You are on page 1of 2

Laporan Pdpc Berpasangan

Tarikh: 19 Ogos 2020


Hari : Rabu
Tempat : Kelas 5 Ibnu Sina
Kehadiran: 1. En. Mohd Azraie Bin Ibrahim
2. En Harun Md Ludin
3. Pn Norhayati Binti Mohamed Tah
Agenda:
1. Pengajaran berpasangan
2. Pemerhati Pdpc
3. Refleksi

Pengenalan:

Sesi perbincangan bersama guru matapelajaran Sejarah (PLC) iaitu guru yang mengajar pada
masa tersebut telah diadakan untuk meningkatkan kualiti guru dalam menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Proses ini dijalankan bagi membincangkan
beberapa dapatan hasil dari pemerhatian di kelas semasa proses Pdpc yang telah dijalankan

Hasil:

Dalam sesi ini, guru yang mengajar diminta membuat refleksi kendiri terlebih dahulu
sebelum dibahaskan dengan lebih lanjut. Dapatan daripada En. Harun Md Ludin dan En.
Mohd Azraie semasa mereka mengajar adalah terdapat beberapa luahan rasa iairu mereka
keseluruhannya gembira dengan penglibatan murid,namun kekangan masa dan kondusi
kelas yang terlalu cerah untuk sesi tayangan bahan sedikit sebanyak mengganggu perjalanan
Pdpc mereka. Penglibatan murid dalam kumpulan juga agak terbatas kerana mengamalkan
kehidupan baru “New Norm” semasa Covid 19 ini.

Dapatan daripada luahan rasa mereka, pelbagai idea diberikan iaitu menyediakan carta alir
maujud untuk cara pelantikan Yang Di-Pertuan Agong dan peta buih bagi menyatakan
kepentingan menghormati Yang Di-Pertuan Agong. Ini bagi memantapkan proses Pdpc yang
akan dilakukan sekali lagi di kelas tersebut. Kami juga membahagikan sesi pengajaran
kepada dua bahagian untuk sesi penggiliran.

Penggunaan Kit Fun Fun Sejarah setiap kumpulan yang mengandungi pelbagai bahan bagi
memudahkan murid menjalankan aktiviti Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK 21).

Refleksi dari proses perbincangan ini adalah, kami yang.dapat meningkatkan lagi mutu sesi
pengajaran dan pembelajaran Sejarah . Hasil daripada sesi itu nanti kami akan sekali lagi
membuat sesi PLC.

Gambar

Disediakan oleh:

………………………………….

(Pn. Norhayati Bt Mohamed Tah)

Ketua Panitia Sejarah

Sk Pulau Serai

You might also like