You are on page 1of 3

PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI DAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKASI

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Panitia 1/2020

Tarikh : 3 Feb 2020


Hari : Isnin
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Guru SK Kapit
Pengerusi : Ahmad Akmal Bin Nik Khuzaimah ( Pengerusi Panitia RBT 2020 )

Kehadiran:

1. Ahmad Akmal Bin Nik Khuzaimah ( Pengerusi )


2. En Andrew Tiong
3. En Mohd Syafiq Syazwan
4. En Hairullah Bin Nordin
5. En Aidil Khirzir
6. En Shukri
7. Cik Gading
8. Cik Alice

AGENDA MESYUARAT

Agenda I : Perutusan Pengerusi

1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua Ahli Jawatankuasa yang hadir


dalam mesyuarat kali pertama bagi sesi 2020.Seterusnya, pengerusi
mengharapkan agar ahli Panitia RBT / TMK bekerjasama untuk menjayakan
aktiviti yang telah dirancang agar berjalan lancar pada tahun ini.

2. Walaupun mata pelajaran Kemahiran Hidup atau Reka Bentuk & Teknologi
merupakan mata pelajaran elektif, Encik Ahmad Akmal mengingatkan agar para
guru tetap melaksanakan PdP sehingga hujung tahun jangan kesampingkan
mata pelajaran elektif. Selagi sesuatu mata pelajaran berada di dalam jadual
waktu, para guru wajib melaksanakan PdP bagi menanam asas yang kukuh
kepada semua murid.

3. Para guru diingatkan agar melaksanakan Pentaksiran kepada murid seadil


mungkin. Terdapat empat jenis pentaksiran iaitu Pentaksiran Pusat, Pentaksiran
Sekolah, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran
Psikometrik. Segala perubahan menuntut kita sebagai pendidik melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran.

4. Penggunaan Bengkel RBT dan KH perlulah dikongsi secara berhemah dan


digunakan sebaik mungkin.

5. Bagi mata pelajaran RBT dan KH , perlu dibuat dua kali pengujian iaitu
Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun. Setiap guru mesti membuat Headcount
dan perlu ditampal di dalam Buku Rekod Mengajar. Tahun Empat gunakan
Keputusan Sebenar (AR 1) sebagai TOV.

Makluman dan Tindakan : Semua Guru RBT

Agenda II . Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu

6. Encik Hairullah mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan.


7. Encik Mohd Syafiq menyokong pengesahan minit mesyuarat yang lalu.

Agenda III. Perkara Berbangkit

8. Tiada perkara berbangkit

Agenda IV. Cadangan Program 2020

9. Karnival Sains Teknologi dan Vokasional akan diadakan pada tahun ini.
a) Tahun 4 – Kit Kereta Lumba
b) Tahun 5 – Pertandingan Memasak
c) Tahun 6 – Menghasilkan Kit Model Kereta

Tindakan : Pengerusi RBT

Agenda V. Hal-Hal Lain

10. Encik Mohd Hairullah meminta agar pengurusan bengkel perlu dimantapkan dan
pihak pentadbir perlu melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.
11. Encik Ahmad Akmal, memaklumkan pembelian barang bergantung kepada pihak
sekolah. Guru boleh menggunakan Peruntukan Belanjawan Mengurus (PCG)
dengan 2:1 ( RBT : KH ) untuk membeli barangan keperluan pengajaran dan
pembelajaran.
12. Encik Aidil meminta penjelasan tentang pembahagian murid RBT dan
penggunaan bengkel. Beliau mencadangkan, agar dibuat sistem pengiliran
penggunaan bengkel atau guru membawa alatan ke kelas bagi menyelesaikan
masalah penggunaan bengkel.
VI. Ucapan Penangguhan

13. Encik Ahmad Akmal, selaku Pengerusi Mesyuarat pada hari ini mengucapkan
jutaan terima kasih sekali lagi dan berharap segala program yang dirancang
dapat dijalankan dengan lancar serta berharap semua ahli panitia RBT dapat
bekerjasama dalam meningkatkan prestasi murid-murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(EN. HAIRULLAH BIN NORDIN) (AHMAD AKMAL)


Setiausaha, Pengerusi,
Panitia RBT. Panitia RBT/TMK.

You might also like