You are on page 1of 2

SULIT BMM1054

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


Semester 2

PEPERIKSAAN BAWA PULANG (THE): JUN 2020

KAMPUS :

ANGKA GILIRAN :

KOD KURSUS : BMM1054


KURSUS : MORFOLOGI BAHASA MELAYU
MASA : 8 JAM (THE)
JUMLAH MARKAH : 100

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan dimuat naik ke dalam google classroom ATAU diemelkan kepada calon
pada 10 Jun 2020.
2. Calon dikehendaki memuat turun soalan dan menjawab soalan dalam tempoh 8 jam
(9.00 pagi hingga 5.00 petang)
3. Buku soalan ini mengandungi Bahagian Esei (2 soalan).
4. Ujian ini adalah sulit. Calon tidak dibenarkan meniru, berbincang atau melakukan
plagiat.
5. Semua jawapan hendaklah bertaip dalam perisian Microsoft Words, font Arial 12
langkau 1.5 baris.
6. Gunakan buku jawapan format IPGM. Setiap helaian jawapan dilabelkan dengan
angka giliran (bahagian kiri header) dan kod kertas peperiksaan (bahagian kanan
header).

7. Calon hendaklah menghantar jawapan masing-masing kepada pensyarah/ KUPP


melalui google class room atau emel pada atau sebelum masa tamat.

8. Calon perlu membuat satu salinan lembut (softcopy) dan salinan bercetak (hardcopy)
skrip jawapan sebagai sandaran (backup) sekiranya fail yang diemel rosak dan tidak
dapat dibuka.

1 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT BMM1054

BAHAGIAN ESEI
( 100 markah )

Jawab semua soalan.

Soalan 1

Aspek tatabahasa diajarkan di sekolah bertujuan untuk menentukan keupayaan murid


menguasai asas berbahasa dengan tatabahasa yang betul. Antara aspek tatabahasa yang
perlu dikuasai oleh murid termasuklah proses pembentukan kata bahasa Melayu.

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan proses pembentukan kata melalui pengimbuhan


yang terdapat dalam bahasa Melayu dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai.

Panjang esei hendaklah tidak kurang daripada 800 patah perkataan.

[50 markah]

Soalan 2

Seiring dengan perkembangan dunia pada masa sekarang, media massa memainkan
peranan yang penting dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Namun begitu, apa
yang dapat kita lihat kini ialah terdapat banyak kesalahan bahasa dalam media massa
seperti media cetak, media elektronik, dan media sosial.

Berdasarkan kenyataan di atas, rancangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi


mengatasi masalah pencemaran bahasa dalam media massa.

Panjang esei hendaklah tidak kurang daripada 800 patah perkataan.

[50 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

2 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

You might also like