You are on page 1of 12

1.

0 Pengenalan

Kursus RBTS3063 Teknologi Bahan dan Pembuatan telah mewajibkan setiap pelajar
yang mengambil subjek ini untuk melakukan amali secara individu. Kami dikehendaki
untuk menghasilkan rak gantung mengikut ukuran dan spesifikasi yang telah diberikan.
Anggaran ukuran saiz yang telah diberikan ialah 300 mm X 250 mm X 100 mm.

Pelajar perlu mengukur serta membuat tanggam berdasarkan rajah dalam soalan amali
yang diberikan. Dalam projek ini, kami dikehendaki membina dua jenis tanggam yang
berbeza untuk menyambungkan kayu tersebut. Tanggam berikut adalah tanggam parit
terus dan tanggam lekap palang. Sebelum proses kerja amali dilakukan, para pelajar
dibekalkan dengan alatan, bahan, pengikat serta kekemasan yang diperlukan bagi
penghasilan rak gantung. Para pelajar dikehendaki memeriksa dan memastikan segala
peralatan dan bahan cukup sebelum melaksanakan kerja amali. Peruntukan masa yang
diberikan untuk menyiapkan projek ini ialah selama tiga jam.

Setelah selesai projek amali, para pelajar dikehendaki untuk menghasilkan satu
penulisan laporan ujian amali sebanyak 500 patah perkataan. Penulisan laporan ujian
amali ini hendaklah mengikut format yang betul dan tepat seperti yang telah
dinyatakan. Antara perkara-perkara yang perlu dimasukkan dalam laporan ialah senarai
bahan dan pengikat, sebnarai alatan tangan, senarai kekemasan, langkah-langkah
pembinaan dan refleksi. Selain itu, semua ukuran yang dinyatakan dalam laporan
haruslah diberikan dalam milimeter (mm).

Rak gantung yang telah dihasilkan.

1
LAPORAN UJIAN AMALI RBTS3063 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Berikut merupakan antara senarai bahan dan pengikat serta alatan tangan yang
disediakan dan digunakan semasa ujian amali RBT3063 Teknologi Bahan dan
Pembuatan :

2.0 Bahan

Projek yang saya hasilkan ialah rak gantung. Untuk menghasilkan projek ini, antara
bahan yang diperlukan hanyalah kayu dan aluminium seperti berikut :

Bil. Bahan Ukuran saiz Kuantiti

1. Kayu berketam 20 mm X 100 mm X 300 mm 1


(meranti )

2. Kayu berketam 20 mm X 100 mm X 250 mm 1


(meranti)

3. Kayu berketam 20 mm X 100 mm X 205 mm 2


(meranti)

4. Kepingan 1.5 mm X 250 mm X 250 mm 1


aluminium

3.0 Pengikat

Pengikat digunakan semasa proses mencantumkan tanggan kayu yang berukuran 20


mm X 100 mm X 205 mm pada kayu yang berukuran 20 mm X 100 mm X 300 mm
serta proses mencantumkan kepingan logam pada kayu iaitu proses akhir. Tujuan
pengikat digunakan adalah bagi mengelakkan kayu kelihatan tidak kemas dan longgar.

Bil. Pengikat Ukuran saiz Kuantiti

2
1. Glu kayu - Satu tin
kecil

2. Skru kepala benam 10 mm Satu


bekas

4.1 Alatan tangan

Bil. Alatan Kuantiti

1. Pensil tukang kayu 1

2. Pembaris keluli 1

3. Pisau penanda 1

4. Tolok penanda 1

5. Sesiku L 1

6. Gandin kayu 1

7. Gergaji puting 1

3
8. Ragum meja 1

9. Pemutar skru Philip 1

10. Apit G 1

11. Pahat tepi serong ¼ inci 1

12. Tukul kuku kambing 1

13. Gunting logam 1

14. Mesin gerudi tangan 1

15. Mata gerudi besi berdiameter 5 mm 1

16. Kikir parut 1

17. Kikir rata 1

18. Penebuk pusat 1

4
5.0 Kekemasan

Kekemasan dilakukan semasa proses akhir untuk mencantikkan projek.


Kekemasan yang saya gunakan pada projek saya ialah kertas las dan penyembur
cat. Kertas las atau pelelas digunakan dalam kerja kayu. Tujuannya adalah untuk
menyediakan kayu yang telah diketam untuk disapukan dengan bahan pengemas
kayu. Selain itu, kertas las juga saya gunakan untuk membuang kecacatan pada
permukaan kayu serta menanggalkan bekas-bekas tanda perkakas. Kerja-kerja
menggosok adalah mengikut urat atau ira kayu.

Bil Kemasan Kuantiti


.

1. Kertas las 1 keping

2. Cat 1 tin

5
6.0 Langkah-langkah Pembinaan

Langkah Penerangan

Langkah 1 1) Membaca
ukuran pada
pelan lukisan
isometrik.

Langkah 2

Memastikan 1) Memastikan peralatan yang akan digunakan semasa


bahan, ujian amali mencukupi dan berada dalam keadaan baik
peralatan, serta selamat.
pengikat dan
kekemasan 2) Sebelum ujian amali dijalankan, pastikan bahan yang
cukup diperolehi mencukupi.

3) Alatan yang akan digunakan ialah pensil, pisau penanda,


tolok penanda, sesiku L, pembaris keluli, gergaji putting,
pemutar skru Philip, pahat tepi serong ¼ “, gandin kayu,
ragum meja, kikir parut dan tukul kuku kambing.

4) Bahan-bahan yang akan digunakan ialah kepingan


aluminium berukuran 0.5 mm X 250 mm X 250 mm dan

6
kayu berketam yang berbeza ukuran, 20 mm x 100 mm
X 300 mm, 20 mm x 100 mm X 250 mm dan 20 mm x
100 mm X 205 mm.

5) Pengikat yang akan digunakan ialah skru dan gam.

6) Kekemasan yang akan digunakan ialah kertas las dan


spray.

Langkah 3 1) Mengukur dan menanda kayu dengan pensil dan


pembaris keluli. Kemudian, tandakan garisan sudut
Mengukur dan tepat dengan menggunakan sesiku L. Saiz kayu meranti
menanda yang hendak dipotong ialah :

 20 mm X 100 mm X 300 mm
 20 mm X 100 mm X 250 mm
 20 mm X 100 mm X 205 mm

2) Menanda garis bersudut tepat dengan menggunakan


sesiku L

a) Ukur panjang kayu 20 mm tinggi, 100 mm lebar X


300 mm panjang menggunakan pembaris keluli dan
tandakan menggunakan pensil.

b) Kemudian, ukur panjang kayu 20 mm tinggi X 100


mm lebar X 250 mm panjang menggunakan
pembaris keluli dan tandakan menggunakan pensil.

c) Seterusnya, ukur panjang kayu 20 mm tinggi X 100

7
mm lebar X 205 mm panjang menggunakan
pembaris keluli dan tandakan menggunakan pensil.
Ulang proses ini sebanyak dua kali untuk
mendapatkan dua kayu berukuran sama.

d) Ukur bahagian hujung kepingan aluminium


sepanjang 25mm dari atas dan tepi untuk
membentuk lengkung.

Langkah 4

Memotong bahan 1. Setelah selesai kerja mengukur dan menanda, apitkan


untuk menyediakan kayu yang hendak dipotong menggunakan ragum meja
bahagian-bahagian untuk mengekalkan kestabilan. Kemudian lapis
projek bahagian sisi lebar kayu dengan kayu untuk menjaga
permukaan kulit kayu agar tidak rosak dan menstabilkan
kayu.

2. Halakan mata gergaji puting pada garis potong dengan


cara lurus. Lalu gerakkan gergaji ke arah belakang
sedikit saja untuk awal membuat alur potong gergaji.

3. Gerakkan gergaji dengan tenaga dorongan ke arah


depan sehingga kayu terpotong secara bertahap. Ulangi
gerakan tersebut hingga kayu terpotong habis.

4. Bagi kepingan aluminium, gunakan gunting aluminium


untuk memotong lengkung.

8
Langkah 5 1. Melaksanakan proses mengukur pada bahagian kayu
yang hendak dibuat tanggam menggunakan alatan
Membina tanggam sesiku L, dan pembaris keluli.
2. Menggunakan pensil untuk menanda ukuran pada
kayu.

3. Proses menebuk lubang dengan gerudi dilakukan


menggunakan alatan seperti penebuk pusat untuk
menanda kepingan aluminium sebelum menebuk.

Tanggam parit terus

1. Menggergaji tanggam mengikut ukuran setelah


menandakan tanggam.

2. Gunakan pahat untuk membuang sisa tanggam.

3. Pahat dari sebelah yang lain.

4. Ratakan dasar tanggam

9
Tanggam lekap palang

1. Uji ketepatan saiz tanggam pada kedua-dua kayu.

2. Potong tanggam mengikut ukuran setelah


menandakan tanggam.

3. Gunakan pahat untuk membuang sisa tanggam.

4. Pahat kedua-dua bahagian kayu yang perlu dibuang.

5. Gunakan kikir parut untuk meratakan permukaan


tanggam

Langkah 6 1) Pasangkan tanggam dan kayu dengan menggunakan


gandin kayu.
Memasang projek 2) Glukan permukaan tanggam untuk mencantumkan kayu
tersebut
3) Pasangkan kepingan aluminium menggunakan pemutar
skru Philip dan skru.

Langkah 7 1) Melakukan proses kekemasan menggunakan kertas las


untuk melicinkan permukaan kayu.
Kekemasan 2) Semburkan cat penyembur pada projek untuk
mencantikkan hasil projek.

10
REFLEKSI

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya
telah menyiapkan ujian amali yang diberikan pada masa yang telah ditetapkan dengan
baik dan jayanya. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah kursus RBTS
3213, Encik Mahzan bin Hashim dan Encik Tajul Ashikin bin Hashim atas bantuan
serta tunjuk ajar yang diberikan sepanjang minggu sebelum ujian amali ini dijalankan.

Berdasarkan kehendak tugasan projek kursus RBTS3063Teknologi Bahan dan


Pembuatan ini, pelajar ditugaskan untuk melaksanakan ujian amali menghasilkan
sebuah rak gantung dengan anggaran saiz 300 mm x 250 mm x 100 mm. Ujian amali
ini perlulah disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan iaitu selama 3 jam. Tugasan
ujian amali adalah dilaksanakan secara individu. Para pelajar dikehendaki melakukan
kerja-kerja seperti mengukur dan menanda, memotong bahan untuk menyediakan
bahagian-bahagian projek, membina tanggam, memasang projek dan kekemasan dalam
masa yang telah diberikan tersebut. Di samping itu, sebelum melakukan ujian amali,
para pelajar dibekalkan dengan alatan dan bahan yang mencukupi. Para pelajar
dikehendaki memeriksa setiap peralatan bagi memastikan cukup lengkap untuk
melakukan ujian amali tersebut.

Sepanjang amali landskap ini banyak ilmu saya dapat lebih-lebih lagi semasa
penyediaan amali. Antara ilmu-ilmu yang saya dapati ialah mengukur dan menanda
dengan tepat, menggergaji dengan cara yang betul dan sebagainya. Namun, tidak
kurang juga saya mengalami beberapa masalah semasa melakukan ujian amali.
Hakikatnya proses membuat tanggam bukanlah satu kerja yang mudah seperti

11
disangkakan walaupun ukuran saiznya kecil. Saya mengalami kesulitan semasa hendak
memasang tanggam pada kayu yang mana kayu saya yang berukuran 20 mm X 100 mm
X 250 mm patah dan retak. Masalah ini saya hadapi ketika masa peruntukan yang
diberikan hanya tinggal 30 minit sahaja lagi. Jadi, saya perlu menghasilkan satu lagi
tanggam yang lain dengan ukuran saiz kayu yang sama yang diberikan oleh penyarah.
Akibat kekangan masa, tanggam yang saya hasilkan bagi menggantikan yang patah
tersebut tidak berapa kemas dan cantik. Namun begitu, masalah ini tidak menjadi
halangan kepada saya untuk terus menyiapkan ujian amali tersebut.

Daripada masalah yang saya hadapi, saya bersyukur kerana ia dapat memberi
pengajaran kepada saya supaya lebih berhati-hati dalam melakukan kerja. Setelah
menyelesaikan projek ini, saya mendapati bahawa ilmu pertukangan amatlah penting
dan perlulah dikuasai untuk menjayakan pelaksanaan ujian amali. Bukan itu sahaja
bahkan ilmu pertukangan ini boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita.

Kesimpulannya, ujian amali kerja kayu ini telah memberi banyak input yang baik
kepada saya terutamanya dari segi pengalaman dan juga pengajaran. Ilmu pertukangan
bukanlah satu ilmu yang mudah dikuasai dalam sekelip mata. Jadi, sebagai seorang
pelajar Reka bentuk dan teknologi, janganlah memandang rendah terhadap ilmu
pertukangan ini. Saya berharap semoga pengetahuan atau ilmu pertukangan yang saya
dapati ini akan dapat saya praktikkan dan aplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran sebagai seorang bakal guru di sekolah pada masa hadapan.

12

You might also like