi terbabit membuat pelaburan untuk
pelaksanaan dron berskala besar di luar bandar,
selain apakah masyarakat bersedia menerima dron
sebagai perantara?

Ditambah keadaan pandemik COVID-19, dron lebih


dilihat penyelesaian tepat terutama bagi masyarakat
luar bandar yang tumpuan dapat diberikan kepada
penghantaran barangan keperluan dan perubatan
sebagai bekalan kritikal. Secara kasar, dron dapat
dilihat sebagai wadah baharu pengangkutan
barangan dan jaringan logistik masa hadapan.

Jadi mengapa dron masih belum dapat


dilaksanakan? Persoalan ini berbalik kepada
ketersediaan pengguna dan syarikat pengendali
kurier untuk melabur dan seterusnya mengguna
teknologi ini sebagai wadah utama penghantaran
barang.

Rata-rata syarikat masih pada peringkat berkira-kira


untuk membuat pelaburan berskala besar kerana
bimbang kesan negatif terhadap syarikat dalam
keadaan ekonomi masih tidak menentu. Ada pula
syarikat masih bimbang dengan tahap kesedaran
sivik masyarakat bandar mahupun luar bandar
sendiri yang mungkin merosakkan dron ketika
dalam perjalanan penghantaran bekalan diperlukan.

Ada juga syarikat masih tidak faham dengan SOP


dikeluarkan untuk pelaksanaan dron itu sendiri.
Malah, ada juga syarikat masih takut untuk berubah
kerana perubahan bagi mereka perlu membabitkan
jumlah wang besar yang terpaksa dilaburkan dan
keuntungannya belum terjamin.

Tidak ketinggalan syarikat yang lama bertapak


dalam industri logistik juga masih tidak tahu dan
tidak mahir mengendalikan dron sebagai medium
penghantaran baharu.

Walaupun secara realitinya, operasi dron nampak


mudah dilaksanakan dalam aktiviti penghantaran
barang, kajian mendalam masih diperlukan bagi
memastikan konsep penghantaran barang
menggunakan dron ini benar-benar selamat dan
mendapat tempat di hati masyarakat bandar
mahupun luar bandar.
Paling utama, semua pihak harus diberikan
pendedahan mencukupi lebih-lebih lagi SOP dron
yang harus diperhalusi bagi memastikan urusan
pendaftaran syarikat, lesen operasi dron serta
latihan juruterbang dron benar-benar efektif bagi
keselamatan maksimum dapat dicapai ketika
pelaksanaan dron di semua kawasan terutama luar
bandar bagi melestarikan taraf kesihatan penduduk
secara menyeluruh.

You might also like