You are on page 1of 2

3.

KENAPA SISTEM PERTAHANAN TAMADUN MESIR DIANGGAP SISTEM


PERTAHANAN YANG TERBAIK DALAM TAMADUN AWAL ? BUKTIKAN DAN
SEBALIKNYA.

Mesir merupakan sebuah negara yang mempunyai kekuatan ketenteraan yang terbesar di
rantau Afrika dan Timur Tengah, di mana ia mempunyai pengaruh yang besar. Selin itu,
Peranan sektor ketenteraan di dalam pentadbiran Kerajaan Mesir amat signifikan dan tidak
dapat dinafikan. Adalah dianggarkan bahawa tentera Mesir menguasai 40% daripada
ekonomi negara Mesir.

Pada zaman empayar Mesir (Zaman Pertengahan) kira pada tahun 1600 SM –
1000SM iaitu ketika diperintah oleh Amhose, tentera Mesir disusun rapi dan menggunakan
pedati kuda yang beroda besar dan bertayar mati yang dibuat dari kulit. Tentera dibahagikan
kepada beberapa bahagian seperti bahagian tengah dan bahagian tepi. Serangan
menggunakan taktik gerak rusuk. Pada zaman pemerintahan Tutmose, beliau sendiri
mengetuai angkatan tentera. Serangan dibuat pada setiap musim bunga menggunakan
jalan darat dan laut. Dengan itu menunjukkan Mesir telah mempunyai angkatan tentera
darat dan laut. Peralatan yang digunakan oleh Mesir ialah pedang, panah, baju besi dan
kuda.

Sebaliknya Tamadun Melayu juga boleh dianggap sistem pertahanan yang terbaik
dalam tamadun awal. Kerajaan-kerajaan Melayu juga mempunyai angkatan tentera yang
kuat terutama kerajaan-kerajaan yang terkenal dengan perluasan empayarnya seperti
Srivijaya, Majapahit, Melaka Acheh dan Funan. Srivijaya mempunyai angkatan laut yang
kuat. Kerajaan ini menggunakan angkatan lautnya untuk memaksa kapal-kapal dagang
singgah di pelabuhannya. Dalam aspek pertahanan ini, organisasi tentera yang ditubuhkan
oleh Srivijaya dipanggil Orang Laut. Orang Laut melindungi pedagang dari serangan lanun.
Orang Laut inilah juga yang melindungi Parameswara ketika menyelamatkan diri ke Tanah
Melayu dari serangan Majapahit. Dengan angkatan tentera yang ramai, Srivijaya telah
menawan beberapa buah kerajaan di utara Tanah Melayu dan Sumatera. Kerajaan
Srivivjaya telah mewujudkan satu unit pentadbiran ketentraan yang diketuai oleh seorang
panglima bergelar pratisava.

Kerajaan Melaka semasa pemerintahan Parameswara, telah menubuhkan organisasi


tentera yang dipanggil Orang Laut. Tugasnya ialah untuk melindungi pedagang dari lanun.
Pada peringkat awal Melaka ditubuhkan, Melaka sering diancam oleh Siam dan Majapahit.
Bagi mempertahankan Melaka dari ancaman-ancaman luar, Parameswara telah meminta
perlindungan dari Negeri China. Beberapa jawatan diwujudkan dalam pentadbiran Melaka
untuk menjamin keselamatan negeri Melaka. Jawatan Bendahara dalam kerajaan Melaka
berfungsi sebagai ketua angkatan tentera, sementara Laksamana pula merupakan ketua
angkatan laut. Temenggong dipertanggungjawabkan menjaga keamanan dan keselamatan
dalam negeri dengan bantuan pasukan keselamatan. Kekuatan tentera Melaka terutama
semasa di bawah Bendahara Tun Perak membolehkan Melaka meluaskan empayarnya
meliputi beberapa buah kawasan di Tanah Melayu dan Sumatera.

Majapahit juga pernah muncul sebagai sebuah kerajaan yang kuat dirantau ini.
Dengan angkatan tentea yang besar dan kuat, kerajaan ini telah memperluaskan
empayarnya dengan menawan beberapa buah kerajaan di Tanah Melayu, Kalimantan,
Sumatera, Jawa dan Bali. Kerajaan Funan pula memperluaskan empayarnya dengan
menawan Indo-China, Siam, Langkasuka dan utara Tanah Melayu. Alat-alat yang digunakan
dalam pertahanan di Alam Melayu ialah keris, tombak dan pedang. Perahu dan kapal turut
membantu membawa angkatan laut. Bagi menguatkan ketahanan mental dan fizikal, silat
merupakan cara mempertahankan diri secara tradisional.

You might also like