You are on page 1of 2

MINIT CURAI

A. Butiran laporan

1. Kepada PK Pentadbiran
2. Daripada Siti Munirah binti Roslan
3. Salinan Kepada -
4. Rujukan PPDSB.PRA 700-5/3/1 JLD 4 ( )
Kursus Pemantapan Pedagogi Perkusi Bagi Guru
5. Perkara/Aktiviti Prasekolah Daerah Sabak Bernam 2017.

6. Tarikh dan masa 13 April 2017 / 8.30 pagi – 5.00 petang


7. Tempat Pusat Kecemerlangan Kokurikulum Sabak Bernam
8. Anjuran PPD Sabak Bernam
Pn. Fairus bt. Mat Noor
(Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
9. Pengerusi/Urus setia
Prasekolah/Permata)

En. Azahar bin Ariffin


Pen Pengarah Kanan Unit Kajian Kemasyarakatan,
10. Penceramah
Jabatan Pendidikan Selangor

11. Turut Hadir

B. Perkara yang dibincangkan

Bil Perkara

1. Tujuan Mesyuarat

Memberikan pendedahan untuk memantapkan pedagogi perkusi bagi guru


prasekolah.

2. Perbincangan dan Keputusan

Sesi 1 – Pengenalan, cara memegang dan memainkan alat perkusi.

1. Para guru didedahkan dengan kaedah atau teknik yang dapat digunakan untuk
PdPc dalam kelas untuk Tunjang Kreativiti dan Estetika (Muzik).

2. Alat perkusi yang diperkenalkan ialah kompang, loceng, kastenet, marakas, kayu
tik tok, kerincing, simbal dan tamborin.

3. Memainkan alat perkusi secara bebas dalam masa yang ditetapkan untuk
pengenalan.

4. Kanak-kanak meniru bunyi irama yang dibuat guru.

5. Menepuk dan memainkan alat perkusi dengan mengira detik 1, 2, 3, 4.

6. Menepuk dan memainkan alat perkusi mengikut tempo. Tempo boleh lambat
atau cepat.

7. Menepuk dan memainkan alat perkusi secara dinamik. Dinamik ialah secara
perlahan atau kuat.

8. Memainkan alat perkusi dengan iringan muzik sambil mengira detik.


9. Memainkan alat perkusi mengikut irama muzik secara bebas.

10. ‘ Rest ‘ juga penting dalam memainkan alat perkusi.

11. Aktiviti bermain alat perkusi boleh dibuat secara dalam kumpulan besar ke
kumpulan kecil.

12. Aktiviti berpasangan iaitu seorang bermain mengikut detik dan seorang bermain
dengan irama. Alat perkusi yang sesuai untuk detik ialah yang bunyinya tidak
melantun.

Sesi 2 – Pendedahan bermain kompang

1. Para guru didedahkan untuk bermain kompang.


 Pukul kompang pada detik 1, 2, 3, 4.
 Pukul kompang pada ‘ and ’....1 and 2 and 3 and 4.

2. Aktiviti berkumpulan :

2.1 Ajuk ketua main alat perkusi. Cara main mestilah betul pada kiraan detik,
tempo, dinamik dan irama.

2.2 Muzik dan gerakan.

 Bermain alat perkusi dengan iringan muzik sambil membuat pergerakan.

C. Tindakan yang perlu diambil oleh SK Kampong Baharu.

1. Mengaplikasikan pengetahuan baharu bermain alat perkusi dalam PdPc di


dalam kelas.

2. Memberikan pendedahan kepada kanak-kanak untuk menggunakan dan


bermain alat perkusi dengan bimbingan.

D. Tarikh mesyuarat yang akan datang: -

E. Tandatangan pegawai pelapor:

(Siti Munirah binti Roslan)


Guru Prasekolah SK Kampong Baharu

F. Tarikh laporan disediakan:

14 April 2017

You might also like