You are on page 1of 3

SK PEKAN KUALA PENYU,

PETI SURAT 24,89747,


KUALA PENYU,SABAH
_

GARIS PANDUAN PENGURUSAN


RMT DAN KANTIN
PASCA PKP 2020
1. RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

a) Pembekalan
Semua murid penerima RMT disekolah ini akan menerimanya bermula pada hari
pertama pembukaan semula sekolah.

b) Masa
Makan dan minum bersama-sama dengan murid yang lain dalam bilik PdP.

c) Penyediaan
Makanan akan disdiakan dalam bekas tertutup dan bekas ini akan dikembalikan
kepada pengusaha selepas masa rehat.

d) Pengambilan
Pengusaha akan menghantar ke kelas dan akan diagihkan oleh guru bertugas.

2. KANTIN

a) Menu.
 Semasa pembukaan semula sekolah, menu kantin telah diselaraskan untuk
memudahkan semua pihak yang terlibat. Menu ini akan dikekalkan sehingga terdapat
pemberitahuan kelak.

 Ibu bapa dikehendaki membuat tempahan setiap hari Jumaat kepada guru bertugas
Cik Rukiah Piut dan Pn Rafidah Hj Bakri.

 Tempahan hendaklah dibuat untuk 1 minggu (dihantar setiap hari JUMAAT-


untuk tempahan minggu berikutnya).

 Ibu bapa boleh merujuk menu yang diedarkan semasa PENATARAN GARIS PANDUAN
PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH pada 13 Julai 2020 atau sila rujuk muatnaik dalan
group Whatsapps kelas dan membuat senarai tempahan untuk 1 minggu.

 Ibu bapa juga boleh mengisi GOOGLE FORM yang telah/akan disebar luas dalam
Group Whatassap kelas.

b) Pembayaran

 Pembayaran makanan akan dibuat selepas murid menerima makanan daripada guru
bertugas.
 Bagi ibu bapa yang berhasrat untuk membuat pembayaran secara pukal, boleh
berhubung dengan GURU KELAS anak masing-masing.

C) Pembungkusan makanan

 Pihak sekolah menyokong amalan bumi hijau, oleh sebab itu kami menggalakkan
penggunaan pembungkus yang boleh digunakan semula. Berikut merupakan pilihan
yang ditawarkan.

Pilihan 1
 Pengusaha kantin sekolah, menawarkan 2 biji kontena berharga RM2.30.
(sebagaimana yang telah ditujukkan semasa penataran GPPSSPPKP).

 Selepas pembelian dibuat kontena ini akan dilebal mengikut nama murid dan kelas.

 Kontena akan digunakan secara bergilir-gilir.

 Murid bertanggungjawab untuk membawa kontena ini pulang dan membersihkannya


sebelum dibawa kembali ke sekolah pada keesokan harinya.

 Apabila norma baharu ini berakhir, pihak kantin akan mengambil semula kontena
tersebut dan mengembalikan duit kepada murid yang terlibat.

 Walaubagaimanapun, sekiranya kontena tersebut rosak duit tidak akan dikembalikan.

Pilihan 2
 Ibu bapa menyediakan 2 biji kontena pilihan sendiri, berciri seperti berikut -BPA free,
Tutup Ketat, Tidak mudah pecah, ringan.

 Ibu bapa melabel nama dan kelas anak masing- masing pada kontena tersebut
( Label kekal/Tidak mudah padam)

 Ibu bapa menyerahkan kepada guru bertugas.

 Pengunaan kontena juga adalah bergilir dan murid bertanggungjawab membersihkan


kontena tersebut.

Pilihan 3
 Menggunakan pembungkus pakai buang, namun kos pembungkusan ini akan
dimasukkan dalam harga makanan.

Contoh :
Menu Harga dalam Harga Beza harga
Kontena menggunakan
Kontena pakai
buang

Nasi ayam RM 2.50 RM 3.00 RM 0.50

Kuih RM 1.00 RM 1.20 RM 0.20


( 4 biji)
B) PENGAGIHAN MAKANAN
 Pengusaha kantin akan menghantar makanan di kelas dan guru bertugas akan
mengedarkan makanan tersebut mengikut tempahan.

C) PERUBAHAN TEMPAHAN
 Sekiranya terdapat perubahan tempahan ianya mestilah dilakukan 1 hari lebih awal.

 Pertukaran serta merta tidak dibenarkan.

3. LAIN-LAIN

 Semua murid dikehendaki membawa bekalan air minum yang mencukupi dari rumah.

 Murid digalakkan membawa bekal masing-masing.

 Murid adalah dilarang berkongsi makanan.

 Semua lebihan makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah bertutup yang
disediakan diluar kelas.

 Murid adalah dilarang membawa lebihan makanan balik ke rumah.

 Murid dikehendaki menguruskan kawasan makan dan bekas makan masing-masing.

#kitajagakita
#putuskanrangkaianCovid-19
#kitapastimenang

Disediakan oleh:
Pn. Lea Soidi.
PK HEM, SK Pekan Kuala Penyu,
Kuala Penyu, SABAH.

You might also like