You are on page 1of 5

LAPORAN

PROGRAM JOM
KE SEKOLAH SK
ORANG KAYA
SERGUNIM,
96250, MATU
Pada 17 Februari 2020 yang lalu, Sekolah Kebangsaan (SK) Orang Kaya
Sergunim telah mengadakan Majlis Pelancaran Permuafakatan Kementerian
Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia: Program Jom ke Sekolah.

Program ini bukan sahaja bertujuan untuk mewujudkan hubungan


mesra dan kolaborasi antara pihak sekolah dan pihak Pegawai Perhubungan
Sekolah, tetapi juga membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah
daripada terlibat kegiatan jenayah seperti merokok, membuli dan mencuri.

Pada pukul lapan pagi, pihak sekolah telah mengalu-alukan


kedatangan Pegawai Perhubungan Sekolah, Koperal Hudni bin Yusof dan
Lans Koperal Joeffery bin Andiman. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu
Negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku, diikuti dengan bacaan doa yang dibimbing
oleh Ustaz Faiza bin Ismail.

Gambar 1: nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku oleh murid-murid

Gambar 2: Bacaan doa yang telah dibimbing oleh Ustaz Faiza


Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Puan
Faridah binti Che selaku Penolong Kanan 1 SK Orang Kaya Sergunim, diikuti
dengan ucapan perasmian Program Jom ke Sekolah tahun 2020 daripada
Koperal Hudni bin Yusof.

Gambar 3:Ucapan alu-aluan oleh Puan Faridah binti Che

Gambar 4:Ucapan Perasmian Program Jom Ke Sekolah oleh Koperal Hudni bin Yusof

Bagi memeriahkan lagi majlis tersebut, gimik perasmian Program Jom


ke Sekolah dengan kerjasama daripada pegawai perhubungan sekolah telah
dijalankan. Gimik perasmian ini telah dilaksanakan oleh pelajar Tahun Empat
dengan bimbingan daripada Cikgu Wilson bin Inggeh.
Gambar 5: Gimik: Koperal Hudni memecahkan belon.

Gambar 6: Penglibatan murid Tahun 4 dalam upacara gimik

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada pegawai


perhubungan sekolah daripada pihak sekolah sebagai penghargaan terhadap
mereka. Majlis bersurai pada pukul 8.30 pagi dan tetamu kehormat dijemput
untuk menjamu juadah ringan yang disediakan oleh pihak sekolah.

Gambar 7: Penyampaian cenderamata kepada Koperal Hudni bin Yusof


Laporan disediakan oleh,

____________________

(LINDA EU HAI LUN)


AJK Dokumentasi,
Program Jom ke Sekolah,
SK Orang Kaya Sergunim

You might also like