You are on page 1of 16

BAB 10 PROSES MENTERJEMAH

PROSES PENTERJEMAHAN:

Secara umumnya, terjemahan bermaksud untuk menterjemah makna, teks sumber


dan bukannya meterjemah bentuk bahasa teks sumber ke dalam bahasa sasaran. Maka
penterjemah perlu fokus kepada makna. Proses penterjemahan dimulakan dengan
pentafsiran makna dan diakhiri dengan pengalihan makna ini ke dalam bahasa sasaran.
Secara terperinci lagi, proses penterjemahan akan melalui peringkat iaitu menterjemahkan
kaa, menterjemahkan ungkapan, menterjemahkan ayat, menterjemahkan wacana, proses
analisis, proses pemindahan, menstrukturkan semula, memeriksa, menyemak, dan
menyunting.

Proses pertama ialah proses menterjemahkan kata. Kata-kata teks sumber perlu
ditafsir menurut konteks ayat. Hal ini kerana kata-kata dalam sesuatu bahasa mungkin
mempunyai lebih daripada satu makna (polisemi). Selepas mengenal pasti makna kata-kata
teks sumber, maka penterjemah perlu mencari kata bahasa sasaran yang sepadan dengan
makna kata itu. Kata yang dicarikan perlu mempunyai makna terdekat dengan istilah yang
diterjemahkan. Satu masalah umum yang sentiasa dihadapai oleh penterjemah ialah tiada
kata-kata bahasa sasaran yang sepadan dengan bahasa sumber. Keadaan ini akan timbul
apabila sesuatu konsep itu tidak pernah ada dalam budaya bahasa sasaran. Cara
menyelesaikan masalah tersebut dengan cara memadankan perkataan bahasa sumber
dengan serangkai kata bahasa sasaran, memadankan perkataan bahasa sumber dengan
perkataan ciptaan penterjemah dan mengambil terus perkataan bahasa sumber ke dalam
teks terjemahan dengan mengubahsuai sebutan/ejaannya menurut ciri-ciri fonologi bahasa.

Proses kedua ialah proses menterjemahkan ungkapan. Dalam mentafsir makna teks
sumber, penterjemah juga perlu mentafsir makna pada peringkat ungkapan, yakni peringkat
frasa. Hal Ini Bermaksud Penterjemah Akan Menterjemah Satu Frasa Demi Satu Frasa. Ini
Adalah Kerana Ungkapan Ini Mungkin Akan Membawa Maksud Kiasan Dan Dengan Itu kita
tidak boleh menafsir makna ungkapan berkenaan berdasarkan makna kata-kata yang
membentuknya. Contohnya, ungkapan "panjang tangan" tidak boleh diterjemahkan sebegai
"long handed", kerana dalam bahasa Melayu "panjang tangan" membawa makna kiasan
"suka mencuri".

Proses ketiga ialah proses menterjemahkan ayat. Dalam menterjemahkan ayat,


unsur makna dalam ayat teks asal boleh dipindahkan ke dalam sebuah ayat bahasa
sasaran, ataupun ke dalam beberapa ayat bahasa sasaran. Hal ini bermaksud satu ayat
daripada teks asal tidak semestinya dipadankan dengan satu ayat teks sasaran; tetapi boleh
dipadankan dengan beberapa ayat teks sasaran. Tindakan satu kepada banyak dalam
penerjemahan adalah supaya ayat yang dihasilkan daripada penterjemahan tidak terlalu
panjang sehingga menyusahkan pemahaman para pembaca. Dalam keadaan tertentu, ayat
dalam teks asal mungkin terlalu panjang dan sekiranya diterjemahan terus ke dalam satu
ayat akan menghasilkan kesan yang buruk.

Proses keempat ialah proses menterjemahkan wacana. Pada tanggapan umum,


penterjemah wacana adalah himpunan daripada tindakan menterjemah perkataan,
menterjemah ungkapan dan juga menterjemah ayat. Bagi penterjemahan yang baik, wacana
seharusnya dijadikan fokus utama dalam penterjemahan. Penterjemahan wacana boleh
dikaitkan dengan konsep "tiruan".

Proses kelima ialah proses analisis. Proses ini paling penting dalam proses
penterjemahan. Hal ini disebabkan proses ini memerlukan penterjemah mencari padanan
terjemah yang sesuai, sepadan dan sejadi. Proses batin pula berlaku dalam fikiran
penterjemah dan dipindahkan ke bentuk bahasa sasaran. Ada kalanya berlaku sedikit
pemincangan makna dan konotasi.

Proses keenam ialah proses pemindahan. Teks perlu distruktur semula mengikut
struktur bahasa sasaran. Gaya memainkan peranan penting. Gaya bahasa yang digunakan
hendaklah memudahkan pembaca memahami teks terjemahan itu dengan mudah. Struktur
ayat hendaklah mudah dan ringkas, ayat hendaklah jelas dan tanda baca perlu digunakan
dengan betul atau baik.

Proses ketujuh ialah menstruktur semula. Proses ini boleh dilakukan sendiri dan
penterjemah boleh bersemuka dengan pakar bidang. Penterjemah haruslah membaca teks
dengan suara lantang, secara bersemuka dengan orang lain, memeriksa dari segi
ketepatan terjemah yang dikenali sebagai tugas yang sukar.

Proses kelapan ialah proses memeriksa. Proses ini boleh dilakukan sendiri.
Penterjemah boleh bersemuka dengan pakar bidang, baca teks dengan suara lantang,
secara bersemuka dengan orang lain dan periksa dari segi ketepatan terjemah. Proses ini
dianggap sebagai tugas yang sukar.

Proses kesembilan ialah menyemak. Tugas pemeriksa dan penyemak kerap kali
bertindan. Teks terjemahan dianggap sebuah teks yang berdiri sendiri. Satu cara untuk
menyesuaikan teks terjemahan dengan kehendak pembaca sasaran. Individu yang menjadi
penyemak adalah penting.

Proses kesepuluh ialah proses menyunting. Proses ini bukan sebahagian daripada
proses terjemahan sebenarnya, tetapi ia penting. Teks perlu disunting bagi membuang
bahan yang tidak perlu dan mewujudkan gaya yang seragam sekiranya teks itu
diterjemahkan oleh ramai orang.

Kesimpulannya, semua proses perlu difahami dengan baik agar tugas-tugas


penterjemahan dapat dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Proses memeriksa,
menyemak, dan menyunting ibarat penjamin kualiti bagi faedah dan kegunaan pembaca
sasaran

2. Unsur-unsur kaedah penterjemahan formal yang telah digunakan oleh penterjemah

dalam teks terjemahan NOVEL Kenang-Kenangan Seorang Geisha:

Terdapat empat kaedah penterjemahan formal dalam teks terjemahan Novel


Kenang-kenangan Seorang Geisha iaitu kaedah transposisi, kaedah modulasi, kaedah
persamaan dan kaedah penyesuaian atau adaptasi. Sehubungan itu, terdapat unsur-unsur
kaedah penterjemahan formal yang telah digunakan oleh penterjemah dalam teks
terjemahan Novel Kenang-Kenangan Seorang Geisha.

Transposisi bermakna berlaku perubahan dalam struktur ayat dalam karya


terjemahan. Dalam kaedah ini, kita perlu mengubah atau menukarkan kedudukan frasa atau
klausa dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud warta atau maklumat. Hal ini
penting kerana dalam penterjemahan, maksud karya asal perlu dipertahankan walaupun kita
melakukan pembaharuan dalam kaedah. Terdapat dua jenis transposisi, iaitu pertama,
transposisi wajib dengan cara terjemahannya merupakan yang lazim dan paling bersahaja
dalam bahasa sasaran. Contoh dalam novel Kenang-kenangan Seorang Geisha ialah
selepas kepulangannya dan sekembalinya. Kedua, transposisi pilihan bermaksud terdapat
beberapa cara menterjemahnya dan tetap diterima. Contoh dalam novel Kenang-kenangan
Seorang Geisha ialah tetapi tidak tahu-menahu langsung tentang ilmu itu dan sebagainya.

Kaedah kedua ialah kaedah modulasi yang digunakan untuk tujuan yang sama
seperti transposisi, iaitu untuk menyampaikan warta dengan gaya bahasa sasaran yang
lebih bersahaja dan mudah difahami. Namun begitu dalam modulasi, terdapat perubahan
dari segi semantik (makna) pada peringkat leksikal tetapi wartanya tetap tidak berubah.
Begitu juga penyampaian boleh “negatif” dalam bahasa sasaran tanpa menjejaskan makna.
Contohnya, malam minggu atau ahad dan sebagainya. Jelasnya, dalam kaedah transposisi
penterjemah dapat memanipulasi keupayaan bahasa sasaran dengan baik tanpa
menjejaskan maksud ayat yang diterjemahkan. Kebolehan ini memerlukan kemahiran
bahasa sasaran yang cukup tinggi dan keupayaan memahami maksud dalam bahasa
sumber agar maksud teks asal tidak disalah terjemahkan. Unsur dinamik ini membolehkan
penterjemah mendapat ruang yang lebih besar bagi menyampaikan maksud penulis teks
asal.

Selain itu, kaedah kedua ialah kaedah modulasi. Sebenarnya kaedah modulasi juga
digunakan untuk tujuan yang sama seperti transposisi, iaitu untuk menyampaikan warta
dengan gaya bahasa sasaran yang lebih bersahaja dan mudah difahami. Namun begitu
dalam modulasi, terdapat perubahan dari segi semantik (makna) pada peringkat leksikal
tetapi wartanya tetap tidak berubah. Begitu juga penyampaian boleh `negatif’ dalam bahasa
sasaran tanpa menjejaskan makna. Misalnya, contoh dalam novel Kenang-Kenangan
Seorang Geisha ialah malam minggu atau ahad.

Seterusnya, kaedah ketiga ialah kaedah persamaan. Sebagaimana telah


diperkatakan pada peringkat awal tadi, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa tidak ada
dua bahasa yang serupa. Oleh itu, untuk mencari persamaan dalam penterjemahan
memanglah sesuatu yang amat rumit. Persamaan yang dimaksudkan ialah persamaan
terdekat atau persamaan sejadi (bersahaja). Persamaan sedemikian bergantung
sepenuhnya kepada konteks dan nilai budaya seperti dalam ungkapan idiomatik daripada
peribahasa. Umumnya, tidak ada dua perkataan yang benar-benar sama makna dalam dua
bahasa yang berlainan. Oleh itu, kita tidak menterjemah dengan menggunakan persamaan
tepat. Kita menterjemah dengan menggunakan persamaan yang paling dekat maknanya.
Contoh persamaan terdekat ialah negara bersamaan dengan kebangsaan manakala contoh
persamaan bersahaja ialah “race” bermaksud bangsa, puak, orang, kaum, dan keturunan.
Contoh perbezaan budaya ialah “Ouch!” iaitu “Aduh” diterjemahkan dalam bahasa Melayu.
Contoh peribahasa pula seperti sambil menyelam minum air. Tokoh dalam bidang
penterjemahan, iaitu Nida (1964) telah mengenal pasti dua jenis persamaan, iaitu formal dan
dinamik. Beliau mengatakan bahawa persamaan formal menumpukan perhatian kepada
mesej itu sendiri dalam bentuk dan kandungan. Dalam terjemahan begini, seseorang
penterjemah menumpukan kepada puisi, ayat demi ayat dan konsep demi konsep. Nida
menamakannya terjemahan glos yang bertujuan untuk membenarkan atau memberikan
ruang kepada pembaca supaya memahami sebanyak mungkin konteks dalam bahasa
sumber. Tuntasnya, persamaan dinamik berasaskan prinsip kesan persamaan, yakni
hubungan antara penerima dan mesej bahasa sasaran seharusnya juga sama dengan
hubungan antara penerima dan mesej bahasa sumber.

Di samping itu, kaedah keempat ialah kaedah penyesuaian. Kaedah ini paling
banyak digunakan oleh penterjemah kerana kebebasan menentukan gaya yang tersendiri
bagi seorang penterjemah. Sebenarnya, pemilihan kaedah yang sesuai bagi penterjemahan
banyak bergantung kepada berbagai-bagai faktor seperti ringkas atau kompleks sesuatu
teks, jenis atau fungsi teks (risalah, am atau teknikal), bidang teks (sastera, agama, sains
atau teknikal), dan peringkat teks (untuk kanak-kanak, sekolah rendah atau sekolah
menengah atau pengajian tinggi). Justeru, seorang penterjemah haruslah berhati-hati dan
peka dalam memilih kaedah yang sesuai. Ada kalanya kaedah-kaedah tersebut boleh
digabungkan dan ada kalanya terpisah.

Antara faedah penterjemahan yang diperolehi daripada aktiviti penterjemahan


ialah mencipta istilah-istilah baharu dalam bahasa Melayu. Misalnya, perkataan salir, kakis,
jerap, tanih, pengantar, dan bijirin. Selain itu, faedah kedua adalah untuk menentukan istilah
yang akan diterima dalam proses penyelarasan istilah. Misalnya, hak asasi, kanta periskop,
pramusaji dan sebagainya. Seterusnya, faedah ketiga adalah untuk mencari bentuk istilah
yang seerti. Tambahan pula, faedah keempat adalah untuk dijadikan sebagai rujukan untuk
para penterjemah buku-buku teks dalam pelbagai bidang. Contohnya, istilah fotografi seperti
kanta refleks dan kanta periskop, istilah perhotelan seperti pramusaji dan katil kembar,
istilah matematik dan statistic seperti Model berdaya agregat dan geometri afin, istilah
undang-undang seperti hak asasi dan tatacara mandatori, istilah ekonomi seperti kunci kira-
kira dan aliran tunai, istilah komputer seperti muat turun dan perkakasan dan sebagainya.

Masalah-masalah yang dihadapi oleh penterjemah ketika menterjemah ialah


sukar menterjemah idea saintifik dalam bahasa melayu. Selain itu, masalah kedua ialah
kekurangan buku-buku istilah. Seterusnya, masalah ketiga pula ialah ketika membuat
rujukan penterjemah sering terdorong untuk mencari padanan istilah inggeris-melayu secara
langsung. Selanjutnya, masalah keempat ialah penggunaan istilah sains secara langsung
yang diberikan dari buku istilah.

Kaedah terjemahan terdiri daripada dua jenis iaitu kaedah terjemahan tradisional
atau formal dan kaedah terjemahan dinamik atau moden. Antara kedah terjemahan
tradisional atau formal terdiri daripada kaedah pinjaman, kaedah peniruan, dan kaedah
penggantian manakala kaedah terjemahan dinamik atau moden pula terdiri daripada kaedah
transposisi, kaedah modulasi, kaedah persamaan, dan kaedah penyesuaian.

Seorang penterjemah melakukan tiga proses, iaitu mentafsir dan menganalisis teks
sumber, memindahkan warta, dan menstruktur semula teks asaran mengikut gaya bahasa
sasaran itu. Penterjemahan deskriptif ialah kegiatan terjemahan yang bersifat teknikal,
menggunakan istilah dan kosa kata yang agak khusus, gaya bahasa yang padat, ringkas,
dan tepat. Bidang deskriptif merangkumi bidang sains dan teknologi, telekomunikasi,
kewartawanan, penyiaran dan sebagainya. Penterjemahan kreatif pula melibatkan teks yang
mempunyai nilai kesusasteraan yang tinggi seperti novel, cerpen, prosa, puisi dan
seumpamanya.

BAB 11 Kaedah Menterjemah (Formal/Tradisional)


1. Kaedah pinjaman

 Peminjaman kata berlaku kerana terdapatnya pertembungan atau kontak antara dua
bahasa yang berbeza misalnya bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang
bertembung akibat penjajahan. Peminjaman antara dua bahasa ini tidak dapat
dielakkan kerana keperluan komunikasi. Dalam hal ini, bahasa penjajah tentulah
lebih dominan daripada bahasa yang dijajah. Kemasukan penjajah juga membawa
konsep baharu yang tidak wujud dalam bahasa kedua, misalnya teknik, konsep,
istilah, dan seumpamanya. Untuk mengisi kekosongan, maka kaedah pinjaman
diamalkan. Kaedah ini juga diamalkan untuk menimbulkan sifat-sifat khusus dalam
sesebuah teks. Kata-kata yang dipinjam secara terus dan ditulis miring dalam teks,
misalnya, homestay, wikipedia, aspirin, aorta, ad hoc, dan sebagainya. Kata
pinjaman ini diklasifikasikan sebagai kata pinjaman tulen tidak asimilasi. Beberapa
kata pinjaman sudah lama dimasukkan atau diserapkan ke dalam leksikon bahasa
Melayu sebagai kata pinjaman, iaitu basikal (Inggeris), senapang (Belanda), pisau
(Cina), cahaya (Sanskrit), kedai (Tamil), dakwah (Arab), cukai (Jawa), pamer (Jawa),
sekolah (Portugis) dan lain-lain. Kata pinjaman ini dikatakan kata pinjaman tulen
asimilasi lengkap kerana berlakunya penyesuaian ortografi dan telah lama
diasimilasikan ke dalam budaya Melayu hingga tidak terasa keasingannya dengan
lidah Melayu.
 Kaedah pinjaman juga dilaksanakan secara langsung iaitu meminjam sepenuhnya
perkataan tersebut. Misalnya, perkataan internet (bahasa Inggeris) dipinjamkan
menjadi internet (bahasa Melayu), dan hospital (bahasa Inggeris) dipinjamkan
menjadi hospital (bahasa Melayu). Sehubungan itu, terdapat juga kaedah pinjaman
ubah suai yang dilakukan dengan cara istilah atau konsep tersebut dipinjam
kemudian ejaan disesuaikan dengan bahasa sasaran. Misalnya, perkataan computer
(bahasa Inggeris) menjadi komputer (bahasa Melayu) dan sebagainya. Selain itu,
terdapat juga kaedah pinjaman separa yang dilakukan dengan hanya sebahagian
kata sahaja dipinjam dan diberi padanan dalam bahasa sasaran. Misalnya, linear
programme (bahasa Inggeris) menjadi atur cara program dan sebagainya.
 Pengekalan kata ini perlu untuk keperluan sosiobudaya masyarakat pengguna
bahasa Melayu. Bloomfield (1933:44), membahagikan peminjaman kata kepada
peminjaman budaya, peminjaman intimate, dan peminjaman dialek. Peminjaman
budaya berlaku apabila sempadan setiap komuniti bahasa berhubungan dengan
sempadan geografi dan politik. Peminjaman dianggap intimate apabila kedua-dua
bahasa yang terlibat digunakan dalam domain politik yang sama. Peminjaman dialek
pula lebih umum sifatnya kerana anggota-anggota daripada masyarakat yang
berbeza berhubungan antara satu sama lain. Peminjaman berlaku dalam istilah
budaya yang merangkumi organisasi sosial yang berbeza pada tahap dunia misalnya
budaya dunia Barat dan dunia Timur (budaya Amerika dengan budaya Jepun),
misalnya karya “Kenang-Kenangan Seorang Geisha” yang ditulis dalam bahasa
Inggeris dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Penterjemah mengandaikan
unsur dalam satu budaya atau bahasa itu sendiri boleh dikomunikasikan secara
"borne across," dan dihasilkan semula dalam satu budaya atau bahasa yang lain.
Dalam hal ini kadangkala yang dipentingkan ialah kesesuaian (appropriateness)
bukan ketepatan (accuracy) menjadi pilihan penterjemah. Namun demikian
penterjemah pada hakikatnya, perlu setia kepada teks asal; malah, penterjemah
tidak mempunyai autoriti untuk menggantikan sesuatu unsur budaya itu dengan
budayanya sendiri. Mounin (1963) telah menggariskan kepentingan signifikasi
sesuatu item leksikal dengan menegaskan bahawa sekiranya tanggapan kata
tersebut difahami dengan jelas baharulah item tersebut dapat diterjemahkan secara
tepat. Sebagai contoh terdapat istilah pakaian, iaitu “kimono” yang tidak terdapat
dalam budaya Melayu, lalu terpaksa dipinjam terus perkataan tersebut dalam bahasa
Melayu. Begitu juga halnya dengan perkataan “sake”, iaitu sejenis minuman tradisi
Jepun, yang dari segi konsepnya tidak sama dengan perkataan “tuak” dalam bahasa
Melayu, lalu terpaksa dipinjam perkataan tersebut dalam bahasa Jepun. Hal ini
banyak sekali terdapat dalam karya terjemahan. “Kenang-Kenangan Seorang
Geisha” yang diterjemahkan oleh Abdul Latif Budin. Misalnya, “a special kind of sake
called amakuchi…” diterjemahkan kepada “sejenis sake istimewa yang dipanggil
amakuchi”.

2. Kaedah peniruan

 Kaedah peniruan berlaku apabila kemasukan istilah pinjaman ke dalam bahasa


sasaran tetapi istilahnya sahaja yang diterjemahkan atau ditiru. Terdapat dua jenis
peniruan, iaitu pertama, peniruan penyampaian yang tidak mengubah struktur
bahasa sasaran. Contohnya, buffet servis (bahasa Inggeris) diterjemahkan kepada
servis buffet (bahasa Melayu), green house (bahasa Inggeris) diterjemahkan kepada
rumah hijau (bahasa Melayu), social science (bahasa Inggeris) diterjemahkan
kepada sains sosial (bahasa Melayu), honey moon (bahasa Inggeris) diterjemahkan
kepada bulan madu (bahasa Melayu) dan sebagainya. Kedua, peniruan struktur
yang memasukkan lantas mewujudkan struktur baharu dalam bahasa sasaran.
Kaedah ini tergolong dalam golongan kata majmuk yang dipinjam dan disesuaikan
dengan pola sintatik dalam bahasa sasaran. Misalnya, Prime Minister (bahasa
Inggeris) ditiru kepada Perdana Menteri (bahasa Melayu), dan carbon dioxide
(bahasa Inggeris) ditiru kepada karbon dioxida (bahasa Melayu). Dalam teks
terjemahan “Kenang-Kenangan Seorang Geisha”, unsur ini juga ditemui apabila
penterjemah menterjemahkan jenis makanan tradisi dalam masyarakat Jepun, iaitu
miso soup ditiru kepada sup miso.

3. Kaedah penggantian

 Kaedah penggantian atau dikenali sebagai kaedah harfiah yang bermaksud setiap
perkataan dalam bahasa sumber dapat digantikan dengan persamaannya dalam
bahasa sasaran dan struktur ayat bahasa sumber dipindahkan ke dalam bahasa
sasaran tanpa perubahan besar. Dalam penggantian, persamaan pada peringkat
leksikal dan peringkat sintaksis sedapat mungkin dikekalkan. Kaedah ini kerap
diamalkan bagi sesebuah teks berbentuk risalah (informative) yang ditulis dalam
bahasa sumber yang ringkas, iaitu tidak kompleks. Misalnya, aya selapis, ayat tanya,
ayat seruan, ayat perintah dan ayat keterangan. Bagi teks yang berunsur sains,
biasanya menggunakan istilah yang dipinjam daripada bahasa Inggeris, tetapi
diubahsuaikan mengikut ejaan Melayu yang juga dikenali sebagai penggantian.
Contohnya, “I go to market” digantikan kepada “Saya pergi ke pasar.”. Kaedah ini
juga ditemui dalam karya terjemahan “Kenang-kenangan Seorang Geisha” yang
memerihalkan tentang beras sebagai makanan ruji yang sama dengan juga dengan
makanan ruji masyarakat Melayu. Dalam teks ini terdapat makanan yang
menggunakan konsep budaya Inggeris, iaitu kek bagi istilah ‘sweet rice cake’
diterjemahkan sebagai ‘lempeng pulut manis’ bukan ‘kek pulut manis’. Contoh-
contoh lain yang diperlihatkan seperti “to fetch the rice crackers Auntie was so fond
of” (MOG:52) digantikan kepada “untuk membeli keropok beras kesukaan Mak Cik”
(KKSG:78). Ternyata bahawa dalam terjemahan tersebut konsep dalam budaya
Inggeris disesuaikan daripada budaya Jepun kemudian disesuaikan pula dengan
budaya Melayu. Dalam teks tersebut, kita dapati berlaku penggantian daripada rice
crackers kepada keropok beras. Hal ini memperlihatkan satu unsur komunikasi
silang budaya berlaku apabila terdapat satu ciri yang unik yakni dalam persamaan
konsep sesuatu budaya, terdapat juga perbezaan ciri walaupun kecil telah
memberikan istilah yang berbeza. Peminjaman konsep berlaku tetapi digantikan
dengan istilah bahasa Melayu.

BAB 12. Kaedah Menterjemah (Dinamik atau Moden)


Perkataan dinamik itu sendiri menjelaskan lagi kaedah ini yang memperlihatkan satu kaedah
baharu yang melibatkan banyak unsur ke arah memudahkan kerja terjemahan. Terdapat
empat kategori dalam kaedah terjemahan dinamik, iaitu kaedah transposisi, kaedah
modulasi, kaedah persamaan dan kaedah penyesuaian.
1. Kaedah transposisi
 Transposisi bermakna berlaku perubahan dalam struktur ayat dalam karya
terjemahan. Kaedah transposisi merupakan kaedah yang mengubah kedudukan
frasa, klausa dan golongan kata dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud
maklumat. Hal ini penting kerana dalam penterjemahan, maksud karya asal perlu
dipertahankan walaupun kita melakukan pembaharuan dalam kaedah. Ada beberapa
sebab kaedah transposisi perlu digunakan, iaitu untuk menyampaikan warta dalam
bahasa sasaran secara yang paling bersahaja dan untuk menjelaskan lagi
kandungan warta yang mungkin boleh mengelirukan. Terdapat dua jenis kaedah
transposisi iaitu kaedah transposisi golongan kata (kaedah wajib) dan kaedah
transposisi dari segi struktur. Kaedah transposisi golongan kata bermaksud
menggantikan kelas sesuatu kata atau elemen dan bahasa sumber dengan kelas
kata atau elemen yang lain dalam bahasa sasaran yang mempunyai makna yang
sama tetapi tidak mengubah mesej secara keseluruhan. Misalnya, “We thank you for
your cooperation” diterjemahkan kepada “Kami mengucapkan terima kasih atas
kerjasama tuan” dan “After he returns” diterjemahkan kepada “Selepas dia pulang”.
Kaedah transposisi dari segi struktur (kaedah pilihan) pula merujuk kepada
pertukaran struktur tatabahasa bahasa sumber dalam bahasa sasaran tanpa
mengubah maksud dalam pelbagai cara terjemahan yang tetap diterima. Misalnya,
“were particularly afraid of” diterjemahkan kepada “sangat takut akan ilmu sihir”
ataupun “Magic in medieval times” diterjemahkan kepada
“Pada zaman pertengahan” dan sebagainya. Jelasnya, dalam kaedah transposisi
penterjemah dapat memanipulasi keupayaan bahasa sasaran dengan baik tanpa
menjejaskan maksud ayat yang diterjemahkan. Kebolehan ini memerlukan
kemahiran bahasa sasaran yang cukup tinggi dan keupayaan memahami maksud
dalam bahasa sumber agar maksud teks asal tidak disalah terjemahkan. Unsur
dinamik ini membolehkan penterjemah mendapat ruang yang lebih besar bagi
menyampaikan maksud penulis teks asal.
2. Kaedah modulasi

 Kaedah modulasi juga digunakan untuk tujuan yang sama seperti transposisi, iaitu
untuk menyampaikan warta dengan gaya bahasa sasaran yang lebih bersahaja dan
mudah difahami. Namun begitu dalam modulasi, terdapat perubahan dari segi
semantik (makna) pada peringkat leksikal tetapi wartanya tetap tidak berubah. Begitu
juga penyampaian boleh `negative’ dalam bahasa sasaran tanpa menjejaskan
makna. Contohnya, Contohnya, “Saturday night”, “Malam minggu atau Ahad”, “In
either case, the energy that we obtain ultimately originates from starch” dan “Dalam
kedua-dua hal, tenaga yang kita peroleh pada peringkat akhir berasal dari kanji”.
Dalam karya teks terjemahan “Harry Potter dan Bilik Rahsia”, kaedah ini digunakan
bagi menterjemah budaya kebendaan, misalnya perkataan “sorting hat”
diterjemahkan kepada “topi pengisih”. Perubahan makna tidak begitu ketara tetapi
perkataan “sorting” digantikan dengan “mengisih” dalam konteks penceritaan tidak
memberikan kesan yang besar.

3. Kaedah persamaan

 Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa tidak ada dua bahasa yang serupa. Oleh
itu, untuk mencari persamaan dalam penterjemahan memanglah sesuatu yang amat
rumit. Persamaan yang dimaksudkan ialah persamaan terdekat atau persamaan
sejadi (bersahaja). Persamaan sedemikian bergantung sepenuhnya kepada konteks
dan nilai budaya seperti dalam ungkapan idiomatik daripada peribahasa. Umumnya,
tidak ada dua perkataan yang benar-benar sama makna dalam dua bahasa yang
berlainan. Oleh itu, kita tidak menterjemah dengan menggunakan persamaan tepat.
Kita menterjemah dengan menggunakan persamaan yang paling dekat maknanya.
Terdapat empat jenis persamaan iaitu persamaan terdekat, persamaan sejadi atau
bersahaja, perbezaan budaya dan peribahasa. Contoh persamaan terdekat ialah
race (sociology) iaitu “ras” (bahasa Melayu) dan national (bahasa Inggeris) iaitu
“nasional, negara, kebangsaan” (bahasa Melayu). Contoh persamaan sejadi atau
bersahaja pula ialah “race” (bahasa Inggeris) iaitu “bangsa, puak, orang, kaum,
keturunan” (bahasa Melayu) dan “big and small” (bahasa Inggeris) iaitu “kecil besar”
(bahasa Melayu). Contoh perbezaan budaya ialah “Ouch!” (bahasa Inggeris) iaitu
“Aduh!” (bahasa Melayu) dan sebagainya manakala contoh peribahasa atau idiom
ialah “Live from hand to mouth” iaitu “Hidup kais pagi, makan pagi, kais petang,
makan petang” dan
“To kill two birds with one stone” iaitu “Sambil menyelam minum air”.
 Tokoh dalam bidang penterjemahan, iaitu Nida (1964) telah mengenal pasti dua jenis
persamaan, iaitu formal dan dinamik. Beliau mengatakan bahawa persamaan formal
menumpukan perhatian kepada mesej itu sendiri dalam bentuk dan kandungan.
Dalam terjemahan begini, seseorang penterjemah menumpukan kepada puisi, ayat
demi ayat dan konsep demi konsep. Nida menamakannya terjemahan glos yang
bertujuan untuk membenarkan atau memberikan ruang kepada pembaca supaya
memahami sebanyak mungkin konteks dalam bahasa sumber. Persamaan dinamik
berasaskan prinsip kesan persamaan, yakni hubungan antara penerima dan mesej
bahasa sasaran seharusnya juga sama dengan hubungan antara penerima dan
mesej bahasa sumber. Dalam karya terjemahan teks “Harry Potter dan Banduan dari
Azkaban”, misalnya, “Barely alive, Voldemort had fled....” (hlm.11) iaitu “Dalam
keadaan nyawa-nyawa ikan, Voldemort melarikan diri” (hlm.11). Dalam teks di atas,
perkataan “barely” diterjemahkan ke dalam idiom bahasa Melayu, iaitu “nyawa-
nyawa ikan” yang membawa maksud keadaan yang sudah nazak atau hampir mati.
Walaupun dalam teks sasarannya tidak sedikit pun menyebut tentang ikan atau
kiasan yang sedemikian namun dari segi maksud, terjemahan yang menggunakan
kaedah tersebut telah menyampaikan mesej kepada pembaca.
 Menurut Susan Bassnett, persamaan dalam terjemahan tidak seharusnya
mengambil pendekatan pencarian persamaan semata-mata kerana persamaan tidak
mungkin wujud antara dua versi bahasa sumber bagi teks yang sama, apatah lagi
antara versi bahasa sumber dan bahasa sasaran. Contoh lain dapat dilihat di bawah
seperti “Aunt Petunia, who was bony and horse faced, whipped around and peered
intently out of the kitchen window” (hlm 19) ataupun “Mak cik Petunia yang kurus
kering, dan berwajah cengkung, berpusing pantas dan meninjau-ninjau dari tingkap
dapur” (hlm. 23). Berdasarkan terjemahan di atas, kita dapati bahawa perkataan
horse faced tidak
semestinya diterjemahkan sebagai “berwajah kuda” tetapi mengambil maksud
sebaliknya, iaitu berwajah cengkung. Inilah kelebihan menggunakan kaedah ini agar
pembaca tidak merasa janggal apabila membaca terjemahan sedemikian. Kita perlu
melihat dua segi, iaitu siapa yang akan membaca karya terjemahan tersebut dan
apakah yang akan dirasai oleh pembaca itu apabila dia membaca karya tersebut.
Kita mengukur keupayaan pembaca dari segi sejauh mana dia mengalami kesan
yang sama dengan kesan yang dialami oleh pembaca teks asalnya. Penekanan ini
perlu bagai karya terjemahan agar pembacaan tidak terganggu dan pembaca
seolah-olah membaca teks karya penulis asalnya.

4. Kaedah penyesuaian

 Kaedah penyesuaian atau kaedah adaptasi merupakan kaedah yang


menggabungkan beberapa kaedah seperti modulasi, transposisi, dan persamaan.
Transposisi iaitu kata sifar (ungkapan), modulasi iaitu perhatian (arahan), persamaan
iaitu struktur berbeza, terima kasih iaitu Thank you, dan How goes you? iaitu Apa
khabar?. Kaedah ini paling banyak digunakan oleh penterjemah kerana
kebebasan menentukan gaya yang tersendiri bagi seorang penterjemah.
Kaedah ini juga merujuk kepada penggantian terhadap perbezaan budaya yang
terdapat dalam dua bahasa. Kaedah ini dianggap sebagai kaedah terjemahan yang
paling bebas.Kaedah penyesuaian atau adaptasi juga merujuk kepada padanan
yang sudah diterima pakai antara dua situasi (Newmark, 1981). Dalam kes-kes
tertentu penterjemah perlu mencipta satu situasi baharu yang mempunyai
persamaan yang hampir dengan bahasa sasaran. Situasi yang terhasil mungkin
telah dirombak berdasarkan budaya dan citarasa pembaca terjemahan. Misalnya,
“He kissed his daughter on the mouth.” disesuaikan dengan “Dia memeluk anak
perempuan dengan penuh kasih sayang.” Hal ini disebabkan dengan seorang yang
bapa yang baru pulang perjalanan yang panjang akan mencium bibir anaknya dalam
budaya Inggeris tetapi situasi ini tidak wujud dalam budaya Melayu. Sebenarnya,
pemilihan kaedah yang sesuai bagi penterjemahan banyak bergantung kepada
berbagai-bagai faktor, iaitu ringkas atau kompleks sesuatu teks, jenis atau fungsi
teks (risalah, am atau teknikal), bidang teks (sastera, agama, sains atau teknikal),
dan peringkat teks (untuk kanak-kanak, sekolah rendah atau sekolah menengah atau
pengajian tinggi). Justeru, seorang penterjemah haruslah berhati-hati dan peka
dalam memilih kaedah yang sesuai. Ada kalanya kaedah-kaedah tersebut boleh
digabungkan dan ada kalanya terpisah.
5. Kaedah penyamaan fungsian
 Dalam mentafsir makna teks sumber, penterjemah juga harus mentafsir makna pada
peringkat ungkapan, yakni peringkat frasa. Hal ini bermaksud penterjemah akan
menterjemah satu frasa demi satu frasa. Penyamaan fungsian merujuk kepada
proses meneutralisasi atau mengeneralisasi kata dalam bahasa sumber yang ingin
diterjemahkan. Kaedah ini merupakan kaedah yang menterjemah fungsi warta
supaya dapat memberi reaksi yang sama kepada pembaca terjemahan seperti reaksi
yang diterima oleh pembaca teks sumber. Keperluan menggunakan kaedah
terjemahan penyamaan fungsian juga terhasil daripada situasi yang terdapat dalam
bahasa sumber dan penterjemah perlu mencari padanan fungsi yang sesuai dalam
bahasa sasaran. Dalam keadaan tertentu, kaedah penyamaan fungsian juga boleh
digunakan dalam simpulan bahasa, perumpamaan atau peribahasa dalam bahasa
sumber. Misalnya, “As like as two peas” (bahasa sumber) dijadikan kepada “Bagai
pinang dibelah dua” (bahasa sasaran). Berdasarkan contoh tersebut, ayat “as like as
two peas” merupakan simpulan bahasa di dalam bahasa Inggeris. Ia bukan
bermaksud “seperti dua kacang”, kerana apabila diterjemah dengan padanan fungsi
yang sesuai, ia membawa maksud “bagai pinang dibelah dua” yang mana ia merujuk
kepada “pasangan yang sama padan” atau “pasangan sepadan”. Ungkapan ini
merupakan ayat perumpamaan dalam masyarakat Melayu, oleh itu kita tidak boleh
menafsir makna ungkapan berkenaan berdasarkan makna kata-kata yang
membentuknya. Contoh ayat perumpamaan berikut iaitu “wang panas”. Wang panas
tidak boleh diterjemahkan sebagai “hot money”, kerana dalam bahasa Melayu “wang
panas” membawa makna kiasan “mendapat duit dengan cara mudah, sama ada
melalui amalan rasuah atau hasil sogokan”.

KAEDAH GENERALISASI
 Merupakan kaedah yang paling mudah dan ringkas
 Menjadikan makna terjemahan lebih umum atau tidak khusus
 Boleh digunakan seandainya tidak mengubah mesej teks asal
 Contohnya, “Some local fruits will be serve to them” diterjemahkan kepada “Mereka akan
dijamu dengan durian, langsat dan manggis.”.
BAB 13 Menterjemah Bahan Autentik
 Perkataan autentik bermaksud satu keadaan atau benda yang masih asal atau asli.
Noresah Baharum (2000) mendefinisikan autentik sebagai bahan yang dapat
dipercayai atau dijadikan pegangan, asli dan benar (bukan palsu, rekaan dan
sebagainya). Justeru itu, menterjemah bahan autentik dapat dirumuskan sebagai
perlakuan menterjemah bahan bertulis yang asli daripada bahasa sumber ke dalam
bahasa penerima atau bahasa sasaran. Berikut ditunjukkan beberapa contoh aktiviti
menterjemah menggunakan bahan yang berbeza mengikut tiga kaedah terjemahan
yang telah dibincangkan iaitu kaedah terus, kaedah struktural dan kaedah global.
Penerangan ditunjukkan mengenai teknik terjemahan terus, teknik struktural dan
teknik global. Teknik secara terus atau terjemahan secara terus juga dikenal
sebagai terjemahan harfiah atau literal. Teknik ini meminta penterjemah untuk
menterjemahkan perkataan-perkataan dalam teks bahasa sumber satu persatu
dengan perkataan yang sepadan dalam bahasa penerima. Perkataan bahasa
penerima yang sepadan dengan bahasa sumber tidak semestinya mengandungi
makna asal perkataan atau teks bahasa sumber. Seterusnya, teknik secara
struktural pula bermaksud teks asal dalam bahasa sumber dipisahkan atau
dipecahkan kepada ayat-ayat atau frasa-frasa. Terjemahan dilakukan ke atas
pecahan-pecahan itu. Teknik ini memberi keutamaan kepada bentuk ayat, struktur
ayat, golongan kata, kelas kata, tanda baca dan makna yang mesti dikekalkan.
Selain itu, teknik secara global pula bermaksud terjemahan secara keseluruhan.
Terjemahan ini memerlukan dan mengutamakan pemahaman pembaca.
Penterjemah bebas menyesuaikan perkataan bahasa sumber dengan perkataan
dalam bahasa sasaran.
 Prinsip penterjemahan yang dikemukakan oleh Etienne Dolet (1540) pula merujuk
kepada penterjemah haruslah benar-benar memahami isi dan hasrat penulis teks
sumber. Selain itu, prinsip kedua ialah penterjemah haruslah menguasai dengan baik
bahasa sumber dan bahasa penerima. Seterusnya, penterjemah seharusnya
menggunakan bentuk bahasa yang biasa digunakan oleh penerima. Selanjutnya,
prinsip terakhir ialah penterjemah haruslah mencipta semula kesan keseluruhan teks
sumber.
 Jenis terjemahan yang dikemukakan oleh Coyley (1680) ialah metafrasa, parafrasa,
dan tiruan. Metafrasa ialah penterjemahan perkataan demi perkataan dan baris demi
baris. Parafrasa pula ialah penterjemahan yang mengikut karya asal dengan rapat
tetapi yang diikutnya ialah maknanya bukan perkataan manakala tiruan bermaksud
penterjemahan mengambil sikap bebas, bukan setakat mengubah perkataan dan
makna tetapi kedua-duanya sekali bila dirasakan hal itu perlu.
 Peminjaman istilah bermaksud melancarkan proses komunikasi kerana
menggunakan istilah yang sama, mudah, hanya mengubah ejaan dan mencipta
istilah Melayu dengan banyaknya dan digemari oleh orang yang bersikap ‘mendewa-
dewakan’ bahasa asing. Contoh istilah yang telah dipinjam ialah almari (bahasa
Sepanyol), kertas (bahasa Arab), syurga (bahasa Sanskrit), tauhu (bahasa Cina) dan
sekolah, oksigen, elektrik, sinar-x dan universiti (bahasa Inggeris).
 Penterjemahan istilah bermaksud istilah berasal daripada perkataan biasa,
diberikan makna khusus, berlainan daripada makna asalnya serta untuk bidang itu,
tidak boleh diertikan dengan makna biasa. Contoh perkataan “charge” dalam bidang
undang-undang bermaksud tuduhan seperti “He was charged with murder.”
diterjemahkan kepada “Dia dituduh sengaja membunuh”, perkataan “charge” dalam
bidang ketenteraan bermaksud serangan seperti “Our soldier charged the enemy”
diterjemahkan kepada “Askar kami menyerang pihak musuh.”, perkataan “charge”
dalam bidang perdagangan bermaksud bayaran seperti “The charge was one
hundred dollars” diterjemahkan kepada “Bayarannya ialah serratus dollar”, perkataan
“charge” dalam bidang pengurusan seperti “He was charged with the task of keeping
the company’s account” diterjemahkan kepada “Dia ditugaskan menjaga akaun
syarikat”, perkataan “charge” dalam bidang pentadbiran bermaksud arahan seperti
“They were charged not to fail in their duties” diterjemahkan kepada “Mereka
diarahkan supaya tidak gagal melaksanakan tugas”, perkataan “charge” bermasud isi
dalam bidang kejuruteraan seperti “The battery needs to be charged” diterjemahkan
kepada “Bateri itu perlu diisi lagi”, perkataan “charge” dalam bidang fizik bermaksud
caj seperti “Protons are positively charged” diterjemahkan kepada “Protons itu bercaj
positif” dan perkataan “charge” dalam bidang senjata bermaksud isi seperti “The
canon is being charged with a high amount of explosive” diterjemahkan kepada
“Meriam tersebut diisi dengan ubat bedil yang banyak.”.
 Dalam bidang pendidikan alam sekitar, istilah-istilah alam sekitar yang
diterjemahkan seperti biosfera, kitar karbon dan pembangunan lestari. Misalnya,
istilah biosfera bermaksud zon bermula dari kerak bumi hingga ke lapisan terbawah
atmosfera yang terdapat hidupan semulajadi, kitar karbon pula bermaksud proses
kitar unsur karbon melalui ekosistem manakala pembangunan lestari bermaksud
sumber yang seimbang, sumber dalam keadaan baik sebelum dan selepas
digunakan serta memelihara alam semula jadi.
 Dalam bidang pendidikan jasmani pula, terdapat beberapa istilah-istilah dan
metafrasa yang diterjemahkan. Contohnya, perkataan psikomotor, kognitif, afektif,
daya tahan kardiovaskular, memanaskan badan dan menyejukkan badan. Perkataan
psikomotor bermaksud gerakbalas fizikal, pengawalan dan penyesalan sistem otot
saraf, perkataan kognitif pula bermaksud pemikiran dan kefahaman manakala
perkataan afektif pula bermaksud perasaan dan nilai-nilai murni serta pengajaran.
Daya tahan kardiovaskular pula bermaksud daya tahan jantung mengepam darah ke
seluruh badan, memanaskan badan juga bermaksud meningkatkan suhu otot dan
suhu badan dan menyejukkan badan pula bermaksud menurunkan suhu badan dan
kadar denyutan jantung ke paras normal. Contoh terjemahan petikan dalam bidang
Pendidikan Jasmani ialah “Guru-guru mestilah memenuhi objektif psikomotor,
kognitif dan afektif.” dan petikan tersebut menerangkan bahawa guru Pendidikan
Jasmani mementingkan aspek kemahiran dari segi psikomotor (pergerakan anggota
badan) untuk menentukan tahap kecergasan murid-muridnya.
 Dalam bidang bahasa pula melibatkan penterjemahan yang berkaitan bahan
autentik yang menggunakan laras bahasa dalam bahasa Melayu. Contoh perkataan
ialah morfologi, semantik, sintaksis dan tatabahasa. Contoh terjemahan petikan ialah
“Teks tersebut memberikan definisi morfologi iaitu disiplin ilmu bahasa yang
mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk tersebut merujuk kepada
bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.” (Kamarudin Hj.Husin dan rakan-
rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan
Berbahasa,1997 : 83).
 Dalam bidang agama pula melibatkan penterjemahan yang berkaitan laras bahasa
agama. Misalnya, contoh perkataan seperti Tuhan, ibadah, dosa, dan pahala.
Contoh petikan laras bahasa agama seperti “Janganlah kamu mendekati perbuatan
zalim yang dimurkai oleh Tuhan kamu. Jika tidak kamu akan dimurkai dan mendapat
dosa,” kata Ustaz Mansor kepada anak-anak muridnya.” dan “Ustaz Mansor
memberi nasihat kepada murid-muridnya agar tidak mendekati perbuatan yang zalim
(jahat) yang boleh dimurkai oleh Tuhan (yang maha kuasa) agar tidak memperoleh
dosa (kesalahan yang mendapat balasan buruk).”
 Dalam bidang sains dan matematik pula melibatkan istilah-istilah yang
diterjemahkan. Misalnya, perkataan biokimia dalam aspek kimia, makhluk hidup
vertebrata iaitu bertulang belakang, dan reptilia iaitu haiwan bernafas melalui peparu
yang suhu badannya berubah mengikut keadaan persekitaran.
 Dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi pula, sejarah telah
membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menempuh beberapa zaman yang
mencabar dengan kedatangan unsur asing ke alam Melayu misalnya kedatangan
Portugis, Belanda dan Inggeris. Evolusi bahasa Melayu turut berlaku secara
perlahan-lahan. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) telah mencorakkan bentuk masyarakat, struktur ekonominya dan persaingan
sengit dalam pasaran antarabangsa. Kewujudan bahasa amat penting dalam
konteks ini kerana bahasa merupakan sumber komunikasi yang penting. Bahasa
Melayu perlu kukuh dan mantap untuk membolehkannya memperkatakan apa sahaja
bidang yang begitu cepat muncul dan berkembang dalam kehidupan manusia.
Kelahiran K-Ekonomi pula telah membawa perubahan besar kepada semua bentuk
perlakuan dan pemikiran manusia.
• Penggunaan bahasa Melayu dalam internet juga perlu dipertingkatkan agar seiring
dengan penggunaan bahasa-bahasa utama lain di dunia. Penggunaan bahasa
Melayu dalam ruang siber ini menyebabkan berlakunya perubahan yang ketara
khususnya ruang sembang siber yang memperlihatkan unsur bahasa yang unik dan
tersendiri yakni bahasa Melayu internet. Misalnya, perkataan autosave iaitu
autosimpan, client server iaitu pelanggan-pelayan, superuser iaitu superpengguna,
connection-oriented network iaitu rangkaian berorientasikan sambungan, digital
camera iaitu kamera digital, telecommuting iaitu telekerja dan sebagainya.
Penggunaan bahasa Melayu dalam ruang siber ini menyebabkan berlakunya
perubahan yang ketara khususnya ruang sembang siber yang memperlihatkan unsur
bahasa yang unik dan tersendiri yakni bahasa Melayu internet. Terdapat juga
perkataan seperti tipon (telefon), persal (mengapa), nko (engkau) dan sebagainya.
Fenomena ini merupakan unsur perubahan yang dikhuatiri akan mencemarkan
nilai-nilai asli dalam bahasa Melayu.
BAB 15. Keperluan Memahami Budaya Bahasa Sumber dan Bahasa Sasaran
dalam
Penterjemahan
 Adat resam
 Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup yang
mencerminkan segala perbuatan yang ada kalanya dilakukan setiap hari ataupun
musim sama ada berpandukan bulan atau tahun.
 Adat bagi setiap masyarakat pastinya dilihat dari sistem nilai yang berbeza.
Sebagai contoh, bagi masyarakat Minangkabau, adat dianggap sebagai sebuah
tradisi lisan yang tinggi sekali martabatnya dalam kehidupan mereka.
 Adat dalam konteks masyarakat Minangkabau bukan sekadar cara bersanding,
cara menyantap hidangan makanan, cara pertabalan Luak dan sebagainya,
tetapi adat ialah suatu peraturan hidup yang perlu dipegang kuat oleh generasi
mereka sehingga ke hari ini.
 Justeru tidak hairanlah jika dalam masyarakat mereka wujud istilah-istilah seperti
undang-undang adat, mahkamah adat, ketua adat dan sebagainya.
 Oleh sebab itu, penterjemah harus mengambil kira aspek adat resam dalam
penterjemahan kerana adat resam ialah suatu ketetapan yang tidak boleh
berubah dan dianggap sebagai suatu pengungkap identiti bangsa.
 Dalam erti kata lain, penterjemah perlu memahami adat resam bahasa sumber
dan bahasa sasaran termasuk hukum agama dan pantang larang.
 Dengan membuat penyelidikan terlebih dahulu untuk memahami adat resam
sesuatu masyarakat, maka barulah kita dapat memahami adat resam dan
melakukan penterjemahan dengan penyampaian makna yang berkesan.

 Kepercayaan, mitos, legenda


 Terdapat kepercayaan karut yang masih dipegang oleh segelintir masyarakat di
dunia contohnya masyarakat di Korea.
 Perkataan bujeog ialah aksesori yang dipakai oleh seseorang tertera tulisan,
rajah ataupun gambar yang dibawa ke mana-mana atau ditampal di dinding
sebagai azimat dan pelindung.
 Kepercayaan masyarakat Korea ini mempunyai persamaan dengan masyarakat
Melayu yang mempercayai tangkal.
 Tangkal ini biasanya dibuat oleh bomoh atau dukun.
 Dalam masyarakat Melayu juga ada anggapan bahawa penggunaan tangkal
sebagai pelindung tetapi perkara ini dilarang sama sekali dalam amalan agama
Islam kerana membawa kepada amalan syirik.
 Persamaan dari segi kepercayaan tersebut membolehkan perkataan bujeog
(bahasa sumber) diterjemahkan kepada perkataan tangkal (bahasa sasaran)
disebabkan penterjemah mengetahui serba sedikit tentang kepercayaan budaya
bahasa sumber dan bahasa sasaran tersebut.

 Geografi dan persekitaran


 Setiap bahasa mempunyai kepelbagaian perbendaharaan kata yang berbeza.
Perbezaan ini sangat bergantung kepada budaya, dalam hal ini termasuk lokasi
geografi dan persekitaran.
 Sebagai contoh, penduduk luar bandar di Papua menumpukan perhatian
terhadap kehidupan memburu dan mengumpul makanan di dalam hutan.
 Manakala penduduk yang tinggal di pelabuhan menumpukan kehidupan mereka
dalam perdagangan dan pelayaran.
 Selain itu, masyarakat yang tinggal di bandar menumpukan kehidupan mereka
terhadap pekerjaan bagi mendapatkan wang, bersukan dan bersekolah.
 Perbezaan dalam fokus kehidupan ini mewujudkan perbezaan dalam
perbendaharaan kata.
 Sebagai contoh, masyarakat yang tinggal di kawasan perladangan dan pertanian
sudah tentu mempunyai lebih banyak perbendaharaan kata berkaitan tanaman,
tumbuh-tumbuhan dan musim tumbuhan berbanding masyarakat yang tinggal di
kawasan perdagangan.
 Dalam proses penterjemahan, selain memahami teks yang akan diterjemahkan,
penterjemah juga harus mempertimbangkan aspek budaya bahasa sumber dan
bahasa sasaran supaya penyampaian maksud dapat dicapai.

2. Peribahasa dan kiasan


 Tiap-tiap bahasa mempunyai caranya sendiri apabila menggunakan peribahasa
untuk menyampaikan perasaan dan prasangka mereka.
 Oleh yang demikian, peribahasa daripada bahasa asing hendaklah
diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu supaya tepat dengan konteksnya.
 Peribahasa ialah bentuk ungkapan yang unik yang terdapat dalam sesuatu
bahasa.
 Salah satu punca sukarnya menterjemahkan peribahasa adalah disebabkan
makna sesuatu peribahasa itu tidak mungkin dapat diteka daripada susunan
ayat.
 Kita hanya tahu makna peribahasa apabila kita memang sudah mengetahui
makna peribahasa itu sebelum membaca ayat.
 Contohnya, makna Sunday Week ialah Ahad selepas Ahad minggu depan.
 Pelbagai bahasa mempunyai cara-caranya mencipta istilah-istilah secara kiasan.
Biasanya perkataan-perkataan yang dikiaskan itu tidak serupa antara satu
bahasa dengan bahasa lain.
 Contohnya, perkataan wifi ialah isteri tetapi perkataan midwife bermaksud bidan,
dutch wife bermaksud bantal peluk dan housewife bermaksud suri rumah.
 Istilah-istilah peribahasa boleh diterjemahkan dengan menggunakan kaedah
seperti peribahasa menjadi peribahasa, istilah peribahasa itu menjadi bukan
peribahasa di dalam bahasa Melayu dan istilah bukan peribahasa dalam bahasa
Inggeris menjadi peribahasa dalam bahasa Melayu. Dalam teknik peribahasa
menjadi peribahasa, istilah peribahasa dalam bahasa Inggeris kekal sebagai
peribahasa dalam bahasa Melayu. Hal ini boleh dibuat dengan dua cara iaitu
peribahasa Inggeris itu dipinjam dengan cara menterjemahkannya secara
literal dan peribahasa Inggeris itu digantikan dengan peribahasa Melayu.
Contoh peribahasa Inggeris itu dipinjam dengan cara menterjemahkannya secara
literal ialah honeymoon iaitu bulan madu, cold war iaitu perang dingin dan
skyscraper iaitu pencakar langit. Contoh peribahasa Inggeris itu digantikan
dengan peribahasa Melayu pula seperti double face iaitu talam dua muka, lip-
service iaitu melepas batok di tangga, double-edged advantage iaitu serampang
dua mata dan to kill two birds with one stone iaitu sambil menyelam minum air.
 Dalam bidang sains dan teknologi, cara ini tidak digalakkan kerana makna
peribahasa asing yang baru dipinjam tidak terang dan jelas. Sebagai contoh,
feedback iaitu maklum balas, wear and tear iaitu haus dan lusuh (ekonomi), foul
bite iaitu gigitan salah (seni lukis) dan green belt iaitu jalur hijau (geografi) atau
kawasan subur.
 Selain itu, terdapat juga istilah peribahasa itu menjadi bukan peribahasa di
dalam bahasa Melayu. Hal ini dibuat dengan cara memberikan sahaja makna
sebenar peribahasa Inggeris itu. Contohnya, yellow culture iaitu budaya negatif,
in black and white iaitu secara bertulis, backfire iaitu menikam diri sendiri, white-
collar job iaitu kerja pejabat dan blue-collar job iaitu kerja buruh.
 Di samping itu, terdapat juga istilah bukan peribahasa dalam bahasa Inggeris
menjadi peribahasa dalam bahasa Melayu. Sesetengah istilah dalam bahasa
Inggeris adalah dalam bentuk bukan peribahasa. Ada kalanya istilah-istilah itu
boleh diganti dengan istilah-istilah kita sendiri yang berbentuk peribahasa.
Contohnya, illiterate iaitu buta huruf, stream iaitu anak sungai, adopted child iaitu
anak angkat, manual job iaitu kerja kasar, image iaitu air muka dan married iaitu
berumah tangga.

3. Makanan dan pakaian


 Sesetengah masyarakat mempunyai makanan dan pakaian tradisi dengan nama
tersendiri.
 Kebanyakan nama bagi makanan dan pakaian tersebut dikekalkan dan tidak
berubah.
 Contohnya, cheongsam (bahasa sumber) apabila diterjemahkan tetap menjadi
cheongsam (bahasa sasaran).
 Oleh itu, penterjemah perlu mengambil kira aspek makanan dan pakaian agar
maksud yang diterjemahkan sampai kepada pembaca.

You might also like